Bab 15

Other Completed 3853

Keesokan harinya, aku bertembung dengan Zulkarnaen sewaktu ingin masuk ke dalam lif. Kami hanya berbalas pandangan dan saling tersenyum. Dadaku seakan berombak dan mukaku bahang. Mana tidaknya, Zulkarnaen memandangku dari atas ke bawah.

“Hai” aku mula bersuara untuk meredakan perasaan getarku. Lagipun , aku kurang selesa apabila diperhatikan sebegitu.

“Ohh…hai, Sara” Zulkarnaen tergugup seketika. Barangkali menyedari yang aku kurang selesa dengan kelakuannya.

“Tentang peminjam kita yang bernama Encik Idham tu dah settle kan?” aku mula mencari topik untuk berbual. Salahku juga kerana mula menyapanya tadi. Kurasakan sudah lama benar aku berada dalam lif itu bersamanya.

“Oh, Encik Idham tu, dah settle pun” senyum Zulkarnaen sambil memasukkan tangannya di kocek seluar.

“Erm…Sara okey kerja sini?” soal Zulkarnaen.

“So far, memang okey tapi banyak benda yang Sara kena belajar. Sara kan orang baru dan tiada pengalaman. Awak dah lama kerja sini, Zulkarnaen?”.

“Panggil saya Karl saja” ujarnya lagi sambil tersenyum.

“Ohh…maaf Karl” malunya aku, kurasa begitu berbeza apabila memanggilnya dengan nama begitu.

“It’s okay. Karl kerja sini hampir lapan tahun. Mula-mula macam Sara juga, rasa kekok. Tapi dah lama-lama tu, macam rasa seronok pula” jawabnya lagi dan kini aku dapat rasakan yang dia sudah hampir selesa apabila berbual denganku. Sedang kami asyik berbual, pintu lif pun terbuka dan saat itu Karl meminta diri untuk kembali ke bahagiannya. Hmm, seronok pula berbual dengan Karl sebentar tadi. Semacam aku selesa dengannya. Setibanya di bahagian kredit, baru sahaja aku ingin melabuhkan punggung, tiba-tiba Noreen bersuara. Hampir terkejut juga aku dibuatnya.

“Eh…kau ada cek email tak?”.

“Kau ni Noreen. Buat aku terkejut pagi-pagi ni tau. Aku ingat ada yang belum sampai lagi. Aku ni baru je sampai, dah sah lah aku belum cek. Kenapa, ada apa?”

“Bulan depan bank kita akan anjurkan annual dinner. Ini merupakan acara tahunan yang paling meriah. Sebabnya, ada king and queen of the night dan sudah lama aku menantikan saat itu” jawab Noreen panjang lebar.

“Oh…ye ke? Mesti ramai yang pergi tu kan? Ada apa acara lagi malam tu nanti?” aku mula menunjukkan reaksi berminat setelah mengetahui pengumuman itu daripada Noreen.

“Ada persembahan menyanyi, menari dan pertunjukan fesyen. Sara, kau buatlah persembahan malam tu nanti. Kau kan pandai menyanyi. Sekurang-kurangnya, ada juga wakil dari bahagian kredit kita. Mesti Kak Sherry bangga dengan kau Sara” balasnya lagi memberi cadangan.

“Betul juga kata kau tu, Noreen. At least, semua bahagian tahu yang kita memang boleh. Tapi aku ni bukan reti sangat pun nyanyi. Setakat buka mulut dan melaung tu, bolehlah”.

“Ala…kau ni, nak merendah diri pula. Selalu pergi karaoke kau juga yang control mikrofon tu dari awal sampai akhir. Inilah masanya untuk kau buktikan kehebatanmu di mata dunia”.

“Wah…wah…pandainya kau berbahasa, Noreen. Tengoklah kalau aku rajin, ye” aku mula kembali ke tempat duduk dan meneruskan kerja. Selang beberapa minit kemudian, Kak Waheeda dan Dania tiba. Disusuli oleh Ammar yang kelihatan kelam kabut. Katanya, Kak Sherry ingin berjumpa. Nampaknya, ada isu lagilah antara Ammar dan Kak Sherry. Rupanya-rupanya, Kak Waheeda dan Dania sudah sedia maklum akan annual dinner yang bakal berlangsung hujung bulan hadapan. Mengikut Dania, tahun lepas Marina dari bahagian pemasaran yang mendapat gelaran queen of the night. Marina memang gemar bergaya. Jika dilihat penampilannya, Marina akan menjaga kecantikannya dari rambut sehinggalah ke hujung kaki. Gaya berjalan dan bercakap pun turut dititikberatkannya. Di pejabat, dia digelar Miss Universe. Maka tidak hairanlah dia selalu control ayu ke sana ke mari.

“Tahun ni aku rasa susah sikit Marina tu nak menang” celah Noreen tiba-tiba.   

“Kenapa pula?” balas Kak Waheeda, tertanya-tanya.

“Kita kan dah ada Alya Maisara. Sara will be the next Miss Universe kita” jawab Noreen sambil tersenyum simpul.

“Ish Noreen ni, tak mahulah macam tu” aku segera menggelengkan kepala.

“Betul la. Kau memang cantik, natural beauty. Sana sini orang sebut pasal kau. Nak tackle la. Nak berkawan la. Nak kenal la, macam-macam lagilah. Ada yang cakap kau umpama bidadari la. Macam artis la cuma kau tu je yang buat tak tahu” seloroh Noreen dan Dania mengangguk tanda setuju. Kulihat Kak Waheeda hanya mampu tersenyum. Nasib baik jugala Ammar tiada, kalau tidak memang gegak gempitalah jawabnya awal pagi ni. Seminggu kemudian, senarai nama-nama yang akan membuat persembahan pada malam itu nanti telah pun diketahui. Kebanyakan bahagian menghantar wakil masing-masing. Ada yang membuat persembahan tarian, ada yang membuat koir malahan ada juga yang membuat aksi drama spontan. Meriah juga aktiviti pada malam itu kerana semuanya bekerjasama untuk menjayakannya. Tiba-tiba mataku tertumpu pada satu nama yang amat tidak asing lagi bagiku untuk persembahan nyanyian pada malam itu. Aku hampir menjerit apabila mengetahui yang aku bakal membuat persembahan. Ini mesti kerja teman-temanku sama ada Noreen atau Dania kerana hanya mereka berdua sahaja yang tahu aku gemar berkaraoke.

“Noreen…Dania…siapa punya kerja ni?” aku segera merapati mereka berdua. Menyedari akan kehadiranku, Noreen dan Dania seolah-olah sedang sibuk berbincang sesama sendiri.

“Err…kerja apa?” soal Dania sambil menjeling ke arah Noreen. Kulihat Noreen sekadar menganggukkan kepalanya.

“Kerja yang suruh aku perform malam tu nanti” balasku dengan nada selamba.

“Kau kena perform ke? Laa…tak sangka pula yang kau akan perform. Lagu apa nanti?” jawab Noreen pura-pura tidak tahu.

“Jangan main-main la. Nanti aku letak sekali nama korang berdua untuk perform dengan aku. Biar kita jadi trio dan nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star, nak ke?” sengaja kuugut mereka berdua.

“Ishh…tak nak la. Jangan la buat macam tu?” rayu Dania memegang lenganku., korang ingat aku nak sangat ke nyanyi malam tu?” aku pura-pura meninggikan suara.

“Kami minta maaf, Sara. Tapi, kami memang nak tengok kau perform. Sebab tu la kami bagi nama kau sebagai wakil bahagian kita. At least, kita ada contribution, Sara. Please, Sara…kami minta maaf, ya. Kali ni je Sara. Tahun depan, turn aku pula” rayu Dania lagi bersungguh-sungguh. Aku mahu gelak semahu-mahunya melihat telatah mereka berdua. Bijak betul mereka dalam diam menghantar namaku sebagai wakil untuk membuat persembahan. Bukan aku tidak suka mereka menghantar namaku sebagai wakil tetapi sekurang-kurangnya mereka beritahu awal. Dapatlah juga aku membuat persediaan. Lagipun, aku memang sudah biasa membuat persembahan di zaman universitiku dahulu. Apabila ada sahaja aktiviti hostel atau fakulti, muka aku inilah yang kerap menghiasi pentas. Aku tidak kisah apa orang ingin katakan sama ada suara aku sedap atau sumbang, yang penting aku berasa puas. Bagiku, menyanyi merupakan tempat untuk aku meluahkan segala perasaan.

“Kali ni aku maafkan korang. Tapi, kalau tahun-tahun depan korang buat benda sama macam ni lagi, aku tarik korang sekali, ye” ujarku kepada Noreen dan Dania.

“Kami janji next time kami tak buat lagi, Sara. Alaa…kau kan orang baru so inilah masa yang sesuai kau contribute something” Noreen mula ingin berseloroh lagi.

“Sudah-sudah la tu cik adik semua. Buatlah keja tu sebelum singa betina tu mengamuk. Akak tengok mood Kak Sherry korang tu macam mendung” celah Kak Waheeda tiba-tiba sambil mengangkat beberapa bungkusan fail. Ya tak ya juga. Tengah syok-syok bercerita ni, sekali Kak Sherry terpacul di muka pintu biliknya, naya pula, getusku dalam hati. Kami kembali ke meja masing-masing lalu membuat kerja, bimbang sekiranya kata-kata Kak Waheeda sebentar tadi menjadi kenyataan. Lagipun, awal pagi tadi Kak Sherry ingin berjumpa Ammar. Memang sah emosinya tidak stabil  hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience