14. MELEPASKANMU

Fantasy Completed 227394

Selepas kebangkitan semula Falisha di mata air biru. Falisha pengsan tak sedarkan diri selama dua hari. Mungkin kerana terlampau terkejut keadaan dirinya yang sebenar atau dia tak masih boleh belum takdirnya sendiri.

Kali kedua Falisha membuka matanya di tempat yang berbeza. Kali ini dia berada di atas katil ukiran besi yang lebih luas dan lebih selesa dari bilik Awanis yang sebelum ini. Mulalah dia tertanya-tanya bila melihat bilik yang berdinding kayu dan terselit ukiran-ukiran kerawang yang menaikkan lagi seri ruangan itu.

‘Di mana saja aku ni!’ Falisha bangun menghampiri jendela bilik itu. Terintai-intai dia melihat ke bawah. Tanpa amaran dia terus memanjat naik ke atas jendela itu dan melompat turun ke tanah.

Sebaik saja kaki dan tangannya menyentuh tanah. Falisha membelek tapak  tangannya yang tak terasa impak sakit jatuh ke tanah setelah melompat dari jendela bilik tadi. Badan yang sedang menirap di tanah perlahan-lahan bangun berdiri. Jendela yang ada di atas sana diperhatikannya lama.

“Falisha, kalau ya pun. Gunalah pintu tak perlu lah sampai nak keluar ikut tingkap.” Tanpa Falisha berpaling dia sudah dapat meneka suara siapa yang mempunyai getaran suara yang teratur dan jenis suara bariton itu. 

“Wazien” 

“Ya. Saya” Wazien menjawap sopan. 

“Kemana saja awak suka-suka letakkan saya ni” Isha memandang rumah kayu yang ada di hadapannya. Rumah kayu itu kelihatan lebih besar, berkali ganda dari rumah keluarga Wazien dan dibina indah dengan ukiran yang terukir halus pada setiap sudut rumah. Baik pada bahagian dinding atas rumah itu yang mempunyai rongga udara yang terukir kemas berunsur tumbuhan dan di bahagian lain terukir dengan corak goemetrik.

“Ini adalah rumah tinggalan keluarga Falisha. Kini turun kepada Falisha sebagai pewaris keturunan harimau putih Lantera. Waris sebelum ni serahkan kepada abah sementara menunggu kepulangan waris sebenarnya pulang. Abah gunakan rumah ni sebagai tempat untuk berbincang dengan orang-orang tua kampung ni..” Terang Wazien.

“Kejap!” Falisha mengangkat tangannya.

“Jadi sebelum ni bukannya mimpi!?” Tanya Falisha. Terasa bagai bangun dari satu lena yang panjang. Hati masih menafi sekeras-kerasnya apa yang berlaku di mata air biru baru-baru ini.

“Tak, semuanya adalah kenyataan. Bukannya mimpi ngeri yang Falisha harapkan tu.” Lembut nada bicara Wazien kepada Falisha.

“Harapkan? Apa yang Isha harapkan.. Adalah, tak lahir dalam takdir yang sebegini” balas Falisha mengangkat alis matanya menerung wajah Wazien yang berdiri di hadapannya.

 ‘Selalunya yang terindah, sulit untuk kita pertahankan. Kau tak sedar ada hati yang mengiginmu, yang selama ini menantimu Falisha. Biarlah lambat sekalipun untuk kau sedari Falisha. Sesulit mana pun itu akan aku pertahankan, dengan cara aku sendiri Falisha. Tak mudah kau runtuhkan setiaku hanya dengan bicaramu yang menikam jiwa begini Falisha.’ Namun, tatatapan mata itu dibalas oleh Wazien dengan satu senyuman yang manis, buat Falisha.

‘Dia!’ Wazien melihat wajah Falisha yang sudah kemerahan. Seperti selalunya Falisha akan mengengam erat penumbuknya.

“Kalau dah awal-awal boleh sembuhkan Isha. Kenapa tak awal-awal lagi Wazien bawa Isha ke Mata air biru. Sampaikan Isha kena minum air pahit tu” rungut Falisha mengerutkan wajahnya, sekaligus mengalihkan topik. Mencari akal yang lain.

“Sepatutnya begitu. Tapi mata air biru bukannya tempat sebarangan. Itu tempat untuk pulihkan semangat dan semangat Falisha yang menyembuhkan Falisha. Bukannya mata air biru yang sembuhkan Falisha.” terang Wazien.

“Apa yang awak cakap ni Wazien? Berbelit-belitlah” Falisha mengelengkan kepalanya perlahan. Dia sendiri keliru sama ada Wazien bercakap terlalu laju ataupun dia yang lembap tak paham apa yang Wazein sampaikan kepadanya.

“Tempat tu bukannya memulihkan luka kita. Tapi utuk memulihkan roh yang ada dalam jiwa kita. Semangat kita..” Wazien menepuk dadanya yang bidang. Falisha turut terpandangkan pada dada Wazien dengan kening yang berkerut. Baru mulutnya terbuka ingin bertanya dengan lebih lanjut. Sayup-sayup kedengaran suara memanggil.

“Abang..”

“Abang..” 

Kedengaran suara Awanis melaung memanggil abangnya. Berpalinglah Wazien dan Falisha melihat dari adalah suara yang datang.

Awanis datang bersama dengan seorang gadis yang  sedang berjalan di belakangnya. Pertama kalinya Falisha melihat wanita itu. Ayu, manis dan sopan seperti Awanis. Bila mata mereka bertembung gadis itu cepat-cepat melarikan wajahnya.

“Mana sopanmu Awanis, kenapa terjerit-jerit begitu. Kan tak manis kalau dilihat orang.” tegur Wazien.

‘Aii.. Macam tu pun dikira tak sopan ke?’ bekerut dahi Falisha melihat kepada Awanis yang sedang menundukkan wajahnya. Seperti mengakui salahnya.

“Maaf, Awanis datang cari abang. Abah yang minta Awanis carikan abang..” sungguh sopan bicara Awanis.

“Mari Falisha..”

“Abang. Ini Baiduri ada bawakan sedikit kuih buat abang.” Gadis yang mengikut di belakang Awanis bersuara. Kalau sopannya Awanis tadi. Tapi gadis yang bernama Baiduri lebih sopan dan lemah lembut bicaranya.

“Terima kasih Baiduri. Buat susah-susah saja Baiduri bawakan kuih untuk kami sekeluarga.” Wazien tak menyambut huluran yang diberikan oleh Baiduri. Awanis yang menyambut seperti selalunya bagi pihak Wazien.

“Tak perlu terima kasih. Abang dah banyak bantu kami. Kemarin abang dah betulkan rumah kami yang dilanda angin ribut. Baiduri sekadar membalas budi, sedaya kami sekeluarga mampu..” manis senyuman yang dilemparkan Baiduri buat Wazien.

‘Drama apa yang mereka bertiga ni lakonkan sekarang ni? Aku macam tunggul kayu pula dekat sini’ Falisha membalikkan matanya ke atas. Terasa bagai tak diperdulikan oleh mereka bertiga seketika. Bila Wazien dari tadi asyik bercakap dengan Baiduri. Segera dia berpaling dan ingin melangkah pergi dari situ. Baru kakinya diangkat.

“Falisha nak kemana?” Tanya Wazien.

“Ambil angin” Balas Falisha.

“Dengan kaki yang tak beralas.?” Wazien seperti malam sebelum ini sudah menanggalkan kasutnya. Menunduk memberikan kasutnya kepada Falisha.

Awanis dan Baiduri masing-masing saling berpandangan. Tak pernah mereka melihat Wazien yang menunduk, tambah pula di hadapan seorang gadis.

“Abang.. Kenapa bagi kasut abang kepada dia?” Tanya Baiduri. Kini Awanis pula terkejut dengan sahabatnya. belum pernah dia melihat Baiduri hilang sopan santunnya sebelum ini.

“Baiduri” Awanis menarik lengan sahabatnya.

“Abang bakal pemimpin puak kita. Kenapa abang menunduk kepada dia?” Baiduri menunjuk kepada Falisha, yang sedang berpaling melihat kepada Baiduri.

“Jangan Baiduri.”Awanis menarik lengan Baiduri agar menjauh.

“Kenapa? Siapa dia? Tak adakah hormatnya kepada bakal..”

“Balik lah dulu baiduri” kata Wazien sebaik dia bagun berdiri.

“Baiduri akan balik selepas tahu dia siapa, kenapa abang..” Tegas Baiduri. Kali ini dia berani menatap tepat kepada Falisha secara terus.

“Tengok apa yang ada di tangan dia Baiduri..”Awanis berbisik kepada Baiduri.

‘Apa? Tangan?’ Baiduri mengalihkan pandangannya mencari tangan Falisha. membulat besar  mata Baiduri melihat ada satu gelang emas di pegelangan tangan Falisha.

“Di.. diaaa” Terus Baiduri menjatuhkan tubuhnya ke bumi.

“Ampun, maafkan kelantangan bicara saya.. Saya tak tahu yang kamu adalah bakal ratu..” terketar-ketar tubuh Baiduri memohon maaf kepada Falisha. Mananya dia tidak mengenali ratunya sendiri. Sebelum ini dia melihat Falisha dalam bentuk asalnya yang tak sedarkan diri. Kini dia melihat Falisha sama persis seperti gadis-gadis biasa yang lain.

“Balik lah Baiduri..” sekali lagi Wazien menuturkan ayat yang sama.

“Mari Baiduri.” Awanis menarik sahabatnya bangun.

“maaf-maafkan saya..” kedengaran suara Baiduri terisak-isak sambil menundukkan wajahnya.

“Kenapa? Kenapa kamu takut dengan saya?” Falisha tak mengendahkan kakinya yang tak beralas, langkah di atur menuju kepada Baiduri yang sedang menunduk menyembah bumi.

“Saya.. Saya tak berani.” Kini Falisha sama menunduk seperti Baiduri. 

“Kenapa?” tanya Falisha lagi.

 Wazien melihat kepada Awanis. Matanya menghantar isyarat menyuruh Awanis segera membawa pergi Baiduri dari terus mengganggu Falisha.

“Kerana.. Kerana kamu adalah tunang kepada abang. Waris harimau putih lantera yang terakhir.. Bakal ratu puak lantera..”

“Baiduri. Sudah tu, kita kena pergi..” Awanis menarik Baiduri  agar segera bangun.

“Tapi-tapi..”

“Kakak..  Kami pergi dulu ya. Maafkanlah Baiduri, dia tak sengaja. Tak elok biarkan abah menunggu kakak dan abang.” Awanis berlalu pergi dengan Baiduri tergesa-gesa.

‘Kenapa perlu dia takut sampai macam tu sekali? Aku tak buat apa pun kepada dia? Pelik! Atau puak lantera ni penuh dengan sopan santunnya?’

“Abah sedang menungu kita Falisha.” belum sempat Wazien menghabiskan ayatnya. Falisha terlebih dahulu berjalan pergi. Wazien menggelengkan kepalanya.

‘Dalam-dalam banyak gadis. Dialah yang paling susah aku nak faham. Sudahlah keluar ikut tingkap. Sekarang berjalan pergi macam tu saja, macam orang celik tetapi buta’

“Sini Falisha. Abah ada disini..” panggil Wazien. Falisha yang berjalan berhenti dan berpaling.

“Di sini? Bukannya kita nak ke rumah kamu yang dekat dengan pantai?” Tanya Falisha menunjuk arah menuju ke pantai.

“Abah sudah ada di sini. Mak juga ada di dalam. Kebetulan saya baru balik dari ambilkan ini. Terlihat pula Falisha yang melompat dari..”Wazien menunjuk kepada jendela yang Falisha curi-curi keluar tadi.

“Saya dah cakap kan tadi, saya nak ambik angin” potong Falisha lalu berjalan mengelilingi rumah itu untuk menuju ke serambi rumah yang ada di bahagian hadapan. Wazien yang sedang tersenyum-senyum sekadar mengikut langkah Falisha.

Sesampai Falisha di hadapan anak tangga untuk naik ke atas dia berhenti. Dia berpaling melihat kepada Wazien yang juga berkaki ayam sepertinya.

“Kenapa kamu tak pakai kasut kamu?” Tanya Falisha.

“Saja. Nak tahu juga macam mana rasanya tak kenakan kasut seperti Falisha.” kedengaran Wazien ketawa kecil.

“Awak!”

‘Kenapa perlu wujud orang semacam kamu Wazien?’ tangan yang menunjuk kearah Wazien di jatuhkan semula kebawah. Melihat Wazien yang sedang ketawa di hadapannya membuatkan dirinya terasa bagaikan ada sesuatu yang terdetik di dalam sana.

‘Semudah itu. Aku terjatuh suka kepada dia? Kau lebih layak dengan pasangan yang sebaik kau Wazien. Bukannya aku..’ terasa kaki Falisha sejuk bila Wazein sedang mencurahkan kakinya dengan air tempayan yang ada di tepi tangga untuk naik ke atas rumah itu.

“Kenapa basahkan kaki Isha.” Falisha yang tersentak memegang lengan Wazien tanpa dia sedar.

“Kaki Falisha kan tak beralas tadi.” Balas Wazien, matanya turun melihat kepada tangan Falisha yang ada pada lengannya yang masih beralas. Belum sempat Falisha membalas kembali Falisha turut melihat kemana pandangan Wazien.

“Maaf, tak sengaja.” Pantas Falisha menarik tangannya semula dan terus memanjat naik anak tangga ke atas.

“Assalamualaikum” Wazier memberi salam seraya melihat Falisha melangkahkan kakinya untuk masuk ke dalam rumah itu.

“Waalaikumsalam” beberapa suara kedengaran menyambut salam yang diberikan oleh Wazien.

Falisha melihat ada beberapa orang lelaki yang sebaya Ali Muaz malah ada yang lebih tua lagi usianya ada di ruang tamu rumah itu. Seorang wanita yang datang dari dalam menarik Falisha dengan lembut dan meletakkan selendang di atas kepala Falisha.

“Siapa?” Tanya Falisha buntu. Namun wanita itu sekadar menunduk sopan dengan senyuman di wajahnya. Selesai meletakkan selendang pada Falisha. Wanita itu mengundurkan diri.

‘kata ni rumah peninggalan keluarga aku kan? Tapi kenapa ramai orang di dalam ni?’

“Marilah Falisha.” Panggil Ali Muaz. Dia yang tadinya duduk kini berdiri. Menghulurkan tangannya dan mengamit meminta Falisha datang dekat dengannya.

Falisha yang masih berdiri masih kaku. Matanya meliar melihat kepada orang-orang tua yang ada bersama dengan Ali Muaz. Falisha berpaling melihat kepada Wazien yang sedang berdiri di muka pintu. Wazien menjatuhkan wajahnya sekali ke bawah dengan perlahan. Satu isyarat buat Falisha.Agar akur dengan arahan yang diberikan oleh Ali Muaz tadi. Langkah diatur mendekat dengan Ali Muaz.

“Seperti yang semuanya tahu inilah waris terakhir harimau putih lantera. Seseorang yang sangat penting untuk kita lindungi sampai ke titisan darah kita yang terakhir.” Lantang suara besar Ali Muaz memberitahu kepada mereka yang ada.

“Sepatutnya kita nikahkan dia dengan anak kamu. Bukankah begitu Ali Muaz? Kenapa mereka belum dinikahkan sehingga sekarang?” Tanya seorang lelaki yang sudah kelihatan berumur dari semua yang ada.

“Sabar, anak-anak ini baru berjumpa. Mereka masih perlukan masa untuk mencari keserasian diantara mereka..”  Ali Muaz menunjukkan tangannya kepada Falisha dan juga Wazien.

Wazien  masuk ke ruangan itu dan bersalaman dengan orang-orang tua yang ada di ruangan rumah itu.

‘Ah diaorang ni! Masih bersungguh nak satu kan aku dengan dia’

“Baguslah macam tu. Jangan dilewatkan perkara yang baik. Semuanya ini untuk kebaikkan bersama.” Seorang lagi lelaki berkata sebaik saja Wazien bersalaman dengannya.

Falisha tetap menunjukkan rasa tak puas hatinya. Namun dia diam langsung tak menunjukkan kepada mereka semua. Hanya kebisuan saja dipamerkan olehnya dari tadi.

Keesokkannya Wazien datang ke rumah utama untuk berjumpa dengan Falisha. Tersenyum dia sendirian bila melihat wajah cemberut Falisha kemarin bila keluarganya ingin pulang bersama dengan yang lainnya.

Imbas kembali.

“Makcik..” Falisha menarik lengan Wadaah yang sedang mengatur langkahnya untuk keluar dari ruang utama rumah itu.

“Kenapa Falisha?” berpaling Wadaah kepada Falisha.

“Makcik nak balik ke? Isha kena tinggal di sini seorang diri?” rengek Falisha manja kepada Wadaah. 

Wazein yang ada di tanah berpaling. Walaupun suara Falisha bernada perlahan, dia dapat mendengar dengan jelas setiap bait kata yang dituturkan oleh Falisha yang ada dengan Wadaah di atas rumah.

“Kenapa? Ini kan rumah keluarga Falisha. Tempat Falisha di sini, lebih selesa kalau Falisha tinggal disini” Wadaah memujuk lembut.

‘Alamak! Jangan lah. Rumah ni besar. Kalau aku duduk seorang diri. Malam-malam jadi apa-apa macam mana? Rumah ni dah tinggal lama kan. Aku lebih rela untuk duduk di rumah keluara Wazien dari kena duduk seorang diri di rumah ni’

“Jangan risau. Ada yang akan menjaga Falisha nanti. Ada yang akan menguruskan Falisha disini.”Wadaah menepuk-nepuk tangan Falisha.

Wadaah berjalan turun diiring oleh Awanis. Falisha berpaling melihat kebelakang. Beberapa para gadis tetap menunggu didalam rumah.

‘Sekarang ni apa? Pada dayang?’

Wazien menyambut Wadaah turun ketanah. Ali Muaz masih berbual dengan beberapa orang permuda yang ada tak jauh dari mereka. Tegas saja wajah Ali Muaz seperti selalunya, memaklumkan sesuatu kepada permuda-permuda yang ada dihadapannya.

“Saya balik dulu. Esok insyaallah saya datang lagi. Assalamualaikum.” Wazien mendongak melihat wajah Falisha yang kelat. Falisha langsung melangkah masuk kedalam. 

Imbasan tamat.

Semakin melebar senyuman Wazien kini. Sampai sudah tempat asal tujuannya. Salam diperikan kepada pemuda yang ditugaskan untuk menjaga bakal ratu mereka.

“Wazien. Dia tak ada di atas” kata salah seorangnya.

“Tak ada diatas? Maksudnya? Kenapa kamu berdua tak ikut kemana dia pergi..?” Wazien berpaling ingin segera pergi mencari Falisha. Tapi bahunya segera ditahan oleh pemuda itu.

“Dia ke mata air biru.”

“Kamu pasti..” Tanya Wazien kembali. Tak menyangka yang Falisha akan ke mata air biru. Sangkanya Falisha akan cuba untuk lari lagi. Dua pemuda itu mengangguk serentak.

Wazein mengucapkan salam buat dua pemuda itu dan berlalu pergi. Sebaik sampai di mata air biru. Dia mencari-cari kelibat Falisha. Cemas bila dia melihat mata air biru itu kosong. Tiada penghuninya di dalam sana. Jantung Wazien bagaikan mahu berhenti berdenyut pada saat itu. Tanpa menunggu lagi dia melompat keluar dari air terjun. Mengaum selayaknya harimau yang gagah. Sehingga terbang segala jenis unggas yang sedang bertenggek berehat di pohon. Telinga Wazien menangkap segala bunyi yang ada di dalam hutan itu. Kini dia mencari aura Falisha dengan mata batinnya di segenap hutan yang terbentang dihadapannya.

Melompat keluar seekor harimau dihadapan Wazien. Dari cara ngaumannya Wazien sudah mengetahui. Sang belang itu sedia menunjuk arah dimana sang ratunya berada. Melihat Sang belang itu melompat untuk pergi. Wazien turut ikut sama. Langkah mereka sama-sama hebat berlari merentasi hutan, sehingga berhenti di sebatang sungai yang lebar dan luas. Kasut Falisha ada di gigi air. Sang belang tadi ke sungai dan menjelirkan lidahnya kedalam air untuk minum air sungai tersebut.

Blushhh..

Timbul Falisha dari dalam air menarik wajah sang belang. Layaknya seperti bermain dengan kucing saja tingkah Falisha.

“Kemana kamu pergi” Falisha megusap bulu-bulu sang belang itu dengan lembut.

‘Oh! Jadi dia ada dalam air. Nak jadi anak ikan kecik pula yea.’

“Falisha, naik sekarang” 

Falisha yang tak menyedari Wazien ada disitu, dia berpaling melihat di belakang sang belang. Jalur pada wajah Wazien kini sudah memudar.

‘Ya sekarang aku tahu, dia berbeza dengan aku. Belangnya hitam.’

“Kamu bawa seseorang. Kenapa tak beritahu. Kenapa bawa dia kesini?” Falisha berbicara dengan sang belang yang ada dengannya.

“Falisha. Bahaya kalau kamu keluar dengan cara terbuka macam ni.”

“Bahaya? Apa yang bahayanya” Tanya Falisha.

“Falisha tak tahu hutan ni. Macam-macam ada didalam hutan ni, marilah kita balik”

“Kalau saya tak mahu naik” Falisha melepaskan pegangannya pada sang belang. Semakin ketengah dia berenang.

“Naiklah, kalau tak. Jangan salahkan wazien. Kalau Wazien yang turun nanti.” Wazien acah-acah menyinting kaki seluarnya sampai menampakkan betisnya.

‘Kalau tak nak nak, aku turun. Kau mest naik jugak nanti’

“Turunlah. Sungai ni luas. Tak kisah pun.” Balas Falisha yang bebas berenang.

Wazien berpaling melihat kepada sang belang yang ada di gigi air. Memang dia takkan turun kedalam sungai. Walaupun disitu tak ada manusia lain yang akan melihat setiap tingkah mereka. Pikirannya masih cukup waras.

“Falisha akan naik.. Tapi bersyarat” Falisha yang tadinya berenang kini sedang mengapungkan tubuhnya di permukaan air.

“Syarat?”

“Ya syarat.. Kalau tak. Biar saja saya hanyut sampai ke laut..” Falisha mengugut.

“Apa syaratnya..”

“Falisha nak pulang..”

“Falisha sememangnya sudah pulang.”

“Falisha nak pulang ke bandar..!”

“Boleh.”  Berkocak air sungai itu sehingga terkena tempiasnya kepada wazien dan sang belang yang sedang duduk bersantai di tebing sungai.

“Betul ni? Boleh balik..” teruja Falisha bila mendengar dia dibolehkan untuk pulang. Manis wajahnya dengan senyuman melihat kepada Wazien.

‘Ini pertama kalinya aku melihat dia tersenyum sepanjang dia tinggal di Lantera. Bersalahkah aku jika aku terus menahan dirinya disini.’

“Iya..” Wazien menganggukkan kepalanya.

“Janji ni?” semakin lama semakin manis Falisha tersenyum.

‘Janji. Perkataan itu yang mengikat kita dan adakah perkataan itu akan membuatkan kita terpisah. Kenapa susah bagi dia untuk terima semua ini’

“Janji” terlafaz juga kata itu dari bibir Wazien. Sebaris senyumannya terukir. Taklah semanis senyuman Falisha kini. Wazien berpaling saat Falisha naik ke pemukaan. Menjaga matanya dan juga bisikan syaitan yang akan mengodanya.

‘Maaf abah. Andai janji ini akan ditunda lagi. Wazien terima jika dia bukannya jodoh Wazien. Wazien tak akan memaksa dia untuk tinggal disini hanya untuk semata-mata janji yang telah diikat. Sedangkan jiwa raganya langsung tak ada disini abah. Itu satu penyiksaan bagi dia. Dan juga.. penyiksaan bagi Wazien melihat dia terseksa begini.’

Demi kebahagiaanmu.. Aku lepaskan kau pergi.. Wazien sanggup pendamkan rasa hati.. Melepaskan isha pergi.. Tak kuasa dia memaksa isha lagi utk terus berada di samping dia.. Mcm mana dengan janji yang telah dibuat selama ini.. Kita sambung esok ya.. Terima kasih kepada anda semua.. Sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh.. (^-^)..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience