31. HUKUMAN.

Fantasy Completed 227394

Seorang wanita yang sedang hamil masuk ke dalam sebuah restoran membawa beg kertas yang terisi barangan yang baru dibelinya tadi bersama. Baru saja dia duduk di meja makan pilihannya seorang diri selepas meletakkan beg-beg kertasnya. Datang seorang pelayan untuk mengambil pesanannya. Pelayan itu mencatat menu yang dipesan oleh wanita hamil tersebut dan mengundur diri setelah selesai mengambil pesanan.

Aimi bersandar di kusyen yang melekat pada dinding restoran itu. Perut yang menonjol ke hadapan mula jelas kelihatan membulat. Tangannya dielus-elus lembut menyapa bayinya di dalam sana. Telefon bimbitnya yang ada di dalam beg tangannya mengeluarkan alunan melodi kegemarannya mula berbunyi. Aimi mengeluarkan telefon bimbit itu dan melihat nama yang naik pada paparan skrin telefon bimbitnya. Lambang hijau di tekan dan mengores mengikut arah anak panah yang ditunjukkan.

“Tahira! Panjang umur kau lah, aku baru nak call kau. Kau dah call aku dulu.” Aimi menegur si pemanggil.

“Kau dah tahu ke?” Tanya Tahira.

“Tahu? Tahu apa? Let me guess! Ni mesti nak ajak aku shopping handbag kan? Bila?” Tanya Aimi teruja. Tangannya mula menepuk-nepuk meja beberapa kali dengan lembut. 

“Bukanlah! Kau ni, lain kali saja kita pergi beli handbag tu semua. Yang ini lagi penting dari segala handbang.!” Suara Tahira bernada tegas di hujung talian sana.

“Penting? Ada yang lagi penting ke? Yang aku tahu due date aku lambat lagi, selain tu shopping. Lepas tu tak ada apa yang penting sangat..” balas Aimi sengaja mengusik sahabatnya yang ada di sebelah panggilan sana. Dia yakin yang Tahira sedang terbakar dengan jawapan darinya sekarang ini.

“Eh! Mak labu ni! Bukan main yea, kau sekarang ni. Aimi come on okay! Tolonglah, aku tahu kau sedang main-main dengan aku. Sekarang kau dengar apa yang aku nak bagitahu ni.” Tahira sudah bercekak sebelah pingangnya di sana. Memberi amaran kepada sahabatnya Aimi.

“Yes mam! Nak bagitahu apa ni? Teruk sangat dah bunyinya..” Keluh Aimi.

“Our best friend is back! Isha dah balik!” Jerit Tahira dan melompat di sebelah talian sana.

“WHAT!!”

Aimi membalas kembali dengan jeritan yang sama kuat seperti Tahira. Sehingga pelanggan yang sedang makan di dalam restoran itu ada yang berpaling melihat ke arahnya. Tapi dia selamba terus berbual dengan Tahira tak menghiraukan mata-mata asing yang melihat kepadanya.

“Mana kau tahu ni?” Tanya Aimi.

“Aku dapat tahu dari papa aku yang baru balik dari hospital tadi, papa aku baru balik dari Indonesia terus ke hospital. Nak melawat papa Isha.Tapi papa Isha dah discharge.. Terkejut papa aku dibuatnya, terus dia call tanya aku. Betul ke yang papa Isha kemalangan. Dia tak puas hati la. Takut hanya gossip kan. Lepas tu dia tanya nurse. Nurse bagitahu papa aku, yang papa Isha dah balik dengan anak dia. Anak yang dibawa balik bersama dan dirawat di rumah. Entah? Aku pun tak faham. Yang pastinya! Isha tu anak tuggal kan. Siapa lagi anak Dato’ Fadhlan kalau bukan Isha seorang..” jelas Tahira dengan panjang lebar mengenai kesimpulan yang telah di buat olehnya.

“Ya memang Isha tu anak tunggal. Jadi Isha dah balik! Aku rindu! Rindu nak jumpa dengan dia! Nak peluk dia! Nak hang out dengan dia macam dulu-dulu” Aimi bernada ceria dan bersemangat.

“Apa kata kita ke rumah dia? Jumpa dengan dia! Aku pun rindu dengan dia.” Balas Tahira sama teruja.

“So bila?”

“Esok! Hari ni tak boleh, dah ada urusan lain. Esok okaylah lapang sikit” putus Tahira.

“Baik, aku ambik kau di rumah ya..” sahut Aimi membalas kepada Tahira.

“Kau ambik aku? Serius ni? Bukan Rafiqi tak bagi kau bawa kereta?” Tanya Tahira.

“Aku ada driver la.” Aimi membalikkan bola matanya ke atas. Segala aktivitinya sudah dihadkan oleh Rafiqi kebelakangan ini.

“Ni aku tunggu driver aku tak sampai lagi. Sementara tunggu tu aku makan dulu” balas Aimi melihat kepada panggilan masuk dari nombor milik pemandunya.

“Eh! Nanti kita sambung lah ye. Esok jadi yea, kita ke rumah Isha.” Panggilan ditamatkan selepas mendapat kesepakatan dari Tahira dan di sambung pula dengan panggilan yang baru masuk itu.

“Pakcik, tunggu boleh. Saya nak makan dulu” Aimi memberitahu kepada pemandunya kemudian panggilan itu pun di matikan. Telefon bimbit yang ada di tangan diletakkan semula di dalam beg tangannya. Saat dia ingin berpaling menghadap ke hadapan kembali. Senyuman yang terukir pada wajahnya serta merta mati. Melihat kepada seorang lelaki kacak sedang berdiri di depan meja makannya.

“Kau nak apa ni?” Aimi memalingkan wajahnya ke arah lain. Sebelah tangannya naik memegang lehernya dengan matanya digulingkan ke atas, menunjukkan dengan jelas tak menyukai lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

“Boleh aku duduk Aimi?” Tanya Aryan sopan sambil menunjuk kepada kerusi yang ada bertentangan dengan Aimi.

“Kau duduk, aku bangun!” keras Aimi memberi amaran buat satu-satunya sepupunya itu.

“Kau masih marahkan aku Aimi?” Tanya Aryan.

“Marah atau tak? Kau sendiri yang tahu!” Bidas Aimi dengan nada yang tak enak di dengar. Kasar! Bagaikan Aryan itu adalah musuhnya yang sudah berabad lamanya.

“Kau sihat tak, Aimi?” Aryan terus bertanya kepada Aimi dengan nada yang sama, sopan seperti tadi. Bagaikan tak terkesan dengan layanan Aimi yang dingin itu.

“Haishh!” Aimi mengeluh keras. Bagaikan sengaja menunjukkan rasa kesalnya kepada Aryan.

“Kau nak apa sebenarnya ni. Kau boleh tak, pergi saja? Aku nak makan ni, jangan sebab aku tengok muka kau. Hilang selera aku”  Sindir Aimi. Aryan yang ada dihadapannya itu dibiarkan terus berdiri dari tadi.

“Aimi.. Aku minta maaf, kacau kau. Tadi aku dengar kat sebut nama Isha. Betul ke dia dah balik?” Aryan memegang meja makan Aimi. Berharap sangat apa yang Aimi bualkan di dalam panggilan telefon sebentar tadi bersama dengan Tahira adalah benar belaka.

“Ohh! Itu yang sebenarnya yang kau nak tanya kan, patutlah! Tiba-tiba datang dekat aku bersopan bagai. Hmm.. Siap tanya aku sihat ke tak, semua tu cuma nak ambil hati aku lah ya!” Aimi melipat tangannya memeluk tubuh dengan kepala mendongak melihat kepada Aryan dan merenung wajah Aryan dengan tajam.

“Aku..” Aryan bersuara perlahan. Kepalanya menunduk perlahan-lahan ke bawah.

‘Sudah berapa lama aku menunggu dan mencari Isha. Sampaikan hidup aku tak tenang dibelenggu dengan rasa bersalah yang paling dalam, atas perkara yang aku tak buat. Aku! Tetap bersalah kepada Isha! Buat dia rasakan aku mempermainkan dirinya. Permainkan cinta kami! Aku harus tebus semuanya semula! Aku tak akan mengalah Aimi! Kali ni aku takkan mengalah! Aku buktikan kesungguhan aku!’

“Aku tahu aku salah sebab tinggalkan Isha pada waktu tu.” Aryan mengangkat kembali wajahnya.

“Dan aku tahu kau marah, Aimi. Sebab buat kawan baik kau macam tu. Aku dah berubah Aimi. Aku bukan Aryan yang dulu. Yang tak ada pendirian dan selalu mengisi malam-malamnya yang penuh dengan perkara yang tak berfaedah. Aku dah berubah Aimi. Percayalah pada aku, Aimi..” Lirih suara Aryan menyatakan   sejujurnya perkara itu kepada Aimi. Namun itu langsung tidak dapat memancing kepercayaan daripada Aimi.

“Aku dah pernah bagi peluang tu Aryan. Kau dah pernah sia-siakannya. Hari ini kau datang dan bagitahu aku yang kau dah berubah. Aku tak boleh nak terima dan percaya kau lagi Aryan. Sebelum ni kau dapat sokongan dari aku, sepenuhnya. Selepas ni! Aku minta maaf. Aku takkan ikut campur urusan kau lagi. Aku tak mahu sahabat aku terluka lagi. Buat kali kedua, dengan orang yang sama. Iaitu dari sepupu aku sendiri Irsyad Aryan Tan sri Dhaffa. ” Jelas Aimi lalu menjeling dan memalingkan wajahnya kearah lain seperti tadi. langsung tak memberi peluang buat Aryan yang ada dihadapannya itu.

“Ya! Aku faham. Aku takkan ganggu kau makan, Aimi.” Aryan beranjak ke belakang, memberi laluan buat pelayan yang datang menghidangkan makanan yang telah dipesan olah Aimi tadi.

“Makanlah. Aku harap kau sihat dan selamat lahirkan bayi yang comel. Seorang anak buah yang comel untuk aku dan pewaris keturunan kita.” Aryan mengetuk meja yang sudah terhidang dengan makanan panas itu dengan jarinya beberapa kali sebelum dia beredar pergi. Berjalan menuju ke arah pintu utama restoran itu dan keluar melalui pintu itu.

‘Dia sengaja nak cari maklumat tentang Isha kan! Sebab tu lah bagi alasan berubah semua tu! Aryan! Aku kenal kau Aryan. Dulu depan-depan aku, kau boleh buat itu ini. Tambah sekarang ni! Aku dah tak nampak kau, tak ambil peduli dengan kau. Tentu perangai kau lebih teruk lagi kan sekarang ni. Tapi! Kalau dia betul-betul dah berubah.. Macam mana? Inilah masalahnya kalau jadi orang tengah ni, kiri kanan kita jugak yang kena! Arghhh!’

“Mama tak pikir ya baby, kesian baby.. Kita makan dulu ya.” Aimi mengelus perutnya dan bercakap dengan bayinya pula. Kalau boleh sepanjang tempoh hamil ni dia mahu sentiasa ceria dan gembira tersenyum selalu. Melihat saja kepada Aryan, perasaannya membuak-buak marah. Perasaan kesal menjodohkan Aryan dengan Falisha masih terasa sehingga kita.

Di rumah Dato’ Fadhlan.

Wazien duduk di sofa memerhatikan saja isterinya yang masih terbaring di katil. Fadhlan yang terlalu risau sampai memanggil doktor peribadia mereka datang untuk memeriksa keadaan Falisha.

‘Haiii.. Boleh pulak pengsan yea. Mujur sebab tekanan darah dia tak stabil saja. Bukan sebab masalah kesihatan yang lain. Itulah buat satu-satu perkara tak nak pikir dulu. Sesuka hati dia saja nak berikan kuasa dia kepada orang. Siap dengan’ Wazien mengurut dahinya perlahan dan mengeluh dengan mengeluarkan helaan nafas yang ringan ke udara.

‘Deena!’ 

Wazien menyeru Deena untuk muncul di hadapannya. Lambat-lambat cahaya biru itu keluar dari tubuh Falisha dan membentuk seekor harimau putih di dalam ruangan bilik itu.

“Kau sudah gagal menjaga tuan kau kali ni Deena.” Wazien menunding jarinya tepat ke wajah Deena.

“Ya! Salah aku” Sepasang mata Deena tertutup rapat. Mengaku bersalah.

“Jadi tak salah kalau aku menghukum kau bukan? Deena.” 

Deena yang angkuh itu tak membalas kembali. Duduknya yang pada mulanya tegak berdiri kini mengendur dan jatuh ke bawah. Akhirnya dia menunduk kepada Wazien yang ada di hadapannya mengaku bersalah dengan rela hati.

“Dimana makhluk yang bernama Quhb tu? Kau masih menyimpan dia?” Tanya Wazien.

Deena yang sedang menunduk itu mengangguk perlahan. Sudah beberapa hari makhluk yang bernama Quhb itu menjadi tahanannya. Menemaninya di alam sebelah sana.

“Makhluk itu terlalu licik untuk dibuat sebagai sekutu. Kenapa tuanmu mengambilnya? Adakah dia tak tahu atau kau ada niat lain? Kau nak celakakan tuan kau sendiri kah! Tahukah kau siapa musuh yang kita sedang kita hadapi sekarang ini? Kau dengan tuan kau sudah banyak bermain agaknya..” keras nada bicara Wazien tak seperti selalunya. Kali ini dia memang sedang marahkan semangat yang ada di hadapannya itu.

“Bukan mudah nak mengikut rentak Isha. Aku tak ada cara lain selain menurut. Aku cuba sedaya upaya aku mengawal auranya agar tak dapat dihidu oleh mata-mata Maheem. Setiap jejak yang ditiggalkan aku tutup dengan rapi.” Perlahan Deena membalas dengan menunduk menghormati lelaki yang ada di hadapannya.

“Kalau ikutkan, aku akan mengurung kau semula ke dalam gelang yang digunakan Yaseera selama beberapa tahun untuk menidurkan kau.” Deena mengangkat wajahnya melihat kepada Wazien. 

“Aku tak mahu dikurung kembali, aku janji aku akan lebih berhati-hati selepas ini. Maafkanlah kecuaian aku.” balas Deena membela nasibnya. Dia yang baru bebas, tak sanggup untuk kembali semula ke dalam kurungan yang akan membuatkannya terasa berada di awangan selamanya.

“Ini peluang terakhir! Andai terjadi lagi perkara seperti ini. Aku tak akan bertolak ansur lagi. Anggap saja kerana kali ini kau sudah membantu aku untuk menghapus jejak tuanmu dari di ketahui mata-mata Maheem.” 

“Tapi…” Wazien berhenti berkata-kata.

“Aku terima hukumannya. Kau boleh kunci kuasa aku agar aku tak melampau batas lagi.” Akur Deena. Wazien mendekati Deena. Tangannya  di letakkan di atas kepala Deena. Seraya berkata.

“Aku kunci kuasa kau di dalam Falisha. Kunci itu hanya akan terbuka saat Falisha sangat-sangat memerlukan untuk menyelamatkan dirinya. Bukan kerana terlalu mengikutkan kemahuan hatinya semata-mata. Andai kau melanggar janji, aku akan menguncikan diri kau didalam tempat asal kau!” Deena yang menunduk itu mendongak melihat kepada Wazien yang berdiri di hadapannya. Bayangan bayu menjelma di sebalik Wazien yang sedang berapi-api itu.

“Aku terima janjinya..” pendek saja balas Deena mengikat janjinya dengan Wazien. Bahang dari aura Wazien pada saat itu terasa sangat menyakitkannya. Bukannya lembut dan nyaman seperti sebelum ini.

Wazien mengangkat tangannya dari kepala Deena. Terus lenyap Deena bagaikan asap yang berterbangan masuk kedalam diri Falisha.

“Kasih tahu tak, pulihkan orang lain memang kekuatan harimau putih. Memang tak dinafikannya lagi. Tapi pulihkan harimau putih ianya tak mudah walaupun kasih boleh pulihkan diri sendiri. Ianya perlukan masa. Kenapa Kasih suka bertindak melampau batas. Papa tak perlukan kuasa harimau putih yang sebanyak itu. sekarang nyawa papa pula yang di dalam bahaya kalau dapat dihidu oleh Maheem.” Wazien mengeluh. Kata-katanya terhenti bila melihat tangan Falisha sedang begerak naik meraba kepalanya.

“Mimpi bu…rukkkk” Kedengaran suara Falisha merengek di atas katil dengan matanya yang masih tertutup rapat.

“Mimpi buruk? Nampak suami sendiri bertukar jadi mimpi buruk?” sindir Wazien.

“HAH!” Falisha tersentak bangun, lalu menarik selimut menutup tubuhnya sampai ke paras dada.

“KANDA!?”

Wazien berdiri tegak di hujung kaki katil dengan tangan yang terlipat memeluk tubuh merenung tajam kepada wanita degil di hadapannya. 

“Kenapa? Tak percaya ke? Kanda ada disini? Kenapa boleh pengsan macam kanda ni hantu?” Balas Wazien.

“Hantu? Kalau Kanda hantu pun Kasih sanggup..” Falisha tersenyum melihat kepada Wazien.

‘Macam manalah aku tak pengsan! Dia ada di bandar? Mati-mati aku ingat abang Zayyad. Sudah lah berpakaian macam orang bandar! Oh no! Aku betul-betul kena simpan dia dalam almari ni! Kenapa dia ni segak sangat?!’

“Kenapa Kanda datang ke bandar? Bukan Kanda kata tak suka ikut campur dunia luar selain Lantera? Why!” Bentak Falisha.

“Jangan nak soal pada Kanda yang tak salah ni, Kanda tahu. Kasih nak berdalih kan” Wazien menghampiri katil dan duduk disamping Falisha. 

“Mana.. Mana ada Kasih berdalih. Kanda tahu tak, bahaya Kanda datang ke bandar ni. Lantera macam mana? Siapa yang nak jadi imam di Lantera nanti kalau Kanda tak ada. Macam mana..” Falisha terdiam ketika Wazien memelukknya erat. Bagaikan terkunci bibirnya saat terhidu haruman aroma tubuh suaminya itu. Rindu!

“Kenapa perlu risaukan semua perkara tu. Sedangkan diri sendiri tak terjaga. Tolong! Jangan buat lagi semua ni. Tolong..” bisik Wazien di telinga Falisha.

“Kanda?”

“Berjanji dengan Kanda. Kasih takkan ulang lagi perkara ni. Kasih tak akan buat lagi semua ni. Berjanji dengan Kanda” Wazien bersungguh menyatakannya dan memeluk Falisha dengan lebih erat.

“Kalau Kasih tak boleh nak janji? Kasih..” terasa pelukan hangat tadi dileraikan oleh Wazien.

“Jadi salah Kanda yang tak dapat mendidik isteri Kanda dengan baik.” Lirih suara bariton itu menyapa telinga Falisha.

“Kanda. Kasih.. Tak sanggup, takkan Kasih nak biarkan papa terus sakit macam tu Kanda. Kenapa Kanda ni tak bertimbang rasa? Itukan papa Kasih!” kini dia pula yang bertegas di hadapan Wazien. Siap menjeling kepada suaminya itu.

“Cara Kasih tu salah. Kenapa kasih perlu salurkan darah kasih kepada papa macam tu? Kasih nak bunuh diri? Tak cukup dengan itu Kasih bagi lagi api biru kepada papa, kenapa?. Kasih ingat diri Kasih tu terlampau kuat? Hebat sangatkah Kasih? Kalau Kasih rasa Kasih kuat sangat. Keluarkan api biru kasih sekarang. Tunjuk kepada Kanda, sebesar mana aura kasih sekarang ni. Kanda nak tengok. Sekarang!” ugut Wazien.

‘Deena!’ 

‘Deena!’

Falisha melihat kepada tapak tangannya. Nyalaan api biru miliknya terputus-putus dan terpadam. Kepala mendongak melihat kepada Wazien.

“Kanda??”

“Kasih pergi lah ke Hospital dan buka saja kaunter disana, mana tahu boleh rawat ramai lagi pesakit disana.. Hmmm..” perli Wazien.

“Kenapa? Ada yang tak kena dengan Kasih ke? Kenapa Kasih tak dapat rasa Deena?” Falisha meraba wajahnya dan menepuk-nepuk pipinya beberapa kali. Wazien mengangkat bahunya beberapa kali dan mengeleng.

“Kanda! Macam mana ni. Takkan Kasih dah buat Deena sakit pula? Kanda!” Falisha mengoyangkan tubuh Wazien yang dari tadi tak menjawap kepadanya.

“Mana Kanda tahu. Itukan semangat Kasih. Salah Kasih yang tak jaga dia dengan baik.” Balas Wazien dengan tubuhnya yang masih digoyangkan oleh Falisha. Padahal dia tahu kenapa Deena tak membalas kepada Falisha. Sedangkan itu adalah olahnya sendiri.

“Deena dah mati ke?”

“Haissh! Kenapa cakap macam tu? Dia ada tu. Mungkin dia letih, perlukan rehat untuk pulihkan dirinya.” Wazien memberi alasannya.

“Ohhhh.. Ya ke?” Falisha melepaskan pengangannya daripada terus memegang Wazien dan bersandar di kepala katil. Wajah Wazien yang ada di hadapannya diperhatikan dengan teliti.

“Kanda kata apa tadi? Buka kaunter di hospital ya? Minta Kasih derma darah? Macam tu?” Tangan Falisha menyentuh tangan kekar Wazien yang terdapat urat-urat yang timbul di belakang tangan itu.

“Hmm” Wazien menganggukkan kepalanya.

“Pandai ya? Siapa ajar Kanda? Abang Zayyad?” Tanya Falisha.

“Apa? Abang?” Tanya Wazien.

“Hemm. Kenapa cemburu? Tak suka?” Tanya Falisha. Wazien mengelengkan kepalanya.

“Kenapa kanda perlu cemburu dengan panggilan ‘abang’ itu. Itu hanya panggilan yang biasa. Sedangkan ‘Kanda’ lebih istimewa di sini..” Wazien berkata seraya menekan tangannya didada Falisha.

“Hemm.. Yealah tu” bibir Falisha mula muncung ke hadapan.

“Sungguhlah. Bukan seperti orang tu. Baru dia dengar Baiduri panggil abang. Muka terus berubah..” Wazien menarik bibirnya tersenyum. Tak sempat dia nak buka ceramah kepada Falisha. Wanita itu sudah membawanya ke topik yang lain pula.

“Hah! Bila pula? Mana ada?” 

“Kalau tak ada kenapa muka Kasih merah sekarang ni?” Tangan Falisha naik memegang wajah Falisha yang sedang membahang. 

Perasaan malu itu masih tak boleh dibuang. Walaupun mereka adalah sepasang suami isteri yang telah bersatu. Rasa malu itu masih kuat di hatinya. Tangan Wazien turut naik mengelus pipi Falisha yang sedang merah terbakar itu.

“Selepas ni Kasih takkan terlepas lagi dari pandangan mata Kanda. Sedikit pun takkan terlepas. Ini adalah hukuman untuk Kasih.” Wazien mencantumkan dahi mereka saat menuturkan kata yang berbaur ugutan itu. 

Satu ugutan yang terdengar manis memanah ke hati harimau putih terakhir yang sedang menunduk malu di hadapan harimau belang emas yang sudah berjaya menawan jiwanya yang kini dipenuhi dengan rasa cinta yang tak dapat disangkal lagi. Satu ikatan yang mengikat dua hati itu menjadi satu. Saling menyeru diantara satu sama lain untuk menyatukan rasa bahagia mereka bersama.

Hukuman? Hihihihi hukuman untuk siapa? Isha?.. Deena...? Aryan..? Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq semua.. Muaahhh muahh muaahhh.. Kita sambung esok Insya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience