Bab 19

Other Completed 3853

Setelah persembahan pertama selesai, kedengaran begitu gamat mereka bertepuk tangan malah terdapat juga siulan-siulan nakal mengusik si genit yang mendendangkan lagu dangdut sebentar tadi.

“Persembahan seterusnya, dipersilakan Alya Maisara dengan lagunya Rescue” umum Kak Rahmah, selaku pengacara majlis malam itu. Mendengar sahaja namaku diumum, aku terus mempercepatkan langkahku ke pentas itu. Walaupun hanya pentas biasa namun aku merasakan seolah-olah pentas itu seperti lapangan terbang besarnya. Dengan sedikit keyakinan yang ada, aku meneruskan persembahan itu dan kedengaran muzik mula bergema.

She thinks she's all alone and all her hopes are gone 
And so I wrote this song so she can move along 
When things were bad, she was in despair 
When things were bad and you were never there
When things were bad she came up for air 
She said a little prayer, she found herself 
Yeah, she's got light in her face
She don't need no rescuing, she's okay
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescuing, she's okay
No SOS needed, no rescuing, she's fine out there
No SOS needed, no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescuing, she's okay 
She looks into the sky and all her tears are dry 
She kiss her fears goodbye, she's gonna be alright
But things were bad, it was beyond repair
She was scared she couldn't handle it
Things were bad, but now she's glad
Can't you tell she's walking on air?
That girl is you, yeah, and that girl is me 
 That girl is stronger than the raging sea

Setelah selesai persembahan, aku melangkah turun dengan perlahan-lahan kerana bimbang andainya aku tidak mampu mengawal diri lalu terjatuh di depan khalayak. Tentu malu besar dibuatnya. Maklum sahajalah, berdiri di depan ratusan mata penonton boleh juga membuatkan kepala dan lututku bergegar. Memanglah aku sudah biasa di pentas tetapi itu zaman dahulu. Zaman pengajianku di universiti. Ah! Yang penting tugasku untuk malam ini selesai. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

“Sara, boleh tahan juga suara kau, ya” bisik Dania setelah aku melabuhkan punggung di kerusi.

“Biasa-biasa saja” balasku sambil meneguk air suam untuk menghilangkan rasa takut itu. Tiba-tiba Ammar mencelah “Wah, Sara…aku seakan tidak percaya melihatkan dirimu di pentas sana sedang mendendangkan lagu untukku. Terasa bahagia hidupku”.

“Perasan betullah kau ni Ammar. Sudah-sudahlah syok sendiri” ujar Noreen sambil menarik muka masam.

“Ish…korang ni. Tak habis-habis, lah. Sudahlah di pejabat pun nak bertekak. Dekat sini pun nak berdrama lagi ke?” Kak Waheeda memberi isyarat tangan di mulutnya menyuruh kami diam dan aku hanya tersenyum. Kami sengaja memilih untuk duduk semeja, selesa untuk berbual. Lagipun aku masih baru dan perlukan masa untuk mengenali satu sama lain. Aku tercari-cari juga kelibat Karl dalam puluhan meja yang ada di situ namun sukar untukku mengesannya. Lagipun, Karl langsung tidak menghubungiku sejak dari raptai tempoh hari. Biarlah, aku pun tiada hak untuk ambil tahu tentang dirinya. Acara pada malam itu berakhir tepat jam 11.00 malam. Niatku ingin terus segera pulang namun ajakan dari Dania dan Noreen untuk ke kelab malam berhampiran membuatkan niatku terbantut. Seumur hidupku, belum pernah lagi aku menjejakkan kaki ke tempat sebegitu namun dek kerana ajakan teman-temanku, sukar untukku menolak. Bimbang juga andainya mereka terasa kerana sudah berkali-kali mereka mengajakku. Untuk kali ini aku turutkan sahaja.

“Noreen…Dania, jangan lama sangat,okey. Nanti family aku risau” tuturku kepada mereka sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam. Suasana di kelab itu sungguh bingit sekali dan kelam. Hampir-hampir sahaja aku terlanggar beberapa orang yang ada di situ. Mana tidaknya, gelap sungguh macam berada dalam gua.

“Kau ni Sara. Macam budak-budaklah. Aku rasa budak-budak pun tak macam kau, tau. Sikit-sikit family. Kau tu dah besar panjang. Ikut suka kau la nak pergi mana pun. Kenapa kau masih bergantung dengan family lagi, pelik la” balas Dania membuatkan aku sedikit tergamam. Adakalanya aku malu juga apabila teman-temanku mempersoalkan keluargaku. Kata mereka, aku masih lagi di bawah ketiak keluarga. Ingin ke mana-mana atau membuat apa sahaja, mesti memaklumkan kepada keluarga. Benar juga kata mereka, aku sudah dewasa dan berhak menentukan hidup dan hala tujuku. Lagipun aku punya rupa, kerjaya dan segala-galanya. Apa yang perlu dirisaukan?

“Sara, jom menari” ajak Dania sambil menggoyang-goyangkan badannya mengikut rentak muzik techno.

“Tak nak, lah. Kau sajalah yang pergi” aku menolak ajakannya sambil melihat Noreen yang sedang leka berdansa bersama lelaki asing.

“Tak sporting lah kau ni Sara. Orang datang sini nak berhibur dan relax. Yang kau ni datang melopong saja. Do something Sara. Enjoy this night” ujar Dania lagi. Sekali lagi aku tertampar dengan kata-kata Dania. Takkan aku ke sini duduk diam-diam, nanti dikatanya lagi aku tidak pandai bersosial. Serentak kemudian, muncul seorang gadis yang agak seksi menyapa Dania. “Hey, babe! Long time no see”. Mereka berpelukan seolah lama tidak ketemu.

“Sandra!!…Aku masih macam ni, lah. Memang lama sangat kita tak jumpa sejak aku berhenti dulu, kan. Aku rindu kau sangat-sangat, Sandra. Wah, makin vogue kau sekarang, ya” puji Dania sambil memegang erat lengan  temannya yang bernama Sandra itu. Kubiarkan sahaja mereka berbual. Malas aku mengganggu mereka. Kuperhatikan sahaja gelagat manusia di sekelilingku malam itu. Tidak lama selepas itu, Sandra mula beredar dan aku hanya tersenyum ke arahnya. Dania menoleh ke arahku dan mukanya berseri-seri.

“Sara, kau tau siapa tadi tu? Memang kau tak tau, kan” loyar buruk pula si Dania ni. Aku hanya menjungkitkan bahuku sahaja tanpa berkata apa-apa.

“Tadi tu Sandra. Ex-collegue masa aku kerja di firma audit dulu. Sudah lama sangat kami tak jumpa. Tak sangka pula malam ni kami terjumpa di sini. Aku memang selalu ke sini tapi memang tak pernah nampak dia pun. Katanya, dia baru pulang dari Jerman, mengikut lakinya lah tu” terang Dania lebar.

“Dia dah kawin, ke?”.

“Ish…bukanlah, dia tak kawin lagi tu. Dia tu perempuan simpanan Datuk. Tak perlulah ya aku bagitau siapa gerangan Datuk tu. Tapi, yang syoknya, hidup senang, nak duit pun minta saja. Ada rupa pula tu” Dania seakan-akan bangga punya teman seperti itu.

“Ohh…okey. Untunglah dia tu. Ada orang sponsor” jawabku bersahaja. Aku menyedari yang Dania merenungku. “Kenapa tenung aku sampai macam tu? Sorrylah kalau aku cakap macam tu”.

“Sara, kau pun ada rupa malah jauh lebih cantik dari Sandra. Aku rasa kau pun boleh dapat lagi banyak ‘sponsor’ dari Sandra. Kau tak nak try ke, Sara?”.

“Dania, kalau bab berkawan, aku memang berkawan dengan semua orang. Tapi kalau bab berkasih ni, aku inginkan seorang yang benar-benar menghargaiku di saat aku susah mahupun senang”.

“Boleh tahan juga tahap jiwang kau ni, Sara. Tapi buat pengetahuan kau Sara, zaman sekarang ni susah nak cari orang yang betul-betul jujur dengan kita. Entah ada entah dah pupus” selamba sahaja Dania menutur kata. Dania memang benar. Sukar untuk menemui seseorang insan yang sanggup meredah segalanya bersama apatah lagi di saat kesukaran melanda.

“Biarlah, Dania. Aku akan cari kebahagiaan dan ketenangan itu”.

“Kalau aku jadi kau, aku rembat mana-mana Datuk atau Tan Sri yang ada di muka bumi ni. Anyway, semoga kau berjaya mencari kebahagiaan itu, Sara”.

Sudah acapkali aku dengar benda yang sama dari mulut yang berbeza. Aku cantik, senang dapat kekasih kacak. Aku bekerjaya, senang dapat kekasih berpangkat. Aku bijak, senang dapat kekasih hebat. Bukan aku tidak pernah berkasih atau bercinta sebelum ini tapi lihatlah, semua kecundang di tengah jalan. Semua memberikan janji-janji palsu. Sehingga kini, masih belum kutemui cinta suci itu.

“Dania…Sara! Apasal korang duduk sini dari tadi? Korang tak enjoy ke?” muncul Noreen. Barangkali kepenatan menari bersama beberapa orang sebentar tadi.

“Aku memang nak menari tapi si Sara ni, payah sangat nak diajak. Bukan nak pergi berperang pun” Dania memuncungkan mulut ke arahku. “Sara, kenapa ni?”.

“Sorry, aku tak biasa, lah”. Sedang kami berbual, datang seorang pelayan bar. Dania dan Noreen masing-masing memesan minuman yang agak janggal bagiku. Tidak lama selepas itu minuman yang dipesan sudah tiba.

“Aik...kau pesan coke?” soal Noreen kehairanan melihat hanya itu sahaja yang kupesan.

“Yalah. Dia nak pesan milo ais tapi sini mana ada jual” Dania ketawa terkekek. Jawapan Dania sudah cukup membuat Noreen tambah kebingungan. Aku tahulah yang aku tak pernah sampai sini apatah lagi nak minum yang bukan-bukan macam korang, tapi janganlah nak sindir aku depan-depan, getus hatiku.

“Kau tak nak cuba, Sara?” Dania menghulurkan gelasnya kepadaku dan aku hanya tersenyum menggeleng.

“Rasalah sikit. At least kau tahu juga rasanya” tambah Noreen memandangku.

“Kalau kau takut nak rasa minuman Dania, baik kau rasa minuman aku ni. Tak keras sangat” pelawa Noreen lagi membuatkan aku semakin serba salah.

“Minumlah untuk kami andai kau anggap kami ni kawan-kawan kau, Sara. Lagipun kau bukan selalu ikut kami pun” pujuk Dania. Dek kerana desakan dan pujukan mereka, aku memberanikan diri untuk mencuba minuman itu. Dania dan Noreen memandangku penuh harapan. Sekali lagi aku perlu menjaga hati teman-temanku. Saat bibirku menyentuh gelas itu, terasa seperti lain baunya. Hendak dielak, bimbang kawan terasa. Mahu tidak mahu kugagahi juga untuk meneguknya.  Hampir mahu termuntah rasanya saat kuteguk kali pertama.

“Aku tak tahanlah, Noreen” belum sempat aku habis berkata-kata, tangan Noreen pantas memaksaku untuk meneguk sehingga habis. Terasa pahit dan bergas Carlsberg yang diberikan oleh Noreen tadi.

“Hebat kau dapat habiskan semuanya. Macam inilah baru namanya kawan” Noreen menepuk-nepuk bahuku. Terasa badanku sedikit panas dan kepalaku kepeningan. Mana tidaknya, gara-gara Noreen memaksaku menghabiskan semuanya sekaligus.

“Memandangkan kau berjaya habiskan minuman si Noreen tu, apa kata kau cuba yang ini pula. Yang ni lain sikit” Dania senyum lebar ke arahku. Sudah kuagak, malam ini mereka pasti ‘menderaku’.    

“Cukuplah, Dania. Aku tak boleh teruskan lagi. Aku pening” jawabku sambil mengurut kepalaku.

“Okey...ni yang last. Lepas ni kami tak paksa kau lagi” Dania tidak mengendahkan kata-kataku malah terus menghulur minumannya yang lebih gelap warnanya dari yang tadi. Sekali lagi aku tewas. Whiskey yang dihulur oleh Dania benar-benar membuatkan aku berasa ingin muntah. Walaupun Dania telah mencampurkan minuman itu namun rasanya tetap pahit, lebih teruk dari minuman pertama tadi. Setelah kumeneguk kesemua minuman yang ada, Noreen dan Dania bersorak kegirangan seolah-olah aku menang loteri! Mereka memelukku dan ketika itu aku mula merasakan diriku tidak stabil. Aku hampir terjatuh namun mereka sempat memapahku.

“Welcome to new life, Sara” ucap Dania tersengih. Pandanganku mula sedikit kabur namun aku cuba bertahan. “Aku nak balik”. Mereka berdua hanya mengangguk dan sekali lagi tersenyum kepuasan. Puas mendera aku untuk meneguk itu ini. Sepanjang perjalanan pulang, aku masih memikirkan apa yang berlaku di kelab sebentar tadi. Sukar untuk aku percaya yang akhirnya aku meneguk air setan itu. Kepalaku tiba-tiba sakit. Ah! Harap-harap keluargaku sudah tidur. Lagipun jam sudah menunjukkan 2.30 pagi. Mak dan ayah tidak boleh melihat aku dalam keadaan begini. Mereka tentu akan bising dan memulakan ceramah percuma itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience