22. IZINKAN

Fantasy Completed 227354

Seorang lelaki sedang duduk di dalam café di kawasan terbuka melihat gelagat orang awam yang sedang berjalan di atas bahu jalan. Serius saja riak wajahnya, tak sesantai seperti dulu. Secawan kopi hitam pekat yang ada ada di hadapannya, mengeluarkan wap panas merangkak-rangkak naik ke atas dan berterbangan ke udara. Dia mendongak melihat ke langit yang membiru cerah di atas sana.

“Tuan, maaf saya terlambat..” sapa suara seorang lelaki.

“Hem. Duduklah” pelawa lelaki itu.

“Terima kasih..” kerusi besi kukuh berwarna perak itu di tarik dan dilabuhkan punggungnya. Cermin mata yang di kenakan pada batang hidungnya di angkat naik diletakkan diatas kepalanya, sehingga tersingkap anak rambut yang terjuntai di dahinya.

“Mana maklumat yang aku nak kan tu, dapat?” Tanya Aryan.

“Dapat tu.. Memang dapat tapi, Tuan tak akan suka dengan hasilnya..” Lelaki itu meletakkan sampul yang dibawanya ke atas meja. 

Aryan merenung wajah lelaki yang ada dihadapannya. Tak faham dengan apa yang lelaki itu cuba sampaikan oleh lelaki itu.

“Tapi apa?”

“Semasa saya cari maklumat kenderaan ni. Saya tak dapat banyak maklumat tentang lelaki tu. Susah lah sikit.” Sampul yang ada diatas meja di berikan kepada Aryan.

Aryan mengambil sampul itu dan meneliti isi yang ada di dalamnya. Beberapa helaian kertas di keluarkan. 

“Sampah apa yang kau berikan pada aku ni?” Tanya Aryan melihat kertas yang ada di hadapannya.

“Sampah bukan sebarang sampah tuan. Kereta ni dibeli oleh seseorang yang bukannya asal dari sini. Tuan tengok nama pemilik ni..” lelaki itu menunjuk kepada salinan kertas yang sedang dipegang oleh Aryan.

“Yumaini. Siapa Yumaini ni?” Tanya Aryan.

“Hah itulah..” lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Satu imej ditunjukkan kepada Aryan.

“Tuan nampak ni.” Aryan melihat gambar yang ditunjukkan kepadanya. Gambar itu ada seorang pemuda yang remaja.

“Apa kaitan gambar ni dengan orang yang aku minta kau siasat ni..” Aryan mula hendak melenting. Panas pula hatinya saat itu.

“Inilah Yumaini yang tuan suruh saya siasat tu. Macam mana saya nak siasat kalau orang tu meninggal tuan?” rungut lelaki selaku penyiasat upahannya itu.

“Apa kau cakap! Meninggal?”

“Ya, kereta tu di beli atas nama Yumaini. Lelaki yang dah meninggal dua puluh tahun lalu.” Jelas penyiasat itu.

“Mungkin nama mereka sama, tapi orangnya berbeza. Mana mungkin orang dah mati boleh hidup semula. Habis tu, yang gunakan kereta tu siapa? Hantu!”

“Taklah Maksud saya mungkin dia beli kereta dari si mati sebelum lelaki tu meninggal. Lepas saya tengok umur lelaki ni, saya siasat tentang dia. Baru saya tahu dia sebenarnya sudah meninggal dua puluh tahun lalu dalam satu kejadian kapal karam. Mungkin ada orang menyamar menggunakan nama dia..” teka lelaki itu.

“Apa lagi maklumat yang kau ada tentang dia.?” Tanya Aryan.

“Hmm.. Ada satu yayasan yang dibina atas nama Yumaini. Saya dah pergi tempat tu. Orang yang tuan cari tak ada di sana. Itu rumah anak yatim. Bila saya tanya siapa Yumaini. Mereka cakap orang tu dah lama meninggal.”

“Kau tak jumpa dengan perempuan yang aku minta kau cari tu? mana tahu dia dibawa kesana dengan lelaki tu” Tanya Aryan.

“Dah, saya tengok semuanya. Memang tak ada orang yang tuan suruh carikan tu disana.” Aryan mengeluh mendengar jawapan itu.

‘Kemana kau pergi Isha. Aku mencari kau! Kemana kau hilang. Kau hilang macam tu saja. Pergi pula dengan lelaki yang seperti tak wujud ni.. Kalau dia di katakan dah meninggal dulu, kenapa sekarang ni di masih wujud..?’

“So? Mana mana?” 

“Kau ambil sajalah bayaran kau. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau kau pun tak tahu nak cari lelaki tu, macam mana kita nak tahu dia dah bawa perempuan aku cari tu kemana.” Aryan megeluarkan sekeping cek dari koceknya dan dilemparkan cek itu di atas meja dengan perasaan yang kecewa.

“Nanti kalau ada maklumat tentang lelaki tu. Saya datang cari tuan. Mana tahu, boleh jumpa dengan orang yang tuan cari tu.” Cek yang dilemparkan oleh Aryan tadi di ambil. Perkara pertama yang dia pastikan adalah angka yang tertulis pada cek itu. Senyuman lelaki itu kembang melebar melihat angka kosong yang tertulis di situ.

“Hem!” Aryan bangun dari duduknya..

“Tuan, kopi?” lelaki itu menunjuk kepada kopi yang masih belum disentuh oleh Aryan.

“Kau minum dekat kau sajalah, aku dah lambat” Aryan bergegas pergi dengan muka yang merah.

“Kopi.. Kopi.. Kau pula yang ditinggalkan..” lelaki itu mengelengkan kepalanya. kemudian dia mengangkat kepalanya semula melihat kepada Aryan yang sudah memasuki keretanya yang berwarna merah cili, yang berada tak jauh dari situ. Kemudian kereta itu dipandu pergi.

Di kejauhan sana seorang lelaki sedang berjalan menghampiri meja yang berada di ruang terbuka itu. Tanpa di pelawa, terus saja tangannya menarik kerusi yang ada dihadapan lelaki yang sedang menikmati kopi yang sudah hilang tingkat habanya.

“Dua kali ganda seperti yang dijanjikan” 

“Terima kasih! Tuan Zayyad.” lelaki itu menunduk dan megambil cek yang dihulurkan oleh Zayyad dengan kedua-dua belah tangannya.

“Dia percaya?” Tanya Zayyad.

“Hmm.. Menurut daripada wajah dan cara dia.. Dia percaya.” terang lelaki itu.

“Bagus lah kalau macam tu.” Zayyad menarik  bibirnya tersenyum sebaris.

‘Selesai satu masalah! Kenapa kau nak cari cik muda lagi! Selepas apa yang dah kau buat dekat dia. Dia dah selamat tinggal di Lantera. Takdir dia bukannya dengan engkau, kau tak mampu lindungi dia.’

“Berani dia nak siasat Tuan. Dia tak kenal lagi agaknya siapa tuan ni..” lelaki itu mengelengkan kepalanya seraya ketawa kecil.

“Sebab dia tak tahulah dia nak siasat. Tak macam tu? Bagus juga dia tak tahu. Lebih bagus kalau dia tak ikut campur.” Zayyad membetulkan topi yang menutup kepalanya.

“Jangan risau tentang tu tuan.. Saya dan yang lain-lain akan berjaga-jaga..” jaminan diberikan kepada Zayyad.

“Ini, serahkan ke Yayasan Yumaini.” Sekeping cek lagi dikeluarkan dan di serahkan kepada lelaki tadi.

“Eh! Kenapa tuan? Kenapa tuan tak ke sana sendiri? Anak-anak dah mula rindukan tuan..” balas lelaki itu.

“Kebelakangan ni aku agak sibuk. Kau selalu kesana kan. Jadi aku minta kau kirimkan ini buat ketua yayasan..”Zayyad bangun dan menepuk bahu bawahannya itu. Walaupun tak ada pertalian darah diantara mereka. Namun mereka masing-masing tetap menjaga belakang masing-masing agar tetap selamat. Kerana mereka mempunyai nasib yang sama. Kehilangan orang tua saat kecil. Senasib membuatkan kepercayaan mereka bertaut kuat.

Kereta Aryan memasuki kawasan pakir di sebuah syarikat yang dibangun tinggi dan megah. Aryan bersandar di tempat duduknya lama, dengan tangan yang memicit dahinya. Hatinya tak akan tenang selagi dia tak menjumpai Falisha. Terasa bagai sudah dibuang oleh keluarga sendiri, hanya amarah yang diberikan kepadanya oleh papa dan mamanya sebelum mereka bertolak ke negara matahari terbit itu. Baru dia nak menolak pintu keretanya, matanya melihat satu susuk tubuh yang berdiri terpacak dihadapan lobi.

‘Haissh! Yang aku cari tak jumpa. Yang ini pula yang asyik terkejar-kejar kan aku’ keluhnya tak puas hati.

Bam! Pintu kereta di tutup keras dan kuat. Langkah kaki diatur laju menuju masuk ke ruangan lobi.

“Aryan.. Susahnya nak cari Aryan, Nat cari Aryan di club tapi tak ada.. Aryan wait..” suara itu memanggil.

“What!” tengking Aryan. Lalu berjalan pergi.

“Tunggu Aryan, Nat ada perkara nak beritahu Aryan ni..” Natrah mengejar langkah Aryan. Mata-mata yang melihat mereka dibiarkan saja.

“Aku dah pernah bagitahu kau sebelum ni kan! Jangan tunjuk muka kau depan aku! Sekarang kau nak cakap apa? Nak ikat aku dengan apa pula sekarang ni Nat? Nak kata kau mengandung Nat? Kemudian nak paksa aku bertanggungjawab? Hebat perancangan kau Nat!” Tangan Aryan menolak bahu Natrah agar menjauh darinya.

“Aryan you mabuk malam tu. You tak sedar okay.. Kita”

“Aku tak bodohlah Natrah, aku tahu kau upah orang untuk bawa aku ke hotel tu. Malam tu memang aku mabuk. Tapi kau lupa di hotel tu ada cctv. Aku dah tengok semuanya Nat. Guess what! Your plan work untuk aku, tak nikah dengan Isha. Congratulation Natrah. Hebat!” Aryan menepuk tangannya, di hadapan muka Natrah.

Pucat muka Natrah saat itu. Baru saja dia mula nak meneruskan rancangannya merayu kepada Aryan. Aryan pula terlebih dahulu tahu rancangannya.

“Kenapa diam? Aku tak hairan pun kalau kau datang sini cakap kau mengandungkan anak aku. Sebab perempuan macam kau, jenis macam kau ni. hanya memalukan kaum sendiri. Sanggup buat apa saja untuk perangkap lelaki yang macam aku kan. Entah anak siapa yang kau kandung? Kau tak perduli. Asal kau dapat apa yang kau nak. Betul kan?” sindir Aryan.

Pang! Sebuah tamparan kedengaran bergema di ruangan lobi itu.

Aryan berpaling melihat sekeliling. Penyambut tetamu yang ada di kaunter , pada mulanya berdiri terus duduk dan pura-pura menyibukkan dirinya di sebalik kaunter sana.

“Aku tak sebodoh tu Aryan. Aku..”

“Kau apa?” Aryan mendekatkan dirinya.

“Kau pernah khianati Isha. Aku tak hairan pun kalau kau nak buat semua tu. Kau dan aku sama-sama salah, yang membezakan aku dari kau adalah.. Kau tu TAMAK!” kata itu diucapkan tepat pada wajah Natrah.

“Kau tu pengecut!” jerit Natrah. Geram kerana asyik kalah dengan Aryan.

“Aku pengecut? Kalau berterus terang kepada Isha, akan buat dia terima aku kembali. Aku akan buat! Dan sekarang ni aku nak sangat dia tahu perangai kawan baik dia ni, macam mana.. Sanggup perangkap kekasih kawan sendiri untuk diri dia sendiri. Bertapa mulianya kau, wahai Natrah..” perli Aryan sambil memegang pipinya yang ditampar oleh Natrah tadi.

‘Kau bukan hanya malukan aku Natrah.. Tapi mama dan papa aku, maruah aku. Semuanya Natrah! Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau!’

“Tamparan ni aku anggap, bayaran untuk salah yang aku buat kepada kau sebelum ni Natrah. Terima kasih sebab sedarkan aku dari khayalan yang panjang. Tapi aku belum pernah maafkan kau! Dengan apa yang kau dah buat, kepada aku dengan Isha. Dalam hati aku cuma ada Isha. Selamanya Isha.” Senyuman sinis dan angkuh Aryan berikan buat Natrah. Sebelum dia pergi meninggalkan Natrah yang masih dalam kebingungan sendiri.

‘Apa dia cakap? Bayaran apa? Selepas dia hina aku!’ 

“Apa tengok-tengok!” marah Natrah kepada beberapa orang pekerja yang ada tak jauh darinya, ada yang sedang menutup separuh wajahnya dengan fail yang ada di tangan. Ada juga yang berbisik-bisik dan mengatur langkah pergi dari situ.

“apa yang lebihnya Isha tu, Aryan. kau tunggu lah. Sampai bila kau nak berlagak macam ni..” Natrah menghentakkan kakinya  beberapa kali sebelum dia melangkah pergi. Membawa rasa malu yang amat sangat.

Sudah tiga hari Falisha menunggu Ali Muaz pulang dari memburu. Selama itu jugalah dia pergi berendam di mata air biru pada setiap pagi dan petang. Seperti yang disarankan oleh Ali Muaz sebelum dia bertolak untuk pergi memburu.

“Firaz..”  Firaz yang ada disamping Falisha berpaling.

“Kamu pasti kenal dengan datuk dan nenek saya kan? Macam mana rupanya datuk saya?” Tanya Falisha.

“Itu.. Ya tahu.. Kalau Falisha nak tahu dengan lebih dekat tok udi, kenalah tanya Abang Wazien..”

“Lagi-lagi dia” potong Falisha dan mengeluh kecil. Firaz menyembunyikan ketawanya di sebalik tangan yang menutup mulutnya.

“Kamu ketawakan Isha?”

“Tak-tak-tak! Bukan begitu..” tergagap-gagap Firaz dibuatnya.

“Patut aja kamu gelakkan Isha. Haish.. malunya. Tapi hati ni..” Falisha terdiam saat itu, bila melihat Wazien yang ada di jauh sana sedang berjalan menghampiri mereka berdua.

‘Sungguh aku pernah terluka sekali. Aku takut terluka lagi.. Jika kita disatukan atas perjanjian yang diaturkan oleh takdir. Wujudkah rasa cinta di antara kita? Atau semuanya hanya berlandaskan tanggung jawab semata-mata.. Mampukah kita bahagia macam pasangan yang lain. Berkahwin dengan pasangan yang kita tak saling kenal? Akankah bahagia?’

“Marilah Firuz.” Falisha menarik tangan Firuz serta menukar arah laluan mereka.

“Kita nak kemana? Bukankah kita nak balik ke rumah utama?” Firuz yang tak tahu apa-apa mengikut saja Falisha.

“Asalamualaikum, Falisha nak kemana ni?” Tanya Wazien.

“Hmm.. Waalaikumsalam. Bukannya urusan Wazien untuk ambil tahu tentang Isha.” Falisha yang membelakangkan Wazien berpaling untuk melintasi Wazien.

Sebaik Falisha hendak ke kiri. Wazien turut ikut ke kiri. Samalah juga bila Falisha beranjak ke kanan. Wazien pun ikut ke kanan.

“Wazien..!” Falisha memanggil nama Wazien dengan menekan bait bicaranya.

“Maaf, ada yang perlu Wazien tanyakan kepada Falisha.” Wazien melihat kepada Firuz. Anggukkan kepala oleh Firuz diberikan kepada Wazien.

“Tunggu Firuz.” Panggil Falisha. Tapi tetap juga Firuz melangkah pergi. Bila agak jauh dia berhenti dan menunggu Falisha disitu.

“Wazien, awak nak apa? Kenapa awak minta Firuz pergi? Nanti kalau ada sesiapa tengok kita macam mana? Tak takut difitnah? Saya nak pergi..” Luah Falisha tak puas hati. Tangannya menunjuk kepada arah dimana ada Firuz sedang menunggunya.

“Kenapa..? Falisha asyik mengelak dari saya? Apa sebelum ini teguran saya buatkan Falisha terasa? Maaf kalau terguran saya sebelum ini kasar dan buat Falisha terasa.”

“Boleh Isha pergi sekarang?” Falisha tetap dengan kedegilannya. Kelembutan bicara Wazien membuatkannya nak cepat-cepat pergi dari situ.

“Ada apa yang abah beritahu Falisha sampaikan Falisha cuba mengelak dan menjauhkan diri sari saya?”

“Wazien.. Isha perlukan masa. Perlukan masa untuk hati ini, Wazien. Harap Wazien faham. Berikan Isha masa untuk diri Isha sendiri..”

“Wazien akan berikan waktu dan akan sabar menunggu Falisha. Seperti sebelum ini yang Wazien katakana kepada Falisha. Wazien tidak akan memaksa. Izinkan Wazien merawat setiap luka yang ada di hati Falisha. Walaupun luka itu tak dapat hilang dan sembuh sepenuhnya.. Wazien akan cuba seikhlas hati Wazien.” Wazien menjelaskan apa yang terbuku di hatinya.

“Maafkan sekali lagi andai abah memaksa Falisha. Sampai Falisha..”

“Perlukah ikatan perkahwinan ni Wazien? Tak boleh kah Wazien lindungi dan ajar Isha tanpa perlu kita berkahwin?” Tanya Falisha.

“Kalaulah semudah itu..” Wazien mengelengkan kepalanya.

“Isha takut terluka untuk kali kedua. Perkahwinan ni bukan perkara yang boleh di buat main Wazien. Macam mana Wazien boleh terima Isha ni, yang Wazien langsung tak pernah kenal?..”

“Wazien terima Falisha Irdina seadanya. Bukan hanya kerana perjanjian yang diaturkan oleh takdir . Yang mengikat kita berdua. Wazien menerima Falisha seikhlas hati ini..” potong Wazien dengan tangannya memegang dadanya sendiri. Falisha melihat ke dalam anak mata Wazien yang memancarkan cahaya jingga seperti api yang sedang membara.

“Walaupun..” Falisha mengalihkan pandangannya. Terasa bagaikan ada satu getaran saat merenung kedalam mata Wazien sebentar tadi.

“Walaupun apa, Falisha?” Tanya Wazien.

“Wazien, Isha pernah dikhianati oleh rasa cinta. Ianya satu rasa yang sangat perit. Isha masih mencari cinta dan dalam masa yang sama setia.”

“Insyaallah andai diberi peluang dan izin darinya Wazien akan cuba penuhi semuanya mengikut kemahuan Falisha.. Asalkan peluang itu..”

“Baiklah” potong Falisha.

Angin bertiup melintasi, diantara mereka berdua. Bagaikan alam juga turut bersorak mendegar berita gembira tersebut. Rambut-rambut Falisha naik di terbangkan angin saat dia mengatur langkahnya pergi meninggalkan Wazien. Terlibas wajah Wazien dengan rambut Falisha yang berbau harum mewangi, menusuk masuk aromanya ke rongga hidung Wazien.

“Mari Firuz.” Falisha menarik pegelangan tangan Firuz dan mengajaknya pergi.

“Tadi dia sungguh menolak dengan pelbagai alasan itu dan ini. Tapi akhirnya dia setuju. Untuk apa dia buat semua tu? adakah ini satu ujian?” 

Wazien melihat Falisha sedang melangkah pergi bersama dengan Firuz. Belakang tubuh Falisha itu diperhatikannya. Bila semakin jauh mereka melangkah pergi, Falisha berpaling sekilas dengan senyuman diwajahnya.

‘sungguh dia seorang gadis yang aku sendiri susah untuk mengerti..’ Wazien menunduk dan menarik senyumannya dari bawah sana. Senyuman itu bagaikan tidak dapat dihilangkan lagi dari wajah Wazien, yang sedang menyebarkan berita gembira itu kepada semua penduduk puak Lantera melalui senyumannya.

Sorry ya lambat.. Selamat membaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience