45. KEMENANGAN

Fantasy Completed 227350

Angin mula bertiup tenang semula di tanah gersang. Tak ada lagi bunyi guruh di langit dan panahan kilat yang memancar ke bumi. Sunyi sepi seketika bumi. Penduduk tanah gersang yang sedang bersembunyi pun keluar dari tempat persembunyiannya, berjalan berarak bersama menuju ke medan pertempuran yang sengit tadi.

Beberapa orang yang berpakaian serba putih ,berada di kawasan lapang itu diperhatikan oleh mereka. Tertanya-tanya dari manakah kumpulan itu datang, tanpa segan-segan menghulurkan bantuan menewaskan Lahad. Beberapa orang yang terbaring di perhatikan oleh mereka. Satu susuk tubuh yang terduduk di tanah turut diperhatikan. 

“Ratu!” sebulat suara mereka memanggil wanita yang sedang menunduk itu.

Falisha yang sedang menunduk mengangkat wajahnya. Seorang wanita membuka kain yang panjang yang ada di tubuhnya dan menutup tubuh Falisha.

“Terima kasih..” perlahan dan lemah balas Falisha. Dia yang masih terduduk, kekal pada posisinya. Tidak berdaya nak mengangkat tubuhnya bangun. Nafasnya lama kelamaan semakin lemah dan panjang-panjang.

Wanita yang memberikan kain tadi ingin membantu Falisha bangun. Falisha cepat-cepat megibaskan tangannya perlahan menolak bantuan itu. Dia mahu duduk terlebih dahulu. Kerana dia tak merasakan Deena dan janin kecil didalam tubuhnya pada saat itu. Walaupun sudah berkali-kali dia menyeru nama Deena. Tiada jawapan daripada Deena. Itu amat merisaukannya.

“Biarkan saya seketika..” ucap Falisha perlahan kepada wanita itu.

Tubuh Falisha pegun seketika. Dia masuk kedalam dirinya sendiri, mencari satu ruang yang diduduki oleh Deena.

“Deena..”

Falisha tercari-cari Deena. Tapi tak kelihatan Deena disitu. Nama Deena di panggil lagi. Di satu sudut sana dia melihat Deena sedang terbaring lesu.

“Deena..”

Kelopak mata yang penuh dengan bulu putih itu mula terbuka. Deena melihat kepada Falisha yang duduk melutut di hadapannya.

“Aku dah mati?” tanya Deena lemah.

“Kau rasa?” tanya Falisha kembali.

“Aku rasa…” Deena menongkat naik kaki hadapannya untuk mengangkat tubuhnya bangun.

“Sungguh aku dah mati?” tanya Deena sekali lagi. Kebingungan sendiri.

“Kau juga dah mati Isha? Atau kita tewas..? Kita masih dikawal oleh Lahab?” tanya Deena tanpa putus-putus walaupun dia sedang terketar berdiri di hadapan Falisha.

“Hemmm” Falisha menunduk menyembunyikan senyuman sebarisnya di bawah sana.

“Kau senyum? Kau sedang permainkan aku..?” Falisha mengangkat kepalanya melihat kepada Deena. Senyumannya dilebarkan lagi, menjadi lebih manis kali ini.

“Isha berbangga dapat teman seperjuangan, yang hebat seperti Deena. Terima kasih kerana kuat berjuang bersama dengan Isha..” Falisha mengangkat tangannya mengelus bulu gebu Deena yang putih itu.

“Kau menakutkan aku!” Deena menyerang Falisha dengan lidahnya. Menjilat Wajah Falisha dengan lembut dan manja.

“Rehatlah Deena. Isha tahu. Deena sudah mengunakan kuasa yang melebihi batas kuasa yang sebenar Deena mampu.. Rehatlah..” Falisha merangkul leher gebu Deena. Selesa Falisha ketika dia tenggelam di sebalik bulu lembut dan panjang itu.

“Siapa kata?! Aku masih kuat..” Nafi Deena. Walaupun hakikatnya dia gagah berdiri di hadapan Falisha.

“Ya! Ya! Kau kuat dan hebat” Falisha mengangguk sambil mengelus lembut leher Deena. Terus jatuh Deena bila Falisha mengelusnya begitu. Terdongak  kepalanya keatas dengan mata yang terpejam. Selesa dan nyaman diperlakukan begitu.

“Aku akan berehat beberapa hari. Kau pun berehatlah..” Deena berucap perlahan kepada Falisha.

“Ya..” balas Falisha pendek.

“Rehat demi dia..” Deena menunjuk ke perut Falisha.

“Dia?” tanya Falisha.

“Ya, aku akan sentiasa melindunginya. Dia selamat.” Kedengaran kembali ruangan itu dengan detak jantung yang sedang berdegup. Berkaca-kaca mata Falisha saat itu. Sebak! Sangkanya tuhan telah mengambil kembali nyawa itu darinya.

“Terima kasih!”

“Terima kasih!”

Falisha memeluk Deena yang sedang terbaring. Segala apa yang dia rasakan kini tak terlafaz di bibirnya. Hanya ucapan terima kasih dan lafaz syukur yang bergema saat itu.

“Kau pulihkan diri kau Isha. Berhenti berlakon di hadapan aku. Bukan hanya aku saja yang cedera di disini.. Kau juga! Pergilah aku akan baik-baik saja berehat di dalam sini.. pergilah. Mereka menunggumu” Falisha mengangguk dan perlahan-lahan keluar dari situ.

Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Cahaya matahari terik membuatkan matanya dipanah silau terang  tepat kepada matanya.

“Falisha” suara lelaki itu berbaur risau.

“Abah..”

“Alhamdulillah.. Sedar juga kamu.. kenapa berlama-lama di alam sana. Bahaya jika keadaan kamu terlalu lemah macam ni..” Kata Ali Muaz.

“Wazien?”

“Ya Allah! Abah risaukan kamu, kamu pula risaukan Wazien. Anak bertuah ni..” Ali Muaz mula membebel.

“Tak sangka pandai juga raja Ali membebel.” Sarwan datang menyapa.

“Adakah itu satu pujian buat saya Raja Sarwan? Saya dulunya tak pandai juga, tapi menantu saya ini yang mengajarnya..” Ali muaz berpaling dan bersalaman dengan Raja Sarwan. Dibelakangnya berdiri ratunya yang berniqab.

“Ratu Raidah..” Ali Muaz menegur wanita itu.

“Sudahlah! Tidak perlulah kita terlalu beradap bila berada di luar Istana. Puak harimau belang emas memang selalu merendah diri mereka.” Kata Sarwan.

“Kami amat berterima kasih kerana mendapat bantuan dari puak bintang. Tak dapat kami nak kalahkan Lahab kalau tidak mendapat bantuan dari puak bintang tadi..” 

“Kami puak bintang cukup berbangga sekali dapat membantu. Sudah beta kata kan tadi, puak Lantera terlalu merendah diri. Lahab itu di tewaskan oleh ratu harimau putih. Kami hanya membantu sedikit saja di dalam hal ini. Beruntung Lantera bakal terima pewaris yang kuat di masa hadapan. Harap ratu segera pulih dan lahirkan banyak pewaris buat Lantera..” Ali Muaz dan Sarwan sama-sama berpaling melihat kepada Falisha yang diam di tempatnya. Hanya senyuman yang dibalas pada tika itu. Hatinya masih tidak tenang selagi tak melihat buah hatinya yang seorang itu.

Pemimpin dan para pejuang yang datang dari Belantara mula beransur pergi selepas meminta izin untuk pulang semula ke negaranya. Yang tinggal hanyalah beberapa penduduk Lantera yang sudah sedia ingin ikut berangkat pulang sama.

“Raja Ali?”

Panggil satu suara membuatkan Ali Muaz berpaling dari terus melihat akan menantunya.

“Janganlah memanggilku Raja. Panggil saja Tok Ali. Aku bukannya seorang raja. Aku juga sama seperti kalian..” Balas ali muaz melihat kepada seorang pemuda yang menunduk di hadapannya.

“Bagaimana?”

“Bagaimana dengan kami?”

“Bagaimana dengan tanah gersang..”

“Adakah ratu kami akan ikut pulang sama?” Lelaki itu takut-takut nak menunjuk ke arah Falisha yang sedang berehat di bawah terduhan kain yang didirikan umpama khemah buatnya. Beberapa wanita penduduk tanah gersang sedang mengipas di kiri dan kanannya. Falisha masih utuh tidak bergerak sedikitpun dari tempat yang dia duduk tadi.

“Ratu kamu?” Ali Muaz berpaling melihat ke arah Falisha.

“Ya, dia ratu kami yang baru. Kami penduduk tanah gersang akan taat setia kepada ratu kami yang baru..” jatuh melutut semua penduduk tanah gersang yang ada di hadapan Ali Muaz.

“Dia adalah bakal ratu Lantera. Ratu yang bakal melahirkan pewaris Lantera. Dia tak mungkin akan tinggal disini. Ini bukannya tempatnya. Tok cadangkan. Lantiklah satu ketua diantara kalian semua yang layak memimpin puak berang. Tok yakin pastinya di antara kamu, ada yang layak menjadi pemimpin.” Terang Ali Muaz. Memegang bahu pemuda di hadapannya dan meminta pemuda itu agar bangun semula.

“Tapi.. Kami tetap perlukan ratu kami. Untuk memlindungi kami..” kata pemuda itu.

“Ya! Ratu akan memakmurkan tanah gersang..” kata suara yang berada didalam kelompok yang masih melutut itu.

“Memakmurkan tanah gersang dengan mengorbankan setiap titisan darah milik  ratu kamu? Itu maksudnya! Yang kamu perlukan ratu kamu itu?” nada suara Ali Muaz mula berubah lembut ke kasar dan tegas.

“Kami.. Kami” ucapan mereka mula gagap. Saling berpandangan sesama sendiri.

Ali Muaz mengelengkan kepalanya melihat kepada kumpulan penduduk tanah gersang. Rupanya mereka masih ada niat nak mengunakan Falisha sebagai korban untuk memakmurkan tanah gersang.

Falisha dapat merasakan tubuhnya semakin lama semakin memulih, dia hanya memerlukan masa yang cukup untuk kembali kepada sediakala. Ali Muaz duduk di hadapan Falisha. Sebelah tanganngannya di angkat naik dan diletakkan di atas kepala Falisha. Tersentak Falisha apabila tiba-tiba saja mendapat lekapan tapak tangan yang mempunyai haba panas itu. Kelopak mata yang tertutup tadi diangkat terbuka.

“Kamu terluka parah?” berkerut  dahi Ali Muaz melihat kepada Falisha yang masih mampu tersenyum kepadanya. Dua wanita yang berada di sisi Falisha mengundurkan diri.

“Abah sendiri kata yang harimau putih ini sifatnya menyembuhkan. Isha akan pulih sekejap lagi. Abah jangan risaukan Isha. Wazien? Mana Wazien abah?” tanya Falisha.

“Hemmm.. Wazien sedang berehat di sebelah sana bersama dengan Bazli dan Faqih. Mereka tak apa-apa..”

“Isha nak kesana..” Falisha berusaha untuk bangun, tapi tubuhnya sendiri tak terangkat olehnya.

“Sabar..” Tangan Ali Muas yang masih berada di atas kepala Falisha menekan untuk mengagalkan Falisha dari terus bangun.

“Abah.. Ambillah darah Isha buat Wazien.. Ambil lah abah..” Falisha menyuakan tangannya kepada Ali Muaz.

“Diri kamu sendiri belum pulih Falisha..”

“Abah..”potong Falisha.

“Yea lah.. Hanya setitis darah Falisha. Bukannya aura api biru.” Kata Ali Muaz menyucuk ibujari Falisha. Tersentak Falisha menunduk melihat kepada jarinya yang dicucuk tadi. Terdapat bayangan cakaran pada tangan Ali Muaz yang nampak samar-samar. Ini pertama kalinya Falisha melihat semangat milik Ali Muaz, itupun hanya cakarannya saja. Sebesar tapak tangan Ali Muaz. Darahnya yang mengalir keluar bagaikan terapung di udara dikawal oleh Ali Muaz.

“Abah pergi dulu kesana.. Falisha berehat dulu sebelum kita bertolak balik.” Ali Muaz bangun dan menuju ke arah khemah yang di sebelah sana.

“Isha!” Suara Deena memanggil perlahan.

Falisha yang tak sempat membalas terus menunduk memuntahkan darah hitam pekat dan berlendir.

“Sudah sampai masanya kita melepaskan kuasa hitam yang ada didalam kita. Ianya tidak berguna lagi. Lepaskan roh-roh hitam tanah gersang. ” kata Deena. Falisha mengelap bibirnya yang basah dengan darah itu dengan belakang tangannya.

“Ya, Betul” balas Falisha. 

Terasa aura hitam itu sedang memakan dirinya sendiri. Luka yang sembuh pun terasa sakit semula. Bagaikan roh-roh itu sedang mengigit setiap organ dalamannya yang cedera sekarang ini.

“Tapi Isha tak kuat untuk itu. Bantulah Isha, Deena..” terpejam-pejam mata Falisha berusaha untuk mencari tenaganya agar dapat keluarkan roh-roh jahat milik Maheem itu. Seseorang menarik tangannya dan menyalurkan aura keemasan terus ketangannya yang terbuka. Falisha membuka matanya.

“Kanda..”

Falisha melihat Wazien yang masih pucat duduk dihadapannya. Di belakang Wazien ada Ali Muaz sedang duduk menghadapnya.

“Apa yang Kanda dan abah buat ni?” tanya Falisha.

“Kanda dan abah akan salurkan tenaga buat kasih, untuk keluarkan apa yang terperangkap didalam tubuh kasih tu..” Wazien menjatuhkan kepalanya kebawah.

“Tapi kanda.. Kanda pun.. masih belum sembuh.” Tolak Falisha dengan kepalanya yang mengeleng perlahan ke kiri dan kanan.

“Usah berdegil! Masih ada nyawa didalam sana bukan!” keras nada bicara Wazien. Menitiskan airmata Falisha. Bukan kerana Wazien memarahinya, tapi tersentuh bila Wazien sudah tahu tentang nyawa yang ada bersama dengannya. 

“Mengambil roh masuk kedalam tubuh kita itu mudah.. kasih. Tapi untuk memaksanya keluar. Tak semudah itu. Berkali ganda kuasa yang perlu untuk keluarkannya.. Tenaga kasih dah susut setelah keluarkan Lahab. Tak salah kalau kanda dan abah menolong, bukan?” Tegur Wazien, kali ini dia menggunakan nada yang lembut semula buat isterinya yang degil itu. Wazien menyeka airmata yang mengalir di pipi Falisha.

Falisha melihat kepada Wazien. Tanpa sebarang kata yang terucap, Wazien  mengambil tangan Falisha. Satu persetujuan yang lahir dari hati mereka berdua. Ali Muaz menyalurkan tenaganya kepada Wazien. Wazien pula menerima kuasa itu dan menyalurkannya kepada Falisha. Kini Falisha perlu kuat untuk mengusir roh yang masih bersisa menumpang di dalam tubuhnya. Tangan Falisha yang dipegang oleh Wazien mula mencekam kuat.

“Kuat kasih! Kasih kuat untuk melawan dan megusir dia keluar” Wazien berusaha memberi semangat buat Falisha.

“Jangan! Kasihanilah kami.. Tiada tempat untuk kami pergi..” kata itu keluar dari mulut Falisha yang sedang merayu dan merintih kepada Wazien.

“Jasad ini bukannya milik kamu semua. Keluarlah! Serahkan kembali jasad ini kepada pemiliknya..” Sebelah tangan Wazien naik memegang bahu Falisha.

“Tidak.. Kami tidak akan keluar. Kami mahukan dia. Dia adalah ratu kami..” suara yang bertindih-tindih itu merayu lagi.

“Dia bukan ratu kamu semua…” belum sempat Wazien berkata lebih lanjut. Falisha memuntahkan lagi darah dari mulutnya.. Kali ini darah merah yang masih panas mengalir dari mulut Falisha tumpah membasahi pakaiannya.

“Ya Allah! Abah!” Wazien memalingkan kepalanya melihat ke belakang.

“Kita kena teruskan juga Wazien. Memang ada risikonya! Jangan cepat mengalah” Ali Muaz mengelengkan kepalanya. Wazien berpaling semula melihat kepada Falisha.

“Argghh!” 

Falisha menjerit bersama-sama dengan suara yang bertindih-tindih tadi. keluar asap hitam yang menyerupai tengorak kepala manusia dari mulut Falisha, bukannya satu tapi ada beberapa yang mereka sendiri tak sempat untuk mengiranya. Roh itu terbang bergelegar di serata tanah gersang. Tercari-cari jasad untuk menumpang.

Lemah terasa setiap isi tubuh Falisha saat itu. Terasa letih yang teramat sangat. Wazien menarik Falisha dan membaringkannya diatas ribanya.

“Rehatlah.. Semuanya telah selesai. Kita akan pulang ke Lantera..” Wazien menunduk mencium dahi Falisha.

“Sebelum tu Wazien. Ada sesuatu..” tegur Ali Muaz.

“Ada apa abah?” tanya Wazien.

“Penduduk tanah gersang menuntut Falisha menjadi ratu mereka.” Kata Ali Muaz.

“Kenapa pula abah?” Wazien berpaling melihat kepada Ali Muaz. Falisha yang ada di riba Wazien mengangkat tangannya.

“Kenapa? Tak selesa?” tanya Wazien bila Falisha ingin bangun dari ribanya.

“Itu semua sebab kasih. Kerana kasih dah kalahkan Maheem. Tapi abah, tak bolehkah kita bawa mereka pulang ke Lantera?” tanya Falisha.

Ali muaz berpaling melihat kepada Wazien. Kemudian dia mengeluh berat.

“Tak semudah itu.. kasih. Sifat mereka tidak sama dengan kita.” Wazien menjelaskannya.

“Tapi apa salahnya kalau kita berdamai saja dengan mereka. Kenapa kita perlu memilih sekutu kita? Bukan..” Wazien mengetuk lembut dahi Falisha.

“Wazien tak tahu lah abah. Semuanya dia nak kutip bawa ke Lantera.” Wazien mengeluh. Kemudian dia mengeleng. Bibirnya terukir sebuah senyuman.

“Abah..” Falisha memanggil Ali Muaz.

“Abah cuma takut mereka tak serasi untuk tinggal di Lantera. Tapi tak apalah. Abah akan berbincang dengan mereka. Jika mereka setuju dengan peraturan Lantera. Abah mengalukan kedatangan mereka ke sana..” Balas Ali Muaz bangun berjalan ke arah kumpulan yang masih menunggu jawapan daripadanya.

Wazien meraba perut Falisha yang masih rata itu. Satu senyuman lebar terukir di wajahnya.

“Kanda boleh rasakan ada api emas di dalam ni..” kata Wazien.

“Tak lah! Itu api biru..” Falisha merebahkan kembali tubuhnya.

“Kanda dah boleh agak kewujudan dia. Tapi kasih selalu menafikannya. Ada..” Wazien memegang bahu Falisha.

“Kasih..”

“Hmmmmm” Falisha bergumam panjang.

“Kasih rehatlah.” Kepala Falisha yang berlapik itu digosok perlahan dan lembut. 

“Kanda cakaplah, kasih dengar..” balas Falisha.

“Ialah tu.. tidur sajalah..” Wazien menepuk bahu Falisha.

Setelah selesai berbincang dengan penduduk tanah gersang. Mereka setuju untuk tinggal di Lantera dan terima setiap syarat yang diberikan oleh Ali Muaz kepada mereka. Sedang mereka bersiap-siap untuk meninggalkan tanah gersang. Wazien melihat satu susuk yang tertimbus separuh badannya ke dalam pasir.

“Ambil dia bayu. Bawalah dia bersama..”

Arahan diterima oleh Bayu, mengambil jasad yang sedang nazak masuk kedalam tubuh Wazien. Bertolaklah mereka balik ke Lantera. Pulang membawa kemenangan. Kerana berjaya menumpaskan Lahab si durjana dan juga Maheem.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan sahabat waney.. Alhamdulillah.. Semakin pulih.. Terima kasih semua.. Selamat membaca.. Muaahhh muahh muaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience