35. ANGIN

Fantasy Completed 227394

“Kanda..” 

“Kanda..”

Falisha mengetuk pintu bilik air. Namun Wazien yang ada di dalam tak menyahut panggilannya.

“Takkanlah dia terasa dengan Aryan.” Falisha mengaru kepalanya. Walaupun Wazien tak menyatakan apa-apa kepadanya. Dari cara renungan mata Wazien, Falisha sudah dapat mengagak ada yang tak kena dengan suaminya itu.

“Aku keluar tadi bertudung kan. Apa lagi yang tak kena..?” Falisha mengeluh berjalan dan menghenpaskan dirinya ke sofa dengan kasar.

Ketika pintu bilik air dibuka Falisha melihat Wazien yang keluar dari bilik air sudah siap megenakan seluar panjangnya dan menutup badannya dengan tuala. Air di rambutnya masih menitis pada hujung-hujung rambutnya.

“Kanda, kenapa kanda tak lap rambut kanda kering-kering?” pantas tangan Falisha mencapai tuala dan menghampiri Wazien. Lengan Wazien ditarik oleh Falisha.

“Allah!”

“Kenapa?” Falisha turut ikut terkejut, melepaskan semula tangan Wazien.

“Kanda ada wuduk ni.” walaupun nada itu lembut. Tapi Falisha tidak merasa senang dengan ayat itu.

“Kenapa? Kanda marah sebab Aryan datang ke, kanda?” Tanya Falisha. Lengan Wazien tetap di pegang tak memperdulikan lagi larangan Wazien. Memang sudah sah-sah sudah terbatal wuduk wazien juga kan.

“Siapa? Ohh.. Lelaki tadi tu ke? Orang yang Kasih pernah cintakan dulu? Betul tak?” Tanya Wazien. Tangan Falisha yang melekat pada lengan terjatuh ke bawah. Terasa pertanyaan yang lembut itu bagaikan cemeti yang sedang dilibaskan kepadanya.

“Kanda. Kasih dengan dia tak ada apa-apa..”

“Kan kanda sudah pesan dengan Kasih. Jangan keluar dari rumah. Rumah ni Kanda dah pagar.Tapi Kasih ingkar. Kasih keluar juga kan, betul tak?” tanya Wazien.

Allah! Kenapa aku tak boleh ingat tentang itu. Kenapa aku sampai terleka bila Aryan datang merayu-rayu tadi. Falisha menelan air liurnya sendiri, sehinggakan terasa seperti mahu tersedak pada tika itu. Sekarang fahamlah dia, apa salahnya. Bukan salah kerana Aryan datang kerumah mereka tadi. Rupanya kerana dia keluar dari lingkaran yang dibuat oleh Wazien.

“Kanda. Kasih tak sengaja lah kanda. Kasih terlupa.”

“Terlupa sebab Kasih berniat nak jumpa dengan dia kan? Kasih, Kanda tak meminta lebih. Kanda ikhlas dengan rasa yang terjalin di antara kita. Kanda percayakan Kasih sepenuh hati Kanda. Tapi keselamatan Kasih keutamaan Kanda. Kenapa Kasih nak berdegil tentang itu. Susah ke Kanda nak fahamkan Kasih tentang itu?” Wazien menerangkan niat dihatinya. Memang dia terasa dengan lelaki yang datang mencari isterinya itu. Tapi melihat Falisha berada di luar lingkaran. Demi untuk berjumpa dengan lelaki itu menjadikan salah itu lebih jelas kelihatan, menutup salah yang lainnya.

“Maaf.. Sungguh Kasih tak tahu dia nak datang, dia bising-bising di luar rumah. Itu yang Kasih keluar juga kanda.”

“Kasih bersiaplah. Kita akan balik ke Lantera.” Putus Wazien. Kemudian berjalan untuk memilih pakaian nya sendiri memandangkan Falisha sedang berdiri kaku di tempatnya.

“Apa.. Balik Lantera. Tapi kenapa? Kanda marah sampai kita kena balik Lantera. Kasih janji dengan Kanda. Kasih tak kan keluar lagi. Tunggu lah beberapa hari lagi Kanda.. boleh lah?” Rayu Falisha. sungguh keputusan itu terlampau mendadak buatnya. Sedangkan dia belum sedia nak kembali ke Lantera.

Kalau aku bertahu dia yang kita tak selamat untuk tinggal disini lagi. Dia mesti fikirkan tentang papa pula. Papa adalah kunci yang boleh digunakan oleh Maheen untuk mendapatkannya. Aku perlu bawa dia Pulang ke Lantera. Itu adalah keputusan yang paling tepat.

“Deena!” panggil Wazien.

“Jangan!” bentak Falisha. Tapi itu sedah terlambat. Deena sudah menjelmakan dirinya di hadapan mereka berdua.

“Kanda.. Denda apa lagi kali ni?” tanya Falisha dengan nada yang perlahan. Dia berpaling melihat kepada Deena dan mengelus lembut bulu putih berbelang hitam milik Deena.

“Jaga tuan kamu Deena. Pastikan dia berkemas untuk pulang ke Lantera.” Arahan diberikan kepada Deena.

“Tu Kanda nak kemana pula?” Falisha melihat Wazien sudah siap menyarungkan baju pada tubuhnya. Tapi langkah itu tak kembali semula ke bilik air melainkan ke pintu untuk keluar.

“Kanda nak turun ke bawah nak cari papa sekejap, nak beritahu kita nak balik ke Lantera.” Jelas Wazien.

“Bukan ke Kanda nak solat tadi?” Falisha bertanya lagi. 

Pelik dia melihat Wazien yang nampak berbeza, seperti bukan dirinya. Seorang  yang tenang macam sebelum ni. Cemburukah dia? Sampai begitu sekali? Dia berubah tak tenteram.

“Ya, Allah” tangan yang di angkat untuk memulas tombol pintu di jatuhkan semula ke bawah.

“Kanda sebetulnya kenapa? Lain sungguh Kasih tengok Kanda ni?” Falisha mengikut berjalan di belakang langkah Wazien.

“Kasih kena balik ke Lantera. Kita kena balik ke Lantera. Mata-mata Maheem sudah ada di bandar ini. Kanda..”

“Jadi sebab itu Kanda jadi tak setenang ini? Sebab mata-mata Maheem?” Tanya Falisha.

Wazien menganggukkan kepalanya. Falisha bernafas lega. Sangkanya Wazien begitu kerana Aryan. Mujurlah bukan sebab itu.

“Baiklah Kasih ikut Kanda balik ke Lantera. Abang Zayyad dah tahu?” tanya Falisha.

“Kenapa dengan Zayyad? Kanda nak solat dulu..” Wazien masuk kedalam bilik air meninggalkan Falisha.

“Eh? Kenapa tanya macam tu? Nak balik ke Pulau Lantera mestilah balik dihantar oleh Abang Zayyad kan? Betul tak Deena..” Falisha berpaling melihat kepada Deena yang sedang duduk memandang kepadanya dari tadi.

“Aku tak campur urusan kau dan dia.” Balas Deena dingin.

“Kau ni Deena! Siapa tuan kau, aku ke dia? Melampau ya kau sekarang ni. Aku panggil kau tak sahut. Kalau dia panggil, bukan main je. Terus keluar. Kau ada hati dengan Bayu ya?” Falisha menunding jarinya kepada Deena yang ada di hadapannya.

“Boleh tak kau berkemas, sekarang ni. Aku dah serupa patung, dari tadi asyik perhatikan kau” Deena merungut. Malas nk melayan Falisha. Kepalanya dijatuhkan ke lantai dan duduk bersantai di lantai bilik itu.

“Deena kau okay? Kau sakit ke?” tanya Falisha. 

Deena mengangkat kepalanya untuk menjawap kepada Falisha. Pada masa yang sama juga pintu bilik air di buka. Wazien keluar dari sebalik pintu dengan wajah yang basah. Menadah tangannya membaca doa kemudian mengaminkannya.

“Kanda..”

“Kanda solat sekejap ya..” Wazien memotong sebelum sempat Falisha menyambung bicaranya. Kembung kedua-dua belah pipi Falisha bila dipintas oleh Wazien begitu. Deena yang berada di lantai mengangkat tangan gebunya menutup wajahnya sendiri. Selesai solat Wazien turun ke bawah tanpa di sedari oleh Falisha yang sedang membebel kepada Deena.

Langkah di atur turun ke bawah, mencari kelibat Fadhlan. Pintu bilik yang tertutup rapat itu diperhatikannya.

Takkah dia terkejut kalau aku tiba-tiba nak balik ke Lantera. Malam ini juga? Apa pula kata dia nanti? Mulut Wazien berdecit dan mula mengeluh. Berat untuknya nak sampaikan hasrat itu. 

Kreeek..

Pintu bilik Fadhlan dibuka. Keluarlah Fadhlan dari biliknya mengenakan baju melayu, sepertinya Fadhlan juga baru selesai solat sepertinya juga.

“Papa, Wazien ada sesuatu yang Wazien nak sampaikan kepada papa.” Wazien memulakan bicaranya. Menyapa Fadhlan yang sedang tersenyum kepadanya.

“Hah! Wazien. Kenapa ni? apa yang kamu nak sampaikan ni.?” tanya Fadhlan. Dia dapat melihat garis-garis kerisauan pada wajah anak muda itu mula kelihatan.

“Apa yang Wazien nanti sampaikan ni. Papa jangan terasa ya.” 

“Ya allah! Apa yang berat sangat ni? cakap sajalah. Papa dengar, cakaplah” Fadhlan menarik lengan menantunya agar ikutnya berjalan bersama ke ruang makan.

“Maaf, pa sebenarnya Wazien kena bawa Falisha balik semula ke Lantera. Wazien risau Falisha tak selamat tinggal disini pa..” Fadhlan berhenti melangkah diantara ruangan rumah itu. Wajah yang ceria tadi mula kelihatan suram.

“Tak apalah kalau macam tu. Papa nantikan bulan penuh nanti, untuk kepulangan Isha ke rumah ni semula.” Balas Fadhlan.

“Terima Kasih papa.”

“Papa nak tanya Wazien ni kenapa tiba-tiba nak balik? Sebab lelaki yang bernama Aryan tu ke?” Tanya Fadhlan. perlahan-lahan  dia melihat kepala menantunya itu mengeleng.

“Bukan sebab tu papa. Wazien risau keselamatan Isha. Takut dihidu Maheem.” Jelas Wazien.

Maheem? Nama tu, macam pernah aku dengar sebelum ni. Nama tu rasanya pernah disebut oleh Yaseera sebelum dia meninggal. Dada Fadhlan mula berombak.

“Kenapa papa?” Tanya Wazien bila melihat wajah Fadhlan mula pucat.

“Tak ada apa-apa. Cuma nama tu pernah mama kamu sebut, dan mama kau pernah berjumpa dengan Maheem sebelum dia meninggal.” Jelas Fadhlan dengan wajah yang keliru dan juga risau.

“Mama? Kenapa mama jumpa dengan Maheem?” kini Wazien mula risau. Risau ada perkara lain yang dia tidak tahu.

“Papa tak pasti. Tapi hanya sekali saja mama kamu jumpa dia. Papa tak tahu, itu pun sebab papa tanya dia. Dia berpesan dengan papa untuk lindungi Isha dari Maheem, kerana Maheem akan ambil Isha dari kami. Itu yang mama pesan sebelum dia pergi. Sebab itu mama kamu kunci diri Isha yang satu tu.” Waziem menganggukkan kepalanya. Faham.

“Papa, jangan risau. Wazien akan Falisha. Dia akan selamat jika tinggal di Lantera.” Wazien menunduk lalu mengambil tangan Fadhlan dan mencium belakang tangan itu. Cincin perak berpermata biru itu diperhatikannya.

“Cincin ini akan lindungi darah dan api biru yang diberikan Falisha sebelum ini kepada papa. Zayyad juga akan sentiasa berada dekat dengan papa. Wazien akan mengharap kepada dia untuk menjaga papa disini.” Terang Wazien.

“Cukup banyak yang telah dilakukan oleh Wazien untuk keluarga papa. Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya. Papa dah susahkan pihak Lantera.” Fadhlan menepuk belakang tangan Wazien.

“Jangan macam tu papa. Kita sudah jadi sekeluarga. Papa ni, buat Wazien segan lah” kata Wazien seraya ketawa kecil.

“Sungguhlah, kenapa nak segan dengan papa” Fadhlan ikut ketawa bersama.

“Apa ni ketawa-ketawa dari tadi? sampai keatas dengar tau” tegur Falisha baru turun ke lantai bawah membawa beg di tangannya.

“Lah kenapa? biarlah ketawa. Takkan nak nangis pula. Hai anak papa ni. Lepas ni balik tengok papa. Papa nak jumpa dengan cucu papa pula ya.” Sakat Fadhlan.

“Cucu apa pa?” tanya Falisha, dengan wajah yang berkerut. Belum dapat menangkap apa yang diminta oleh papanya itu.

“Ya Allah, anak siapa lah ni. Belajar sampai ke tempat orang, tapi perkataan cucu boleh tak faham pula. Cucu lah.. Grandson faham ke tak lagi?” tanya Fadhlan. Wazien sudah memalingkan kepalanya ke arah lain menyembunyikan senyumannya.

“Ohh..! Cucu yang itu. Bukan lah pa, Isha ingat papa cakap cucu tu.. Hmm mana tahu ada makhluk yang nama cucu di Lantera. Nak minta Isha bawa balik ke sini. Itu yang Isha keliru tu..” Isha menjelaskan salah fahamnya dalam masa yang sama mukanya memerah dek kerana malu.

Aargghh! Papa minta cucu. Kalaulah cucu tu boleh dikutip di tepi jalan. Atau boleh dipetik seperti bunga yang ada ditaman. Kalaulah ia semudah itu. Isha akan petik dan berikan kepada papa sampai papa tak menang tangan nak melayan mereka semua.

“Insyaallah papa. Mungkin atas doa papa. Kami pulang nanti membawa berita gembira buat papa.” Ucap Wazien. Falisha berpaling melihat kepada Wazien.

“Sungguh kah? Moga cepatlah kamu berdua timang anak, papa pula dapat cucu.. Aminn.. Papa selalu doakan perkara yang baik-baik  kepada kamu berdua.” Fadhlan mengaminkan doanya. Dengan meraup tapak tangannya ke muka.

“Dah siap?” Tanya Wazien mengambil beg yang ada di tangan Falisha.

“Dah? Tapi abang Zayyad mana? Dia dah sampai ke?” Tanya Falisha. tertoleh-toleh kepalanya ke kiri dan kanan mencari kelibat Zayyad yang akan membawa mereka pergi.

“Tak payah nak cari Zayyad. Salam papa dulu” Fadhlan menyuakan tangannya kepada Falisha.

“Alah pa ni” bentak Falisha. Kemudian dia menarik bibirnya tersenyum. Tangan  Fadhlan disambut oleh Falisha. Falisha menunduk dan mencium belakang tangan papanya.

“Isha balik dulu, papa jaga diri ya.” Falisha memeluk papanya dan mencium pipi Fadhlan di kiri dan kanannya.

“Isha tu jaga diri. Ingat dengar cakap suami. Jangan nak keras kepala sangat. Apa suami cakap tu dengar jangan nak argue je memanjang..” pesan Fadhlan sambil mengosok kepala Falisha yang dilapisi sehelai selendang nipis.

“Tahu pa..”

“Kami balik dulu papa. InsyaAllah Wazien akan bawa Falisha lagi saat bulan penuh setiap purnama seperti yang dijanjikan, sebelum ni papa.” Wazien menunduk bersalaman kali kedua dengan Fadhlan.

“Jagakan harta terakhir papa ni baik-baik ya Wazien, papa percayakan kamu. Kamu suami dia sekarang. Bentuklah dia dengan lebih sempurna. Andai dia ada kekurangan di sana sini.Wazien tergurlah dia dengan baik. Anak papa ni manja. Kini papa serahkan puteri papa kepada Wazien sepenuhnya.” Jelas Fadhlan melihat kepada Falisha yang sedang berdiri di samping Wazien.

“Insha Allah papa, Wazien akan jagakan amanah ini sebaik mungkin papa. Wazien akan bahagiakan dia semampu Wazien. Terima kasih kerana papa merestui hubungan kami papa. Wazien minta diri dulu.. Assalamualaikum..” 

“Waalaikum salam..”

Wazein berpaling melihat kepada Falisha. Tangan dihulur kepada Falisha. membuatkan Falisha terkebil-kebil melihat tangan Wazien. Falisha masih bingung mahu apa suaminya itu.

“Sambut tangan tu Falisha.” tegur Fadhlan.

“Sambut?” Falisha bingung. Tapi tetap juga dia meletakkan tangannya di atas tapak tangan Wazien.

Belum sempat dia nak berpaling semula melihat kepada Fadhlan terasa kepalanya pusing. Seluruh jasadnya terasa panas, tak cukup dengan itu dia dapat rasakan setiap susuk tubuhnya bagaikan sedang direnyuk-renyuk bagaikan dihimpit sesuatu.

“Kanda” 

Tapi suara itu tak terlafaz pada bibir Falisha. Wazien menarik Falisha dengan lebih rapat lagi dan memeluknya dengan erat.

Falisha yang tak tertahan rasa itu menyembunyikan wajahnya di dalam pelukan Wazien. Terasa angin yang mereka sedang lalui ada seperti mata pisau yang akan menoreh melukakan setiap isi kulit mereka berdua.

Sampai satu saat Falisha dilepaskan oleh Wazien. Falisha terasa dirinya bagaikan baru keluar dari pusaran angin yang maha dasyat. Jatuh dia terduduk di pasir pantai dan mengeluarkan setiap isi perutnya disitu juga.

“Apa.. yang..” Falisha berpaling melihat angin yang sedang berputar disamping Wazien. Matanya terbelalak kehairanan melihat perkara itu dan juga melihat dirinya kini sudah sampai di Pulau Lantera.

“Kanda!” Falisha menunjuk kepada angin yang masih berputar dengan tangannya yang masih terketar-ketar.

“Jangan Kasih risau ini cuma sahabat kita, dia yang bawakan Kanda ke bandar. Dia jugalah yang menjemput kanda dan kasih pulang ke Lantera.” Wazien menghampiri Falisha dan membantu Falisha untuk bangun. Belum sempat Falisha hendak melihat angin yang sedang berputar itu terlebih dekat. Angin itu telah hilang begitu saja.

“Dia penah menyapa Kasih dulu, sewaktu pertama kali datang ke sini. kasih ingat tak?” tanya Wazien.

“Apa? Oh! Sebab tu lah Kasih jatuh ya?” Falisha berpaling menunjukkan ke arah jeti.

“Oh! Ingat rupanya Kasih ni, ingat dah lupa.” Wazien ketawa.

“Ingatlah. Siapa yang buat kita mestilah ingat.” Balas Falisha.

“Tak baik berdendam.” Tegur Wazien.

“Jadi kanda selama ni keluar tanpa abang Zayyad?” tanya Falisha. Wazien menganggukkan kepalanya.

“Tapi kenapa masa balik tu tak bawa Kasih naik tu saja. Kan lebih cepat” kata Falisha tak puas hati.

“Kasih ni, Kanda Cuma takut Kasih tak mampu nak bertahan di dalam putaran angin tu. Kadang itu, ia akan membahayakan.. Itulah sebabnya Kasih kena pulang dengan Zayyad dulu. Selepas ni kalau Kasih dah mesra dengan dia. Kita akan pulang menjenguk papa dengan cara yang sama. Macam mana? Boleh?” Falisha mengangguk setuju.

“Marilah kita balik ke rumah, dah malam ni.” Wazien menarik tangan Falisha untuk mereka berjalan bersama.

Berjalanlah mereka berdua masuk ke perkampungan Lantera yang didirikan tak jauh dari kawasan pantai. Tapi mereka berdua tak menyedari yang mereka turut membawa masuk Quhb bersama dengan mereka ke Lantera. Sedangkan tuannya sedang mencari-cari suruhannya yang tidak kunjung tiba di istananya.

Selamat membaca... Habislah quhb dah ikut masuk lantera...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience