1. CIK MUDA

Fantasy Completed 227354

Tujuh belas tahun berlalu..

Disebuah restoran yang ramai dengan pelanggannya yang datang untuk makan tengah hari. Di satu sudut duduknya seorang wanita bersama dengan bayi perempuannya yang didudukkan di kerusi bayi. Dia langsung tak mengendahkan pelanggan-pelanggan lain yang sedang menjamu selera menikmati hidangan mereka masing-masing. Setiap kali pintu utama restoran itu terbuka dia mengalihkan pandangan melihat kearah gerangan yang melangkah masuk.

“Mana diaorang ni?” keluhnya tak puas hati. Tanganya menyuapkan lagi makanan ke mulut anaknya.

“Nadhirah, see your aunts semua lambat, entah apa yang mereka buat tak sampai-sampai lagi. Kita dah lama tunggu kan sayang. Alih-alih mama yang ada anak kecil ni jugak yang sampai dulu. Dia orang ni..Ahh!” keluhnya dengan panjang lebar. Tangannya mencapai tisu yang ada di meja. Untuk mengelap mulut anaknya comot. Nadhirah yang tak tahu apa-apa menepuk-nepuk suka pelapik kerusi bayi dengan riang.

“Suka ya, nak lagi?” Tanya Tahira.

Bap.. Bap.. Bap.. Bibir  kecil Nadhirah mengeluarkan bunyi. Minta mamanya untuk sambung menyuapkannya lagi.

Tahira mengambil kembali sudu untuk menyuap bayinya. Baru saja tangannya hendak menyendukkan makanan buat bayinya. Terasa tapak tangan sejuk yang datang dari arah belakang menutup kedua-dua belah matanya. Sudu diletakkan kembali ke dalam pinggan. Tangannya di angkat naik menyentuh tangan yang menutup matanya itu.

“Aimi?” teka Tahira. Sunyi tiada balasan.

“No?” tanyanya. Kepalanya dibawa oleh tangan itu ke kiri dan kanan.

“Natrah?” teka Tahira..

“Alah! Merajuk lah kalau macam ni” Falisha mengangkat tangannya dari terus menutup mata Tahira.

“Aku tahulah kau tu Isha. Saje je nak kenakan kau..” usik Tahira.

“Hai baby sayang. Kakak culik bawa balik, boleh?” Falisha membongkok sambil mencubit manja kedua-dua belah pipi Nadhirah yang gebu itu.

PAP! Tahira menampar punggung sahabatnya itu.

“Weii!” terus tegak berdiri Falisha dibuatnya, matanya meliar melihat sekeliling. Merah padam mukanya bila Tahira menampar punggungnya tadi.

“Tahira!” cepat-cepat Falisha mengambil tempat duduk bertentangan dengan tempat duduk Tahira.

“Kenapa malu ke? Tadi mengaku kakak tak malu pula. Aunty tau! Bukan kakak.. Eeiiii.” senget sebelah bibir Tahira naik keatas mengejek sahabatnya itu.

“Alah, biarlah panggil kakak. Nampak muda remaja sikit kan.” Balas Falisha dengan ketawa kecil.

“Habis aku apa nenek?” kata Tahira menunjuk kepada dirinya sendiri.

“Mama Vogue bukannya nenek okay. Mama cantik..” Falisha mengenyitkan sebelah matanya kepada Tahira.

“Vogue ya” balas Tahira turut ketawa kecil bersama-sama. Nadhira yang tak tahu apa menepuk tangannya suka.

“Mana yang lain? Ingatkan Isha seorang saja yang lambat, ada yang lagi lambat rupanya...” kata Falisha. Sudu yang ada ditangan Tahira diambilnya. Kini dia mengambil tugas menyuap anak sahabatnya itu pula.

“Entahlah, aku yang ada anak pula yang sampai dari orang-orang bujang ni. Apa cerita” Tahira mencebik. Lebihan makanan yang ada bersisa di wajah anaknya di lap sehingga bersih.

“Tak tahu” balas Falisha mengangkat kedua-dua bahunya keatas.

“Hah! Tu. Sampai dah.. Panjang umur betul” muncung Tahira menunjuk kepada dua sahabatnya yang sedang berjalan masuk kedalam restoran itu.

“Haii! Cantik-cantik semua!” tengur Aimi dan Natrah yang baru sampai.

“Assalamualaikum sayanggg..” perli Falisha. Aimi yang sedang membongkok hendak mencium pipi Falisha kembali menegakkan semula tubuhnya.

“Yea! Yea! Waalaikumsalam Isha” Balas Aimi. Nathrah yang ada disebelahnya menutup mulut dengan tangan, sembunyikan tawanya.

“Duduk makcik-makcik..” pelawa Tahira kepada Aimi dan juga Natrah yang baru tiba.

“Makcik? Aunty okay.. Ulu sangat tu bunyinya..” Balas Natrah tak puas hati, dia berjalan untuk duduk disamping Tahira selepas bercium pipi dengan Falisha.

“Isha kenapa tak pesan makan lagi, kau pun baru sampai ke?” Tanya Aimi yang duduk di sebelah Falisha.

“Ha ah! Baru jugak sampai. Layan si kecik ni. Tak terasa lapar..” balas Falisha, melebarkan bibirnya tersenyum kepada sahabatnya itu.

“Orderlah, lapar ni” rungut Natrah yang ada sisi Tahira.

“Nak makan apa?” tanya Aimi. Seraya mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan yang sedang menghantar pesanan makanan di meja sebelah mereka.

“Macam biasa sajalah” jawap Natrah sebelah tangannya menongkat dagu melihat kepada Aimi yang sedang memilih menu makanan yang ada di buku menu.

“Kau Isha?”Aimi menyiku lengan Falisha yang sedang leka menyuap Nadhirah dari tadi.

“Hmm” Falisha berpaling melihat kepada Aimi.

“Ya cik, boleh saya ambik pesanan?” Tanya seorang pelayan lelaki yang datang menyapa mereka berempat.

Aimi lah yang mewakili mereka bertiga membuat pesanan makanan mereka sekaligus dengan minuman mereka.

“Itu je?” Tanya pelayan lelaki tersebut dengan wajah yang tersenyum manis kepada Aimi.

“Nak tambah apa apa-apa lagi ke?” Tanya Aimi kepada mereka semua. Falisha dan Nathrah masing-masing mengelengkan kepalanya. Manakala Tahira menyuap makanannya ke mulut, sementara Nadhirah sedang disuap makan oleh Falisha.

“Itu je” balas Aimi. Memberikan buku menu kepada pelayan lelaki itu.

“Cik semua minta tunggu sekejap yea.. Mungkin lambat sikit pesanan cik-cik semua. Memandangkan ramai orang waktu sekarang ni.. Boleh kan?” Tanya pelayan lelaki itu dengan sopan santun.

Aimi menarik nafas dalam. Kemudian dia mengeluh.

“Yealah, kami tunggu..” Balas Aimi pasrah walaupun dia menayangkan wajah tak puas hati, kepada pelayan itu.

“Jangan lama sangat tau..” sampuk Natrah. Mengejitkan sebelah matanya kepada pelayan lelaki itu.

“Baik.. Maaf ya.” kata pelayan lelaki itu mengangguk kecil dan berlalu pergi.

“Natrah!” serentak mereka bertiga memangil nama sahabat mereka itu.

“Apa?” Tanya Natrah membuka tangannya seperti tak bersalah.

“Pelayan pun nak try..” Aimi membalikkan matanya keatas dan mengelengkan kepalanya.

“Hensem tuu..Why not? Mana tahu jodoh” sengih Natrah menayangkan gigi putih miliknya kepada mereka yang ada.

“Tolonglah..”Aimi mencebik.

Falisha dan Tahira yang terdiam tadi mula ketawa kecil. 

Selepas berbual-bual. Pelayan tadi menghantar pesanan makanan mereka bertiga. Tahira yang sudah selesai makan kini melayan kerenah anaknya pula.

“Hmm, Sebelum terlupa!” sudu yang ada ditangan Aimi diletakkan ke pinggan. Tangannya naik memberi isyarat tunggu kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Kemudian dia berpaling mencari beg tangannya. Beg tangan itu di ambilnya dan dia mengeluarkan sesuatu dari dalamnya. Sekeping demi sekeping sampul putih itu diberikan kepada tiga sahabatnya.

“Apa ni, Aimi?” tanya Natrah.

“Bukalah” Kata Aimi mengambil kembali sudu di pinggannya dan menyambung kembali makan.

“Aimi! Serius! Tahniahhh!” ucap Falisha yang ada di samping Aimi. Bahu Aimi dipeluk erat oleh Falisha.

“Aimi. Wah!” Natrah pula mengucapkan tahniah kepada Aimi. Tangan dihulur untuk berjabat tangan.

“Welcome to the club sayang.. Lepas ni kita jadi makcik sama-sama” Tahira pula berjabat tangan dengan Aimi.

“Thanks semua.. Akhirnya aku kahwin juga dengan Rafiqi..” Kata Aimi dengan perasaan yang lega. Bibirnya tersenyum lebar menyatakan hal tersebut dihadapan sahabat-sahabatnya itu.

“Terbuka juga pintu hari Rafiqi nak kahwin kan. Lama dah korang berdua bercinta. Dari zaman sekolah lagi. Akhirnya..” kata Natrah menyuakan tangannya mengengam erat tangan Aimi.

“Akhirnya kahwin juga kami.. Jadi, lunch ni aku belanja” kata Aimi.

“Alaa.. Kenapa tak bagi tahu tadi?.” Natrah menarik mulutnya muncung.

“Hai, orang belanja pun tak puas hati lagi?” Tanya Aimi.

“Bukan tak puas hati, baru ingat nak ambil makanan yang sedap-sedap tadi sebab orang tu nak belanja.” Sengih Natrah.

“Order lah lagi. Aku okay saja..” Balas Aimi.

“Oh no!” Natrah menyandarkan tubuhnya perut yang sedikit membuncit digosok oleh tangannya dengan kepala yang mengeleng.

“Tau pun.. Dah berapa bulan ni.. Mak cik?” Tanya Tahira yang duduk di sebelah Natrah. Tangannya turut sama mengusap perut Natrah.

“Ni rezeki.. Rezeki orang belanja. Saja nak tayang..” Balas Natrah senyum melebar.

“Tunggu kejap aku pergi bayar..” Aimi lalu bangun membawa beg tangannya berjalan ke kaunter.

“So? Bila.. Nak buat Bachelorette party untuk Aimi?” Tanya Tahira.

“Lagi dua minggu rasanya elok ni.” Natrah melihat kad jemputan perkahwinan milik Aimi.

“Isha? Kenapa kau diam saja dari tadi? Kau jangan nak mengelak yea..” Tahira memberi amaran kepada sahabatnya yang seorang itu.

“Yea.. Baik madam!” Falisha mengangkat tabik hormat kepada Tahira.

Seperti yang dijanjikan dua minggu selepas itu mereka mengadakan satu majlis untuk bakal pengantin. Seperti yang di rancang oleh tiga orang sahabat rapat untuk bakal pengantin. Meluangkan masa semalaman bersama dengan Aimi sebelum Aimi melangkah masuk ke alam perkahwinan.

Keesokkan paginya, Falisha memandu pulang kerumahnya.

“Cik muda” baru saja Falisha menjejak sebelah kakinya ke tanah, selepas membuka pintu dia sudah ditegur.

“Mak Ani! Terkejut Isha!” Falisha bersandar ke kerusi keretanya. Mengatur nafasnya.

“Maaf, mak Ani tak sengaja nak kejutkan cik muda.” Kata Juani serba salah.

“Kenapa, mak Ani? Ada apa-apa ke?” Tanya Falisha. Kini keluar dari kereta dan menutup pintu keretanya. Tangannya menekan pengera kereta agar keretanya dikunci secara automatik.

“Cik muda ke mana? Tak balik semalam?” Tanya Juani.

“Isha? Isha dah bagitahu papa, yang Isha bermalam diluar semalam. Kenapa? Papa marahkan Isha ke?” Tanya Falisha. Berjalan menghampiri pembantu rumahnya. Lengan pembantu rumahnya dirangkul dan ditarik lembut agak wanita itu turut mengikutnya untuk berjalan masuk ke dalam rumah.

“Entah lah. Betul ke cik muda dah bagitahu dengan Tuan ni?” Tanya Juani mengaru kepalanya yang belapik dengan lapisan tudung. Falisha menganggukkan kepalanya.

“Kalau dah bagitahu, kenapa Tuan tanya-tanya lagi dengan mak Ani” katanya dengan menunjukkan ekspresi muka sedang berada dalam kebingungan.

“Agaknya papa dah tua. Itu yang papa lupa” Falisha membisikkan kata itu di telinga Juani. 

“Kenapa pagi-pagi ni dah ketawa-ketawa suka? berbisik-bisik ni?” Tanya Fadhlan yang baru tiba dari atas melihat anak perempuan tunggalnya sedang bergelak-gelak dengan pembantu rumahnya. 

“PAPA!” panggil Falisha dengan ceria. Dia yang tadinya menunjuk tertawa dengan Juani kini berpaling berlari-lari anak kearah Fadhlan dengan tangan yang didepakan. Juani cepat-cepat meminta diri untuk masuk ke dapur, membiarkan dua beranak itu masa bersama.

“Eh! No!” Fadhlan yang sedang mengancingkan lengan bajunya mengangkat tangan menahan agar Falisha tidak menghampirinya.

“Papa!” rungut Falisha mencebik, tak puas hati.

“pagi-pagi balik terus nak peluk papa” balas Fadhlan.

“Alah pa.. Walaupun anak papa ni balik pagi-pagi. Anak papa wangi tau. Gigi pun dah gosok tau..” Falisha tetap mahu memeluk Fadhlan. Kakinya melangkah kehadapan menghampiri Fadhlan.

“Tunggu!” tahan Fadhlan. Fadhlan memanjangkan lehernya menghidu-hidu bau anaknya.

“Paaaaaa” rungut Falisha.

“Mana lah tahu. Ada bau yang aneh..” Fadhlan menarik satu senyuman sinis kepada Falisha.

“Bau aneh? Bau aneh apa tu?” Tanya Falisha. Kini dia juga turut menghidu bahunya sendiri.

‘Wangi saja. Bau minyak wangi. Apa yang bau aneh?’

“Ni mesti papa ingat bau alkohol kan?” teka Falisha.

“Mana lah tahu. Bachelorette party anak Tan Sri Daris kan. Papa tak hairan kalau minuman tu terhidang sama malam tadi.” Kata Fadhlan.

“Papa, kalau terhidang pun anak papa ni, takkan sentuh minuman tu pa. Banyak lagi minuman yang ada, kenapa Isha nak kena ambik minuman tu juga pa.” terang Falisha membela dirinya, agar Fadhlan tidak terus salah faham.

“Jangan rapat sangat dengan mereka tu. Terutamanya dengan anak Tan Sri Daris..” Fadhlan memberi amaran kepada anaknya.

Falisha yang tadinya berdiri tegak kini mengendurkan bahunya jatuh ke bawah. Sudah beberapa kali papannya asyik mengulangi perkara yang sama.

“Pa..” tangan di depakan bagaikan sayap rama-rama yang terbuka, terus memeluk Fadhlan yang masih masam mencuka wajahnya.

“Papa marah sebab Isha bermalam dengan mereka?” Tanya Falisha memeluk Fadhlan.

“Kamu tu anak perempuan papa. Papa tak suka kamu bergaul bebas macam mereka yang lain.” Pesan Fadhlan. Tangannya diletakkan di atas kepala Falisha.

“Pa..  Apa kata papa cari penganti mama..” kata Falisha. Sebagai cadangan agar Fadhlan tak terlalu risaukan tentang dirinya. Sejak kematian mamanya Fadhlan terlalu menyibukkan diri dengan urusan kerja selain memikirkan tentang Falisha.

“It not funny, sayang..” sebuah ciuman melekat di dahi Falisha sebelum Fadhlan meleraikan pelukan anak beranak itu.

“Isha serius pa. Sudah tujuh belas tahun mama pergi. Papa patut teruskan hidup papa. Cari bahagia papa.. Isha dah besar, Isha boleh uruskan diri Isha..” Kata Falisha mengikut langkah Fadhlan. Sampai di ruang untuk masuk ke ruang makan Fadhlan berhenti. Membuatkan Falisha pun turun berhenti melangkah di belakang tubuh Fadhlan.

“Papa sayangkan mama. Selamanya mama kamu saja yang akan jadi isteri papa, sampai bila-bila.” Fadhlan berpaling menarik bibirnya tersenyum kepada Falisha. Pipi falisha ditepuk-tepuk lembut oleh Fadhlan beberapa kali.

“Papa dah lambat ni sayang..” Fadhlan berpaling semula dan mengatur langkah ke ruang makan, lalu duduk di kerusinya.

Melihat saja Fahdlan duduk di kerusi. Juani melangkah menghampiri meja makan untuk melayan tuannya bersarapan. Air kopi hitam pekat dituang ke dalam cawan porcelain serba putih sedondon dengan piring sebagai pasangannya.

“Terima kasih kak Ani” kata Fadhlan kepada Juani. Tanganya mencapai telinga cawan. Mengangkat cawan yang terisi kopi panas itu dan menghirupnya perlahan-lahan.

“Papa.. Isha serius ni pa. Mana tahu, nanti Isha dapat adik baru..” kata Falisha datang dan memicit-micit bahu Fadhlan.

“Isha.” Tangan yang memegang cawan kopi tadi di letakkan semula ke piringnya. Wajah diangkat melihat kepada Juani yang sedang senyum-senyum kepadanya.

“Isha nak adik baru ke. Sampai nak minta papa kahwin baru. Kalau mama baru Isha bukan orang baik macam mana?” Tanya Fadhlan.

“Isha tahu jaga diri Isha, Isha dah dua puluh tiga tahun pa..” Falisha yang berdiri di belakang Fadhlan menunduk menuturkan katanya. Tangannya tetap memicit-micit bahu Fadhlan dari tadi.

“Oh ya?” Fadhlan melihat kepada Juani. Kemudian dia ketawa kecil.

“Kenapa? Tak percaya ke yang Isha boleh jaga diri?” tangan yang mengurut tadi mula berhenti. Kini kedua-dua tangan itu dibawa memeluk dirinya sendiri. 

Fadhlan menunduk melihat bahunya yang kini kosong tak ada lagi picitan lembut dari tangan halus milik anak gadisnya. Fadhlan berpaling dan menarik tangan anaknya agar berdiri seiring dengannya yang sedang duduk di kerusi.

“Breakfast dengan papa” ajak Fadhlan. Falisha mengelengkan kepalanya kepada Fadhlan. Wajah yang ceria tadi kini bertukar masam.

‘Macam manalah papa nak harapkan kamu sayang. Selamanya kamu seperti anak kecil di mata papa. Tengok perangai kamu. Umur tak menunjukkan seseorang itu dewasa sayang..’

Fadhlan bangun dari kerusinya. Membawa Falisha untuk duduk di kerusi yang ada disampingnya.

“Cuba sayang senyum.. Pagi-pagi ni, depan rezeki. Kan lebih elok senyum sayang.” Pipi putih milik Falisha dicubit lembut oh Fadhlan.

“Betul anak papa ni, nak papa kahwin lagi?” tanya Fadhlan. Terus Falisha menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

“Teman papa breakfast dulu..” Fadhlan mengalihkan pandangannya melihat kepada hidangan yang sudah terhidang diatas meja.

“Mak Ani..” Falisha menganggukkan kepalanya melihat kepada Juani yang berdiri disamping meja makan. Juani yang sudah faham menyendukkan sarapan buat anak majikannya itu.

“Cukup.. Cukup tu Mak Ani..” Falisha mengangkat tangannya menahan dari Juani menambah lagi makanan ke pinggan miliknya.

“Cukup? Tambah sikit lagi cik muda” cadang Juani. Makanan yang ada di dalam pinggan diperhatikan oleh Juani.

‘Sedikitnya! Sesenduk saja.?’ Keluh hatinya Juani. Dengan berat hati dia menyuakan pinggan itu kepada Falisha.

Falisha menyambut pinggan yang dihulurkan Juani. Mengangkat tangan membaca doa dan terus makan. Tiga sudu saja yang masuk ke mulutnya. Kini pinggan tadi sudah kembali kosong.

“Done!” Falisha tersenyum melebar.

“Isha cuba tengok muka Mak Ani, mesti dia sedih tengok Isha jamah sikit saja sarapan pagi ni..” kata Fadhlan menunjuk ke wajah Juani yang berubah suram.

“Ala.. Isha dah teman papa kan ni. Teman papa breakfast.” Balas Falisha sebepas melihat wajah suram Juani.

“Papa sendiri pun tak habis breakfast lagi.” Fadhlan menunjuk kearah pinggannya, menggunakan sudu yang ada di tangannya.

“Makan sedikit lagi..” Arah Fadhlan. 

Falisha akur lalu mengangangkat pinggannya dengan mengunakan kedua-dua tangannya seperti menjujung sembah kepada Juani. Terus berubah mimik muka Juani yang tadinya masam bertukar manis semula. Fadhlan mengelengkan kepalanya. Makanlah Falisha menemani Fadhlan bersaparan pada pagi itu. Selesai sarapan Fadhlan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Menikmati kopi hitam pekat kegemarannya.

“Dah sedia nak dengar?” Tanya Fadhlan. Meletakkan semula cawan kopi ke piringnya.

“Tambah kopi lagi Tuan?” Tanya Juani.

“Tak, saya dah selesai sarapan.” Kata Fadhlan, seraya tangan diangkat menahan agar Juani tidak menuang lagi kopi kepadanya lagi.

“Dah pa..” Falisha menganggukkan kepalanya, mulutnya masih mengunyah makanan. 

“Boleh, kalau papa nak nikah baru. Cari ganti mama baru buat Isha. Tapi papa nak nikah dengan perempuan yang sebaya dengan Isha. Berapa umur Isha tadi? Dua puluh tiga? Ya! Dua puluh tiga. Mungkin lebih muda, dua puluh.. Sembilan belas, lapan belas….”

PLAK.. Terjatuh sudu Falisha ke pinggan, dek kerana terkejut. Terus keras kejung tubuhnya kini.

‘Tahu pun nak keras kaku macam tu, tadi bukan main lagi paksa suruh kahwin sangat. Kenapa? Terkejut!.. Itu baru sikit Isha. Kalau berani tanya lah lagi..’ Fadhlan menarik bibirnya tersenyum melebar melihat reaksi Falisha.

“Papa dah lambat ni sayang.. Sayang tak ke klinik?” Tanya Fadhlan. Dia mula bangun dari kerusinya.

“Hah! Apa?” Tanya Falisha. 

“Papa pergi kerja dulu sayang..” Fadhlan mengosok kepala Falisha.

“Ehh! Pa..” Falisha mengaru kepalanya yang tak gatal tu. Dia berpaling melihat Fadhlan yang sudah pergi. Yang tinggal di ruang makan hanyalah dia dan Juani.

“Papa tu okay ke tak Mak Ani?” Tanya Falisha. 

Juani mengangkat kedua-dua bahunya keatas. Padahal dalam hatinya sedang ketawa sakan tengok Fadhlan mengenakan anak manjanya yang seorang itu.

‘Hai lah cik muda.. Takkan lah tak faham lagi. Itu maknanya tidak.. Saja je Tuan nak bagi alasan tu. Nak diamkan cik muda. Lepas ni, pasti cik muda takkan bertanya lagi..’

Selesai bab 1... InshaAllah kita sambung esok ya.. Terima kasih kepada yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR hari.. Tq.tq.tq...

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-03-02 18:10:14 

Tu uan dan semangat sama saja. Hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience