33. SAHABAT

Fantasy Completed 227394

Selesai Falisha menulis setiap bait kata dan pesanan yang di beritahu oleh Juani. Terangguk-angguk Falisha saat mendengar ceramah dari Juani mengenai topik hangat mereka pada hari itu. Gaya Juani sudah sama seperti chef bertaraf hotel lima bintang membuat kelas kepada anak didiknya.

“Terima kasih Mak Ani!” Falisha bangun dari kerusi yang dia duduk dan terus memeluk Juani. Puas dengan setiap penerangan yang diberikan oleh Juani tadi.

“Janganlah berterima kasih. Mak Ani tak buat apa-apa pun. Tak salahkan kalau kita berkongsi ilmu kan. Perkara yang baik kita berkongsi bersama. Insyaallah berkat, boleh buat bekalan akhirat. Kalau tak di kongsi dibawa ke mati.. Tak ada gunanya juga..” pelukkan mereka berdua terlerai.

“Mak Ani! Dari tadi lah Isha dengar. Perkataan tu.” Falisha menarik muncungnya, tak suka dengan apa yang dikatakan Juani saban hari perkataan yang mengakhiri setiap perkara. Iaitu mati. 

“Kenapa? Mati itu pastikan. Cuma kita tak tahu bila masanya. Betul tak?” Tanya Juani.

“Betullah tu. Kalaulah kekuatan Isha dapat menghalang semua itu. Isha akan buat..” bicara Falisha terputus saat melihat Wazien berjalan, melintas mereka dan naik ke atas.

“Mak Ani. Kenapa Wazien asyik ulang naik ke atas dari tadi?” Tanya Falisha.

“Cik muda ni, kenapa tanya Mak Ani. Cik muda naiklah atas tanya sendiri dengan tuan muda. Takkan lah, Mak Ani pula nak naik tanya. Kan tak manis macam tu. Lagipun dia dari Lantera kan. Mana tahu ada sesuatu yang menganggu dia ke. Atau ada apa-apa yang buat dia tak selesa.” Jelas Juani, senyum mekar pada wajahnya memandang kepada Falisha.

“Hmm, Isha nak naik ke atas dulu lah kalau macam tu. Tengok kan Wazien kejap ya” kata Falisha sambil menunjuk tangannya ke atas.

“Pergilah cik muda.” Juani mengangguk. Dia melihat Falisha melangkah pergi membawa buku yang ada di tangannya. Berjalan dan memanjat tangga naik ke atas.

Setibanya Falisha di atas dia masuk kedalam biliknya dan melihat ruang kamarnya yang kosong.

“Kanda?”

Panggilan nama yang dianggap istimewa itu di laung oleh Falisha dengan nada yang lembut dan manja. Kelibat Wazien di cari oleh Falisha. Kedengaran bunyi air di dalam bilik air, Wazien melangkah keluar selepas selesai urusannya di dalam sana.

“Kanda kenapa ni?” Tanya Falisha. Bila melihat Wazien sedang memegang perutnya dengan dahi yang bekerut. Kini Falisha juga turut ikut memegang perut suaminya itu.

“Hmm.. entah lah Kasih.” Wajah itu menayangkan senyumannya di sebalik wajah yang masih menahan rasa sakit.

“Kasih masak tadi tak sedap ke?”

“Kanda tak cakap pun, Kasih masak tadi tak sedap. Sedap tu di mulut. Tapi sekarang ni perut Kanda yang tak sedap.” Falisha membawa Wazien duduk di sofa.

“Duduk dulu disini. Kasih ambilkan something untuk perut Kanda. Maybe? Hmm.. Minyak? Or else?” Falisha mengaru kepalanya sambil mengomel sendiri mencari sesuatu di rak terbuka yang ada di dalam biliknya itu.

“It’s okay Kasih, no need to worry..”

“Worry? Of course la Kasih risau! Macam mana lah tak risau. Kalau sakit tu melarat macam mana? Ehh!” Falisha berpaling melihat kepada suaminya yang sedang duduk di sofa.

“Kanda ni?”

“Apa?” renungan dari Falisha tak dihiraukan oleh Wazien.

“Kanda ni bercakap english? Dengan Kasih tadi kan? Seriously?” Tanya Falisha tak percaya.

“Kanda ke tadi? Tak lah! Mungkin Bayu yang cakap tadi bagi pihak Kanda” usik Wazien. Kini kedutan di wajah Wazien hilang diganti dengan senyuman. Wajah Falisha pula yang berganti dengan kedutan di dahinya.

“Bayu pergi sekolah ya? Kasih tak tahu pula? Dia sekolah mana ya? International Animal School? Kenapa tak beritahu. Deena pun perlu ke sekolah juga. Dia tak pandai berkawan.. Sekolah mana?” Tanya Falisha, membalas kembali usikan suaminya itu. Terlupa sudah tujuan asalnya untuk mencari ubat buat suaminya tadi.

“Kanda pernah keluar dari Lantera sebelum ni..” 

“Kasih tak tahu pun..” potong Falisha pantas.

“Sebenarnya, Kanda pernah keluar dulu. Tapi atas urusan tertentu.”

“Urusan tertentu? Urusan apa? Keluar ke mana?” sekali lagi Falisha memotong percakapan suaminya. Soalan demi soalan ditujukan kepada Wazien.

“Adalah mana boleh beritahu Kasih. Nanti Kasih..”

“Kasih apa? Kenapa tak boleh bagitahu Kasih pula?” Tanya Falisha tak puas hati.

“Sebab rahsia Lantera. Lagipun Kanda keluar atas urusan rasmi. Berjumpa dengan puak keturunan asal. Hubungan yang baik perlu di jalinkan di antara puak. Agar tak berlaku pergaduhan sesama kaum kita sendiri kan. Kalau itu berlaku, itu semua akan mendatang kan kerugian kepada semua pihak.” Jelas Wazien.

“Ia? Hmm tapi Maheem? Dia?” Wazien mengeluh saat mendengar nama penyihir hitam itu disebut oleh Falisha.

“Itu terkecuali. Dia dah terkeluar dari lingkaran kedamaian.” Wazien bangun berdiri.

“Ni nak kemana?” Tanya Falisha.

“Kanda nak bersiap” Balas Wazien.

“Apa? Bersiap? Bersiap ke mana?” Tanya Falisha.

“Papa ajak Kanda ke pejabat. Kenapa nak ikut? Bukan Kasih tak suka buat kerja pejabat?” Tanya Wazien.

“Hah! Mana ada. Pandai-pandai saja Kanda ni..”

“Betul lah, papa yang cakapkan pada Kanda. Jadi Kasih tinggal di rumah saja. Jangan risau rumah ni Kanda dah pagar. Kasih akan selamat tinggal di dalam rumah ni.” Wazien mengurut lembut puncak kepala Falisha.

“Kenapa pula tiba-tiba Kanda nak ke pejabat? Kanda bukannya pandai buat kerja pejabat Kanda…” 

Diam seribu bahasa dibuatnya bila bibir mereka disatukan bersama. Tiada lagi bebelan dari Falisha yang ada sekarang ni, yang ada adalah debaran di dada masing-masing. Sehinggalah tautan bibir itu terlerai sendiri. Masing-masing mencari nafas. Wazien melihat wajah Falisha, dengan mata yang sedang terpejam itu mula memerah. Perlahan-lahan Falisha menjatuhkan wajahnya kebawah, dahinya tersangkut di dada Wazien. 

“Kasih duduk di rumah yea. Kanda temankan papa ke pejabat harini. Sekejap saja. Jangan risau..” Falisha tak menjawap. Melainkan hanya memukul sekali di dada Wazien dengan satu pukulan yang sederhana sebelum dia mengangkat kepalanya semula.

“Kasih akan belajar memasak dengan Mak Ani. Kanda jaga papa ya.” Falisha mengangkat kepalanya semula, manakala Wazien melangkah masuk semula ke dalam bilik air.

“Kanda siaplah. Kasih turun ke bawah dulu. Nanti Kanda turun ya. Kasih carikan ubat untuk perut Kanda di bawah”  kata Falisha melihat kepada pintu bilik air. Balas Falisha mendatar berat hati untuk melepaskan suaminya pergi.

“Ya kasih” sahut Wazien dari dalam bilik air.

Falisha turun semula ke bawah, mencari Juani untuk bertanyakan tentang bekalan ubat yang ada di dalam rumah itu.

“Cari ubat apa pula ni?” Tanya Fadhlan, melihat kepada Falisha yang sedang menyelongkar peti ubat di ruang dapur rumahnya.

“Cari ubat sakit perut lah papa. Wazien, perut dia tak selesa pula pa” jelas Falisha terus meneliti bungkusan ubat yang ada sambil diperhatikan oleh Juani.

“Itulah.. bagi lagi menantu papa makan makanan pelik-pelik. Terkejut lah perut dia.” Fadhlan juga turut membantu Falisha mencari ubat buat Wazien.

“Mana ada makanan yang pelik. Spaghetti aje pun pa..” rungut Falisha.

“Yang nak makan tu dia. Tapi Isha ikut selera Isha.. Mana boleh..” Fadhlan masih berkeras.

Loceng rumah itu berbunyi saat dua beranak itu sedang sibuk mencari ubat buat ahli baru keluarga mereka. 

“Tak apa-tak apa. Biar Mak Ani aja yang pergi tengok siapa yang datang. Tuan dan cik muda sambung lah mencari” Juani menawarkan dirinya. Sememangnya itu adalah kerjanya menguruskan perihal rumah itu. Tapi belum apa-apa. Suaminya sudah pun berada pada alat komunikasi itu. Terlebih dahulu menyapa tetamu yang ada di luar rumah mereka pada tika itu.

“Siapa abang?” Tanya Juani kepada suaminya.

“Rasanya dua orang yang ada di luar rumah tu, kawan cik muda” Jawab Ghadi menunjuk kepada monitor kecil yang terlekat pada dinding rumah itu kepada isterinya.

“Ya betul lah tu. Ha ah ya lah tu” Juani berkata dengan yakin.

“Abang tunggu sekejap, saya bagitahu cik muda” Juani mengangkat tangannya seperti menahan kepada suaminya sebelum dia menghilang masuk ke dapur untuk menyampaikan berita itu.

“Cik muda. Diluar ada dua sahabat cik muda..”

“Siapa?” tegang wajah Falisha saat itu.

Siapa yang tahu aku dah balik ke sini? Siapa?.

“Tak salah nama dua sahabat cik muda tu, Tahira dan Aimi..”

“ARGHH!” Jerit Falisha melompat suka, wajah yang tegang tadi berubah ceria dan manis semula. Bungkusan ubat ditangan di letakkan semula ke atas meja.

Belum sempat Falisha berlalu pergi, keluar dari ruang dapur. Fadhlan menangkap lengan anaknya. Terhenti langkah Falisha saat itu.

“Isha.. Isha jangan lupa Isha ada suami sekarang ni. Apa yang Isha buat semuanya melibatkan maruah suami Isha, Wazien. Papa tak nak Isha kembali kepada perangai yang dulu. Papa dah gagal mendidik Isha. Cukuplah papa seorang saja yang gagal.”  Falisha menunduk melihat kepada tangannya yang dipegang oleh Fadhlan. Kemudian dia mendongak melihat kepada wajah papanya.

“Maaf pa, tadi Isha.. Hampir terlupa. Terlupa dengan gelar yang Isha sandang sekarang ni. Satu lagi pa. Papa tak pernah gagal mendidik Isha. Papa lulus! Isha yang mengagalkan diri Isha sendri pa, isha yang tak pandai memilih jalan yang baik ada di depan mata Isha. Maaf pa” Falisha menunduk mencium belakang tangan Fadhlan.

“Pergilah. Tapi jangan sampai lupa diri..” pesan Fadhlan. Tidak menghalang Falisha untuk berkawan dengan sahabat-sahabatnya itu. Kerana dia yakin. Tentu Isha tidak berani mengaibkan nama orang yang di sayang.

Falisha mengangguk dan berjalan pergi. Fadhlan berpaling melihat kepada Juani. Sebaris senyuman dibelikan kepada Juani sebelum dia menyambung semula mencari ubat buat menantunya itu.

Mesra tiga sahabat itu menyapa diantara mereka satu sama lain di hadapan pintu pagar rumah Falisha. Tanpa mereka bertiga sedar ada yang memerhati di dalam sebuah kereta berwarna merah cili. Kereta itu berhenti jauh di bawah sebatang pokok pukul lima, yang tua yang merendang sana. Merenung kepada kekasih hatinya yang mengenakan seledang melitupi kepalanya. Wajah itu kelihatan ayu dan manis sekali.

Dia! Aku sangat rindukan dia! Tapi aku belum ada kekuatan untuk bertemu dengan dia, Falisha Irdina. Melihat senyuman kau dari jauh sudah buat aku tak keruan. Berilah aku peluang untuk tebus semuanya semula! Hanya sekali lagi. Cuma kali ini, aku bersungguh-sungguh ingin kau jadi milik aku semula. Aryan meraup wajahnya dengan kasar. Rambutnya yang tersikat rapi turut dikusutkan juga. Marah! Dia marah dengan dirinya sendiri.

“Rindu lah!” Aimi memeluk Falisha yang keluar menyambut mereka. Pelukkan dieratkan lagi, tak padan dengan perutnya yang sudah terisi bayi di dalamnya. Tak cukup dengan itu Tahira pula menambah lagi, bergabung pelukan mereka bertiga.

“Dah-dah! Marilah masuk. Panas ni..” Falisha seperti kekura yang berada di dalam cengkerang, berusaha mengeluarkan kepalanya disamping kepala dua sahabatnya.

“Memang nak masuk pun. Lama dah tunggu. Tapi tak di jemput-jemput” rungut Tahira.

“Sorry-sorry lah.. Cian baby ya.” Falisha meyentuh perut Aimi yang membulat itu. Kemudian mempelawa dua sahabatnya masuk ke kawasan rumahnya.

“Isha mana kau pergi lama-lama? Kau merajuk dengan aku ke? Merajuk dengan kami? Hilang macam tu.. Aku risau tau Isha..” Aimi menarik tangan Falisha.

“Aku tak pergi mana lah, aku balik ke kampung halaman mama aku. Aku lebih tenang disana” Balas Falisha dengan senyuman pada wajahnya yang mendamaikan itu.

“Aku tengok kau dah berubah Isha? Aku sukakan perubahan kau yang sekarang ni” Tahira memeluk lengan Isha yang sebelah lagi.

“Aku..” Falisha tergelak kecil.

“Terima kasih, kenapa tak bawa sekali Nadhirah! Aku dah rindu budak kecik tu.” sambung Falisha.

“Biarlah, kalau bawa dia macam mana nak borak dengan kau. Tak fokus mama ni” Balas Tahira.

Falisha membawa dua sahabatnya duduk di kawasan santai di ruang terbuka mengadap tanaman yang menghijau dan mendamaikan. Landskap yang di ilhamkan khas oleh Fadhlan sendiri, di hiasi dengan banyak pohon herba. Bukan hanya sekadar penyeri tanaman di laman rumahnya. Ia juga bertujuan agar  suasana itu terasa seperti berada di Lantera.

“Kasih..” suara bariton itu membuatkan tiga-tiga wanita itu tercari-cari arah mana datangnya suara itu. Falisha yang sedang berdiri cepat-cepat berpaling. Manakala dua lagi sahabatnya yang sudah duduk di kerusi mula mencari si pemilik suara.

“Ya!” sahut Falisha.

“Tunggu sekejap ya.” Falisha memberi isyarat kepada dua sahabatnya itu agar menunggu di situ. Kemudia Falisha terus berlalu pergi.

Wazien yang sudah siap menunggu Falisha di satu sudut. Sebelah sikunya naik menekan tiang kayu menerung kepada Falisha yang sedang berjalan kearahnya.

“Ya Kanda?” Jawap Falisha perlahan.

Kenapa Kanda segak sangat ni? Nak goda siapa ni? nak pergi pejabat temankan papa saja kan! Bukannya. Argh! Boleh ke kalau aku kata tak boleh pergi! Eh? Nanti nampak Queen control pulak kan. Kenapa Kanda nampak segak, bergaya kalau pakai pakaian ni!. Jiwa Falisha mula meronta. 

“Ajarkan Kanda pakai tali leher ni” Wazien mengangkat tali leher pada sebelah tangannya. Falisha memegang kolar baju hitam yang membalut tubuh Wazien. Seraya menolak langkah Wazien masuk kedalam rumah. Sebelum diintai oleh dua sahabatnya yang sedang duduk di taman.

“Kenapa nak pakai tali leher pula? Mana Kanda dapat baju-baju macam ni?” Falisha melihat Wazien dari atas ke bawah. 

“Zayyad yang belikan untuk Kanda. Tubuh kamikan sepadan.” Falisha menampar dahinya.

‘Patutlah! Cepat saja dia berubah menjadi putera kacak! Dulu dah kacak. Sekarang dah terlebih kacak!’

“Bagi tie tu” Falisha menadah tangannya.

“Kanda tak pakai tie pun dah segak dah. Tak perlu terlalu formal sangat, nak temankan papa saja kan..” Tangannya ligat melilit tali leher di leher suaminya.

“Sungguh dah segak ni?” Wazien pula membetulkan selendang yang menampakkan anak rambut di dahi Falisha.

“Kacak! Sangat kacak” Falisha menyudahkan ikatannya dan mengemaskan tali leher tersebut. Bahu baju kot Wazie di tepuk-tepuk lembut.

“Kasih duduk di rumah sekejap ya. Kanda keluar sekejap dengan papa.” Wazien memegang kepala Falisha dan membawanya ke hadapan. Satu ciuman singgah di dahi isterinya. Faisha mengangguk selepas tautan ciuman itu terlerai. Tangan Wazien diambil untuk bersalaman dan belakang tangan itu dicium oleh Falisha.

“Kanda tu, teman papa je. Jangan lebih-lebih.” Falisha mengikut langkah Wazien. Pengangan tangan mereka masih belum terlerai sejak dari tadi.

“Apa yang lebih-lebih? Kanda pernah melebih ke?” Tanya Wazien. Falisha mengeleng. 

“Tunggu sebelum pergi. Kanda kena makan ubat kan. Perut Kanda..” Tangan Wazien di tarik masuk ke dapur.

“Mak Ani, papa.. Jumpa tak ubat?” Tanya Falisha.

“Ada ni.” Fadhlan mengasingkan satu bungkusan ubat jauh dari ubat-ubat yang ada di atas meja.

“Mujur ada. Kalau tak Kanda kena ke klinik pula nanti.” Falisha mengambil bungkusan ubat yang diberikan oleh Fadhlan.

“Kenapa nak ke klinik. Sedangkan doktor ada di sini. Kan Kasih boleh merawat tanpa menggunakan sebarang ubat. Hanya perlu..” terus Falisha mengeluarkan  sebutir ubat dari papan ubat lalu menyumbat ubat itu kepada mulut Wazien yang sedang berbicara.

“Isha, apa buat macam tu! Tercekik nanti Wazien tu.” marah Fadhlan. Falisha berlalu untuk mengambil air putih buat Wazien.

“Minum ni” gelas yang terisi air putih jenih itu di berikan kepada Wazien. Tanpa berlenggah Wazien menyambut dan menelan air putih itu rakus. Terasa ubat yang ditelannya tadi bagaikan terlekat diantara dadanya mula turun pergi.

“Tak apa papa. Kasih ni memang. Selalu melawak macam ni” Wazien menarik bibirnya tersenyum.

“Ya Allah! Melawak apa macam tu Falisha. Ini suami kamu! Jangan buat wazien ni mainan kamu ke apa. Hormat suami itu penting. Bukannya boleh main-main.” Fadhlan menegur Falisha. 

“Ya pa. Tahu..” Terasa Wazien mengelus lembut belakang tangannya. Membuatkan Falisha mendongak melihat kepada suaminya itu.

“Marilah Wazien.” Lengan Wazien ditepuk oleh Fadhlan.

Falisha memeluk tubuhnya melihat dua lelaki yang dia sayangi itu sedang berjalan pergi. Kaki diatur perlahan-lahan mengikut sampai ke pintu utama rumahnya. Zayyad ada di luar sedang berbual dengan Ghadi, sedia membawa mereka pergi mengantikan Rehan yang masih cuti sakit.

“So siapa dia Kanda?” suara Aimi menyapa telinga Falisha di sebelah kiri.

“Segak sungguh dia, sampai ada orang tu, tak nak kenalkan dengan kita” kini suara Tahira pula menyapa Falisha di sebelah kanan.

Tersentak Falisha melihat kiri dan kanannya ada dua sahabatnya sudah berdiri di sampingnya. Bahu mereka dilaga-lagakan kepadanya.

“Aimi.. Kau ni. Tak padan dengan” Falisha menunjuk kepada perut Aimi.

“Kenapa? Kita tanya dia, dia tanya kita balik” Aimi memegang perutnya yang tak bersalah itu.

“Siapa tu. Bagitahulah!” Tahira bertanya lagi.

“Itu..”

“Siapa?!” Tanya mereka serentak. 

Walaupun sudah terang-terang mereka mendengar apa yang dikatakan oleh Fadhlan tadi. Mereka tetap mahu Falisha menyatakan juga dari mulutnya sendiri. Satu pengakuan!

“Dia suami aku. Wazien nama dia..” jawap Falisha dengan tenang dan menunduk malu.

“Kami dah tahu!” Jerit mereka bersama-sama. Kemudian sama-sama mereka memeluk Falisha.

“Kami akan sokong kau Isha! Kami pun nak tengok kau bahagia. Macam kami” kedua-dua tangan Falisha digoyangkan. Ketiga-tiga wanita itu kelihatan seperti anak kecil sedang bermain bersama.

“Aku minta maaf kalau sebelum ni, Aryan pernah sakitkan hati kau Isha. Aku minta maaf Isha..” Aimi berhenti mengoyangkan tangan sahabatnya itu.

“Aku tak salahkan kau lah Aimi. Bukan salah kau pun. Angap saja kami tak ada jodoh. Dah lah, jangan cakap tentang perkara yang lepas. Pass it pass right? Yang penting masa kedepan ni.. Baby ni.” Falisha menunjuk kepada perut Aimi.

“Kau pula. Bila nak bagi Nadhirah adik. Dia dah lama nak adik tu” Falisha menunjuk kepada Tahira pula.

“Aku pula? Sekarang ni kau dah kawin kan. Aku tunggu kau ada isi. Aku bagi Nadhirah adik..” Tahira ketawa selepas itu.

“Kau serius ni?” tanya Falisha.

“Kau jangan Tahira. Kau tak nampak macam mana Isha dengan suami dia tadi. Dia orang ni newlywed.. Aku rasa kau kena plan dari sekarang ni” usik Aimi.

“Apa! Korang ni! Mengintai” marah Falisha. 

Riuh rumah Fadhlan dengan bunyi ketawa dari ketiga-tiga sahabat itu. berbeza dengan suasana seseorang yang sedang memendam rasa di dalam kereta merah cili di luar sana. Sekadar mampu melihat dari jauh saja buat masa ini. Manakala sahabat mereka yang seorang lagi masih mengejar-ngejar jejaka itu walaupun sudah ditolak beberapa kali. 

Selamat membaca!!!! Terima kasih kepada pembaca yang sudi menanti waney updated PT.. Tqtqtqtq muahhhh muaahhh muaahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience