19. PULANG

Fantasy Completed 227354

Kemurungan menguasai jiwa Falisha, pertama kalinya dia jatuh cinta dan dalam masa yang sama juga dia terjunam dalam jurang rasa kecewa yang paling dalam. Di mana saja dia duduk pasti dia akan termenung panjang dan mengelamun. Memikirkan salah apa yang dia lakukan sehingga Aryan sanggup sakitinya dan sia-siakan cintanya. Cinta yang dibina diantara mereka berdua. Sedangkan dia sesungguhnya percayakan Aryan setulus hatinya.

“Kak Ani..” Fadhlan memanggil Juani.

“Ya Tuan.” Dia baru saja selesai solat asar berjemaah dengan suaminya sebentar tadi. Melangkah kepada Fadhlan bila mendengar suara Fadhlan memanggilnya.

“Isha dah makan ke tu? Aryan ada datang tak cari Isha hari ini?” Tanya Fadhlan. Menunjuk kepada Falisha yang sedang meyandarkan kepalanya kepada dinding rumah dan termenung melihat pokok bunga yang sedang bergerak di tiup angin.

“Cik muda masih belum makan. Dia cuma sarapan saja pagi tadi.. Hmm.. Ya Tuan, dia datang juga seperti hari-hari yang sebelum ini. Tapi cik muda tetap menolak untuk berjumpa dengan anak muda itu tuan.” Jelas Juani.

“Telefon bimbit Isha?”

“Masih ada pada saya Tuan. Apa saya nak buat dengan telefon bimbit tu tuan. Saya takut nak hidupkan.. Bila saya hidupkan bertalu-talu mesej dan panggilan masuk” Jawab Juani mengeluarkan telefon bimbit milik Falisha. Falisha menyerahkan telefon bimbit itu beberapa hari yang lepas kerana dia rimas di ganggu oleh panggilan dari Aryan.

“Tanggalkan saja baterinya dari telefon bimbit tu Kak Ani. Biar budak tu tak boleh hubungi Isha lagi. Kenapa perlu dia cari Isha lagi? Sedangkan dia sendiri yang buat semua ni. Masalah ni semuanya dari dia. Saya taknak Isha terganggu. Biar Isha tenang seperti dulu.” Arah Fadhlan.

“Tapi tuan. Kalau kawan-kawan cik muda nak call nanti macam mana?” Tanya Juani.

“Hmm itu, biarlah. Mereka boleh terus ke sini kalau betul-betul nak jumpa dengan Isha.” Fadhlan berjalan menuju ke arah pintu sisi ruang rumahnya dimana, ada Falisha diluar sana sedang termenung.

‘Pulang saja kepada yang mengasihimu Isha.’ Suara itu bagai, menyapa gegendang telinga Falisha.

‘Siapa yang mengasihi? Siapa? pulang kepada siapa?’

‘Seseorang yang setia menantimu jauh di Lantera’

‘Siapa?’

‘Wazien’ Saat nama itu di petik. Angin bertiup lembut membelai wajah Falisha. Sehingga menerbangkan rambut Falisha. Nyaman terasa. Terbayang pemilik wajah yang sentiasa tersenyum kepadanya itu.

‘dia...’ Falisha mengeluh. Terbayang wajah lembut milik Wazien.

‘Aku dengan dia bagai langit dan bumi. Seperti tak layak untuk disatukan. Seorang lelaki yang mempunyai keperibadian yang akan membuatkan sesiapa saja kagum dan akan mudah jatuh..cin..’ pedih! Sampaikan Falisha tak boleh menyebut kata keramat itu.

‘Kau berfikiran terlalu jauh. Sedangkan dia sedang menunggu kau di sana seikhlas hati. Pulanglah dan rawat hati kau yang terluka. Kau lebih selamat bila ada di Lantera. Ingat tu.’ Suara itu, yang dulunya selalu bernada sinis kepada Falisha kini bernada tenang. Memujuk Falisha dengan lembut.

“Isha. Buat apa termenung disini?” Tanya Fadhlan.

“Papa.. Dah balik kerja? Isha ambil angin. Tak tahu nak buat apa pa..” Balas Falisha berpaling melihat kepada Fadhlan.

“Kak Ani cakap yang Isha belum lagi makan. Hanya makan sarapan saja tadi. Kenapa belum makan?” 

“Isha masih belum lapar pa. lagipun Isha tak ada buat apa-apa. Kalau banyak makan nanti. Gemuk pula Isha.” Falisha menarik kerusi yang ada di ruangan santai itu.

“Sekarang boleh papa tahu plan Isha? Isha nak kerja semula? Papa akan maklumkan kepada Doktor Asfar ..” Fadhlan sekadar memancing suasana hati Falisha. Taknak anaknya terus terbuai mengikut emosi, kecewanya.

“Isha malas nak keluar.” Falisha memberi alasan. Dia tak mahu terserempak dengan orang yang sudah melukakan hatinya. Baik Aryan mahupun Natrah. Dia lebih rela terperap melihat wajah papanya saja saat ini.

“Pa..” 

Fadhlan yang baru nak usulkan sesuatu kembali menutup mulutnya bila mendengar Falisha memanggilnya.

“Ya sayang..”

“Isha masih belum tahu siapa diri Isha.. Isha nak cari identiti Isha. Isha…”

“Isha tinggal disini pun Isha rasa tak tenang pa..”

“Dah tu Isha nak papa buat apa?”

“Isha..” Falisha memejamkan matanya rapat dan menarik nafasnya dalam. Saat kelopak matanya terbuka. Wajah Fadhlan diperhatikan dalam-dalam.

‘Kuat isha! Ini bukannya satu perpisahan buat kau dengan papa’ entah kenapa dirinya sebak saat itu. 

‘Keputusan harus dibuat. Dia lebih memahami andai kita terpaksa pergi.’suara itu berbisik lagi.

“Isha nak ke Lantera.” Seraya itu air mata Falisha jatuh di pipi. Terasa berat lebih sakit daripada kekecewaan yang dibuat oleh Aryan.

“Alhamdulillah.. Papa dapat dengar juga ayat tu. Walaupun papa..” Fadhlan menunduk dan mencium atas kepala Falisha yang sedang duduk di kerusi. Kata-katanya tadi dibiarkan tergantung begitu saja.

Bisu seketika. Saat dua beranak itu seperti tenggelam dalam emosi mereka.

‘Itulah yang paling terbaik sayang..’

“Papa di sini. Jaga diri. Kali ni Isha tak pasti, bila Isha akan balik ke sini semula pa. Papa jangan makan makanan yang boleh buat papa sakit. Jaga kesihatan papa. Isha akan merindui papa nanti, sangat merindui papa..”  Falisha menarik lengan Fadhlan dan memeluknya dengan erat. Air mata sudah basah turun bagaikan empangan pecah. Sehingga membasahi lengan baju kemeja Fadhlan.

“Papa tahu” balas Fadhlan. Sungguh dia merindukan Isha yang selalu membebel manja seperti dulu, seperti sekarang ini. Tapi, kali ini dia terpaksa lepaskan anak gadisnya itu pergi, sekali lagi. Masih ada perkara yang lebih penting Isha perlu lakukan. Puak Lantera memelukan Falisha. Dia tak boleh menidakkan takdir yang telah di atur buat anak gadisnya itu.

“Bila Isha nak papa panggilkan Zayyad..?” Fadhlan menepuk belakang Falisha.

“Kalau boleh, Isha nak pergi sekarang.. Isha, perlu pergi dari sini.. Untuk ke satu tempat yang boleh tenangkan fikiran..” Falisha menunjuk ke arah pintu pagar rumah mereka mereka. Sebuah kereta merah cili baru tiba di luar sana. Mendengar bunyi enjin kereta yang dulunya membuatkannya tak sabar-sabar nak keluar menyambut kedatangan si pemiliknya. Tapi, sekarang semuanya telah berubah.

“Isha naiklah ke atas. Papa akan sampaikan kepada Zayyad. Biar papa saja keluar tengok apa yang dia nak..” Muncung Fadhlan meghala ke arah pagar rumah.

“Terima kasih papa..” Falisha naik ke atas rumahnya. 

Fadhlan mengeluarkan telefon bimbitnya. Walaupun berat hatinya nak menyampaikan hal itu. Namun dia tetap bersyukur Falisha akhirnya bersuara untuk ke Lantera.

“Tak apa kak Ani biar saja saya yang keluar tanya apa yang dia nak.” Fadhlan menahan langkah Juani yang sedang menuju ke alat komunikasi untuk menjawap panggilan Aryan yang ada di luar rumahnya.

“Baik tuan” Juani masuk ke dalam semula.

“Assalamualaikum Zayyad.” kata Fadhlan sebaik panggilan disambungkan. Kakinya tetap melangkah keluar dari pintu utama rumahnya.

“Bakal ratu lantera dah sedia.” Bagaikan satu kod rahsia. Fadhlan menyampaikan kata itu kepada Zayyad di sebelah sana. Sorakkan jelas kedengaran di gegendang telinganya. Mata Fadhlan terpejam saat gegendang telinganya bergegar mendengar jeritan Zayyad. Serta merta telefon bimbit yang melekat di telinga dijauhkan oleh Fadhlan.  

“Datanglah sementara saya nak halau si pengacau dulu, buat masa ni. Assalamualaikum.” Fadhlan memutuskan pangilan apabila ucapan salamnya dijawap oleh Zayyad.

Aryan melihat pintu kecil sebelah pagar itu dibuka dari dalam. Cepat-cepat Aryan mengatur langkahnya ke arah pintu itu. Langkahnya mati saat dia melihat Fadhlan  yang keluar di sebalik pintu itu.

“Uncle. Boleh saya nk jumpa dengan Isha.”

“Untuk apa? Kenapa perlu cari dia lagi? Tak cukupkah kau dah sakitkan hati dia, masih nak buat di kecewa?” Tanya Fadhlan. Hati ayah mana yang tak sakit saat melihat anaknya disakiti. Baik buruk Isha. Itulah satu-satunya anak yang dia ada. Itulah racun, dan itulah juga penawarnya.

“Bukan uncle. Saya tahu, saya sebelum ni salah.. Sekarang ni..”

“Sekarang ni, balik lah Aryan. Anggap saja kamu berdua tak berjodoh. Lupakan anak uncle.” Potong Fadhlan lantang suaranya menegur Aryan yang masih berharap boleh berjumpa dengan Falisha.

Perbalahan Fadhlan dan Aryan berlanjutan. Sampailah Zayyad tiba. Zayyad menghampiri Fadhlan dan menjadi orang tengah membuatkan Fadhlan berada di belakangnya menyauhkan Aryan dari Fadhlan.

“Kau siapa nak masuk campur.”

“Aku kena masuk campur kalau melibatkan keselamatan keluarga ni. Kau sila pergi dari sini.” Zayyad menyatakan dengan sopan pada Aryan.

“Aku tak akan pergi selagi aku tak jumpa dengan Isha” Aryan menolak kedua-dua bahu Zayyad dengan tangannya menjarakkan Zayyad dengan dirinya.

“Aku cakap elok-elok dengan kau ni! Kau tak faham bahasa ke? Nak aku guna tangan, kaki? Baru kau nak faham?” Zayyad menyapu bahunya, bekas tempat Aryan menyentuhnya tadi.

“Kau berlagak! Tiba-tiba datang. Nak tunjuk hero disini. Hah!”Aryan menolak dada Zayyad beberapa kali sehingga Zayyad mundur ke belakang beberapa langkah. Zayyad sekadar membiarkan saja Aryan sehingga Aryan merasa puas.

“Tak guna aku kotorkan tangan aku dengan orang semacam kau.”

“Kau!!”

“Berhenti!”

Masing-masing berpaling melihat kepada arah suara itu. Falisha berdiri di muka pintu pagar bersama dengan Juani di belakangnya.

“Isha.. Sayang.. Please let me explaind..” rayu Aryan.

“Pergilah Aryan. Tak perlu lah merayu-merayu lagi. Nak jelaskan apa-apa lagi. Hati Isha dah tertutup, tak mungkin akan terbuka lagi, buat kali kedua, Aryan..” ucap Falisha membuatkan hati Aryan bagai di siat-siat. Nafasnya bagaikan tak terasa saat itu.

“Isha..”

‘Hati ini, kau hancurkan sampai berkeping-keping Aryan! Buat jiwa ini dalam kesakitan. Aku tak perduli Aryan. Walau apa pun yang akan terjadi. Dari aku terus menanggung siksa ini. Biar aku bebas dari segalanya. Biar jiwa aku bebas dari cengkaman cinta kau ! Kau beri aku satu cinta yang sangat menyakitkan.’

“Papa Isha pergi” Falisha bersalaman dengan Fadhlan. Kali ini Falisha memeluk Fadhlan dan mencium pipi Fadhlan sebanyak tiga kali seperti masanya kecil-kecil dulu. Fadhlan mengelus pipi Falisha. Hanya anggukkan yang diberikan oleh Fadhlan.

“Sila kan cik muda.” Zayyad mengambil beg yang di bawa oleh Juani.

“Tunggu! Isha nak kemana?” Aryan menahan Isha. Pantas Zayyad melindungi Falisha, kalau boleh sedikit pun dia tak mahu lelaki itu menyentuh Falisha.

“Bukan urusan kau.” Zayyad menolak Aryan ke tepi. Membuka kan pintu kereta buat Isha.

“Eh! Kau ni siapa! Aku Tanya kau nak bawa Isha ke mana? Entah-entah kau ni?” Aryan merenung tajam Zayyad.

‘Dia ni! Kalau hilang sabar aku! Makan penumbuk jugak dia ni.’Zayyad menarik senyumnya. Berusaha menjaga etikanya.

“Jangan sebarangan menuduh, saudara. Dato’ kami pergi dulu ya Assalamualaikum” Zayyad bersalaman dengan Fadhlan.

“Waalaikum salam.” Balas Fadhlan dan menyambut tangan Zayyad untuk bersalaman.

‘Diaorang ni buat aku macam tunggul di sini. Macam aku ni halimunan. Isha pula.’ Aryan berjalan ke kereta. Mengetuk-ngetuk tingkap kereta Zayyad. Masih belum putus asa untuk memujuk Isha di dalam sana.

“Jalan saja abang. Isha dah sakit telinga. Bingit.” Falisha yang ada di tempat duduk belakang membuang pandangannya ke luar tingkap ke arah yang bertentangan dengan Aryan.

“Baik cik muda. Kita bertolak sekarang.” Balas Zayyad.

Fadhlan melihat kereta yang di pandu Zayyad berlalu pergi. Aryan mengejar kereta itu, masih belum beralah. Bila dia melihat Aryan berhenti mengejar, Fadhlan berpaling masuk ke dalam kawasan pagar rumahnya bersama dengan Juani. Aryan berlari masuk ke dalam keretanya dan memecut keretanya mengejar kereta Zayyad. 

“Anak muda..” Fadhlan mengelengkan kepalanya.

“Tuan..” Juani menunjukkan telefon bimbit Falisha yang masih ada padanya.

“Tak apa. Kak Ani simpan saja. Tak ada gunanya pun, kalau Isha bawa telefon bombit tu ke Lantera. Bukan cara itu mereka saling berhubung..” Fadhlan menarik senyumannya melebar. Kerana baru saja tadi dia mendengar suara bisikkan bakal pemimpin Pulau Lantera. Suara itu sopan menyapa. Hanya suara saya mampu membuatkan dirinya jatuh suka. Penasaran bagaimana rupa bakal menantunya itu.

Aryan mengejar kereta yang di naiki oleh Falisha tadi. Namun kereta yang dikejarnya hilang sebaik masuk ke jalan kampung yang dia sendiri tidak yakin untuk masuk. Kawasan pendalaman itu dipandang dengan penuh rasa sangsi. Orang-orang kampung yang banyak terdiri dari para nelayan itu diperhatikannya.

“Aku terlepas! Kemana dia pergi?” Aryan memandu masuk lagi kedalam sampailah keretanya berhenti di sebuah titi yang hanya muat untuk laluan motosikal.

Tok! Tok! Tok! 

Tingkap kereta Aryab diketuk. Aryan berpaling melihat seorang lelaki separuh baya yang megenakan kain yang terikat pada kepalanya.

“Assalamualaikum” Salam kedengaran saat tingkap kereta diturunkan separuh.

“Waalaikum salam..” terangguk angguk Aryan menjawap salam dari lelaki itu.

“Nak kemana ni nak. Kereta tak lepas nak naik jambatan ni. Kalau anak nak pergi juga sebelah sana. Kena ambik simpang yang sebelum anak masuk tadi tu. Disana ada titi besar muat untuk kereta lalu..” balas lelaki itu menunjuk kearah jalan yang ada di belakang kereta Aryan.

“Oh ya, ke pakcik. Pakcik ada nampak tak satu kereta yang warna hitam masuk kesini?” Tanya Aryan.

“Kereta?” Lelaki itu mengelengkan kepalanya.

“Tak apalah. Saya undur sekarang.” Aryan menaikkan semula tingkap keretanya. Perlahan-lahan mengundurkan keretanya meyusuri jalan yang sempit itu.

‘Isha! Mana aku nak cari engkau.’

Falisha pada saat ini sudah berlayar menaiki kapal milik Zayyad ke Pulau Lantera. Pulang ke Lantera membawa hati yang retak seribu. Sepanjang perjalanan Falisha dia hanya duduk santai di kerusi rehat yang ada di geladak. Cuaca indah mengiringi perjalanannya kali ini. Matahari semakin condong di ufuk sana. Falisha bangun bila dia mula melihat sebuah pulau di tengah lautan luas. Matanya dulu tak melihat setiap keindahan pulau itu kini mula nampak semuanya. Segala bukit dan gunung yang menghiasi pulau itu. Nampak sempurna seperti sebuah lukisan.

“Kita dah sampai di Pulau Lantera.” Zayyad bersuara setelah diam sejak awal tadi.

“Terima kasih. Abang..” Tanpa menunggu sesiapa menyambutnya, Falisha melompat turun ke atas jeti. Sebaik kakinya mendarat di jeti Falisha berpaling dan melambai kepada Zayyan.

“Abang pergilah. Isha tahu ke mana arah tujuan Isha.”

“Baiklah. Kalau macam tu. Abang pergi dulu.. Assalamualaikum..”

“Waalaikum salam..” Falisha berjalan sampai ke hujung jeti. Kemudian dia menarik sebaris senyuman. Terbayangkan bagaimana pertama kali dia disambut dulu oleh Wazien. 

‘Wazien?’

‘Dia mana?’ tiba-tiba soalan itu terdetik di hati. 

Sepasang mata sudah lama mengintai Falisha. Dari Falisha ada di atas kapal lagi dia sedah menyasarkan Falisha, menunggu saja Falisha menjejakkan kakinya ke tanah Lantera. Sedia untuk menerkam Falisha.

Kaki kanan Falisha menginjak pasir pantai. Tanpa sebarang amaran Falisha terus diterkam sehingga dia tumbang ke pasir pantai yang putih bersih itu.

“Nakal kamu belang!” sang belang itu bergurau senda dengan Falisha. Menjilat-jilat pipi Falisha. Sama-sama bergolek di pasir bersama dengan Falisha.

“Kamu rindu Isha? Jadi kamu datang sambut Isha ya..” Falisha memeluk kaki hadapan Sang Belang. 

“Assalamualaikum..” terdengar satu suara, memberi salam. Suara itu membuatkan Sang Belang berhenti menjilat pipi Falisha. 

“Waalaikumsalam..Wazien..” Falisha bangun dan berdiri. Tangannya masih mengelus lembut bulu Sang Belang. “Macam mana perjalanan tadi?” Tanya Wazien.

“Baik” sepatah saja balas Falisha. Sambil tangannya menepuk pasir pantai yang melekat pada wajah dan pakaiannya.

‘Kenapa aku? Kekok pula dengan dia!’

“Marilah.. Sebelum matahari benar-benar tengelam, tak manis kan nanti.” Wazien mengambil beg pakaian Isha.

Falisha melihat matahari yang hampir terbenam jauh di hujung sana. Permandangan itu kelihatan sangat indah. Warna jingga yang terang itu tersimbah ronanya di segenap ruang. Falisha kemudian berpaling melihat kepada Wazien yang tak pernah lokek memberi senyuman kepadanya. 

“Marilah” balas Falisha. Menundukkan pandangannya sebelum pandangan mereka bertaut.

“Falisha akan bermalam di rumah utama ya..” Falisha menganggukkan kepalanya. Langkah di atur terus ke rumah utama. Wazien meninggalkan Falisha di rumah utama selepas memastikan semuanya berada di dalam keadaan selamat. Falisha yang berada di jendela melihat Wazien sedang berjalan pergi.

Malam itu Falisha tidak boleh melelapkan matanya. Dia berjalan keluar dari bilik tidurnya. Ruang tengah rumah itu menjadi tempatnya menghabiskan masanya. Satu buku yang tebal isinya, dikeluarkan dari sebuah rak.

Helaian pertama dibuka. Kemudia dia mengeluh.

“Jawi? Macam mana aku nak baca ni?” rungut Falisha. 

‘Hihihi.. Kau tak boleh membaca? Tak ku sangka”

“Bukanlah cuma.. Terlupa..” alasan yang Isha gunakan untuk membalas kepada suara itu. Sampai dia tak sedar yang dia sedang berbicara.

‘Wazien dapat bantu kau. Mintalah tolong dari dia andai kau terlupa. Buku ini adalah sejarah dari moyang yang terdahulu’

‘Kenapa perlu Wazien? Kenapa tak kau saja yang ajar aku.’ Macam mana dia nak berdepan dengan lelaki itu. Malu andai, dia ketawakan oleh Wazien nanti.

‘Tak perlu malu, kalau kau nak tahu dialah orang yang paling tepat untuk kau tahu semuanya. Selain Ali Muaz.’

Helain buku itu dibuka lagi. Mahupun Falisha tak boleh membacanya. Dia sekadar melihat setiap lakaran yang ada. 

‘Cantiknya tulisan tangan ini. Kemas dan rapi..’

‘Tunggu lah sampai kau jumpa siapa penulisnya.’

‘Penulisnya pasti orang tua.. Tak mudah nak menulis dengan sebegini indah’ suara ketawa memenuhi pemikiran Falisha. Sekali lagi dia di di gelakkan oleh suara semangat itu.

Pulang dah isha... Siapa penulis tulisan jawi tu... Hihihihi.. (^-^) Alhamdulillah berjumpa lagi kita.. Terima kasih kepada anda semua.. Sudi luangkan membaca PERJANJIAN TAKDIR.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience