18. PENJELASAN

Fantasy Completed 227394

Ayran berdiri di bahu jalan melihat kelopak-kelopak bunga yang berterbangan di atas jalan. Bukan niat hatinya nak mendustakan rasa kasihnya kepada Falisha. Sungguh apa yang terjadi berada diluar kawalanya. Beberapa kali hatinya terdetik sebelum sempat dia mengakhiri zaman bujangnya.

“Aryan?” Saeed keluar dari kereta menyapa Aryan yang berdiri kaku di samping keretanya. Dia tak putus-putus mendapat panggilan telefon dari Rafiqi sejak tadi. Bersusah payah dia membawa Aryan ke Masjid. Tapi semuanya telah terlambat.

“Perlukah lagi ke masjid nak terangkan semuanya? Kau nampak sendiri kan Isha dah marah dengan aku. Buat apa nak bawa aku kesana lagi? Dia langsung tak bagi peluang dekat aku..” Aryan menunduk sambil memegang badan kereta.

“Kau ni! Memang dia marah lah. Kalau aku? Aku pun marah Aryan! Kau nak nikah dengan orang lain. Tapi semalam kau buat hal dengan Natrah tu kenapa? Aku dengan Rafiqi dah pesan kan dekat kau, banyak kali sebelum ni.. Natrah datang, cakap nak berdamai dengan kau. Kau percaya dia bulat-bulat. Nasib tak kena tangkap basah semalam Aryan. Kalau tak.. Apa kata Tan Sri, Puan Sri.. Isha lagi lah..” Saeed mengurut dahinya dengan kedua-dua belah tangannya.

“Dah lah. Tak payah cerita hal yang dah jadi. Mana aku tahu nak jadi macam ni. aku sebenarnya berbelah bagi. Dengan Raf yang bagitahu aku itu ini. Papa aku lagi. Macam susah sangat nak kahwin ni. Lepas tu pula..” Aryan menedang tayar kereta. Kemudian dia menunduk memegang kakinya yang sakit selepas menendang tayar kereta yang langsung tak memberi riaksi apa-apa padanya.

“Dah-dah! Sekarang ni kau nak kemana? Masjid? Sah-sah Isha dah blah kan.. takkan nak pergi pujuk bapa Isha pula kot?” Tanya Saeed.

“Kau nak papa dia sembelih aku! Nanti jadi drama pula di masjid tu. Kita balik lah, tapi aku tak mahu balik ke rumah..aku”

“Dah tu kau nak balik ke mana? Hotel?.. Kau tak takut nanti ada yang menjadi teman sebilik kau secara tiba-tiba..” sindir Saeed.

“Kau pun tak percayakan aku? Macam Raf juga. Aku tak buat lah. Dia yang perangkap aku. Aku sedar-sedar..”

“Dah. Aku tak nak dengar, sejahil-jahil aku.. Aku tak nak rosakkan pula pendengaran aku ni. Apa yang dah kau buat dengan Nat malam semalam. Hal kau dengan dia okay! Aku tak nak masuk campur. Sekarang ni kau masuk dalam kereta. Kita pergi, sebelum bertembung dengan kereta orang dari majlis akad nikah kau yang tad jadi ni.. Tak pasal-pasal aku sekali yang kena ni.” Saeed membuka pintu kereta buat Aryan. Mendesak Aryan untuk segera masuk kedalam keretanya. 

Kalau boleh Saeed tak nak ada disitu. Pada masa dan waktu itu. Sudahlah dia yang pergi mencari Aryan, menyerbu ke tempat Aryan bermalam dengan Natrah di sebuah hotel. Tak pasal-pasal nanti dia dituduh bersubahat bersama pasangan itu pula nantinya. Kemudian dia jugalah yang membawa Aryan untuk bersiap untuk kesini.  

“Aku..”

“Kau kenapa? Dah la. Aku bawa kau balik rumah aku. Rumah sewa aku okay. Berperap lah kau nanti disana nanti. Tak ada siapa yang nak cari kau disana. Melainkan kau yang bagitahu orang tu.. Memang kau sendiri yang cari nahas.” Saeed menutup pintu kereta sebaik saja Aryan masuk kedalam kereta.

Saeed duduk di tempat memandu. Melihat wajah sahabatnya yang kelat tak berseri walaupun pada tubuh sahabatnya itu tersarung pakaian akad nikahnya.

‘Tak payah kau nak tertekan sangat Aryan. Kau punca semua ni. Kalau kau tak melayan taklah jadi macam ni. Natrah tu pun satu. Mesti dia buat something masa Aryan mabuk semalam. Bala-bala. Semua ni Bala!’

Kereta dipandu sampai ke hujung satu bulatan kecil untuk berpatah balik, sampai dekat dengan simpang untuk menuju ke masjid. Keluar beberapa biji kereta pada masa yang sama. Melihat akan itu Aryan cepat-cepat menjatuhkan tempat duduknya.

“Kau dah kenapa? Kereta aku ni, orang luar tak nampak.” Saeed mengelengkan kepalanya. 

“Biar mereka pergi dulu, Saeed.” 

‘Tau takut juga kau ya Aryan, haish! Aku ingat kau tak kenal perkataan takut tu.’ Namun permintaan Aryan itu ditolak oleh Saaed. Saeed meneruskan juga permanduannya.

Aryan berpaling melihat keluar tingkap. Kereta ibu bapanya dipandang sayu.

‘Selama mana aku nak lari dari semua ni? Dari mama, papa..dari semua. Kerana terleka sedikit, aku jatuh ke dalam perangkap dia. Tapi! Aku yakin aku tak buat apa-apa malam semalam. Aku langsung tak sedar! Natrah kau memang nak perangkap aku. Kau ingat dengan buat semua ni. Aku akan pilih kau!’

Falisha masuk ke dalam rumah terus naik ke biliknya. Katil yang dihias indah langsung tak diperdulikannya. Habis semuanyanya Falisha bogelkan sehingga tinggal tilamnya yang sudah hilang alasnya.

“Isha sabar Isha. Aku tahu kau sedih. Kami ada. Kami akan teman kau Isha..” Pujuk Aimi.

“Ya Isha. Jangan macam ni. Jangan terlalu ikutkan emosi okay. Tak salah kau nak menangis Isha. Menangislah sepuas-puasnya.. Aku pinjamkan bahu aku untuk kau lepaskan semuanya.” Kata Tahira pula. Takut juga dia melihat emosi Falisha. Air matanya mengalir di pipi tetapi sepatah kata pun tak keluar dari bibir Falisha sejak dari mereka berada di dalam kereta tadi selepas terjumpa dengan Aryan tadi.

“Isha?”

“Aku nak bersendirian. Please tolong keluar” perlahan saja nada Falisha  memberi arahan kepada dua sahabatnya itu dengan membelakangkan mereka berdua.

“Kami nak temankan Isha…”

“Tak perlu. Isha nak duduk sendiri disini.. Terima kasih Aimi, Tahira..”

“Okay.. kalau macam tu kami balik dulu ya. Kalau apa-apa call okay?” Aimi menyentuh lengan Falisha.

“Ya Isha. Kami ada, okay..” Tahira memegang lengan Falisha yang sebelah lagi. 

Falisha tak membalas, hanya anggukkan yang mewakili dirinya. Tahira memegang tangan Aimi dan menarik tangan Aimi untuk ikut keluar bersama dengannya. Pintu bilik Falisha ditutup rapat.

“Aku menyesal Tahira. Menyesal sangat! Kenalkan Aryan dengan Isha. Aku kenal dia. Perangai dia. Dari dulu tak pernah serius. Tengok apa dia dah buat” terus Aimi memeluk Tahira sebaik pintu bilik Falisha ditutup.

“Sabarlah, nak buat macam mana. Aku cuma takut satu..”

“Apa? Natrah?” Tanya Aimi. Tahira menganggukkan kepalanya.

“macam mana kau tahu?” Tanya Aimi. Kerana terkejut. Terus terlerai pelukannya dengan Tahira.

“Dia selalu bercerita tentang dia dengan Aryan. Mulanya, aku ingat benda ni tak serius. Tapi.. betul ke semua ni sebab Natrah?” Aimi mengelengkan kepalanya.

“Entah aku pun tak tahu.” Tahira mengeluh.

“Habis nak tanya siapa? Rafiqi mesti tahu.. Saeed?” teka Tahira.

“Raf.. Tak mungkin sebab dia..”

“Tak! Mesti dia tahu jugak apa yang jadi. Mereka bertiga tu sahabat baik. Mesti Rafiqi tahu..” Kata Tahira dengan bersungguh.

“Hmm kalau macam tu marilah kita pergi. Sekali cari Aryan. Aku nak dengar juga  sebab apa, dia buat semua ni. Tapi anak kau macam mana? Nazif” tanya Aimi.

“Jangan risau. Mereka berdua tu.. Nadhirah ada dengan papa dia. Aku  jumpa di  rumah je. Nanti aku bagitahu Nazif.”

Aimi meminta Rehan menghantarnya pulang ke rumah keluarganya. Tahira sudah memaklumkan kepada suaminya tentang keberadaannya. Rafiqi yang sedang duduk minum petang bersama dengan mentuanya, bangun saat melihat sebuah kereta masuk kedalam perkarangan rumah.

“Siapa tu Raf?” Tanya Afeefa.

“Hmm itu.. Aimi tu mummy dengan Tahira.” Balas Rafiqi berjalan ke arah isterinya.

“Sayang..”

“Bie.. Bie tahu tak mana Aryan sekarang ni?” Tanya Aimi. Terasakan hari ini bagaikan hari marathon sedunia plus dengan mengenakan pakain yang tak sepadan.

“Kenapa? Bie tak tahu lah..” Rafiqi mengelengkan kepalanya.

“betul ni! Bie jangan nak selindung-selindung.. Kalau tak!”

“Kalau tak apa pula ni Aimi? Jangan mengugut Raf, kan dia cakap tak tahu tu” Afeefa menyampuk.

“Aimi!” Daris pula menegur.

“Mummy, daddy.. Aimi.. bieee”

“Sungguh bie tak tahu, kan bie cakap bie tak ikut masa Aryan ajak ke bachelor party dia..” Rafiqi termati kata. Tangannya naik ke atas kepala mengusutkan anak rambutnya.

‘Habis! Terlepas cakap!’

“Apa? Apa tadi. Tak dengar lah bie? Perkataan yang last tu. Apa tadi? Tak join apa? Bachelor party!! Aryan ada buat bachelor party! Dimana? Bila?” Tanya Aimi seperti polis pencen.

“Sayang.. bie ni dah kawin. Ya, betul Aryan ada buat bachelor party dia semalam. Masa dia call tu, bie nasihatkan lah dia. Apa yang patut, nak jadi bakal suami orang ni. Sebab.. Hmm, Aryan macam nampak terlampau relax sangat. Bie tak tahu lah pula.. Sampai dia tak datang ke akad nikah dia sendiri, hari ni..”

“Tahu tak Aryan di mana? Mama call tadi tanya sayang, bie tahu tak?” Aimi melihat wajah suaminya. Dia sudah dapat membaca riak yang dipamerkan oleh Rafiqi.

“Bie tahu kan. Cepat bie bagitahu..” Aimi menarik dada baju suaminya. 

“Aimi. Sabarlah.” Tahira yang ada di belakang Aimi menarik Aimi dan cubaa untuk menenangkannya.

Afeefa dan Daris bangun dari tempat mereka sedang minum santai di taman menujuk kepada Aimi.

“Sayang dengar ni. Ia tak semudah yang sayang fikirkan..” kata Rafiqi.

“Memang dah tak mudah. Sekarang ni Aryan dah kusutkan semuanya. Mana dia? sayang nak cari dia. Banyak benda yang sayang nak tanya dengan dia..” Aimi berkata seperti Aryan telah berhutang banyak dengan dirinya. Ya! Banyak . Banyak penjelasan.

“Okay, Aryan sekarang ni, ada di rumah Saeed. Dia nak tenangkan fikiran dia disana.”

“Tenangkan fikiran?! Dia ingat semua ni apa? Main pondok-pondok. Hah!” Aimi menempis tangan Rafiqi yang sedang memegangnya. Dengan pantas dia berpaling ke belakang untuk menuju ke rumah Saeed.

“Sayang nak kemana?” Tanya Rafiqi.

“Bie.. Sayang tau bie nak berpihak kepada Aryan. Tapi dia tetap salah dalam hal ini okay. Jadi..”

“Sayang, dia teraniaya. Cuba bawa bertenang. Sekarang ni dia ada dekat rumah Saeed.. Tahu tak, macam mana Saeed jumpa dia? Masa Saeed dapat panggilan dan tahu dia ada dekat Hotel. Saeed pergi dan tengok dia ada dengan Natrah.. Aryan tak sedar, dia mabuk malam semalam. Pagi ni Saeed yang bawa dia bersiap nak ke masjid. Aryan masa tu nampak bingung sangat waktu tu..”

“Mahu tak bingung! Dah tahu nak nikah pagi tadi kenapa buat kerja bodoh.”Aimi menarik tangan Tahira.

“Aimi.. Sayang nak ke mana tu sayang, bagilah Aryan tu tenang sikit. Nak serang dia pun dah tak guna. Benda dah jadi kan..” panggil Afeefa.

“Nak cari Natrah. Dia lah punca semua ni! kawan tak guna” marah Aimi. Belum sempat dia berjalan ke pakir keretanya. Pandangannya kelam serta merta. Kecoh bila Tahira menjerit memanggil Rafiqi.

Rafiqi berlari kearah Tahira yang sedang mengampu Aimi yang sudah terkulai tak sedarkan diri.

“Ya Allah kenapa ni sayang” Afeeffa turut berlari kepada mereka.

Asalnya Aimi dan Tahira ingin pergi mencari Natrah, kini menukar destinasi menuju ke klinik yang berdekatan. Menguruskan dahulu Aimi yang tiba-tiba tak sedarkan diri. Mujur, tidak ada apa yang serius mengenai Aimi. Satu berita gembira buat keluarga kecil Aimi dan pasangannya yang bakal bertambah lagi seorang ahli keluarga penyambung warisan keturunan Tan Sri Daris dan Puan Sri Afeefa.

Fadhlan baru saja tiba di rumahnya. Sebaik saja sampai, dia melihat kereta Zayyad telah menunggunya di luar pagar rumahnya. Tingkap kereta diturunkan saat kereta mereka berselisih dan satu anggukkan kepala diberikan kepada Zayyad. Fadhlan mengarahkan pemandunya agar terus memandu masuk ke dalam rumah. Sebaik saja pemandunya yang merupakan pekerja syarikatnya itu memakirkan keretanya di tempat pakir kereta. Fadlan segera mengarahkan pekerjanya mengundurkan diri dengan sopan dan menjemput Zayyad untuk masuk kedalam rumahnya.

“Tak perlu dato’ kita disini saja..” manis kali ini wajah Zayyad.

“Cepat sungguh kamu buat kerja? Pantas!” puji Fadhlan.

“Tak Dato’. Kali ini saya beruntung tak perlu campur tangan. Pekara dah diuruskan oleh orang lain sebelum saya turun tangan. Memudahkan kerja saya.” semakin lebar senyuman Zayyad kali ini.

“Maksudnya?”

“Cukuplah saya sampaikan yang itu adalah salah dia. Seseorang telah bertindak terlebih dahulu. Seperti yang saya pernah kata sebelum ni, dua-dua calon menantu dato’ adalah orang berpengaruh. Pasti ada yang nak mengejarnya. Dato’ patut bersyukur  pernikahan ini tak berlangsung. Nyawa datuk tak lagi terancam.” Jelas Zayyad. dia pun tak mahu dia menceritakan apa yang telah berlaku malam semalam semuanya kepada Fadhlan. Rasa cukup Fadhlan tahu setakat itu saja.

“Saya tak harapkan Falisha bernikah dengan lelaki itu bukan kerana nyawa saya, Zayyad. Tapi sebab lelaki yang bernama Aryan itu, tak sesuai untuk Falisha. Dia tak mampu membimbing Falisha. Dengan perangai Falisha yang seperti itu. Dia akan merosakkan lagi Falisha..” Tenang Fadhlan menutur bait bicaranya. Setenang hatinya kini.

“Saya tak nak kata apa-apa. Dato’ lebih kenal anak dato’ sendiri kan. Baiklah dato’. Kita selesai untuk hari ini. Saya undur diri dulu dato’, saya nantikan berita gembira dari dato’.. Kali ini dengan senang hati saya akan bawa cik muda pulang ke tempat asalnya.. Orang yang disana setia menanti dato’..” Zayyad menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Fadhlan.

“Insyaallah. Kalau dia tak nak pergi.. Saya sendiri akan paksa dia pergi..” Zayyad mengelengkan kepalanya.

“Kali ini Wazien berpesan kepada saya. Bawa dia pulang dengan rela hati. Bukan pulang seperti sebelum ini.” Jelas Zayyad.  

“Setahu saya, hanya orang yang buta saja yang tak nampak keindahan Lantera. Sedangkan saya. Sudah meninggalkan Lantera dua puluh lapan tahun masih teringin nak ke sana semula. Setiap semuanyayang ada di Lantera masih terbayang di mata.” Balas Fadhlan menyambut huluran tangan Zayyad.

“Masanya akan tiba dato’ terbukanya hati cik muda. Dato’ akan dijemput sebagai wali kepada bakal ratu putih Lantera.” Sebelah lagi tangan Zayyad naik menepuk dengan perlahan tautan tangan mereka. Masing-masing menayangkan wajah yang sedang senyum manis.

‘Harap masa itu akan segera tiba’

Fadhlan melihat Zayyad berjalan keluar dari halaman rumahnya. Pagar ditutup secara serta merta. Juani menyambut Fadhlan masuk kedalam rumah.

“Mana Isha?” Tanya Fadhlan.

“Cik.. Cik muda ada diatas.. Dibiliknya.” Juani balas tergagap-gagap sambil menunjukkan ke atas.

“Kenapa? Isha mengamuk ke?”

“Iya Tuan. Dia..”

“Tak apalah saya naik tenggokkan dia.”

“Tuan majlis macam mana?” Tanya Juani dengan berhati-hati. Tapi dia boleh mengagak bila melihat barangan hantaran ‘black gold’ itu kini kembali ke rumah itu semula.

“Dah batal. Saya dah sedekahkan semua hidangan kenduri kepada rumah anak-anak yatim. Kenapa? Nak ke.. Nanti saya minta catering hantarkan sedikit di sini.” Fadhlan mengusik Juani.

“Eh tak bukan macam tu tuan.” Cepat Juani mengelengkan kepalanya.

“Saya naik atas dulu tengok Isha..” Fadhlan membuka songkok yang ada diatas kepalanya, lalu berjalan memanjat anak tangga naik ke atas.

Pintu bilik Falisha diketuk dari luar oleh Fadhlan. Namun Falisha yang di dalam sana tak memberi balasan buat Fadhlan.

“Isha, papa ni. Boleh papa masuk?” 

“Isha. Kalau Isha tak jawap. Papa masuk ni. Papa buka pintu ni..” tangan Fadhlan memusing tombol pintu bilik Falisha.

Pintu bilik Falisha ditolak perlahan-lahan ke dalam. Terkejut Fadhlan melihat Falisha yang terbaring di lantai dengan pakainya yang sudah dicarik-carikkan. Cepat-cepat Fadhlan melangkah masuk ke dalam bilik dan mengangkat Falisha naik ke atas katil lalu menyelimutkan Falisha dengan selimut yang berada di atas lantai. Perubahan Falisha ke bentuk asal langsung tak mengejutkan Fadhlan. Dia pernah melihat Falisha begini dulu saat Falisha masih kecil sebelum Yaseera mengunci sepenuhnya semangat Falisha.

“Tempat kamu bukan di sini sayang. Pulanglah ke Lantera. Ada yang lebih layak menjaga kamu Isha. Papa relakan kamu pergi. Pulanglah Isha..” Fadhlan membelai rambut Falisha yang sudah bertukar putih kebiruan. Belang-belang pada wajah Falisha di sentuh dengan ibu jari Fadhlan dengan lembut.

“Papa..” lirih suara Falisha.

“Ya sayang.. Kamu sama seperti mama. Cantik seperti mama. Puteri Harimau Putih Lantera. Sang Ratu Pulau Lantera..”

“Papa..” Falisha bangun memeluk Fadhlan dan menangis teresak-esak di dada Fadhlan.

“Isha janji. Isha akan dengar cakap papa. Isha bodoh pa.. Isha percayakan dia. Tapi dia curang dengan Isha. Isha dengar semuanya yang Aimi dan Tahira cakap.. Diaorang cakap yang Aryan dengan Natrah pa..” tangan Falisha mencekam erat lengan Fadhlan.

“Sayang.. Banyak lagi lelaki yang lebih baik daripada dia. Kenapa anak papa ni nak sakit hati sebab dia. Dia yang curang dengan Isha. Kenapa Isha nampak lemah macam ni. Come on sayang, mana Isha yang keras kepala dan kuat tu?” Tanya Fadhlan mengusik Falisha.

“Isha yang tu dah kalah. Sekarang tinggal Isha yang loser ni.” keluh Falisha meleraikan pelukkannya dan menunjukkan kepada dirinya. Fadhlan melihat belang putih yang semakin pudar pada wajah Falisha.

“Jangan mengeluh macam tu.. Anak papa bukannya loser. Anak papa Puteri Pulau Lantera. Puteri yang mewarisi Lantera. Jadi anak papa harus kuat. Lantera bukannya pulau sebarangan Isha.” Fadhlan mengelus rambut Falisha yang sedang bertukar warnanya.

‘Puteri Pulau Lantera? Mampukah aku!’

Alhamdulillah selesai dah untuk harini dan bab terakhir untuk minggu. Ni.. Selamat berhujung minggu semua.. Jaga diri. Semoga kita sama-sama dilindungi dari wabak. Aminn.. Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa hujung minggu ni bersama PERJANJIAN TAKDIR.. Muaahhh muahh muaahhh. Esok waney off tau(^-^)..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience