Bab 11

Other Completed 3855

Pagi itu aku bangun awal tidak seperti selalu. Aku perlu bersiap dan menenangkan diriku. Kelemahanku adalah darah gemuruh. Sikapku yang kadangkala gugup dan tidak tentu arah akan menyulitkan hariku nanti. Aku tidak ingin ada sesuatu masalah yang timbul semasa sesi temuduga itu nanti.

“Makanlah sikit Sara, buat alas perut. Manalah tau kalau-kalau temuduga tu lama nanti, sekurang-kurangnya kamu tak kelaparan” nasihat ibu setelah melihat aku yang mundar mandir dari tadi.

“Takut sakit perut lah mak” jawabku ringkas.

“Kalau iya pun minumlah sikit” pujuk ibu lagi dan aku hanya mampu mengangguk perlahan. Ibu amat faham akan sikapku yang seringkali resah. Ibu tahu yang aku mampu melalui semua tetapi aku seperti tidak yakin dengan kebolehan diriku ini. Selesai sarapan, ayah menghantarku ke Paradigm Bank yang terletak di tengah-tengah bandaraya yang mengambil masa 40 minit dari rumah. Sepanjang perjalanan, aku banyak diam. Ayah yang banyak mencari topik untuk kami berbual. Adakalanya, ayah sempat bergurau dan aku hanya tersenyum simpul. Selagi sesi temuduga itu belum selesai, maka selagi itulah perutku sentiasa memulas. Tiba-tiba ayah bersuara perlahan. “Sara, apa sahaja yang kita buat, kita kena ingat dan berserah pada Allah SWT. Sara kena rajin solat dan tawakal, nak” aku sedikit tersentak apabila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh ayah. Aku memandang ke arah ayah yang sedang memfokuskan pemanduannya.

Aku akui yang selama ini aku jarang solat apatah lagi untuk berdoa dan mengingatiNya. Bagiku, apa sahaja yang kulakukan dan kuusahakan adalah dari titik peluhku sendiri. Walaupun ibu dan ayah sering mengingatiku mengenai soal solat, aku hanya mengiyakan sahaja. Kadangkala, aku sanggup berbohong kepada mereka tentang solat. Di bulan puasa pun, aku memang berpuasa tetapi jarang sekali bersolat. Entahlah, semuanya bergantung pada moodku. Kalai moodku rajin, aku akan solat. Tetapi kalau aku sibuk dan malas, kuabaikan sahaja. Ayah dan ibu tidak pernah meninggalkan solat. Mereka sering berjemaah bersama adikku tetapi aku jarang bersama mereka. Setelah solat, mereka akan mengaji dan membaca taklim. Pelbagai alasan kucipta agar dapat terlepas dari solat. Bagiku juga solat berjemaah sangat lama dan hampir kebas kakiku apabila bersimpuh terlalu lama.

‘Tapi ayah, kenapa orang lain yang tak sembahyang pun boleh berjaya dan ada yang sembahyang tonggang tonggek pun masih banyak cabarannya...?’ bisik hatiku.

Sesampainya di hadapan Paradigm Bank, ayah memberhentikan kereta. “Betul Sara tak mau ayah tunggu?” soal ayah.

“Tak apalah, ayah. Kalau dah siap interview tu nanti, Sara call ayah, ya” balasku kembali sambil membetulkan baju kurungku.

“Baiklah kalau begitu. Ingat tu, banyak-banyak zikir sebelum masuk bilik interview’ ayah mengingatkanku kembali.

Entah mengapa aku berasa seolah-olah panas hati dan telinga apabila mendengarkan perkataan solat, zikir dan tawakal. Selama ini pun, aku jarang bersolat, aku tetap berjaya sampai ke universiti. Buat apa lagi perlu berdoa kerana apa sahaja yang aku buat memang tiada masalah. Nasib sentiasa menyebelahiku. Aku belum begitu susah lagi lah untuk solat dan berdoa! Tunggu tua baru aku sembahyang. Sempat lagi tu, gerutu hatiku, geram.

Aku melangkah masuk ke Paradigm Bank. Aku terus menuju ke bahagian reception. “Morning, my name is Alya Maisara. I am coming for the interview session” tuturku lembut kepada receptionist yang berada di situ. Namanya Watie, seperti yang tertera di tag namanya.

“Morning, please fill this interview form first. We will call you after this” balasnya sambil tersenyum manis. “Okay, thanks”.

Sambil mengisi borang temuduga, masih terngiang kata-kata ayah sewaktu menghantarku tadi. Ada betulnya kata-kata ayah itu tetapi nantilah. Aku tahu bila masa untuk solat, doa, zikir dan segala bagai itu. Tepat jam 10.15 pagi, namaku dipanggil. Tidak ramai calon pada hari itu. Aku menjadi calon pertama. Langkah kakiku seakan-akan lemah. Lututku menggeletar. Debaran kian terasa. Kukuatkan semangat menuju ke bilik temuduga lantas mengetuk pintu.

“Come in” kedengaran satu suara garau dari dalam. Dengan perlahan, aku melangkah masuk. Terdapat empat panel penemuduga, tiga daripadanya lelaki dan seorang perempuan. Aku tersenyum ke arah mereka.

“Please have a sit” panel lelaki yang bersuara garau itu mempersilakanku duduk. Sepanjang sesi temuduga itu, kusedar panel perempuan itu seringkali melihat ke arahku. Dia langsung tidak mempamerkan sebarang reaksi malah sepatah soalan langsung tidak diajukan kepadaku. Dia hanya memandangku dari atas ke bawah. Aku kurang selesa diperhatikan begitu. Adakah kerana aku hanya memakai baju kebaya yang tidak hebat atau aku kelihatan lemah di matanya. Apa yang penting, segala soalan yang diajukan kepadaku, kujawab dengan baik.

“Do you have any questions?” soal panel kedua, Azhar, seorang pemuda berkumis dalam lingkungan 30an.

“I don’t have any question but I would like to thanks to all of you because giving me a chance in attending this interview. I hope, I could be a part of this company” balasku, ikhlas. Aku tidak kisah apa pun keputusan temuduga tersebut yang penting aku ingin lekas-lekas segera beredar dari situ. Setelah mengucapkan terima kasih kepada mereka, aku segera beredar lantas menghubungi ayahku. Aku tidak ingin berada lama di situ kerana perutku makin hebat memulas.

“What do you think about her?” soal panel bersuara garau kepada panel-panel lain.

“I  like her. She has the personality and she knows how to appreciate others” panel perempuan itu mula bersuara.

“Ya, Zainuddin, I agree with Sherry. Even all candidates today have same qualification and skills but Alya Maisara is different. She has respect and she got

what we need” panel ketiga yang bernama Hisham turut menyokong panel perempuan itu tadi.

“Okay, if so we take her. Sherry, please prepare offer letter for her and call her to start by next week” arah panel bersuara garau, En. Zainuddin kepada Sherry.

Sementara menunggu ayah datang menjemputku, perutku tidak lagi memulas seperti pagi tadi. Kira-kira dalam 15 minit, ayah tiba. Aku bergegas ke kereta dan aku berasa lega selega-leganya kerana berakhir segala penyiksaan. Bagiku, temuduga satu penyiksaan. Mana tidaknya, aku terpaksa berhempas pulas mencari idea untuk menjawab segala pertanyaan yang bertubi-tubi menyerangku.

“Macam mana interview tadi? Ada harapan ke?” soal ayah serta merta saat aku melangkah masuk ke kereta.

“Hmm…Sara calon pertama. Dah la lama interview tu dekat 40 minit. Macam-macam soalan Sara kena jawab. Kalau nak ikutkan, mau je Sara lari keluar” keluhku sambil mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Kudengar ayah ketawa kecil.

“Sabarlah nak, nak berjaya kena tahan semua tu. InsyaAllah, berkat doa dan selalu zikir, Sara akan dapt kerja tu” ujar ayah lagi. ‘Hmmm…” itu sahaja jawapan yang mampu keluar dari mulutku. Balik-balik  doa doa doa, bosanlah!! Gerutuku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience