Bab 12

Other Completed 3855

“Belum ada apa-apa berita tentang keputusan temuduga kamu tu, Sara?” ibu mula menyoal setelah melihatku tidak banyak bercakap selepas menghadiri sesi temuduga tempoh hari. “Belum” jawabku sepatah.

“Sabarlah, esok lusa ada rezeki kamu. Tak dapat yang ni, tentu ada yang lain. Yang penting usah jemu untuk berusaha” nasihat ibu lagi.

“Baiklah mak. Sara pun memang sentiasa cuba tapi lambat sangatlah nak dapat kerja” omelku.

“Sara, cepat atau lambat bukan kita yang tentukan. Semua tu dari Allah SWT. Sara kena rajin solat dan doa supaya cepat-cepat dapat kerja” tambah ibu lagi. Ibu pun sama macam ayah. Sikit-sikit solat dan doa. Panggilan temuduga yang aku dapat tempoh hari itu pun atas hasil usaha aku sendiri. Aku tak perlu bersusah payah untuk berdoa sebab benda tu memang untuk aku, getusku.

“Yelah, mak” jawabku lagi sambil senyum yang dibuat-buat. Mengapa ibu dan ayah sukar untuk memahami aku? Aku hargai nasihat mereka tetapi aku sudah dewasa dan mampu berfikir mana yang baik atau buruk. Tidak perlu nasihatkan aku tentang solat dan doa kerana aku masih muda. Lagipun, aku belum pernah gagal atau tersungkur dalam hidup. Dan, yang pasti aku takkan gagal kerana aku sering berusaha, dari alam persekolahan hingga kini. Ke mana sahaja aku pergi, semua orang mengenaliku dan ingin berdamping denganku. Bukan sahaja aku bijak dan pintar, malah aku juga miliki kecantikan yang sering menjadi buruan semua lelaki. Tetapi, seperti yang pernah kukatakan dahulu, aku tetap ingin memiliki sebuah cinta yang abadi dan suci. Aku akan terus mencari cinta itu.

Sedang aku asyik menonton telenovela bersama ibu, telefonku berdering. Sejak aku meninggalkan zaman universiti dahulu, jarang benar telefonku berdering. Jika dahulu, Ain dan Nadia yang rajin menghubungiku namun kini tidak lagi. Aku faham yang teman-temanku kini sudah semakin sibuk dengan kehidupan masing-masing. Namun, jika ada kelapangan, mereka tetap mengkhabarkan keadaan mereka melalui SMS. Dengar-dengar, Ain bakal bertunang hujung bulan ini dengan pemuda di kampungnya. Nadia pula sudah pun memiliki teman istimewa. Dan aku, masih mencari dan menanti cinta impianku.

“Hello” aku mula bersuara.

“Hello, selamat petang. Boleh saya bercakap dengan Alya Maisara? Saya Sherry dari Paradigm Banking” jawab suara yang menggelarkan dirinya Sherry.

“Ya, saya bercakap. Ada apa, puan?” aku mula gugup namun aku cuba untuk mengawal sebaik mungkin. Kenapa pula Paradigm Bank menelefonku? Adakah untuk menyuruhku menghadiri sesi temuduga sekali lagi? Pelbagai persoalan bermain di benakku.

“Tahniah, Alya Maisara. Awak ditawarkan untuk menjadi loan officer di cawangan kami. Awak akan mula bertugas pada Isnin ini dan saya akan memberikan awak surat tawaran untuk ditandatangani” jelas Sherry.

“Apa?? Saya diterima bekerja di Paradigm Bank??” aku seolah-olah tidak percaya akan panggilan yang baru kuterima ini. Aku sangkakan, aku akan gagal panggilan temuduga itu. Ayah, ibu…lihat, ini bukti usaha Sara selama ini. Sara tak perlu susah payah berdoa atau solat untuk dapatkan sesuatu kerana ia memang milik Sara. Aku mengukir senyuman di hati.

“Baiklah, puan. Saya akan melapor diri Isnin nanti dan terima kasih sekali lagi, puan” aku mengakhiri perbualan setelah jelas dengan apa yang diterangkan oleh Sherry sebentar tadi.

“Siapa yang telefon kamu, Sara’ soal ibu setelah melihatku tersenyum-senyum. Mungkin ibu pelik melihat aku mengucup telefon bimbitku itu. Sudah buang tebiat agaknya Alya Maisara ni.

“Mak…Sara dapat tawaran kerja dari bank tu, mak. Sara kena lapor diri Isnin nanti dan akan mula bertugas serta merta. Tak sia-sia usaha Sara, kan mak?” aku memberitahu ibu berita gembira itu.

“Syukur sangat-sangat, Sara. Lepas ni, mak sunyilah di rumah. Kalau ada kamu, dapat juga mak bercerita” ujar ibu lagi. Aku tahu di sebalik itu, ibu tetap berasa gembira kerana aku mendapat tawaran kerja begitu cepat. Tidak seperti orang lain yang terpaksa menunggu berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya untuk mendapat kerja. Mak, kan Sara dah cakap, tidak susah untuk Sara dapatkan apa yang Sara mahu. Sara takkan gagal, mak. Berita gembira itu turut kukongsikan bersama Ain dan Nadia. Aku menceritakan kepada mereka saat aku mula menghadiri temuduga sehinggalah aku mendapat keputusan temuduga itu. Aku ingin mereka tahu bahawa nasib sentiasa menyebelahiku. Ayah juga sudah kumaklumkan tentang berita baik itu. Seperti biasa, ayah tidak henti-henti mengucapkan syukur. Apa sahaja kejayaan yang aku peroleh selama ini, ayah tetap akan melakukan solat sunat dan sujud syukur. Biarlah, aku masih punya ayah dan ibu yang sanggup berdoa untukku. Maka, tidak perlulah aku turut bersusah payah untuk berdoa juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience