Arabela tersedar sewaktu mendengar laungan Azan Subuh bergema
Wajah Aisy disebelah ditatap dengan penuh kasih sayang. Kelihatan mata Aisy amat sembab kerana hal semalam
Ara rasa bersalah pada diri sendiri. Kalau dia tidak memaksa Aisy untuk berjumpa dengan Melisa semalam, pasti hal ini takkan terjadi
Sewaktu Aisy pulang selepas berjumpa dengan Melisa, mata dan hidung Aisy kemerahan. Arabela tahu, pasti suaminya baru lepas menangis
"Allah tahu Aisy kuat. Aisy boleh hadapi semua benda ni ok? Ara sentiasa ada dengan Aisy" bisik Arabela
Arabela bergegas ke bilik air untuk menyiapkan diri sebelum menunaikan solat
Aisy membuka matanya. Dia tersenyum
"Aisy kuat sebab Allah kirimkan Ara untuk Aisy" balas Aisy kembali setelah melihat Arabela masuk ke bilik air
Aisy bangun dan menuju ke bilik air bilik sebelah. Tunggu Arabela siapkan diri, pasti terlepas subuhlah gamaknya
---------------
Melisa Irdina tersenyum melihat dirinya di dalam pantulan cermin. Sudah lama dia tidak mengenakan hijab di kepalanya. Terasa janggal pula
"Mulai hari ni, aku kena berubah" katanya sendirian
Melisa Irdina melangkah keluar dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Peti ais dibuka dan jus oren diambil. Dia beredar dan mengambil tempat duduk di meja makan
Kata-kata Aisy semalam terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Keluhan dilepaskan
"Maafkan i, Aisy. I cuma nak you sorang je dalam hidup i. I tak nak sesiapa" katanya lagi
Gelas yang digunakannya tadi diletakkan ke dalam sinki dan dia terus beredar. Banyak kerja yang dia ingin lakukan hari ni. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Doanya dalam hati
---------------------
"Aisy pergi kerja dulu ye sayang. Duduk rumah elok-elok" kata Aisy
Arabela mencapai tangan Aisy lalu dicium. Pipi Aisy kanan dan kiri juga dicium. Kemudian Arabela merangkul pinggang Aisy. Aisy tergelak kecil. Tidak lama kemudian Aisy terdengar esakan kecil dari mulut Arabela. Pelukan dileraikan. Wajah Arabela dipandang
"Kenapa ni sayang? Hmm?" Soal Aisy sambil menggosok lembut kepala Arabela
"Takde apalah. Rindu je" balas Arabela sayu
"Aisy depan mata pun rindu lagi ke?" Soal Aisy tergelak kecil
"Ara rasa tak sedap hati je. Aisy janji dengan Ara, Aisy jangan tinggalkan Ara ye?"
"Ya sayang, Aisy janji. Dah jangan nangis, susah hati Aisy nak pergi kerja ni" kata Aisy cuba memujuk. Arabela mengangguk
"Kerja elok-elok tau. Balik cepat. Ara sentiasa tunggu kepulangan Aisy" kata Arabela tersenyum
"InshaAllah sayang" balas Aisy turut tersenyum
Aisy terus merapatkan mukanya ke wajah Arabela. Bibir mereka bertaut lama
"Hadiah untuk budak menangis pagi-pagi" kata Aisy terus berlalu. Nanti kalau tak lari, perutnya pula jadi tempat pendaratan cubitan Arabela
"I love you Aisy!!" Laung Ara
"I love you more sayang!!" Balas Aisy kembali
------------------------
"Sorry cik, saya tak sengaja!" Kata Aisy apabila dia terlanggar seorang perempuan
"Aduh" kata perempuan itu sambil memegang kakinya
"Sorry cik, saya betul-betul tak sengaja" kata Aisy sekali lagi
Aisy cuba memandang wanita tersebut. Dia hilang kata apabila melihat wajah wanita di hadapannya sekarang ini
"Aisy?" Soal wanita itu
"Mel?" Soal Aisy juga terkejut
Jantung Aisy berdegup kencang melihat penampilan Melisa yang bertudung dan wajahnya hanya mengenakan solekan nipis, tidak tebal seperti sediakala. Wajah ini yang pernah menambat hatinya dulu. Wajah ini jugalah yang sentiasa membuatkan jantungnya berdegup kencang setiap kali memandang
"So..sorry. Aku tak sengaja" kata Aisy membantu Melisa berdiri
"Takpe Aisy, salah saya sebab terlalu leka tengok telefon tadi. Saya minta maaf, saya pergi dulu" kata Melisa
Aisy hanya terdiam. Pandangannya kosong melihat pemergian Melisa
"Woi bro!" Sergah Rayyan
"Astaghfirullahalazim, terkejut aku bongok!" Kata Aisy sambil mengacah penumbuknya
"Jauh sangat termenung kau ni. Tengok apa? Dah la datang lambat. Ada bini pun lambat jugak, tapi ok lagi dari kau takde bini sebelum ni terus tak datang kerja. Hahahahahahah" Terbahak-bahak Rayyan ketawakan Aisy
"Aku lambat sebab pagi-pagi lagi bini aku mintak morning kiss. Bukan macam kau, pagi petang siang malam mereput sorang-sorang" balas Aisy kembali dan terus beredar
"Kurang asam, bukan main lagi kau punya riak eh?!!" Jerit Rayyan terus mengejar Aisy
-----------------
"Bosannya duduk rumah ni" keluh Arabela
Sekeliling rumah dipandang kosong. Nak kemas pun, rumah memang sudah bersih. Habuk pun takde. Nak tidur pula, sudah puas tidur. Nak masak, awal lagi. Nak solat Dhuha pula baru pukul 8 pagi
"Hmm nak buat apa la sorang-sorang ni? Kalau ada anak, boleh main dengan anak. Ni anak pun takde. Baby oi bila nak ada dalam perut mummy ni?" Soalnya sendirian sambil menggosok perutnya yang kempis
Tidak lama kemudian Arabela berasa mual dan pening. Terus dia bergegas ke bilik air apabila dia berasa ingin muntah
"Uwelkk" segala isi perutnya yang dia makan pagi tadi bersama Aisy telah keluar
"Kenapa pula ni? Pagi tadi makan roti je" keluhnya lagi
Kakinya melangkah lemah menuju ke bilik tidur. Kepalanya berasa berat dan hanya mahukan rehat
Sampai saja di biliknya, Arabela terus baring. Baru saja Arabela mahu terlelap, telefonnya berbunyi. Senyum lebar terukir apabila melihat panggilan masuk
"Assalamualaikum" ucapnya mesra
"Waalaikumussalam sayang" balas Aisy kembali
"Eh baru pergi kerja sejam dah rindu Ara ke?" Soal Arabela mengusik
"Tinggal seminit pun rindu, inikan satu jam" balas Aisy
Arabela tergelak kecil. Ada-ada saja suaminya ini
"Mengadalah Aisy ni. Ada apa Aisy... uwelkkk..." belum sempat kata-katanya habis, dia kembali ke bilik air untuk muntah
"Ara, ara? Sayang?" Panggil Aisy berkali-kali di talian
Tidak lama kemudia Arabela kembali ke katil
"Hello Aisy" panggilnya lemah
"Hello sayang, Ara kenapa sayang?" Soal Aisy cemas
"Ara pun tak tahu, dah dua kali Ara muntah macam ni. Perut masuk angin kot sebab tak cukup makan" balas Arabela
"Ara ok tak ni?"
"InshaAllah Ara ok. Jangan risau ye Aisy"
"Aisy tak sedap hatilah, kita pergi klinik ye sayang?"
"Eh takpela Aisy, kejap lagi ni ok lah. Aisy kerja ye, Ara nak rehat kejap. Kepala ni pening sangat"
"Betul ni sayang?"
"Betul Aisy, Aisy sambung kerja ye. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" panggilan terus dimatikan sesudah Aisy menjawab salam
Minyak angin dicapai dan di sapu di kepalanya. Tidak lama kemudian Arabela terlelap
-------------------
Hanya jasad Aisy saja yang berada di pejabat tapi fikirannya melayang mengenangkan Arabela dirumah
Gusar hatinya memikirkan Arabela yang berseorangan di rumah. Tidak sihat pula tu
Aisy melepaskan keluhan kecil. Bingkai gambar kecil yang ada dimejanya diambil. Bibirnya mengukir senyum manis. Wajah Arabela yang berada dalam gambar itu dibelai dengan ibu jarinya
Gambar perkahwinan dia dan Arabela ditatap lama. Manis sekali kelihatan gambar tersebut walaupun ketika itu Aisy tidak suka dengan perkahwinan tersebut
Tapi disebabkan ingin menjaga air muka diri sendiri jadi terpaksalah dia mengikut arahan jurugambar
Sebenarnya gambar itu dah lama dia simpan tapi baru sekarang dia mempunyai keberanian untuk meletakkan gambar tersebut di meja pejabatnya
Kini, dia berasa amat gembira dengan perkahwinan dia bersama Arabela
****************
Arabela bergegas turun ke bawah apabila loceng rumahnya berbunyi
"Kejap" laungnya dari tangga
"Assalamualaikum" ucap orang di luar lagi
"Waalaikumussalam" jawab Arabela sambil membuka pintu
Arabela tergamam. Wanita di luar memberikan senyuman pada Arabela
"Melisa?" Soal Arabela ragu-ragu
"Boleh saya masuk?" Soal Melisa
"Astaghfirullahalazim, boleh sila lah" balas Arabela tersenyum
"Jemputlah duduk, saya pergi buatkan air dulu"
"Eh takpe Ara, saya sekejap je ni" larang Melisa Irdina
"Oh baik lah"
"Maaflah ganggu awak pagi-pagi ni. Saya ke sini pun tak lama, sekejap je"
"Takpe, lagipun saya takde buat apa pun" balas Arabela. Dalam hatinya tertanya-tanya kedatangan Melisa ke situ
"Sebenarnya saya nak minta maaf. Saya terkasar bahasa semalam. Saya tak berniat pun. Saya terlampau emosional semalam. Maafkan saya Ara. Kalau awak tak suruh Aisy jumpa saya semalam, mungkin saya masih lagi tak sedar, jadi saya harap awak dapat maafkan saya dan saya janji saya tak akan ganggu hubungan awak dan Aisy lagi" kata Melisa Irdina dengan tangisannya
Arabela tersenyum. Dia berdiri dan mengambil tempat di sebelah Melisa Irdina. Tubuh Melisa dipeluk dan belakang badannya digosok
"Alhamdulillah. Takpelah Mel, yang lepas tu kita lupakan. Saya bersyukur sangat tengok awak macam ni. Sampaikan saya tak cam siapa yang datang tadi. Awak cantik sangat bila bertudung macam ni" puji Arabela ikhlas
"Terima kasih ye Ara sebab sanggup terima saya. Saya harap lepas ni kita boleh berkawan satu sama lain"
"Sudah tentu. InshaAllah" balas Ara tersenyum
"Tapikan, kalau boleh awak jangan beritahu Aisy tentang kedatangan saya disini. Saya tak nak dia marah pula. Yelah, dia kan masih lagi tak boleh nak terima diri saya ni" kata Melisa sayu
"Itu awak jangan risau. Saya rasa hati dia dah lembut dah tu. InshaAllah" balas Arabela
"Mudah-mudahan begitulah. Takpelah Ara, saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum" ucap Melisa Irdina
"Eh cepatnya balik?"
"Saya ada hal nak kena settle. Saya balik dulu"
"Yelah, hati-hati"
Arabela tersenyum gembira. Alhamdulillah, ada bagus juga perjumpaan antara Aisy dan Melisa semalam
Melisa Irdina tersenyum. Hatinya berasa lega. Dia sudah berjaya laksanakan langkah pertama. Langkah seterusnya pula akan dia laksanakan
-----------------
Laju kereta milik Aisy memasuki kawasan parking. Salam diberi dan dia terus masuk ke dalam rumah mendapatkan Arabela
"Sayang" panggil Aisy tetapi tidak disahut oleh Arabela
Aisy memusingkan tombol pintu biliknya. Kelihatan Arabela tertidur di atas tikar sejadah. Aisy tersenyum
Kakinya mendekati Arabela kemudian dia duduk berhadapan Arabela
"Assalamualaikum sayang" bisik Aisy lembut
"Eh Aisy" serak suara Arabela. Matanya digosok lembut
Arabela merapati Aisy kemudian badan Aisy dipeluk. Wajahnya sengaja disembamkan didada Aisy. Bau badan Aisy sentiasa menenangkannya
"Apa ni sayang? Aisy busuk ni" kata Aisy cuba meleraikan pelukan
"Biarlah, Ara suka" kata Arabela. Sebenarnya badan Aisy tidak busuk pun. Wangian yang dipakai Aisy masih ada lagi baunya
Aisy tersenyum melihat Arabela. Aisy membalas pelukan isterinya
"Kenapa tidur atas sejadah ni?" soal Aisy sambil mencium ubun-ubun Arabela yang masih berlapikkan telekung. Wangi
"Ara rasa migrain Ara datang balik. Ara tak larat tadi. Ara ingat nak baring je, terlelap pula" adu Arabela seperti anak kecil
"Dah makan ubat belum?" soal Aisy
"Dah, ni dah ok sikit. Jangan risau ok?" kata Arabela tersenyum. Bahagia kerana suaminya peduli tentangnya
Pelukan dileraikan. Aisy memegang wajah Arabela dengan kedua tapak tangannya. Dahi Arabela dicium lama sambil matanya tertutup
'Aku memandangmu tanpa perlu menatap.
Aku mendengarmu tanpa perlu alat.
Aku menemuimu tanpa perlu hadir.
Aku mencintaimu tanpa perlu apa-apa, kerana kini ku miliki segalanya'
Share this novel