37. BULAN PENUH.

Fantasy Completed 227394

Langkah diatur menyusuri pasir pantai yang gebu. Tenggelam kakinya di dalam pasir pantai itu. Laut yang luas diperhatikannya. 

“Tengok apa?” Tanya Wazien.

“Hmm..” Falisha berpaling melihat ke sisinya. Wazien  ada, sedang berdiri di sampingnya.

“Hmm sedang berfikir..” Falisha melipat tanganya memeluk tubuh.

“Fikir? Kasih fikir apa? Kanda tertanya-tanya juga ni, apa yang sedang Kasih fikirkan sekarang ni?” sakat Wazien.

“Ck, kanda ni! malas nak beritahu kanda lah kalau macam ni. Kanda selalu mengusik Kasih.” Rungut Falisha.

“Baiklah! Kanda tak mengusik lagi. Beritahulah apa yang sedang Kasih fikirkan..” tanya Wazien.

“Kenapa puak kita tak boleh hidup bersama dengan manusia normal yang di bandar?” tanya Falisha.

“Siapa kata kaum kita tak ada yang hidup di kalangan manusia. Ada saja yang hidup di kalangan manusia biasa dengan menyembunyikan identiti masing-masing. Sebelum ini, puak kita hidup tak bertamadun. Ada berlaku pergelutan dengan kaum manusia. Sampaikan mereka memusuhi kita habis-habisan. Tapi salah kita juga yang menyerang manusia sesuka hati. Panas baran dan terlalu mengikut perasaan. Semua itu berlaku semasa puak-puak kita mula berpecah dan bersaing untuk menghidupkan diri sendiri selepas berpisah dari perang empat puak utama. Selepas itu kita hidup terpencil. Melatih diri, melatih keturunan kita agar tak nampak kekok bila berada bersama dengan manusia , contohnya yang di bandar tu..” Jelas Wazien dengan panjang lebar.

“Tapi kan..”

“Tapi apa lagi kasih?” tanya Wazien, tangannya menarik tangan isterinya. Untuk berjalan bersama dengannya.

“Kenapa mula-mula masa kasih datang ke Lantera kanda katakana yang kanda tak suka dengan campur tangan orang luar?”

“Untuk keselamatan Lantera sendiri. Kasih sendiri tahu kan yang Lantera ni akan membuatkan orang yang tamak akan menjadi gila bila melihat hasil yang ada di Lantera.. Tak mustahil mereka yang ada niat buruk, akan merosakkan Lantera. Kami tamak untuk pertahankan tempat tinggal dan keselamatan penduduk kami, salah ke itu kasih?” tanya Wazien.

Falisha mengeluh dan mengelengkan kepalanya. Siapa tak gila kalau tengok banyak batu permata yang ada pada dasar-dasar sungainya. Sedangkan aku sendiri tertarik untuk mengambilnya dulu. Falisha menarik nafasnya dalam dan menghelannya dengan lembut.

“Kasih..”

“Hmmm”

“Kasiihhh..”

“Ya.. Kanda..” Falisha berhenti mengikut Wazien melangkah berjalan di pantai itu. terdapat jarak yang terhasil diantara mereka tapi itu bukanlah jarak yang memisahkan dua jasad itu kerana tangan mereka berdua masih saling mengengam erat tangan pasangan masing-masing.

“Kasih rasa, ada perkara yang kasih rahsiakan daripada kanda?” tanya Wazien. Berpaling dan melihat isterinya dalam-dalam. Setiap indera yang menghiasi wajah putih itu diperhatikannya dengan teliti.

“Rahsia? Rahsia apa pula ni kanda? Kasih tak ada buat salah apa-apa lah.” Berkerut wajah Falisha, tangannya pula naik mengaru kepalanya yang dilapisi kain selendang.

“Hmm.” Wazien juga ikut mengaru kepalanya, sama seperti Falisha dan menayang sengihannya.

“Kanda ni kenapa? Kasih ada buat salah ke?” tanya Falisha, pelik sungguh dia melihat kelakuan suaminya itu.

“Alangkah bagusnya andai..” kata Wazien terhenti disitu. Bila bibirnya mengembang tersenyum lagi.

“Alangkah bagusnya andai apa kanda?” Geram pula Falisha dengan Wazien yang seperti sengaja membuatnya tertanya-tanya begitu. Semakin lama, semakin kecil saja mata Falisha merenung kepada Wazien.

“Alangkah baik kalau pantai ni..” Wazien menunduk melihat dan menunjuk ke arah  pasir pantai yang dipijak olehnya dan Falisha. Melihat akan itu Falisha juga turut ikut menunduk sama melihat kebawah. Melihat kakinya dan kaki suaminya.

“Pantai ni?”

“Ada tapak kaki kecil memijak di atasnya. Terlakar kesan-kesan kaki comel di pantai Lantera ni..” sambung Wazien.

“Maksud kanda? Kaki kecil milik siapa? Ada makluk yang kasih perlu kenal yang mempunyai kaki kecil dan comel?” tanya Falisha polos.

“Kanda terperasan satu perkara ni..” ujar Wazien masih berteka teki.

“Perasan apa tu?” tanya Falisha lagi.

“Kasih.. Solat penuh dan belum lagi…” kata itu kali ni dibiarkan tergantung oleh Wazien. Mengharap Falisha dapat menyambung ayatnya itu.

Falisha menarik tangannya yang dipegang oleh Wazien. Jari-jarinya mula dikira berulang-ulang kali.

“Tak mungkin” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Apa yang tak mungkin? Kalau itu rezeki kita, kenapa nak menolak. Kasih jangan nak…” melekat jari telunjuk Falisha di bibir merah Wazien.

“Kanda cakap terlalu banyak lah. Bukan maksud kasih macam tu. Kasih nak kata yang, tak mungkin… sebab takut dan tak nak letakkan harapan kepada sesuatu perkara yang tak pasti..” jelas Falisha.

“Kalau macam tu, kita ke rumah mak biar dia bawakan kasih jumpa dengan bidan. Mana tahu ada..”  Beriya Wazien menyatakan hal itu sambil menggengam tangan Falisha.

“Tak nak-tak nak..” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Kenapa pula tak nak?”

“Nantilah.” Falisha mula berasa resah dan gelisah.

Bidan? Apa yang dia nak buat dengan aku? Takutlah!. Falisha menarik tangannya dari terus di gengam oleh Wazien. Sungguh kali ini dia berkeras tak mahu mengikut Wazien. Biar apa pun terjadi dia tak ingin untuk pergi.

“Kenapa ni? Bidan tu tak buat apa-apa lah dengan kasih. Kita cuma nak pastikan saja. Kenapa kasih perlu takut ni? Tak sangka orang semacam kasih, seorang perawat, takut untuk berjumpa dengan perawat yang lain..”

“Walaupun kasih ni jahil dulu. Tak menutup aurat dengan sempurna. Terbuka di sana sini. Tapi kasih tak suka kalau orang lain pegang-pegang badan kasih. Kasih..” Falisha menutup mukanya dengan tangan sambil mengelengkan kepalanya.

“Baiklah, kanda takkan memaksa kasih. Tapi kalau betullah ada. Maka termakbul lah doa papa. Betul tak..?” Wazien menjatuhkan tangan Falisha dari wajahnya.

“Kanda jangan terlalu berharap kepada perkara yang belum pasti.” Falisha menekan bait katanya. Dalam masa yang sama dia risau andai itu bukanlah seperti yang diharapkan oleh Wazien.

Di saat malam bulan penuh besar kelihatan di atas langit sana, Falisha sedia untuk pulang ke bandar bersama dengan Wazien. Menunaikan janji untuk sama-sama menziarahi Fadhlan yang ada di bandar.

Fadhlan sedia menanti di anjung rumahnya, duduk santai di atas kerusi malas yang bergoyang melihat kepada bulan penuh yang ada di hadapannya itu. Apabila dia merasakan angin yang datang menyapa wajahnya secara tiba-tiba. Tambah seri wajahnya dengan satu senyuman yang melebar. Mata yang sedang melihat pancaran cahaya bulan itu dihalangi oleh dua figura tubuh yang mula menampakkan jasadnya. 

“Papa” Falisha memanggil Fadhlan sebaik saja kakinya mencecah lantai anjung rumahnya. Fadhlan yang sedang duduk di kerusi malas bangun dan mendekatkan dirinya kepada anak menantunya.

“Falisha..” Anak tunggalnya di peluk erat sambil mengusap kepala Falisha sehingga seget-benget hijab yang dikenakan oleh Falisha.

“Terima Wazien kerana tunaikan janji dan bawa Isha untuk berjumpa dengan papa kali ini.. Terima kasih Wazien.”  Fadhlan menarik Wazien dan memeluknya bersama-sama. Sehingga Wazien tak sempat nak berkata apa-apa melainkan hanya mengangguk saja, semasa dia bersatu dalam pelukan itu.

“Marilah turun ke bawah. Mak Ani dan Pak Adi ada ada di bawah, menunggu di dapur tu. Boleh kita makan bersama nanti.” Fadhlan meleraikan pelukannya.

“Papa..” Falisha berpaling melihat kepada Wazien.

“Kalau lah kami tak datang macam mana? Papa belum makan. Sebab tunggu kami?” Falisha mula risau. Tangannya menyentuh pipi papanya.

“Papa yakin Wazien tidak akan mungkir janjinya. Sebab itu papa tunggu kamu datang untuk makan bersama.” Balas Fadhlan.

“Insyaallah pa. Wazien akan jaga janji ni dan akan terus tunaikannya.” Sampuk Wazien dengan senyuman pada wajahnya.

Turunlah mereka bertiga ke bawah untuk makan bersama. Rumah yang suram dan sunyi itu mula dipenuhi dengan gelak ketawa dari Falisha dan Fadhlan.

Keesokkannya Fadhlan yang baru siap untuk ke pejabat terkejut melihat Falisha yang ada di ruang tamu seorang diri sedang membaca majalah.

“Isha? Awal-awal nak kemana?” tanya Fadhlan.

“Papa!” Falisha bangun berdiri dan mennyimpan semula majalah yang ada di tangannya. Berjalan menghampiri Fadhlan dan membetulkan tali leher Fadhlan, kemudian memeluk lengan Fadhlan dan mereka berdua sama-sama berjalan ke ruang makan.

Juani sudah siap menghidang sarapan pagi buat mereka. Dia sedia menunggu kedatangan tuan rumahnya untuk melayan mereka bersarapan.

“Isha nak ikut papa ke office pagi ni” Falisha menayang segihnya kepada Fadhlan.

“Allah hu akbar! Apa agaknya yang merasuk kamu ni Isha. Tiba-tiba nak ke office papa. Kamu sihat ke tak ni?” tanya Fadhlan seraya meletakkan tangannya di dahi Falisha. 

Tak pernah sekali pun rasanya Falisha meminta untuk ke pejabat, walaupun sebelum ini sudah berkali-kali dia memaksa Falisha untuk mengikutnya ke pejabatnya. Selalunya Falisha akan menolak dengan perlbagai alasan yang dia sendiri tak usaha untuk memaksa Falisha lagi.

“Pa! janganlah, buat muka pelik macam tu. Isha boring duduk di rumah ni tak boleh keluar. Wazien cakap bahaya kalau Isha keluar. Jadi Isha ingat nak keluar ikut papa ke office” Falisha menarik turun tangan Fadhlan dari terus memegang dahinya.

“Apa kata kalau papa cuti saja, papa temankan Isha dengan Wazien di rumah ni, macam mana?” Cadang Fadhlan. Mendengar cadangan Fadhlan itu, membuatkan Falisha ketawa.

“Lah budak ni, dia ketawa pula. Papa serius ni.” Fadhlan berpaling lalu menarik kerusinya untuk duduk bersarapan.

“Takkanlah sampai papa nak ambik cuti pula, ala bagilah Isha ikut papa. Boleh la.. Boleh la papa..” Falisha yang sama-sama duduk di kerusi meja makan menarik lengan baju kemeja Fadhlan.

Fadhlan ketawa kepada Falisha kemudian dia berpaling melihat kepada Juani yang sedang senyum-senyum melihat kepada mereka berdua.

“Haish! Tak buang lagi manja kamu, tak segan dengan Wazien?” Fadhlan mengelengkan kepalanya.

“Sebut-sebut Wazien ni, mana menantu papa tu?” tanya Fadhlan tercari-cari Wazien yang tak ada di kalangan mereka.

“Ada. Dia sedang bersiap nak ke pejabat lah dengan papa. Tak acilah. Semuanya ke pejabat. Isha kena duduk rumah dengan Mak Ani.” Rungut Falisha.

“Papa tak kisah. Asal Wazien benarkan. Biar Isha boring pula tinggal di office nanti.” Perli Fadhlan.

“Tak boringlah office papa tu. Ramai orang..”

“Aaiippp! Jangan nak ganggu staff papa.!” Potong Fadhlan. 

“Alah papa ni. Mana ada ganggu. Tapi kalau diaorang yang melayan Isha. Nasiblah” Fadhlan mengelengkan kepalanya. 

“Siapa yang tak melayan, kalau Isha tu anak papa. Dah la, pergi naik tengok Wazien, Ajak dia turun sarapan bersama..” Falisha bangun dan berdiri tegak disamping Fadhlan. Tangannya naik memberi tabik hormat kepada Fadhlan. Baru dia nak berpaling utuk pergi, tubuhnya ditangkap oleh Wazien bila mereka berlanggar sesama sendiri.

“opppss! Kau accident!” jerit Falisha. 

“Kasih kenapa sampai melatah ni?” tanya Wazien.

“Bila masa kanda ada di belakang. Tiba-tiba saja.” Berdiri tegak semula Falisha di dalam pelukan Wazien.

“Kanda..” Wazien berpaling melihat kepada Fadhlan dan Juani yang ada di ruangan itu. Falisha mengetatkan lagi tali leher yang sudah di dikenakan oleh Wazien.

“Lah! Pandai pula dia pakai tie hari ni.” terdongak Wazien keatas bila terasa tali leher itu terlalu ketat buatnya.

“Sebab ada cikgu yang mengajar tu bagus, jadi anak murid cepatlah belajar..” Wazien mengengam tangan Falisha seraya melonggarkan kembali tali lehernya.

“Lewat saya akan bertolak ke pejabat hari ni ya.. Kak Ani.” Suara Fadhlan yang mencelah itu mengejutkan Falisha. Dia tak terus berpaling melihat kepada Fadhlan melainkan menyembamkan wajahnya di dada Wazien. Didalam sana dia merungut sesuatu yang tak jelas, tidak ada siapa pun megerti apa yang baru dikatakan oleh Falisha sebentar tadi.

“Dah Wazien, duduk sarapan dengan papa ni. Kalau kamu melayan dia. Sampai ke esok pun belum tentu selesai.” Fadhlan memanggil Wazien untuk menyertainya sarapan bersama.

“Baiklah papa.” Wazien menjarakkan dirinya dari Falisha untuk ke ruang makan.

“Kanda, Kasih nak ikut ke pejabat. Boleh kan.” Falisha menarik kembali tangan Wazien.

Wazien melihat kepada Fadhlan. Fadhlan yang sedang duduk di meja makan mengangkat bahunya sebagai balasan.

“Terpulang kepada papa. Kalau papa izinkan.”

“Yes!” terus Falisha melepaskan tangan yang memegang tangan Wazien tadi dan berlari naik ke atas.

“Kasiihhh..” panggilan Wazien tak dihiraukan Falisha. Dia terus memanjat anak tangga naik ke atas untuk mengenakan tudung di kepalanya.

“Kenapa tu pa?”

“Hmm.. Papa suruh dia tanya Wazien kalau dia boleh ikut ke tak ke pejabat. Dah Wazien benarkan. Larilah dia naik keatas, bersiap nak ikut sama..” Jelas Fadhlan.

“Patutlah. Laju je. Sampai Wazien panggil pun dah tak dengar tu” Wazien menarik kerusi dan duduk di samping Fadhlan.

Selesai makan, mereka bertiga bertolak ke pejabat. Ditemani oleh Zayyad seperti selalunya akan mengiringi bakal pemerintah Lantera kemana saja. Falisha diam duduk di dalam bilik pejabat papanya.

“Isha duduk di pejabat papa ni, papa nak keluar dengan Wazien jumpa client. Isha jangan ke mana-mana pula..” Fadhlan berpesan.

“Papa ni. Isha bukan budak kecil umur lima tahun. Tahu lah Isha..”

“Memang kasih umur lima tahun di mata kami. Nampak dah besar. Tapi perangai tak besar seiring dengan usia..” potong Wazien.

“Wah kanda! Geng papa pula sekarang ni ya” Falisha bercekak pinggang melihat kepada Fadhlan dan Wazien yang sedang gelakkannya.

“Dah la kami pergi dulu. Jangan risau kami pergi tak lama..” Fadhlan melihat pintu bilik pejabatnya diketuk dan masuklah seorang wanita yang merupakan pembantu peribadinya, siap untuk mereka bertolak sama.

Wazien bangun menyuakan tangannya kepada Falisha untuk bersalaman dengan isterinya itu sebelum pergi, kemudian dia mengikut langkah Fadhlan keluar dari bilik itu. Falisha mengatur langkahnya kearah cermin melihat ke bawah sana. Melihat kepada dua lelaki yang amat dia sayangi sedang melangkah masuk kedalam kenderaan syarikat dan kereta itu di pandu pergi, keluar dari kawasan yang berpagar masuk ke jalan besar.

“Sekarang apa yang kita nak buat ya.. Deena?” tanya Falisha.

“Aku.. ada sesuatu” lirih bunyi suara Deena saat itu.

“Apa itu Deena. Kenapa suara kau ? Menjelmalah di hadapan aku” seru Falisha.

“Kau pasti tentang ini.? Kerana apa yang aku ingin sampaikan ini melibatkan Quhb” balas Deena.

“Ya! Menjelma lah di hadapanku” seru Falisha sekali lagi.

Keluarlah Deena yang merupakan jisim-jisim yang mula membentuk di hadapan Falisha. Dari bayang-bayang dan mula kelihatan jelas di hadapan Falisha. Di antara dua mulutnya ada satu makhluk yang dipanggil Quhb. 

“Kenapa dengan Quhb ni Deena?” tanya Falisha bila melihat Quhb yang terkulai lemah bila diletakkan di atas lantai pejabat Fadhlan yang beralas karpet itu.

“Entahlah. Aku tak tahu..” Deena menyondolkan kepalanya kepada Quhb yang masih tidak sedarkan dirinya itu.

“Quhb bangun. Kenapa kau selemah ini? Kau sakit kah?” tanya Falisha mengambil Quhb yang tak memberi tindak balas kepadanya. Tubuh kecil itu di dukung oleh Falisha dan di bawa ke sofa.

Falisha membaringkan Quhb di atas sofa. Badan Quhb diperhatikan dengan teliti, mencari punca Quhb tidak sedarkan dirinya. Kemudian Falisha mengeluh.

“Mana mana ni Deena? Apa yang perlu aku buat ni?” tanya Falisha.

“Jangan cepat melatah Falisha. Dia bukannya mati. Dia cuba tak sedarkan diri. Mungkin dia perlu pulang kepada tuan dia semula. Lagipun sudah lama rasanya Quhb berjauhan dengan tuan dia. Aku tak dapat nak tolong kau Falisha.” Deena mengelengkan kepalanya.

“Pulangkan dia kepada Maheem? Itu seperti menyiksa diri dia Deena.” Falisha mengelus lembut pipi Quhb yang tak berisi itu.

“Jangan terlampau berlembut hati Isha. Betul apa yang dikatakan Wazien. Dia harus pulang kepada tuan dia semula. Atau dia akan mati bila bersama dengan kita. Itu tak ada bezanya bukan..” pujuk Deena.

“Pulangkan dia? Macam mana?” tanya Falisha.

Derapan tapak kaki kedengaran menghampiri bilik pejabat Fadhlan. Falisha memberi isyarat kepada Deena agar segera membawa Quhb pergi sebelum ada sesiapa melihat kelibat mereka disitu.

“ISHA!”

Falisha berpaling melihat kearah pintu bilik pejabat yang dibuka secara kasar oleh seseorang. 

“Aryan!”  ekor mata mula menjeling kearah yang sudah kosong asalnya adalah tempat Deena duduki tadi.

Nasib selamat dia dah pergi. Kalau tak tadi. Nampak ke Aryan. Tak ke kecoh pula. Falisha mengatur kembali nafasnya, agar tenang semula.

“Aku akan lebih berhati-hati lagi selepas ini. Jangan risau, dia tak melihat apa-apa. Aku sempat pergi.” Deena membalas. Suara yang hanya Falisha saja dapat mendengarnya.

“Baguslah!” Balas Falisha sekadar membalas di dalam hati.

“Kau nak apa datang sini Aryan.” Falisha melihat ada dua orang petugas keselamatan yang datang mengejar Aryan di belakang sana.

“Aku” Aryan berpaling melihat pengawal yang datang menghampirinya.

“Pergilah Aryan..” balas Falisha.

“Beri aku lima minit Isha! Lima minit untuk jelaskan semuanya!” 

Laung Aryan yang sedang meronta bila tubuhnya sedang dipegang dengan kasar oleh dua pengawal yang sedang memegangnya erat di kiri dan kanannya. Falisha mengelengkan kepalanya tidak setuju dengan Aryan.

“Okay baik!”

“Empat.. Empat minit!” Falisha tetap mengelengkan kepalanya.

“Tiga..”

“Okay! Okay!.. Cuma dua minit.. Just two minutes and I will go! Aryan takkan ganggu Isha lagi!” laung Aryan yang sedang bergelut dengan pengawal keselamatan.

“Fine! Two minutes start from now!”..

Tq.tq.tq semua.. Sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Mulai arini waney updated pukul 6pm nanti lah yea.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience