Bab 33

Other Completed 3853

Saban hari, Rashidi dan Rahimah mula semakin sibuk dengan perniagaan baru mereka. Ada sahaja yang hendak diuruskan oleh mereka berdua. Kadang-kala, Rashidi terpaksa berjaga hingga lewat malam di pejabat baru untuk menguruskan beberapa perkara yang dia tidak sempat lakukan di siang hari. Hendak diharapkan sepenuhnya kepada isterinya, dia kasihan. Rahimah perlu menyiapkan pakaian dan menyadiakan makan minum anak-anaknya serta kerja isterinya sebagai teller sendiri pun sudah banyak cabarannya. Masakan tidak terpaksa berdepan dengan karenah dan ragam pelanggan yang pelbagai. Maka sebab itulah dia tidak mahu membebankan isteriya lagi. Bukan tidak pernah Rahimah menawarkan pertolongan untuk membantunya tetapi dia berasa kasihan dan amat bersalah. Biarlah dia sendiri yang menggalas tanggungjawab ini. Kini sudah hampir enam bulan dia menguruskan syarikat pengangkutannya itu. Jika di awal permulaannya dia hanya mampu memiliki tiga buah bas ekspress namun kini dia berjaya memiliki hampir sembilan buah kesemuanya. Rahimah banyak membantunya dari segi kewangan dan sokongan. Bilangan pekerjanya juga sudah mula meningkat. Tak menang tangan dibuatnya apabila dia berjaya membuka dua buah cawangan sekaligus. Sudah jarang benar dia bertemu gadis itu sejak perniagaan barunya membuahkan hasil. Dia akui terlalu rindukan Sara namun dek kekangan kerja, dia terpaksa menghadkan masa untuk bertemu dengan gadis manis itu. Walaupun jarang bersua muka, dia tetap berhubung dengan Sara melalui telefon. Pernah juga Sara ingin bertemunya di pejabat baru namun dia menolak bimbang dilihat oleh pekerjanya.

Telefon di mejanya berdering mematikan lamunannya terhadap gadis itu. “Hello”.

“Abang…Sara rindu abang. Kita jumpa hari ni, ya” tuturku manja meluahkan segala rindu yang terpendam. Sudah lama benar kami tidak bertemu. Aku faham abang Rashidi terlalu sibuk dengan syarikatnya dan aku sebenarnya tidak ingin mengganggu tetapi rindu yang semakin membuak di benak hati tak mampu kutahan lagi. Aku ingin berdamping dengannya seperti dulu.

“Eh, Sara…macam mana boleh dapat nombor pejabat abang ni?” Rashidi sedikit terkejut. Baru sahaja fikirannya terkenangkan Alya Maisara, dengan tiba-tiba dia terus mendapat panggilan daripada gadis itu.

“Sara minta daripada kak Imah, la” balasku ceria.

“Kak Imah tak syak apa-apa ke ni?”

“Takdela. Sara cakap ada kawan pejabat lama nak contact number abang, so kak Imah bagi je la. Tak susah pun”. Rashidi sungguh tidak menyangka bahawa Sara mampu bertindak sedemikian. Sara sanggup menghubungi isterinya semata-mata untuk mendapatkan nombornya. Sebenarnya, Rashidi sengaja tidak memberi nombornya kepada Sara. Dia tidak mahu kisah mereka sampai di pejabat barunya itu. Jika selama ini kisah mereka berjaya disimpan rapi dari pengetahuan sesiapa dan untuk kali ini juga dia mahu kisah itu terus kekal begitu.

“Abang…abang….you still there?”.

“Ya..err…sorry sayang, abang tengah sign dokumen ni” Rashidi gagap mencari alasan.

“Enough with your work, abang. Come lunch with me. Dah lima bulan lebih abang tak tengok Sara. Asyik bercakap kat phone je, mana puas” aku mula merajuk minta perhatian.

“Bukan abang tak nak, Sara. Sejak buka bisnes ni, memang tak menang tangan dibuatnya. Siang ke malam sentiasa sibuk urus tu ini. Kak Imah pun tak sempat ke sini, dia pula sibuk mengurus anak-anak”.

“Ahh…alasan je tu semua. Dulu boleh pun abang jumpa Sara. Abang sibuk juga tapi abang tetap curi masa jumpa Sara” aku mencebik bibir. Alangkah bagus kalau abang Rashidi dapat melihat aku mencebikkan bibir kepadanya. Sudah tentu dia akan menggigit bibirku.

“Okey…okey, kita lunch hari ni ya. Tempat biasa. I’ll see u there” gagang telefon diletakkan. Makin dilayan makin panjang cerita nanti. Apa boleh buat, terpaksalah dia mengikut kehendak Sara tengahari itu. Ikutkan hatinya, tawar benar untuk dia berjumpa dengan gadis itu dalam keadaan yang penuh dengan kesibukan ini. Waktu dahulu amat berbeza dengan apa yang dialaminya kini. Dahulu kerja makan gaji dan kini dia sendiri yang memberi gaji serta menguruskan semua benda seorang diri. Memang benar dia mempunyai beberapa pembantu namun mereka semua masih baru dan perlu diberi tunjuk ajar.

Tengahari itu Rashidi tiba di tempat yang dijanjikan. Belum terlihat lagi kelibat Sara. Mungkin tersangkut dalam jem la tu. Rashidi terus memesan makanan sambil bermain COC di handphonenya. Sedang dia asyik leka bermain gamenya itu, pipinya dikucup oleh seseorang. Alya Maisara! Cepat-cepat dia menarik gadis itu duduk. Takut benar Rashidi seandainya ada yang ternampak perbuatan Sara tadi. Malu besar dibuatnya nanti.

“Why you do that? You tak takut ke?” soal Rashidi sambil memerhati sekeliling.

“Do what? Takut apa pula?” balasku kehairanan. Buang tebiat dah ke orang tua ni. Belum sempat aku bertanya lebih, datang seorang pelayan lalu memberiku menu.

“Abang nak makan apa? Aku menghulur menu itu kepadanya.

“Abang dah pesan tadi. Sara pilihlah” amboi, kalau dulu lambat berjam-jam pun sanggup menunggu untuk memesan makanan bersama. Hari ni aku baru lambat lima minit dia dah pesan duluan. Kebulur sangat orang tua ni. Mana tidaknya, businessman katakan.

Aku diam. Abang Rashidi pun diam. Memang salah aku pun memaksa abang Rashidi keluar makan tengahari denganku. Bila lagi aku boleh keluar bertemunya kalau tidak hari ini. Esok lusa pun belum tentu lagi. Sibuk, busy, sibuk, busy. Aku pun dah naik muak dengan perkataan itu.

“So, how’s your business?” aku memulakan perbualan. Ringkas dan bersopan. Macamlah kami baru kenal semalam.

“Good. Quite busy lately” dari cara abang Rashidi menjawab aku dapat rasakan yang dia agak sedikit moody hari itu. Makanan yang dipesan sudah pun tiba. Kami menikmati hidangan istimewa tengahari itu dengan hati yang hambar, tawar dan kelat. Sepatah yang aku tanya maka sepatah jugalah yang abang Rashidi jawab. Kalau ya pun aku bersalah kerana memaksanya keluar denganku, tak usahlah dipanjangkan begini. Kalau aku tahu akan jadi macam ni, takde la aku pelawa ajak lunch sama!

“Thanks for lunch with me” aku ingin lekas-lekas beredar dari situ. Aku sendiri pun hilang mood apabila abang Rashidi bersikap dingin tiba-tiba.

“Wait, Sara” abang Rashidi segera memegang lenganku. “I’m sorry, sayang”.

‘It’s okay, Sara tau yang Sara tak patut paksa abang. Lepas ni Sara akan cuba faham keadaan abang yang sentiasa sibuk memanjang tu”.

“Bukan macam tu, Sara. Abang tetap sayang Sara tapi bebanan kerja ni buat abang sedikit tertekan. Sara tau kan yang abang baru nak bermula dan membina perniagaan ni” Rashidi meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Sara tau dan faham semua tu, cuma Sara inginkan sedikit masa untuk kita berdua. Sara sunyi bila tak jumpa abang”.   

“Yas, sayang. I know what you mean but I’m….”   

“Busy” aku memintas percakapannya. Memang itu pun yang akan diucapkannya.

“Sara, please understand” rayu abang Rashidi cuba meraih simpati.

“Abang nak Sara faham abang? Abang pernah cuba untuk faham apa yang Sara rasa? Abang selalu bagi alasan sibuk la, busy la, meeting la, jumpa client la…Sara terima semua tu tapi abang? Apa abang boleh buat untuk Sara rasa happy?”

“Sara, don’t start it, please”.

“Abang terlalu mengejar kepentingan perniagaan abang tanpa peduli perasaan Sara. Dulu abang tak macam ni”.

“Stop it, Sara. Cukuplah tu”.

“That’s the truth. Terpulang daripada abang untuk fikirkan semuanya. Take it or leave it” geram juga hatiku mendengarkan alasan yang tak munasabah. Nak aku je faham perasaan dia. Ada dia cuba faham apa yang aku rasa?

Rashidi bingung dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Jika dahulu, dia bijak memujuk Sara tetapi hari itu sungguh berbeza sekali kelakuannya. Kakinya seakan kaku untuk mengejar Sara dari berlalu. Dia menekup muka. Adakah benar apa yang diucapkan oleh Sara tadi? Adakah aku sudah mula berubah? Tapi apa yang aku lakukan ini adalah untuk memenuhi impianku sendiri. Salahkah aku mengejar impian?

“Okey, fine…Sara balik dulu. Abang pun tak boleh lama-lama, kan. Nanti banyak lagi kerja bertimbun. Baik abang balik pejabat sekarang. Semua orang di pejabat tu perlukan abang sekarang” aku bergegas ke kereta meninggalkan abang Rashidi yang masih lagi tercegat di situ. My bad day…! Ake merengus sendiri.

Entah berapa botol minuman keras sudah kutelan malam itu. Semuanya gara-gara abang Rashidi. Noreen dan Dania hanya mampu melihat kelakuanku yang semakin hilang arah.

“Babe, dah la tu. Jom balik. Kau mabuk teruk dah ni” ujar Dania menampakkan kerisauannya apabila melihat botol-botol minuman keras bergelimpangan di hadapanku.

“Balik?? Aku baru nak start ni kau dah nak balik? Come on la, tak chill la babe” dalam keadaan separuh sedar aku masih lagi meneguk beberapa botol yang masih berbaki. Lantas Dania mengambil botol yang masih lagi di tanganku.

“Woiii…! Ni aku punya la, bodoh! Apasal semua benda aku kau nak ambil, ha!! Aku menjerit ke arah Dania dan Noreen. Mereka saling berpandangan. Belum pernah lagi mereka melihat Sara mabuk sebegitu. Selama ini Sara mampu mengawal dirinya tetapi tidak malam itu.

“Selama ni aku banyak berkorban untuk orang. Aku buat orang happy tapi orang tak buat pun aku happy. Aku nak tumpang bahagia pun salah ke?” mulutku mula melalut.

“Aku sayang dia. Aku nak kawin dengan dia. Aku nak jadi wife dia. Tapi dia…dia cakap dia sibuk, dia kerja. Siapa nak jaga aku nanti” aku memeluk Dania sambil menangis. Berjurai air mataku membasahi pakaian Dania.

“Babe, kitorang kan ada. Kitorang tetap sayang kau” pujuk Dania mengusap belakangku dengan lembut.

“Tapi, aku dah berkorban segalanya untuk dia. Apa yang dia mahukan aku turutkan. Kenapa aku dibalas macam ni? Tak cukupkah apa yang aku dah buat untuk dia? Kami janji untuk hidup bersama, aku nak kawin dengan dia, Dania” rayuku sambil menangis lagi.

Malam itu aku betul-betul mabuk. Entah apa aku melalut pun aku tidak sedar. Bermacam perkara yang bukan-bukan aku ucapkan. Saat itu, aku dapat rasakan mataku mula berpinar dan silau. Pandangan di sekelilingku kabur dan berpusing. Kepalaku sakit. Tubuhku seakan kaku dan kaki tidak dapat kugerakkan. Terasa panas bahang yang amat sangat. Beberapa detik kemudian, aku jatuh rebah dan terbaring. Aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience