Bab 46

Other Completed 3853

Rayyan percaya pada qada’ dan qadar. Baginya, setiap pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Allah SWT. Andainya dia ditakdirkan untuk bersama Alya Maisara, dia redha menerimanya sebagai isteri yang sah dan bertekad untuk membimbing gadis itu. Namun, seandainya gadis itu bukan miliknya dan jodohnya, dia tetap akur menerima ketentuan Allah SWT kerana dia pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan selebihnya hanya Dia yang berhak menentukan.

Bagi diri Alya Maisara pula, dia umpama diberi peluang untuk hidup semula bagi menebus segala dosa dan kesilapan lalu. Satu demi satu peringatan Tuhan untuk dirinya agar dia kembali merendah diri kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap kekurangan dan kejahilan diri terus diperbaiki. Dia mengasihi dan mencintai hanya kerana Allah SWT. Dia yakin setiap apa yang menimpanya selama ini adalah ujian untuk dia kembali kepada Tuhannya kerana dia telah tersasar jauh. Lafaz kalimah syukur tidak pernah lekang dari bibirnya. Terima kasih Allah kerana Engkau telah menunjukkan aku kiblat agar aku sentiasa terus bersujud kepadaMu.

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan
Maafkan bila aku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin kucegah
Ayat-ayat cinta bercerita cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan kubisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience