41. PERANGKAP

Fantasy Completed 227354

Tanah gersang yang tak pernah turunnya nikmat hujan itu. Kini, tanah yang kering itu di limpahi oleh air hujan yang maha lebatnya. Penduduk tanah gersang mula keluar dari rumah mereka dan berdiri di bawah hujan yang lebat. Membasahkan diri mereka dengan air hujan yang turun mencurah-curah dari langit yang mendung di atas sana.

“Kenapa tanah gersang boleh turunnya hujan disaat musim kemarau?” tanya rata-rata penduduknya. Masing-masing hairan dan terus menadah tangan mereka untuk merasa air hujan yang turun itu.

“Ratu..!” 

Berpalinglah mereka melihat ke arah suara yang itu. Dimana adanya seorang wanita yang berbusana hitam sedang berjalan berpimpin tangan dengan seorang wanita muda yang ada disampingnya.

“Cantik siapa kah dia?”

“Sssshh! Jaga bicaramu. Jangan sampai menyinggung hati sang ratu..” seorang penduduk lain menyapa kepada penduduk yang memuji Falisha tadi.

Saat mereka melihat langkah ratu mereka sedang menghampiri. Semua yang ada berundur dan menunduk hormat kepada Maheem. Falisha masih dalam kebingungan mengikut saja langkah Maheem tanpa dia sedar apa yang berlaku di hadapannya. Maheem berhenti melangkah ketika dia benar-benar berada di hadapan gerbang pintu istananya.

“Beta pernah janjikan, yang beta akan membawa tuah keberuntungan buat tanah gersang. Hari ini beta kotakan janji beta kepada rakyat beta semua..” Maheem memegang bahu Falisha dan menayangkan Falisha kehadapan  rakyatnya.

Apa yang Falisha dengarkan dan rasakan pada waktu itu berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Maheem. Dia merasakan yang Maheem yang meyamar menjadi Yaseera sedang memperkenalkan dirinya kepada orang-orang yang ada di hadapannya. Maheem meniup lembut  ke telinga Falisha membuatkan kelopak mata Falisha hampir terpejam mendengar bisikkan angin yang membuainya dengan nyaman.

“Adakah itu? Ratu Yaseera?” tanya seorang lelaki tua yang kelihatan uzur. Terbatuk-batuk dan basah kuyup bersama dengan yang lain.

Riuh seketika perhimpuanan itu oleh suara-suara penduduk tanah gersang bila nama Yaseera disebut. Nama yang telah lama tak disebut oleh mana-mana pihak. Kini disebut semula.

“Dia bukannya Yaseera yang sombong itu!” lantang suara Maheem memarahi mereka semua.

Terkulat-kulat mereka semua, pendek leher mencari ruang untuk menyembunyikan diri di sebalik orang-orang yang sedang berkumpul itu.

“Beta tak suka nama wanita yang sudah tiada itu di sebut lagi. Andai ada yang berani sebut nama itu.” Maheem membawa jarinya ke lehernya sendiri dan membuat satu garisan melintang disitu.

“Faham!”

Mereka semua menunduk tak berani lagi nak mengangkat wajah mereka. Tapi tak bagi lelaki tua yang bertanya tadi. Dia berjalan kehadapan perlahan-lahan mendekatkan dirinya kepada Maheem.

“Jadi siapa kah dia?” tanya lelaki tua itu datang terbongkong-bongkok dengan tongkatnya.

“dia... adalah Falisha.. penyelamat tanah gersang.” Jelas Maheem.

Orang tua yang ada di hadapan Maheem mengangguk perlahan-lahan.

“Adakah dia? Harimau putih? Kerana aroma yang dikeluarkan oleh dia mengingatkan aku kepada seseorang..” lelaki tua itu mengosok hidungnya.

“Ya! Dia harimau putih terakhir yang di sembunyikan selama ini. Disembunyikan dari kita semua. Kerana apa? Kerana mereka tamak! Tamak untuk mengunakannya  sendiri. Sedangkan kita, harus hidup di dalam sumpahan yang memaksa kita semua bersaing untuk hidup. Sedangkan mereka. Hidup di dalam kehidupan yang harmoni.” Maheem menghilang dan muncul disamping penduduknya di setiap penjuru yang ada. Habis semuanya diteroka olehnya. 

“Mahukah kamu semua melihat dia dirampas semula? Dirampas dari kita.?” Tanya Maheem terus menghasut rakyatnya.

“Tidak”

“Tidak mahu”

“Kami.. Tidak mahu!” 

Jerit dan sorakan mereka mula jelas kedengaran. Maheem menayangkan senyuman senget kepada mereka semua. Menghilangkan diri dan kembali berdiri di samping Falisha semula.

“Mama..” panggil Falisha.

“Ya sayang mama..” sahut Maheem dengan nada yang rendah seperti berbisik kepada Falishah.

“Kita ada dimana mama? Kenapa kita ke sini?” tanya Falisha.

“Mama…” Maheem berpaling melihat kepada penduduk tanah gersang yang ada di hadapannya. Kemudian  dia berpaling melihat kepada Falisha semula.

“Mama akan pertahankan kamu selepas ini anakku. Takkan ada lagi sesiapa pun yang akan memisahkan kita. Kita akan tinggal aman disini selamanya..” Maheem meraup pipi Falisha dengan tangannya yang mempunyai kuku yang panjang. Falisha yang masih bingung itu mengangguk, mengiakan saja.

“Wahai rakyatku sekalian. Inilah harimau putih yang datang untuk menyuburkan tanah gersang. Bergembiralah! Dengan kehadirannya. Beringatlah semua. Agar bersiap sedia mempertahankan dia dari dirampas oleh puak lain yang mementingkan diri itu. Kita pertahankan Falisha dari mereka demi Tanah gersang!” Maheem mengangkat tangan tinggi ke udara. Seraya itu sorakkan mula bergema diselang selikan dengan bunyi hujan dan juga guruh di langit sana.

“Marilah sayang kita masuk ke dalam. Rumah mama..” Maheem membawa Falisha masuk kedalam istananya. Istana usang itu kelihatan indah dan megah di mata Falisha.

“Mama? Kenapa mama tinggal disini? Kenapa mama tak tinggal dengan kami dengan papa..” tanya Falisha seperti anak kecil. Polos tanpa dia sedar Yaseera telah lama pergi mengadap Ilahi.

“Nak tahu kenapa mama tinggal disini?” Maheem dan Falisha masuk kedalam Istana dan membawa Falisha menuju ke kamar yang disediakan khas buat Falisha.

“Mama tinggal disini kerana ingin bersembunyi daripada mereka yang ingin ambil kesempatan ke atas mama. Mama takut! Mereka..” Maheem memulakan rancangannya. Mempengaruhi Falisha dengan memancing emosinya. Perkara yang sama yang pernah dia gunakan dulu kepada Yaseera sehingga dia berjaya merasa darah milik Yaseera yang berharga itu.

“Mama takut? Takut dengan siapa?” tanya Falisha. Dia turut mengikut Maheem sama-sama duduk diatas katil yang ada di dalam kamar tidur itu.

“Mama takut dengan puak Lantera. Mereka mempergunakan kita. Kita Harimau putih yang bisa merawat puak mereka..” Maheem menutup wajahnya dan menampakkan dirinya seperti sedang menagis dengan bahu yang terhincut-hincut menarik nafas yang terasa berat.

“Mama? Mana mungkin..”

“Tidak ada apa yang tidak mungkin sayang, mereka itu orang yang tamak! Untuk apa mereka melindungi kita? Cuma untuk kepentingan mereka sendiri. Untuk menakluki kuasa yang kita ada. Kenapa? sebab hanya kita yang ada bakat menyembuhkan. Sebab itu mereka perlukan kita.” Jelas Maheem berdiri tegak dan menyatakannya dengan penuh rasa marah. Ekoran matanya mengintai riaksi Falisha. Kelihatan Falisha sedang serba salah dengan apa yang baru di katannya tadi. kembang bibir Maheem melihat kepada anak muda itu menjadi begitu. Dia puas!

“Yang lebih buruk lagi. Mereka merancang nak kuatkan puak mereka dengan mengabungkan kembali keturunan kita. Sebab itulah mama keluar dari terus hidup terkongkong di bawang aturan mereka. Kemudian mengagalkan rancangan hebat mereka itu.” satu demi satu bisa racun terus di cucuk di dalam hati Falisha.

Apa semua ni? aku! sungguhkah aku dipergunakan? Sampai hati!.. Kenapa dia sanggup buat aku tersakiti sekali lagi. Aku curahkan rasa cinta aku yang paling dalam buat dia. Sedangkan dia. Mengunakan pernikahan ini hanya untuk kepentingan Lantera semata-mata. Air mata Falisha mula menitis di pipinya. Semakin lama semakin deras air mata itu mengalir keluar.  

“Mudahnya kau percayakan aku! tak sia-sia aku menyimpan titisan darah Yaseera selama ini. Ternyata itu sangat berguna. Aku dapat mengaburkan waris kau Yaseera. Tak ada apa lagi yang dapat menghalang aku lagi. Dia milik aku, malah dia datang kepada aku dengan rela hati. Hanya dengan sedikit ilmu yang aku kenakan kepada dia. Aku sudah berjaya menaklukinya..” hati Maheem bagaikan sedang bergelak suka melihat Falisha yang sedang menangis tersedu-sedu.

“Sudahlah sayang, jangan menangis lagi. Mama ada disini. Mama akan lindungi anak mama. Lindungi anak mama dari puak-puak yang kejam di luar sana. Mereka tak boleh apa-apakan anak mama lagi. Percayalah!”  satu janji ditabur hanya sekadar untuk memujuk Falisha.

“Sekarang mama nak anak mama tidur ya. Rehat, perjalanan kita agak jauh tadi. Pasti melelahkan anak mama ni kan.. tidurlah.” Maheem memujuk Falisha dan membaringkan tubuh Falisha perlahan-lahan ke atas katil.

Falisha membaringkan tubuhnya, melelapkan matanya sehingga dia sendiri tertidur bukan kerana keletihan. Tetapi kerana Maheem yang telah membuatkannya tertidur. Malah mimpinya juga sudah dikawal oleh Maheem. Apa saja yang keluar daripada mulutnya tadi akan terasa semuanya benar-benar belaka. Memang niat Maheem ingin menghancurkan hati dan cinta Falisha sekaligus membuatkannya membenci mereka semua.

“Aku membawa bekalan aku sendiri ke istanaku!” Maheem ketawa mengilai. Cukup puas dia melihat Falisha yang sedang terbaring itu.

“Sekarang masanya untuk aku menikmati kamu!” Maheem duduk di atas katil itu, tangannya membelai-belai sehaian tudung yang menutup aurat Falisha. Dengan satu rentapan tudung itu ini selamat mendarat di atas lantai kamar itu.

“Darah kau tentu lebih manis berbanding dengan darah mama kau bukan, gadis muda..” tangan nya menyelak rambut panjang Falisha ke tepi, mendedahkan leher Falisha yang putih itu kepada Maheem.

Pelahan-lahan Maheem turun mendekatkan dirinya kepada Falisha. Rahangnya dibuka luas sehingga menampakkan taringnya disebalik jati dirinya adalah seekor harimau kumbang. Melekat mulutnya di batang leher Falisha. mengelamkan taring miliknya ke dalam kulit Falisha. Tersentak tubuh Falisha yang sedang dibuai mimpi itu. 

“Arghhh!” 

Maheem segera melepaskan leher Falisha. Tangannya meraba-raba mukanya yang terasa panas berapi. Sama sakitnya semasa dia menceroboh ke Lantera dulu.

“Keee…na..pa!?” 

Jatuh terduduk Maheem di lantai kamar tidur itu. Darah yang mengalir masuk kedalam tubuhnya terasa bagaikan satu racun yang mahu membunuhnya. Seluruh tubuhnya mengeletar hebat. Satu persatu anggota tubuhnya tak dapat dirasakan lagi.

“Si*lllll!!” 

Maheem berusaha mengerakkan tangannya. Perlahan-lahan dia mengesot keluar dari situ bagaikan ular yang menjalar diatas tanah.

“Tolong aku!” 

Rayu Maheem di hadapan muka pintu di hadapan pintu bilik yang yang selalu dia masuk untuk memberikan sembahannya. Kali ini dia masuk dengan keadaan tidak berdaya.

“Kenapa dengan kau, Maheem?” tanya suara itu. 

Dinding bilik yang kelihatan tenang itu mula berombak-ombak. Keluarlah satu tangan dari situ. Mengambil Maheem dan mengangkat dekat dengan dinding itu.

“Apa lagi kali ini?” tanya Makhluk tak berupa itu.

“Aku..” terasa satu hembusan angin menyapa Maheem. Bagaikan hilang rasa sakitnya pergi di terbangkan oleh angin yang ditiupkan oleh makhluk itu.

“Sekali lagi kau berhutang dengan aku..” kata makhluk itu lalu meletakkan Maheem ke bawah semula.

“Aku akan langsai semua hutang kau itu, jangan kau risau tetang itu semua. Perangkap telah aku pasang. Tunggu saja mangsanya tiba. Kau dan aku sama-sama beruntung.” Jelas Maheem. Makhluk itu mula ketawa besar. Bergema suaranya di dalam istana batu itu

“Jasad siapa yang bakal aku miliki?” tanya Makhluk itu.

“Jasad seseorang yang agak kuat auranya. Aku sangat yakin kau pasti akan berpuas hati nanti.”  Maheem memberi jaminan.

“Aku amat menantikannya.” Gema suara itu hilang, dinding bilik itu turut kembali seperti asal semula.

Maheem berpaling dari situ dengan rasa amarah yang penuh di dadanya menuju ke kamar yang menempatkan Falisha.

“Tak guna!.. Macam mana dalam darah kau boleh ada api emas? Ini semua mesti kerja Yassera! Tak guna kau Yassera. Sudahlah kau menyumpah aku tidak mempunyai keturunan! Sekarang bila aku ingin membalas dendam. Kau telah mengatur langkah kau di dalam anak yang kau lahirkan bersama manusia yang tak mempunyai apa-apa tu.” Maheem melepaskan amukannya. Selimut yang menutup tubuh Falisha disingkap kasar. Jarinya menekan dahi Falisha.

“Aku seru! Keluarlah semangatnya sudah disihir olehku, menjelma lah!” keluar lah Deena diatas katil di samping Falisha yang masih dibuai mimpi. 

Maheem melihat dengan lebih dekat harimau putih yang ada di hadapannya. Timbul rasa iri hati melihat seekor harimau yang cantik berbelang putih dan hitam itu.

“Kau tahu! kalau aku bunuh kau! dia akan jadi manusia biasa, yang sudah tidak ada nilainya. Jauh kebawah dari aku ni. Penyihir hitam puak berang. Tapi aku perlukan kau dan dia.. Rakyat aku perlukan kamu berdua.” Maheem mencekam bulu putih milik Deena dengan kasar kemudian melepaskannya dengan kasar ke atas katil. Di celah leher Deen menampakkan ada tubuh kecil yang ikut sama terbaring dengannya.

“Quhb! Macam mana kau ada dengan mereka” Maheem menarik keluar Quhb dari Deena.

“Akhirnya! Balik juga kau ke sisi aku. Aku perlukan kau Quhb untuk menceriakan hari aku..” Maheem mengendong Quhb keluar dari bilik itu. 

Dia tidak menyangka selama ini Quhb ada bersama dengan Falisha. Kalaulah dia tahu. Awal-awal lagi di meminta Jiwari terus bertemu dengan Falisha. Sekarang apa yang dia mahukan semuanya sudah dapat. Tentang Jiwari di mana dia? Kenapa dia tak menghantar sebarang berita kepadanya. Itu semua tak penting lagi buat Maheem.

Wazien tiba dirumah Fadhlan. Apabila pusaran angin itu mula menghilang. Wazien melihat Fadhlan dan Zayyad sedang berbincang sesuatu dengan wajah yang tegang dan gelisah.

“Assalamualaikum papa” sapa Wazien lembut dan sopan kepada bapa mentuanya.

Dua lelaki yang sedang berbincang itu segera berpaling dan melihat kepada Wazien.

“Wazien!” serentak Zayyad dan Fadhlan memanggil nama pemilik tubuh yang ada di hadapannya itu.

“Assalamualaikum. Papa, Zayyad.” Sekali lagi Wazien memberi salam, andainya salam yang mula tadi tak didengari oleh Fadhlan dan Zayyad.

“Waalaikum salam Wazien..” Jawap Fadhlan.

“Waalaikum salam.” Sahut Zayyad.

“Wazien, kita ada masalah!” sambung Zayyad melihat kepad Wazien yang sedang menghampiri mereka berdua.

“Masalah? Masalah apa tu?” tanya Wazien.

“Ini..” Zayyad mula gelisah. Dia berpaling melihat kepada Fadhlan.

“Kenapa ni? masalah apa ?” tanya Wazien mula risau melihat dua wajah yang resah dihadapannya.

“Isha. Isha hilang” kata Fadhlan.

Sunyi seketika saat itu. Dada Wazien mula berombak. Namun dia berusaha mengawal rasa yang sedang membuak-buak itu.

“Papa, apa maksud papa dengan hilang?” tanya Wazien. Fadhlan berpaling melihat kepada Zayyad, kerana dia juga tak tahu bagaimana nak jelaskan kepada Wazien. Baginya semua yang berlaku itu susah untuk diterimanya.

“Macam ni Wazien. Kami ke mall. Masa benda tu jadi. Falisha berlari-lari tak tentu arah macam mengejar sesuatu. Aku tak sempat nak kejar dia..”  mendengar akan itu, Wazien memegang dadanya.

“Wazien” panggil Fadhlan.

“Lepas tu?” tanya Wazien meminta Zayyad meneruskan lagi ceritanya.

“Isha berlari sampai satu sudut tu, aku tak dapat masuk ke dalam sana.. Macam..macam..”  terteleng teleng kepala Zayyad mencari ayat untuk menyambung ceritanya.

“Macam ada dinding yang yang aku tak nampak. Aku tak boleh masuk Wazien..” Zayyad meneruskan ceritanya.

“Lepas tu. Aku nampak Isha.. dia... dia masuk kedalam benda hitam tu.. sampai Isha hilang.. hilang macam tu saja..” jelas Zayyad.

“Ini mesti kerja Maheem..” Wazien yang sedang menunduk itu mula mengangkat kepalanya melihat kepada Zayyad dan Fadhlan.

“Apa kita nak buat sekarang ni?” tanya Fadhlan risau apabila nama itu disebut oleh Wazien.

“Wazien akan balik ke Lantera dahulu. Papa. Untuk bincang dengan Abah dahulu. Kalau ikutkan hati nak Wazien kesana terus. Tapi, Wazien taknak terus tersalah langkah sekali lagi.” Ucap Wazien berhati-hati kali ini.

“Baiklah Wazien. Papa akan tunggu berita daripada Wazien disini.” Fadhlan menepuk bahu menantunya itu.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikum salam..”

Sekali lagi Wazien hilang di hadapan mereka berdua. Fadhlan melihat kepada Zayyad yang sudah pucat wajahnya.

“Perkara dah nak jadi Zayyad, kita doakan Isha selamat” hanya anggukkan yang diterima oleh Zayyad menjawap kepada Fadhlan. Dia masih risau. Sama risaunya dia dan Fadhlan kini. Paling di sesali sekarang ini. Adalah itu semua berpunca dari kecuainya sendiri.

Yaseera mengunci falisha sebelum ni. Dan cara buka semangat isha.. Adalah kuasa wazien.. Dan perkara tu juga.. Buat maheem tak boleh merasa lagi darah dari falisha.. Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh.. Esok pulak kita sambung esok ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience