Bab 7

Other Completed 3855

“Aku tengok kau ni makin kerap keluar dengan Firhad tu. Kadang-kadang hujung minggu pun kau stay dengan dia” Nadia meluahkan perasaannya yang terbuku di kalbu.

“Alaa kau ni. Tu pun nak risau. Aku okey la. Lagipun Firhad memang betul-betul bahagiakan aku. Dia memang serius. Kalau dia tak serius, takde la dia nak menyibuk dengan siapa aku keluar, siapa kawan-kawan aku dan ke mana aku pergi. Sebelum ni aku tak pernah rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Aku tak nak berjauhan daripada Firhad. Nadia, aku betul-betul perlukan Firhad” aku menjelaskan satu persatu kepada Nadia. Aku mahu Nadia faham yang aku memang tidak boleh berjauhan walau sesaat daripada Firhad. Kerana Firhad jugalah aku berjaya mematangkan diri sendiri. Firhad sungguh berbeza daripada lelaki yang lain.

“Bukan apa Sara. Kau bukan macam Sara yang dulu. Kau dah banyak berubah dan kau makin jauh” Nadia mengeluh perlahan.

“Whatever Nadia. Yang penting aku tahu apa yang aku buat. Aku pun dah besar dan tau mana baik buruk. Aku dah jumpa kebahagiaan yang aku inginkan selama ini” jawapanku mengejutkan Nadia.

“Betul cakap Nadia tu, Sara. Ain sendiri pun tengok Sara dah tak lagi tidur di hostel.  Sara tidur di rumah Firhad ke? Tak baik macam tu Sara. Sara dan Firhad bukan muhrim” Ain pula cuba untuk menasihatiku.

“Ehh…sejak bila pula kau orang berdua ni jadi ustazah? Jangan busy body, boleh tak? Boyfriend aku, suka hati akulah nak urus hidup macam mana. Apasal, korang cemburu kan takde boyfriend?” perliku sambil membelek telefon bimbit. Semakin lama aku melihat rakaman aksiku bersama Firhad, semakin membara perasaan rindu terhadapnya. Sekurang-kurangnya, kalau aku rindu yang teramat sangat bolehlah aku melihat rakaman tersebut. Apa yang Nadia dan Ain katakana sebentar tadi sedikit pun tidak memberi kesan kepadaku.

“Sebagai kawan, kitorang cuma nak ingatkan kau. Tak kisahlah kau nak berdating dengan siapa pun tapi jagalah diri tu sikit. Jadi apa-apa nanti belakang hari, pandai-pandailah urus sendiri” kali ini suara Nadia agak tinggi berbanding tadi dan aku hanya melihatnya kosong. Ain diam membatu. Nadia memang benar. Aku tahu bahawa Nadia dan Ain sedar akan setiap perubahanku. Firhad yang mengubahku dan aku selesa dengan perubahan itu. Salahkah aku mengecap kebahagiaan yang memang aku nantikan selama ini? Salahkah aku hidup bahagia dengan orang yang aku cintai? Salahkah aku bersama Firhad? Aku akui, saat Firhad hadir dalam hidupku, perhubungan antara teman-temanku amat renggang sekali. Namun apa sahaja yang kurang, Firhad akan mencukupkan setiap keperluanku. Aku lebih selesa begitu. Apa yang aku perlukan segera kuberitahu Firhad. Bukan sahaja itu malah segala cerita dan rahsia kukongsikan bersama Firhad, dan bukan lagi kepada Ain atau Nadia.

Teman-teman Firhad juga telah mengenaliku dan aku tidak lagi berasa kekok apabila bersama mereka cuma Madi tidak lagi bersama mereka. Kata Firhad, Madi telah berpindah ke rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Aku juga perasan yang Madi tidak lagi peramah seperti dahulu. Dia banyak berdiam lebih-lebih lagi bila aku bersama Firhad. Mungkin juga dia bersedih kerana terpaksa berpisah dengan Firhad dan teman-teman yang lain, agakku. Terasa sungguh berbeza kehidupanku kini. Bergaul dengan mereka yang matang dan bekerja membuatkan aku mengenal erti kehidupan. Berbeza dengan kehidupan dahulu yang terhad dan tidak berani melangkah. Adakala Firhad juga tidak segan silu memeluk dan mengucupku di tempat awam. Mulanya, aku berasa segan namun setelah Firhad meyakinkanku agar tidak mempedulikan orang, aku semakin berani dan menganggap sudah menjadi perkara biasa. Apa yang hendak dimalukan? Kami bukan mengganggu kebahagiaan orang lain. Yang penting kami saling menyayangi.

“Fir…minggu depan Sara nak start midterm exam dah” aku memulakan perbualan di saat Firhad sedang memelukku erat.

“So, what’s the problem, dear?” balas Firhad sambil tangannya menyentuh bibirku, lembut.

“Sara nak stay kat hostel. Nanti senang nak buat study group. Then, Fir pun tak lah penat nak ulang alik hantar Sara kat hostel tu. Kejap je Sara balik hostel. Then, after exam finish, Sara stay la rumah Fir, ya” aku menundukkan wajah, bimbang sekiranya Firhad tidak membenarkanku pulang ke hostel untuk membuat persediaan peperiksaan. “Sara…Fir pernah cakap kan, apa saja yang Sara nak, Fir akan tunaikan. Yang penting, Sara tetap bersama Fir sampai bila-bila” Firhad menutur lembut lalu mengucupku berkali-kali.

“So, Fir tak marahlah if Sara nak balik hostel kejap?” serta merta aku melepaskan pelukannya. Riak wajahku yang tadi mendung kini mula bercahaya.

“Laa...buat apa nak marah. Sara nak prepare untuk exam je kan. Bukan nak pergi berperang pun. Janji tau jangan menggatal kat sana nanti. If Fir dapat tau yang Sara tackle mana-mana lelaki, siap la” balas Firhad mengingatkanku sambil tertawa kecil.

“Ish..Fir ni. Ke situ pula. If Fir tak percaya, Fir datangla tengok Sara jawab exam. Macam la Sara tipu Fir” aku memasamkan muka dan berpaling dari memandangnya. Mana mungkin aku sanggup berpaling tadah daripada Firhad setelah apa yang dia berikan kepadaku selama ini. Aku masih tahu berterima kasih. Aku tetap menghargai Firhad. Firhad yang seakan-akan sedar tentang rajukku, segera merapati dan memelukku erat. Dan, seperti biasa aku lemas dalam dakapannya sekali lagi.

Seminggu sebelum menjelangnya peperiksaan, aku telah mula sibuk. Firhad menghantarku pulang ke hostel pada petang ahad itu. Kulihat riak wajah Ain dan Nadia seolah-olah gembira apabila aku kembali ke hostel namun mereka belum berani bertegur sapa denganku. Aku lihat mereka telah mula berbincang untuk persediaan peperiksaan. Perasaan bersalah mula menyelubungi diriku. Aku bersalah kerana tindakanku yang agak melampau terhadap Ain dan Nadia apabila mereka mengingatkanku tempoh hari. Inginku tegur bimbang sekiranya mereka berdua membuat tidak tahu. Tidak ditegur nanti selamanya aku dicop berlagak sombong.

“Hai” aku mengumpul keberanian untuk menegur apabila melihat mereka berdua sedang tekun membuat nota. Ain memandangku. Ada sedikit senyuman di bibirnya. Nadia masih lagi menghadap notanya. Sepatah kata sedikit pun tidak keluar dari mulutnya. Aku tahu dia teramat marah denganku. Selama kami berkawan, belum pernah lagi aku bersikap kasar terhadap mereka. Barangkali, perlakuanku tempoh hari benar-benar membuat Nadia terasa.

“Ain…Nadia, sorry aku berkasar hari tu” sekali lagi Ain memandangku dan tiada sebarang respon dari Nadia.

“Sorry kacau korang study. Aku balik ni nak study and prepare untuk exam”.

“Kenapa balik? Tak boleh prepare ke kat rumah Firhad tu?” kali ini Nadia bersuara seakan-akan menyindir. Aku hanya diam dan mendengar apa sahaja yang Nadia ingin katakan. Lagipun aku yang memulakan segalanya tempoh hari jadi andainya Nadia ingin memulangkan paku buah keras kepadaku, aku sedia terima.

“Nadia, sudahlah tu” Ain memandang Nadia agar tidak terus menerus mengeruhkan keadaan.

“Apa aku cakap semua tak boleh. Bila dia cakap boleh pula!” bentak Nadia keras.

“Bukan tu persoalannya, Nadia. Sampai bila kau nak terus keras hati macam ni”. Aku serba salah. Andai kepulanganku ini membawa kekeruhan antara teman-temanku, mungkin ada baiknya aku terus tinggal bersama Firhad.

“Girls…sorry for everything. I can go if you want” aku tunduk bersama beg yang masih lagi kujinjing.

“Hei Sara!” Nadia mula menyinga. Bila-bila masa sahaja Nadia mampu menerkam. Aku sendiri pun tidak tahu untuk berbuat apa lagi.

“Kau fikir, kalau kau suka kau balik. Kalau kau rasa tak nak balik kau boleh pergi mana-mana kau mahu, macam tu?” Nadia semakin dekat denganku. Dapat kurasakan bahang kepanasan yang melanda Nadia sewaktu ini. Agaknya, kalau Nadia melayangkan penumbuknya, tidak mustahil aku tumbang. Sekeras-keras aku, keras lagi Nadia.

“Nadia, sudahlah tu!” kali ini Ain meninggikan suaranya. Bimbang sekiranya berlaku pergaduhan di bilik kecil itu.

“Ain, aku bukan nak bertumbuk dengan minah ni. Tapi aku nak dia tau yang hostel ni bukan macam hotel. Suka-suka hati nak keluar masuk macam tu. Kalau jadi apa-apa dekat dia, kita ni yang susah nanti” jari telunjuk Nadia betul-betul mengarah ke batang hidungku. Agak gentar juga perasaanku pada waktu itu lebih-lebih lagi melihat Nadia marah. Aku teringat pesanan ibuku suatu ketika dulu, andai bertengkar masing-masing tidak boleh menjadi api. Salah seorang mesti menjadi air, barulah pergaduhan itu tidak berlarutan. Dalam keadaan ini, aku patut berdiam diri dan menjadi seperti air. Kalau hendak diikutkan, sudah lama aku dan Nadia bertinju. Tetapi apabila difikirkan kembali, memang wajar Nadia berang denganku. Aku yang bersikap kurang ajar dan melampau terhadap mereka maka haruslah aku menerima pembalasan sebegini.

“Jam berapa kau nak check out?” aduh, sekali lagi Nadia menyindirku. Aku faham perangai Nadia. Dalam keadaan marah, dia akan bercakap apa sahaja yang dia mahu. Kubiarkan sahaja dia sehingga reda perasaannya kemudian barulah aku mulakan langkah. Aku hanya menggelengkan kepala. Ain mengeluh untuk ke sekian kalinya. Selepas tiada jawapan dariku, Nadia diam. Seperti yang sudah kujangka, lama kelamaan Nadia akan berhenti bercakap. Dia kembali membuat notanya yang tertangguh sebentar tadi.

“Ain, Nadia…Sara tahu Sara yang salah dalam hal ni. Masa tu Sara tak boleh berfikir, yang Sara tahu cuma Sara gembira apabila bertemu dengan seseorang yang boleh hargai Sara. Maafkan Sara” aku menghulur tangan ke arah Ain dan Nadia. Ain menyambut huluranku. Kami sama-sama memandang ke arah Nadia yang masih lagi tidak mengendahkan kata-kataku sebentar tadi. Rasanya aku perlu memberi sedikit masa untuk Nadia agar hatinya sejuk sedikit.

Setelah selesai mandi, aku terus membuka buku dan membuat nota. Ain dan Nadia sudah terlebih dahulu ke dewan makan untuk menikmati makan malam. Aku sudah memberitahu Ain bahawa aku tidak mengikuti mereka. Aku terpaksa membuat semua nota dari awal kerana semenjak aku bersama Firhad, aku sudah mula jarang untuk membuat nota apatah lagi mengulangkaji. Jika dahulu, hampir setiap malam aku rajin membuat nota ulangkaji tetapi tidak lagi kini. Apabila bersama Firhad, terasa malas semacam hendak membuat nota apatah lagi menghadap buku. Tidak lama kemudian, Ain dan Nadia kembali dari dewan makan. Kulihat Nadia ketawa sakan bercerita dengan Ain. Pandai sungguh Ain memujuk Nadia. agaknya kalau Ain pun seorang yang panas baran dank eras hati seperti kami, mungkin sudah lama tercetus perang dunia ketiga.

“Ni untuk kau. Kami tapaukan tadi, makanlah” tiba-tiba Nadia menghulurkan sebuah bekas kepadaku. Aku terpinga memandangnya.

“Ambillah, lauk malam ni nasi beriyani dengan ayam masak merah. Kau kan suka” bekas berisi nasi dan lauk itu masih lagi di tangan Nadia. Hatiku berbelah bagi sama ada untuk menerimanya atau tidak. Malam itu aku memang tiada selera untuk makan apatah lagi berlaku pertengkaran antara kami lewat petang tadi. untuk menjaga hati Nadia, aku mengambil bekas itu lalu mengucapkan terima kasih.

“Thanks, susah-susah je kau tolong tapau”.

“Taklah susah pun. At least sebelum start study, makanlah dulu. Kalau tak gastrik nanti”. Aku sungguh terharu sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nadia. Walaupun Nadia seorang yang keras hati, aku tahu jauh di sudut hatinya masih terselit lagi perasaan simpati. Cuma Nadia perlukan masa untuk kembali sejuk.

“Malam ni kita study sama-sama, nak?” Ain mencelah tiba-tiba sambil tersenyum. Aku faham maksud Ain cuma aku belum pasti apa respon dari Nadia.

“Ehh…boleh juga. Lagipun Sara nak stay up malam ni. Banyak nota yang tertinggal” jawabku. Kulihat Nadia masih lagi diam membisu setelah menghulurkan bekas tapau kepadaku sebentar tadi.

“Okey, jom stay up” ucap Nadia tiba-tiba. Sedikit senyuman terukir di bibirnya dan kini aku tahu Nadia tidak sekeras petang tadi.

Malam itu kami tidak tidur semalaman gara-gara bertungkus lumus menghafal semua nota. Walaupun aku terasa sedikit penat kerana tiada rehat namun aku perlu buat yang terbaik memandangkan ini merupakan semester akhir aku di sini. Seboleh-bolehnya, aku ingin mengekalkan dean list untuk semester ini. Biarpun hanya midterm exam, aku perlu berusaha keras. Setiap hari yang berlalu, kebanyakan masaku penuh dengan persediaan ulangkaji. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka akan terfikir yang aku gila hanya semata-mata ingin cemerlang setakat peperiksaan pertengahan tahun. Aku bukanlah dari kategori yang suka membuat persediaan pada minit terakhir. Bagiku, selagi ada masa, ruang dan peluang, selagi itulah aku perlu berusaha memanfaatkan masa yang ada. Walau sesibuk manapun, aku tetap tidak lupa untuk menghubungi Firhad. Terasa rinduku kian membara apabila berpisah seketika darinya. Adakalanya, aku mengimbas kembali saat indah bersama Firhad. Dingin hening malam yang membuatkan aku hangat dalam pelukannya. Kucupan dan belaiannya yang lembut menyentuh setiap pelusuk tubuhku hingga aku lena. Ahh! Aku rindukan detik itu dan segalanya tentang Firhad. Hari demi hari kuhitung agar masa cepat berlalu. Segera kucapai telefon lalu menghubungi Firhad. Aku tak mampu membendung rasa rindu yang menggila ini. Kalau boleh, sekarang juga akan aku dapatkan Firhad dan menikmati detik hangat bersama.

“Helo Fir...buat apa tu?” soalku kepada Firhad sambil bermain pen di jari.

“Helo, dear. Fir tengok tv je pun. Takde buat apa sangat. Sara tak study ke ni?” jawap Firhad kembali.

“Tengah study la ni. Tapi susah nak concentrate, Sara rindu Fir la” ujarku manja.

“Fir pun rindu giler kat Sara. Boring betul takde Sara sini. If Sara ada, dapat juga Fir landing kat Sara” jawapan Firhad benar-benar membuatkanku tidak sabar untuk kembali bersamanya.

“Tunggu habis exam then kita landing sama, ya” aku mengukir senyum.

“Sara sihat ke? So, how’s everything? Siang exam, malam prepare, mesti penat tu kan? Dah siap exam nanti, Fir tolong urut-urut Sara ya”.

“Sara okey, cuma memang penat dan rushing la. Tak sabar tunggu habis midterm ni. Nanti Sara nak jalan-jalan dengan Fir” balasku.

“Nak jalan-jalan je? Tak nak lain-lain ke?” uji Firhad sekan-akan memahami keinginanku.

“Fir ni, suka sangat buat Sara macam ni, tau. Mesti la Sara nak, tu kan wajib” serentak kemudian kami berdua tertawa.

“Okeylah, Sara nak sambung study dulu. Fir jangan tidur lewat ya. Good night, hubby”.

“Good night, dear”. Selang kemudian, tergambar di fikiranku meniti saat indah yang kami mikmati bersama. Firhad masih lagi membelek telefonnya. Banyak gambar Alya Maisara tersimpan di telefonnya. Dia rindukan gadis itu. Gadis itu benar-benar setia dan menuruti setiap katanya. Tidak sukar baginya untuk menjaga gadis itu. Dia ingin menjaga gadis itu sebaik mungkin, itu janjinya dahulu. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Mesti Sara ni, adakalanya gadis itu nakal. Alasannya, lupa untuk ciuman selamat malam yang tak pernah lekang dari bibirnya setiap kali Sara ada bersamanya.

“Ye, sayang. Fir tahu Fir lupa bagi good night kiss” suara manja Firhad mula kedengaran.

“Wowww….so sweet. Dengan I dulu tak pernah pun you bagi good night kiss” Firhad tersentak sebaik sahaja mendengar suara itu. Lekas-lekas dia melihat skrin telefonnya, bukan Alya Maisara!

“Siapa ni? I rasa you salah call ni” Firhad bingung. Dia betul-betul tidak tahu siapa gerangan yang menelefonnya kerana nama pemanggil itu tidak ada dalam senarai contactnya.

“Ehh…dah lupa I ke? Cepatnya…mentang-mentanglah dah dapat yang baru, terus lupakan I? I tahulah yang I ni second hand je, tak macam gadis yang you puja tu, suci murni gitu” . Firhad terdiam dan berfikir sejenak. Dia cuba untuk mengamati dan mengingati suara itu. Seakan pernah didengarinya tetapi ah! dia tidak ingat siapa gerangannya.

“Errr…sorry, I memang tak kenal you” balas Firhad lagi.

“Okeylah…let me help you to remember everything. I was the one yang you pernah sayang and gilakan dulu. I was the only one and everything in your life last time”.

‘Sofea!!! Dari mana dia mendapat nombor telefon aku?’ Firhad sedikit tersentak. Kini, ingatannya terhadap Sofea mula kembali. Ya, tunangannya yang pernah curang kepadanya dulu.

“Apa kau nak lagi ni, Sofea!?” suara Firhad sedikit meninggi.

“Janganlah jerit-jerit malam ni. Tak boleh ke I call you. You ni masih tak berubah la. Lambatnya otak you nak digest siapa I ni. You dah kena jampi ke ni?” balas Sofea.

“Aku takde hutang dengan kau, tak payang lagi nak datang merengek. Kenapa, orang tua ganyut yang kau kejar dulu tu tak mampu nak puaskan kau?” tajam jawapan Firhad kali ini.

“Aku ada hal nak cakap dengan kau ni, Firhad. Let’s meet up at Ice Bar” kali ini suara Sofea tidak lagi mengada-ngada sebentar tadi.

“Ah!! Aku takde masa nak jumpa dengan orang yang aku tak kenal!”.

“Please la, Firhad. I need to see you”.

“Aku tak pernah berurusan dengan kau so get lost!” Firhad mematikan telefonnya. Telefon Firhad berbunyi lagi untuk yang kelima kali. Sofea tidak putus-putus menghubunginya. Kalau hendak diikutkan hati Firhad yang membara, ingin sahaja dia mematikan telefonnya terus tetapi dia bimbang andain Sara tidak dapat menghubunginya. Dia tidak ingin Sara risau akan dirinya.

“Okey, kita jumpa di Ice Bar” ringkas sahaja kata-kata Firhad. Selepas itu, Firhad segera bersiap ala kadar untuk bertemu Sofea. Entah apa lagi yang perempuan itu mahukan darinya. Dalam tiga puluh minit perjalanan, Firhad tiba di Ice Bar. Matanya melilau mencari kelibat Sofea tetapi tiada. Dia cuba untuk menghubungi Sofea tetapi hanya panggilan operator. Firhad mula berang, sangkanya Sofea ingin cuba mempermainkannya. Geramnya terhadap Sofea langsung tiada kesudahan.

“Betul-betul buang masa aku. Aku tahulah nak ajar perempuan ni nanti” dengus Firhad sendiri. Firhad balik-balik memerhatikan jam tangannya yang kini hampir menunjukkan jam 1 pagi.

“Sorry buat you tunggu lama. I pergi wash room tadi. Takde line dalam tu” tiba-tiba Sofea berdiri tercegat di hadapan Firhad. Firhad sedikit terkejut melihat Sofea yang hanya mengenakan tube dan skirt pendek sendat yang hampir menampakkan segalanya. Hanya dengan sekali rentapan, memang boleh terburai semua pakaian Sofea tu. Sofea mendekati Firhad, bau wangian Versace menusuk hidung Firhad.

“Ada apa hal?” selamba sahaja Firhad bertanya tanpa mempedulikan Sofea yang masih lagi merenungnya.

Dengan gaya menggoda, Sofea berbisik ke telinga Firhad. “I rindu you”.

“Shit!” suara Firhad keras. Dia memang membenci Sofea.

“I sunyi. I takde teman. You je kawan I yang faham segalanya tentang I” rayu Sofea. Kali ini Sofea cuba untuk memegang paha Firhad. Dia tahu setiap kelemahan Firhad. Dia juga tahu Firhad lebih menyanjungi Alya Maisara berbanding dirinya. Dia pernah melihat Firhad bersama gadis itu. Baginya gadis itu biasa sahaja. Entah apa yang Firhad gilakan dia sendiri pun tidak pasti. Aksi spontan Sofea membuatkan Firhad terdiam.

“I belanja you minum then nanti I beritahulah apa masalah I tu, okey” dengan wajah yang manis Sofea meminta vodka. Firhad merenung Sofea dengan tajam.

“No worry, I yang belanja sebab I yang ajak you”. Hampir satu jam setengah Firhad dan Sofea berada di Ice Bar. Salah sebuah pub yang terkemuka di bandaraya. Sofea menceritakan segala-galanya kepada Firhad tentang apa yang berlaku ke atas dirinya sejak dia meninggalkan rumah Firhad dahulu. Kini, Sofea bergelar perempuan simpanan salah seorang Tan Sri. Hampir kebanyakan masa Sofea kesunyian. Limpahan wang ringgit telah diberi kepada Sofea namun bukan itu sahaja yang dia inginkan. Dia mahukan seseorang yang sentiasa ada di sisinya. Dia kesal meninggalkan Firhad ketika itu. Dia ingin kembali pada Firhad.

“No, I tak boleh terima you” Firhad mula pening, pandangannya turut samar akibat terlalu banyak menelan air setan itu.

“I promise to be a good girl for you now and forever” kali ini Sofea mengusap lembut dada Firhad. Dia tahu Firhad sudah mula mabuk dan tidak dapat mengawal diri. Saat itu, Firhad hampir rebah. Sofea membantu untuk memapahnya ke kereta. Malam itu, Sofea menghantar Firhad pulang. Sofea tahu dalam keadaan begitu Firhad tidak mampu untuk memandu. Tetapi Sofea lega kerana dapat meluahkan rasa, sekurang-kurangnya dia masih ada tempat meluahkan segalanya. Setibanya di rumah Firhad, Sofea memapahnya hingga ke bilik tidur. Sofea membaringkan Firhad di katil. Sedang Sofea mengemas beberapa baju yang berterabur, dia terjumpa beberapa helai pakaian wanita. Dia sudah mengagak kepunyaan siapa kesemua pakaian itu. Dendamnya mula bertandang, marahnya sudah pun bertamu di sudut hati. Dia tidak suka Firhad melebihkan Alya Maisara dalam segala hal apatah lagi untuk membandingkan dirinya. Dia masih ingat ketika mereka bersama suatu waktu dahulu. Firhad sering memujinya kerana bijak melayan nafsu dan keinginannya. Kini, Sofea tahu dia perlu berbuat sesuatu sebagai tanda untuk membalas dendam. Sama ada Firhad suka atau tidak, itu tidak penting. Apa yang pasti, dia mesti membuat Firhad untuk menerimanya kembali.

“Sofeaaaa…” dengan sedikit terkejut Sofea memandang ke arah Firhad yang masih lagi terbaring kepeningan di katil.

“Yes my dear, I ada sini” Sofea mengambil peluang itu dengan mendekati Firhad. Dia cuba untuk memicit kepala Firhad agar berkurangan sakitnya. Baru sahaja dia mula untuk memicitnya, Firhad segera memegang tangannya secara kasar. Sofea cuba untuk melepaskan regangan tangan Firhad namun tidak berjaya. Firhad mendengus. Agaknya, dia masih lagi marah kepadaku, bisik Sofea dalam hati. Firhad mendekatkan wajahnya ke wajah Sofea. Makin dekat dan Sofea boleh merasa hembusan nafas Firhad. Regangan tangan Firhad tidak lagi kuat dan kasar seperti tadi. Kali ini Sofea tahu bahawa Firhad boleh dijinakkan. Dia faham benar keinginan Firhad. Tangannya yang masih lagi dalam cengkaman Firhad perlahan-lahan digerakkan di bahagian dadanya. Agak lama di bahagian itu sehinggalah dia sendiri yang menanggalkan pakaiannya satu persatu tanpa disuruh Firhad. Dia ingin Firhad mengingat kembali memori antara mereka. Dia ingin Firhad tahu bahawa dia masih lagi seperti dulu, bijak melayan kehendak Firhad. Firhad terkejut namun dia tidak mampu melawan kehendak nafsunya dan keinginannya sebagai lelaki.

“Fir, I nak you ingat balik semua yang pernah kita lalui” kali ini Sofea yang memulakan segalannya. Dengan lenggok menggoda, dia merapati Firhad. Firhad cuba untuk menolak tetapi Sofea ternyata lebih pantas. Firhad juga tidak dapat menahan apabila Sofea menggodanya. Dia tidak perlu menyuruh Sofea membuat itu ini kerana Sofea tahu apa yang dia inginkan. Firhad hanya memerhati setiap apa yang dilakukan oleh Sofea.

“I tahu you tetap yang terbaik” balas Firhad sambil mencium kasar dan mendakap erat tubuh Sofea. Kini, dalam diam Sofea tersenyum puas. Firhad bukan sahaja milik Alya Maisara malah kini Firhad sendiri jatuh dalam dakapannya.

“Perlahanlah sikit. You je nak menang” ujar Sofea manja sambil berbaring.

“You yang goda so I balaslah berabis. Lagipun I geram sangat dengan you” jawab Firhad yang masih lagi mengucup seluruh tubuh badan Sofea.

“I tak kisah kalau dengan cara macam ni yang boleh buat you lepas geram. I tahu I buat silap dulu so now I datang menyerah. This time I didn’t ask for money, dear” Sofea semakin bijak berkata-kata. Malam semakin larut dan mereka berdua hanyut dalam gelora asmara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience