30. DIA TAHU.

Fantasy Completed 227388

Angin bertiup lembut menyapa wajahnya yang semakin di mamah usia itu. Sebelah tangan memegang tangan pasangannya membawa suri hatinya berjalan sekitar pantai. Mungkin kerana telah terbiasa seperti sebelum ini, tangan wanita sering di pimpin sebelum pulih dari matanya yang buta. Kini, walaupun celik tangan itu tetap di pimpin juga oleh Ali Muaz.

“Abang..” Wadaah menunjukkan kepada satu arah. Jauh di hujung pantai sana.

“Wazien.. Semalam baru Falisha pergi. Harini dia dah termenung. Macam mana dia nak memimpin Lantera nanti. Anak muda, selalu mengikut hati dan perasaan. Kadang terus hilang kewarasan dan kesabaran yang selama ni di pegang kuat.” Keluh Ali Muaz.

“Jangan begitu abang. Seiring perjalanan masa. Dugaan mereka tak sama seperti kita. Abang jangan salahkan Wazien semata-mata dalam hal ini. Isteri baru bersamanya beberapa bulan, kini pergi. Hati mana yang tak terasa. Sudahlah mereka baru saja rapat terpisah pula. Bukan macam kita. Kita dulu selalu di Lantera tak kemana-mana.” Wadah menepuk lembut tangan suaminya yang digengam erat.

“Baiklah. Abang nak kesana sekejap” Ali Muaz menunjuk kepada Wazien yang ada di hujung sana.

“Pergilah abang.” Wadaah melepaskan tangannya melepaskan Ali Muaz pergi untuk menegur satu-satunya anak lelaki tunggal mereka.

Ali Muaz mengatur langkahnya ke arah Wazien. Sebaik sampai, dia melihat Wazien sedang menatang kanvas yang sudah siap direnggangkan atas bingkai kayu. Tangannya laju memegang batang pensil menyiapkan hasil seni yang amat di minatinya itu.

“Wazien.. Kamu kenapa duduk seorang diri disini?” Tanya Ali Muaz. Mengintai hasil kerja Wazien. Seperti yang sudah diduganya. Kanvas putih itu tak telukis  tulisan khat seperti yang sepatutnya, melainkan satu wajah manis tersenyum yang menjadi penghuni hati pemuda di hadapannya itu.

“Abah? Wazien melukis sikit, kan selalunya Wazien kesini untuk melukis.” Jelas Wazien. Lengannya diletakkan di atas lakaran kasar hitam putih yang belum lengkap itu.

“Abah tahu apa yang kamu rasa. Kenapa kamu tak ikut saja Falisha ke bandar? Sekarang abah tengok jasad kamu disini. Sedangkan hati kamu seperti diserahkan sepenuhnya kepada Falisha yang sudah berlayar pergi itu.” Ali Muaz menunjuk kea arah laut luas yang terbentang di hadapannya.

“Adakah kamu risau Wazien? Andai dia pulang ke bandar dan tak pulang lagi ke sini?” Tanya Ali Muaz.

“Abah. Andai pohon yang kita semai itu kuat dan kukuh akarnya, menjalar di dalam tanah tak mungkin dengan mudahnya ia tumbang. Kan abah..” Wazien menarik nafasnya panjang dan nafas itu di hela keluar perlahan.

“Benar, tapi kita tak dapat menduga sebarang bencana yang ada. Usah risaukan Lantera. Pergilah menjenguk Falisha dan Fadhlan. Tak salah kalau kamu keluar dari Lantera untuk menjaga Falisha. Ini bukannya pertama kali kamu keluar dari sini, sekarang kenapa kamu berbelah bagi utuk keluar mencari Falisha. Abah masih kuat untuk menjaga Lantera saat ini. Ada nyawa yang penting perlu kamu lindungi sekarang ni. Masa depan Lantera.” Jelas Ali Muaz.

“Wazien takkan meninggalkan beban ni kepada abah seorang diri, lagipun Wazien tak nak keluar buat masa ni. Takutnya Maheem datang lagi ke Lantera, lebih buruk lagi kalau Wazien keluar dan dia mengikut Wazien ke bandar. Mesti dia tahu tentang Falisha...” Ali Muaz mengangkat tangannya. Menghentikan bicara Wazien saat itu.

“Pergilah kepada Falisha dia pasti memerlukan seseorang untuk menemaninya di sana dan yakin lah bahawa Lantera akan baik-baik saja saat kamu berada disana. Kamu perlu berada di sampingnya dan menghilangkan jejak harimau putih dari dihidu oleh mata-mata suruhan Maheem. Dia pergi dengan tergesa-gesa sebelum kamu menutup auranya bukan? Pergilah sebelum terjadi apa-apa..” Ali Muaz menepuk bahu Wazien dengan senyuman yang terukir pada wajah tuanya. Wazien diam terkaku, menghadam setiap bait bicara Ali Muaz tadi.

“Terima kasih abah.. Insyaallah Wazien akan ke sana.” Wazien membalas dengan senyuman pada wajahnya sama seperti Ali Muaz.

Di bandar..

Falisha yang baru sampai di hospital terus berlari masuk ke koridor panjang di ikuti oleh Zayyad di belakangnya. Bagaikan rasa nak terkeluar jantungnya ketika Zayyad memberitahu papanya kemalangan dan sekarang ini berada di ruangan unit rawatan rapi.

“Maaf, cik. Tak boleh masuk ke dalam pada waktu ni.” halang seorang wanita yang megenakan seragamnya yang berwarna biru.

“Saya anak kepada Dato’ Fadhlan yang baru sampai. Saya nak jumpa dengan papa saya” tegas suara Falisha.

“Anak?” Wanita itu berpaling melihat kepada Zayyad yang ada di belakang Falisha.

“Saya yang tadi..” Zayyad menunjuk kepada Falisha.

“Ya, Encik Zayyad yang pergi ambilkan anak Dato’ ya.” Wanita itu mula mengingat kembali wajah Zayyad dan melihat pakaian Zayyad yang masih sama seperti siang tadi.

“Ya betul. Ini anak Dato’ cik muda Falisha Irdina.” Zayyad menunjuk sekali lagi kepada Falisha.

“Maaf saya tak tahu. Cik, kalau cik nak masuk ke dalam. Saya minta jangan ganggu pesakit ya. Kami baru bagi ubat kepada Dato’, dia sedang berehat sekarang ni..” jelas wanita itu.

“Baik saya takkan ganggu papa. Tapi boleh ke saya temankan papa malam ni.” Falisha bertanya dengan bersungguh kepada wanita beruniform biru itu. Wanita itu menunduk melihat tangannya yang disentuh oleh Falisha.

‘Tangannya sungguh hangat dan terasa damai’ dalam tak sedar wanita itu menjatuhkan wajahnya seraya mengangguk.

Masuklah mereka berdua ke dalam bilik yang menempatkan Fadhlan yang sedang terbaring mengadap langit-langit hospital. Berselirat wayar-wayar menjalar di atas tubuh Fadhlan.

Falisha menekup mulutnya dengan tapak tangan. Sebak yang dirasakannya saat melihat keadaan Fadhlan yang terbaring lemah di atas katil kini. Sehingga kakinya terasa lemah bagai tak terasa berpijak pada lantai konkrit yang di lapisi dengan jubin berona putih itu.

“Cik Muda?” Zayyad menegur. Melihat Falisha sedang meraba dinding bilik rawatan itu.

Falisha mengoyangkan tangannya kepada Zayyad. Dia menunduk mencari kekuatan untuk melangkah masuk ke dalam dan menghampiri Fadhlan. Palang yang dinaikan pada katil itu dipaut oleh Falisha. Bibir di kemam rapat. Jiwanya sudah memberontak ingin menjerit memanggil papanya, tapi ditahannya agar papanya dapat berehat pada waktu itu. Air mata mula bertakung di kelopak mata.

“Cik muda duduklah.” Zayyad datang menyorongkan kerusi buat Falisha.

“Abang. Boleh tak kalau kita bawa papa balik ke Lantera? Atau Isha balik ke Lantera untuk ambil Bunga Embun Pagi Gunung! Boleh tak abang?” Tanya Falisha. Kerusi yang diberikan oleh Zayyad tadi tak terusik.

“Apa maksud cik muda, bunga? Bunga Embun Pagi Gunung? Itu bunga suci, bunga larangan tak boleh dipetik sesuka hati” Zayyad mengelengkan kepalanya.

“Gekka benarkan Isha memetik bunga tu. Boleh lah abang. Kita balik ke Lantera bawa papa kesana?” rayu Falisha memegang erat palang besi katil itu.

“Hemm. Bukannya abang tak nak cik muda. Tapi abang risau kalau kita bawakan Dato’ dalam keadaan sekarang ni, akan membahayakan lagi keadaan Dato’..” Zayyad menunjuk kepada Fadhlan yang terbaring tak sedarkan diri. Mesin-mesin yang ada disisi Fadhlan menunjukkan bacaan yang dia sendiri tidak faham.

“Jadi.. Apa yang kita kena buat?” Falisha melihat Zayyad mengelengkan kepalanya. Falisha duduk di kerusi yang ada di samping katil Fadhlan. Kerusi yang di sorongkan oleh Zayyad tadi.

Seharian Falisha berjaga menemani Fadhlan yang adakalanya membuka matanya pada waktu-waktu tertentu. Melihat perkembangan positif dari Fadhlan membuatkan Falisha merasa lega. Tapi hatinya tetap tidak senang dan belum puas selagi dirinya tak bertindak merawat Fadhlan sendiri.

Falisha yang baru kembali selepas melawat Rehan yang juga dirawat di hospital yang sama kembali ke bilik rawatan Fadhlan. Dia melihat ada pegerakkan di sebalik langsir putih tingkap bilik rawatan Fadhlan. Dia berpaling melihat kepada Fadhlan. Kemudian dia berpaling melihat semula kepada kaki halus yang tak beralas memijak di lantai bilik itu. Pisau belati kecil yang disimpan secara sembunyi di kakinya di tarik keluar. Langkah di atur secara senyap ke arah tingkap.

Srrreeeppp.. Kuat Falisha menyingkap tirai itu utuk melihat makhluk yang hanya separas lututnya itu. Falisha memegang rambut makhluk itu dan diangkatnya tinggi.

“Siapa kau! Siapa yang arahkan kau kesini?” Tanya Falisha tegas. Takut-takut Makhluk itu membuka matanya untuk melihat kepada Falisha. Tambah pula bila lehernya terasa sejuk terkena mata pisau belati yang dipegang oleh Falisha.

“A..Akuu..” Falisha merenung tajam kepada makhluk yang berwajah pucat dan kurus di hadapannya itu.

“Aku apa!” kuat Falisha menghentak makhluk itu ke cermin kaca tingkap hospital.

“Aku terbau sesuatu yang harum. Jadi aku kemari. Maaf.. Maafkan aku!” Makhluk itu mengangkat kedua-dua tangannya dan di satukan memohon kepada Falisha.

“Jangan bohong dengan aku! Siapa yang berbau harum disini?” Tanya Falisha.

“Ka.. Kau yang.. berbau harum.. Mohon lepaskan aku, aku hanya makhluk kecil yang tak mempunyai sebarang kekuatan dan lemah. Maafkan aku. Aku.. Mohon jangan sakiti aku.. Aku mohon! Sebagai tukaran dengan nyawa aku, aku janji akan setia kepada kau..” mata makhluk itu dibuka bulat membesar. Anak matanya jernih berwarna kelabu kebiruan berpaling ke arah lain. Sungguh di tidak berani menatap mata Falisha yang sedang merenungnya.

“Kau masih berbohong dengan aku! Siapa nama kau! Siapa yang hantarkan kau kesini?” bentak Falisha geram.

“Aku adalah Quhb. Nama aku Quhb. Aku tak faham dengan apa yang kau cakapkan. Aku sudah kata kan tadi aku hanya tertarik dengan sesuatu bau yang harum, aku tak sangka bau itu ada dari seorang manusia. Maafkan aku..”

‘Berikan kepada aku. Boleh juga aku buat hilang gatal gigi aku.’ Deena bersuara menyampuk perbualan mereka.

Falisha melepaskan cengkamannya, sehingga terjatuh Quhb tersentak ke lantai. 

“Deena!” keluarlah cahaya biru dari tubuh Falisha membentuk seekor harimau putih disamping Falisha. Deena menjilat pipi Falisha kemudian dia berpaling melihat kepada Quhb yang duduk ketakutan di lantai. Kemudian dia berpaling semula melihat kepada Falisha yang sedang membetulkan selimut Fadhlan.

“Tunggu apa lagi Deena. Gigit dia sampai dia mengaku siapa yang hantar dia ke sini..” Falisha memberi arahan diberikan kepada Deena.

“Sukanya aku! Ada mainan yang temankan aku hari ini” Deena mengusik habuannya itu.

“Jangan maafkan aku! Tolong jangan makan aku..” Rayu Quhb.

Zayyad yang masuk saat itu terkejut melihat kepada seekor harimau putih yang besar sedang mengongong sesuatu di mulutnya yang sedikit terbuka. Kakinya bagaikan terpaku di lantai saat itu. Zayyad melihat kedalam anak mata harimau putih yang memancarkan aura dinginnya. Kemudian harimau putih itu melompat bagaikan ingin menerkam belakang Falisha.

“CIK MUDA!” Zayyad menjerit kuat. Cuba mendapatkan Falisha dari diterkan harimau putih itu. Deena terus melompat, dan terus hilang bagaikan tenggelam disebalik tubuh Falisha. Zayyad mengosok matanya berkali-kali.

Pintu bilik rawatan Fadhlan di tolak dari luar. Seorang jururawat datang memberi amaran tegas kepada Zayyad. Terbongkok-bongkok Zayyad meminta maaf atas kesalahnya kerana menjerit kuat tadi. Dia mengurut dadanya sendiri melihat Falisha yang sedang duduk di samping Fadhlan.

‘Aduh! Dia boleh santai saja. Macam tak ada apa-apa! Aku pula yang panic terlebih ni! Tapi aku tak pernah tengok harimau putih secantik tu.’

“Cik muda..” tegur Zayyad. 

“Abang. Maaf kalau Isha kejutkan abang dengan kehadiran Deena.” Terang Falisha. Kesian pula dia melihat wajah takut Zayyad tadi.

“A..Abang.. Okay!” Zayyad mengurut dadanya lagi. 

‘Macam mana nak okay kalau tengok harimau putih dua kali ganda besarnya dari harimau normal biasa. Syukur jantung aku kuat! Kalau tak, dah tercabut luruh dah tadi!’ Zayyad menarik senyumnya.

Malam itu. Falisha memegang tangan Fadhlan. Zayyad terjaga bila terasakan hawa sejuk menyapanya. Bulat matanya melihat cahaya biru memenuhi ruangan bilik rawatan Fadhlan.

“Cik muda? Apa yang cik muda buatkan ni?” Tanya Zayyad menghampiri katil rawatan Fadhlan. 

“Abang jangan campur urusan Isha.” Sebelah tangan Falisha menyuruh Zayyad berhenti melangkah menghampirinya.

“Abang nak tolong Isha atau tak? Kalau tak! abang diam-diam saja di sofa sana.” Falisha menunjukkan kepada sofa tempat Zayyad terlelap tadi.

“Tolong? Tolong apa ni?” Tanya Zayyad.

“Abang tolong ikatkan ni, di lengan Isha” Falisha mengambil tourniquet dan memberinya kepada Zayyad.

“Buat apa pengikat lengan ni? Kenapa nak ikat lengan Isha pula ni?” buntu Zayyad dibuatnya.

“Tak apalah! Isha buat sendiri” Falisha melepaskan tangan Fadhlan kini dia mengikat sebelah tangannya sendiri. Kemudian lengan yang diikat tadi ditepuk beberapa kali untuk mencari pembuluh darah yang menonjol.

“Cik muda nak buat apa ni?” Falisha tak mengendahkan soalan Zayyad, dia membuka laci yang ada dekat dengannya. Mengeluarkan peralatan yang masih dibungkus rapi.

Zayyad melihat kepada jarum suntikan dan ada beberapa alatan lain yang dipengang oleh Falisha.

‘Allah! Apa pula kali ni? mana dia dapat semua benda ni?’

“Suntik Isha dengan ni” Falisha memberikan satu jarum yang masih didalam bungkusannya. Zayyad menyambut jarum itu, kemudian dia hanya diam membeku. 

“Abang nak tolong ke tak ni!” marah Falisha.

“Abang tolong. Ya abang tolong.” Zayyad membalas.

Dengan bantuan dari Zayyad darah Falisha akhirnya dapat juga disalurkan ke dalam tubuh Fadhlan. Sambil darah itu sedang mengalir masuk, Falisha menyalurkan juga api biru miliknya kedalam tubuh Fadhlan. Zayyad yang ada disisi tak berani nak menegur lagi tindakan cik mudanya itu.

‘Pandai jugak Quhb pergi ambil ni semua tanpa siapa nampak dia, mungkin dia akan berguna nanti.’ Falisha menyandarkan tubuhnya yang semakin melemah itu di kerusi. Tangannya masih mengalirkan api biru ke tubuh Fadhlan.

‘Degil!’ 

Suara bariton itu bergema di dalam fikiran Falisha. 

“Kanda!” 

Zayyad yang ada di kaki katil tersentak lalu berpaling kepada Falisha yang semakin pucat wajahnya.

“Eh cik. Cik muda!” Zayyad pantas menahan Falisha dari terjatuh terkulai kebawah. Pipi Falisha di tepuk berkali-kali untuk menyedarkan Falisha. Baru dia nak melaung memanggil jururawat untuk meminta tolong. Dia kembali teringatkan Tangan Falisha yang masih mengalirkan darahnya kepada Fadhlan.

“Mungkin sebab ni dia pengsan, lagipun dia langsung tak rehat sejak sampai dari Lantera kemarin.” Zayyad menghentikan proses pemindahan darah di antara bapa dan anak itu segera.

Cahaya putih menyuluh di sebalik kelopak mata Falisha yang sedang dibuai mimpi. Membuatkan kelopak matanya yang tertutup tadi kini terbuka meluas.

“Rumah!” Falisha melihat segenap ruangan yang ada. Kini dia berada di dalam bilik tidurnya. Bilik tidur asalnya. Rumah Fadhlan. Tangan di angkat naik keatas menggosok kepalanya sendiri.

“Macam mana aku ada di rumah pula ni!” Falisha menunduk melihat kepada tubuhnya yang tersarung sepasang pyjamas. Kepalanya digaru pula kali ini.

“Mimpi kah selama ini?” Tanya Falisha buntu.

‘Deena!’

‘Deena!’ Falisha memanggil semangatnya. Namun Deena yang ada di dalam sana tidak menyahut.

“Allahhu Akhbar! Apakah semua ini!” Falisha bangun dan turun dari katil. Kemudian dia merasa kepalanya pening dan duduk semula di atas katil.

“Ni bukan mimpi kan?” Falisha menyelak tangannya, melihat ada bekas kebiruan bekas suntikan jarum yang sudah hampir hilang.

“Ya! Bukan mimpi” langkah diatur semula turun dari katil dan perlahan-lahan berjalan kearah pintu bilik.

Saat pintu bilik terkuak Falisha menangkap bunyi suara orang berbual sambil bergelak tawa bersama.

“Suara papa kan tu?”

“Papa cakap dengan siapa?”

“Bukan papa ada di hospital?”

“Kenapa papa keluar dari hospital pula?”

Langkah diatur ke tangga untuk turun ke bawah, sebaik sampai di lantai bawah Juani datang memegang tangan Falisha. Risau dia melihat Falisha yang jalan sambil memegang pemegang tangga bagaikan tak stabil jalannya.

“Mak Ani, macam mana Isha ada di rumah ni?”

“Kenapa Isha dengar suara papa?”

“Siapa yang ada dengan papa?” Juani menganggukkan kepalanya kemudian tangannya menunjuk kearah pintu gelonsor yang ada di sisi rumah itu.

“Luar? Siapa diluar?” Tanya Falisha masih tetap tidak puas hati.

“Marilah kita tengok siapa yang ada di luar” Juani akhirnya bersuara setelah lama berdiam dari tadi kerana Falisha menghujaninya dengan soalan-soalan yang tak putus-putus.

Juani memimpin jalan Falisha sampai ke pintu kaca yang terbuka meluas. Falisha melihat Fadhlan sedang duduk di kerusi santai dengan wajah yang ceria melihat kepada lelaki yang duduk membelakangkan Falisha.

“Papa! Bukan papa di hospital! Kenapa papa boleh ada di sini? dirumah!” Tanya Falisha.

“Isha! Sayang, sedar dah anak papa.” Fadhlan bangun dari kerusi santainya menyambut kedatangan Falisha.

Falisha meneliti wajah Fadhlan yang masih bersisa-sisa luka dan beberapa tempat yang terdapat luka yang masih dibalut.

“Papa dah sihat. Cuma tinggal luka kecil. Isha tu yang tak sedar sampai tiga hari. Isha buat papa risau. Satu lagi, doktor mula soal papa itu ini tau. Tiba-tiba papa sedar terus membaik macam tu. Nyaris-nyaris papa nak kena jadi tikus makmal tahu..” Fadhlan mencuit puncak hidung Falisha.

“Papa ni! Isha dah tolong. Papa merungut pula.” Balas Falisha tak puas hati.

“Papa tahu sayang, tapi apa yang Isha buat. Sepatutnya milik Lantera. Kalau orang lain tahu macam mana? Bahaya kan..”

“Ahh! Papa ni.. Isha ni kan anak papa. Kenapa Isha tak boleh buat semua tu. Suka hati Isha lah..” 

“Apa pula kata Wazien nanti..” potong Fadhlan.

“Dia? Dia takkan kata apa-apa sebab dia tak tahu” Falisha menarik bibirnya tersenyum.

“Siapa kata?” Fadhlan menunjuk ke sisi Falisha.

Falisha berpaling melihat kepada Wazien yang sedang duduk merenungnya.

‘Aku sangkakan itu abang!’

“Kanda!”

Kelam kembali penglihatan Falisha saat itu. Falisha kembali tak sedarkan diri melihat Wazien muncul di rumahnya. Selama dia tak sedarkan diri, Wazienlah yang mengurusnya. Apa lagi yang boleh disembunyikan dari suaminya itu. Sedangkan Deena pun bagai sudah berpakat dengan Wazien kerana tak menyahut panggilannya dari tadi.

Hihihihi.. Lambat lagi waney.. Aduh.. Selamat membaca.. Arini last ya untuk minggu ni.. Kita jumpa Insya Allah, isnin nnt ya.. Muaahhh muahh muaahhh.. Tqtqtq.. Terima kasih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience