Bab 44

Other Completed 3855

“Assalamualaikum” kedengaran suara seseorang memberi salam di muka pintu. Aku bergegas membuka pintu dan menjawab salam.

“Waalaikumsalam, eh…Hani, masuklah” aku mempelawanya masuk. Sempat juga mataku melilau ke luar mencari kelibat Rayyan tetapi tidak kelihatan. “Seorang je? Biasa berdua” soalku acuh tidak acuh. Hani hanya tersenyum. Petang itu Hani singgah ke rumahku dengan membawa beberapa bungkusan ole-ole dari Bali yang dikirim daripada ibu saudaranya. “Duduklah dulu, akak ke dapur sekejap. Makcik dan pakcik baru je keluar” aku meletakkan ole-ole tersebut di ruang tamu.

“Tak payah susah-susah kak. Hani baru je lepas minum dengan abang tadi. Abang kirim salam dengan akak, pakcik dan makcik. Dia tak dapat teman Hani tadi sebab bergegas ke meeting”. Seronoknya orang bertunang ni, setiap masa adalah seperti heaven!.

“Kalau macam tu, takpelah” ringkas dan bersahaja responku. Terasa seperti sedikit janggal apabila kami berdua sahaja. Aku pun baru sahaja mengenali Hani jadi tidak banyak perkara yang aku tahu mengenainya. Kalaulah ada ibu dan ayah, sudah tentu mereka pandai melayan Hani. Takkan aku nak suruh dia balik. Nak dihidangkan minuman pun dia tidak mahu.

“Akak buat apa tadi?” Hani memulakan pertanyaan.

“Ohh…akak menaip je” Hani menggeleng kepala tidak mengerti. “Actually, akak cuba buat novel. Tak tahu nak buat apa so daripada membuang masa akak pun cari idea dan cuba hasilkan novel” aku malu sendiri. Aku memang gemar membaca novel-novel tempatan mahu pun antarabangsa dan berharap agar suatu hari nanti aku berupaya menjadi penulis novel yang tersohor.

“Rajin betul akak. Mana tahu suatu hari nanti akak berjaya menjadi novelis terkenal” puji Hani.

“InsyaAllah” sedikit senyuman terukir di bibirku.

“Kak Sara dah lama kenal abang Rayyan?” Aku sedikit terkedu dengan pertanyaan Hani.

“Err, kenal masa sekolah dulu. Dia salah seorang guru di sekolah akak. Lepas habis sekolah, memang dah tak berhubung. Cuma, selepas akak sakit tu baru mula berkenalan balik” jawabku sedikit gemuruh.

“Abang Rayyan tu baik orangnya. Hani simpati juga dengan kehilangan arwah isterinya. Hani dan arwah isterinya memang berkawan baik dari sekolah lagi”. Aku terdiam sejenak. Baru kutahu rupanya Hani dan arwah Suraya berkawan rapat.

“Abang Rayyan pula ibarat abang Hani sendiri. Sejak ketiadaan arwah, abang tinggal dengan family Hani. Family Hani pun suka dengan abang” tambahnya lagi.

“Ooo…macam tu rupanya” suaraku mula perlahan dan aku semakin hilang tumpuan. Mengapa selama ini Rayyan tidak pernah menceritakan hal itu kepadaku. Mengapa dia berahsia denganku. Aku akui kami memang rapat walaupun hanya sekadar teman biasa tetapi salahkah untuk aku mengetahui segalanya? Seboleh-bolehnya aku tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali. Cukuplah apa yang aku lalui selama ini.

“Dengar khabar, Hani dah bertunang?” soalku pura-pura tidak tahu. Hani mengangguk senyum. “Dengan siapa?” soalku lagi, hatiku cuba menahan perasaan.

“Dengan orang yang paling Hani sayang” jawabnya tersipu malu.

“Syukurlah, kalau begitu. At least kamu saling menyayangi”.

“Akak pula bagaimana?”. Bagaimana denganku? Aku akan terus begini. Yang penting kecintaanku padaNya tidak akan pernah pudar. Aku yakin dan berserah kepadaNya tentang apa yang telah Dia rancang dalam hidupku. SesungguhNya Dia Maha Mengetahui.

“Err…akak belum fikir untu hubungan yang serius”.

“Akak belum berpunya?”. Aku menggeleng.

“Belum ada jodoh” ujarku ringkas.

“Hani doakan akak dapat yang terbaik suatu hari nanti. Orang yang menyayangi akak sepenuhnya, InsyaAllah” ujar Hani bersungguh. Aku hanya mampu tersenyum sebagai tanda mengiyakannya.

“Bila Hani akan melangsungkan majlis?”.

“InsyaAllah, dua bulan lagi. Sekarang pun Hani tengah buat persiapan. Abang pun banyak menolong” jelas kedengaran nada
gembira dari mulut gadis itu. Untung Hani!

“Akak mesti datang ke majlis Hani, tau. Hani nak akak jadi pengapit masa Hani bernikah dan sanding nanti”.

“InsyaAllah, Hani”. Sedang kami berbual, telefon bimbit Hani berbunyi lantas dia menjawabnya dengan segera.

‘Kak, nampaknya Hani terpaksa balik dulu. Nak bincang tentang souvenir. Nanti ada masa kita berbual lagi, ya kak. Seronok Hani dapat berbual dengan akak” Hani sempat memelukku sebelum beredar keluar. Seandainya Hani dan Rayyan ditakdirkan bersama, aku perlu redha dengan semua ini.

Tidak sampai lima belas selepas Hani beredar, ibu dan ayah pun sampai. Kusambut mereka di muka pintu. Ibu menghulurkan beberapa barangan yang dibeli kepadaku.

“Mak, tadi Hani datang. Dia bawakan ole-ole untuk mak. Katanya dari Bali” aku memberikan ibu ole-ole berkenaan.

“Eh, Hani datang tadi? Dah lama ke dia balik?”.

“Adalah dalam lima belas minit lalu”.

“Mak, kalau Hani dah kahwin nanti, mak rasa dia akan datang rumah kita lagi?” tanyaku sekadar ingin tahu.

“Mestilah dia akan datang. Kita dengan dia pun dah ibarat keluarga. Mustahil dia tak datang jenguk kita” ibu senyum.

“Mak suka Hani?”.

“Kenapa Sara tanya macam tu?” ibu sedikit hairan.

“Takdelah, saja tanya. Sara tengok semua orang suka Hani. Sara kan study masa tu jadi Sara tak berpeluang mengenali Hani. Sara pun tak berapa tahu sangat bila Hani mula rapat dengan keluarga kita”.

“Ohh, Rayyan yang bawa Hani ke sini. Lagipun selepas kamu pergi tu, Adam tak henti-henti sebut nama kamu. Kebetulan Rayyan memang tinggal dengan keluarga Hani jadi dia pun bawalah Hani ke sini dan berkenalan dengan kami. Sebab tu Adam dah mula rapat dengan Hani dan sampai sekarang Adam tak lepas tangan dari Hani. Manja sungguh Adam tu”.

“Kenapa mak tak cerita dengan Sara?” suaraku seakan merajuk.

“Mak tak sempat beritahu kamu. Lagipun bukan penting sangat. Dah jangan fikir bukan-bukan. Mak tahu kamu merajuk tu”.

“Sara dah besar, mana boleh merajuk. Merajuk untuk budak-budak je” jawabku sambil memeluk ibu. Memang benar telahan ibu yang aku sememangnya merajuk. Aku rasa sedikit terpinggir saat Hani muncul di dalam keluarga kami apatah lagi apabila gadis
itu mula rapat dengan Adam dan Rayyan.

“Awak dah bertunang, kan?”. Rayyan hampir tersedak apabila Sara mengajukan pertanyaan sedemikian saat mereka makan tenghari bersama.

    “Err, apa maksud awak, Sara?.

    “Takkan awak tak faham” sindir Sara.

    “Saya memang tak faham, saya minta maaf, Sara” akui Rayyan bersungguh.

    “Lagi dua bulan awak nak menikah” kali ini Rayyan betul-betul tersedak lalu dia mengelap mulutnya dengan tisu.

    “Saya? Nak menikah? Dengan siapa?” ujar Rayyan kehairanan.

    “Memang betullah semua lelaki macam ni. Perkara yang betul pun masih lagi tak mengaku” suara Sara sedikit keras. Rayyan tambah kebingungan. Apa yang Sara ingin cuba katakan kepadanya?

    “Kan awak dan Hani dah bertunang. Itu pun awak tak beritahu saya. Tak lama lagi nak bernikah, takkan itu pun boleh lupa?” Sara menahan getar. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Tidak sanggup rasanya untuk dia menatap wajah lelaki yang ada di hadapannya sekarang. Kalau dia tidak bersuara, sampai bila-bila pun Rayyan tidak akan bersuara.

    Kini, Rayyan hampir faham maksud di sebalik kata-kata Sara. Dia hanya tersenyum. “Dulu, saya nak kahwin dengan awak tapi awak tak nak” kali ini giliran Rayyan menguji Sara. Dia ingin melihat reaksi gadis itu. Seperti biasa, gadis itu nampak comel apabila marah.

    “Jangan tipu. Awak tak pernah cakap pun” Sara tidak puas hati. Pandai betul nak kelentong orang!

    “Eh, ya ke saya tak pernah cakap?” Rayyan pura-pura menggaru kepala. Sara menjelingnya kembali.

    “Ooh, mungkin saya cakap dekat orang lain” senyum simpul Rayyan menambahkan lagi kegeraman di hati Sara.

    “Jangan main-main, Rayyan. Saya tak suka” jelas Sara dan nada suaranya sedikit serius berbanding tadi.

    “Ya, saya nak kahwin dah. Saya jemput awak sekeluarga datang ya”.

    Sara gamam seketika. Memang betullah apa yang dia sangkakan selama ini. Cuma merka sengaja ingin merahsiakan dari pengetahuannya. “Kenapa awak tak beritahu saya?”.

    “Saya ingat awak dah tahu” ringkas sahaja jawapan lelaki itu dan dengan tenang dia menghirup nescafe tariknya.

    “Tak, saya tak tahu dan takde sesiapa beritahu saya” wajah Sara sedikit hambar.

    “Awak tak suka saya kahwin ke, cik Sara?” soalan Rayyan cuba menduga hati Sara.

    “Kahwin je lah. Itu kan hak awak. Awak berhak kahwin dengan sesiapa yang awak nak”.

    “Okey, kalau macam tu terima kasih sebab memberi keizinan untuk saya berkahwin” Rayyan seperti ingin ketawa namun dia cuba untuk menahannya.

    “Saya bukan sesiapa untuk memberi keizinan tu” muka Sara berubah kelat. “Hani nak saya jadi pengapitnya masa bernikah dan bersanding nanti” ujar Sara.

    “Eloklah tu, saya pun nak sangat awak jadi pengapit dia. Manalah tahu, selepas itu giliran awak pula yang mendirikan rumah tangga. Taklah saya risau memikirkan siapa yang akan jaga awak nanti”. Kenapa lelaki ini tidak begitu serius apabila membicarakan tentang hal kahwinnya? Sara merungut sendiri.

    “Saya takde kuasa untuk menentukan jodoh. Sampai jodoh, saya kahwin juga nanti”.

“Betul awak tak nak kahwin dengan saya, Sara?”.

“Apa awak merepek ni!”.

“Ehh…janganlah marah, saya cuma tanya je. Mana tahu awak nak kahwin dengan saya. Masih sempat juga ni” seloroh Rayyan. Kata-kata Rayyan membuatkan hatinya bertambah panas. Jika dahulu sudah tentu dia akan menangkis balik setiap kata-kata orang tetapi kali ini dia lebih suka untuk mendiamkan diri. Dia nekad untuk berubah ke arah yang lebih baik dan setiap perubahan itu memerlukan masa dan kesabaran. Itulah yang dia cuba sedang lakukan. Belajar untuk menerima suratan hidup. Belajar untuk bersabar.

Sedar tidak sedar saat bersejarah yang dinantikan Hani menjelang jua. Hari itu, keluarga Encik Hadi tiba awal di rumah keluarga Hani untuk membantu apa-apa yang perlu. Puan Salbiah dan Puan Hasrita, iaitu ibu Hani begitu sibuk di dapur sambil melayan tetamu yang datang. Majlis nikah itu diadakan di rumah keluarga Hani sahaja dan hanya kenalan rapat yang diundang. Kata Hani, dia mahu majlis yang sederhana memadai dengan apa yang ada. Apa yang penting majlis ijab kabul itu selamat dijalankan. Sara menemani Hani di biliknya. ‘Cantik sungguh Hani, bertuah Rayyan memiliki Hani’, bisik hati kecil Sara. Sebenarnya, jauh di sudut hati dia amat mengagumi Hani. Benar kata mereka, Hani tidak sombong, tutur katanya penuh sopan malah bijak mengambil hati orang tua. Jika hendak dibandingkan dengan dirinya amatlah jauh sekali. Hani seorang gadis yang baik dan suci. Amat padan dengan Rayyan.

    “Hani berdebarlah, kak” luah Hani sambil membetulkan tudungnya. Sungguh manis sekali Hani menggayakan baju nikahnya yang berwarna ungu muda itu.

    “Biasalah tu Hani. Semua wanita tetap akan merasa berdebar bila tiba saat ini” pujuk Sara cuba menenangkan debaran Hani. Dia juga turut berdebar sebenarnya apatah lagi membayangkan yang beberapa minit lagi dia akan bersemuka dengan Rayyan. Dia sendiri tidak faham akan perasaannya terhadap Rayyan. Memang benar suatu masa dahulu dia belum bersedia untuk hubungan yang lebih serius bersama Rayyan tetapi dia langsung tidak terfikir bahawa Rayyan boleh bertindak sebegini dengan memilih Hani sebagai suri hidupnya. Adakah tindakannya lalu merupakan suatu kesilapan masa kini? Apakah ia merupakan satu kesalahan seadainya dirinya belum bersedia pada ketika itu? Walau bagaimanapun, dia perlu akur jika itu bukan jodohnya.

    Kedengaran suasana riuh rendah di ruang tamu. Khabarnya, rombongan pihak lelaki sudah pun sampai. Aku bertambah gugup dan berdebar seolah-olah aku yang dikahwinkan hari itu. Kami diminta untuk bersedia kerana pada bila-bila masa aku perlu mengiringi Hani untuk ke ruang tamu bagi akad nikah itu. Selang beberapa minit, Puan Hasrita muncul di pintu bilik kami. Dia memberi isyarat untuk turun bersamanya. Hani menggenggam erat jemariku. Aku tersenyum melihatnya. Terpancar keceriaan di wajahnya kerana selepas ini dia bakal ditemukan dengan bakal suaminya. Dan aku? Aku perlu belajar untuk melepaskan dan merelakan untuk ke sekian kalinya.

    Dengan sekali lafaz, Hani sah bergelar isteri. Tibalah saat si suami melihat wajah isteri tercintanya itu. Ketika itu Puan Hasrita mengiringi Hani untuk upacara membatalkan air sembahyang. Aku hanya mampu melihat mereka dari suatu sudut. Entah kenapa aku merasakan seperti tiada kekuatan untuk melihat orang ramai apatah lagi melihat Rayyan di hari bahagianya itu. Tubuhku seakan lemah sedikit barangkali penat bergegas ke sana ke mari. Kepalaku juga seperti berdenyut. Aku cuba mencari pain killer di dalam beg namun tiada. Dengan segera aku menghubungi Aiman untuk meminta tolong.

    “Hello, kak”.

“Aiman, boleh tolong hantarkan akak balik? Kepala akak sakit sikit, lah” jelasku kepadanya.

“Akak kat mana ni? Mak dan ayah tahu ke?” soal Aiman kembali.

“Tak nampak pula mak dan ayah tadi. Mungkin masih di ruang tamu” balasku sambil memicit dahi.

“Takpelah kalau macam tu. Nanti Aiman beritahu mak dan ayah. Akak kat mana ni? Aiman tunggu akak kat luar la” aku segera mendapatkan Aiman selesai sahaja kami bercakap di telefon.

Dalam perjalanan pulang, kepalaku masih lagi berdenyut. Aku ingin cepat-cepat sampai ke rumah dan berehat. Agaknya aku terlampau memikirkan Rayyan, keluhku sendirian.   

“Akak tak nak pergi klinik?”.

“Taklah. Akak nak balik rumah. Lagipun ubat akak tertinggal, lupa nak bawa tadi”. Aiman mengangguk dan terus memandu pulang.

Selepas memakan ubat, aku berehat di bilik. Mata masih kupejam erat. Terasa kurang sedikit sakit berbanding tadi. Aku meminta Aiman untuk memberitahu ibu dan ayah tentang keadaanku sebentar tadi. Mulanya Aiman enggan meninggalkanku sendirian di rumah namun atas gesaanku, dia terpaksa akur. Tidak elok juga meninggalkan majlis sebegitu tanpa memaklumkan kepada tuan rumah. Aku pun hampir terlupa untuk memaklumkan keluarga Hani yang aku perlu segera pulang.

“Mana Sara ni, bang?” mata Puan Salbiah melilau mencari anak gadisnya itu.

“Mesti dengan Hani la tu” balas Encik Hadi sambil bersalaman dengan para tetamu yang beransur untuk pulang.

“Ish awak ni. Kenapa pula dia mesti dengan Hani. Kan Hani dengan suaminya tu” Puan Salbiah menujukan pandangan ke arah pasangan yang baru sahaja menikah itu.

“Mak ayah…!” tercungap-cungap Aiman mendapatkan ayah dan ibunya.

“Kenapa kamu ni? Dah macam marathon ayah tengok”.

“Aiman balik tadi hantar kak Sara. Dia sakit kepala tiba-tiba. Ubat pun dia lupa bawa” jelas Aiman sambil mengesat peluh di dahi.

“Jadi kamu biarkan kakak kamu seorang di rumah?” Nampak sedikit kerisauan di wajah Encik Hadi.

“Aiman nak temankan dia tadi tapi dia tak nak. Dia minta Aiman datang dan maklumkan kepada keluarga kak Hani yang dia terpaksa balik”.

“Kalau macam tu, baiklah. Nanti ayah maklumkan kepada mereka. Lepas semua ni selesai, kita pulang” Encik Hadi dan Puan Salbiah terus masuk ke dalam rumah dan mencari kedua ibu bapa Hani untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Eh, Aiman. Kenapa berdiri kat sini? Tak masuk dalam ke?” tegur Rayyan.

“Taklah, bang. Aiman tunggu mak dengan ayah ni. Tadi Aiman hantar kak Sara balik rumah. Dia sakit kepala”.

Rayyan tersentak. “Dah bawa akak ke klinik?”.

“Akak tak nak pergi, katanya masih ada lagi ubat yang dibekalkan oleh doktor. Lagipun  dia nak berehat di rumah. Mungkin cuaca agak panas, tu yang akak tak boleh tahan dan sakit kepalanya datang tiba-tiba”. Kerisauan mula menyalubungi jiwa Rayyan. Dia serba salah. Adakah ini berpunca daripada dirinya. Dia arif tentang keadaan kesihatan Alya Maisara. Seperti nasihat doktor, buat masa ini Alya Maisara tidak boleh dibebani dengan perkara yang boleh mengganggu fikiran dan emosinya kerana dirinya perlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Adakah kerana kata-katanya tempoh hari dan majlis resepsi hari ini membuatkan gadis itu kusut fikiran?  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience