Bab 31

Other Completed 3853

“Bila abang nak outstation tu” soalku manja sambil menyandangkan kepala di bahu abang Rashidi. Matahari yang terbenam memperlihatkan sinaran yang kian malap namun masih tetap indah. Siulan burung dan unggas masih berkicauan walau senja datang bertandang.

“Esok malam, sayang” pinggangku dipeluk.

“Alaa…nanti Sara sunyilah di pejabat. Abang kan selalu buat jokes” aku merenung abang Rashidi dengan manja.

“Mana boleh abang buat jokes selalu di pejabat. Nanti tak pasal-pasal kak Sherry humban penyapu kat abang. Naya kita, sayang” kami ketawa serentak.

Selepas peristiwa abang Rashidi menghantarku ke klinik beberapa bulan lalu, hubungan kami mula terjalin. Hubungan yang lebih akrab dari sebuah persahabatan dan hubungan yang sangat istimewa dari seorang kawan. Memang benar kata temanku, sebenarnya sudah lama abang Rashidi menyimpan perasaan terhadapku namun tiada siapa yang tahu. Gerak geri dan perlakuan abang Rashidi membuatkan telahan mereka makin kuat. Saat dari menghantar pizza, menyiapkan segala fail sehinggalah menghantar ke klinik, semuanya sudah jelas menunjukkan bahawa abang Rashidi menyimpan perasaan dalam diam. Nampaknya, aku tidak bertepuk sebelah tangan walaupun pada mulanya agak sukar untuk aku menerima keadannya yang telah pun berkeluarga. Namun, semua itu kutolak ke tepi. Aku tidak ingin untuk hidup bersendirian lagi. Aku terlalu dahagakan dan rindukan kebahagiaan itu.

Aku sedia untuk bermadu jika itu yang abang Rashidi mahu. Aku tidak kisah jika perlu untuk menjaga anak-anaknya kerana mereka pun sudah terlalu biasa denganku. Ibunya? Tidaklah sesusah mana. Kak Rahimah juga merupakan salah seorang kakitangan kami di cawangan lain. Aku selalu menemuinya untuk urusan kerja. Setiap perlakuanku sedikit pun tidak dapat dihidu olehnya. Adakalanya aku sering ke rumah mereka atas pelawaan kak Rahimah sendiri. Awalnya, agak terkejut juga abang Rashidi melihat aku sedang minum petang di rumahnya suatu ketika dahulu. Abang Rashidi sendiri tidak pernah membawa aku ke rumahnya apatah lagi memberitahuku di mana dia tinggal. Namun usahaku untuk mengenali dan mengetahui tentang abang Rashidi amat kuat sehingga aku sanggup merapatkan diri untuk berkawan dengan isterinya. Masakan ada perempuan lain yang sanggup menanggung risiko melakukan perkara sedemikian sepertiku. Sesungguhnya aku benar-benar menyanyangi dan mencintai abang Rashidi. Aku ingin menjadi sebahagian dari hidupnya. Aku sanggup melakukan apa sahaja demi abang Rashidi. Aku tahu abang Rashidi agak gusar andainya hubungan kami diketahui isterinya namun aku telah berjanji bahawa perhubungan ini akan selamat selamanya. Tentang kak Rahimah, aku sanggup berdepan dengannya untuk memberitahu keinginanku. Mustahil kak Rahimah tidak boleh menerimaku kerana hubungan kami juga seperti adik dan kakak. Pernah juga kak Rahimah meminta bantuanku untuk mengambil anak-anaknya dari sekolah. Waktu itu suaminya outstation di daerah pedalaman dan orang yang boleh diharapkan ketika itu hanyalah aku. Jadi, tidak sesusah mana bagiku untuk menjadi sebahagian dari insan kesayangan abang Rashidi.

Aku juga merelakan abang Rashidi menyantuhku. Bagiku, itu bukanlah sesuatu yang asing kerana aku juga punya perasaan yang sama terhadapnya. Lagipun abang Rashidi sering mengambil berat ke atasku. Begitu juga aku. Semenjak aku bersama abang Rashidi, aku tidak lagi keluar malam berpeleseran bersama lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya aku mempunyai sedikit perubahan. Noreen dan Dania juga tidak lagi memaksa dan memujukku untuk keluar kerana hanya mereka berdua sahaja yang tahu tentang hubunganku bersama abang Rashidi. Aku teringat kata-kata Noreen dan Dania bahawa kehidupan bermadu tidak semudah yang disangkakan seperti yang sering mereka lihat di kaca tv. Banyak duri dan ranjau yang terpaksa aku lalui nanti. Kemungkinan besar kak Rahimah punya agenda tersendiri untuk menyingkirkan aku. Atau pun, abang Rashidi hanya hangat-hangat tahi ayam ingin mengahwiniku. Aku menafikan setiap kata-kata dan prasangka buruk mereka. Terlalu awal untuk menilai semua itu. Aku langsung tidak punya masalah apabila bersama kak Rahimah, abang Rashidi atau anak-anak mereka. Andainya timbul masalah, rasanya sudah awal-awal lagi berlaku perkara yang tidak diingini.

“Betul ke kau ni, Sara?” soal Noreen serius.

“Apa yang tak betul? Memang betul pun kan apa yang aku cakap. Aku memang nak kawin dengan dia pun”.

“Kau tak takut bini dia serang kau?” giliran Dania pula menemuramahku.

“Wei…ini Alya Maisara la. Aku dah pasang strategi la sebelum dia sempat serang aku. Kalau kita nak menang, kena pandai guna soft approach. Baru orang mudah nak dekati kita”.

“Banyak la kau punya soft approach! Sekali dia serang kau di pejabat, kitorang tak tolong kau, Sara” Dania mengingatkanku.

“Aku tak perlukan pertolongan korang dan selama aku hidup ni pun, aku mampu berdikari dan berdiri sendiri. Aku hidup atau mati bukan kerana orang lain” terdiam seketika Noreen dan Dania kerana kata-kataku kali ini sedikit berbisa. Aku memang pantang andainya usahaku dipertikai. Semua urusan kehidupan aku sendiri yang berhak tentukan dan kini aku sedang berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan itu.

“Kami cuma nak ingatkan kau je, Sara” lemah sahaja suara Dania.

“Cuba korang fikir sikit. Sampai bila aku nak hidup bergelumang macam ni? Ke sana sini dengan sembarangan lelaki yang aku sendiri pun tak pasti untuk apa. Sekarang bila aku dah jumpa prince charming yang betul-betul mengambil berat dan boleh bahagiakan aku, takkan aku nak lepaskan macam tu je? For sure I want to marry him! Korang tu je yang terlampau beremosi tengok cerita kat tv ”.

“Ambil berat konon. Nak kawin konon. Dulu si Karl pun kau melepas juga” kata-kata Noreen membuatkan hatiku berapi seketika.

“Aku takde apa-apa la dengan jantan tu!” bentakku kasar.

“Aik?? Terasa? Aku tak cakap pun kau ada apa-apa dengan si Karl tu” dengan selamba Noreen menjawab lalu meninggalku bersama Dania. Aku memandang Noreen dengan penuh geram. Berani sungguh dia menyabut nama lelaki yang tak guna itu di depanku. Ikutkan hati mahu sahaja kutenyah mulut Noreen dengan cili padi. Biar dia terasa nikmat kepedasannya akibat berkata begitu.

“Sara, sebelum kau buat langkah seterusnya, tolonglah fikir lagi sekali” Dania menepuk bahuku perlahan.

“Dania, salahkah aku berkawan dengan abang Rashidi?” aku memandang Dania mengharap simpati agar dia mengerti apa yang kurasakan sekarang.

“Salah tu tidaklah tapi kalau dah sampai tahap nak bersuamikan dia rasanya baik tak payah. Kau kan tahu dia dah anak bini. Mustahil dia nak tinggalkan begitu saja”.

“Aku tak suruh pun dia becerai berai dengan bini dia. Aku sanggup bermadu dengan kak Rahimah agar aku dapat bersama abang Rashidi” rayuku.

“Sudahlah tu, Sara. Jangan berangan lagi. Kau pun tak pasti apa untung nasib lepas kau kawin dengan dia. Rasanya abang Rashidi tak ada alasan kukuh untuk dia berkahwin lagi. Dia dah pun ada anak-anak jadi apa lagi yang dia mahukan?”

Aku diam mendengar apa yang dikatakan oleh Dania sebentar tadi. Aku sendiri pun tak pasti apa yang abang Rashidi perlukan lagi dalam hidupnya. Memang benar kata Dania, abang Rashidi sudah punya anak-anak yang bisa menggembirakan hidupnya tetapi dalam keadaan apa pun, aku masih mahu bersama abang Rashidi. Bagiku, anak-anak dan isterinya bukanlah penghalang untukku untuk terus bersama dengan abang Rashidi. Bila aku nak kawin dengan abang Rashidi, pandai pula mereka menyuruh aku berfikir berkali-kali dan menasihatiku segala bagai. Tapi, bila tidur bersama lelaki lain, merokok dan minum air setan tu, tak pernah pula mereka melarangku, dengusku sendirian.

Mulai saat ini, walau apa pun yang berlaku, aku ingin menjadi seorang insan yang disanjung dan dihargai oleh abang Rashidi. Aku tidak akan sia-siakan hubungan kali ini. Aku perlu bertolak ansur, berlembut dan mengalah dalam hubungan ini. Aku tidak akan mengulangi kesilapan sama seperti waktu lalu. Yang lalu biarlah berlalu. Aku ingin membina sebuah keluarga bersama abang Rashidi. Sungguh tinggi anganku untuk hidup bersama abang Rashidi. Petang hujung minggu itu abang Rashidi tidak dapat bertemu denganku. Dia akan pulang ke kampung bersama isteri dan anak-anaknya. Sepatutnya, aku dan abang Rashidi akan keluar makan malam sempena ulangtahun perkenalan kami. Dia yang beria-ia benar ingin menyambutnya bersamaku. Aku sendiri tidak sedar perkenalan kami sudah menjangkau satu tahun. Segalanya berlaku begitu pantas sekali. Sedikit pun aku tidak marah kepada abang Rashidi kerana tidak dapat membawaku menyambut ulangtahun perkenalan kami. Aku amat faham keadaannya yang perlu membahagi masa di antara diriku dan keluarganya. Oleh kerana itulah aku tidak ingin membebankan abang Rashidi seperti mana yang telah kulakukan dalam perhubungan yang lepas. Aku ingin menjadi matang dalam sebuah perhubungan.

‘Happy anniversary, sayang. Maaf sebab abang tak dapat berada di sisi sayang. Abang terlalu cinta dan rindu sayang. Take care’. Kubaca mesej daripada abang Rashidi berkali-kali. Setiap kali kubaca, bibirku mengukir senyum. Hatiku riang berbunga. Makin kuat keinginanku untuk hidup bersama dengan abang Rashidi. Dari abang Rashidilah aku belajar untuk menjadi seorang yang penyabar, bertolak ansur dan memahami Selain dari itu, abang Rashidi juga mahu aku faham tentang keadannya yang sudah berkahwin dan tidak dapat meluangkan banyak masa bersamaku. Semuanya kulakukan sebagai persediaan sebelum bergelar suri hati abang Rashidi. Aku ingin abang Rashidi senang dengan kehadiranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience