Bab 3

Other Completed 3853

Hujung minggu itu barulah aku berpeluang untuk pulang ke rumah. Orang pertama yang aku hubungi ialah Izzarif. Kalau boleh sekarang juga aku mahu terbang berjumpanya. Sudah lama rasanya tidak bertemu Izzarif, bermula dari aku memasuki universiti sehinggalah kini belum pernah lagi kubertemu dengannya.

“Hello, Zarif. Sara baru je sampai rumah. Kita jumpa petang ni, ya” semangatku berkobar-kobar ketika menghubungi Izzarif.

“Hello, Sara…err…Sara kat rumah ke sekarang?” jawab Izzarif.

“Ya, sayang. Tapi esok Sara kena balik hostel semula. Setakat cuti hujung minggu je, bukan lama pun. Sara nak jumpa Zarif sangat-sangat, please petang ni tempat biasa”.

‘Matilah aku kali ni. Apasal baru sekarang dia beritahu? Susahlah macam ni’ Izzarif menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Izzarif melihat di sisinya. Seorang gadis yang sedang lena, hanya sehelai kain batik yang menyelimuti badannya. Malam tadi Izzarif mabuk lagi. Kali ini entah perempuan mana yang dirembatnya pulang. Malam itu nasib Izzarif sungguh baik. Keluarganya tiada di rumah kerana menghadiri kenduri doa selamat di kampung dan Izzarif memberi alasan yang dia tidak dapat ikut serta kerana sibuk. Izzarif mengambil peluang tersebut dengan membawa pulang perempuan yang baru sahaja dikenalinya. Selama bersama Alya Maisara, belum pernah Izzarif menyentuhnya. Kalau bersentuhan pun setakat berpegangan tangan, itu sahaja. Tetapi naluri lelaki Izzarif menginginkan lebih dari itu. Dia menginginkan segala yang ada pada Alya Maisara. Dia mengidamkan susuk tubuh Alya Maisara dan harum wangi rambutnya. Setiap kali bersama, hati jantannya bergetar. Mahu juga dia memaksa Alya Maisara tetapi bimbang jika gadis itu tidak mempercayainya lagi. Pernah juga dia mencuba tetapi Alya Maisara berkeras. Kata Alya Maisara, semuanya akan menjadi milik Izzarif setelah mereka berkahwin nanti. Lama sangat nak tunggu kawin tu, bentak hati kecilnya. Izzarif mengambil jalan mudah untuk melampiaskan nafsunya dengan meniduri mana-mana perempuan yang dikenalinya di kelab malam. Kesetiannya bersama Alya Maisara hanya kerana gadis itu sering membantunya dari segi wang ringgit dan sikap ambil berat terhadap dirinya.

“Zarif dengar tak ni, sayang. Hello…”.       

“Ya..err, dengar sayang. Sorry Zarif cari charger phone kejap. Petang ni, okey? Tunggu Zarif tau” Zarif mencari alasan dan tiba-tiba talian terputus.

‘Hm…suka sangat tak charge phone tu awal-awal’ gerutu hatiku. Izzarif suka sangat begitu. Bila handphone low battery bukannya nak charge terus. Takpelah, yang penting aku dah bagitahu Izzarif untuk berjumpa di tempat biasa. Aku sudah mula membayangkan yang Izzarif juga teruja untuk mendengar ceritaku selama di hostel dan kehidupan di universiti itu.

“Kamu nak ke mana tu, Sara?” tegur ibu apabila melihat aku sedang bersiap-siap.

“Ohh…mak, Sara nak keluar jumpa kawan kejap. Lama tak jumpa” balasku senyum sambil membetulkan rambutku.

“Jangan lama sangat. Balik sebelum Maghrib. Nanti bising ayah kamu tu” ibu mengingatkanku.

“Okey, mak” selepas mencium tangan ibu aku terus keluar untuk bertemu Izzarif. Agaknya sudah hampir empat bulan kami tidak bertemu. Berhubung pun hanya melalui telefon. Dapat jumpa sekejap pun jadilah, yang penting terubat rindu di hati. Seperti biasa di taman permainan itu, kulihat ramai kanak-kanak sedang bermain, termasuk Mimi dan Amir. Mereka leka bermain dan tidak mengendahkan kehadiranku di situ. Selalunya Amir yang becok mulut itulah yang rajin bercerita denganku namun petang itu kulihat dia sibuk menunggang basikalnya ke sana ke mari. Selama ini Amir memang tidak pernah dilihatnya menunggang basikal. Barangkali basikal baru, fikirku.

Peluh sudah mula membasahi bajuku. Terasa sedikit melekit. Ditambah lagi dengan sinaran matahari senja yang memancar di wajahku membuatkan aku kurang selesa. Sudah hampir satu jam bayang Izzarif tidak juga muncul. Handphonenya juga tidak dapat dihubungi. Takkan tengah charge dari tadi? Aku menghubunginya pun lebih kurang jam satu tengah hari tadi. Rasanya memang sempat kalau bateri handphonenya itu penuh. Izzarif pun langsung tidak menghubungiku. Aku cuba menghantar SMS kepadanya, manalah tahu kalau Izzarif membuka handphone dapat juga dia membaca pesananku.

‘Zarif di mana? Sara tempat biasa ni’.Selang lima minit tiada jawapan. Kucuba sekali lagi menghantar SMS buatnya. Penat juga menunggu biarpun petang-petang sebegini. Lagipun ibu berpesan agar pulang sebelum Maghrib, sekarang pun waktu menunjukkan hampir jam enam petang. Ah! Alangkah baiknya jika aku pulang dahulu, lagipun Izzarif boleh mencari aku di rumah.

‘Sara balik dulu. Kalau ada apa-apa cari Sara di rumah, ye. I miss you’. Aku melangkah longlai dek kerana penat menunggu di bawah mentari senja. Peliklah Izzarif ni. Biasanya, dia tetap akan menghubungiku walaupun handphone bermasalah. Adakalanya dia akan menggunakan handphone teman untuk menghubungiku tetapi hari ini berlainan sekali. Dalam perjalanan ke rumah, aku sering membelek handphoneku. Setiap saat aku menantikan yang Izzarif akan menghubungiku. Hendak dihubungi teman-teman Izzarif aku sendiri pun tidak tahu nombornya.

“Kenapa monyok muka tu?” soalan ibu sedikit mengejutkanku.

“Ohh…takde apa-apa, mak” aku segera memasukkan hanpdhoneku ke dalam poket, bimbang ibu bertanya lebih lanjut. Ibu dan ayah tidak suka jika aku berkawan atau bercinta dengan mana-mana lelaki dalam usia yang muda. Kata mereka, perjalananku masih jauh dan banyak lagi orang yang boleh kutemui apabila sudah bekerja kelak. Takkanlah aku perlu menceritakan tentang Izzarif yang tidak datang berjumpaku di taman tadi. Mati aku nanti!

Keesokan harinya, aku perlu kembali semula ke hostel. Hatiku sedikit hampa kerana tidak dapat bertemu Izzarif. Semalaman jugalah aku cuba menghubunginya tetapi tidak berjaya. Kalau handphone Izzarif hilang sekalipun, dia tetap dapat mengingat nomborku. Mustahil juga jika dia lupa. Pelbagai persoalan bermain di benak Alya Maisara ketika itu. Risau, bimbang dan takut datang menyelubungi perasaannya.

“Korang tak keluar ke?” aku menegur Nadia yang sedang berehat menikmati milo panas dan biskut kering.

“Keluar kejap tadi beli barang. Ni pun baru je sampai” jawab Nadia.

“Best kau kan, Sara. Kalau aku jadi kau, tiap-tiap minggu aku balik rumah” Nadia bersuara lagi sambil memandangku.

“Best tu memang best tapi taklah banyak cabaran macam kau dan Ain. Korang lagi best sebab dapat naik kapal terbang selalu” balasku tersenyum.

“Okeylah, aku nak mandi dulu” serentak kemudian aku melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke kamar mandi. Setelah selesai membersihkan diri dan mengemas pakaian, aku terus berbaring di katil. Moodku seakan-akan hilang. Selera makan juga tiada. Ain dan Nadia sudah terlebih dahulu ke dewan makan untuk makan malam. Di fikiranku sekarang hanyalah Izzarif, masih tiada khabar mengenainya.

Malam itu kucuba untuk melelapkan mata namun gagal. Puas sudah kuubah posisi tidurku untuk cuba lena tapi hampa. Hatiku tiba-tiba gusar dan tidak sedap hati. Ah! Mungkin aku kepenatan seharian, pujuk hatiku. Kutoleh kepada Nadia dan Ain, masin-masing lena. Barangkali sudah dibuai mimpi. Waktu sekarang pun sudah jam 3.30 pagi. Apa yang perlu aku buat sekarang untuk memaksa mataku pejam? Takkan nak baca buku lagi. Duah buah novel yang baru sahaja kubeli kelmarin pun sudah habis kubaca gara-gara melayan karenah mata ini. Lantas segera kucapai handphone lalu mencuba untuk menghubungi Izzarif sekali lagi. Rasanya sudah lebih dua puluh kali aku cuba menghubunginya tetapi masih tiada jawapan. Tetapi manalah tahu kalau-kalau Izzarif menjawab panggilannya tengah-tengah malam sebegini. Mungkin apabila sudah bercakap dengan Izzarif, mataku boleh lena, fikirku. Dua kali panggilanku tidak dijawab. Lantas kucuba lagi untuk menghubungi kali ketiga.

Sedang kumenunggu, tiba-tiba satu suara menjawap panggilanku. “Hello…siapa tu?” kedengaran suara seorang perempuan dengan gelak tawa di talian, seolah-olah dalam keadaan mabuk.

“Hello! Siapa kau ni? Mana Izzarif?!” aku menjawap pertanyaannya dengan geram di hati. Belum sempat aku bertanya selanjutnya, dia terus memutuskan talian lantas menambahkan lagi sakit hatiku. Sepanjang malam itu, aku langsung tidak dapat melelapkan mata mengenangkan perkara yang baru berlaku sebentar tadi. Badanku seakan-akan tidak selesa. Kalau diikutkan mahu sahaja aku keluar sekarang mencari Izzarif tetapi aku sendiri tidak tahu Izzarif di mana? Hatiku bagai dicucuk-cucuk ingin tahu siapa gerangan yang menjawap panggilanku tadi? Izzarif bersama siapa? Mengapa dia tidak memberitahuku atau sekurang-kurangnya menghubungiku? Adakah aku tersalah dail? Tetapi itu memang nombor Izzarif. Mustahil aku tersalah dail. Aku akui adakalanya Izzarif suka melepak dan bersantai bersama kawan-kawannya namun aku memang sudah mengetahui semua itu kerana apa sahaja yang Izzarif lakukan atau ke mana sahaja dia pergi, dia berjanji untuk tetap memberitahuku. Tapi, kali ini amat berbeza sekali. Sudahlah sejak akhir-akhir ini Izzarif sukar dihubungi. Kemaring langsung tidak nampak batang hidung Izzarif padahal sudah pun diberitahu awal. Adakalanya, telefon dimatikan dan adakalanya pula panggilanku tidak dijawab.

“Kau jangan terlampau sangat percaya dengan lelaki ni. Belum tentu lagi dia jadi suami kita. Sekarang ni memanglah dia pandai ambil hati, nanti lepas-lepas ni tak pasal-pasal pula kau yang makan hati” masih terngiang kata-kata Nadia tempoh hari.

“Sara, hati-hati berkawan. Jangan sampai orang ambil kesempatan ke atas kita” muncul pula wajah Ain di fikiranku, sering menasihati tentang perhubunganku bersama Izzarif. Adakah apa yang dikatakan oleh Nadia dan Ain memang benar? Tetapi Izzarif benar-benar jujur terhadapku. Memanglah Izzarif pernah melakukan kesilapan tetapi itu dahulu, dan tidak salah sekiranya kita memaafkan kesalahannya. Aku juga tahu yang Izzarif mempunyai adik angkat tetapi bagiku bukanlah suatu kesalahan.

“Kau kenapa ni? Macam ada masalah dunia je aku tengok. Siapa yang selalu call kau tu?” soal Linda sambil memperbetulkan pakaiannya. Rambutnya yang agak kusut diusai rapi.

“Ah! Takde siapa-siapa” balas Izzarif acuh tidak acuh sambil tangannya masih lagi membelek handphone.

“Tadi, masa kau di toilet, handphone kau menjerit lagi so aku tolong angkat”.

“Siapa suruh kau jawab phone aku?!” bentak Izzarif. Linda kehairanan.

“Habis tu,takkan nak biarkan handphone tu melalak menjerit selalu. Bingit tau telinga aku” jawab Linda, kasar.

“Siapa call? Apa kau cakap?” Izzarif seolah-olah tidak berpuas hati dan inginkan kepastian.

“Perempuan yang call. Aku tanya dia tu siapa tapi dia tak bagitau pun, terus nak marah-marah. Aku pun letak je la” balasnya lagi.

“Ada dia cakap apa-apa lagi?” soal Izzarif kembali, kali ini nada suaranya agak rendah berbanding tadi.

“Kan aku dah cakap, aku letak terus. Kenapa, awek kau ke?” Izzarif diam. “Apasal kau diam? Awek kesayangan kau tu, kan? Macamlah aku tak tahu. Dapat awek cantik tapi sayang tak kena bagi apa-apa. Last-last dekat aku juga kau mengadu domba” sindir Linda.

“Senyaplah kau. Banyak bunyi pula” dengus Izzarif.

“Aik…aku pula yang dipersalahkan. Kan aku tak bagi lagi baru tahu” terkekek suara Linda saat dia menuju ke bilik air meninggalkan Izzarif sendirian yang masih termangu. Habislah aku kali ni. Si Linda tu pun bongok juga, siapa suruh dia jawab call Sara. Apa lagi alasan yang patut aku bagi? Aku pun bongok macam Linda juga, patut awal-awal tadi aku off handphone tu. Taklah timbul masalah macam ni, Izzarif memicit kepalanya. Sakit kepala memikirkan Alya Maisara. Sayang tu memanglah sayang, siapa tak sayang awek tapi nak minta sentuh sikit pun tak bagi. Apa lagi, aku minta kepada yang sudi memberi la. Linda memang okey pun, dapat perkhidmatan free lagi. Dia mengenali Linda pun dari temannya ketika mereka bersantai di kelab malam. Linda sudah lama berhenti sekolah. Ibu bapanya pun telah bercerai. Masing-masing membawa haluan sendiri. Dahulu Linda ibarat adik angkat kepadanya. Setiap kali Linda mempunyai masalah atau perlukan wang kepada dialah tempat Linda bergantung. Linda tinggal bersama teman lain. Lama kelamaan apabila mereka mula rapat, Izzarif berani membawa Linda pulang ke rumah lebih-lebih lagi jika keluarga Izzarif tiada di rumah. Apabila hanya mereka berdua, apa sahaja boleh berlaku. Dari situlah Izzarif sudah mula jarang menghubungi Alya Maisara. Izzarif kerap mematikan telefonnya. Izzarif tidak sanggup berpisah dengan Alya Maisara kerana gadis itu sanggup berkorban untuknya. Tetapi kalau bab korbankan harga diri memang jauh sekalilah untuk Alya Maisara berbuat demikian.

Sakit hati aku bila ada perempuan lain yang jawab! Apa pun aku perlu mendapatkan penjelasan Izzarif. Mungkin orang lain yang tersalah menjawap panggilanku. Tapi, mengapa dalam keadaan mabuk? Adakah Izzarif pergi ke kelab malam? Selama ini Izzarif tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat begitu apatah lagi membuat sesuatu di luar batasan. Ah! Entah-entah aku yang bodoh dan dungu seolah-olah tidak nampak apa yang berlaku selama ini. Yang penting, esok aku perlu menghubungi Izzarif. Setiap kesabaran ada batasannya. Selama ini mungkin Izzarif menganggap aku seorang yang lemah dan mudah simpati, barangkali sebab itu Izzarif boleh senang-senang pijak kepalaku. Kalau sekali dua memanglah aku maafkan, tetapi kalau dah kerap kali sehinggakan telefon pun selalu dimatikan dan tiada satu pun khabar diterima, hati mana yang boleh tahan? Kau tunggulah, Izzarif. Biar apa yang kau dapat nanti setimpal dengan apa yang kau berikan kepadaku selama ini.

“Eh, Sara. Cepat bangun. Kita ada kelas pagi ni” Nadia mengejutkanku.

“Malaslah, aku penat. Kau sajalah yang pergi. Aku nak tidur ni” aku menarik selimut tanpa menoleh ke arah Nadia yang sedang menungguku untuk bersiap. Ain yang melihat keadaan itu turut kehairanan. Belum pernah lagi Alya Maisara berkelakuan sedemikian. Walau penat macam manapun, Alya Maisara tetap akan ke kuliah dan mengikuti segala aktiviti. Pendek kata, Alya Maisara tidak pernah ponteng kuliah. Tapi, hari ini sungguh berbeza sekali. Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikiran Alya Maisara, bisik hati Ain.

“Nadia, biarlah Sara berehat. Mungkin dia tak sihat tu” Ain berkata kepada Nadia.

“Kitorang pergi dulu lah. If ada apa-apa, kau inform kitorang erk” ujar Nadia sambil berlalu pergi.

“Okey” jawabku ringkas. Hari ini aku mesti menghubungi Izzarif. Selagi tidak menghubunginya, hatiku tidak akan tenteram. Kudail nombor Izzarif, berulang kali namun masih juga tiada jawapan. Masuk kali keempat, Izzarif menyambut panggilanku.

“Hello sayang…” entah kenapa hatiku terasa tawar apabila Izzarif memanggilku sayang. Selama ini, aku begitu teruja apabila dia memanggilku sayang tapi tidak hari ini.

“Hello…” jawabku bersahaja, kelat.

“Ada apa Sara call ni? Takde kuliah ke?”.

“Kuliah dibatalkan. Sara nak jumpa Zarif sekarang, boleh? Kita jumpa di taman yang biasa tu la. Ada something yang Sara nak bagi. Lagipun takut tak sempat bagi next week, Sara ada perkhemahan” aku berpura-pura memberi alasan untuk berjumpa segera. Aku harus mengawal emosiku supaya tidak ketara. Aku tidak ingin meluahkan segalanya di telefon. Tunggulah bila bersemuka nanti.

“Errr…sekarang? Tapi Zarif kejalah, Sara” Izzarif seakan terkejut yang aku ingin bertemu dengannya tiba-tiba.

“Ala…kita jumpa kejap je sebab Sara  pun kena balik hostel. Please, la…Sara bersiap sekarang so dalam jam 10 pagi ni kita jumpa, ya” kini giliranku pula yang mematikan telefon terlebih dahulu. Apa pun yang nak jadi, aku tak kisah. Yang penting aku harus berjumpa Izzarif biarpun terpaksa curi-curi keluar dan walaupun tanpa pengetahuan Ain dan Nadia.

Ish…jam 10 ni nak jumpa? Apahal pula Sara ni? Kalau aku tak jawab call dia tadi, nanti makin teruk jadinya. Baik aku jawab, sekurang-kurangnya taklah nampak aku ni bersalah sangat. Lagipun kan Sara dah cakap yang dia ingin memberikan aku sesuatu, sebab itulah aku sukakan Sara, pandai memujuk, Izzarif cuba untuk sedapkan hatinya yang sebenarnya gundah gulana. Dia sebenarnya takut. Tetapi apabila mendengarkan suara Sara yang baru sahaja menelefonnya sebentar tadi, tiada tanda-tanda marah jadi buat apa perlu takut?

Seperti yang telah dijanjikan Izzarif tiba tepat pada masanya. Lima minit kemudian barulah Alya Maisara muncul. Dari jauh Alya Maisara menunjukkan senyumannya yang manis, yang bisa melunturkan setiap pria yang melihatnya. Ada paper bag sederhana kecil yang dibawa oleh Alya Maisara. Tentu sesuatu istimewa untukku, hati Izzarif berbunga riang.

“Zarif dah tunggu lama, ke?” aku sengaja memanjakan suaraku. Masih  terlalu awal untuk aku ‘menyerang’ Izzarif.

“Ehh…taklah, baru lima minit pun” balas Izzarif seraya menghulurkan tangannya agar Alya Maisara menyambutnya. Seperti biasa, Alya Maisara tetap menyambut mesra. Kalau diikutkan hatinya yang menggila, mahu sahaja dia ganyang Izzarif cukup-cukup. Namun dia perlu bersabar sedikit waktu lagi.

“Apa dalam beg tu?” Izzarif cuba mencuri-curi pandang paper bag yang dibawa oleh Alya Maisara. Dengan sepantas kilat, Alya Maisara menyembunyikan paper bag tersebut dari diambil oleh Izzarif.

“Ehh…mana boleh tengok sekarang. Kejap lagilah Sara bagi Zarif, ye” aku melentokkan kepalaku di bahu Izzarif.

“Okey…okey…kenapa Sara nak jumpa time ni? Awalnya jam 10 lagi tu. Macam pelik pula berdating pagi macam ni” ucap Izzarif sambil tangannya memegang pinggangku. Sedapnya kalau aku dapat menyiku rusuknya sekarang ni, fikir Sara. Tetapi semua perancangan harus dijalankan dengan berhati-hati. Dia tidak ingin salah langkah. Sudah penat dia menahan dan bersabar selama ini. Apa sahaja kemahuan Izzarif dia akan cuba penuhinya. Biarlah hari ini Izzarif pula menuruti permintaannya.

“Dah lama kita tak berjumpa, sebab tu Sara nak jumpa Zarif hari ni”.

“Yalah…tapi Sara bukannya ada cuti pun, nanti kalau pak guard tangkap Sara curi-curi keluar lagi susah”.

“Alaa…bukan salah pun Sara pergi jumpa kekasih hati. Cakap je la dengan dorang yang Sara pergi berdating. Takkan tu pun nak tangkap” bersahaja kumenjawab setiap kata-kata Izzarif. Mungkin Izzarif kehairanan yang aku sudah buang tebiat hari ini.

“Sara okey ke ni?” soal Izzarif apabila dapat mengesan sesuatu.

“Okey, lah. Kenapa? Zarif tengok Sara tak okey ke? Tak cantik ke?”.

“Ehh…bukan macam tu, sayang. Sara sentiasa cantik dari dulu, sekarang dan selamanya” amboi berbasa-basi Izzarif ni.

“Dah tu, kenapa Zarif macam nak jauhkan diri dari Sara je? Zarif tak macam dulu lagi. Sara ada buat salah ke, sayang” aku cuba berkias dengan harapan Izzarif mengerti akan maksudku yang tersirat.

“Taklah, sayang. Sara tak pernah buat salah pun” Izzarif mati kata. Izzarif dapat merasa ada sesuatu yang memaksa Alya Maisara ingin berjumpanya tiba-tiba. Alya Maisara bingkas bangun dan berdiri serta merta, betul-betul di hadapan Izzarif! Izzarif sedikit kaget melihat reaksi Alya Maisara yang spontan dan mengejutkan. Riak wajah Alya Maisara juga turut berubah, seolah-olah dia telah bertukar menjadi hulk cuma pakaiannya sahaja yang tidak koyak sana sini.

“Zarif pergi mana malam tadi? Sara call Zarif malam tadi tapi ada perempuan lain jawap. Zarif buat apa?” bertubi-tubi soalan kuajukan kepada Izzarif inginkan kepastian.

“Ohh…err… malam tadi err…Zarif kena hantar girlfriend Rizal balik rumah sebab Rizal tak dapat hantar jadi dia minta tolong dengan Zarif la” Izzarif cuba menjawab pertanyaanku dengan bersahaja namun dapat kukesan ada sedikit getar di setiap kata-katanya itu.

“Wow…amazing! Tolong hantar girlfriend kawan? Sanggupnya tolong hantar. Untungnya jadi perempuan tu, ya. Seronok sangat bila ada orang yang sanggup tolong hantar” kuluahkan segala rasa tidak puas hatiku akibat kejadian malam tadi.

“Siapa suruh dia jawab panggilan Sara?!” aku membentak keras. Mukaku merah padam.

“Mana dia?? Kenapa tak angkut dia sekali datang sini?”.

“Sara, sabar dulu. Bagi Zarif explain ya, sayang” Izzarif cuba memujukku.

“Sabar?? Zarif suruh Sara sabar? Untuk berapa lama lagi Sara kena bersabar?”.

“Dengar dulu apa yang Zarif nak cakap ni, sayang”.

“Cukuplah Zarif. Ingat Sara ni apa? Bodoh sangat ke? Ingat Sara tak tahu ke yang perempuan tu mabuk. Just terus-terang dengan Sara la yang Zarif pergi clubbing. Takkan perempuan tu tiba-tiba jadi mabuk without do nothing!” Inilah kali pertama aku bersuara lantang sedemikian terhadap Izzarif. Belum pernah lagi aku begitu apatah lagi untuk menyindirnya.

“Sara.. soo..sorry tak bagitau sayang. Zarif memang pergi clubbing tapi tu pun kawan yang ajak so Zarif pergilah. Lagipun Zarif boring takde buat apa kat rumah..sorry ya sayang, lepas ni Zarif janji tak buat lagi” bersungguh Izzarif meyakinkanku.

“Zarif, pernah tak Zarif fikir yang Sara pun adakalanya rasa bosan di sini tapi belum pernah lagi Sara buat sesuatu yang tidak menyenangkan hati Zarif. Belum pernah lagi Sara menyakitkan hati Zarif biarpun kita jarang berjumpa. Sesibuk manapun, Sara tetap mencari masa untuk menghubungi Zarif sebab Sara nak Zarif trust Sara. Tapi sekarang, Zarif dah hancurkan kepercayaan tu. Kerana segala janji kita tu lah yang buat Sara masih kuat dan bersemangat untuk mebina impian, tapi Zarif? Apa Zarif buat untuk kotakan semua janji kita tu? Pernah tak Zarif fikir hati dan perasaan Sara selama ni? Pernah tak Zarif hargai semua pengorbanan yang Sara lakukan untuk hubungan kita? Sara kesal dan terkilan dengan Zarif” aku meluahkan segala yang terbuku di kalbu. Bukan untuk mengungkit tetapi untuk membuka mata Izzarif.

“Please sayang..jangan cakap gitu. Zarif masih sayang dan perlukan Sara” lembut suara Izzarif cuba menenangkan perasaanku.

“Sayang?? Entah-entah sayang Zarif tu untuk semua perempuan. Selama ni bila Sara ajak Zarif keluar, Zarif selalu cakap takde duit la, nak save bajet la untuk kahwinlah…tapi bila kawan-kawan ajak keluar sampai pergi tempat gitu, ada pula duitnya ye?” kata-kataku menyengat telinga Izzarif.

“Apa ni Sara?” seakan-akan Izzarif tidak berpuas hati aku memerlinya.

“Buat pengetahuan awak, Izzarif..saya dah letih dengan semua ni. Saya saja yang bersungguh membina masa depan kita tapi awak langsung tak pernah buat apa-apa. Saya bukan minta awak belikan saya rumah, kereta atau intan berlian. Saya cuma nak kepercayaan dan keikhlasan awak saja. Tu pun berat sangat bagi awak, Izzarif? Selama ni apa sahaja yang awak mahu, semua saya lakukan termasuklah wang ringgit. Awak tau, saya buat semua tu untuk bantu awak tapi saya dah silap. Semakin banyak saya curahkan segalanya, semakin jauh awak dari saya. Semakin mudah awak mendapatkan segalanya kerana ada saya. Sebab tu la awak masih perlukan saya kan? Untuk tolong awak waktu susah dan bila awak senang sikit, awak mula menjauh.   

“Sara, apa yang Sara cakapkan tu betul. Awak bantu saya dari segi wang ringgit tapi sebenarnya saya mahukan diri awak, Sara” kini giliran Izzarif pula meluahkan apa yang diinginkannya selama ini. Alya Maisara kurang mengerti. Izzarif mahukan dirinya?

“Apa maksud awak?” aku cuba memahami apa yang ingin Izzarif katakan.

“Memanglah awak ada bagi segalanya tapi bukan itu yang saya mahukan. Saya inginkan badan awak, peluk cium awak tapi awak selalu mengelak. Macam-amacam alasan awak berikan. Tunggu kawinlah, itulah inilah, saya bosanlah…” akhirnya terluah jua apa yang Izzarif inginkan selama ini.

“Itu yang awak inginkan? Maaflah jika saya membosankan awak, Izzarif. Saya dah tak mampu untuk meneruskan lebih-lebih lagi jika itu yang awak mahukan dari saya”. Izzarif diam sekali lagi. Kesal mengeluarkan kata-kata sebegitu. Dia tahu akibatnya berkata begitu. Sudah tentu Alya Maisara tidak dapat menerima hakikat yang selama ini dia memang idamkan apa yang mejadi milik Alya Maisara.

“Izzarif, saya juga nak minta maaf terpaksa mengakhiri hubungan ni yang saya sendiri pun tak pasti ke mana arahnya” aku menutur setiap bait kata dengan perlahan. Aku betul-betul terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Izzarif sebentar tadi. Aku sendiri tidak menduga bahawa hanya kerana itu, Izzarif sudah mula bosan bersamaku.

“Sara, please la. Jangan cakap macam tu. Lepas ni, Zarif janji tak buat lagi. Zarif masih sayang Sara lagi. Zarif tak nak kita berpisah. Sara pernah cakap dulu kan nak bantu Zarif” Izzarif cuba untuk  menyelamatkan hubungan kami.

“Tu janji dulu, sekarang takde lagi janji apa-apa yang mengikat kita. Lagipun janji boleh dimungkiri. Sara bodoh dan malu dengan diri sendiri sampai sanggup berkorban segalanya. Sara tak nak melakukan kebodohan yang sama berulang kali. Cukuplah kebodohan untuk kali ni menjadi yang pertama dan terakhir. Thanks Zarif sebab banyak ajar Sara mengenal erti sayang, cinta, rindu dan benci. Thanks juga sebab menjadi lelaki yang pertama menghuni hati Sara sehingga sanggup korbankan segalanya. Maafkan Sara” kata-kataku mengakhiri segala perbualan kami. Aku melangkah pergi meninggalkan Izzarif. Tiba-tiba langkahku terhenti. Sempat aku menoleh kepadanya dan Izzarif tetap diam di kerusi itu. Aku segera kembali kepadanya lantas menghulurkan paper bag yang kubawa tadi.

“Nah…ambillah” aku menghulurkan paper bag itu. Izzarif menyambut lemah. Dia melihat barang yang terdapat di dalam paper bag itu.

“Apa ni?” soal Izzarif kebingungan setelah melihat kandungan paper bag tersebut.

“Birthday card yang awak beri pada saya selama dua tahun kita bersama. Ambillah balik. Saya takde tempat nak simpan. Kalau awak rasa susah nak simpan, bakar pun boleh”. Izzarif terpempan seketika. Sengaja aku mengembalikan semula kad ucapan ulangtahun kelahiranku pemberiannya dahulu. Mulanya aku ingin membuang tetapi untuk mengenakan Izzarif maka ada baiknya aku berbuat sesuatu. Akhirnya, Izzarif faham dan dengan berat hati dia akur akan keputusan nekadku. Hampir semalaman aku menangis. Apa salahku dan kekuranganku hingga Izzarif mencemari cinta kami? Cinta yang kusemai setelah sekian lama akhirnya berkecai begitu sahaja. Segala-galanya aku berikan dan korbankan untuk Izzarif. Semua itu untuk melihat Izzarif bahagia dan tidak terpinggir. Aku benar-benar menyayanginya dan mencintainya sepenuh hati. Sayangnya, semua itu sementara. Cinta pertamaku hancur dan luluh di tengah jalan. Aku sendiri tidak sangka bahawa Izzarif bersamaku selama ini bukan kerana rasa cinta tetapi dia inginkan sebaliknya. Hanya kerana tidak dapat memiliki tubuhku, Izzarif rela mencemari kepercayaanku terhadapnya. Izzarif, maafkan aku kerana terpaksa membuat keputusan ini. Aku tahu ia amat berat untuk kita hadapi tapi inilah jalan terbaik untuk kita. Aku tidak ingin ditipu berterusan dan dibelenggu tanda tanya. Cinta yang pernah kau lafazkan itu tidak membawa kita ke destinasi impian. Aku kesal dan kecewa. Biarlah perhubunganku bersama Izzarif yang selama ini kuanggap cinta sejati dan milik abadi berakhir. Berakhir juga sebuah impian yang telah dibina setelah sekian lama. Musnah kerana hilangnya rasa percaya dan keikhlasan. Kini, cintaku untuk Izzarif telah mati. Masihkah ada cinta untukku selepas ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience