Bab 5

Other Completed 3855

Jam sudah menunjukkan hampir sepuluh malam. Ikutkan hati mahu sahaja aku tidur tetapi apabila mengenangkan banyak nota yang belum kubuat, aku perlu memaksa diriku. Sedang aku asyik membelek buku-buku nota, tiba-tiba kedengaran bunyi SMS di telefonku.

‘Siapa lagi la nak minta tolong malam-malam buta ni?’ gerutu hatiku sambil membaca SMS itu. Hampir terjatuh telefon dari tanganku apabila mendapati pengirimnya ialah Firhad. Semacam dia tahu yang aku sedang terfikirkannya sebentar tadi. Lantas aku membaca mesej itu. ‘Hai Sara. Buat apa tu? Sorry if Fir ganggu malam-malam gini’.

Fir? Siapa Fir pula ni? Ohh…mamat handsome yang aku jumpa petang tadi rupanya. Apasal la aku boleh cepat lupa pula ni. Aku tersenyum membalas mesejnya. ‘It’s okay. Sara belum tidur lagi. Fir buat apa?’.

‘Fir tengah ingat kat Sara. Tiba-tiba pula terasa rindu’, sekali lagi Firhad membalas mesejku, membuatku senyum lebar ke telinga. Aik?? Baru sahaja berlanggar di kedai tadi sudah mula berputik rasa rindu, cepatnya.

‘Sara study ke keja?’.

‘Ohh…Sara study lagi d UiTM ni. Fir?’.

‘Fir dah keja. Segan pula Fir berkawan dengan budak U ni’.

‘Apa nak disegankan. Budak U pun manusia juga’. Setiap kali menerima SMS daripada Firhad senyumku tidak pernah henti-henti.

‘Sara tak kisah ke? Fir bukan pandai pun. Mahu ke Sara berkawan dengan Fir ni?’.

‘Yang penting Fir ikhlas berkawan dengan Sara’.

Sebenarnya itu sahaja yang aku inginkan dan harapkan dalam mana-mana perhubungan, baik dalam persahabatan mahu pun percintaan. Seperti yang aku katakan suatu ketika dahulu, aku tidak akan sesekali menjadikan paras rupa sebagai ukuran untuk menerima sesiapa yang ingin menjadi temanku. Malam itu kami terus berbalas SMS hingga ke pagi. Benar sangkaan awalku yang Firhad memang sudah bekerja. Dia seorang technician di salah sebuah syarikat swasta terkemuka. Semua tentang dirinya diceritakan kepadaku dari bab keluarga hinggalah ke hobinya yang suka berlumba motor itu. Ah! Biarlah lagipun sudah namanya berkawan, jadi tidak salah jika dia ceritakan semuanya.

Hari ke hari aku dan Firhad semakin rapat. Kami semakin kerap berhubung. Kadangkala Firhad rajin menelefonku dan bertanya khabar. Ain dan Nadia juga seakan mengesyaki sesuatu apabila melihat aku sering bercerita tentang Firhad. Kuakui, sejak berkenalan dengan Firhad, banyak benda yang kami kongsikan bersama. Suka dan duka, pahit dan manis semuanya umpama tiada rahsia antara kami. Terasa hidupku sedikit bercahaya dengan kehadiran Firhad. Firhad juga tidak segan silu menceritakan bagaimana dia dilukakan oleh bekas kekasihnya dulu. Dia kesunyian dan benar-benar perlukan seseorang menemaninya di sisi. Katanya, aku mirip bekas kekasihnya dahulu dan sebab itulah dia ingin sangat berkenalan denganku.

“Sara, boleh kita keluar bersama esok?” soal Firhad ketika menghubungiku.

“Nak keluar? Boleh tapi nak pergi mana?” aku amat gembira apabila Firhad mengajakku keluar bersama.

“Kita pergi tengok wayang then lepas tu kita pergi makan la. Fir ambil Sara di hostel nanti ye” balas Firhad mengharapkan jawapan positifku. “Okey” jawapku ringkas berbaur keriangan.

“Nadia...aku nak keluar dengan Firhad kejap ye” aku memberitahu Nadia. Sekurang-kurangnya dia tahu dengan siapa aku keluar dan ke mana.

“Okey..hati-hati tau. Jangan balik lambat. Marah pak guard depan tu” Nadia yang sedang khusyuk menghadap laptopnya mengingatkanku. “Yes madam!” balasku sambil tersenyum.

Aku menunggu Firhad datang mengambilku di hostel. Selang beberapa minit kemudian, Firhad muncul bersama Yamaha TZM. Alamak, dia datang dengan motor, aku ni manalah pernah naik motor dengan sesiapa, keluhku sendiri. Dalam diam kulihat Firhad begitu segak walaupun penampilannya begitu ringkas. hanya mengenakan T-shirt polo berkolar biru muda dan dipadankan dengan seluar jeans sahaja. Sesuailah dengan penampilanku yang santai. Aku cuma mengenakan baby T dan juga seluar jeans hitam. Cardigan kupegang di tangan.

“Wow…you look sweet today” Firhad melontarkan pujian apabila aku mula hendak menaiki Yamaha TZMnya. Terasa bergegar lututku, bukan kerana pujian Firhad tetapi ini merupakan kali pertama aku menaiki motor bersama seorang lelaki. Gugup dan gementar.

“Thanks” jawapku sambil kakiku terkial-kial. Apabila melihatkan aku sedang terkial-kial, Firhad menyoalku. “Sara tak pernah naik motor ke?”.

“Nop...ni first time Sara naik motor dengan lelaki” jawapku sambil membetulkan posisiku. Risau juga aku jika tergolek nanti kalau aku tak duduk betul-betul, bisikku dalam hati.

“Wah! Kalau macam tu Fir ni lelaki pertama la yang berjaya buat Sara naik motor ni?” aku menganggguk perlahan.

“If Sara takut, peluk Fir. Fir tak bawa laju-laju juga” Firhad meyakinkanku lantas kutersenyum. Harap-haraplah, bisikku perlahan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku memakai safety boot, seat belt dan life jacket hanya semata-mata menunggang motor, tapi kerja gila namanya tu. Nanti tak pasal-pasal Firhad serik untuk keluar bersamaku. Hari minggu itu, hampir sepanjang hari kami berjalan, tengok wayang dan makan bersama. Belum pernah aku rasa gembira sebegitu dan belum pernah lagi aku dilayan sebegitu sempurna. Kalau boleh, setiap masa aku ingin menghabiskan masa bersama Firhad. Aku selesa apabila bersamanya.   Sekembalinya di hostel, aku mengucapkan terima kasih kerana kesudian Firhad membawaku keluar dan meluangkan masa bersama.

“Next time, Sara nak keluar lagi dengan Fir? Manalah tau, Sara serik naik motor” soal Firhad sambil membantuku membuka helmet.

Aku tersenyum kepadanya lantas menjawap “Sure..why not? You make me happy today. Thanks belanja makan and tengok wayang, ya. Nanti Sara belanja Fir lak” jawabku manja.

“It’s okay, Sara. Will do anything for you” Firhad tersenyum penuh makna. Selepas itu, Firhad terus pulang. Aku menghantarnya dengan pandangan yang penuh makna. Adakah pintu hatiku sudah mula terbuka sedikit untuk menerima kehadiran seseorang?

Aku mengetuk pintu bilik dan Ain membukanya. “Amacam dating tadi? Okey ke?” Nadia mula menyoalku sejurus melihatku di pintu.

“Biarlah rahsia” ringkas sahaja jawapanku sambil mencampakkan beg dan cardigan di sisi katil membuatkan Nadia tidak puas hati.

“Ceritalah kat kitorang. Nak juga tau mana korang pergi tadi” ujar Nadia lagi. Sibuk betullah minah ni nak tau serba serbi.

“Kitorang pergi zoo je tadi” jawabku selamba.

“Ish…pakai lawa-lawa takkan pergi zoo je? Mengarutlah kau ni, Sara” jeling Nadia.

“Pergi jalan and tengok movie je la”.

“Ohhh…begitu. Eh, Sara…handsome juga budak Firhad tu ye. Nampak matured je. Dia bawa motor, kan?” bersungguh benar Nadia ingin tahu segalanya. Kulihat Ain dari tadi memerhatikan gelagat Nadia. Ain lebih gemar diam dan membuat hal sendiri. Dia bukanlah seorang gadis kecoh dan kepoh seperti Nadia.

“Taklah…motor bawa dia” aku berseloroh mengenakan Nadia. Hanya dengan cara itu sahaja boleh membuat Nadia diam. Agaknya, kalau Nadia jadi reporter, sudah tentu laris bahan ceritanya.

“Sara…!!!!!” laung Nadia membuatkan aku dan Ain ketawa berdekah-dekah.

Sejak dari hari pertama kami keluar bersama, Firhad semakin rajin menghubungiku. Bukan sahaja itu, dengan siapa aku berkawan pun dia tetap ingin tahu. Malah jadual kelasku juga kuberi kepadanya agar dia tahu pada waktu bila dia boleh menghubungiku. Setiap hujung minggu juga dia sanggup mengambilku di hostel semata-mata untuk berjumpa dan keluar bersama. Aku juga tidak gementar seperti dahulu ketika membonceng motornya. Yamaha TZM berwarna merah gelap itulah satu-satunya aset kesayangan Firhad. Katanya, Yamaha TZM itu menyimpan banyak kenangan dan tuah. Sesetengah temannya juga begitu cemburu dengan Yamaha TZM yang dimilikinya. Asal sahaja berlumba, Yamaha TZM Firhad yang menjadi perhatian. Yamaha TZM dan tuannya sama-sama hebat. Biarpun Firhad gila motor dan kaki lumba, namun Firhad jauh berbeza dengan budak-budak motor yang lain. Firhad masih punya prinsip. Itulah yang membuatkan aku mengagumi Firhad.

Lawa betul Alya Maisara. Untung juga dapat berkawan dengannya, Firhad mengelamun sendiri, membayangkan wajah dan diri Alya Maisara. Tapi, wajah Alya Maisara saling tak ubah seperti Sofea, bekas tunangnya suatu masa dahulu. Aku memang membenci Sofea tetapi apabila melihat Alya Maisara, hatiku bagai dipaut sesuatu untuk menghampiri gadis itu. Mungkin personaliti Alya Maisara yang lincah dan manja membuatkan dia berbeza daripada gadis-gadis yang pernah ditemuinya selama ini. Kebanyakan gadis yang ditemuinya bukanlah manja semulajadi, semuanya jenis menggedik dan mengada-ngada. Kadangkala meluat juga dia melihat gadis-gadis seperti itu. Tetapi, apabila bersama Alya Maisara, hatinya tenang. Sebenarnya, dia seorang lelaki yang kasar, memberontak dan kuat cemburu. Mungkin juga Sofea tidak tahan bersamanya dan pergi meninggalkannya untuk bersama dengan lelaki lain. Segalanya sudah diberi kepada Sofea tetapi Sofea tetap pergi meninggalkannya begitu sahaja tanpa sebarang kata. Akhirnya dia nekad untuk memutuskan tali pertunangan. Dia memang sayangkan Sofea lebih dari segalanya tetapi gadis itu seakan-akan tidak bersedia untuk membuat hubungan serius bersamanya. Dia masih tidak dapat melupakan pergaduhan besar yang tercetus di antara dirinya dan Sofea. Di situlah dia hilang pertimbangan dan memutuskan pertunangan mereka. Buat apa perlu dijaga perempuan sebegitu?       

“Mana you pergi tadi?” Firhad menyoal Sofea apabila gadis itu pulang lewat. Firhad dan Sofea sudah lama tinggal bersama sejak mereka mengenali antara satu sama lain lagi. Firhad tidak kisah tinggal bersama mana-mana perempuan kerana baginya adalah lebih mudah dijaga dan diperhatikan setiap waktu.

“Jumpa kawan” ringkas sahaja Sofea menjawab. Dia bosan dengan Firhad yang selalu mengongkong kebebasan dirinya.

“Jangan tipu I, Sofea. I tau mana you pergi and dengan siapa you keluar!”.

“Kalau dah tau buat apa tanya lagi. Menyusahkan!!”.

Pangggggggg!!!!!! Satu tamparan hinggap di pipi Sofea. Sofea terkedu dan terkejut. Selama dia bersama Firhad, belum pernah lagi dia dikasari sedemikian rupa. Perlakuan Firhad benar-benar membuat dirinya hilang sabar.

“Sudah puas hati you??? Kalau tak puas, tamparlah lagi. Belasahlah sesuka hati you!!” Sofea mencabar Firhad. Firhad merenung tajam ke arahnya. Wajah Firhad sudah mula merah dan tegang.

“You jangan cabar I. You tau kan I macam mana”.

“If I tak cabar you pun you tetap tampar and pukul I, so pergi mampus!!!!” Sofea melawan. Belum sempat Firhad berbuat apa-apa, Sofea terlebih dahulu melangkah keluar dari rumah itu. Rumah itu seakan neraka baginya. Makin lama dia bersama Firhad makin sesak kepala otaknya. Dia tahu yang tidak lama lagi dia bakal berkahwin dengan Firhad tetapi dia peduli apa. Tidak sanggup dia berlakikan orang seperti Firhad. Orang lain makan nasi, nanti silap-silap haribulan dia makan penampar dan penyepak hari-hari. Baik dia berambus daripada bersama Firhad. Lagipun dia belum bersedia untuk bertunang lanang apatah lagi nak berumah tangga, dengus Sofea sendiri sambil memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah Firhad.

“Macam manalah aku boleh tersangkut dengan lelaki psycho ni. Memanglah Firhad sanggup bagi segalanya tetapi hati mana yang sanggup tahan kalau marah melulu, cemburu tak menentu” Sofea mengomel sendirian di dalam kereta.

“Siallllllll…!!!!!!!” Firhad menekup muka dan menjerit sepuas-puasnya. Dia berang Sofea pergi meninggalkannya begitu sahaja. Lebih teruk lagi Sofea bersikap kurang ajar terhadapnya. Dasar perempuan tak kenang budi! Yang dia tau hanya bagi body!

Sejak saat itu, Firhad langsung tidak mendapat sebarang berita tentang Sofea. Namun, kawan-kawan Firhad pernah beberapa kali ternampak Sofea bersama lelaki lain silih berganti. Firhad tidak terkejut mendengar cerita mereka kerana dia tahu Sofea seorang yang suka bersosial. Dia inginkan Sofea kerana gadis itu bijak melayan kehendaknya, sebab itu dia sanggup berhabis segalanya untuk Sofea agar gadis itu tidak lari daripadanya. Tetapi Sofea langsung tidak menghargainya. Dan kini apabila Alya Maisara mula hadir dalam hidupnya, sedikit sebanyak dia yakin bahawa Alya Maisara takkan mempersiakan kasih sayangnya. Dia juga tidak ingin kehilangan buat kali kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience