Bab 32

Other Completed 3853

“Imah, aku tengok kau bukan main rapat lagi dengan budak dari HQ tu” soal Faridah saat mereka ingin memulakan kerja.

“Budak dari HQ? Yang mana satu ni?” Rahimah terpinga-pinga sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Ish…kau ni, budak yang lawa tu la” ujar Faridah kembali.

“Ohh, si Sara tu, rapat macam biasa je, lagipun dia banyak tolong family aku. Kadang-kadang dia yang tolong ambilkan anak-anak aku dari sekolah. Suami aku tu selalu outstation, aku ni pula mana boleh selalu keluar pejabat lebih-lebih lagi aku dah handle kerja teller ni” terang Rahimah kepada Faridah. Faridah hanya memandang Rahimah tanpa kerdipan mata.

“Apasal kau pandang aku macam tu?”.

“Err…dah berapa lama korang kenal? Aku ingat dia tu saudara kau”.

“Dalam tahun ni jugalah. Ramai yang ingat kami ni saudara. Yang lucunya, cikgu di sekolah anak aku ingat Sara tu mak dia, haa...ha…” balas Rahimah ketawa. Dia masih lagi teringat akan cerita Sara apabila guru kelas anaknya menyangkakan bahawa Sara itulah ibunya. Pada masa itu, dia tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil buku laporan anaknya kerana perlu menghadiri mesyuarat penting di HQ. Pada masa itu, hanya Sara yang boleh diharapkannya. Mujur juga suaminya sempat mengenalkannya dengan beberapa orang staf di situ termasuk Sara. Jadi, mulai saat itu, Saralah yang menjadi
tempat meminta pertolongan andainya dia tidak sempat ke sana ke mari.

“Kau tak rasa lain ke, Imah” soal Faridah lagi dengan sedikit curiga.

“Rasa apa pula? Aku tak rasa tu benda salah. Lagipun anak-anak dan suami aku memang dah kenal Sara” Rahimah menangkis curiga yang menyalubungi Faridah, teman baiknya itu.

“Ya la, rajin sangat si Sara tu tolong kau. Aku takut tak pasal-pasal nanti dia pula yang tolong jagakan suami kau tu. Kau tak cemburu?” Faridah bertanya kembali, sambil menduga hati Rahimah .

“Apa maksud kau?”.

“Kalau aku, jangan harap aku nak bagi orang lain ambil dan hantar anak-anak kalau bukan saudara sendiri. Lebih-lebih lagi perempuan lain. Mati hidup balik aku takkan buat macam tu, Imah”.

“Aku…aku tak fahamlah, Dah. Apa sebenarnya yang kau nak cakap ni?”.

“Imah, kita ni perempuan. Sebagai perempuan, kita kenalah berwaspada dan hati-hati. Aku tengok kau ni macam tak kisah je Sara bersama dalam keluarga kau tu. Buatnya esok lusa laki kau tersangkut dengan Sara tu, baru betul dia jadi saudara dekat kau. Kau nak macam tu?” panjang lebar Faridah berhujah sambil membuat mimik muka.

Rahimah tersentak dan diam. Selama ini, sedikit pun dia tidak menyimpan perasaan curiga atau wasangka terhadap Sara. Baginya,
Sara seorang gadis yang baik, jujur dan bertanggungjawab. Tidak pernah Sara mengeluh itu ini apabila dia mengharapkan bantuan Sara. Sara juga tidak mengharapkan balasan daripadanya. Tetapi, mengapa Faridah berkata demikian? Apakah motifnya? Faridah tidak pernah berbual atau mengenali Sara begitu rapat, jadi Faridah tidak ada hak untuk menuduh Sara sedemikian rupa. Dia kenal Sara dan dia tahu bagaimana gadis itu.

“Dah, kau tak kenal Sara lagi. Tak baik menuduh begitu” Rahimah menegur sikap temannya itu.

“Aku tak tuduh orang tapi aku yakin setiap isteri akan cemburu apabila suami mereka mulai rapat dengan mana-mana perempuan. Tapi, kalau kau takde perasaan cemburu tu, baguslah” Faridah bingkas bangun meninggalkan Rahimah sendirian.

Sepanjang hari itu Rahimah masih lagi terfikirkan kata-kata Faridah. Mulanya dia tidak mahu ambil pusing setiap apa yang dikatakan Faridah tetapi apabila dia menelitinya secara mendalam, ternyata ada benarnya kata-kata teman baiknya itu. Namun, dia tidak mahu menuduh atau curiga terhadap Sara. Sara juga lebih banyak bercerita dan berbual dengannya berbanding suaminya itu. Jadi, tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkannya kerana dia tahu Sara amat menghormati diri dan keluarganya. Malam itu, Rahimah lebih banyak diam dan sikap Rahimah membuat Rashidi sedikit kehairanan. Selama ini, berjuih mulut isterinya itu bercerita itu ini lebih-lebih lagi apa yang terjadi di pejabat. Kali ini, Rahimah tidak seperti selalu. Kelihatan Rahimah sedang memikirkan sesuatu. Entah apa yang
mengganggu perasaan dan fikiran isterinya itu. Ingin benar dia menyalami hati Rahimah.

“Awak sakit ke? Dari tadi abang tengok awak diam je” Rashidi memicit bahu isterinya itu saat mereka menonton televisyan. Anak-anak mereka sudah lama tidur.

“Err…takde apa-apa, saya okey ni” Rahimah sedikit terkejut apabila suaminya memicit bahunya. Dia tidak ingin Rashidi bertanya lebih lanjut tentang apa yang bermain di benaknya itu. Baginya, semua itu mainan perasaan. Ya, mainan perasaan yang mula menerjah kotak fikirannya sehingga suaminya menyadari ada sedikit perubahan pada dirinya itu.

“Mustahil takde apa-apa, selama ni awak sibuk sungguh bercerita itu ini. Alih-alih malam ni dunia seakan sepi tanpa sebarang berita” ujar Rashidi sedikit bergurau. Ternyata gurauan kecilnya itu menjadi apabila terlihat isterinya mengukir sedikit senyuman.

“Gaduh dengan Faridah?” soal Rashidi kembali. Dia mengusai rambut isterinya itu. Rahimah menggelengkan kepalanya.

“Bos marah? Bos bagi kerja banyak?” Rashidi meneka lagi.

“Taklah, Imah okey la. Nak period kot, tu yang mood diam je ni”.

“Alah, awak tu. Period tak period sama je. Tetap berceloteh sana sini. Bukan baru semalam kita berkahwin, dah nak masuk dua belas tahun, Imah. Abang dah masak benar dengan perangai Imah”. Rahimah tersenyum. Dia gembira Rashidi masih mengingati usia perkahwinan mereka. Sudah menginjak tahun yang kedua belas. Dia gembira dan sayang dengan perkahwinan itu. Dia sentiasa berdoa dan berharap agar tidak terjadi perkara yang malang dalam perkahwinan mereka.

“Abang sayang Imah?”.

“Siapa cakap abang tak sayang isteri? Kalau abang tak sayang, abang takkan ada di sisi Imah sekarang” kata-kata Rashidi membuat hatinya sedikit lega. Rahimah sendiri tidak pasti mengapa kelakuannya agak sedikit berubah malam itu. Jauh di sudut hati, sedikit sebanyak kata-kata Faridah siang tadi mula menakluki hati dan perasaannya.

“Abang sayang anak-anak kita?” soal Rahimah lagi, cuba untuk menguji kasih sayang suaminya itu.

“Imah, abang nak Imah tahu yang Imah dan anak-anak ibarat nyawa abang sendiri. Abang akan jaga Imah dan anak-anak kita sepanjang hayat abang. Percayalah, Imah” Rahimah segera mendakap suaminya saat terdengar pengakuan suaminya itu. Dia bersyukur kerana suaminya masih menyayangi dirinya dan anak-anak mereka. Perasaan dan fikiran Rahimah kembali tenang. Dia tidak perlu mendengar kata-kata atau hasutan dari orang luar kerana dia tetap percayakan suaminya lebih dari segalanya.

‘Mengapa malam ini isterinya menunjukkan sedikit kelainan dari biasa? Adakah kerana dia sudah mulai terhidu akan keintimannya dengan Sara? Atau Faridah si mulut becok mula menjaja cerita tentang dia dan Sara?’ Pelbagai persoalan kini menghantui Rashidi. Dia melihat isterinya yang sedang nyanyak tidur lalu menyalimutkan isterinya yang seakan kesejukan. Dia tidak berapa suka apabila isterinya berkawan dengan Faridah. Semua orang tahu Faridah suka menjaga tepi kain orang. Mulut Faridah boleh dikatakan lagi pantas dan update dari kelajuan Internet. Dahulu, Faridah pernah bertugas di HQ tetapi oleh kerana prestasi Faridah yang makin merosot dan sering sangat mengadakan ‘mesyuarat tingkap’, ketua pengarah telah memindahkannya ke cawangan lain dan tidak semena-mena telah menjadi teman baik isterinya itu. Dia tidak mahu Rahimah terpengaruh dengan kata-kata Faridah. Bukan semua cakap Faridah boleh diguna pakai. Tetapi dia juga turut risau andai Faridah terlebih dahulu menghidu hubungannya dengan Sara dan tidak mustahil perempuan itu akan mencanang berita kepada seluruh alam tentang dia dan Sara. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu sesiapa pun tahu akan perhubungannya dengan Sara. Oleh kerana itulah, dia kerap melarang Sara untuk datang ke rumah apatah lagi untuk mengambil dan menghantar anak-anaknya ke sekolah. Dia juga tidak mahu melihat teman sepejabat mereka mengetahui keakraban Sara dan isterinya. Tetapi, Sara tetap berdegil dan menegaskan pendiriannya. Memang benar, setiap kali Sara bertandang ke rumah mereka, Sara tidak banyak berbual dengannya. Sara lebih banyak menghabiskan masa bersama isterinya dan anak-anak mereka. Dan kini, anak-anak mereka telah mula memanggil Sara dengan gelaran Mama Sara. Entah siapa yang menganugerahkan gelaran itu dia sendiri tidak pasti.

Dalam pada dia berfikir tentang persoalan itu, serta merta ingatannya tertumpu kepada Sara. Dia akui mula terpaut kepada gadis itu saat mereka terserempak di pantai suatu masa dahulu. Saat itulah dia dapat melihat dan berbual dengan Sara secara dekat. Sara tetap kelihatan cantik dan menarik walaupun dia bersolek sederhana. Sara punya aura yang membuatkan semua orang ingin mendekatinya termasuklah dirinya sendiri. Dia pernah terdengar sedikit kisah tentang perhubungan Sara dan Karl dahulu namun dia tidak pernah mengambil peduli apatah lagi bertanyakan Sara tentang hal itu. Baginya, perkara yang lepas biarlah lepas. Itu hak Sara. Apa yang penting baginya adalah masa sekarang dan juga masa hadapan. Hatinya melonjak ingin menghubungi gadis manja itu tetapi dek kerana sikap isterinya yang sedikit berubah tanpa  diketahui sebabnya, dia tidak ingin menambah curiga itu. Dia perlu berhati-hati demi menjaga perkahwinan mereka dan menyimpan rahsia perhubungan bersama Sara. Malam itu, dia betul-betul rindukan Sara dan rindukan kepuasan bersama Sara. Isteri di sebelahnya dipeluk erat sambil fikirannya menerawang jauh terbayangkan gadis itu.

Keesokannya, Rahimah bangun dengan penuh ceria. Pagi itu dia kelihatan bersemangat. Barangkali lena dibelai suaminya. Awal pagi lagi dia sudah menyiapkan sarapan dan bekalan untuk anak-anaknya. Suaminya, Rashidi agak terkejut dengan perubahan mendadak isterinya itu. Semalam bukan main lagi diam tidak mahu bercakap, hari ini agaknya mahu terbalik dunia apabila isterinya itu bangun begitu awal menyiapkan itu ini untuknya dan anak-anak.

“Wah, mummy happylah hari ni” Rashidi duduk di sebelah anak-anaknya yang sedang menikmati mihun goreng dan sandwich tuna. Anak-anak mereka hanya tersenyum dan memandang sesama sendiri. Budak-budak, cakap apa pun memang tidak faham, bisik hati Rashidi.

“Tak boleh ke mummy happy?” kali ini Rahimah mengenyitkan mata lalu mengambil tempat berhadapan dengan suaminya itu. Dia berasa gembira dapat melayari bahtera bersama suaminya malam tadi. Ternyata suaminya bijak memujuk, pandai mengambil hati dan sentiasa membuatnya tenang.

“Imah, malam nanti abang balik lambat. Ada benda nak bincang dengan bos tentang booth akan datang” ucap Rashidi sambil menghirup kopi panas dengan perlahan.

“Okey, jadi abang makan di rumah atau di luar? Kalau makan di luar, Imah masak sikit je la untuk anak-anak”.

“Kalau dengan bos, nampaknya makan kat luar la tu. Takpelah, Imah masak untuk Imah dan anak-anak. Makanlah dulu dan jangan tunggu abang. Takut lambat sangat”. Rahimah mengangguk kepala tanda faham. Setelah bersarapan, mereka keluar menuju ke destinasi masing-masing. Seperti biasa, Rashidi akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah terlebih dahulu sebelum ke pejabat. Itulah rutin sehariannya. Sebenarnya perbincangan bersama bos pada malam itu adalah rekaannya semata-mata. Hajatnya
adalah untuk bertemu dengan Sara. Kerinduan yang ada tidak dapat dibendung lagi. Dia tahu dia tidak pernah membohongi isterinya selama ini namun kerana gadis itu, dia terpaksa dan perlu semakin bijak untuk bermain kata-kata.

Sara meneliti setiap gambar yang ada di handphonenya. Banyak kenangan tercipta antara dia dan abang Rashidi. Dia tersenyum bangga kerana berjaya menakluki hati ahli keluarga lelaki tersebut. Dia tahu akan risiko yang bakal dialaminya kelak namun dia tidak mengambil kisah akan semua itu. Baginya, selagi belum terjadi apa-apa yang tidak diingini maka tidak perlulah begitu susah untuk memikirkannya. Sejak akhir-akhir ini sudah semakin jarang mereka bertemu. Semuanya gara-gara abang Rashidi melarangnya untuk tidak selalu ke rumah mereka. Katanya, bimbang hubungan mereka akan diketahui oleh isterinya. Sara akur dan menghormati keputusan abang Rashidi. Dia faham mengapa abang Rashidi berkeras melarangnya. Jika dahulu hampir setiap hari dia akan bertandang ke rumah mereka. Adakalanya, Rahimah sendiri menjemput Sara untuk menikmati makan malam bersama. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, mana mungkin Sara akan menolak jemputan tersebut lebih-lebih lagi dapat bertemu dengan buah hatinya itu. Sedang Sara mengelamun, kedengaran ketukan pintu di ruang tamu bawah. Dengan agak malas Sara menuruni tangga dan membuka pintu tersebut. Sungguh Sara tidak sangka abang Rashidi terpacul di muka pintu rumahnya.

“Abang buat apa malam-malam gini?” Sara sedikit gusar sambil melihat di sekitarnya, bimbang kalau-kalau ada jiran yang ternampak. Sebelum ini, dia dan teman-temannya tidak pernah membawa lelaki pulang ke rumah. Semua aktiviti dijalankan di hotel atau di tempat lain.

“Abang datang jumpa Sara la sayang” dia terus merangkul pinggang Sara dan mencium pipi gadis itu. Sara menolaknya sedikit.

“Aik…tak suka abang datang jumpa Sara?”

“Bukan tak suka. Kalau ya pun, abang call la Sara dulu. Ni abang datang main terjah je, buatnya jiran-jiran nampak, naya Sara nanti. Nasib kawan-kawan Sara takde kat rumah” Sara cepat-cepat mengunci pintu dan menutup semua langsir.

“Susah abang nak call Sara, kak Imah tu dah mula curiga dengan abang. Abang tak nak kita dapat susah nanti lebih-lebih lagi Sara”

“Kenapa pula kak Imah nak curiga dengan Sara? Dia kan trust Sara sepenuhnya” Sara memimpin Rashidi masuk ke kamarnya.

“Masalahnya sekarang, abang takut kawan kak Imah perasan yang kita ada hubungan. Buatnya dia report kat kak Imah pasal kita dua, riuh dunia ni sayang” Rashidi meluahkan kebimbangannya.

“Faridah mulut kepoh tu?” Sara menyoal sambil mengurut dada Rashidi dengan tenang.

“Macam mana Sara tau?” Rashidi sedikit kebingungan.

“Orang macam Faridah tu bukan susah pun nak glamor. Telur sebiji riuh sekampung. Sara tau perangai dia macam tu pun dari kawan-kawan juga. Pedulikanlah dia tu bang, yang penting kita jaga hubungan kita ni sebaik mungkin”. Sara cuba menenangkan Rashidi. Jauh di sudut hati dia tetap risau seandainya Rahimah berjaya mengetahui tentang hubungan sulit mereka. Namun baginya, selagi mampu dipertahankan hubungan ini, dia akan mencuba yang terbaik.

“Sara, sebelum abang terlupa, ada sesuatu yang abang ingin beritahu Sara” abang Rashidi membelai rambutku dengan lembut. Aku melihat ke arahnya dan pandangan kami bertentang.

“Sebenarnya, dari dulu lagi abang dah merancang untuk membuka perniagaan sendiri. Hanya syarikat pengangkutan je, Sara”.

“Jadi…?”.

“Untuk pengetahuan sayang, proposal perniagaan baru tu dah pun diluluskan. Tunggu masa nak beroperasi sepenuhnya saja. Bisnes kecil-kecilan je, Sara. Lagipun sampai bila abang nak kerja makan gaji. Teringin juga nak jadi bos dan ada pekerja sendiri. Nanti bila dah berkembang, boleh abang buka cawangan di mana-mana daerah dan abang lantik Sara untuk menjadi salah seorang pengarah” Rashidi mula memasang angannya untuk menjadikan perniagaannya sebagai sebuah bisnes yang maju dan menguntungkan. Sara tersenyum. Dia tahu dia tidak salah memilih lelaki kali ini. Abang Rashidi punya impian dan cita-cita. Bagi Sara, lelaki itu sungguh bertanggungjawab terhadap keluarganya mahu pun dirinya. Tidak sabar rasanya untuk berkongsi kasih dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience