Bab 4

Other Completed 3853

Sedar tidak sedar, kini aku di tahun akhir. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kenangan cinta monyet dua tahun lalu. Kenangan bersama Izzarif telah aku padam dan aku tidak ingin mengingatinya kembali. Sedih dan pedih. Mungkin bagi sesetengah orang cinta monyet hanyalah sekadar cinta mainan tetapi tidak bagi aku. Kenangan cinta itulah yang mengajar aku tentang rasa ingin disayangi dan menyayangi. Segala apa yang kulalui dahulu cukup mematangkan aku. Selama itu jugalah aku cuba untuk menutup hatiku untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki. Bukan tidak ada yang mahu cuma aku belum bersedia. Entahlah bagiku cinta ini hanya untuk seseorang yang benar-benar menerima diriku seadanya dan aku masih mencari cinta itu. Bukan kerana rupa parasku atau tubuh badanku.

“Woiiii..cik kak! Apa dimenungkan tu? Tunggu raja kayangan turun dari langit ke?” suara Nadia betul-betul mengejutkanku.

“Ish kau ni Nadia. Dari dulu suka sangat terperanjatkan orang. Nasib aku ni takde penyakit. Boleh koma aku dengar kau sergah gitu” aku memasamkan muka ke arah Nadia lalu membaling bantal ke arahnya.

“Alaaa kau ni Sara. Macam lah kita baru kenal sehari dua. Takkan lah kau tak kenal aku ni. Penyergah terhebat abad ini” Nadia tersengih kepadaku.

“Mana Ain? Kat lab lagi ke?” dari pagi tadi aku tidak nampak kelibat Ain. Sejak kami semua di tahun akhir ni, masing-masing sibuk menyiapkan projek tahun akhir. Aku dan Nadia sibuk membuat research project manakala Ain pula banyak menghabiskan masa di makmalnya.

“Yup...masih kat lab. Dia SMS aku tadi. Dia cakap dia tidur kat lab sampai grad. Hahahahaaa…” balas Nadia menahan ketawanya.

“Tak baik kau cakap macam tu, Nadia” aku menasihati Nadia lantas tersenyum. Nadia dan Ain merupakan teman rapatku dan juga room mate ku dari dulu sehingga kini. Kami masih tetap bersama dan berkongsi segala cerita.

“Jom makan kat luar malam ni. Boringla aku makan kat hostel je. Paling-paling pun mesti menu wajib ikan jaket tu. Jom la Sara, teman aku. Kita pergi restoran kat depan tu” Nadia memujukku, kebosanan menghadap ikan cencaru yang digelarnya ikan jaket itu.

“Ye lah. Sebab ikan jaket tu la kau jadi cerdik sampai sekarang, tau tak. Jangan lupa bagitau Ain” jawapku  turut mengingatkannya tentang Ain. Petang itu Ain pulang agak lewat sedikit dan keletihan namun untuk tidak menghampakan Nadia, kami turutkan sahaja kemahuannya untuk makan di luar. Nasib kami agak baik kerana tidak banyak orang di restoran tersebut. Selalunya, tempat tu lah paling banyak kaum adam, duduk melepak sambil menonton bola. Bingit yang amat namun hari ini begitu lengang sekali. Mungkin tengah bulan, jadi poket pun keringlah, fikirku.

“Kita duduk kat hujung tu. Privacy sikit. Lagipun aku ni pemalu” seloroh Nadia sambil matanya melilau mencari tempat.

“Okay madam, pemalu konon” aku menjuihkan bibir. Ain hanya mengangguk dan menuruti sahaja. Agaknya masih penat seharian suntuk di lab, fikirku. Setelah memesan makanan, kami berbual pelbagai topik. Adakalanya gelak tawa kami agak riuh kedengaran.

“Nadia, slow sikit suara tu. Macam nak berperang je aku dengar” aku memberi isyarat kepada Nadia agar memperlahankan suaranya.

“Eh…Sara, cuba kau tengok meja sebelah sana tu. Orang tu asyik pandang sini je tau” tiba-tiba Nadia bersuara perlahan.

“Perasaan kau je, tu” jawabku tidak acuh, malas mempedulikan siapa-siapa.

“Mana, Nadia?” Ain pula bersuara.

“Tu…yang macho macam Izzue Islam tu” Nadia memuncungkan mulutnya ke arah seorang lelaki yang sedang makan di hujung sudut bertentangan mereka.

“Dari tadi aku perasan masa kita sampai lagi” dengan bersahaja aku berkata lalu meneguk minumanku.

“La…apasal kau tak bagitau aku. Kau ni tengok sorang je. Aku rasa macam dia tengok kau tu” balas Nadia.

“Sara kenal dia ke?” Ain mula menambah.

“Tak kenal pun. Biarlah dia tu” mataku terus tertumpu ke siaran TV. Setelah membayar makanan, kami perlu segera pulang untuk menyambung kembali menyiapkan assignment yang betimbun umpama gunung Everest. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena lelaki yang asyik memerhatikanku tadi datang menghampiri kami dan aku hampir-hampir berlanggar dengannya. Ish…buta ke! Dengusku dalam hati namun kucuba pamerkan senyuman.

“Hai, sorry buat you terkejut. I’m Firhad” lelaki yang menggelarkan dirinya Firhad itu mula menghulur tangan untuk berjabat salam. Dengan pantas, aku menoleh ke arah Nadia dan Ain lantas mereka menganggukkan kepala agar aku menyambut salamnya.

“Ohh…hai, saya Alya Maisara. Just call me Sara” aku bersalam dengannya sambil tersenyum.

“Wow…beautiful name. If you don’t mind, can I have your phone number. At least we can be friends” Firhad mula menunjukkan langkah untuk mengenalku yang sering dilakukan oleh mana-mana lelaki.

“Yup...why not” lantas aku memberinya nombor telefonku.

“Thanks Sara. Will call you later” Firhad mengiringi kami dengan senyuman tak lekang di bibir.

“Let’s move, girls” aku memimpin tangan Ain dan Nadia yang masih lagi kelu, barangkali terkejut kerana selama ini mereka memang sudah tahu yang bukan mudah untuk aku berkawan dengan mana-mana lelaki sejak aku putus bersama Izzarif suatu masa dahulu.

“Sara…berani jugak kau ni sampai bagi nombor handphone kat orang. Orang yang kita tak kenal pula tu. Selama ni, kau bukan main lagi jual mahal. Dulu, Azmin si mamat skema dalam class kita tu nak kenal dengan kau, bukan main lagi kau pantas mengelak. Yang si Firhad tadi tu, senang-senang pula kau bagi erk” Nadia mula bertanyakanku.

“Cik Nadia, dulu lain, sekarang lain. Mamat skema tu memang skema sangat la. Muka dia pun aku tengok macam turtle. Alah…macam siapa tu? Ha…macam si Leonardo” selamba sahaja aku menjawap pertanyaan Nadia.

“Leonardo? Means Leonardo DiCaprio? Fuhh, if macam Leonardo memang hensem dah tu” kulihat Nadia mula membayangkan ‘Leonardo DiCaprio’ nya tu.

“Apa hal lak Leonardo DiCaprio. Aku maksudkan si Leonardo yang adik beradik Ninja Turtles tu. Hahahaaaa…!” aku memegang perut menahan ketawa. Dapat kubayangkan Azmin yang lebih dikenali dengan gelaran mamat skema membawa peralatan senjatanya untuk bertarung. Kulihat Nadia memasamkan muka lalu menekupnya dengan bantal. Ain hanya tersenyum melihat aku menyakat Nadia. Selalu sangat dia menyakatku dan sekarang aku mula cuba menyakatnya. Setelah kembali di bilik, aku merebahkan diri ke katil. Kenyang perutku melantak mee goreng mamak di kedai makan itu. Selepas berbaring sebentar, aku perlu membuat nota untuk kelas keesokan harinya. Sambil itu fikiranku menerawang teringatkan Firhad, lelaki seiras Izzue Islam yang baru kukenali sewaktu di kedai makan tadi. Kelihatan sungguh matang dan gayanya seolah-olah sudah bekerja, barangkali umurnya dalam lingkungan 27 tahun. Susuk tubuhnya agak tinggi, segak dan manis, bak kata orang memang ada rupa. Duit pun sudah tentu ada apabila melihatkan cara berpakaiannya yang agak trendy. Sesegak manapun dia, hatiku masih belum mampu terbuka untuk sesiapa. Kenangan lalu masih membuat aku terasa dan lukanya tetap ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience