Bab 37

Other Completed 3855

Pagi itu sungguh cerah sekali. Puan Salbiah menyelak langsir dan menggantikan air di dalam pasu bunga kecil yang terletak bersebelahan katil Alya Maisara. Begitulah rutinnya setiap hari sejak anaknya dimasukkan di unit itu. Puan Salbiah seringkali berbual bersama anaknya kerana dia tahu anaknya dapat mendengar suaranya itu. Dia perlu mengawal emosi ketika berbual bersama Alya Maisara. Sebolehnya, dia akan cuba untuk menahan air matanya dari mengalir. Dia tidak mahu Alya Maisara bertambah sedih melihatnya. Kata-kata suaminya dipegang erat. Andai mereka lemah, Alya Maisara tidak akan mampu untuk bertahan. Sehingga ke hari ini, Alya Maisara masih dalam keadaan sebegitu. Lemah tanpa kata dan matanya yang sentiasa terbuka tanpa makna.

“Sara, hari ni ayah tak dapat datang. Ada beberapa urusan yang perlu dia selesaikan. Mak teman Sara hari ni” Puan Salbiah mengusai lembut rambut anaknya itu.

“Sara sentiasa cantik di mata mak dan ayah. Sara mesti kuat. InsyaAllah, Sara akan sembuh lepas ni” bergetar suara Puan Salbiah menahan sebak. Dia tahu anaknya begitu bangga dengan kecantikan wajah yang dimiliki namun dia sendiri tidak menduga bahawa kebanggaan itu akan memusnahkan dirinya sendiri. Kebanggaan itulah yang membuatkan anaknya terlantar menderita kesakitan. Dan kerana kebanggaan itu jugalah dia hampir kehilangan Alya Maisara.

Puan Salbiah memegang jemari anaknya. Hanya kulit yang membaluti tulang anaknya. Entah apa balasan yang Allah SWT berikan kepada anaknya sehingga sedemikian rupa.

“Assalamualaikum, makcik” sapa satu suara. Puan Salbiah menoleh kehairanan memandang anak muda itu. Siapa dia ni? selama ni tak pernah nampak pun dia di sini? Takkan kawan Sara…? Hati kecil Puan Salbiah berbisik kehairanan.

“Waalaikumsalam, cari siapa?” jawab Puan Salbiah dalam nada lembut.

“Maaflah mengganggu makcik dengan Alya Maisara”.

Dia kenal Alya Maisara?? “Ohh…tidak apa-apa. Silakan duduk” Puan Salbiah menjemput Rayyan Firdaus untuk duduk di sebelahnya.

“Saya Rayyan Firdaus, guru sekolah Alya Maisara dahulu” Rayyan Firdaus memperkenalkan diri. Sebenarnya, dua hari lepas dia sudah pun melihat ayah dan ibu Alya Maisara datang melawat namun dia belum berani untuk bersemuka. Hari ini, kebetulan dia melawat makciknya lalu dia memberanikan diri untuk bertemu keluarga Alya Maisara.

“Maaflah, cikgu. Makcik tak berapa perasan tadi. Mulanya makcik ingat cikgu ni kawan Sara”.

“Panggil saya Rayyan saja” senyum Rayyan Firdaus.

“Ohh…Rayyan datang melawat Sara?”.

“Sebenarnya, saya sering ke sini untuk melawat ibu saudara. Agak terkejut jugalah bila dapat tahu Alya Maisara dimasukkan ke sini” begitu lebar peneranganku kepada Puan Salbiah. Aku tahu dia kelihatan agak risau apabila lelaki asing seperti aku tiba-tiba mengetahui nama anak perempuannya itu.

“Emm…bagaimana keadaan Alya Maisara sekarang, makcik?” soalku setelah melihat Puan Salbiah asyik merenung wajah anak perempuannya.

“Masih sebegini lagi keadaannya. Doktor cakap Sara akan pulih tapi memerlukan sedikit masa” sayu suara Puan Salbiah ketika itu. Aku mengerti perasaan Puan Salbiah yang sedih mengenangkan nasib anaknya itu. Aku sendiri pernah merasa sebuah kehilangan. Memang agak sukar untuk menerima semua kenyataan dan takdir Tuhan. Sepanjang hari itu aku banyak menghabiskan masa bercerita bersama Puan Salbiah. Apa sahaja tentang anak perempuannya itu habis diceritakan kepadaku. Aku seolah-olah tempat seorang ibu meluahkan isi hati yang hampir putus asa melihat anaknya dalam keadaan sebegitu. Adakalanya Puan Salbiah ceria, tertawa, muram dan hiba saat dia bercerita tentang Alya Maisara. Hampir tidak kusangka mendengar kesemua cerita tentang Alya Maisara yang disampaikan oleh ibunya itu. Mana mungkin seorang ibu sanggup berdusta dan berbohong tentang anaknya tetapi itulah hakikatnya. Anak perempuan tunggalnya itu telah tersasar jauh dari Allah SWT.

“Rayyan…”. Diam. Sepi.

“Rayyan fikirkan apa tu?” tegur Puan Salbiah apabila tiada jawapan daripada Rayyan.

“Err…maaf makcik” Rayyan sedikit gugup. Agak malu juga apabila Puan Salbiah sedar bahawa dia mengelamun. Tentu dia bertambah malu andainya Puan Salbiah tahu yang dia sedang mengelamun tentang anak perempuan kesayangannya itu.

“Lepas ni Rayyan boleh tengok-tengokkan Sara?” permintaan Puan Salbiah membuatkan Rayyan sedikit ternganga.

“Ooo…err…boleh, makcik. InsyaAllah saya boleh tolong tengokkan Alya Maisara” Rayyan gugup lagi. Kali ini Puan Salbiah hanya tersenyum melihat telatah anak muda di hadapannya itu. Macam-macam ragam orang muda, Puan Salbiah tersenyum.

Perkenalan dengan Puan Salbiah tempoh hari telah mengeratkan hubungan antara dia dan keluarga Alya Maisara. Hari demi hari, dialah yang akan menemani Puan Salbiah ataupun Encik Hadi duduk berbual. Kadangkala mereka akan berbual sama dengan Alya Maisara. Kuat naluri di hati mereka mengatakan bahawa Alya Maisara dapat mendengar perbualan itu. Sedikit pun mereka tidak mengetepikan Alya Maisara walaupun keadaan gadis malang itu amat menyadihkan sekali. Puan Salbiah juga sudah mula menunjukkan sedikit keceriaan lebih-lebih lagi apabila Rayyan selalu bercerita tentang Adam. Biarpun tidak pernah bersua dengan permata hati Rayyan, namun sedikit sebanyak anak kecil itu dapat mengubat hati lara keluarga Encik Hadi.

“Kita sebagai ibu bapa kena banyak bersabar dengan anak kecil. Mereka tu tak faham apa-apa lagi, Rayyan” nasihat Encik Hadi.

“Saya faham, pakcik. Cuma saya kasihan tengok Adam. Sampai hari ni dia masih mencari mummynya” Rayyan meluahkan perasaannya. Bukan untuk meminta simpati namun sekadar tempat luahan mengenai apa yang dia rasai selama ini. Kepada Encik Hadi dan Puan Salbiahlah tempat dia menceritakan segalanya. Dia tidak segan silu menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Dia tidak malu mengaku punya anak yang masih kecil setelah ketiadaan isteri tercinta.

“Apa yang kamu lalui ini amat sukar sekali, Rayyan. Tetapi, makcik berbangga dengan kamu kerana berjaya mengasuh Adam dengan baik” puji Puan Salbiah terhadap bapa tunggal itu.

“Saya redha dan pasrah, makcik. Saya percaya kepada ketentuan Allah SWT. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Janji Allah itu pasti. InsyaAllah”. Encik Hadi mengangukkan kepalanya tanda setuju. Dia juga kagum dengan kesabaran dan keupayaan Rayyan Firdaus membesarkan anak kecil itu. Sudah tentu anak kecil itu dahagakan kasih sayang ibunya namun apakan daya Allah SWT lebih menyayanginya.

“Betul tu, Rayyan. Ada masa nanti jemputlah ke rumah makcik. Bawa Adam sekali. Teringin benar makcik nak tengok dia. Asyik dengar cerita kamu tentang Adam buat makcik tak sabar nak dukung dia” pelawa Puan Salbiah.

“InsyaAllah, makcik. Entah-entah bila dah jumpa makcik, Adam tak nak lepaskan makcik nanti” balas Rayyan senyum.

“Eh, apa pula. Agaknya makcik kamu ni yang tak mahu lepaskan Adam” usik Encik Hadi dan mereka bertiga ketawa serentak.

Walaupun aku masih lagi terbaring kaku namun gelak ketawa mereka dapat kudengari dengan jelas. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana Kau masih sudi memberi sedikit nikmatMu untuk aku rasai sedikit kebahagiaan ini. Hatiku tersentuh dan menjerit. Mahu sahaja aku turut sama bergembira bersama mereka namun keadaan diriku yang sebegitu benar-benar membataskan segalanya. Fikiranku terus melayang sewaktu bersama teman-teman dahulu. Ke mana dan apa sahaja yang dilakukan mesti bersama mereka. Setiap saat selalu berlibur dan bergembira. Sekelumit kesedihan, kepayahan atau kedukaan turut dikongsikan bersama teman-teman. Namun kini semuanya sudah jauh meninggalkan aku. Tiada lagi yang sanggup sudi bertanyakan aku apatah lagi menemaniku di saat begini. Aku terlalu mementingkan diri sendiri dan orang lain. Tidak pernah aku memikirkan ibu dan ayahku sendiri. Aku melayan ayah dan ibuku seperti orang luar. Hati mereka terguris dek kelakuanku. Kata-kata dan nasihat mereka kuingkar. Kini, aku sudah jatuh dan hanya ibu dan ayahku yang sanggup menemaniku siang dan malam tanpa menghiraukan keadaan diri mereka sendiri. Betapa berdosanya aku, Ya Allah!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience