Bab 2

Other Completed 3855

Akhirnya, detik yang kunanti tiba juga. Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke universiti. Aku kagum seketika malah sukar untuk aku percaya bahawa aku akan menjejakkan kaki ke menara gading. Namun aku tetap puas kerana inilah yang patut aku perolehi hasil dari usahaku selama ini. Kesemua pelajar baru ditempatkan di ruang legar hostel tersebut untuk proses pendaftaran. Aku perlu mendaftarkan diri di hostel Seroja seperti yang tertera dalam surat tawaran. Terdapat dua buah hostel untuk pelajar perempuan selain Seroja iaitu Anggerik. Manakala untuk pelajar lelaki pula hostelnya ialah Jati dan Meranti. Setelah melapor diri, kami di bawa ke bilik masing-masing oleh ahli jawatankuasa hostel yang terdiri daripada pelajar senior. Aku sempat juga berkenalan dan beramah mesra dengan beberapa orang pelajar yang datang jauh dari negeri ini seperti Kedah, Johor, Perlis dan Selangor. Aku beruntung kerana keluargaku sendiri datang menemaniku mendaftar diri di hostel. Tidak seperti mereka yang keseorangan dan tercari-cari arah. Setibanya di bilik aku perlu mengemas apa yang patut. Sarung bantal dan cadar kukeluarkan dari beg. Segala pinggan mangkuk dan peralatan mandi juga kususun rapi. Ayah dan ibu pula sudah beredar sebentar tadi setelah selesai proses pendaftaranku.  Sebenarnya, aku berasa sedikit sebak apabila ibu dan ayah sudah mula beredar. Maklum sahajalah yang selama ini mana pernah aku berjauhan dari keluarga. Kalau berjauhan pun setakat menghadiri perkhemahan itupun hanya beberapa hari. Nasib baik jugalah universitiku ini berdekatan dengan rumahku. Namun seperti kata ayah tempoh hari, sudah sampai masanya untuk aku berdikari.

Sedang aku berkemas, baru aku perasan yang ada seorang teman baru. Dia juga kulihat sedang sibuk mengeluarkan pakaian dan menggantungkannya di dalam almari.

“Hai, saya Alya Maisara” aku menyapa gadis itu lalu berjabat salam dengannya.

“Oh…hai, saya Nadia” jawapnya manis sambil tangannya masih ligat menyusun pakaian.

“Awak ambil jurusan apa dan dari mana?” aku mengajukan soalan dengan harapan agar dia satu jurusan denganku.

“Actually...saya dari Johor. Saya apply medic tapi dapat business studies, ni pun second choice” dengan mesra Nadia menjawap pertanyaanku. Kali ini dia mengajakku duduk di birai katilnya. Orangnya kelihatan peramah dan periang. Nasib baik tidak sombong, bisikku.

“Nampaknya, kita sekelas la nanti. Saya pun dapat business studies and this is my first choice. Lepas ni bolehlah kita ke kelas bersama-sama” aku mula lega kerana akhirnya aku mempunyai teman sebilik juga teman sekelas.

“Awak dari mana?” Nadia mula menyoalku.

“Saya memang berasal dari sini. Keluarga saya pun tinggal dekat-dekat sini juga” aku tersenyum membalas pertanyaannya.

“Untunglah awak, kan. Ada family kat sini. Tak macam saya, family nun jauh di sana. Lagipun ni first time saya datang Sabah, sorang pula tu” ujar Nadia. Bagiku, Nadia seorang yang berani dan berdikari walaupun pada usia yang muda.

“Tapi, awak berani dan berdikari, Nadia. Nanti awak familiar juga dengan tempat-tempat di sini. Ada masa nanti, saya bawa awak ke tempat menarik yang ada di Sabah ni ya” terangku untuk meyakinkan Nadia. Kulihat Nadia tersenyum menganggukkan kepala.Sedang kami berbual, kedengaran ketukan pintu di luar.

“Assalamualaikum” seorang gadis berbaju kurung merah jambu lengkap bertudung memberi salam.

“Waalaikumsalam” jawapku lantas kami menoleh ke arah gadis itu. Gadis itu kelihatan takut-takut dan langkahnya begitu perlahan.

“Hai…Saya Alya Maisara dan ini Nadia. Awak?” sekali lagi aku menghulurkan salam perkenalan.

“Saya Nurain, boleh panggil Ain je” jawap gadis yang bernama Nurain itu, kelihatan dia agak pemalu orangnya.

“Ambil course apa?” soalku.

“Saya ambil medic”, balasnya kembali.

“Alamak, course idamanku. Bakal doktor la ni ye” Nadia mencelah seraya tersenyum. Ketika kami bertiga leka berbual,tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi dan dengan segera kucapai.

“Sara buat apa tu? Busy ke” kedengaran suara Izzarif, pasti dia risau kerana setibanya di hostel tadi aku hampir terlupa untuk menghubunginya disebabkan kesibukan mengurus beberapa perkara.

“Sorry Zarif. Sara lupa nak call Zarif tadi. Sara busy urus benda-benda hostel ni. Sekarang tak busy dah” aku menjawap manja lalu berbaring di katil.

“Sara dah makan? Bila start kuliah? Zarif rindu Sara laa...Sara tak rindu Zarif ke?” aku rasa amat bahagia apabila Zarif meluahkan rasa rindunya.

“Mestilah Sara rindu. Nanti bila Sara free, kita jumpa ya. Tak sabar Sara nak cerita kat Zarif tentang keadaan kat sini dan roommates Sara. Esok Sara dah start kuliah. Roommate Sara pun ambil jurusan sama macam Sara so taklah Sara takut sangat. At least Sara ada kawan” aku teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan Izzarif menceritakan pengalaman baru yang kualami di sini. Aku sedar yang aku akan mulai sibuk dengan kuliah dan tugasan namun itu bukan penghalang untuk tidak bertemu Izzarif. Aku masih perlukan Izzarif, begitu juga dia. Kami saling memerlukan antara satu sama lain.

“Okey Sara. Tidur awal malam ni ye sayang. Rehat cukup-cukup. Ada masa nanti Zarif call lagi. Jangan nakal tau. Zarif boleh tau tu kalau Sara nakal-nakal kat sana. Kalau ada orang kacau, bagitau Zarif ye” ujar Izzarif lagi.

“Ish Zarif ni. Sara tak nakal la. Lagipun bukan Zarif nampak apa Sara buat” aku mengujinya sambil tersenyum.

“Zarif guna mata hati untuk tengok apa Sara buat” jawapan Izzarif benar-benar membuat aku berasa akulah insan paling bahagia di alam ini. Izzarif sungguh menyayangiku dan mengambil berat perihal diriku. Aku berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib kami ke arah yang lebih baik.

Minggu pertama di UiTM membuatkan masa berlalu tanpa disedari. Selepas tamat hari orientasi, kami perlu ke fakulti untuk mendapatkan segala maklumat mengenai jadual kuliah dan sebagainya. Minggu berikutnya, sesi kuliah akan bermula.

“Penatnya hari ni. Banyak class pula. Garang sangat la Prof. Mardiana tu. Kecut perut tengok dia. Hilang terus semangat. Tak macam pensyarah lain” Nadia mengomel sendirian sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

“Sesuai la tu garang. Kalau semua pensyarah manja-manja, susahlah diorang nak control kita” aku tersenyum melihat Nadia. Sejak dari kelmarin, aku perhatikan Ain kurang bercakap. Terdetik hatiku untuk bertanya, manalah tahu jika Ain sakit dan tidak berani memberitahu kami.

“Ain, kenapa makan sikit je tu? Ain sakit ke? Or if Ain ada masalah, share la dengan kami” aku bertanya Ain perlahan. Nadia memandangku kehairanan.

“Ain okey je. Takde apa-apa masalah cuma tak selera sangat nak makan” jawap Ain tunduk sambil tangannya mengepal nasi di pinggannya.

“Ain rindu family ke?” soal Nadia pula. Tiba-tiba kulihat air mata Ain menitis.

“Ain, kenapa ni? Bagitaulah kami. Kami kan kawan Ain” aku mula cuak dan gelabah melihatkan keadaan Ain begitu. Dengan lemah, Ain memandang kami.

“Ain ingat kampung. Ain rindu kat keluarga. Ain tak pernah berjauhan dari keluarga. Ain takut berjauhan sebab Ain takde sesiapa” ujarnya dalam sedu. Ohh, rindukan keluarga rupanya. Kes homesick la ni.

“Ain, Nadia pun rindukan keluarga juga tau dan kami tak pernah pun berjauhan. Tapi Ain, kita kan ada kawan-kawan. Nanti cuti semester, Ain boleh pulang ke kampung melawat mereka. Ain datang sini kan nak belajar. Mesti diorang kecewa tengok Ain bersedih macam ni. Ain patut berbangga dapat masuk universiti, bukan semua orang berpeluang ke universiti. Ain kena kuat dan tabah” Nadia cuba menyuntik semangat dalam diri Ain.

“Betul cakap Nadia tu, Ain. Ain kena kuat. Lagipun Sara dan Nadia kan ada. Ain anggaplah kami macam adik-beradik Ain” aku menyokong kata-kata Nadia. Risau juga melihatkan Ain berterusan begitu, lemah dan kurang makan.

“Thanks Sara..Nadia..” Ain kembali mengukir senyuman.

“Dah..cepat makan. Kejap lagi dewan makan ni nak tutup. Sebelum diorang halau kita, baik habiskan nasi cepat-cepat then kita balik bilik” Nadia mengingatkan kami. Aku dan Ain tersenyum. Timbul sedikit keceriaan di wajah Ain. Setelah selesai makan, kami bertiga menuju ke bilik.

Tanpa disedari, kini sudah sebulan aku berada di UiTM. Beginilah rutinku di sini. Setiap hari yang kulalui dipenuhi dengan tugasan. Seperti yang sudah kujangka dari awal, banyak assignment yang harus disiapkan. Itu belum lagi dengan group discussion dan aktiviti hostel. Jadualku begitu padat sehinggakan aku jarang dapat pulang ke rumah. Demi semangat, aku gagahi untuk melalui semuanya. Azamku cuma satu, untuk mendapat keputusan cemerlang atau dean list untuk semester ini. Aku ingin Izzarif berbangga dan yakin akan diriku. Sebenarnya, kuakui yang begitu jarang aku menghubungi Izzarif sejak akhir-akhir ini namun aku tidak pernah sesekali melupakannya. Saban hari aku tetap menghubunginya melalui SMS untuk melaporkan keadaanku kepadanya. Aku tidak kisah jika Izzarif tidak mebalas SMS ku kerana aku sedia maklum bahawa Izzarif perlu berjimat menggunakan kreditnya. Yang penting Izzarif tahu keadaanku. Adakalanya juga aku sanggup mereloadkan Izzarif untuk memudahkannya menghubungiku. Aku juga faham keadaan Izzarif yang hanya bekerja sebagai mekanik. Kadangkala, selepas pulang dari kerja, Izzarif akan membantu kawannya di bengkel berhampiran untuk mencari duit lebih. Jika Izzarif kekurangan wang, aku sanggup memberinya. Bagiku, Izzarif lebih dari segalanya dan aku sangat percayakan Izzarif. Aku tidak mahu melihat Izzarif susah walau sedikit pun.

“Sara, dari tadi aku tengok kau asyik belek handphone je. Kenapa tu?” soal Nadia memandangku.

“If Sara tak cukup kredit, Sara pakailah handphone Ain” tambah Ain pula.

“Its okay, Sara ada kredit lagi. Sara try call Zarif tapi dia tak angkat. Busy kot” jawapku ringkas. Nadia dan Ain sudah sedia maklum tentang Izzarif, cinta hatiku. Kepada mereka berdualah kuluahkan segalanya.

“Dah la tu Sara. Ain tengok sejak dari petang tadi Sara try call dia kan? Mungkin dia buat kerja la tu” ujar Ain, lembut.

“Kalau ye pun buat kerja or servis kereta, takkanlah sampai tengah malam gini, entah-entah servis orang….” Belum sempat Nadia menghabiskan kata-katanya, dengan pantasnya Ain mencelah.

“Ish Nadia ni. Tak baik tau buruk sangka dengan orang. Mungkin juga Zarif penat dan tertidur, sebab tu la dia tak jawap call Sara”. Dalam diam, aku amat tidak bersetuju tentang apa yang Nadia katakan sebentar tadi. Izzarif bukanlah lelaki seperti itu. Namun aku tetap tersenyum lebih-lebih lagi melihat telatah teman-temanku berbahas tentang Izzarif, cuba untuk menegakkan  pendapat masing-masing. Ain, biarpun pemalu namun tegas dalam pendirian. Nadia pula, adakalanya tutur katanya begitu bersahaja dan sarcastic, namun aku tidak pernah ambil pusing akan mereka. Aku tahu, mereka memang ikhlas berkawan denganku. Aku beruntung mempunyai teman sebilik yang sporting, memahami dan sekepala.

“Baiklah saudari sekalian…enough. Kita tutup isu Izzarif untuk malam ini. Perbincangan akan disambung kemudian. Terima kasih di atas sumbangan idea bernas anda” aku mematikan perbahasan mereka lalu ketawa. Sempat juga Nadia mencubit punggungku dan Ain hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Sambil berbaring, aku sempat berfikir tentang Izzarif. Kebelakangan ini dia begitu jarang menghubungiku apatah lagi untuk menjawab panggilanku. Jika dahulu boleh dikatakan setiap waktu dan setiap hari dia menghubungiku. Mustahil juga kalau dia kehabisan kredit kerana hampir setiap minggu aku mereloadkannya. Entah-entah Izzarif ditimpa masalah dan barangkali dia enggan menceritakan kepadaku. Perasaan risau dan takut mula menyelubungi diriku. Risau akan keselamatan Izzarif. Takut akan sesuatu yang buruk menimpanya. Aku tidak ingin kehilangan Izzarif. Aku tidak kuat untuk menghadapi seandainya ada perkara buruk terjadi kepada Izzarif. Izzarif tetap cinta hatiku dulu, kini dan selamanya.

Keesokan harinya aku cuba menghubungi Izzarif. Semalaman tidurku tidak lena kerana terlampau fikirkan Izzarif. Panggilanku disambut. Kedengaran suaranya agak lemah.

“Hello” jawab Izzarif sepatah.

“Zarif okey ke ni? Kenapa suara lemah? Zarif sakit? Nak Sara bawakan ke klinik?” aku terus menyoalnya bertubi-tubi apabila terdengarkan suaranya yang seakan-akan lemah tidak bermaya.

“Zarif okey ni. Mengantuk dan penat sangat. Lagipun malam tadi Zarif tertidur, tak sempat jawap call Sara” jawapan Izzarif amat melegakan hatiku. Seandainya Izzarif sakit, aku sanggup membawanya ke klinik. Biarlah ada kuliah pun, aku sanggup ponteng kerana Izzarif. Demi kesihatan dia.

Ish…harap-harap dia tak perasan yang aku mabuk. Kacau betul orang nak tidur, rungut Izzarif di dalam hati sambil mengurut kepalanya yang masih lagi pening. Sebenarnya, malam tadi Izzarif mengikut teman-temannya ke kelab malam. Sudah lama Izzarif tidak ke sana semenjak dia bersama Alya Maisara. Dia telah berjanji untuk tidak membuat sesuatu di luar batasan dan akan memberitahu Alya Maisara ke mana sahaja dia akan pergi. Namun, Izzarif tidak sanggup untuk bertahan dek ajakan teman-temannya. Kadang-kadang Izzarif akan curi-curi keluar bersama teman walaupun terpaksa menipu Alya Maisara. Dan sehingga hari ini, Alya Maisara tetap menaruh kepercayaan terhadap buah hatinya itu. Walaupun Izzarif pernah terkantoi berhubung dengan perempuan lain, namun Alya Maisara tetap memaafkan Izzarif. Izzarif bijak mencipta alasan. Katanya, perempuan itu hanya sekadar adik angkatnya dan tidak lebih dari itu. Bagi Alya Maisara, setiap manusia masing-masing punya kesilapan dan tidak salah andainya memaafkan kesilapan tersebut. Entah apa yang ada pada Izzarif yang membuatkan Alya Maisara sanggup tunduk kepadanya. Tetapi, Izzarif berbeza. Dia menyukai Alya Maisara kerana luaran gadis itu. Dia bangga memiliki gadis cantik sebagai teman istimewa. Bagi Izzarif tidak sukar memiliki cinta Alya Maisara kerana gadis itu percaya pada cinta. Hanya dengan menunjukkan sedikit kasih sayang dan mengambil berat, hati Alya Maisara akan cair. Bukannya tidak pernah ada lelaki yang ingin cuba-cuba memikat Alya Maisara tetapi semuanya tidak berjaya. Atas kerana cabaran teman-temannya, Izzarif dapat memiliki Alya Maisara. Sekurang-kurangnya dapat juga dia menumpang kesenangan gadis itu. Gadis itu memang dikenali dan menjadi buruan pelajar lelaki sewaktu dia berada di sekolah dahulu. Jarak usia mereka pun hanya setahun sahaja. Ada juga yang bertanya jampi apa yang Izzarif guna sampai sanggup Alya Maisara menjadi teman istimewanya.

Izzarif teringat saat dia mula berkenalan dengan Alya Maisara dahulu. Izzarif dan teman-temannya berpakat untuk mengusik Alya Maisara ketika menunggu bas selepas tamat waktu persekolahan. Kononnya mereka akan mengusiknya dan Izzarif akan muncul untuk menyelamatkan Alya Maisara dari diganggu. Keadaan tersebut betul-betul membuatkan Alya Maisara takut dan terhutang budi terhadap Izzarif. Alya Maisara terpaut pada rasa tanggungjawab yang ada dalam diri Izzarif. Sejak dari itu, hubungan Alya Maisara dan Izzarif erat sehingga kini. Lamunan Izzarif tersentak seketika apabila Alya Maisara bertanya lanjut.

“Betul Zarif takd apa-apa ni? Kalau tak, Sara datang sekarang” aku ingin memastikan keadaan Izzarif setelah beberapa minit menyepi.        

“Ohh…erm, Sara nak datang? Dengan apa?” balas Izzarif kehairanan.

“Dengan bas la. Kalau Sara ada kereta, lainlah” aku membalas lembut. Kudengar Izzarif tertawa kecil. Mendengar tawa Izzarif sudah cukup untuk membuatku bahagia. Aku betul-betul bimbangkannya.

“Jadi Sara sanggup naik bas datang tengok Zarif?”.

“Ehh…mestilah, Zarif kan cinta hati Sara. Sara tak sanggup biarkan Zarif sakit demam sendiri” aku meyakinkannya.

“Sayang juga Sara kat Zarif ye. Takpe lah Sara. Jangan susah-susah sangat. Zarif okay ni, sayang. Yang penting, Sara kena rajin belajar untuk masa depan kita” Izzarif pula meyakinkanku. Setelah berbual hampir setengah jam, aku berasa amat lega dan gembira kerana mendengar suara Izzarif. Akhirnya, aku tahu keadaan sebenar Izzarif. Dia hanya keletihan sahaja. Tidak ada apa yang perlu aku risaukan kerana aku masih percayakan Izzarif. Izzarif juga masih menyayangiku untuk kini dan selamanya.

“Ceria betul kau hari ni” ucap Nadia yang sejak dari tadi hairan memandangku yang tersenyum sendiri.

“Mestilah ceria. Aku call Zarif tadi then dia jawab. Dia penat sangat so that’s why dia tak jawap call aku malam tu” beriya-iya aku menerangkan kepada Nadia.

“Whatever, Sara. Aku tengok kau ni sanggup buat apa sahaja untuk si Zarif tu. Sayang betul kau dengan dia ya. Mesti kau kahwin dengan dia kan?” balas Nadia sinis. Aku memandang Nadia dan tersenyum menampakkan lesung pipitku.

“Mestilah aku nak kahwin dengan dia. Izzarif kan cinta hati dan cinta mati aku”. Nadia membalas senyumanku tanpa sepatah kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience