17. HARAPAN DAN DUSTA

Fantasy Completed 227388

Sibuk semuanya melakukan persiapan untuk hari penting itu yang bakal tiba beberapa hari saja lagi. Pada mulanya memang masing-masing sepakat untuk mengadakan majlis yang ringkas. Tiba-tiba perancangan awal ditukar oleh Shiraz dan suaminya. Hanya majlis pernikahan saja yang di lakukan secara kecil-kecilan. Namun majlis bagi pasangan itu tetap di adakan meriah dan besar-besaran. Dua hari selepas majlis akad nikah pasangan itu.

“Isha nak kemana tu?” Tanya Fadhlan. Bila melihat Falisha terjengkek-jengkek untuk memakai kasut tumit tingginya di hadapan pintu rumah.

“Nak keluar sekejap papa. Ada yang tak cukup lagi ni” jelas Falisha.

“Nak keluar kemana pula tu? Tak elok Isha asyik nak keluar bila hari dah nak dekat ni..”

“Okay bye pa.. Aryan dah sampai dah tu.” Falisha terus keluar begitu saja, ketika Fadhlan belum pun sempat menghabiskan bicaranya.

“Manalah dia dapat perangai degil dia ni. Semakin lama semakin menjadi-jadi, tak dengar langsung apa yang kita pesan ni. Tak sempat kita habis cakap. Dia boleh pergi macam tu saja” rungut Fadhlan tak puas hati.

“Apa yang tak cukup lagi kak Ani?” Fadhlan berpaling melihat kepada Juani yang sedang meneliti hantaran yang penuh di ruang tamu rumahnya. Berseri ruang tamu rumah itu dengan hantaran untuk berbalas kepada pihak lelaki yang bertemakan ‘black gold’ itu.

“Entah lah Tuan. Bagi saya dah cukup semuanya ni.” Juani mengangkat bahunya naik keatas.

“Semua itu alasan saja. Dah dua hari terperap dalam rumah. Mula lah gian nak keluar tu.” Fadhlan mengelengkan kepalanya.

Pasangan itu menuju ke pusat beli belah. Selepas jumpa barangan yang diperlukan oleh Falisha. Mereka berdua singgah untuk makan malam bersama sebelum menghantarkan Falisha pulang ke rumah semula. Dari jauh Natrah menyumpah-nyumpah bila melihat Aryan yang nampak sangat bahagia bersama dengan Falisha.

“Kita lihat saja Aryan, tunggu sampai Isha tahu semuanya.”

Natrah melihat saya Aryan yang sudah selesai makan itu berjalan pergi sambil memegang tangan dan berbual mesra.

“Mesranya dia, sama mesranya dia semasa bersama dengan aku dulu Isha. Kau kena tahu Isha. Aryan tu tak layak untuk dijadikan suami. Dia tu pantang nampak perempuan.. Semua dia melayan..”

Aryan memandu keretanya untuk menghantar Falisha ke rumah. Sebaik saja sampai di hadapan pagar rumah Falisha. Aryan mematikan lampu keretanya.

“Falisha”

“Falisha kita dah sampai ni” Aryan berpaling melihat kepada Falisha.

“Lah tertidur ke? Tadi aku bercakap sorang-sorang lah dari tadi ni.. ya” sengih Aryan sendiri. Tangannya melepaskan tali pinggang keselamatan.

“Isha. Cantik sungguh kau Isha. Tak sabar aku nak tunggu kau jadi milik aku” Tangan Aryan membelai-belai pipi Falisha yang gebu itu, lama kelamaan tangan itu mula turun ke leher Falisha dan mengelus lembut di situ.

“Auuggh!” 

Terkejut Aryan pada tika itu, bila tangannya disambar oleh Falisha yang baru terjaga dari lenanya.

“Isha” 

Falisha cepat-cepat melepaskan tangan Aryan. Dia sendiri tak sedar bila dia memegang tangan Aryan.

“Isha your eyes?”

Aryan menunjuk ke arah mata Falisha yang sudah bertukar kebiruan. Dia dapat melihat dengan jelas anak mata Falisha yang sedang memancarkan sinar kebiruannya seperti nyalaan api. Tangan Falisha naik menutup matanya.

“Thanks Aryan. Isha turun dulu” Falisha membuka tali pinggangnya dengan tergesa-gesa.

“Wait”

Pegelangan tangan Falisha ditangkap oleh Aryan. Falisha yang sedang berpaling ke arah cermin tingkap kereta melihat ke luar membuka matanya. Perlahan-lahan dia mengawal rasa yang sedang memberontak di dalam jiwanya kini.

‘Ah! Kenapa tiba-tiba dia boleh muncul? Dengan Aryan pula tu. Cepatlah menghilang!’ Falisha cuba menenangkan dirinya.

“Isha? Aryan betul kan? Ada sesuatu yang Aryan lihat dalam mata Isha tu.”

“Mana ada. Sekarang Aryan lihat. Ada ke?” Falisha berpaling dan menunjukkan matanya kepada Aryan.

‘Aku salah terngok? Tapi aku yakin aku nampak anak mata dia berubah biru’

“Ada ke?” Tanya Falisha. Aryan mengelengkan kepalanya.

“Mungkin Aryan letih agaknya, jadi salah tengok” Aryan mencubit pipi Falisha.

“Ya. Betullah tu. Isha dah nak turun ni. Kita jumpa di majlis Akad nikah nanti ya. Jangan lambat. Bakal suami..” Falisha sekadar mencuit pipi Aryan dengan hujung jari telunjuknya.

“Bakal suami..” Aryan menganggukkan kepalanya tersengih kepada Falisha. Dia sangat menyukai dengan gelaran yang baru diberikan oleh Falisha tadi.

“For a moment sayang.. Soon you be my wife. Soon sayang.” Tangan Falisha yang mencuit pipi Aryan tadi di tangkap dan di cium oleh Aryan.

“Soon ya.. Bye for now.”

“Bye bakal isteri..” Aryan mengejitkan mata kirinya kepada Falisha. Bersemu wajah Falisha saat itu. Terasa panas membahang wajahnya. Terus dia berlari keluar dari kereta dan masuk ke dalam kawasan rumahnya. Aryan tersenyum melebar melihat telatah Falisha yang membuatnya geli hati. Sehingga dia terlupa perbezaan yang berlaku pada Falisha sebentar tadi.

Hari penting tiba juga. Falisha cantik mengenakan busana berona putih mutiara dengan rekaan pilihannya. Sejambak bunga kegemarannya dipegang menaikkan lagi seri pengantin Falisha. Falisha diiringi oleh Aimi dan juga Tahira berjalan turun ke bawah selepas selesai bersiap.

“Kenapa lama tak nampak Natrah? Mana Natrah?” pertanyaan dari Falisha membuatkan senyuman di wajah Aimi menjadi layu. Manakan tidak, dek kerana bodoh sepupunya itu. Natrah datang kepadanya dan membuatkan mereka berdua bertengkar besar malam itu.

“Biarlah Natrah tu. Takkan Isha nak tunggu dia pula. Lambat kita nanti. Ni akad nikah tau. Bukan majlis resepsi. Sepatutnya pihak pengantin perempuan kena ada di sana. Sebelum pihak lelaki. Nanti tak pasal pula pengantin lelaki yang datang dulu..” Tahira mula membebel.

“Ya betul tu Isha. Entah Natrah tu tersangkut di mana-mana. Nak kena tunggu dia pula. Dah-dah tak payah tunggu dia.” Aimi mengangguk kepada Tahira.

“Macam tu pula. Tak baik lah, buat dia macam tu. Dia kan sahabat kita.” Falisha merasakan ada yang tak kena pada situasi itu. Bagaikan dua sahabatnya itu sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Tapi apa?.

‘Satu rahsia’ Terkekeh suara itu bergema di dalam kepala Falisha. Falisha memejamkan matanya rapat. 

‘Kau sengaja nak hasut aku! Diam!’ marah Falisha. Dia berusaha mengawal rasa amarahnya. Tak mahu asal dirinya diketahui oleh semua orang. Sedikit pun dia tak nak percayakan apa yang sedang bergema di dalam kepalanya. Kerana suara itu kerap kali berbicara dengan nada yang sinis kepadanya. Terasa seperti dibodoh-bodohkan oleh semangat itu.

“Tunggu apa lagi ni? Ada yang tertinggal ke?” Tanya Fadhlan yang baru masuk ke ruangan itu.

“Tak lah uncle” Balas Aimi.

“Ada yang tertinggal. Papa lah!” Falisha berpaling dan memeluk Fadhlan. Bunga yang ada pada tangannya diserahkan kepada Aimi sebelum bunga itu semua renyuk, terhimpit diantara Falisha dan Fadhlan.

“Kenapa nak peluk papa. Anak papa dah besar kan. Dah pandai buat keputusan sendiri.” Falisha yang berada di dada Fadhlan, terasa dengan apa dikatakan oleh Fadhlan. Lembut tuturkata yang keluar dari bicara Fadhlan tak mengambarkan apa yang dikatakan kepadannya. 

“Papa..”

“Marilah, papa tak suka orang menunggu kita. Biar kita tunggu orang tak apa..” Fadhlan memegang bahu Falisha dan memutuskan pelukan mereka yang bertaut tadi. Fadhlan berlalu pergi ke pintu utama meninggalkan tiga sahabat itu.

“Jomlah!” ajak Aimi. Takut pula dia melihat Fadhlan dengan wajahnya yang tak ada langsung senyuman itu.

Tahira dan Aimi mengiringi Falisha berjalan keluar dari rumahnya. Rehan menyambut mereka berdua. Kali ini dia yang ditugaskan untuk membawa bakal pengantin itu ke masjid untuk upacara akad nikah Falisha dengan pasangannya.

“Boleh ke ni?” Tanya Rehan. Dia rasa bagai sedang menyumbat krim kastad ke dalam pastrinya bila melihat kepada pakaian ketiga-tiga sahabat baik itu. Helaian kain yang tak masuk ke dalam kereta di ambilnya.

“Boleh-boleh. “sengih Tahira. Mengambil kain yang disuakan oleh Rehan. 

Rehan memandu kereta ke Masjid mengikut di belakang kenderaan yang dinaiki oleh Fadhlan. Sebaik sampai ke perkarangan Masjid kelihatan kenderaan pihak lelaki sudah ada di pakir kereta.

“Oh my! Kita lambat lah.!” Terjerit Tahira di dalam kereta.

“Kau jangan panic Tahira. Nanti Isha ikut panic sama.”Marah Aimi. Falisha yang ada di antara mereka sekadar diam melihat kepada perkarangan Masjid. Beberapa orang sedang berdiri di hadapan pintu masuk utama Masjid melihat kepada mereka.

“Jom turut Isha, kau okay kan?” Tanya Aimi.

“Aku okay.” Jawap Falisha.

“Memang sumbatlah kita ni.” Rungut Tahira yang baru keluar dari kereta. Cepat-cepat dia membetulkan pakaiannya yang berkedut. Kini dia menunduk masuk semula untuk membantu Falisha keluar dari kereta. 

Falisha keluar dari kereta. Sinar lampu putih terus memancar kepadanya. Jurugambar utuk merakam hari besejarah mereka sedang merakan setiap detik yang ada. Senyuman manis terukir pada wajahnya menaikkan lagi seri bakal pengantin pada acara bersejarah itu.

Sopan satun langkah diatur masuk ke dalam Masjid yang berona putih, sama putih seperti pakaiannya kini. Menuju ke ruangan untuk acara akad nikah berlangsung. Di dalam satu ruangan khas yang dihias indah, Shiraz menyambut kedatangan Falisha dengan pelukan hangat dan mesra. Falisha berpaling melihat kepada Fadhlan yang sedang berbual mesra dengan bakal besannya.

‘Kenapa aku rasa tak sedap hati ni.’ Falisha melihat jurunikah yang baru tiba memasuki ruangan itu. Bersalaman dengan Fadhlan dan juga Dhaffa. Kemudian mereka berdua duduk ditempat yang telah disediakan.

“Boleh kita mula sekarang? Mana pengantin lelaki?” Tanya jurunikah yang mengenakan ketayap putih diatas kepalanya kepada Fadhlan. Fadhlan pula berpaling melihat kepada Dhaffa, selaku bapa pengantin lelaki.

“Sekejap ya” Dhaffa yang duduk di kerusinya bangun. Falisha yang duduk di tempatnya sudah tak senang duduk. Turut berpaling kearah bakal bapa mentuanya yang sedang berbisik dengan bakal ibu mentuanya.

“Kenapa? Ada apa yang tak kena? Mana Aryan, Aimi?” Falisha menarik tangan Aimi.

“Entah, aku tak tahu.. Sekejap aku call dia” Aimi mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Aryan. Tapi panggilan itu tak disambungkan.

“Macam mana?” tanya Falisha.

“Tunggu. Mungkin line busy. Mama mungkin sedang call Aryan.”Aimi memberi alasan sambil menunjuk kepada Shiraz yang ada di belakang mereka sedang melekapkan telefon bimbit pada telinganya.

“Mana phone aku Tahira?” Tanya Falisha. Tangan diangkat meminta kepada Tahira.

“Ni. Ada ni” Tahira meletakkan telefon bimbit Falisha dia atas tapak tangan Falisha.

Beberapa kali Falisha cuba mendail nombor Aryan. Tapi panggilannya tak disambungkan.

‘Kemana dia pergi?’

Falisha bangun dari tempat duduknya dan menuju kepada Shiraz. Dari jauh dia melihat wajah Shiraz dan Dhaffa pucat dan cemas.

“Aunty, mana Aryan?” Tanya Falisha.

“Sabar Isha. Sepatutnya dia dah sampai. Aunty ada call dia pagi tadi dan dia dah get ready semuanya. Tapi sekarang ni aunty tak tahu dia di mana. Kita tunggu sekejap ya. Sekejap lagi mungkin dia akan sampai.. Ya sayang” pujuk Shiraz, bila melihat wajah Falisha dah tak seceria tadi.

“kenapa? dia tak datang sekali dengan aunty. Atau semalam dia keluar?”

“Isha. Kita duduk dulu.”Aimi pula datang memujuk Falisha.

“Isha duduk dulu. Uncle nak bincang dengan jurunikah nak minta jurunikah tunggu sampai Aryan sampai.” Dhaffa yang baru selesai membuat panggilan menyampuk.

Falisha berpaling dan kembali duduk di tempatnya tadi. Ligat dia berfikir apa yang tak kena dengan semua ini.

‘Mana dia pergi? Entah ada apa-apa terjadi dekat Aryan? Tak baik Isha. Tak baik fikir macam tu, baik kau berdoa agar dia cepat sampai. Dan dia dalan keadaan baik-baik saja.’ Falisha mengangkat wajahnya melihat kepada Fadhlan.

‘Takkan lah!’

“Aimi. Rafiqi mana? Dia pengapit Aryan kan. Kau call dia sekarang. Tanya dia ada dekat mana.?” Falisha memberi arahan kepada Aimi.

“Rafiqi ada di sini lah. Tu dia..” Aimi menunjuk kepada suaminya yang sedang duduk dengan suami Tahira, Nazif. Mereka berdua sedang melayan si gebu Nadhirah.

“Habis tu dia dengan siapa?” pertanyaan dari Falisha mendapat gelengan kepala dari Aimi dan juga Tahira.

Sekali lagi Falisha bangun dan terus mengheret bajunya yang meleret di lantai kapet itu menuju kepada Rafiqi.

“Rafiqi.. Kamu tak tahu Aryan ada dekat mana?” Tanya Falisha. 

“Isha!” Rafiqi yang tersentak terus bagun dari kerusinya. Dia yang terleka bermain dengan Nadhirah tak menyedari kedatangan Falisha.

“Semalam Aryan ada keluar ke? Dia kemana? dengan siapa?” Tanya Falisha bertalu-talu. Aimi dan Tahira sedang berjalan menyusuri di belakang Falisha.

“Sebenarnya Raf tak tahu juga. Semalam Raf dengan Aimi tak keluar kemana-mana.. Kan sayang?” Rafiqi berpaling melihat kepada Aimi.

“Yea betul tu, kami tak keluar dah lately dengan Aryan.” Balas Aimi. Memaut lengan suaminya.

“Why? Tak-tak! Itu bukan masalahnya. Sekarang ni Isha nak tanya, Ada sesiapa tahu di mana Aryan?” Tanya Falisha. Falisha melihat wajah sahabatnya yang ada disitu, mereka semua sedang mengelengkan kepala bersama-sama. Falisha menutup mulutnya dengan tangannya.

“Saya tak boleh tunggu lama, sebab selepas ni ada lagi tiga pasangan yang perlu saya nikahkan. Kalau saya tunggu ni. Ini tak adil kepada pasangan bakal pengantin yang lain, yang sedang tunggu saya tu.” Suara Jurunikah kedengaran jelas sedang berbual dengan Dhaffa di sudut sana.

Hampir dua jam berlalu.. 

Akirnya jurunikah terpaksa juga meminta diri untuk pergi. Sebaik saja Falisha melihat jurunikah melangkah pergi Falisha bangun dan turut ikut meninggalkan ruangan itu.

“Bie.. I ikut Isha..” Aimi memeritahu suaminya. Sebelah tangannya lagi menarik tangan Tahira agar mengikutnya mengejar Falisha.

“Ira.. Ikut Aimi.. Abang jaga Nadhirah ya..” sekali lalu Tahira berkata. Sambil kakinya mengejar langkah kaki Aimi.

“Cik muda..” Rehan memanggil Falisha yang sedang berjalan seperti angin bertiup itu dengan bajunya yang mengerbang mengikut langkah kakinya.

“Cik muda”

“Cik muda.. Nak kemana ni?” Rehan mengejar Falisha.

“Nak tunggu sini? Isha nak pergi cari dia. Isha risau.” Kata Falisha berjalan kearah kereta. Pintu kereta yang berkunci ditarik oleh Falisha.

“Hah! Okay-okay cik muda. Abang Rehan bawa cik muda pergi cari dia, ya” Rehan menekan alat kawalan jauh kereta.

“Tunngguuu..!” suara Aimi dan Tahira menjerit bersama-sama.

“Kami nak ikut. Bagi kami ikut sama Isha” Kata Tahira.

“Ya-ya.. Aduh kau buat aku berlari lah Isha!” marah Aimi. Bukan senang nak berlari dengan pakaian yang sedat dan kasut tumit tinggi.

“Cepat kalau nak ikut, kalau tak, tinggal je sini..” balas Falisha.

“Nak ikutlah, kau bukan boleh, nanti tak pasal-pasal buat hal yang gila-gila pula.” Bebel Tahira.

Falisha tak mengendahkan bebelan Tahira. Dia membuka pintu buat sahabatnya untuk masuk ke dalam kereta.

“Isha nak kemana ni?” tanya Fadhlan yang baru keluar bersama dengan Dhaffa.

“Isha nak pergi cari Aryan lah pa. Isha risau ni. Isha pergi dulu pa” Falisha menyumbatkan dirinya masuk kedalam kereta bersama dengan dua lagi sahabatnya yang sudah ada di dalam kereta.

‘Kalau Isha tahu ni kerja papa. Isha tak akan maafkan papa.’

‘Hahahahaha..’ enak saja ketawa suara itu di masuk kedalam fikiran Falisha.

‘Kau salahkan orang salah. Sedangkan orang yang salah, kau bela..’

“Dah boleh jalan abang Rehan. Kita dah tak tunggu siapa-siapa sekarang ni” perli Falisha kepada Rehan yang sedang duduk pegun di tempat pemandu.

“Ah ya cik muda. Ya kita bertolak sekarang.” Balas Rehan. Sebenarnya dia sedang mengintai ke luar, melihat kepada Fadhlan yang asyik memandangnya dari tadi seperti mahu sampaikan sesuatu.

Kereta yang dipandu Rehan keluar dari perkarangan kawasan Masjid. Naik ke atas jalan sehala yang menyambungkan ke jalan utama. Falisha melemparkan pandangannya di luar tingkap kereta. Aimi dan Tahira tak henti-henti memberi kata semangat buatnya.

“Abang rehan!”

“Hah! Ya cik muda” tersentak Rehan yang sedang memandu.

“Pusing-pusingkan kereta sekarang!” Falisha menepuk-nepuk tingkap kereta.

“Pusing? Tak boleh ni cik. Ni jalan sehala” cemas Rehan dibuatnya, dia melihat segala cermin yang ada.

‘Ah! Takkan nak pusing. Jalan sehala ni! cik muda oii. Jangan buat hal. Taulah duit banyak nak bayar saman. Tapi nyawa tak boleh dicari ganti cik muda oii’

“Kalau tak boleh pusing! Undur!” Arah Falisha.

“Hah! Undur? Kenapa?”  tanya Rehan.

“Kenapa Isha? Agak-agak la kau nak minta undur” Tahira mula cemas.

“Kau okay tak ni Isha.?”Tanya Aimi.

“Aryan. Tu Aryan!” Falisha menunjuk ke arah kereta yang sudah berhenti di bahu jalan sebelah sana.

“Cik kejap. Tak ada kereta ni. Saya undur sedikit.” Rehan menghalang Falisha dari turun dari kereta.

‘Ya Allah! Mujurlah jalan ni tak ada kereta cik muda oiii!’ Rehan mengundurkan kereta yang dipandunya dengan berhati-hati. Takut juga andaikata ada kereta yang tiba-tiba datang nanti. Tak pasal akan jadi perkara lain pula.

“Isha tunggu! Aduh dia ni!” rungut Tahira yang berusaha keluar dengan pakaiannya yang mengikut tubuhnya. Sama juga seperti Aimi yang berusaha keluar dari kereta. Hilang sudah ciri-ciri yang selama ini dijaga oleh mereka berdua. Kerana asyik mengejar Falisha.

“Oii! Nak patah kasut aku Isha!”laung Aimi. 

Falisha sudah menyeberang jalan dan melintas masuk ke arah jalan yang di sebelah sana. 

“Aryan? Kenapa? Kenapa lambat..?” Tanya Falisha. Menghampiri Aryan yang baru keluar dari kereta. Dia melihat Aryan mengenakan pakaian akad nikah sedondon dengannya.

“Aryan?” Falisha menyentuh tangan Aryan.

“Isha.. Aryan rasa semua ni terlalu..”

“Terlalu apa?” Tanya Falisha.

“Terlalu cepat..”

“What!”

“Terlalu cepat! Maksudnya apa? Aryan sendiri kan yang nak kita nikah cepat! Kenapa Aryan guna alasan tu sekarang ni? Terlalu cepat?!” Falisha ketawa.

‘Terlalu cepat? Penghinaan apa yang kau sedang kata kan ni Aryan! Kau dustakan semuanya Aryan. ’

“Kenapa baru hari ni! Baru nak cakap semua ni terlalu cepat! Pada hari kita akad nikah! Why! Aryan memang tak pernah bersedia kan!” marah Falisha.

“No sayang. Bukan macam tu.. Apa kata kita tunang dulu.. Sayang..” Aryan menangkap tangan Falisha. Namun ditempis oleh Falisha.

“Sayang!? Mulai saat ini! Kita dah tak ada apa-apa Aryan!”

Jambangan bunga yang ditempah indah sebagai penyeri hari bahagia itu dipukul pada tubuh Aryan. Berterbangan kelopak-kelopak bunga itu ditiup angin. Pada saat itu biarlah seribu alasan sekalipun yang diberikan oleh Aryan tak mampu lagi menutup segala luka dihati Falisha. Terasa dirinya dikhianati oleh Aryan, dia yang dulunya percayakan Aryan. Percayakan Aryan seikhlas hati untuk mencintai dan menyayanginya kini semuanya punah.

Falisha berjalan pergi setelah melemparkan sisa jambangan bunga di atas jalan raya. Dengan air mata yang jatuh ke pipi Falisha berlari melintasi jalan. Aimi mengelengkan kepalanya melihat kepada Aryan.

‘Aku kecewa dengan kau Aryan! Menyesal aku kenalkan kau dengan Isha!’

Punah semuanya segala harapan falisha.. .. Belum sempat Zayyad nak teruskan plan dia. Aryan menunjukkan dirinya yang sebenar.. Iru belum lagi isha tahu tentang nat.. Kenapa tiba2 aryan boleh berubah? Tak sedia pula.. Alasan dia.. InshaAllah kita sambung esok ya.. (^-^) Terima kasih semua yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience