Bab 41

Other Completed 3855

Hari demi hari aku semakin mesra bersama Adam. Kalau dahulu sebut sahaja budak kecil, mulutku menjuih panjang. Tanganku juga kekok untuk memegang mahu pun mendukung anak kecil. Tetapi sejak kehadiran Adam segalanya telah berubah, hatiku bagai merelakan segalanya. Mungkin juga aku bersimpati terhadap nasib anak kecil itu yang kehilangan ibunya di waktu dia amat memerlukannya. Aku juga kerap membelikannya permainan walaupun sudah berkali-kali Rayyan memesan agar tidak terlalu memanjakannya. Bukan kerana manja tetapi aku sudah mula menyayangi Adam. Telatah dan kata-katanya membuat hari-hariku sentiasa dipenuhi gelak tawa. Adakalanya Adam akan mengiakan kata-kataku walaupun dia sendiri tidak faham maksudnya. Bukan sahaja itu, kehidupan dan kesihatanku juga turut berubah. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana aku masih dikelilingi insan yang benar-benar menyayangiku dan sudi menerimaku kembali.

Sedar tidak sedar perkenalan di antara aku dan Rayyan sudah mulai erat. Sepanjang perkenalan kami, Rayyan tidak jemu-jemu membantuku mendalami ilmu agama. Dia juga turut menggalakkanku untuk mengikuti kelas mengaji Al-Quran. Sekurang-kurangnya aku dapat membaiki kelemahan diri. Hari itu, Rayyan mengajakku untuk bersiar-siar di pantai. Katanya, sudah agak lama dia tidak ke pantai jadi hari itu dia ingin membawaku ke sana. Kalau dahulu, dia sering ke pantai bersama arwah isterinya dan Adam namun setelah ketiadaan isterinya, masanya lebih tertumpu kepada Adam.

“Sara, kalau saya cakap sesuatu agaknya Sara marah, tak?” Rayyan mula bersuara setelah dari tadi mendiamkan diri.

Aku pun agak pelik dengan perangainya hari ini. Diam dan tidak banyak cakap. Kalau bad mood sudah tentu dia katakan dari awal. Sepanjang perjalanan kami ke pantai Rayyan memang diam. Hari ini Rayyan mengajakku ke pantai, tempat di mana dia menenangkan diri dan fikiran. Memandangkan hujung minggu itu aku tidak membuat apa-apa jadi aku terima sahaja ajakan Rayyan setelah meminta izin daripada ayah dan ibu. Mulanya kami ingin membawa Adam bersama tetapi ayahku tidak membenarkannya. Katanya angin laut tidak elok untuk Adam, bimbang jika anak kecil itu kembung perut atau selsema dek kerana angin dan debu pasir di pantai. Sebenarnya ayahku memang seorang yang prihatin tentang keadaan persekitaran dan cuaca. Maka tidak hairanlah sewaktu kami kecil dahulu ayah begitu mengambil berat dan peka setiap kali kami ingin keluar ke mana-mana.

“Marah? Nak marah pasal apa pula?” aku menjawab bersahaja, memberi peluang kepadanya untuk berkata-kata. Mana tidaknya aku pun serba salah juga melihatkan keadaan Rayyan yang tidak banyak cakap itu. mungkin ada masalah atau sesuatu yang sedang difikikannya.

“Takdela, takut nanti Sara marah dan anggap bukan-bukan pula” kali ini nada suaranya rendah. Wajahnya dipalingkan ke arah lain.

“Rayyan, kalau awak ada masalah beritahu saya. Selama ni pun awak dah banyak tolong saya dan family. Mungkin kali ini saya boleh tolong awak pula” pujukku menenangkannya.

“Sebenarnya saya memang ada masalah. Masalahnya, saya…” Rayyan cuba berdolak-dalik.

“Ya, masalahnya awak tak cakap apa masalah awak sehinggakan saya pun turut bermasalah melihat awak macam ni” celahku sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya. Serta merta Rayyan ketawa berdekah-dekah. Bingung aku melihat gelagatnya hari ini. Tadi bukan main diam membatu seribu Bahasa. Sekarang boleh pula ketawa?

“Saya suka ayat awak yang penuh “masalah” tu, Sara” Rayyan masih tertawa sambal memegang perutnya. Aku mengerlingnya tajam. Sudah banyak kali dia ketawa oleh kata-kataku padahal rasanya aku tidak membuat sebarang jenaka. Kubiarkan sahaja Rayyan terus ketawa. Lucu sangatlah tu.

“Eh, kenapa Sara diam?” Ada apa-apa yang tak kena?” aku mula menumpukan perhatian terhadap gadis di hadapanku ini. Makin comel rasanya apabila dia merajuk.

“No, semua okey” jawab Sara ringkas lalu memberi isyarat thumbs up kepadaku. Aku tahu walaupun dia berkata begitu namun jauh di sudut hati Sara tetap tidak berpuas hati. Dia kenal sangat gadis itu. Aku mula memandangnya serius. Aku perlu berani. Berani untuk berterus-terang dan berani untuk menyatakan perasaanku.

“Sara, saya minta maaf kalau Sara tak selesa tadi. Sebenarnya, saya sukakan Sara” aku kelu seketika. Entah ke mana perginya ayat-ayat yang pernah kususun sebelum ini. Serta merta aku malu sendiri. Bodohnya aku meluahkan perasaan sebegitu. Kudapat meneka yang Sara sagak edikit terkejut mendengar kata-kataku sebentar tadi. Aku redha dan pasrah. Andainya Sara marah aku tetap terima seadanya. Apa yang penting, aku sudah meluahkan perasaanku.

“Apa awak cakap tadi, Rayyan?”.

“Err…cakap apa? Yang mana satu ni?”.

“Alaa, yang baru saja awak beritahu saya tadi ni”.

“Oo..err, yang tu ya. Erm, sa…saya suka awak. Saya minta maaf tapi saya sukakan awak. Saya sukakan keperibadian awak dan cara awak menerima dan melayan Adam”.

“Rayyan” . Aku memandang Sara. Mungkin sukar untuknya menerima apa yang baru sahaja kuucapkan tadi. Seperti yang aku katakan, aku pasrah dan redha.

“Saya faham maksud awak tapi saya bukan perempuan baik, Rayyan. Malah, perkataan ‘perempuan’ itu mungkin tidak layak untuk saya. Saya jahat dan penuh dosa. Saya anak derhaka dan saya tidak layak untuk sesiapa” kulihat mata Sara sedikit bergenang. Cepat-cepat dia mengalihkan wajahnya ke tempat lain.

“Tak elok cakap macam tu, Sara”.

“Awak tak faham, Rayyan. Saya kotor. Hidup saya penuh bergelumang dengan noda. Saya memang tak layak untuk sesiapa malah untuk hidup di dunia ni”.

“Sara, tak baik kalau awak terus menyalahkan diri sendiri. Semua orang berhak dimaafkan. Apa yang penting niat dan kesungguhan seseorang untuk berubah” aku cuba meyakinkan Sara. Aku tahu amat pahit dan payah untuk dia lupakan kisah silam itu. Tetapi, aku benar-benar ingin membimbingnya. Sepanjang perjalanan pulang, Sara lebih banyak diam. Serta merta perasaan bersalah memenuhi ruang hatiku. Andainya aku tahu perkara sebegini akan membuat Sara terasa dan terluka, tidak sesekali kuluahkan perasaan terhadapnya.

“Sara minta maaf” jawabnya sambal menundukkan wajah. “Tak mengapa, Sara. Saya faham. Saya pun nak minta maaf sebab tak patut rasanya saya meluahkan perasaan sedemikian rupa” kulihat Sara hanya mengangguk sambal berlalu masuk ke perkarangan rumahnya.

“Ish, kenapa mata aku susah sangat nak lelap ni” getus Sara sendirian. Puas dia mengalihkan badan ke kiri dan ke kanan
namun matanya masih tidak mahu pejam. Dia cuba untuk membaca beberapa novel namun matanya masih degil juga. Adakah kerana kata-kata Rayyan siang tadi membuatkan dia tidak lena malam itu? Jauh di sudut hati dia akui yang Rayyan merupakan seorang lelaki yang ikhlas dan bertanggungjawab. Namun, dia takut untuk menerima kehadiran Rayyan, bimbang akan membuat lelaki itu terluka lebih-lebih lagi dia bukanlah seorang perempuan baik dan mulia. Bak kata sesetengah orang, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan begitulah sebaliknya. Bagi Sara, setiap kali Rayyan bertandang ke rumah mereka, Sara begitu begitu gembira lebih-lebih lagi dengan adanya Adam. Sedikit demi sedikit kasihnya tumpah terhadap Adam, anak kecil yang kehilangan ibunya sewaktu dia memerlukan perhatian penuh dan kasih sayang seorang insan bergelar ibu. Hampir semalaman dia tidak dapat tidur. Selepas solat Subuh, matanya mulai rasa mengantuk dan berat. Dia terlena seketika sehinggalah ibunya datang mengetuk pintu bilik dan mengejutkannya. “Sara dah bangun?” soal ibu di luar pintu biliknya.

Aku terus bingkas bangun apabila mendengar suara ibu di luar bilik. Hampir-hampir aku terjatuh dari katil. “Sekejap mak” aku bergegas membuka pintu.

“Sara baru bangun?” ibu sedikit terkejut melihakt keadaanku yang sedikit kelam kabut. Aku mengangguk.

“Sara tak lena tidur malam tadi. Itu pun lepas Subuh baru rasa mengantuk” ujarku sambil mengesat mata.

“Lepas mandi nanti jangan lupa sarapan. Nanti masuk angin sakit perut tu. Mak dah sediakan semuanya tu” tutur ibu sambal membantuku mengemas katil. Kulihat wajah ibu. Sungguh tenang. Dari dahulu hingga saat ini, ibu tidak pernah sesekali mengabaikan makan minumku sama ada di saat aku susah atau senang. Mampukah aku membalas semua jasa dan pengorbanan ibu selama ini. Tambahan pula, aku banyak berdosa kepada ibu.

“Eh, kenapa Sara?” ibu segera mendekatiku apabila aku tiba-tiba diam.

“Err…takde apa-apa, mak” aku cepat-cepat mengalihkan pandangan sambal menyaka manik jernih yang tiba-tiba mengalir di mataku. Ibu senyum merapatiku. “Macam-macam mak buat untuk Sara tapi Sara …” belum sempat kuhabiskan kata-kata ibu terus memelukku.

“Ibu mana tak sayangkan anak, Sara. Sudahlah itu, yang lepas biarlah jadi kenangan. Pergilah mandi dulu dan sarapan”. Aku hanya mampu mengangguk lemah.

“Oh, hampir lupa mak nak beritahu kamu. Rayyan dan Adam tak ke rumah kita hari ni”.

“Kenapa pula, mak?” aku sedikit terkejut.

“Rayyan beritahu mak yang dia ingin melawat ibu saudaranya yang baru keluar dari hospital” sambung ibu lagi. Rayyan pernah memberitahuku tentang ibu saudaranya suata ketika dahulu. Tetapi kali ini mengapa Rayyan tidak memberitahuku sendiri? Adakah kerana Rayyan terasa dengan kata-kataku petang kelmarin? Atau dia merajuk yang aku tidak menerima kehadirannya di dalam hidupku? Sudah beberapa minggu lamanya aku diselubungi kesepian. Biasanya, gelak tawa Adam dan Rayyan akan memenuhi segenap ruang rumah mereka tetapi tidak hari itu. Hampir setiap masa aku membelek handphone. Tiada pesanan mahupun panggilan. Ah, mungkin Rayyan sibuk menguruskan ibu saudaranya itu. Tambahan pula sudah agak lama Rayyan dan Adam tidak ke rumah ibu saudaranya. Aku ingin benar bertanyakan khabar mereka tetapi perasaan segan bertandang seketika. Adakalanya aku terasa bosan tidak membuat apa-apa di rumah lebih-lebih apabila ketiadaan Rayyan dan Adam. Kepada merekalah tempat aku bercerita. Pernah kuberitahu ibu bahawa aku ingin bekerja namun ibu melarang keras. Katanya, aku masih di dalam perhatian doktor. Ibu amat bimbang tentang kesihatanku.

Dua hari lepas Doktor Farhana ingin bertemu denganku berkenaan dengan rawatan susulan keadaan kesihatanku. Alhamdulillah, keadaan kesihatanku bertambah stabil. Jika bukan keranaMu Ya Allah, amat mustahil untuk aku  mengecapi peluang hidup untuk kali kedua. Aku menyuarakan hasrat kepada keluargaku untuk menyambung pengajian di luar negara memandangkan keadaan kesihatanku sudah beransur baik dan pulih. Ternyata mereka menyambut baik hasratku itu. Aku ingin memperbetulkan kesilapan lalu dan mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Sekurang-kurangnya aku masih punya harapan dan peluang untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat di dalam hidupku. Aku ingin membahagiakan orang tuaku. Aku ingin membalas setiap pengorbanan mereka. Lagipun perasaan sesal dan bersalah terhadap ibu dan ayah masih membelengguku. Aku tidak ingin mengecewakan mereka untuk kali yang berikutnya.

Setelah berbincang bersama keluargaku, akhirnya ibu dan ayah bersetuju aku melanjutkan pengajian di luar negara. Aku memilih jurusan Islamic Finance di University of Bolton, England. Bukan bermaksud negara sendiri tidak bagus tetapi bak kata orang, jauh perjalanan luas pengetahuan. Tambahan pula aku berjaya mendapatkan biasiswa penuh untuk pengajianku. Rezeki dariMu Ya Allah. Aku sedar jauh di sudut hati ibu masih berasa gusar dan bimbang namun aku yakinkan ibu bahawa semuanya akan baik. Insya Allah. Tentang Rayyan, biarlah masa yang menentukan. Aku masih takut untuk memberi harapan. Sudah kumaklumkan kepadanya tentang niatku melanjutkan pelajaran dan sedikit pun dia tidak menghalang malah turut menggalakkan. Katanya, dia sentiasa akan mendoakan kejayaanku.

Tiba hari yang dinantikan, keluargaku dan Rayyan menghantarku ke lapangan terbang hari itu. Kupeluk Adam seeratnya dan air mataku bergenang lagi. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu berpisah namun aku ingin mengubah hidupku demi keluarga. Tangan ayah dan ibu kukucup.  “Doakan Sara selalu, mak ayah”, suaraku mulai perlahan menahan sebak di dada.

“Kami selalu mendoakan kamu, Sara”, tutur ibu tersenyum.

“Jangan lupa solat, nak. Jaga keselamatan diri selalu di tempat orang” pesan ayah. Aku cuma mampu mengangguk. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku menangis meraung di situ. Mahu sahaja aku bawa mereka bersamaku.

Rayyan menghulurkanku sejambak bunga. “Adam yang pilih bunga ni” Rayyan cuba berjenaka walaupun aku tahu berat untuknya melihatku pergi.

Selepas bersalaman dengan ayah dan ibu, aku melangkah menuju boarding gate. Dari jauh kulihat mereka melambai. Aku masih tidak puas untuk terus bersama mereka yang aku sayang. Namun demi masa hadapan dan untuk menggapai sebuah kejayaan, aku perlu teruskan perjuangan. Semuanya untuk mereka yang tidak jemu-jemu menyokong dan mendoakanku. ‘Ya Allah, Kau lindungilah mereka di dalam rahmatMu’, doaku di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience