5. DILAMAR

Fantasy Completed 227394

Semakin hari hubungan di antara Falisha dan Aryan semakin rapat. Dari sekadar kawan biasa bertukar menjadi kawan rapat. Mereka kerap berjumpa diluar dan banyak menghabiskan masa berdua bersama. Sehingga Fadhlan turut menyedari akan perkara itu. 

“Papa, nak keluar kejap..” Kata Falisha menegur Fadhlan yang sedang menonton televisyen sendirian di ruang tamu.

“Keluar? Keluar dengan siapa?” Tanya Fadhlan.

“Dengan kawan lah papa.. Sekejap saja. Isha janji Isha balik sebelum pukul sepuluh malam..” balas Falisha ceria.

“Papa tengok sekarang ni Isha rapat dengan seorang lelaki, siapa dia?” Tanya Fadhlan.

“Hmm.. Lelaki?” Falisha tersenyum melebar kepada papanya.

“Kawan la papa..” jawap Falisha.

“Isha..” Baru saja Fardhan ingin membuka madah bicara. Kedengaran loceng rumahnya berbunyi.

“Hah! Pa.. Itu kawan Isha dah sampai. Isha pergi dulu pa.” Falisha mencium kedua-dua belah pipi Fadhlan, kemudian terus bergegas pergi ke pintu utama. Membuatkan Fadhlan diam seribu bahasa. Hanya keluhan yang keluar darinya. Telefon bimbit yang ada di atas meja kopi di capainya.

“Rehan, kamu ada di mana?” Tanya Fadhlan sebaik panggilan disambungkan di sebelah sana.

“Baguslah, cik muda kamu baru keluar. Saya nak kamu ikut kemana dia pergi. Tak perlu ikut campur urusan cik muda.. Cukup perhatikan dan laporkan kepada saya saja..” Fadhlan memberi arahannya dengan tegas. Sehinggakan Rehan yang ada di sebelah sana tak berani nak mencelah, dia akur menerima arahan daripada Fadhlan.

Di luar rumah, Aryan sudah menunggu di hadapan pagar. Menyandarkan belakang badannya ke kereta, melihat ke arah pagar yang tinggi berwarna hitam dihadapannya. Ini pertama kali dia menjemput Falisha dirumah wanita itu sendiri, kerana sebelum ini mereka selalu berjanji untuk berjumpa di luar saja. Aryan menghampiri pagar dan mengintai-ngintai untuk melihat ke dalam.

‘Kalau pagar dah gah macam ni. Rumah mestilah lagi gah kan. Dia betul-betul tinggal di sini ke?’ dalam sedang sibuk dia mengintai ke dalam pintu kecil disamping pagar utama dibuka dari dalam.

“Isha” panggil Aryan bila melihat Falisha sedang melangkah melepasi pintu kecil itu. Sempat Aryan melihat kedalam. Memang ternyata bangunan di sebalik pagar itu lebih gah lagi di dalam sana. Malah terdapat taman yang berlandskap kemas dan rapi menuju ke rumah tersebut.

“Aryan, sorry lambat keluar..” Kata Falisha. Menutup kembali pintu pagar kecil yang baru di keluar tadi.

“Eh, tak apa.. Ni rumah Isha? Cantik..” puji Aryan.

“Ah. Ya.. Bukan rumah Isha. Rumah orang tua Isha.” Kata Falisha, merendah diri.

“Sama lah tu.. Nak Aryan masuk jumpa dengan keluarga Isha dulu ke? Sebelum kita pergi?” Tanya Aryan. Dia tertanya-tanya siapakah orang tua Falisha. Kerana gadis itu banyak berahsia dengannya.

“Hah! Tak perlu lah rasanya. Lain kali saja lah. Marilah, nanti lewat pula kita. Isha kena balik sebelum pukul sepuluh..” Falisha terus melangkah ke kereta Aryan. 

‘Sepuluh?’ Aryan melihat jam tangannya. 

‘Sekarang dah pukul lapan setengah. Argh.. !’ Aryan ikut melangkah di belakang Falisha.

Pintu kereta dibuka buat Falisha, masing-masing menayangkan wajah manis tersenyum.

“Kita nak kemana?” Tanya Falisha sebelum masuk ke dalam kereta.

“Itu rahsia” Balas Aryan menarik senyumannya melebar. 

“Okay” Falisha masuk kedalam kereta dan duduk di dalam kereta. Aryan menutup pintu kereta dan berlari-lari anak ke pintu pemandu. 

Fadhlan berdiri di balkoni melihat kemesraan pasangan itu dari atas sana. Di dalam hati timbul rasa risau mengenai Falisha yang semakin terikut-ikut dengan kehidupan sahabat-sahabatnya bersosial. Takut anak kesayangannya turut terjebak sama dalam kehidupan tak bermoral aktiviti anak-anak muda sekarang.

Kereta sport yang berwarna merah cili itu membelah jalan menuju ke pusat kota. Aryan memandu sambil-sambil berbual dengan Falisha. Adakala Aryan menyanyi-nyayi kecil mengikut rentak lagu yang diputarkan oleh dj radio.

“Isha, nyanyi lah sekali..” Ajak Aryan. Dia yang sedang memandu berpaling melihat kepada Falisha yang duduk diam di tempat duduknya.

“Tak nak lah.. Aryan nyayi seorang je, Isha jadi pendengar..” balas Falisha.

“Alah tak best lah kalau macam tu.. Kalau Isha tak suka lagu inggeris, kita tukar lagu melayu...” Tangan Aryan meraba-raba panel yang ada di hadapannya.

“Tak apa Aryan.. Aryan memandu saja.” Falisha memegang lengan Aryan yang berlapik jaket kulitnya lalu diletakkan tangan Aryan ke stering kereta. Aryan tak memegang stering kereta sebaliknya dia menangkap pegelangan tangan Falisha. tangan Falisha ditarik dan diletakkan di pipinya. Baru sesaat tangan Falisha menyentuh wajah Aryan. Falisha menarik kembali tangannya.

‘Dah berapa kali dah aku asyik terpegang tangan dia, kenapa dengan aku ni.’

“Sorry-sorry.. Aryan tak sengaja...” Tangan Aryan yang kosong tadi dibawa naik meraup rambutnya yang terjuntai di dahi.

 “Kita nak kemana?” Tanya Falisha membuang pandangan keluar tingkap. Sekaligus menghilangkan rasa canggung tentang apa yang terjadi tadi.

“Kita..”Aryan tak menyambung ayatnya. Dia memakirkan keretanya.

“Kita buat apa disini Aryan?” Tanya Falisha lagi bila dia melihat di luar banyak anak muda sedang beratur untuk masuk ke dalam bagunan yang dihiasi dengan lampu-lampu neon yang mempunyai pelbagai variasi warnanya.

“Kita datang nak dengar konsert.. Marilah.” Aryan membuka tali pinggang keselamatan yang mengikat tubuhnya. Kemudian Aryan keluar dari kereta.

‘Tengok konsert?.. Dekat Club? Dia ingat aku ni budak kecik?’ Falisha masih berbagi-bagi hendak membuka tali pinggang keselamatannya. Diluar kereta dia melihat Aryan sedang menyapa beberapa orang pemuda sebayanya. Kemudian mereka saling mengangkat tangan untuk mengundur diri. Pemuda-pemuda itu berjalan masuk kedalam kerumunan anak muda yang lain.

“Kenapa?” Tanya Aryan sebalik membuka pintu kereta. Hairan dia melihat Falisha masih mengenakan tali pinggang keselamatan.

“Isha nak balik lah.. Isha tak pernah ke tempat ni sebelum ni.” Terang Falisha menjelaskan rasa tak selesanya.

“Tak pernah itu yang tak tahu. Marilah, Isha mesti suka nanti. Aimi pun ada dekat dalam tu. Tunggu Isha.” Pujuk Aryan.

Dengan berat hati Falisha melepaskan tali pinggang keselamatan. Melebar senyuman Aryan ketika itu. Berjaya juga dia memujuk Falisha untuk menyertai mereka pada malam itu.

Aryan membawa Falisha ke pintu masuk kelab itu. Sebuah kad di tayangkan kepada penjaga pintu, membuatkan mereka berdua tak perlu beratur untuk masuk kedalam kelab tersebut. Malah kedatangan mereka disambut mesra oleh beberapa orang lelaki berbadan tegap yang berdiri di sepanjang laluan masuk ke dalam kelab itu.

“Hey, jangan takut. Mula-mula memang tak biasa. Lama-lama nanti akan terbiasa.”Aryan menunduk membisikkan kata itu dekat dengan telinga Falisha. kerana di dalam itu semakin lama kedengaran semakin bingit suasananya.

“Isha!” Aimi meluru datang dan memeluk Faliha.

“Aimi..” balas Falisha. Aryan dan Rafiqi saling berjabat tangan. 

Aimi menarik Falisha di dalam kerumunan orang ramai. Pada mulanya Falisha kekok untuk berhimpit-himpit dengan orang ramai yang yang berdiri menghadap ke pentas. Menyanyi bersama-sama penyanyi yang ada dia atas pentas. Aimi memujuknya, yang dia tak akan apa-apa bila ada bersama dengannya. Falisha mula beriak tenang dan mengikut rentak mereka yang lain. Sehingga dia selesa dengan keadaan sekeliling. Kini dia sama-sama menikmati alunan lagu yang bingit itu bersama yang lain.

Malam itu Falisha melanggar janjinya. Satu persatu langkah diatur dengan hati-hati agar tak mengeluarkan sebarang bunyi. Ruang yang suram yang tidak mendapat cahaya penuh itu tidak membataskan pegerakkannya. Wajah diangkat mendongak melihat anak tangga menuju keatas. Sempat Falisha berpaling melihat ke kiri dan kanan, lagaknya bukan lagi seperti pencuri tapi pasukan khas untuk menunaikan satu misi. Kini misinya adalah untuk berjaya masuk ke dalam biliknya tanpa ditangkap oleh papanya sendiri. Kaki mula memanjat anak tangga. Satu persatu sehingga sampai yang paling atas.

‘Yeess! Berjaya juga!’ suara hati Falisha bersorak riang. Bila kakinya kini berjaya memijak lantai paling atas rumahnya. Dengan senang hati dia berjalan lenggang lengok ke arah pintu biliknya. Tombol pintu biliknya dicapai.

“Lewat balik?” suara Fadhlan menegur anaknya. Membuatkan Falisha memejam matanya rapat. Terjatuh tangan yang memegang tombol pintu tadi.

“Papa! Tak tidur lagi?” Falisha berpaling dan mencari kelibat Fadhlan di dalam cahaya kelam. Sehingga di melihat ada bayang kepala Fadhlan yang sedang duduk di sofa di ruang rehat lantai atas.

“Macam mana papa nak tidur kalau anak gadis papa masih ada diluar sana. Sampaikan dah masuk hari lain, masih lagi bersenang-lenang macam orang tak ada rumah. Tak ada keluarga..” perli Fadhlan.

“Pa. Sebenarnya Isha tak kemana pun pa. Isha pergi..” Falisha mengaru kepalanya mencari alasan, apa yang sesuai buat membela dirinya.

“Isha dah pandai melawan papa. Isha jangan lupa dengan siapa Isha bercakap sekarang ni. Papa tak suka Isha ikut perangai kawan-kawan Isha. Ikut lelaki yang macam tu Isha. Tak ada yang menguntungkan berkawan dengan dia. Isha hanya merosakan diri Isha sendiri.!” Tegas Fadhlan menyatakan perkara itu kepada Falisha.

“Papa, Isha dah besar pa.. Isha tahu mana baik buruk.. Isha tahu jaga diri Isha.” Balas Farisha. Tak kurang tinggi juga suaranya.

“FALISHA IRDINA!” Fadhlan bangun berdiri memanggil nama penuh anaknya itu.

Falisha tak mengendahkan amarah Fadhlan. Dia berpaling masuk kedalam biliknya. Pintu bilik dihempas sekuat hatinya. Perlahan-lahan tubuhnya jatuh melorot ke bawah dengan lemah.

‘Maaf papa.. Isha tak sengaja. Isha terlampau ikutkan perasaan marah Isha tadi.’ Air mata jatuh ke pipinya. Dia tak sedar kenapa harus dia marahkan papanya. Sedangkan itu memang salahnya. Salahnya melanggar janji.

 Hari berganti hari, Falisha semakin lama semakin terikut dengan perangai Aryan dan sering keluar malam dan balik di awal pagi, teguran dari Fadhlan semakin tak diendahkannya.

“Abang Ghadi..” panggil Fadhlan.

“Ya, tuan..” jawab Ghadi bila Fadhlan memanggil namanya.

“Saya dah tak tahu nak tegur Isha macam mana lagi, dia dah tak macam dulu. Abang rasa patut ke saya hantar dia ke Pulau Lantera..?” tanya Fadhlan kepada Ghadi.

“Errmm…”

“Tuan, janganlah kerana marah tuan nak hantarkan cik muda kesana..” Sampuk Juani yang sedang menatang dulang berisi air minuman buat suaminya dan juga Fadhlan.

“Ani..” Ghadi menegur isterinya. Kemudian dia mengelengkan kepalanya. Tak mahu Isterinya masuk campur dalam urusan Fadhlan.

“Kenapa Kak Ani kata macam tu? Kenapa kata ikutkan rasa marah saya? Sedangkan kak Ani tengok sendiri macam mana Isha sekarang. Dia dah banyak berubah. Bukan Isha saya yang dulu lagi. Semakin kita tegur semakin menjadi-jadi pulak dia..” Kata Fadhlan dengan rasa kecewa.

Juani tak membalas kembali. Dulang yang ada ditangannya diletakkan diatas meja kopi dihadapan Fadhlan dan Ghadi.

“Tuan, apa pun yang tuan nak buat. Kami tak ada hak langsung nak halang. Sebab satu hari kami pasti cik muda memang akan pulang ke Pulau Lantera semula. Mungkin ada baiknya Tuan hantar dia sekarang. Tapi.. Bersediakah tuan nak berpisah dengan cik muda. Lagi satu.. Mahukah cik muda pergi ke Pulau Lantera?” Tanya Ghadi. Dia menatap wajah Fadhlan yang berwajah keruh dihadapannya.  Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Fadhlan kepada Ghadi. Kini, Ghadi berpaling pula melihat kepada isterinya. Juani mengeleng lemah dengan wajah yang sedih kepadanya.

Ditempat yang lain. 

“Nak bawa Isha kemana ni Aryan?” Falisha menapak dengan hati-hati bila matanya ditutup dengan sehelai kain.

“Jalan je. Jangan risau. Aryan ada dengan Isha.. Ikut saja tangan Aryan ni.” Kata Aryan memegang erat tangan Falisha.

“Iya..” balas Falisha. Dia mengeratkan lagi pegangan tangannya memegang tangan Aryan.

“Sikit saja lagi kita dah nak sampai.. Isha naik. Ada anak tangga..” arah Aryan. Falisha akur lalu memanjat naik anak tangga kemudian dia melangkah lagi. Bekerut dahinya bila merasakan kakinya memijak lantai kayu.

“Aryan?”

“Ya.. Jalan je sayang. Kita dah sampai ni.” Balas Aryan kini berhenti melangkah. Tangan yang memegang tangan Falisha juga kini dilepaskan.

“Sampai? Sampai mana?” Tanya Falisha, dia meraba matanya sendiri untuk membuka ikatan kain yang terlilit dikepalanya. Perlahan-lahan kain hitam itu dibawa turun ke bawah. Mata Falisha dapat melihat ada cahaya lilin yang tersusun panjang seperti landasan menuju ke satu ruang di tengah sana.

Falisha melihat sekeliling. Gelap gelita sekelilingnya. Kini baru dia sedar yang dia sedang berdiri di atas jambatan kayu yang panjang.

“Aryan..” kaki dibawa melangkah mengikut laluan lilin yang disusun panjang itu. sampai di hujung sana. Ada sebuah meja yang dihias cantik dengan sepasang lilin panjang dan pasu yang terisi dengan jambangan bunga mawar merah ditengahnya.

“Our first candle light dinner.. Just two of us.” Aryan datang menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepada Falisha.

“Hanya kita berdua?” Tanya Falisha. Tangannya mengambil bunga mawar yang dihulurkan oleh Aryan.

“Ya. Tak ada Aimi, tak Ada Rafiqi..” tambah Aryan lagi. Dia mengambil sebelah tangan Falisha dan mencium belakang tangan Falisha. Membawa Falisha ke meja yang ada di atas jambatan kayu itu. Kerusi ditarik ke belakang untuk Falisha duduk. Kemudian Aryan duduk di tempat duduknya. Sewaktu Aryan duduk ditempatnya. Datang seorang pelayan membuka hidangan mereka.

“Terkejut Isha. Ingat hanya ada kita berdua disini” Falisha memegang dadanya. Melihat kearah pelayan lelaki yang sedang tersenyum kepadanya.

“Silakan..” kata pelayan lelaki itu menunduk selepas membuka kedua-dua hidangan mereka. Falisha melihat pelayan itu berjalan ke satu arah. Di sudut itu masih ada dua orang pelayan yang lain sedang menunggu di sana.

“Kenapa? Kalau kita berdua saja disini? Tak percaya dengan Aryan ke?” Tanya Aryan memandang kepada Falisha sebaik saja mata mereka bertaut.

“Tak lah. Bukan tak percaya. Takut ada yang ketiga. Yang tu dah tak boleh percaya” balas Falisha dengan ketawa kecil.

“Yang ketiga..” Aryan turut ketawa bersama sambil mengelengkan kepalanya.

‘Tak pasti perlukah yang ketiga di antara kita. Takutnya diri kira sendiri yang tak dapat mengawal semua tu..’

Aryan dan Falisha makan bersama sambil berselang-seli ketawa mesra di antara mereka berdua. Datang seorang lelaki menghampiri mereka dan mengesek biola yang kedengaran lembut dan mendayu-dayu memenuhi kelam malam yang sunyi itu.

“Nak menari?” Tanya Aryan.

“Hah! Isha tak pandai.” Balas Falisha. 

“Tak apa ikut saja rentak Aryan.” Aryan bangun menghampiri Falisha yang masih duduk di kerusinya. Tangan dihulurkan kepada Falisha.

“Aryan.. Isha..” malu-malu Falisha hendak menerima pelawaan dari Aryan. Melihat kepada anggukan kepada Aryan dan senyuman manis di wajah Aryan membuatkan Falisha setuju untuk menari. Tangannya dibawa angkat naik diletakkan ke atas tapak tangan Aryan.

“Aarggh!” terjerit kecil Falisha bila Arya menarik tangannya, sehingga tubuhnya tertarik dan bangun memeluk Aryan. Berpusing-pusing tubuhnya melayang bila Aryan mengangkatnya dan mereka sama-sama berpusing beberapa kali. Jeritan tadi kini bertukar menjadi gelakan kecil dan manja dari Falisha.

“Isha” Aryan berhenti menari. Kedua-dua tangan Farisha dipegangnya. Perlahan-lahan dia menunduk dan kemudiannya Aryan melipat sebelah kakinya, turun melutut. Tangan yang memegang tangan Falisha tadi di lepaskan dengan perlahan-lahan. Satu kotak baldu dikeluarkan dari kocek seluarnya. Kotak itu dibuka dan isi di dalam kotak itu bersinar bila terkena cahaya bulan.

“Falisha Irdina.. Sudikah kalau saya ingin melanjutkan hubungan kita ni menjadi lebih serius lagi. Lebih dari sekadar hubungan sahabat. Lebih daripada sekadar sahabat baik. Kita.. Jadi lebih dari sebagai pasangan kekasih.. Dengan bersaksikan bintang yang berkelip di langit sudikah kau, Falisha Irdina menjadi pasangan hidupku..” kata Aryan mendongak memandang tepat kepada Falisha.

“Aryan. Tak ke, semua ni terlalu cepat?” Tanya Falisha. 

“Isha please..” sayu kedengaran suara Aryan ketika itu. Dia mengangkat tangannya kearah lelaki yang sedang mengesek biola agar segera berhenti.

“Isha bukannya tak sukakan Aryan.. Cuma.” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Isha.. Saya cintakan Isha dengan sepenuh hati saya Isha. Dah berkali-kali Aryan pikir, harini. Aryan nekad nak lamar Isha. Adakah Isha terima?” Tanya Aryan.

Farisha berpaling membelakangkan Aryan yang masih di posisi melutut.

“Isha..” Farisha berpaling semula melihat kepada Aryan.

“Isha terima..” sambung Farisha dengan tangan yang menutup wajahnya.

Aryan terus bangun dan memeluk Falisha dengan erat. Kepala Falisha diciumnya, sampaikan dia terlupa ada orang lain disamping mereka. Bila biola digesek semula. Pasangan itu bagaikan tersedar semula. Terus mereka meleraikan pelukan mereka dengan wajah yang merona merah. 

“Terima sayang.. Terima kasih kerana sudi terima lamaran ni.” Tangan Falisha digengam oleh Ayan. Cincin yang ada didalam kotak baldu tadi dikeluarkan dan di sarungkan ke jari manis Falisha.

“Sayang?” Tanya Falisha. Ini bukan pertama kalinya Aryan memanggilnya dengan panggilan sayang. Tapi selepas Aryan menyatakan isi hatinya. Panggilan itu terasa lebih istimewa baginya.

“Yea. Sayang.. Nyaris-nyaris kena reject tadi, sayang kejutkan Aryan..” pipi putih Farisha dielus lembut oleh Aryan.

“Sebenarnya.. Isha terkejut tadi. Tak sangka yang Aryan nak lamar Isha..” balas Falisha.

Tanpa sedar Falisha membuat keputusan menerima Aryan, tanpa dia tahu yang dirinya sudah ditunangkan dengan seseorang.

Fadhlan yang berada di dalam biliknya tersentak. Bila mendengar satu bunyi yang datang dari laci almari pakaiannya. Mulanya dia hanya membiarkan saja. Tapi semakin lama, bunyi itu semakin kuat. Tak senang dia yang sedang membaca di dalam bilik itu. Keluhan di lepaskan, dengan langkah yang berat dia bangun juga menghampiri almari pakaiannya. Satu persatu dia menyelak pakaian yang ada. Sehingga dia terjumpa satu kotak kayu yang ada dicelah-celah pakaian lama isterinya.

‘Kotak apa ni?’ kotak kayu itu kini sudah berada ditangannya. Dibelek kotak kayu tersebut sampil berjalan ke sofa yang ada di dalam biliknya. Tangan membuka selak besi yang mengunci kotak tersebut. Sebaik melihat isi kotak itu Fadhlan mengeluh. Gelang emas lama yang terukir indah itu begerak-gerak didalam kotak kayu tersebut.

‘Gelang ni.. Gelang tunang yang dulunya milik Yaseera. Sekarang gelang ni dah jadi milik Falisha. Kenapa malam ni dia begerak? Selepas dua puluh tiga tahun. Kenapa malam ni dia bertindak balas’

Falisha sudah dilamar aryan.. Macam mana? Adakah betul Falisha betul tindakan Falisha menerima lamaran Aryan? Tanpa dia tahu dia sudah ditunangkan sejak dia belum lahir lagi.. Terima kasih kepada anja semua yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq semua. Muaahhh muahh muaahhh.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience