38. SURUHAN MAHEEM

Fantasy Completed 227394

Air yang jernih di dalam bekas takungan diceduk dengan kedua-dua belah tangannya. Lalu air itu dibawa naik membasuh wajahnya. Meredakan sedikit rasa lelahnya, seharian mencari sesuatu yang tak pasti entah dimana. Dia mula mengeluh berat dan ingin berputus asa.

“Bau itu..” 

Terdongak-dongak kepalanya  ke atas, sedikit demi sedikit menyedut aroma yang manis yang sedang menarik perhatiannya itu.

“Ini bau yang aku cari!”

“Dan! Satu bau.. yang..” 

Terpejam-pejam kelopak mata Jiwari menyedut lebih dalam bau itu dan menhayati satu bau yang terasa lain dan mendamaikan itu. Seperti dirinya terasai dibuai-buai dengan haruman dari bauan itu.

“Bau apa ini..?” 

Kaki mula melangkah pergi. Dari berjalan mula berlari anak dan berlari. Namun lariannya sekadar larian seperti seorang manusia biasa. Kerana tidak mahu menarik perhatian manusia-manusia lain yang ada disitu.

Jiwari mendongak melihat bagunan putih dihadapannya. Bagunan yang hanya setinggi tujuh tinggkat itu direnungnya dengan teliti. Hidungnya menghidu-hidu lagi bau tersebut.

“Aku dah jumpa dengan dia! Aku dapat kau Quhb!” 

Jiwari menayangkan segihannya. Senget sebelah bibirnya naik keatas. Sepantas kilat dia berlari masuk ke dalam bagunan itu, melintasi orang-orang yang tak sedar dia sedang berlari seperi angin lalu di hadapan mereka semua. Bunyi yang kecoh di satu ruang membuatkannya berlalu sepintas lalu di ruangan itu.

“Hilang!” Jiwari membisik sendiri.

“Bau yang bagaikan memanggil aku itu sudah lesap?!” Jiwari berselindung di sebalik dinding memerhatikan kearah seorang lelaki yang sedang dipegang oleh dua orang pegawal keselamatan itu.

“Fine! Two minutes start from now!”.. kedengaran suara seorang wanita, datangnya dari dalam bilik itu sedang memberi arahan.

Dua orang pengawal keselamatan yang memegang lelaki tadi mula melepaskan lelaki itu bebas. Lelaki itu melihat ke kiri dan kanannya sambil tangannya membetulkan pakaiannya yang kusut agar kembali kemas semula. Masuklah lelaki itu di dalam bilik tersebut, sebelum dia melangkah masuk kedalam bilik itu. dia menjeling tajam kearah dua pengawal keselamatan yang menghalangnya tadi.

Sebaik lelaki itu masuk kedalam. Pintu bilik itu tertutup rapat. Tapi sesaat selepas itu pintu bilik itu kembali terbuka semula. Di muka pintu itu keluar seorang wanita yang memakai hijab membuka luas pintu bilik itu dan mengarahkan pengawal keselamatan mengambil kerusi supaya di letakkan di pintu bilik itu agar pintu itu di biarkan terus terbuka.

“Cantik! Dia cantik!” Hati Jiwari berbisik. Tertarik dengan seraut wajah putih dan lembut itu. 

Di dalam bilik pejabat Fadhlan. Falisha masuk semula kedalam pejabat papanya dan duduk di kerusi Fadhlan. Mata Aryan tak lepas memandang kepada Falisha yang ke hulu kehilir kemudian duduk di kerusi yang mempunyai sandaran tinggi itu dengan melipat tangannya melihat kepadanya.

“Your time is running, Aryan!” keras nada bicara Falisha menunduk melihat kepada jam tangannya yang terlilit di pegelangan tangannya.

“Isha, I’m sorry. Kalau sebelum ni Aryan sakitkan hati Isha dengan membatalkan majlis penikahan kita..”

“Stop!” Falisha mengangkat sebelah tangannya. Kemudian dia menarik nafas dalam.

“You know what Aryan. Semua itu, cerita lama. I don’t want to listen that all. We’re finish! Understand?” Falisha menjelaskan kepada Aryan.

“Isha, come on! Just give me one chance. Aryan nak betulkan semuanya semula. Aryan dianiaya oleh Nat. It unfair for me! We should be together macam sebelum ini.” Aryan menghampiri meja dan melutut di hadapan Falisha.

“Wait, what? Apa tadi, dianiaya? Siapa pulak yang ..”

“Nat! dia perangkap Aryan, please sayang. That night something happened, and I don’t know what. Itu semuanya plan Nat nak batalkan pernikahan kita.” Aryan membela dirinya.

“Semua itu berlaku sebab apa, Aryan? Sebab Aryab tak setia! Tak guna Aryan melutut menangis di hadapan Isha. Pergilah Aryan. Antara kita tak ada apa-apa lagi. Isha sekarang ni sudah menjadi isteri orang.” Jelas Falisha.

“kenapa Isha gantikan tempat Aryan semudah tu? Tak bernilaikah cinta kita dulu?”

“Siapa yang mulanya tak setia? Isha atau Aryan?” tanya Falisha kembali, berdiri dan mengampu kedua-dua belah tangannya di atas meja.

“Tak mungkin semudah tu Isha boleh lupakan Aryan” Aryan mengelengkan kepalanya lalu bangun mendekatkan dirinya dengan meja kerja Fadhlan.

“Nak percaya atau pun tidak, terpulanglah! Bukan masalah Isha kalau Aryan tak pecaya pun..” balas Falisha dengan acuh tak acuh.

“Isha! Cerai dengan dia. Kita hidup seperti dulu. Aryan janji! Aryan akan setia dengan Isha” Aryan menarik paksa tangan Falisha. Kedengaran suara Falisha ketawa. Tangan yang dipengang oleh Aryan tadi ditarik semula.

“Aryan janji?!” Falisha masih tetap ketawa.

“Kenapa? Ia tak kelakar Isha! Aryan serius!” Aryan menayangkan wajahnya yang nampak tegang dan bersungguh.

“Sedar tak Aryan, yang Aryan sedang menghasut seorang wanita yang sudah bergelar isteri orang. Untuk memusnahkan rumah tangganya sendiri. Untuk apa? Untuk ikut kemahuan seorang lelaki yang pernah bergelar kekasih hati? Macam tu. Cukuplah sekali hati ni Aryab sakitkan. Cukup! Sakit tu terlalu perit! Isha tertanya-tanya dimana salah Isha pada waktu itu. Isha salahkan diri Isha. Sekarang ni, hati ni dah kembali hangat dengan rasa cinta dari seseorang yang bergelar suami. Mudahnya Aryan datang untuk memusnahkan semuanya!”

“Hebat sangatkah dia Isha!” potong Aryan tak puas hati.

“Hebat sangatkah sampai Isha boleh lupakan Aryan macam tu saja” Marah Aryan. mencengkam kedua-dua belah bahu Falisha.

“Cinta dia terlalu tinggi berbanding dengan Aryan yang tak ikhlas dan setia. Sangat jauh beza sekali Aryan dengan dia.” Falisha menolak Aryan dan melepaskan dirinya daripada Aryan.

Tersentak Aryan bila merasakan dirinya termundur ke belakang beberapa langkah. Dia menunduk melihat tangannya yang baru tadi memegang bahu Falisha tadi. Kemudian dia mendongak kembali melihat kepada Falisha dengan mulut yang terbuka besar.

“Pergilah Aryan.”

“Aryan tak kan kan pergi! Selagi Isha tak setuju untuk bercerai dan kembali kepada Aryan semula.” Walaupun masih terkejut dengan Falisha Aryan tetap teguh dengan pendiriannya.

“Aryan.” Falisha memejamkan matanya rapat dia kemudiannya berpaling melihat ke belakang. Satu buku yang tebal isinya di ambil keluar dari raknya oleh Falisha.

“Kisah diantara kita.” Falisha membuka buku itu, helaian demi helaian di selak oleh Falisha. 

“Seperti buku ni, tetap tertulis rapi setiap kenangan manis dan pahit. Suka, duka perjalanannya..” Falisha membuka helaian yang berada di tengah-tengah halaman buku itu.

“Malangnya..”

PAP!!! 

Falisha menutup kuat buku tebal itu sehingga bunyi itu kedengaran sampai keluar dari bilik itu.

“Hubungan kita sudah tamat Aryan.” Falisha mengangkat tinggi buku itu pada paras wajahnya. 

Sebaik buku itu diturunkan semula dia melihat Aryan mula bertukar riaksi wajahnya. Sedih!. Dengan matanya yang sudah memerah menahan rasa di hati. Kerana ditolak Falisha berkali-kali dari tadi.

“Kenapa dia ada disini!”

“Abang..”

Aryan memalingkan wajahnya ke sisi yang lain, mengangkat wajahnya dan mengelap air matanya dengan hujung baju sebelum dia berpaling melihat kepada lelaki yang Falisha panggil abang itu.

“Kau!” Aryan menunding jarinya kepada Zayyad.

“Macam mana kau masuk sini. Aku baru pergi surau. Dah ada yang menganggu!” sembur Zayyad kepada Aryan.

“Abang. Minta dia pergi.” Falisha memalingkan wajahnya kearah lain. Zayyad melangkah mendekat kepada Aryan. Arahan daripada Falisha bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal kedengaran di telinganya.

“Ada orang yang tak faham bahasa ni. Muka kacak kau tak pernah kena makan penumbuk lagi kan. Apa kata aku bagi kau rasa. Tengok sedap ke tak penumbuk sulung yang hinggap di muka kau nanti” perli Zayyad.

“Kau jangan nak ugut aku! tak payah nak sentuh aku dengan tangan kotor kau tu..” sindir Aryan.

“Kau ni” Zayyad sudah mengangkat tinggi penumbuknya. Sedia nak melepaskan penumpuk di sasarannya.

“Abang please..” kedua-dua lelaki itu berpaling melihat kepada Falisha yang sedang membelakangi mereka.

Zayyad mencekak leher baju Aryan. Menarik Aryan mendekat kepadanya.

“Nasib dia hentikan aku! kalau ikutkan hati aku yang bukan seorang yang penyabar ni! Dah lama aku bagi penumbuk di muka kau ni. Isteri orang pun, kau nak kacau lagi. Masa dia pertahankan cinta dia! Kau sia-siakan. Tak semua peluang kedua tu wujud, sedarlah!” Zayyad membisik dengan nada yang rendah pada telinga Aryan. Satu nada perlahan tetapi berbunyi tegas dengan ugutan keras dari Zayyad. Membuatkan Aryan menelan air liurnya. Rahangnya bergerak-gerak membalas kepada renungan dari Zayyad.

“Kau tahu jalan keluar kan?” Zayyad tersengih kepada Aryan yang tiba-tiba menjadi bisu itu. Tangannya melepaskan semula cengkaman pada leher baju Aryan. Dia malah tolong merapikan lagi pakaian Aryan. Tanpa membalas apa-apa. Aryan berlalu keluar begitu saja dari bilik itu diiringi oleh pengawal keselamatan yang setia menanti dari tadi di luar bilik itu.

“Terima kasih abang..” ucap Falisha yang sedang melihat ke luar tingkap kaca yang besar.

“Terima kasih untuk apa? Abang tak buat apa-apa pun. Abang baru sampai ni. maaflah abang pergi solat tadi. Tak sangka pula ada yang nak datang menganggu” balas Zayyad.

“Isha dengar apa yang abang cakapkan kepada Aryan..” 

“Ohh! Itu..” Zayyad ketawa kecil sambil mengaru belakang kepalanya. Aduh! dia kan harimau putih mana mungkin dia tak dengar apa yang aku kata kan tadi. Macam mana aku boleh terlupa pula.

“Abang tunggu di luar lah ya” Zayyad berundur, sebaik tiba di muka pintu Zayyad mengangkat kembali kerusi yang ada di sandarkan kepada pintu bilik itu. 

“Apa tu?” terteleng kepalanya melihat ke sisi saat tangannya mengangkat kerusi. Kemudian dia berpaling melihat kepada pintu bilik Fadhlan yang sudah tertutup sepenuhnya.

“Perasaan aku saja agaknya” Zayyad menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. 

Jiwari bersembunyi di sebalik sudut almari mengintai ke arah Falisha yang sedang termenung melihat jauh di luar tingkap kaca lutsinar sana.

“Siapa? Siapa yang ada disana?” tanya Falisha seraya berpaling melihat satu sudut almari yang agak tersembunyi dari ruang tampatnya berdiri.

“Keluar dari situ! Jangan bersembunyi.

“Hati-hati Isha! Dia berbeza!” keras suara Deena yang ada di sebalik sana memberi amaran kepada Falisha.

“Menarik! Kau dapat tahu aku ada di sini..” kata suara itu.

Pak! Pak! Pak! 

Bunyi seseorang menepuk tangannya dengan kuat. Tangan yang sedang menepuk itu mula kelihatan. Muncullah Jiwari di sebalik almari itu dengan wajahnya yang membunyi corak tompok-tompok di dahinya.

“Dia puak bintang! Licik dan penuh tipu daya.” Suara Deena kedengaran lagi.

“Puak bintang?” tanya Falisha kepada lelaki yang ada di hadapannya.

“Aku dah agak! Kau bukannya sebarangan orang. Sebab kau boleh tengok aura aku. Aku Jiwari puak bintang yang sekarang ni datang mencari sesuatu. Aku pasti barang yang aku cari itu ada pada kau” Jiwari berjalan dan duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu.

“Aku tak pasti dengan apa yang kau kata kan, kau sudah salah sangka tentang aku” Falisha berdiri tegak di tempatnya. Adakala matanya melirik melihat kearah pintu masuk. Berharap Zayyad yang berada di luar masuk atau sesiapa saja masuk pada waktu itu.

“Kenapa? Kau harap.. Kau mampu sampai ke pintu tu sebelum aku?” sindir Jiwari. Senget hujung bibirnya tersengih kepada Falisha.

“Aku tak kenal kau siapa. Sekarang kau boleh pergi” Falisha menunjuk kearah pintu.

“Kau tak kenal aku? aku dah kata kan tadi nama aku Jiwari” sekelip mata dia berada di hadapan Falisha. 

Mencekik Falisha dengan kedua-dua belah tangannya. Tapi cengkaman itu tidak bertahan lama bila Jiwari merasakan perutnya bagaikan di rodok oleh sesuatu yang tajam. Mata yang sedang membulat besar melihat kepada Falisha, mula menunduk ke bawah perlahan-lahan.

“Kauuu..” Jiwari mengerang kesakitan, lalu melepaskan Falisha. Terkejut dia melihat tangan Falisha yang bertukar menjadi tangan harimau yang berbulu putih dengan kuku yang panjang bagaikan mata pisau, menusuk perut dan merobek isi perutnya.

“Jangan salahkan aku! aku dah bagi amaran sebelum ini. Kau yang memaksa aku.” Falisha menunduk melihat kepada Jiwari yang sedang terbaring di atas lantai. Sinis dan dingin suara Falisha yang sudah berbaur suaranya dengan Deena yang ada di dalam sana. Dia kemudiannya bangun dan melangkah melepasi Jiwari yang sedang kerekot di lantai memegang perutnya.

“Akuuu.. datang mencari Quhb! Aku..” tapi kata itu terhenti di situ sahaja.

“Quhb? Kau orang Maheem?” Falisha berpaling melihat kepada Jiwari yang sudah tak sedarkan diri.

“Ck!” Falisha berdecit geram.

“Abang! Abang Zayyad!” panggil Falisha.

Masuklah Zayyad dengan wajah yang tersenyum. Tapi senyumannya mati bila melihat wajah Falisha yang berbelang putih kebiruan itu.

“Abang” Falisha mengalih tubuhnya.

“Siapa tu?. Macam mana dia ni boleh ada di dalam bilik ni..” tanya Zayyad mendekati  Jiwari. 

“Dia ni!” bertambah terkejut dia melihat muka Jiwari yang mempunyai tompok-tompok.

“Nama dia Jiwari, dari puak bintang. Dia adalah orang Maheem..” jelas Falisha mengambil satu kain pakaian Fadhlan yang disimpan didalam almari. Baju itu dikepal dan diletakan pada luka Jiwari.

“Dia dah mati ke?” tanya Zayyad.

“Belum” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Sekarang ni macam mana? Kenapa sampai jadi macam ni?” tanya Zayyad.

“Abang ni banyak tanya lah! Abang bangun pergi ambil kotak peti kecemasan tu” Falisha menunjuk kearah almari kaca yang jelas kelihatan ada kotak kecemasan di dalamnya.

“Ya-ya” bagun Zayyad mengambil kotak kecemasan itu dan membawanya kepada Falisha.

Diam saja Zayyad melihat Falisha melakukan kerjanya merawat Jiwari. Sekadar rawatan sementara agar dapat menghentikan pendarahan Jiwari sebelum menerima rawatan selanjutnya.

Aryan tak terus pulang selepas diusir dari pejabat Fadhlan. Dia sedia menanti di ruang lobi pejabat itu. Biarlah berapa kali diusir pun dia tetap menebalkan mukanya. Menantikan lelaki yang dikatakan suami kepada Falisha tiba. Sebalik dia melihat lelaki itu tiba dan sedang berjalan masuk beriringan dengan Fadhlan. Dia bangun dari tempat duduknya. Melangkah dengan laju ke arah kumpulan yang baru melangkah masuk itu.

“Aku nak bercakap dengan kau!” kasar bunyi suara Aryan menghalangi laluan mereka semua.

“Aryan! kamu jangan nak menganggu kami!” Marah Fadhlan.

“Tak apa papa.” Wazien menahan Fadhlan dari mencampuri urusan itu.

“Baiklah, saya tidak ada masalah untuk itu. Silalah” Wazien sedia nak mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Aryan. Dalam masa yang sama dia berharap perkara itu akan selesai pada hari itu juga, dan mereka dapat mencapai kata damai di antara mereka berdua. Fadhlan pula yang tidak senang hati melihat dua lelaki itu melangkah pergi, mencari ruang untuk selesaikan masalah diantara mereka. Bagi Fadhlan, Isha dan Aryan sudah lama selesai. Tapi untuk apa Aryan datang menganggu mereka lagi.

Wazien vs aryan.. Tqtqtq semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience