Bab 23

Other Completed 3853

Lima bulan telah pun berlalu. Selama itulah aku dan Karl masih lagi saling berhubung dan intim seperti selalu. Apa sahaja yang berlaku antara kami sama ada di dalam pejabat mahupun di luar langsung tidak diketahui sesiapa. Kami hanya dapat berjumpa pada waktu malam sahaja, itupun dengan alasan Karl ingin berjumpa klien. Kadangkala aku terasa begitu terbatas sekali untuk bertemu dengannya. Karl sudah menetapkan masa dan tempat di mana kami perlu berjumpa. Aku dan Karl juga tidak boleh senang-senag keluar berdua bimbang nanti ada mata yang memerhati. Karl juga tidak menginginkan perkara yang buruk terjadi di dalam rumahtangganya dan dalam masa yang sama dia juga tidak mahu kehilanganku.

Buat pertama kalinya dalam hidup aku mempunyai hubungan sulit sebegini. Itupun dengan suami orang! Aku sendiri tidak tahu mengapa aku sanggup menurutkan keinginan Karl walaupun aku sedia maklum dan sedar bahawa Karl milik orang lain. Aku tahu aku tidak patut berterusan menyiksa perasaan dan hatiku sendiri tetapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Aku seperti kehilangan prinsip dan pendirian hidup. Aku seolah-olah rela diperlakukan apa sahaja semata-mata demi mendapatkan kasih sayang dan peneman di sisi.

Kisah-kisah lampau kukenang kembali. Seketika dahulu, perhubunganku bersama Izzarif dan juga Firhad gagal dek kerana orang ketiga. Aku begitu marah, sakit hati dan kecewa akibat perbuatan mereka yang tidak jujur dalam perhubungan. Aku menyalahkan mereka kerana tidak berlaku setia dan sanggup berbohong. Tetapi kini, sedikit demi sedikit aku merasakan yang aku juga seakan-akan menuruti mereka. Aku menjadi kekasih gelap kepada Karl walaupun aku sudah tahu pada awalnya yang Karl akan berkahwin. Aku takut dibiarkan keseorangan dan hidup dalam kesunyian. Aku perlukan teman di sisi yang boleh aku kongsikan segala suka duka.

“Kenapa you sedih ni, sayang” Karl mengusap lembut leherku sambil wajahnya merapatiku.

“Ohh…tiada apa-apa, Karl. Semuanya okey” kucuba untuk tersenyum walaupun aku tahu Karl memahami apa yan bermain di fikiranku.

“Sabarlah sayang. I takkan tinggalkan you. You tetap berada di sisi I selamanya” pujuk Karl.

“Sampai bila kita terus dalam keadaan sebegini? You nak tengok I sampai tua tak kahwin-kahwin?” jawabku sedikit geram. Karl diam. Dia memandang ke arahku dan berkata “Sara, tolong beri I sedikit masa lagi”.

“Karl, I bukan nak suruh you ceraikan Farra then kahwin dengan I. Walaupun you lihat I macam ni, seolah-olah wanita simpanan tetapi I ada hak dan perasaan. Kalau you rasa tak boleh nak bahagiakan I so jangan berjanji itu ini. I dah muak la dengan segala janji-janji manis lelaki ni”.

“So, you nak I buat apa? You nak suruh I bagitahu satu dunia yang you ni skandal I? Nak I canang dengan semua orang yang kita ada hubungan sulit before and after I married?” nada Karl mulai tegas.

“Lepaskan I, itu sahaja yang I pinta” aku menjawab perlahan. Bosan sudah ingin bertekak gara-gara hal sebegini. Hal yang remeh dan bodoh akibat jalan yang aku pilih sendiri.

“Sara, you ingat lagi kan apa yang I pernah cakap dengan you dulu” wajah Karl yang tenang tadi menunjukkan riak serius.

“Walau apa pun terjadi, you tetap akan di sisi I dan tidak semudah itu untuk you pergi jauh daripada I. Tentang Farra, dia wife I dan itu urusan I. You tak perlu masuk campur dalam hal kami berdua”. Kata-kata Karl membuatkan aku semakin hilang perasaan terhadapnya. Aku dilarang masuk campur dalam hubungan mereka? Aku tidak dibenarkan bercakap tentang Farra? Wah…dahulu sebelum kahwin bukan main baik lagi layanan Karl terhadapku sampaikan ingin aku menemaninya pergi ke butik pengantin untuk mengambil baju dan menguruskan itu ini sebelum menjelangnya majlis perkahwinan mereka berdua. Bukan sahaja itu, Karl juga sanggup mengkhabarkan keadaannya hampir saban hari. Sekarang, aku tidak boleh untuk masuk campur lagi?

Dalam masa lima bulan sahaja Karl telah mula menunjukkan sedikit perubahan. Memang benar kata orang. Lelaki apa bila telah berkahwin memang banyak yang berubah. Biarpun aku bukan isteri dan milik sah terhadap Karl namun aku dapat merasa perubahannya. Aku tahu Karl sayangkan Farra dan juga aku. Karl tidak mahu menyakiti hati Farra dan dalam masa yang sama tidak mahu kehilanganku. Karl tahu yang dia tidak boleh memiliki dua hati sekaligus. Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Perlukah aku berpisah dengan Sara sedangkan perasaanku masih lagi bersamanya? bisik hati kecil Karl. Salahkah aku kerana tidak berterus terang kepadanya tentang hubunganku dengan Farra terlebih dahulu? Aku inginkan Sara tetapi aku juga tidak mampu meninggalkan Farra begitu sahaja. Andainya aku dapat mengenali Sara lebih awal, perkara sebegini takkan terjadi. Sara, maafkan aku kerana menjerat perasaanmu sebegini.

“Bi…kenapa you lambat balik ni? Cakap tadi nak jumpa klien sekejap je” Farra merangkul belakang Karl dan membuatkannya sedikit terkejut. Nasib Karl tidak melatah menyebut nama Sara. Kalau tidak sudah tentu tembelangnya selama ini pecah.

“Ada hal sikit tadi. Klien tu susah sangat hendak dibawa berunding. Cerewet dan macam-macam hal. I pun dah tak tahan nak layan kerenahnya” Karl mencipta alasan lagi.

“If you susah nak handle klien tu, nanti I beritahu pap. Papa kan pandai negotiate klien ni. Sudah tentu klien tu okey nanti” Farra melirik senyum. Farra Melina Datuk Arsyad. Bukan sembarangan gadis. Anak seorang kenamaan yang berpengaruh di bandaraya. Apa sahaja keinginan dan kemahuannya sentiasa dituruti. Bijak, manis, manja dan stylo itulah personalitinya. Sudah pastinya Karl tergoda dengan gadis sebegitu lebih-lebih lagi anak datuk. Perhubungan mereka bermula sejak di bangku sekolah lagi hinggalah kini. Terlalu banyak budi dan jasa yang diberikan oleh keluarga Datuk Arsyad terhadap Karl malah Datuk Arsyad sendiri yang membantu Karl untuk bekerja di Paradigm Bank sekarang. Mana tidaknya, Datuk Arsyad merupakan salah seotang pemegang saham terbesar di bank tersebut maka tidak hairanlah Karl dapat bekerja di situ.

“Honey, thanks sebab you selalu bantu I selama kita kenal” Karl bersuara lemah. Sekejap terbayang Sara di fikirannya.

“Janganlah cakap macam tu, bi. You kan husband I so as a wife, I must help you. You tau kan I sentiasa sayang you” Farra mengurut perlahan dahi Karl, cuba untuk meringkankan beban yang ditanggung oleh suaminya.

“You dah makan, honey?”.

“Belum lagi. I tunggu you pulang tapi lambat sangat. Ingat nak boikot dah tadi” Farra berpura-pura merajuk lantas Karl memeluk Farra seerat mungkin.

“Malam ni I free” Farra berbisik ke telinga Karl.

“I pun free, honey. Jom” balas Karl sambil memperkemas rangkulan dan pelukannya. Saat itu, beransur-ansur wajah Sara mula hilang dari fikirannya.

Karl akui yang dia perlu berkahwin dengan Farra sebagai salah satu cara untuk membalas budi mereka sekeluarga. Bagi Karl, keluarga Datuk Arsyad seperti keluarganya sendiri memandangkan mereka telah menjaga Karl sejak kecil lagi. Kedua ibubapa Karl telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa Karl berusia enam tahun. Sejak dari situ, Datuk Arsyad menjaganya seperti anak sendiri. Lama kelamaan hubungan antara Farra dan Karl semakin rapat apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Ke mana sahaja pasti bersama. Sudah tentunya Datuk Arsyad gembira melihatkan kemesraan yang terjalin itu maka tersirat niat di hati Datuk Arsyad untuk menjodohkan mereka berdua. Kerana keadaan itulah yang membuatkan Karl dalam dilema dan sukar membuat pilihan. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Andainya Karl meninggalkan Farra, bererti dia umpama kacang lupakan kulit. Sebaliknya, jika dia mengabaikan Sara, janjinya tidak ubah seperti racun yang mengisi ruang hidup Sara. Karl buntu!

Sejak pulang dari berjumpa Karl sebentar tadi pelbagai persoalan menerawang di benak fikiran Sara. Apa yang Farra lakukan sehingga Karl berubah begitu sekali? Apa yang Farra sudah beri sampaikan Karl sudah jarang untuk bersamanya? Atau mungkin juga perhubungan mereka sudah mulai erat sehingga Karl terlupa siapa Sara.

Aku nak minta putus dia tidak bagi. Aku nak suruh dia kahwiniku mustahil dia akan melakukan perkara itu. Apa yang perlu aku lakukan? Kepada siapa aku perlu meminta tolong dan mengadu? Noreen? Dania? Bolehkah mereka membantuku? Sanggupkah mereka duduk mendengar kisahku yang mempunyai hubungan terlarang bersama suami orang? Relakah ayah dan ibu membantuku keluar dari permasalahan ini? Ahh…sesiapa pun tidak mampu membantuku!

‘Alia Maisara…sujud kepada Dia, Tuhan sekalian alam. Dia Maha Mendengar lagi Maha pengampun. Kembali kepadaNya sementara pintu taubat masih terbuka’ bisik satu suara yang entah dari mana datangnya. Tiba-tiba mata Sara terbuka luas saat mahu mula pejam dan dia dapat mendengar dengan jelas bisikan suara itu walaupun hanya dia seorang di dalam biliknya.

“Siapa tu?? Aiman jangan main-main, lah!” herdik Sara dalam gelap.

Tiada suara memjawab. Yang ada hanyalah keheningan angin malam yang datang dari jendela yang terbuka. Aku lupa menutup jendela malam-malam sebegini? Runsingkan sangat tentang Karl sampaikan lupa hendak menutup jendela. Sara bergegas ke jendela dan menutup rapat serta menguncinya. Mungkin, perasaanku sahaja tadi atau khayalan, Sara menyedapkan hatinya sendiri.

Sara kembali ke katilnya. Dalam pada itu, dia tetap memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi. Walaupun hati kecilnya berkata hanya mainan perasaan namun nalurinya kuat mengatakan ia bukan khayalan. Ini bukan kali pertama perkara aneh sebegini terjadi kepadanya. Dia masih ingat akan peristiwa Kak Waheeda menegurnya di bilik stor suatu ketika dahulu dan sekali ingin dilihatnya serta merta kelibat Kak Waheeda menghilang. Kali ini, bisikan suara halus pula. Sara pasti ia bukan hantu atau gangguan syaitan namun ia adalah sesuatu yang benar dan suci. Sara tidak pasti apakah itu namun dia tahu sesuatu ingin dia kembali ke pangkal jalan. Buat apa aku perlu kembali ke pangkal jalan? Bukan aku membunuh orang pun apatah lagi menjahanamkan orang, aku cuma berkawan dengan orang, itu sahaja. Mengapa ayah dan ibu berkali-kali mengingatkannya kepada Tuhan? Apa Tuhan boleh buat untuk dirinya? Selama ini, apa yang dia lakukan tidak sedikit pun meminta pertolongan dari Tuhan. Dia mampu lakukan sendiri tanpa susah payah. Belum pernah dia mengalami kegagalan atau kepayahan yang teramat sangat. dia mampu meneruskan hidup walaupun sendiri. Sara tahu Allah SWT itu wujud. Sara juga tahu akan kewajipan setiap Muslim untuk menunaikan tanggungjawabnya tetapi bagi Sara selagi dia belum jatuh atau susah, buat apa perlu bersusah-susah berdoa sana sini? Setakat ini dia masih lagi di puncak. Esok lusa kalau dah susah barulah boleh berdoa.

Alya Maisara telah jauh dari landasanNya. Dia telah lalai dan alpa dalam mengharungi kehidupan seharian. Apa sahaja yang dilakukannya kini tidak setenang seperti dahulu. Semakin hari Alya Maisara semakin sunyi. Dia sepi daripada mendapat nikmat Allah SWT. Hatinya kosong tidak berpenghuni walaupun di sisinya terdapat keluarga dan teman-teman. Alya Maisara telah jauh dai Nur Allah SWT. Alya Maisara lupa bahawa setiap kemenangan dan kejayaan yang dikecapinya selama ini adalah daripada pertolongan dan kuasa Allah SWT. Alya Maisara megah dan bongkak. Dia berbanga akan kelebihan yang ada pada dirinya. Semua kelebihan yang ada hanyalah pinjaman sementara dari yang Maha Kuasa. Allah SWT mengujinya dengan memberi sedikit kelebihan sama ada hambaNya bersyukur atau tidak. Alya Maisara tidak tahu bahawa balasan dan siksaan Allah SWT itu maha berat. Tidak perlu tunggu di akhirat malah di dunia ini pun Allah SWT mampu membalasnya.

Dalam Surah Ali-Imran, ayat 47, Allah SWT berfirman (dengan perantaraan Jibril): “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Allah berkata kepadanya: ”Jadilah”, lalu jadilah ia.

Setiap nasihat ibu dan ayahnya langsung tidak diendahkannya. Bukan kerana dia tidak menghormati ibu bapanya tetapi dia cukup muak dan jelak mendengarkan perkataan yang memuji Allah SWT. Bukan sekadar itu, malah Alya Maisara sanggup berbohong kepada orang tuanya bahawa dia telah pun selesai solat atau pun mengaji. Pembohongan itu bakal menyebabkan hidup Alya Maisara terumbang ambing. Dia seolah-olah mual dengan zikir, doa dan solat sedangkan itu antara perkara yang mampu mengisi kekosongan hatinya. Dia percaya Allah SWT itu wujud namun dia enggan untuk sujud. Suatu hari nanti apabila masa itu telah tiba, dengan kehendak dan izin daripada Allah SWT, Alya Maisara akan bersujud dan mengaku kebesaran penciptaNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience