46. MISS ME?

Fantasy Completed 227394

46. SEDAR.

Dimana penduduk-penduduk Lantera yang lain sedang menarik selimutnya masih nyenyak tidur. Wazien seperti selalunya akan terjaga pada sepertiga malam untuk menunaikan solat tahajjud yang selama ini di amalkannya. Di malam yang sunyi. Pintu langit terbuka luas, merupakan waktu yang diantara mustajab doa dan tuhan menerima taubat hamba-Nya.

Wazien mengelus lembut rambut hitam pekat milik Falisha. Rambut yang putih kebiruan itu mula bertukar hitam sebaik saja mereka menjejak kaki di Lantera. Sabar dia menanti wanita itu agar terjaga semula.

“Kanda akan menanti kasih bangun, ambillah masa kasih untuk pulih semula..” satu kucupan singgah di dahi Falisha.

Wazien turun dari katil dan berjalan keluar dari biliknya. Langkah diatur ke bilik air untuk mengambil wuduk menunaikan solat. Sejadah diambil lalu dihamparkan menghadap kearah kiblat. Takbir diangkat sebagai permulaan solat dan disudahi dengan ucapan salam di kanan dan kirinya. Bibir mula dibasahkan dengan alunan zikir, sebelum tangan diangkat untuk membaca doa sebagai penutup solat tahajjudnya.

Pap! Pap!

Bunyi itu datangnya dari katil tempat Falisha terbaring. Wazien yang sedang menadah tangan itu bangun mengampiri katil. Bibirnya masih terkumat-kamit membaca doanya. Seletah selesai dia meraup wajahnya sendiri. Mengaminkan doanya.

“Fuhhh!” Wazien meniup wajah Falisha.

“Apa ni!” Falisha merungut. Marah dengan angin yang tiba-tiba menyapa wajahnya itu menganggu tidurnya.

“Mengigau ke?” tanya Wazien. Kelihatan mata Falisha masih tertutup rapat.

“Kasih? Kasih dah sedar ke?” tanya Wazien.

Tiada balasan dari Falisha. Hanya tangannya saja adakala menepuk-nepuk tilam, tempat tidur mereka. Sungguh Wazien tak mengerti kenapa Falisha berperilaku begitu. Dia yang sedang berdiri tegak di hadapan Falisha tergaru-garu kepalanya.

“Laparrrrr…” Falisha mula merengek manja.

“Hah! Lapar?” tanya Wazien.

“Kasih”

“Kasih” 

Wazien mengoyangkan bahu Falisha. Kalau bernar Falisha sudah sedar, dia mahu Falisha segera membuka matanya. Risau, kalau ada benda lain pula yang menguasai tubuh isterinya itu.

“Kasih..” 

Tak jemu Wazien memanggil dari tadi. Bertambah risau bila Falisha diam tak terkutik. Dia kini kembali ke alam mimpinya.

“Deena!” 

Wazien menyeru Deena untuk kepastian. Tiada tanda-tanda yang Deena akan keluar menyerupai di hadapannya.

“Deena!”

Sekali lagi Wazien menyeru nama itu. Kebisuan yang singgah membuatkan Wazien tak senang duduk. Resah gelisah tak tentu hala.

“Jangan risau.. kami tak apa-apa. Aku dengar seruanmu, tapi aku masih tak berdaya nak menjelma di hadapanmu.. maaf..” balas Deena.

“Alhamdulillah..” Wazien mula lega.

“Rehatlah. Bangunlah setelah kamu benar-benar sembuh.” Wazien menepuk lembut bahu Falisha. 

Wazien ke tempat solat yang mengumpulkan penduduk Lantera untuk bersolat subuh pada pagi itu. Rata-rata bertanyakan tentang keadaan Falisha. Jawapan yang sama tetap keluar di bibir Wazien. Lewat Wazien pulang ke rumahnya sehingga matahari sudah menancarkan sinarnya. Salam diberikan dan pintu rumahnya di buka untuk melangkah masuk kedalam rumah utama itu. Langkahnya terhenti melihat kepada pintu biliknya yang terkuak luas. Langkah diatur lalu melangkah masuk kedalam bilik yang kosong tak berpenghuni.

“Ya Allah!” Dada mula berdebar.

“Bayu! Di mana? Dimana dia?” Wazien bertanya dengan cemas.

“Aku tak dapat merasa auranya! Begitu juga dengan Deena!” balas Bayu.

Bibir Wazien tetap terus beristighfar untuk menenagkan dirinya. Kakinya melangkap ke segenap ruangan rumah itu, mencari-cari jika Falisha masih ada di dalam rumah itu. Ternyata rumah itu kosong. Terus Wazien melangkah keluar. Melangkah masuk kedalam hutan. Menyusuri sungai. Sehingga ternampak sang belang sedang bersantai di gigi sungai. Bila dia melihat Wazien menghampirinya  sang belang mula mengaum.

“Falisha berada di mata air biru..” Bayu menyampaikan itu bagi pihak sang belang kepada Wazien.

“Dia ni!” 

Wazien melangkah memanjat jalan semulajadi menuju ke air terjun yang ada di puncak sungai itu. Air terjun yang menjadi tirai masuk ke dalam air mata biru diredah begitu saja sehingga basah tubuhnya. Tanpa berlenggah Wazien terus terjun ke dalam mata air biru. Berenang-renang di dalam mata air biru seorang diri menuju ke dasarnya dan naik semula ke permukaannya. Wazien keluar dari mata air biru. Mengatur nafasnya yang terasa sesak. Seperti orang yang kelemasan. Sekali lagi dia meranduk saja air terjun untuk keluar dari situ.

“Miss me?”

Suara halus itu menyapa gegendang terlinga Wazien. Matanya yang terang tadi ditekup dengan sepasang tangan yang sejuk yang datang dari belakangnya.

“Kasih” panggil Wazien. Tangannya naik menyentuh tangan yang menutup matanya.

“Alah! Jawap dulu..” Falisha menghentakkan kakinya. 

“Iya! Mana boleh tak rindu. Kanda sentiasa menunggu kasih bangun walaupun seribu tahun lagi.. Kanda sangup.. Kanda tak akan mengalah dengan rasa yang tersemai di hati kanda. Cinta kanda kepada kasih..”

“Kalaulah nyawa kita sepanjang itu.. Seribu tahun.” Falisha menurunkan tangannya.

Wazien berpaling ke belakang melihat Falisha yang berdiri di atas satu batu. Padanlah Falisha sampai untuk menutup matanya tadi. Kedua-dua tangannya melilit kaki Falisha dan membawa wanita berbadan dua itu turun dari situ.

“Seribu tahun bersambung selepas kita beralih ke alam yang kekal abadi di sebelah sana.. Sanggupkah kasih?” tanya Wazien.

“Cinta sampai jannah?” tanya Falisha.

“InsyaAllah.. Cinta kita, dibawa sampai ke jannah.” Wazien memeluk tubuh Falisha yang kedinginan itu.

“Aminn” kepala Falisha di sandarkan ke dada bidang Wazien. Hanya untuk seketika. Kemudian dia mengangkat semula.

“Kanda..”

“Ya”

“Boleh kita ke bandar?” tanya Falisha.

“Kenapa? bulan penuh baru berlalu kasih..”

“Kasih rindukan papa..”

“Kanda masih ada urusan dengan penduduk baru kita. Penduduk yang asalnya dari puak berang. Banyak rumah yang perlu kita bina buat mereka. Tentu mereka tak selesa kan kalau terus menumpang di rumah keluarga orang lain.” Wazien menyatakan alasannya.

“Hmm.. satu lagi.” Falisha memainkan jarinya di dada Wazien. Melakar bulatan-bulatan kecil yang dia sendiri tak faham.

“Satu lagi?” tanya Wazien.

“Hmm..” Falisha bergumam.

“Boleh takk…”

“Kalau kasih nak tinggal dengan papa di bandar..?” lambat-lambat Falisha menyatakan hasratnya kepada Wazien.

“Tiba-tiba saja kasih nak kesana kenapa? Dah tak suka tinggal di Lantera?” tanya Wazien.

“Dulukan sebab kanda risaukan kalau kasih diapa-apakan oleh Maheem. Sekarang dia dah tak ada kan. Boleh lah kasih tinggal di bandar. Baby ni.. teringin nak tinggal di bandar, nak makan makanan yang ada di sana..” Falisha memegang perutnya. Wazien menunduk melihat kepada Falisha yang dari tadi megurut perutnya.

“Baby?” Falisha menganggukkan kepalanya dengan laju.

“Tak baik tabur fitnah macam tu kasih. Anak didalam tu tak lahir lagi ke dunia. Macam mana kasih boleh katakana dia nak semua tu.” Wazien mengelengkan kepalanya perlahan. Terkebil-kebil kelopak mata Falisha melihat kepada Wazien yang ada di hadapannya.

Fitnah? Bila masa aku fitnah anak aku sendiri. Aduh! tak pasal-pasal pula aku dikatakan fitnah anak sendri. Salah ke apa yang aku cakap tadi?.

“Nanti kanda fikirkan dulu..”  Wazien bersuara bila Falisha diam tak membalas kembali kepadanya.

“Kenapa? Tak boleh ke kasih nak balik?” tanya Falisha mengigit bibir bawahnya.

“Kanda tak kata kasih tak boleh nak balik. Memang betul Maheem dah tak ada.. tapi kanda kan sibuk sekarang ni..”

“Kasih boleh balik seorang..” potong Falisha. Wazien mengelengkan kepalanya. kemudian dia menarik tangan Falisha untuk turun dari kawasan air terjun itu.

“Kasih nak ke bandar. Boleh kasih, buat medical check-up sekali..” Falisha masih berusaha.

“Tak perlu rasanya. Kita jumpa bidan saja. Dia dah sambut setiap anak-anak yang lahir di Lantera ni. Kasih akan lahirkan pewaris Lantera disini..” Wazien berpaling dan mengangkat Falisha turun kebawah. Kemudian mereka meneruskan perjalanan masuk ke dalam kawasan kampung.

“Tapi.. Kasih tak mahu lahirkan anak ni di Lantera..” balas Falisha menarik tangannya sehingga terlepas dari pengangan Wazien.

“Kenapa?” terus terhenti langkah Wazien. 

Dia tamak untuk melepaskan Falisha pergi. Walaupun Maheem telah tiada, tak mustahil ada pihak lain yang masih mahukan harimau putih. Baginya tempat yang paling selamat sekarang ini adalah Lantera.

“Kasih.. nak lahirkan anak ini di bandar. Kasih tak nak lahirkan anak di sini.” Falisha mengelengkan kepalanya. Berkeras dengan pilihannya.

“Kalau lahirkan anak kita di bandar. Kanda risau. Anak itu nanti keluar dalam rupa asal dia. Tak sama macam orang normal yang lain. Kanda tak nak mereka banyak tanya nanti. Itu tidak bagus untuk anak kita,bukan?” tanya Wazien.

“Kasih pun. Mama lahirkan di bandar. Tak ada apa-apa pun. Boleh lah kanda..” Tangan yang terlerai tadi kembali bertaut semula. Mata mereka juga saling merenung kedalam mata pasangan mereka antara satu sama lain.

“Tunggu sampai kasih benar-benar sihat dulu..”

“Kasih dah sihat.. boleh la..” potong Falisha.

“Kasih bersungguh nak tinggalkan kanda seorang diri di Lantera? Tak apalah kalau macam tu..” Wazien menarik tangannya dan berjalan pergi. Hujung bajunya yang  basah dipulas-pulas sehingga menitiskan air jatuh ketanah.

“Eh! dah kenapa? tiba-tiba nak sedih? Merajuk ke?” Falisha tertanya-tanya sendiri. belakang tubuh Wazien yang semakin menjauh itu sekadar dipandang tak mengerti.

Harapan terakhir Falisha adalah untuk menanti gilirannya pulang ke bandar. Menanti bulan purnama muncul diatas sana. Tanpa dia sedar Wazien bukan tidak mahu melepaskannya pergi melainkann berat hati nak berjauhan lagi dengan Falisha. Setelah melalui masa sukar bersama dengan pasangan hidupnya itu.

“Kanda..”

“Kanda..”

Falisha berlari-lari mencari Wazien, berdentum-dentum bunyi tapak kaki Falisha yang dihentakkan diatas lantai kayu rumah itu. Wazien yang berada di serambi rumah itu bersama dengan Ali Muaz sama-sama berpaling melihat kearah pintu menanti kedatangan Falisha di muka pintu.

“Abah..”

Falisha yang terlanjur keluar kembali mengundurkan langkahnya masuk kedalam rumah semula. Kepalanya menyulur mengintai di sebalik muka pintu yang terbuka luas itu. Dia meraba-raba kepalanya yang tidak beralas. Cepat-cepat dia masuk kedalam biliknya dan mencari tudung buat menutup rambutnya.

“Abah pun ada..” tegur Falisha dengan wajahnya yang berona merah.

“Abah rasa gegar?” Ali muaz menarik senyumnya. Dia pula serba salah nak mengangguk ataupun menggeleng kepada Wazien.

“Kanda..” rungut Falisha memanggil Wazien manja. Bukan tak tahu ini mesti sebab dia berlari-lari sebentar tadi.

“Nasib rumah ni kuat abah, kalau tak..” Wazien mengelengkan kepalanya.

“Tentulah rumah ni kuat. Kanda sengaja kan nak kenakan Kasih..” Falisha menunduk di hadapan dua lelaki yang ada di hadapannya itu.

“Kasih tu, kalau berjalan saja pun kanda ada di rumah abah boleh dengar, inikan pula kalau kasih berlari. Begegar Lantera..” usik Wazien sambil ketawa kecil.

“Ayat kanda.. Dasyat kan abah.” Falisha berpaling kepada Ali Muaz.

“Wazien sudahlah tu mengusik Falisha.” Wazien menegur anaknya. Falisha berjalan ke hujung serambi.

“Tengok apa tu di langit..” Falisha menunjuk tinggi diatas langit yang kelam itu. 

“Ya, abah nampak. Bulan penuh malam ini..” Ali Muaz membalas kepada menantunya.

“Kan abah, bulan penuh.” Falisha bersorak gembira. Wazien yang tergelak kecil tadi terus diam.

“Kanda, jadi kasih boleh balik ke bandar kan?” tanya Falisha berpaling melihat kepada Wazien yang sedang menunduk melihat tangannya.

“Iya, boleh.” Wazien menganggukkan kepalanya, tutur kata itu diucapkan dengan berat hati. Sangkanya Falisha akan terlupa untuk hal itu tak sangka kuat keinginanya untuk pulang ke bandar.

“Okay. Kalau macam tu kasih bersiap dulu lah ya.” Falisha berlari lagi untuk masuk kedalam semula.

“Hati-hati jalan tu, tak perlu berlari. Bukannya jauh pun bilik tu..” pesan Wazien bila Falisha melintasinya.

“Ya. Abah, isha masuk dulu ya..” Falisha berhenti dan berpaling melihat kepada Ali Muaz.

“Ya. Pergilah.” Balas Ali Muaz. Hilang Falisha meninggalkan dirinya dan Wazien.

“Anak abah ni. Tadi abah tgok, elok saja mengusik Falisha. Tau-tau Falisha nak balik terus tarik muka, kenapa?” tanya Ali Muaz.

“Mana ada Wazien tarik muka abah. Cuba berat hati.” Balas Wazien, menjelaskan keadaan dirinya.

“Insha Allah, tidak ada apa-apa. Falisha boleh menjaga dirinya lebih yang kita sangka kan, betul tak. Jangan memandang rendah kepadanya. Walaupun dia mempunyai darah campuran. Dia sempurna. Cuma..”

“Cuma apa abah.?” tanya Wazien, dia yang sedang menunduk tadi terus mengangkat kepalanya melihat kepada Ali Muaz.

“Hati dia rapuh dan sangat lembut.” Ali Muaz menarik bibirnya tersenyum. Wazien ketawa kecil dan kembali menunduk.

Bersiaplah Wazien dan Falisha untuk berangkat ke bandar. Kedatangan mereka berdua disambut dengan pelukan hangat daripada Fadhlan. Kali ini bukan hanya ada Fadhlan saja yang menunggu. Zayyad juga ada bersama. Lega dia melihat Falisha yang ada di hadapannya. Sihat seperti sebelum ini. Malah semakin berseri-seri dengan senyuman di wajahnya.

“Zayyad, saya kena balik ke Lantera semula. Wazien kesini hanya untuk menghantarkan Falisha. Minta sekali lagi Zayyad untuk menjaga Falisha. Sampailah Wazien datang menjemputnya semula. Boleh kan?” tanya Wazien.

“Ya! Tentulah boleh. Zayyad akan pastikan perkara yang lepas takkan berulang lagi. Terima kasih masih percayakan Zayyad. Walaupun Zayyad pernah gagal sebelum ini.” Kata Zayyad.

“Tak apa. Alhamdulillah semuanya dah selamat. Kalau tidak dengan Zayyad. Masa itu akan tiba juga. Semuanya telah tertulis. Takdir untuk Falisha.” Balas Wazien dengan senyuman di wajahnya. Dia tak pernah salahlkan Zayyad dalam hal ini. Zayyad hanyalah manusia biasa. Apa yang mampu dibuat oleh Zayyad kalau kena berhadapan dengan Maheem. Seorang penyihir, yang mengamalkan ilmu hitam.

Wazien berangkat pulang ke Lantera selepas bersamalan dengan Falisha. Ceria Falisha berada didalam pelukan Fadhlan. Wazien memegang dadanya. Sakit! Kenapa kebelakangan ini. Hatinya cepat tersentuh dan terasa. Tambah-tambah bila berkaitan dengan Falisha. Dirinya bagaikan tak nak bertolak ansur sedikit pun dalam semua hal mengenai isterinya itu. Adakah ini dinamakan pembawakkan budak. Cepat-cepat dia mengelengkan kepalanya.

Selamat membaca semua... Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience