Bab 28

Other Completed 3855

“Baru pulang, Sara?” ibu terpacul di muka pintu bilikku yang masih lagi mengenakan telekung sembahyang. Aku cuma mampu mengangguk. Aku tahu ibu sudah tidak berani untuk menegur sikapku yang semakin hari semakin keterlaluan. Aku tahu ibu marah dan sedih namun dipendamkannya sahaja di dalam hati bimbang perkara yang lepas berulang lagi.

“Sara minta maaf sebab balik lambat” itu sahaja yang mampu aku ucapkan.

“Lepas bersihkan diri, nanti kita makan sama”.

“Sara tak lapar, lagipun dah makan di luar dengan kawan tadi” aku berbohong kepada ibu.

“Kalau Sara lapar malam-malam nanti, ada lauk mak simpankan”

“Okey. Mana ayah?”

“Ayah ke surau. Ada majlis tahlil. Anak jiran di rumah hujung tu meninggal petang semalam” terang ibu.

“Hmm…apa boleh buat, masa dia dah sampai” ibu sedikit kaget sebaik sahaja aku berkata begitu.

Sebelum meninggalkan aku sendirian, ibu menoleh kepadaku. “Masa kita entahkan esok atau lusa”. Aku diam sahaja dan membiarkan ibu berlalu. Andai aku melawan, tambah merumitkan keadaan. Baik diamkan sahaja. Segera kututup pintu dan menguncinya. Tidak ingin sesiapa menggangguku lagi. Serabut yang amat. Elok-elok sahaja tenangkan diri di pantai tadi, apabila pulang terus berserabut. Mahu sahaja aku tinggal menyawa bersama teman-temanku. Tidaklah kusut sebegini. Aku merebahkan diri di katil sambil mataku melihat kipas siling. Hidup ni pun umpama kipas siling juga, sentiasa berpusing. Sampai masa, berhenti juga. Ahh!!! Yang dah mati tu matilah, kalau jerit tangis sekali pun mana boleh hidup balik. Kita yang hidup ni kena teruskan. Dah sampai ajal dia, terima sajalah. Aku bermonolog sendirian sehingga tidak sedar jam berapa aku mula terlena.

Keesokan harinya di pejabat, seperti biasa aku masih sibuk dengan beberapa tugasan yang diberikan oleh kak Sherry. Aku perlu menemui beberapa pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman mereka. Kata kak Sherry, customer ingin penjelasan yang lanjut dan jelas menemui perkara itu. Bukan susah sangat pun untuk menjelaskan sebab mengapa permohonan mereka gagal. Ada di antaranya sudah disenarai hitamkan oleh Bank Negara, ada yang terlalu banyak komitmen malahan ada juga permohonan yang tidak lengkap. Tidak menjadi masalah bagiku untuk menjelaskan kepada mereka.

“Sara, jangan lupa petang ni ada seorang lagi tu customer nak datang”

“Okey, jam berapa dia nak datang, kak?”

“Katanya, lepas makan tengah hari”

“Baiklah. Dokumennya pun semua ada dengan saya sekarang” jawabku sambil membelek dokumen dan fail kepunyaan pemohon seperti yang dikatakan oleh kak Sherry sebentar tadi.

“Busy betul kau, Sara” celah Noreen.

“Mana tak busy, dah kau tu tak nak jumpa customer. Takut sangat” jawabku tidak acuh sambil meneruskan kerja.

“Bukan takut tapi malu la, Sara. aku ni segan sikit bab-bab jumpa customer” ujar Noreen.

“Jumpa customer malu. Pergi clubbing sana sini, have fun sana sini tak pula kau malu, erk” Nah, kata-kataku membuat Noreen terkena batang hidungnya sendiri.

“Shhhhhhhh!!!” Noreen memberi isyarat menyuruh aku diam, bimbang agaknya orang mengetahui ‘aktivitinya’ selama ini. Aku cuma tersenyum sumbing.

“Hai, Karl. Lama tak nampak?” aku terkejut saat Noreen menyabut nama Karl. Biar betul Noreen ni tiba-tiba menyabut nama Karl, entah-entah dia sengaja hendak menyakat aku. Geram juga dengan perangai Noreen ni, nak menyakat pun biarlah bertempat. Aku mendongakkan wajah. Degup jantungku bagai terhenti seketika. Seakan-akan bola mataku ingin tersembul keluar seraya melihat dia. Saat itu mata kami bertembung tepat antara satu sama lain. Aku jadi gugup. Masakan tidak kerana sudah berbulan lamanya kami tidak lagi berhubung. Itupun Karl sendiri yang menyuruhku agar jangan menghubunginya lagi. Aku akur sahaja dengan permintaan Karl yang tak masuk akal itu. lantas, aku meneruskan sahaja kerja menaip tanpa mempedulikan mereka. Entah apa yang kutaip pun aku sendiri sudah tidak pasti.

“Aku sibuk sangat. Sebab tu langsung tak dapat jenguk korang di sini” ujar Karl sambil anak matanya ligat memandang ke arahku.

“Ya lah. Orang dah kawin, mestilah sibuk urus bini” senyum Noreen. Mujur ketika itu hanya aku dan Noreen sahaja di bahagian kami. Kalaulah ada mereka yang lain tentu riuh dibuatnya.

“Sebenarnya, esok last day aku kat sini. Lepas ni aku kena uruskan business father in law aku” terang Karl kepada Noreen atau lebih tepat lagi ditujukan untuk diriku. Apa susah sangat Karl hendak berterus-terang denganku? Aku hormati keputusannya untuk menjauhkan diri daripadaku tetapi jangan buat aku seperti orang yang tiada perasaan.

“Wah!! Untunglah kau. Dapat bini lawa. Dapat pula urus company mertua. Bertuah badan” balas Noreen lagi. Badan Karl memang sentiasa bertuah. Badan aku sahaja yang selalu dirundung malang.

“Eh, Sara…Karl last dah esok. Kau dengar tak tu?” dengan tiba-tiba sahaja Noreen memanggilku.

Aku yang masih lagi berpura-pura membuat kerja menoleh ke arah Noreen. “Ya, aku dengar. Jadi, what’s the problem?”.

“Eeh…kau ni, orang dah last day esok at least wish la” Noreen seakan-akan tidak berpuas hati akan sikapku yang sedikit luar biasa itu. Sebenarnya, Noreen bukanlah tahu mendalam sangat tentang aku dan Karl.   

“Err…Noreen, Sara…aku balik tempat aku dulu erk, takut bos cari. Lagipun banyak kerja aku nak hand over nanti” Karl seakan-akan serba salah.

Sebelum Karl mula beredar, dengan pantas aku segera berdiri dan menghulurkan tangan. “Okeylah, Karl. Wish you luck there. Jangan lupa kitorang kat sini. Aku minta maaf kalau aku banyak buat silap dekat kau” akhirnya, sebaris kata-kata meluncur keluar dari mulutku, semuanya kerana terpaksa. Aku memandang Karl tidak lebih dari sebuah pandangan kosong. Hancur dan remuk. Sampai hati Karl buat aku begini, meninggalkan aku sendirian tanpa arah setelah sekian lama dia menabur janji. Tetapi, dengan pemergian Karl sedikit sebanyak dapat membuat aku melupakan apa yang pernah berlaku di antara kami suatu masa dahulu.

“Sara, kenapa kau dingin sangat tadi?” soal Noreen setelah Karl beredar.

“Takde apa” balasku bersahaja.

“Kau marah dia erk sebab tinggalkan kau, he…he…” teka Noreen membuatkan aku sedikit terkejut.

“Mengarut lah kau ni”.

“Habis tu, kenapa muka kau kencang je tadi?”.

“Muka aku kencang ke? Ada rupa macam angin kencang ke? Tak perasan pula”.

“Ishh…kau ni Sara. Malaslah aku layan kau” Noreen segera kembali ke tempat duduknya. Sengaja aku buat begitu kepada Noreen. Apa yang berlaku sebentar tadi biarlah begitu sahaja. Tiada apa-apa lagi di antara aku dan Karl. Tiada apa lagi tentang Karl yang perlu aku tahu. Semuanya TITIK!!

Maafkan aku, Sara. Aku terpaksa melupakan segala janji kita kerana aku tidak mampu untuk menunaikannya. Maafkan aku kerana membuat kau menunggu dan terlalu berharap untukku. Aku tak mampu untuk bersamamu di saat kau perlukan aku dan aku juga tidak mampu untuk memberimu waktu yang panjang untuk kita berdua. Aku tahu kau akan terluka namun aku tiada pilihan kedua. Kau tetap wanita sempurna di hatiku selamanya. Terima kasih sayang kerana membawa kebahagiaan dalam hidupku. Always love you, sayang… Karl. Mesej terakhir daripada Karl yang baru sahaja kuterima lima minit yang lalu terus kupadam dari telefon.

Sepanjang malam itu aku menghabiskan masa di kelab. Entah berapa gelas minuman keras kuteguk berkali-kali. Sengaja aku tidak memberitahu Noreen dan Dania yang aku ke kelab. Mulut mereka tak ubah seperti mulut tempayan. Becok dan suka sangat ambil tahu itu ini. Aku inginkan ketenangan. Aku ingin melupakan segalanya tentang Karl. Lelaki yang pernah berjanji untuk menjadikan aku suri hidupnya kini telah pergi meninggalkan aku sendiri sepi. Lelaki yang pernah memberi aku harapan telah musnahkan kebahagiaanku dalam sekelip mata.

“Hey, babe! Alone??” seorang lelaki bangsa asing berkulit hitam duduk di sebelahku. Aku melihatnya tanpa menjawab pertanyaannya. Serabut di kepala masih belum lerai. Apabila aku tidak menjawab, lelaki asing itu cuba untuk mengajakku berdansa sambil merangkul pinggangku. Makin lama makin erat rangkulannya. Dia melihat wajahku lantas tanpa segan silu bibirku dikucupnya. Aku cuma mampu untuk memejamkan mata namun hati kecilku menjerit nama Karl!!

Aku menggeliat malas. Terasa lemah dan sedikit pening. Kupandang sekeliling namun aku masih belum boleh amati di mana aku berada kini. Ternyata sekelilingku dipenuhi dengan perabot dan perhiasan mewah. Yang pastinya aku berada di sebuah bilik. Kulihat diriku yang tiada seurat benang dan hanya selimut yang membaluti tubuhku. Aku cuba untuk mengingati perkara malam tadi namun gagal. Kupegang kepalaku yang pening sedikit. Tiba-tiba kudengar seseorang sedang menghampiriku sambil membawakan sarapan. Kulihat wajah asing itu. Ya, lelaki berkulit hitam itu meniduriku malam tadi dan aku di bawa ke tempat penginapannya di salah sebuah kondominium mewah.

“Morning, dear. Your breakfast is ready” senyumnya yang masih lagi bertuala. Kulihat pakaianku bertaburan di sana sini. Terdapat beberapa kesan gigitan di dada dan leher. Agaknya, ‘kuda hitam’ ni dah kegersangan sangat sampai aku diratah sepuasnya malam tadi.
“Thanks” ucapku lembut. Aku tidak mahu berkasar kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan terjadi. Manalah tahu aku diseludup ke luar negara untuk diperdagangkan. Baru sekarang otakku dapat berfikir secara logik. Alangkah bagusnya jika otakku dapat berfikir dan bertindak lebih awal. Semua ini gara-gara Karl. Aku menyalahkan dirinya seratus peratus! Sarapan yang dihidangkan kumakan dengan sedikit gelojoh. Maklum sahajalah, aku langsung tidak makan malam apatah lagi pulang ke rumah. Rumah???? Ah…beritahu sahaja ibu dan ayah yang aku bermalam di rumah kawan. Kucapai telefon untuk mengetahui waktu. Hampir terbeliak mataku apabila jam di telefonku menunjukkan waktu sekarang sudah mencecah jam sebelas. Begitu lama aku tertidur sehingga tidak sedarkan diri. Entah apa mantera yang dibaca oleh ‘kuda hitam’ itu sehingga aku tidur mati. Banyak ‘missed called’ tertera di telefonku. Aku segera menghubungi pejabat dan memberitahu aku mengambil cuti hari ini. Lelaki asing yang tidak kuketahui namanya itu hanya memandangku. Selepas membersihkan diri dan mengucapkan terima kasih, aku segera pulang. Nasibku agak baik kerana lelaki asing itu telah pun memanggil teksi untuk menghantarku pulang. Aku meminta teksi untuk menghantarku di kelab itu sahaja kerana aku perlu mengambil kereta sebelum terus pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience