36. QUHB

Fantasy Completed 227354

Pulanglah Falisha semula ke Lantera semula. Kehidupannya kembali tenang seperti sebelumnya. Falisha mendongak melihat kepada bulan yang ada di atas langit kelam sana.

Satu purnama, di malam bulan penuh aku akan pulang lagi ke bandar. Satu janji yang membuatkan Falisha melebarkan senyumannya. Cukup dia puas hati dengan perkara itu setelah Wazien memberitahunya beberapa hari sebelum ini. Dia akan  berjumpa lagi dengan papanya yang ada jauh di sana. Tapi sebelum itu, dia harus berbaik dengan pusaran angin yang tak berapa senang dengan dirinya itu. Keluhan dilepaskan dengan berat hati.

“Nak kemana ni Falisha?” tanya Firuz yang kebetulan melihat Falisha berjalan melintasi rumahnya.

“Firuz. Isha nak ke tanah rumput di atas bukit sana. Firuz tak perlu lah ikut Isha” jawab Falisha dengan menunjuk kepada satu arah ke atas sana.

“Baiklah. Tapi kalau ada apa-apa Firuz akan pergi melihat Falisha nanti.” Balas Firuz, tetap tak senang nak melepaskan ratunya itu pergi sendirian walaupun tak dipesan oleh Wazien untuk menjaga Falisha. kerana mreka ingin Falisha terasa sebahagian daripada mereka. Bebas berada di Lantera.

“Jangan risau. Ada Deena bersama dengan Isha. Isha pergi tak lama sekadar ambik angin sementara tunggu Wazien balik dari laut.” Firuz mengangguk faham dengan apa yang disampaikan Falisha kepadanya. Walaupun Falisha sebenarnya tak perlu menjelaskan kepadanya semua itu.

Firuz melihat Falisha melangkah pergi semakin lama semakin jauh menuju ke arah bukit yang mempunyai pokok-pokok yang lebat tumbuhnya disitu. Disebalik pokok yang menghijau itu terdapat satu padang rumput yang luas. Tempat yang selalu Falisha dan Wazien berlatih silat bersama.

“Deena!”

Nama itu diseru oleh Falisha. Keluarlah Deena duduk tegak memandang kepada Falisha.

“Kenapa kau panggil aku? Kalau tak ada apa-apa, lebih baik aku duduk di dalam saja.” Kata Deena, dingin seperti selalunya.

“Tak payah nak mengada sangat. Aku nak kau carikan dimana angin yang membawa aku dan Wazien sebelum ini.” Kata Falisha.

“Kenapa kau kena libatkan aku! Aku tak nak. Kau kan bakal ratu. Kau sepatutnya tahu macam mana nak memanggil setiap apa saja yang ada di Lantera ni..” Deena membalas malas kepada Falisha.

“Kau ni! Kalau kau tak bantu aku. Macam mana aku nak kenal mereka semua. Aku ibarat jasad yang tak mempunyai roh tahu tak! Kau melawan ya Deena.” Falisha menarik misai putih Deena yang panjang melebihi wajahnya itu.

“Kauuu!” meraung Deena, lalu menempis tangan Falisha. Sebaik Falisha melepaskan cengkamannya Deena mengusap lembut wajah gebunya. Mulutnya terangkat ke atas menunjukkan taringnya kepada Falisha.

“Gekka datang menyapa bakal ratu..” Falisha berpaling melihat Gekka yang ada berdiri di belakangnya.

“Gekka? Kenapa kamu ada disini? Aku tidak memanggil kamu?” tanya Falisha.

“Gekka di bisik oleh rerama yang ratu mencari pusaran angin yang ada di Lantera. Adakah itu benar?” tanya Gekka. Menunduk sopan di hadapan Falisha.

“Ya. Aku mencari dia.”

“Gekka tahu dimana dia.” Gekka mengangkat tangannya tinggi megeluarkan rerama yang ada ditubuhnya dan membiarkan rerama itu terbang pergi.

“Nanti pusaran angin itu akan datang bersama dengan rerama yang baru saja terbang pergi.” Jelas Gekka.

“Kenapa? Kau menolong aku kali ni Gekka? Apa yang kau mahu?” tanya Falisha. tetap berjaga-jaga menerima bantuan dari Gekka agar tak mempunyai helah di sebalik pertolongan yang di hulurkan itu.

“Aku hanya ingin membantu. Tiada balasan yang aku minta kali ini. Cukup kalau kau dapat memberi pengajaran buat pusaran angin yang selalu menganggu kaum aku. Dia banyak merosakkan tumbuhan di Lantera.” Marah Gekka.

“Aku sendri tak pasti adakah aku mampu untuk menguruskan dia.” Falisha berpaling melihat kepada Deena yang sekadar diam di tempatnya.

“Dia cuma cemburu. Kerana kau akan menjadi ratu Lantera kelak. Itu sahaja.” Gekka berkata dengan wajahnya tersenyum melihat kepada Falisha.

“Cemburu? Kenapa perlu dia cemburu?”

“Dia cuma lah angin yang tak mempunyai rupa, tapi boleh membinasakan sesiapa saja sesuka hatinya. Sebelum ini dia tidak pernah melayan sesiapa melainkan golongan pemerintah Lantera. Rasanya kamu orang kedua yang pernah mengunakan khidmatnya. Sebelum ini, dia pernah membawa Yaseera pergi dengan berat hati bersama dengan seseorang. Mungkin itu membuatkan dia tidak mesra kepada kamu, waris Yaseera yang pulang memegang gelaran ratu Lantera.” Jelas Gekka menunduk kepada Falisha.

“Tak ada siapa yang tahu masa hadapan kita bagaimana. Kenapa dia nak terasa hati. Sekarang, kenapa perlu dia memilih-milih untuk melayan siapa..” dari jauh Falilsha melihat satu gulungan agin datang bersama dengan kumpulan rerama yang mengelilinginya, kelihatan mereka bagaikan bergabung untuk menari-menari bersama. Saling berputar mengikut rentak mereka cipta sendiri.

“Wahai sahabat yang tak bernama. Adakah aku ini musuhmu atau siapa aku bagi kamu?” Falisha melihat kepada angin yang datang tadi tenang kini mula berputar besar sama besar seperti Gekka dan bersambung ke atas langit yang tinggi di atas sana.

“Aku bukannya nak tunjukkan siapa aku kepada kamu. Aku takkan salahkan kamu. Ini takdir aku, dilahirkan dan mempunyai darah campuran. Itu berada di luar dugaan aku..” Falisha datang menghampiri gulungan angin itu.

“Falisha!” Deena memanggil dengan keras. Di mula gusar melihat Falisha menghampiri gulungan angin yang sedang berpusar ganas di hadapan mereka.

“Jangan Falisha!” panggil Deena.

Dia yang sedang duduk santai tadi mula bangun dan mengejar langkah Falisha. langkah dilajukan lagi saat melihat Falisha tengelamkan tagannya di dalam pusaran angin yang penuh dengan amukan itu.

Tiada sedikit gentar pun saat Falisha memasukkan tangannya sehingga hilang di sebalik sana. Terasa kulitnya seperti disiat-siat dengan angin yang terasa kasar menyapa kulit tangannya. Suara Deena yang melaung memanggilnya tak diperdulikan olehnya.

Aku akan tetap menjinakkan kau wahai sahabat tidak bernama. Kau ingin meremukkan tulang benulang aku! Jadi buatlah sesuka hatimu. Kerana aku tahu tau bukan marahkan aku. Tapi kau marahkan Yaseera, bukan?. Mama aku! kerana dia memilih orang luar menjadi pasangan dia betul kan. Kalau aku harus menanggung amarah itu. Aku terima!.

Berpecah angin yang sedang melentok-lentok dengan penuh amarah tadi hilang begitu saja. Terbang segala tumbuhan yang ada dari arah yang sama beberapaa detik. Sama arahnya selendang yang menutupi kepala Falisha.

“Kau ni!” Marah Deena. Mula menjilat tangan Falisha yang terluka. 

Darah yang menitik mengenai tanah bagaikan menyeru hidupan misteri Lantera mengintai ratu mereka. Rasa yang bergolak di dada mula meninggi, teringin sekali merasa darah itu walaupun dengan hujung lidah mereka. Gekka sendiri sudah menjilat bibirnya sendiri menahan gelora rasanyanya. Matanya sudah bertukar hitam pekat.

“Terima kasih Deena.” Falisha melihat tangannya yang sudah pulih seperti sedia kala. Luka-luka yang ada di tangannya mula mencatum semula.

“Macam mana aku nak jinakkan dia Deena.”

“Janganlah putus asa. Esok kita datang lagi. Bukan kau kena memasak lepas ni..” kata Deena. Dia memerhati sekeliling. Banyak mata yang sedang bersembunyi di sebalik pokok sedang melihat kepada mereka.

“Ye lah kita akan datang lagi, esok. Terus memujuk dia sampai dia terima aku..” lemah saja balas Falisha.

“Dia pasti terima. Mana boleh dia menolak bakal ratu Lantera..” Sambung Deena.

“Jumpa lagi bakal ratu Lantera..” ucap Gekka melihat Falisha dan Deena yang sedang berjalan pergi dari kawasan rumput yang lebat itu.

Begitulah hari demi hari Falisha berulang-ulang pergi ke kawasan lapang itu untuk memujuk pusaran angin itu. Sudah seperti memujuk kuda liar untuk menjadikan miliknya saja. 

Wazien pulang awal dari laut hari itu membawa hasil laut kepada penduduk Lantera. Selepas selesai mengagihkan semuanya kepada penduduk Lantera seperti biasa dia akan pulang ke rumahnya. Dari jauh dia melihat pintu rumah itu tertutup rapat.

“Ke mana kasih pergi.”satu keluhan dilepaskan. 

Nak dikurung-kurung pun terasa tak sanggup. Kalau dibiarkan lepas, hilang memanjang. Selepas meletakkan ikan di dapur rumahnya. Wazien keluar semula untuk mencari isterinya. Walaupun hati tertanya-tanya. Nalurinya tak pernah salah meneka dimana kelibat Falisha.

Kaki naik mendakit bukit yang dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Sampai satu kawasan rumput yang luas dia melihat Falisha sedang bergelak ketawa melihat kepada satu arah. Langkah diatur tanpa mengeluarkan sebarang bunyi menghampiri Falisha yang sedang duduk di atas satu batu besar di ruang rumput itu.

“Deena. Kau jangan gigit dia!” dalam ketawa Falisha melarang kepada Deena. Wazien yang sedang melangkah itu berhenti. Mencari kelibat Deena.

Membulat mata Wazien melihat Deena mengerjakan Qhub. Bermain seperti Qhub itu mainannya. Bukan itu saja disitu turun ada pusaran angin yang sedang berputar mengusik Deena dan Qhub.

Sejak bila mereka serasi? Qhub itu dah seperti bola dikerjakan oleh Deena. Langkah wazien mati serta merta. Kini dia berdiri kaku sekadar melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Jauh di hujung sana ada sang belang mula menghampiri Falisha. Sepertinya haiwan itu mula merindui ratunya. Menjilat wajah Falisha tanpa henti.

“Kasih”

“Kanda!” 

“Kanda dah balik? Kenapa awal Kanda balik hari ini?” tanya Falisha gugup. Terbongkar sudah aktivitinya kali ini.

“Rupanya Kasih bermain-main ya disini.” Wazien menunjuk kepada Deena yang sedang mengigit Quhb di antara mulutnya. Pusaran angin sudah tidak kelihatan lagi dikalangan mereka.

“Bermain-main? Mana ada. Kasih beriadah dengan Deena ni.” Jelas Falisha.

Wazien melihat kepada Deena. Cepat-cepat dia membuang Quhb yang sedang digigitnya kebawah. Quhb bangun merapikan pakaiannya yang kusut ketika bermain dengan Deena tadi. Dia langsung tak kisah diperlakukan kasar oleh Deena.

“Kau!” berkerut dahi Wazien melihat makhluk kecil itu. Quhb menunduk ke tanah. Tenungan dari Wazien terasa amat menakutkannya.

“Kanda, kenapa kanda kejutkan anak kecil?” Falisha bangun dari duduknya dan menarik tangan Wazien dan megengamnya.

“Anak kecil? Dia mungkin anak kecik di mata kita semua. Tapi makhluk seperti dia licik, Kasih. Kita tak boleh bertolak ansur dengan sesiapa saja yang boleh mendatangkan bahaya kepada kita dan Lantera.” Kata Wazien.

“Aku..Aku berada di Lantera?” tanya Quhb takut-takut kepada Falisha. Langsung dia tak mendongak melihat kepada Wazien, melainkan bersembunyi diantara celah kaki-kaki Deena.

“Ya marilah Quhb, janganlah kau takut. Kita berada di Lantera. Tak ada sesiapa yang boleh sakitkan kau disini. Termasuklah tuan kau yang lama itu..” Falisha menunduk dan menarik lengan Quhb yang hanya mempunyai tulang itu. Cuma ada kulit nipis membaluti tubuh itu.

“Kasih.” Wazien menarik kembali Falisha. Sebaik Falisha melihat kepada Wazien, kepala itu digelengkan untuk menghalang Falisha.

“Quhb, kau takutkan dia. Jangan risau. Dia orang baik. Dia takkan pukul kau Quhb, keluarlah.” Pujuk Falisha.

Quhb mengangangkat kepala sedikit mengintai kepada Falisha. Tak berani dia nak melihat kepada Wazien yang sedang memancarkan aura mematikan itu. Matanya yang bulat itu mula terbuka luas melihat kepada Falisha.

“Siapa tuan kau? Makhluk kecil?”

“Kanda nama dia Quhb” Falisha memintas. 

Deena mula beranjak ke tepi. Tak sangkap Falisha akan memotong saat Wazien sedang bertanya kepada makhluk kecil yang bernama Quhb itu.

“Quhb? Dari mana asalmu?” Wazien bertanya sekali lagi. Tegas bunyinya, sampai kan Deena sendiri beranjak mencari ruang untuk berada di samping Falisha.

“Aku.. Akuu.. bera..salll.. dari tanah gersang.. Istana..”

“Ratu malam!” Potong Wazien.

“Aku sudah menjangkakan kamu dari sana. Makhluk seperti kamu selayaknya berasal dari kawasan yang sebegitu!” marah Wazien. Tubuhnya mula mengeluarkan api keemasan.

“Kanda!” Falisha memintas dan menghalang Wazien. Quhb disembunyikan di belakangnya.

“Kasih, berikan dia kepada Kanda. Kanda perlu tamatkan dia segera. Dia tak sepatutnya berada di Lantera. Dia membahayakan semua penduduk yang ada di sini, tahu tak Kasih. Dia pastinya milik seorang yang berkuasa di tanah gersang. Istana ratu malam. Tahukan siapa yang ada di sana.. Ratu malam. Ratu malam itu adalah Maheem.” Wazien menarik Quhb keluar dari belakang Falisha.

 “Tolong jangan sakitkan aku. Aku tak tahu apa-apa. Jangan sakitkan aku. Aku merayu.. Kasihani aku. Aku merayu bagi nyawa aku yang tak ada nilainya ini. Aku merayu..” Meronta-ronta  Quhb bila dia diangkat tinggi oleh Wazien. 

“Tak ada gunanya kau merayu. Kerana nyawa kau tak bernilai di Lantera.” Jelas Wazien yang sedang marah.

“Kanda tunggu! Apa yang kanda nak lakukan dengan dia? Nyawa dia tak bernilai? Tak ada nyawa yang tak bernilai di dunia ni kanda! Dia milik Kasih. Kalau nyawa dia tak bernilai, itu seperti Kanda kata kan nyawa Kasih juga tak ada nilainya..” Falisha menarik sebelah tangan Wazien yang bebas tidak memegang apa-apa.

“Jangan merayu demi aku ratu!” Quhb mula rasa bersalah. 

Selama hidupnya, dia selalu diperlakukan seperti hampa abdi kepada Maheem. Tak pernah ada sesiapa pun pedulikannya. Hati kecilnya tersentuh melihat Falisha sanggup pertahankan nyawanya yang terasa tak bernilai itu.

“Ratu?” Wazien berpaling melihat kepada Falisha. Tak sangka Falisha mendedahkan identitinya semudah itu kepada Makhluk milik Maheem itu.

“Kau memanggil dia ratu?” tanya Wazien kepada Quhb.

“Maaf-maaf! Aku salah.. Aku tak layak memanggil orang yang baik hati seperti dia sebagai ratu. Perkataan itu terdegar hina sebaik keluar dari mulut aku. Maaff! Ampunkan aku..!” Qhub menampar mulutnya sendiri, sehingga bibirnya mengeluarkan darah merah mengalir pada dagunya.

“Kanda lepaskan dia. Kenapa Kanda nak siksa makhluk yang lemah seperti Quhb. Dia tak bersalah Kanda. Nasib yang membuat diri dia menjadi hamba kepada Maheem. Jangan salahkan dia kanda. Dia dilahirkan tak beruntung seperti kita” Falisha gigih menarik lengan Wazien yang sedang diangkat tinggi itu.

Tangan yang diangkat tinggi oleh Wazien kini mula turun ke bawah semula. Nafas yang sedang membara tadi mula tenang semula.

“Kasih. Dia licik. Mudah dia kenakan orang, tambah-tambah yang seperti Kasih, senang dipengaruhi oleh emosi. Asal dia merayu, menagis hiba. Kasih sudah berlembut hati. Kasih..”

“Kasih apa kanda.? Kasih tak layak untuk jadi ratu? Itu yang kanda nak kata kan betul?” tanya Falisha.

Wazien diam tak membalas kembali. Bibirnya bergerak-gerak berselawat. Menenangkan kembali panas yang terasa di hatinya tadi. Tak mahu dia bertengkar dengan Falisha gara-gara Quhb. Kemudian dia menunduk melihat Falisha yang sedang meriba Quhb di tanah. Mengesat darah Quhb yang sedang mengalir dek kerana mulutnya yang pecah tadi.

“Kanda akan pulangkan dia semula kepada Maheem. Kita tak boleh simpan dia di Lantera itu terlampau bahaya.”  Wazien memberikan kata putusnya. Quhb yang ada di atas riba Falisha melompat turun ke bawah. Memegang erat kaki Wazien dan membongkok di hadapan mereka semua.

“Aku merayu! Jangan pulangkan aku. Dari pulangkan aku. Lebih baik kau bunuh saja aku. Tak ada bezanya  jika aku kembali ke sana dengan kematian aku.” Quhb melepaskan kaki Wazien dan menyelak leher bajunya. 

Menunjukkan tubuh kurusnya yang penuh dengan kesan-kesan luka. Akibat kemarahan Maheem yang dilepaskan kepadanya. Bukan meminta simpati. Tapi meminta Wazien segera menamatkan riwayatnya.

“Tentu Maheem akan mencari engkau nanti bukan. Itu membahayakan kami. Membahayakan ratu kami.” Wazien menunjuk kepada Falisha, yang masih duduk di tanah.

“Kenapa dia perlu mencari aku, Quhb yang hina ini. Sekadar tempat untuk melepaskan amarahnya. Izinkan aku tinggal disini. Ratu.. izinkan aku.. atau bunuhlah aku kalau aku perlu dihantar kembali kesana..” Quhb berpaling melihat kepada Falisha.

“Kanda..” panggil Falisha.

Wazien mengeluh berat, sungguhkah seorang raja selalu kalah dengan pujuk rayu sang ratunya. Sekarang dia mula berbelah bagi nak memberikan kata putus kepada Falisha dan juga Quhb.

“Kekalkan kedudukan kamu bersama Deena. Selagi tak ada siapa yang tahu di mana kamu berada. Kamu boleh tinggal dengan kami di Lantera. Kalau tidak, tiada lagi rayuan buat nyawamu, Quhb. Begitu juga Kasih. Andai satu saja salah dari Quhb.. Kasih sudah tidak boleh campur tangan. Kanda akan berikan keputusan ini kepada orang-orang tua Lantera.. Putuskan masa depan Quhb bagaimana nanti.” Putus Wazien.

“Kanda!” Falisha bangun lalu memeluk Wazien yang sedang berdiri kaku di hadapannya.

“Terima kasih Kanda..” 

Deena menghayun langkahnya menghampiri Quhb.

“Terima Kasih. Terima kasih memberi peluang buat nyawa Quhb yang tak bernilai ini terus hidup. Quhb janji.. Quhb takkan susahkan ratu. Quhb takkan susahkan penduduk Lantera..” Quhb menunduk menyembah Wazien yang sedang dipeluk oleh Falisha.

“Deena..” Falisha menunjuk kepada Quhb yang sedang menyembah mereka. Dia nak Deena segera membawa Quhb pergi sebelum Wazien mengubah fikirannya. Deena mengigit baju Quhb dan melompat masuk ke dalam Falisha.

“Ini bukan sesuatu keputusan yang baik, Kasih.” Wazien mengelengkan kepalanya tetap tidak berpuas hati dengan apa yang baru berlaku.

“Kanda jangan risau. Kasih akan menjaganya dengan baik. Deena pun ada dengan Kasih. Kanda janganlah risau.” Falisha mengurut dada suaminya yang masih bersisa api kemarahannya itu.

“Sekarang kita pulang dahulu ya Kanda. Ikan apa yang kanda bawa balik hari ini?” tanya Falisha. mengambil hati suaminya itu.

“Kenapa? Sudah jemu makan ikan? Kasih nak makan daging pula?” tanya Wazien. 

“Tak lah, mana ada..” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Kalau Kasih nak makan daging. Kanda akan masuk memburu ke hutan nanti. Itu tak menjadi masalah..” jelas Wazien.

“Hmmm” Falisha berguman panjang.

“Tak perlulah.. Nanti lama pula kanda pergi memburu. Kanda ke laut saja sudah buat Kasih rindu..” Falisha menarik senyuman manisnya.

“Sungguh?” Falisha mengangguk laju. Sambil melangkah bersama-sama pulang ke rumah mereka.

“Jadi kanda akan pergi memburu esok..” usik Wazien.

“Kenapa?” tanya Falisha tak puas hati.

“Nak biarkan Kasih bertambah rindu kepada Kanda..”

“Ada-ada jelah Kanda ni..” bahu Wazien ditepuk lembut oleh Falisha.

Dalam mereka ketawa mesra bersama. Di hati Wazien tetap juga berasa risau dengan Quhb, biarlah segala janji yang ditaburkan oleh Quhb itu. Tetap juga tidak dapat menenangkan jiwanya. Kerana bukan satu nyawa yang akan terlibat sama dalam pertaruhan ini. Satu lantera..

 

Selamat membaca semua.. Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR.. Muaahhh muahh muaahhh.. Selamat berhujung minggu.. Esok mcm biasa waney off.. Hihihihi.. InshaAllah kita jumpa balik hari isnin ya.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Puteri Batrisyia
2021-03-13 18:18:17 

okkk


NovelPlus Premium

The best ads free experience