15. KAWAN.

Fantasy Completed 227354

Kapal yang baru belayar pergi dipandang sayu oleh penduduk puak Lantera. Pergilah bakal ratu mereka begitu saja tanpa mereka tahu sebabnya. Semakin jauh kapal itu belayar pergi. Seorang demi seorang penduduk puak lantera mengundurkan diri meninggalkan kawasan pantai. Sehinggalah tinggal keluarga Wazien yang masih setia melihat kearah laut yang luas terbentak di hadapan mereka.

“Abah kalau boleh tak nak masuk campur dalam urusan kamu berdua. Sebelum ini abah pernah bertanya kepada Wazien sendiri kan, untuk mempertahankan ikatan pertunangan ni. Hari ini abah terkejut dengan semua ini Wazien. Kenapa Wazien benarkan dia pergi? Kenapa tak pertahankan dia? Jangan ulang perkara yanga sama yang pernah abah lalu, Wazien. Lantera perlukan ratunya..” walaupun Ali Muaz menyatakan perkara itu dengan santai. Bagi siapa yang tak pernah mengenali Ali Muaz mungkin mendengar seperti Ali Muaz sedang memarahi Wazien pada saat itu.

“Abah, Wazien tak sanggup nak buat Falisha tahanan kepada Lantera. Boleh dikatakan setiap masa, semasa dia tinggal di Lantera dia selalu mencari akal untuk pergi dari sini. Wazien tahu Lantera perlukan ratunya. Lebih tepat lagi waris terakhir dari harimau putih. Tapi Wazien tak sanggup abah. Menjadikan seorang gadis sebagai isteri secara paksaan macam ini.” Ali Muaz menepuk bahu anaknya beberapa kali. Dia mengerti apa yang sedang Wazien rasakan sekarang ini. Kerana perkara yang sama pernah berlaku dulu pada dirinya juga. Disaat dia melepaskan Yaseera pergi bersama dengan Fadhlan. Ia bukanlah perkara yang mudah.

“Kita berserah. Andai kata jodoh kamu dan Falisha kuat. Tentu Falisha akan kembali kesini semula. Abah harap andai Falisha pulang semula ke Lantera. Dia akan pulang dengan rela hati dan lebih tenang.” Ali muaz mendongak melihat matahari yang berada terpacak di atas kepalanya.

“Lantera perlukan pemimpinnya untuk mengimamkan solat zuhur mereka, Wazien” Ali muaz menjatuhkan tangannya yang ada di bahu Wazien.

“Baiklah abah” Wazien menganggukkan kepalanya. 

“Mari lah..” Ali muaz berpaling. Sekaligus mengajak Wadaah dan Awanis yang masih ada bersama dengan mereka disitu untuk ikut sama berjalan turun dari jeti.

‘Andai benar seperti apa yang abah katakan. Pulanglah semula ke Lantera, Falisha. Pulanglah ke lantera sebagai bakal ratu Pulau Lantera. Pulanglah ke Lantera dengan seikhlas hati. Namamu ku seru, kepulangannmu setiaku nanti. Falisha Irdina.’

Di atas geladak utama kapal.

Zayyad hairan melihat Falisha yang dari tadi tersenyum-senyum sendiri. Terintai-intai dia melihat Falisha yang sedang duduk di kerusi santai miliknya.

‘Amboi bukan main dia! Masa nak pergi pulau Lantera dulu, muka punyalah masam macam telan cuka apple terlebih. Sekarang ni nak balik bandar senyuman dia. Buat aku pula yang gerun.’

“Pakcik”

“Ehh.. Zayyad, atau perlu Isha panggil Tuan Zayyad?”  Tanya Falisha. Tanpa dia berpaling dia sudah tahu dengan siapa yang dia bicara. Siapa lagi kalau bukan tuan pemilik kapal yang sedang dia naiki sekarang ini. Takkan pula orang yang ada di dalam tempat pengelola kapal yang datang menyapanya.

“Panggil saja abang..” Zayaad yang terintai-intai tadi keluar dari bersembunyi.

‘Mati aku kalau Wazien tahu ni’

“Betul ni? okaylah abang Zayyad.” Bibir Falisha melebar.

“Papa tahu tak yang Isha nak balik?” Tanya Falisha.

“Hmm.. Dato’ tak tahu yang cik muda nak balik, semua ni terlalu mendadak.” Zayyad menganggukkan kepalanya. 

“Duduklah sini dengan Isha” Falisha menunjukkan kerusi kosong yang ada di sebelahnya.

“Tak apa-tak apa.. Selesa berdiri macam ni” balas Zayyad.

“Papa macam mana? Sihat?” tanya Falisha sambil menunduk melihat jari-jemarinya. Telefon bimbitnya di gengam kemas. Alat komunikasi canggih itu bagaikan tiada fungsinya ketika berada di Pulau Lantera.

“Alhamdulillah. Dato’ sihat, sepanjang cik muda ada di Pulau Lantera.”Zayyad berjalan melangkah menghampiri Falisha. Dalam hati dia tertanya-tanya macam mana dia tahu yang selama ini dia mengawasi Fadhlan sepanjang Falisha ada di Pulau Lantera.

‘Mungkin Wazien yang sampaikan. Agaknya.’ Zayyad tak berani nak bertanya. Dia hanya meneka saja kali ini.

“Terima kasih” ucap Falisha lirih.

“Sama-sama. Itu memang sudah tugas saya cik muda..” terkebil-kebil mata Zayyad melihat perubahan Falisha yang tak membentak-bentak seperti sebelum ini.

Perjalanan kali ini terasa singkat buat Falisha. Bukan seperti perjalanannya semasa menuju ke Pulau Lantera dulu. Mungkin kerana dia tak sabar nak berjumpa dengan papanya.

“Saya hantarkan cik muda.”Zayyad turun bersama Falisha naik ke atas jeti.

“Boleh hantarkan Isha ke pejabat papa?” tanya Falisha.

“Boleh, tak ada masalah” Zayyad mengangguk.

Setengah jam perjalanan menuju ke pejabat Fadhlan. Zayyad dan juga Falisha banyak berbual sesama mereka berdua. Tahulah Falisha yang Zayyad selalunya menjadi orang tengah di antara puak Lantera untuk berurusan dengan dunia luar. 

“Saya dulu di selamatkan oleh puak Lantera. Kalau tak ada puak lantera. Mungkin saya dah tak ada lagi sampai sekarang ni. Sebagai balasannya. Saya berkhidmat dengan puak Lantera. Menguruskan urusan puak Lantera dengan pihak-pihak tertentu.”Balas Zayyan.

“Jadi bukannya Abang Zayyad ni, puak Lantera?” tanya Falisha. Zayyad mengeleng.

“Tak. Saya manusia biasa. Macam Dato’ dan yang lain-lainnya” Kali ini Falisha pula mengangguk.

“Kita dah sampai cik muda, lepas ni cik muda jaga diri ya”Zayyad memandu keretanya masuk kedalam kawasan pejabat Fadhlan.

“iya-iya” Falisha ketawa kecil. Bukannya dia tak tahu yang Zayyad akan memantaunya dari jauh. Jelas-jelas dia mendengar semuanya apa yang dipesankan oleh Wazien kepada Zayyad semasa di jeti.

‘Aku di benarkan pulang, tetapi kaki aku masih terasa bagai dirantai!’

“PAPA!!”

Laung Falisha sebaik dia menerjah masuk ke dalam ruangan pejabat milik Fadhlan.

“Falisha! Is that you? Is that really you.. Falisha Irdina?” Fadhlan yang sedang menulis sesuatu di atas meja kerjanya berhenti menulis. Dia bangun dan berjalan menghampiri Falisha yang ada di hadapannya dengan membawa bagasi miliknya bersama.

“Papa ni Isha la. Anak papa” bekerut-kerut wajah Falisha menahan rasa sebak yang sedang mencekam tangkai hatinya. Berpelukkan dua beranak itu seketika. Terasa perpisahan Falisha kali ini, tersangatlah panjang buat Fadhlan. 

“Isha sihat? Isha okay? Macam mana Isha sekarang ni?” Fadhlan membelai lembut anak rambut Falisha dan membawanya ke belakang.

“Isha okay papa. Macam yang papa lihat sekarang ni. Isha sihat dan lebih-lebih lagi” Senyuman Falisha melebar.

“Isha..”

“Sudah lah tak perlu tanya tetang Isha, papa pula macam mana? Rindukan Isha?” Falisha menarik tanggan Fadlan dan mereka berdua duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu.

“Papa Alhamdulillah. Sihat. Papa tak sangka Isha akan balik secepat ini.”

“Kenapa? Papa nak Isha duduk di sana berapa lama? Sebulan, dua bulan atau selama-lamanya?” sinis saja pertanyaan Falisha.

“Manalah papa tahu. Papa cakap kan tadi, papa tak sangka yang Isha akan balik secepat ni, bukannya papa minta Isha tinggal di sana lama-lama. Papa pun rindukan anak papa ni. Isha seorang saja anak papa. Siapa lagi yang papa rindukan lagi kalau bukan Isha seorang” Balas Fadhlan. Mencuit puncak hidung Falisha.

“Sampai hati papa. Kenapa papa tak terangkan hal yang sebenarnya pada Isha. Siapa Isha yang sebenarnya. Kenapa papa sembunyikan semuanya dari Isha. Mati-mati Isha ingat, balik sana untuk jumpa dengan saudara mama. Tapi Isha balik jumpa dengan tunang yang ditakdirkan buat Isha.” Falisha mengangkat tangannya tinggi. Menayangkan gelang yang ada pada pegelangan tangannya.

“Kenapa gelang ni masih ada Isha?” Fadhlan menangkap tangan Falisha.

‘Kalau gelang ni masih ada pada pegelangan Falisha maksudnya, ikatan pertunangan itu masih belum terputus. Apa yag Isha buat di sana selama ini?. Atau adakah ini berita gembira! Isha dapat terima anak Ali Muaz?’

“Ah.. Gelang ni! Isha terlupa nak serahkan semula kepada Wazien” kata Falisha dengan gelakkan kecil.

“Terlupa? Bukan itu yang papa maksudkan. Wazien tu siapa? Dia anak Ali muaz?” Tanya Fadhlan. Falisha menganggukkan kepalanya.

“Ya pa, dialah anak Ali Muaz. Isha dah jumpa dengan dia. Baik sungguh orangnya papa. Semua orang di Pulau Lantera baik-baik pa. Sebaik dan selembut mama” puji Falisha. Terkenang kembali wajah lembut Yaseera yang sentiasa tersenyum manis di saat hayatnya.

“Ya sayang, betul tu. Orang Pulau Lantera baik semuanya.”

‘Selagi kita tidak menganggu hak dan ketenteraman mereka. Mereka nampak sopan dan tinggi budi pekerti. Tapi! Kalau tersalah campur tangan, padah jawapnya.’

“Isha masih bertunang dengan Wazien selagi gelang ini ada di tangan Isha. Isha tahu kan itu.” Fadhlan kembali bertanya soalan yang sepatutnya diajukan tadi.

“papa ni. Kenapa papa risaukan sangat dengan ikatan yang lapuk ni. Tak ada apa-apalah papa. Lagipun kami dah sepakat takkan memaksa diantara satu sama lain.” Falisha menjelaskan dengan yakinnya.

“Sungguh! Mustahil ia semudah itu Falisha” Fadhlan bangun berdiri. Terasa bagaikan ada yang tak kena dengan jawapan yang diberikan oleh Falisha.

“Sungguh pa, kenapa papa tak percayakan Isha. Atau papa nak Isha balik ke tempat tu semula. Lepas tu nak Isha tinggal disana buat selama-lamanya. Abadikan diri di Pulau tu ke papa? Tolonglah papa. Isha dah buat seperti yang papa minta. Sekarang ni Isha dah balik kesini. Isha dah lepas semuanya syarat-syarat papa kan.” Hilang sudah segala emosi sayunya saat mula bertemu dengan Fadhlan awal tadi. Kini Falisha menjadi dirinya yang dulu.

“Jadi selama ni. Sebab syarat papa? Isha jangan lupa yang Isha ada seorang tunang di sana Falisha.” Tinggi suara Fadhlan kali ini. Dia yakin Falisha pasti mengunakan helah untuk pulang ke sini semula. Memang dia merindui anaknya itu, tak dinafikan sama sekali. Tapi, dia lebih suka kalau Falisha di jodohkan dengan orang dari puak Lantera yang sama sedarah dengannya. Berbanding dengan anak muda yang tak henti-henti menganggunya dia pejabat saban waktu, seperti orang yang tak ada kerja.

“Papa ni!” rungut Falisha tak pua hati. Dia ikut bangun seperti Fadhlan.

“Tu nak kemana?”

“Nak jumpa kawan” balas dia yang sedang marah mengatur langkahnya pergi tanpa berpaling lagi kepada Fadhlan. 

“Budak bertuah ni! apa saja yang dia tak faham. Nak saja orang ikut cakap dia. Ingatkan duduk di Lantera terlekatlah sikit perangai lembut puak disana. Balik sini makin menjadi-jadi pula, jumpa kawan! Kawan tu, macam lah kita ni tak tahu. kawan yang dia maksudkan tu siapa, mesti pergi cari budak laki tu lah. Haish! Apa lagi lah lepas ni Falisha Irdina.” Fadhlan memegang meja kerjanya dengan kedua-dua belah tangannya. Pening dengan perangai anak gadisnya yang seorang itu. sebaik dia berpaling dia melihat ke arah bagasi Falisha yang ada di tengah-tengah ruangan bilik itu. Bertambah sakit kepalanya melihat akan bagasi itu.

Falisha menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan syarikat Fadhlan. Sebaik saja mendapat lokasi yang diberikan oleh Falisha. Pemandu teksi itu terus memandu ke arah lokasi tersebut. Sebaik sampai, tambang dibayar oleh Falisha.

“Cik kejap, bakinya.”

“Tak perlu pakcik. Ambil saja buat pakcik. Anggap saja sedekah buat pakcik” kata Falisha.

“Terima kasih, moga murah rezeki anak” balas pemandu teksi tersebut.

Ting tong! Ting Tong!

Loceng rumah itu ditekan. Dari luar Falisha dapat menangkap bunyi tangisan bayi di dalam rumah itu.

“Siapa?” keluar seorang perempuan menyapa Falisha yang sedang berdiri di luar pintu rumah pasangan itu.

“Tahira, aku ni!” Laung Falisha sambil melambai kepada sahabatnya.

“Siapa!Isha ke?”

“Isha!” jerit Tahira melompat dia du hapan pintu rumahnya. Kemudian dia masuk semula ke dalam rumahnya dan menekan butang suis agar pagar rumahnya terbuka.

“Isha!” Tahira berlari keluar dari rumahnya menyambut sahabatnya yang seorang itu.

“Tahira!” Falisha sama menjerit suka kemudian memeluk Tahira.

“Gila kau! Kau ke mana Isha? Tiba-tiba je tau menghilang. Aku call banyak kali tak bersambung kenapa? Kau sebetulnya ke mana? Dapat lamaran dari buah hati terus menghilang. Naik angau tau si Aryan tu..” bebel Tahira dengan banyak persoalan yang ditujukan buat Falisha.

“Tahira. Tak nak ajak aku masuk ke? Kalau ya pun. Anak kau tu, aku rindu.. Rindu dengan Nadhirah” potong Falisha.

“Ah ya, tengok sampai lupa aku ni. Ni semua sebab terkejut jumpa kau lah Isha. Marilah masuk. Nadhirah ada didalam tu” Tahira menarik tangan Falisha untuk masuk ke dalam rumahnya.

“Jab.. Jab..” Falisha menarik kembali tangannya dan juga tangan Tahira.

“Kenapa?” tanya Tahira.

“Nazif ada? Kalau ada seganlah pula nak masuk.”

“Tak payah sengannya, macam tak biasa pula. Seganlah kononnya. Sebelum ni tak pun. Mengada.” Tahira mencubit lembut pipi Falisha.

Masuklah Falisha ke dalam rumah Tahira dan bermain dengan anak perempuan Tahira.

~Aimi, Isha dah balik. Dia ada di rumah aku sekarang ni. Kau nak datang sini?~ Tahira.

~betul ke Isha ada di sana. Aku ada dengan Aryan ni. Nanti sayalah aku jumpa dengan Isha. Kirimkan peluk cium untuk Nadhirah dan Isha ya~Aimi.

Selesai membalas pesanan ringkat dari Tahira, Aimi menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangan miliknya. Matanya menatap wajah sepupunya yang sedang duduk bertentangan dengannya. Di ruang tamu yang serba mewah di rumah milik keluarga Aryan, bukan hanya ada mereka berdua. Tapi turun ada orang tua mereka berdua di situ.

“Mama, bila ya mama nak berangkat ke jepun?” Tanya Aimi sekadar berbasa basi dari terus diam menerung wajah sepupunya yang akan membuatnya bertambah marah dan tenggelam dengan emosinya sendiri.

“Sepatutnya by this week. Tapi mama tundakan lagi demi orang bujang tu. Entahlah mama pun dah tak tahu dah nak cakap apa. Kalau tak, mama dengan papa pergi nanti. Jangan salahkan kami” ugut Shiraz. Dia dan suaminya belum pasti bila pula dia akan pulang ke tanah air selepas waktu itu.

Perbincangan keluarga itu berlanjutan lagi. Sehingga membawa ke waktu makan. Aimi yang sudah selesai makan meminta diri untuk membuat panggilan kepada suaminya. Berjalanlah dia keluar ke kawasan kolam renang yang ada di tepi rumah itu. 

“Aimi kau kenapa hah! Pandang aku macam aku ni ada buat salah?” Tanya Aryan tak puas hati.

“Dah buat salah tak mengaku. Huh!” Aimi mengalihkan pandangannya ke arah lain. Telefon bimbit yang ada di tangannya di angkat tinggi sampai ke hadapan wajahnya.

“Aku tak paham lah. Apa kau cakap ni?” Aryan berjalan mengikut langkah Aimi.

“Kau lelaki memang tak faham. Entahlah kau buta ke apa. Atau kau suka buat salah. Lepas tu tak sedar kan. Bukan perangai kau macam tu ke Aryan?” pertanyaan yang penuh dengan sindiran buat Aryan.

“Apa ni? kau mabuk ek? Ke kau ni ada isi? Berangin saja..” Tanya Aryan berdiri dengan kedua-dua tangannya menyeluk ke dalam poket seluar, ketawa kepada Aimi.

“Aku apa! Kau yang buat salah. Kata aku! Kau tu bodoh Aryan.” Aimi menunding jarinya kepada Aryan.

“Apa ni? bodoh, bodohkan orang pula.. Aku doakan yang baik untuk kau, tapi kau bodohkan aku pula.” Kata Aryan mula panas telinganya kini dengan herdikan yang diterima oleh Aimi.

“Kenapa kau tak nampak perangkap yang ada di depan kau Aryan, kau boleh pula masuk dalam perangkap tu. Sekarang kau bagitahu aku, kenapa kau rapat dengan Natrah?” Tanya Aimi.

“Natrah?”

“Natrah lah? Tak payah buat terkejut sangatlah. Atau ada perempuan lain yang teman kau selama ni?” Aimi melihat tanggannya, terbantut niatnya untuk menelefon Rafiqi.

“Kalau nak serkap jarang pun agak-agaklah. Natrah tu kan kawan kau juga kan. Gila ke apa? Salah ke aku rapat dengan dia. Aku dengan dia tak ada apa-apa lah.” Tangan yang ada di dalam poket seluar kini berada di luar begerak-gerak di awangan tak tentu arah.

“Kalau tak ada apa-apa. Kenapa kau kerap keluar dengan dia. Lunch, shopping dengan dia. Tu yang aku tahu lah. Yang lebih-lebih, yang aku tak nampak. Aku pun tak tahu. Aku kenal Natrah tu macam mana.. sebab tu aku..”

“Woo..woo” Aryan menahan tangannya di hadapan Aimi. Meminta Aimi tak menghabiskan ayatnya itu.

“Aku ni nampak macam buaya ke? Semuanya aku ngap! Macam tu?. Ya-ya! Memang selama dua tiga harini, aku teman dia kesana kesini. Dia Cuma hiburkan aku. Tak nak aku stress fikirkan sangat tentang Falisha. Tak lebih dari tu okay. That All!” kata Aryan dengan perasaan bengang. Sampai dia tak sedar suaranya mula meninggi. Nafas dihela dengan kasar. Tangannya yang tadi begerak seperti konduktor muzik orkestra mula berhenti.

“Boleh percaya ke?”

“Aimi. Aku tak tahu macam mana nak yakinkan kau. Tapi dalam hati aku cuma ada satu nama iaitu Falisha. Falisha Irdina.. Okay” Aryan memegang kedua-dua bahu Aimi.

“Kalau kau betul-betul sayangkan Isha. Kau kena betulkan niat kau semula. Memang kau anggap Natrah tu tak ada apa-apa. Tapi Natrah, aku tak rasa dia anggap tak ada apa-apa Aryan. Macam mana sekalipun, kau dah bagi harapan kepada dia. Kau faham tak apa yang aku cakapkan ni.” Balas Aimi.

“Aku dengan dia tak ada apa-apa lah.” Aryan melepaskan pegangan tangannya pada bahu Aimi.

“Aku nak kau jelaskan semuanya. Sebelum benda ni jadi bertambah rumit. Isha dah balik. Aku tak nak dia tahu semua ni.”

“Apa kau cakap tadi Aimi? Isha dah balik? Kau..”

“Hmm.. Tolong jangan buat kami berpecah hanya sebab kau Aryan. Kau pun mesti tak nak Isha tahu semua ni kan. Kalau Isha tahu ni, apa yang dia akan buat. Cuba kau fikirkan Aryan. Kau sepupu aku, dan sebab ni lah aku bagi tahu kau. Kalau Natrah yang tersalah sangka, macam mana?” Aimi melihat Aryan yang sedang berdiri kaku.

“Dah la, aku nak call Rafiqi kejap..” Aimi berjalan dan duduk di gazebo yang ada di hujung kolam mandi. Dari jauh dia melihat wajah Aryan yang nampak redup dan mendung. Tapi di dalam hati Aryan dia tak dapat membacanya sama ada nasihatnya sampai ataupun tidak. Semuanya terpulang kepada Aryan sendiri untuk membetulkan keadaan. Sebelum semuannya menjadi rumit.

Balik juga falisha ke bandar semula.. Adakah kesampaian hajatnyq nak bersama dengan aryan. Pilihan hatinya.. Terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq semua.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience