Bab 26

Other Completed 3855

“Ada apa you nak jumpa I?” soalku kepada Karl setibanya di tempat yang dijanjikan. Wajah Karl langsung tidak kupandang dan aku hanya berpeluk tubuh.

“Ai…takkanlah I tak boleh jumpa you seperti selalu? Kenapa? Ada orang marah ke?” jawapan Karl seakan-akan berbaur sinis.

“Cepatlah cakap, I tak sihat ni dan nak balik cepat” jawabku acuh tidak acuh.

“Come on lah sayang. Baru sahaja sampai takkan begitu cepat nak balik. Selama ni you tak kisah pun kalau balik lambat. Sampaikan tak pernah balik rumah pun ada juga kan” sekali lagi jawapan sinis Karl menyakitkan telingaku.

“Okey, Karl. Enough. Just straight to the point. I’m so tired now” tegasku dan mataku membulat memandangnya. Karl datang menghampiriku dan dengan perlahan dia memegang bahuku serta cuba untuk mendekatkan wajahnya kepadaku. Namun aku sempat mengelak.

“I saw you last night, Sara. You weres so georgeous and hot” bisik Karl. Sepantas kilat aku melepaskan tangannya. Setahu aku, tidak pula aku nampak kelibat Karl. Lagipun setibanya kami di sana, pengunjungnya belum cukup ramai dan kami juga boleh nampak satu persatu pengunjung yang hadir ke kelab mewah itu. Mustahil juga aku tidak nampak Karl atau mungkin aku terlepas pandang. Maklum sahajalah tempat yang suasananya malap dan suram, agak mustahil juga jika dapat dilihat dengan jelas muka Karl. Atau pun seseorang yang rapat dengan Karl yang menghantar gambar itu kepadanya lalu dia berbohong dengan mengatakan dia melihatku di kelab mewah itu.

“Jangan buat lawak, Karl”.

“I’m serious, honey. I saw you with him. Dance and having fun together. And I don’t like it” tenang sahaja Karl mengucapkan kata-katanya. Alamak, jadi betullah Karl ada di tempat itu malam tadi? Habislah aku kalau Karl tahu apa yang aku dan mat salleh itu lakukan! Ah, apa yang perlu ditakutkan, aku bukan bini Karl.

“You saja yang tak perasan I ada di sana. You dah leka menari, peluk pegang sana sini, mana you nak endahkan I lagi” Karl menyindir lagi.

“So, sempatlah I ambil gambar you bersama orang itu sebagai bukti yang you curang dengan I” sekali lagi Karl menunjukkan gambar itu dari telefonnya.

“What??? I curang dengan you? Stop it and please, ya. I bukan tunang atau bini you. So, suka hati I lah nak keluar dengan siapa or nak bermesra dengan siapa. You langsung tidak ada hak sedikit pun ke atas I” aku menengkingnya dan mendengus marah. Karl sedikit terkejut. Aku tahu dia tidak pernah ditengking sebegitu semenjak kami bersama.

“You dah berubah dan semakin melampau, Sara” balas Karl kembali dalam nada kesal.

“Oo…kalau I yang salah so I lah yang sudah berubah dan melampau? You tak berubah ke, sayang? Cermin diri you tu sikit. Since you kahwin dengan Farra, you langsung tak ambil kisah dengan I. Yang you tahu, bila nak jumpa you cari I then bila you tak perlukan I, you tinggalkan macam tu. You tau tak Karl yang I selalu perlukan you. I tahu you dah ada Farra tapi sampai bila you nak terus siksa perasaan I dalam keadaan begini? I need my own life, Karl” aku meluahkan perasaanku terhadap Karl. Aku ingin dia tahu yang aku juga seorang perempuan, seorang wanita biasa yang perlukan perlindungan dan dambaan seorang lelaki.

“I tahu semua tu, Sara tapi I …” belum sempat Karl menghabiskan ayat, aku terlebih dahulu membidasnya.

“Sebab you tak mampu memilih, kan? Tak mampu memilih di antara jasa dan cinta. You kahwin dengan Farra sebab jasanya yang banyak terhadap you. Dan, you pilih I sebab cinta. Sekarang, you tersepit antara keduanya. Yang menjadi mangsa I, Karl” manik jernih mula bergenang di kelopak mataku.

“Tapi, I sayangkan you dan you tak boleh pergi jauh dari I” balas Karl kembali.

“Untuk apa sayang you itu kalau untuk menyiksa perasaan dan hidup I, Karl? Let me go, please” rayuku kepadanya. Aku segera mencapai beg tangan dan kunci kereta, segera untuk beredar dari situ. Karl cuba menarik lenganku namun kutepis sekuat tenagaku. Aku tidak mahu lagi sesiapa mengganggu hidupku atau menentukan arah hidupku. Apa yang kutempuh biarlah aku tanggung sendiri. Aku sudah penat hidup di bawah telunjuk orang. Diarah ke sana ke mari. Dipanggil datang dan ditinggal pergi. Kini, biarlah aku sendiri membuat keputusan hidup tentang apa yang aku inginkan. Ketika aku tergesa-gesa keluar menuju ke tempat letak kereta, bahuku dilanggar seseorang dan aku hampir-hampir tersadung. Mujur aku hanya memakai flat shoe, kalau aku memakai heel, naya lagi jawabnya. Buta punya manusia, mata letak di lutut ke?

“Ouch..!!” aku menggosok bahu tanpa menoleh ke arah manusia yang melanggar sebentar tadi.

“I’m sorry, miss. I tak sengaja lagipun I nak cepat. Are you okay, miss?” satu suara lembut menegurku. Nak cepat konon, aku pun nak cepat juga tapi tidaklah sembarang melanggar sana sini.

“It’s fine. I’m okay” kupandang wajahnya dan tergamam seketika. Farra!! Aku tahu Farra langsung tidak mengenaliku namun perlanggaran kecil yang berlaku antara kami sedikit sebanyak membuatkan aku hilang kata-kata dan menyabut namanya. Farra membantuku bangun dan berulang kali meminta maaf. Dia menawarkan diri untuk menghantarku ke kereta. Memang cantik orangnya, patutlah Karl dalam dilema. Dapat isteri cantik begitu, mana mudah untuk lepaskan.

“I betul-betul tak sengaja, maaf. Actually, I ada dinner dengan husband so I terlambat sikit. Sebab tu I terlanggar you tadi. I memang tak nampak” aku mengangguk dan hanya mampu tersenyum mendengar kata-katanya. Ikutkan hati mahu sahaja aku berterus terang dengannya bahawa aku baru sahaja berjumpa dengan suaminya sebentar tadi. Tentu Farra akan bertukar menjadi singa betina dan akan porak perandalah hubungan mereka. Namun, akalku masih waras dan aku tidaklah sekejam itu.

“Never mind, I will be okay. Thanks for helping” aku menghulurkan tangan kepadanya sebagai tanda terima kasih dan dengan ceria, dia menyambut huluran itu. Selepas itu, Farra terus berlari-lari anak menuju ke lif, bimbang terlambat untuk berjumpa dengan suami tersayang. Dan aku, terus menuju ke kereta dan destinasi seterusnya adalah untuk pulang ke rumah untuk tidur tanpa memikirkan apa-apa lagi.

“Bi…sorry, I terlambat” sebuah kucupan singgah di pipi Karl.

“No, it’s okay. I pun baru saja sampai ni. Meeting dengan klien siap awal so I terus ke sini” bohong Karl.

“You nak tau, tadi masa nak ke lif, I terlanggar seseorang. Kesian dia, hampir terjatuh dan cepat-cepat I bantu. Salah I juga sebab rush sangat sampai tak toleh kiri kanan” beritahu Farra sambil memesan beberapa hidangan makan malam di hotel mewah itu.

“You ni, hati-hatilah lain kali. Jangan buat orang marah. Langgar tak tentu pasal” Karl masih lagi membelek menu di tangannya.

“Lelaki ke perempuan?”.

“Perempuan, dalam lingkungan 27 atau 28 macam tu. Boleh tahan juga orangnya”.

“What do you mean, honey”.

“Cantik. I mean, she looks pretty even without her makeup. She’s so simple and humble. Nasib dia tak pakai tumit tinggi, kalau tidak tentu terpelecok kakinya gara-gara I” bersungguh-sungguh Farra menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Tanpa bertanya lanjut, Karl terus memesan menu pilihannya. Bagi Karl, cerita Farra sebentar tadi hanyalah cerita biasa. Di fikirannya, masih teringatkan Alya Maisara. Perlukah aku lepaskannya? Apa yang Sara katakan memang benar, aku dalam dilema dan aku tidak mampu membuat sebarang keputusan. Tetapi, aku juga tidak sanggup melihat Alya Maisara bersama dengan orang lain.

“Bi…you ni macam tak berminat dengar cerita I je” rungut Farra apabila Karl langsung tidak bertanya lanjut tentang perlanggaran kecil itu.   

“Bukan I tak minat, setakat langgar macam tu biasalah. Mana-mana tempat pun sama. I pun tak tahu nak tanya apa lagi” lamunan Karl terhadap Sara terhenti apabila Farra merungut. Sebaik sahaja Karl berkata begitu, Farra terus diam dan dia terus bermain telefonnya. Malas mengeruhkan keadaan hanya kerana perkara remeh itu. Lagipun, suaminya sendiri yang mengajaknya makan malam di hotel mewah itu. Jadi, diturutkannya sahaja tanpa banyak soal. Ikutkan hatinya, malam itu dia ada janji temu bersama teman-teman rapat semasa di universiti dahulu. Terpaksa dibatalkan kerana Karl mengajaknya makan malam bersama. Sementara menunggu hidangan makan malam tiba, Farra cuba mengingat kembali wajah Alya Maisara. Wajah itu seperti pernah dilihatnya tetapi dia sendiri tidak ingat bila dan di mana. Wajah Alya Maisara seperti tidak asing baginya. Di mana aku pernah berjumpa dengannya? Adakah kami pernah bersua muka? Lupa pula aku bertanyakan namanya tadi. Hanya kerana sibuk meminta maaf, aku terlupa nama dan segalanya. Farra mengeluh di dalam hati.

Tak sangka pula aku boleh terlanggar Farra sebentar tadi. Nasib dia tidak mengecamku padahal aku pernah menghadiri majlis perkahwinan mereka dahulu. Ah, aku tidak ingin lagi mengingati tentang Farra dan Karl. Mereka sudah pun bahagia. Malam itu sekali lagi aku tidak dapat memejamkan mata. Puas sudah kuubah kedudukan tidurku namun tidak juga berjaya. Kucapai beberapa novel untuk cuba memujuk mata namun tetap juga mataku ini degil. Kubuka laptop untuk menonton beberapa cerita namun tiada satu pun menarik hati. Lantas aku ke bilik adikku, Aiman untuk berbual-bual dengannya sementara menunggu mataku ini mula mengantuk. Aku mengetuk pintu bilik adikku. Aku tahu dia belum tidur dalam waktu sebegini. Mana tidaknya, asyik menghadap computer bermain online game.

“Aiman, boleh akak masuk?”.

“Masuklah. Kenapa, kak?” Aiman memandangku kehairanan. Jarang benar dia melihat kakaknya ingin berbual. Paling tidak pun membebel sahaja kerja kakaknya itu.

“Tiada apa-apa, Aiman. Akak tak dapat tidur. Tu yang akak datang tengok Aiman” balasku sambil membelek beberapa koleksi komik di biliknya.

“Kalau akak main online game ni, sudah tentu akak mengantuk dan cepat tidur” balas Aiman tersenyum simpul.

“Ish…tak naklah, akak tak minat benda-benda macam tu”.

“Semualah akak tak minat. Akak tak keluar malam ni?” soal Aiman sambil tangannya ligat menekan punat keyboard.

Aku tersenyum lalu menjawab, “Akak baru saja balik ni, Aiman. Akak keluar kejap saja tadi”.

“Laa…tak perasan pun yang akak keluar”.

“Macam mana Aiman nak perasan kalau setiap masa Aiman pakai headphone tu” aku menyindir Aiman. Gila sangat bermain permainan itu sampaikan apa yang berlaku di sekitarnya pun dia tidak tahu, keluhku.

“Kak, mak dan ayah selalu cakap pasal akak”.

Aku menoleh ke arah Aiman, “Apa dorang cakap?”.

“Kakak dah banyak berubah. Ditegur pun kakak masih begitu juga”.

Aku diam, malu pun ada. Tidak sangka pula ibu dan ayah bercakap mengenaiku sampaikan adikku Aiman pun boleh tahu.

“Bukan apa, kak. Kakak dah jarang lekat di rumah. Lagipun kakak dah banyak berubah. Mak pun tak tahu dah nak cakap apa lagi”.

“Itu akak tahu, dik”.

“Kalau akak tahu, baguslah. Berubahlah sementara peluang masih ada. Mak dan ayah semakin tua. Mak pun tak berapa sihat juga. Kadang-kadang sakit betis dan lenguh pinggang. Akak bantulah mak” Aiman memandangku.

“Tapi akak banyak kerja, dik. Kadang-kadang akak kena buka booth. Tu belum lagi outstation” aku cuba untuk terangkan kepada Aiman, berharap agar dia mengerti.

“Aiman faham kerja akak. Cuma…” tiba-tiba Aiman diam.

“Cuma apa Aiman?” aku ingin tahu.

“Kakak dah jarang bersolat dengan kami. Mengaji pun dah jauh sekali. Kakak banyak melawan cakap mak dan ayah. Kakak tau kan apa akibat jadi anak derhaka? Tak berkat hidup kita, kak” perlahan sahaja suara Aiman mengingatkanku. Aku tahu dia takut kalau tiba-tiba aku naik angin.

“Entahlah, dik. Akak pun tak tahu apa akak mahu. Apa yang akak inginkan selama ini semuanya boleh dapat dengan senang. Tapi, bila akak inginkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup, semakin sukar untuk akak dapatkannya” luahku kepada Aiman.

“Sebab tu lah akak perlu bersolat dan meminta dariNya agar dipermudahkan segalanya”.

“Nanti-nanti akak bersolat juga cuma sekarang akak tidak ada masa untuk semua tu. Okeylah Aiman. Akak masuk bilik dulu”.

Baru sahaja aku hendak melangkah keluar dari bilik Aiman, tiba-tiba Aiman bersuara. “Kak, tolong jangan buat mak menangis lagi”. Tanpa jawapan, aku hanya memandang Aiman lalu menutup pintu biliknya. Bagaimana Aiman tahu ibu menangis kerana perlakuanku? Berdosakah aku membuat air mata seorang ibu menitis? Derhakakah aku kerana mengasari ibu sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience