43. LAHAB

Fantasy Completed 227388

Berdiri gagah harimau putih berbelang hitam dengan cahaya kebiruan mengelilinginya dihadapan penduduk tanah gersang dan juga ratunya. Anak mata yang biru kehitaman itu langsung tak menunjukkan rasa senang melihat kepada  sesiapa saja yang berada di hadapannya.

“Kau, jadikan diri kau sebesar begini untuk memudahkan aku menyerang kau kah wahai ratu harimau putih?” Sindir Maheem bercekak pingang di hadapan Falisha yang sudah bertukar rupa itu. Baginya Falisha bukannya tandingannya. Ilmunya mampu untuk menewaskan Falisha. 

 “Jangan salahkan..”

“Budak mentah..!” Maheem memotong bicara Falisha dan meludah ketanah kemudian menjeling kepada Falisha. Suara Falisha yang diselang selikan dengan suara Deena itu langsung tak mengundang rasa getar di hatinya.

“Penduduk tanah gersang! Lihatlah di hadapan kamu semua. Lihatlah kepada harimau putih terakhir yang ada di hadapan kita semua ni. Bayangkan jika kita dapat mengambil setiap titis darah agungnya untuk menghidupkan tanah gersang. Menukarkan tanah gersang menjadi tanah mekar seperti yang didiami oleh puak-puak yang lainnya.. Kita tidak akan terasa tersiksa lagi. Bayangkan rakyat ku semua!” Maheem mula menghasut penduduknya agar tak melepaskan Falisha pergi begitu saja. Dia yakin! Dengan kekuatan harimau kumbang yang lain. Dia akan menang menawan Falisha.

Falisha melihat penduduk tanah gersang mula berani menghampirinya dengan menayangkan wajah yang ingin menerkamnya. Beberapa daripada mereka sudah bertukar menjadi harimau kumbang sepenuhnya. Falisha menghayunkan tangannya. Terpelanting harimau kumbang yang ada dihadapannya. Itu tak melemahkan semangat mereka. Mereka bangun dan melompat kearah Falisha. Kaki-kaki Falisha terus di gigit, tapi bila darah Falisha mengalir masuk kedalam mulut mereka. Itu membuatkan satu persatu mereka jatuh dan mengelupur seperti cacing kepanasan. 

Penduduk tanah gersang mula menyerang lagi. Dengan mengunakan cakaran mereka pula kali ini untuk melukakan Falisha dan melemahkan harimau putih. Amukkan harimau putih membawa kepada kemusnahan tempat tinggal puak berang. Hancur musnah setiap rumah yang didirikan. Lenyap sudah perkampungan puak berang bagaikan baru saja dilanda angin ribut taufan. Sungguh saiz mereka jauh beza sekali dengan Falisha yang besarnya berkali-kali ganda itu. Falisha menyerigai kepada beberapa penduduk berang yang lain. Takut mereka dibuatnya, mereka mula lari lintang pukang menjauhkan diri dari Falisha.

Maheem yang melihat rakyatnya mula mengundurkan diri, dia kini menunduk memegang tanah.

“Aku seru kekuatanmu”

“Ikutlah berdamping denganku”

“Pinjamkan kekuatanmu kepadaku.”

“Nenek moyang Tanah Gersang”

“Ikutlah denganku mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi milik kita.”

“Aku ratumu menghambakan diri kepada roh yang tak tenteram yang tinggal di tanah gersang”

“Tubuh yang kematian semangatnya”

“Kini aku sedia menuntut janji”

“Janji untuk menyediakan korban bagi tanah gersang..”

Kata-kata itu bagaikan jampi untuk menyeru roh-roh yang sesat di tanah tandus itu. Maheem yang sedang menunduk memegang tanah itu mendongak keatas dengan mulutnya yang terbuka luas. Roh-roh itu semua masuk berdesup-desup kedalam tubuh Maheem.

“Kau. Selemah itu kah kau Maheem? Sang Ratu Malam?” bergema suara Falisha dan Deena yang sama-sama menyatakan itu kepada Maheem yang masih memegang tanah di hadapannya.

Maheem yang mendongak tadi menundukkan kepalanya melihat kepada harimau putih di hadapannya. Kulit putih pada wajahnya mula menimbulkan garis-garis hitam menjalar setiap urat nadinya. Maheem mencengkam tanah yang berdebu di hadapannya. Terasa ada sesuatu yang bagaikan mengalir di bawah tanah itu dengan pantas begerak kearah Falisha. keluarlah urat-urat yang tinggi dan panjang. Membelit harimau putih, semakin Falisha memberontak untuk melepaskan diri semakin kuat urat-urat yang umpama akar itu membelitnya.

“Aku sudah tahu.. Rahsia kamu, ratu malam..” perli Falisha.

“Apa yang kau tahu tentang aku!” marah Maheem.

“Kau kehilangan semangat kau…” kata-kata Falisha yang berbaur sindiran itu membuatkan Maheem menjadi marah.

“Diam kau!” pasir yang ada di dalam gengamannya kini di angkat naik dan dilemparkan kepada Falisha berserta dengan jampinya.

Bertukar akar-akar yang membelit Falisha tadi menjadi tebal dan mengeluarkan durinya menerkam ke dalam kulit-kulit yang dibaluti dengan bulu yang lebat harimau putih. Sakit yang dirasakan oleh Falisha kini terasa sampai ke tulang benulangnya.

“Deena!”

Bersinar tubuh harimau putih itu dengan sinaran putih kebiruan memancar memenuhi ruang tanah gersang. Terangkat tangan mereka melindungi mata dari sinaran yang memancar terang menyuluh kepada mata mereka itu. Bila sinar cahaya itu hilang. Harimau putih yang besar tadi sudah pun bertukar ke dalam bentuk manusia semula. Tubuh Falisha masih diterangi oleh sinar belang putih kebiruan dengan rambutnya yang sudah bertukar menjadi putih kebiruan. Dengan sekali rentapan maka terlerai akar-akar duri yang membalut tubuhnya tadi.

Langkah kaki diatur dengan yakin dan berani menghampiri lawannya, iaitu ratu malam. Luka yang ada tergores pada tubuhnya mula bercantum semula dengan sendirinya.

“Menyerah saja wahai ratu malam! Kamu bukan lawanku!” suara Falisha bersatu menghasilkan satu nada yang mengerunkan.

“Aku takkan menyerah, kalau pun semangat ku telah di tiada aku akan tetap berdiri melawan kau..” Maheem membuka mulutnya luas. Mengeluarkan aura hitam di dalam dirinya. Lingkaran hitam menyelubungi Falisha. Berputar-putar sambil meyiat setiap isi kulit Falisha sehingga tersiat menampakkan isinya. Falisha berusaha menyuakan tangannya keluar dari lingkaran itu. Susah payah dia melangkah mendekatkan dirinya kepada Maheem yang sedang tersenyum sinis melihat kepada dirinya yang sedang menanggung rasa sakit disiksa daripada roh-roh yang ingin melihatnya mati disaat itu juga.

Tangan Falisha dihulur sehingga menyentuh kulit muka Maheem. Perlahan-lahan Falisha mengangkat wajahnya melihat kepada Maheem.

“Tersiksa bukan? Mengaku kalah saja ratu harimau putih. Serahkan jiwa ragamu kepadaku. Aku akan pastikan kau takkan dipersia-siakan. Aku akan gunakan setiap titis auramu dengan berhemah untuk memakmurkan tanah gersang..” Maheem mencadangkan tawarannya kepada Falisha. Dia sedia menamatkan penderitaan Falisha andainya Falisha sedia menerima tawarannya itu.

“Aku..”

“Aku…” Falisha menarik bibirnya tersenyum senget kepada Maheem.

“Aku menantikannya ratu harimau putih..” Maheem yakin Falisha akan bersetuju dengannya. Tak pernah siapa pun lagi berjaya lepas dari roh yang tak tenteram di tanah gersang. Kerana pada akhirnya mangsanya juga akan menjadi sebahagian daripada mereka.

“Aku.. Harimau putih terakhir.. menyeru kekuatanmu!” Falisha melekapkan tapak tangannya ke pipi Maheem yang putih pucat itu. 

Maheem yang berada di hadapan Falisha mula ketawa. Ketawa yang mulanya perlahan menjadi kuat. Tapi bila dia merasakan tangan Falisha yang panas kemudia bertukar menjadi sejuk seperti ais itu mula menikam pipinya, barulah dia tersedar. Terus mati tawanya yang kuat tadi.

“Ka.. Kaauuuu?!” Maheem memegang tangan Falisha yang melekat pada pipinya.

“Kau tidak layak memiliki semua ini Maheem..” roh yang melekat kepada Falisha tidak lagi melukakannya. Mereka kini sedang menangis kesakitan. Bagai mengambarkan apa yang sedang dirasakan oleh ratu mereka. Falisha meleraikan tautan tangannya dari pipi Maheem.

“Kau! mengambil kuasa ku! Bagaimana?? Kuasaku hilang..” Maheem bagaikan tidak percaya. Dia melihat tapak tangannya. Kosong! Tiada sedikit aura sihirnya tertinggal pada dirinya kini. Terasa dirinya hanya manusia biasa yang tidak mempunyai kelebihan apa-apa lagi.

“Kau juga penyihir?!” Maheem menunjuk tepat ke wajah Falisha.

“Aku bukanlah penyihir seperti yang kau kata kan tu..” Terasa berat tubuh Falisha saat itu sehingga dia menunduk  di hadapan Maheem kerana tidak tertanggung berat yang kuasa batin yang dipikulnya. Wajahnya yang mempunyai jalur putih kebiruan keemasan mula timbul garis hitam.

“Aku juga baru sedar akan perkara ini..” Falisha ketawa kecil lalu bangun dan berdiri melihat kepada Maheem. 

Roh- roh yang menangis tadi mula mengelilingi Falisha bagaikan penjaga bayangan yang melindungi tuannya. Kini mereka akur dengan peralihan kuasa itu, mereka berpaut pada kuasa yang paling kuat untuk bergabung bersama.

“Pencuri! Kau pencuri!” Jerit Maheem seraya berpaling dan berlari masuk kedalam istananya. Falisha tidak melepaskan peluang dia turut ikut melangkah ke Istana. Perkara itu harus diselesaikan habis-habisan. Beberapa penduduk tanah gersang  mula menunduk kepada ratu baru mereka.

“Apa betul yang kita lakukan ini Deena? Adakah ini tidak berlebihan..” bisik Falisha di dalam hatinya.

“Kita hanya mengunakan kuasa ini buat sementara waktu sahaja. Sampai Maheem benar-benar menyerah. Setelah selesai.. kita akan lepaskannya bebas semula..” balas Deena.

“Bukan itu yang aku risaukan sekarang ini Isha..”

“Aku tahu apa yang kau risaukan Deena, InsyaAllah dia takkan apa-apa. Dia anak yang kuat. Dari dalam rahim lagi dia sudah berjuang bersama dengan ratunya..” balas Falisha yang sedang mara menuju ke istana ratu malam. 

Wazien yang baru tiba bersama dengan dua sahabatnya Bazli dan Faqih hairan melihat penempatan penduduk tanah gersang kini sudah musnah keseluruhannya. Ada beberapa penduduk disitu sedang mengutip sisa-sisa bahan rumahnya yang masih boleh diguna pakai semula. Bila tiga sekawan itu mula menghampiri penduduk tanah gersang, penduduk tanah gersang mula menghindari mereka. Ada yang lari dan ada juga yang bersembunyi dari bertemu dengan mereka.

“Kampung yang musnah, penduduk tanah gersang yang dalam ketakutan.. Apakah maknanya semua ini Wazien..” Bazli bersuara.

“Apa pun yang terjadi wahai sahabat, hanya satu yang aku minta. Bawalah Falisha ke Lantera semula. Boleh bukan?” Wazien memegang kedua-dua bahu sahabatnya.

Bazli dan Faqih saling berpandangan. Kemudian mereka berpaling semula melihat kepada Wazien.

“Jangan risau. Kita bertiga akan pulang ke Lantera bersama dengan Falisha.” Faqih menyatakan itu dengan kepalanya yang terangguk-angguk.

Tiga sahabat itu berjalan masuk kedalam Istana ratu malam. Sebaik sampai di gerbang pintu istana mereka melihat satu tubuh yang besar tertiarap menyembah bumi tak sedarkan diri.

“Siapakah yang menyerang istana ratu malam? Atau dia sedang mengamuk ?” tanya Faqih yang masih bingung.

“Hati-hatilah sahabat-sahabatku. Kita tidak pasti apa yang ada di dalam sana..” Wazien berpesan. 

Istana itu sunyi sepi. Perhiasan yang berada di dalam istana itu semuanya bertaburan di atas lantai. Semak dengan titisan darah yang masih baru..

“Ini darah Falisha..” Wazien menyentuh darah yang ada di lantai. 

Hatinya mula diserang resah dan gelisah. Langkah diatur laju berjalan melintasi ruangan yang ada. Sampailah di satu ruangan dia melihat Falisha tergantung di dinding terikat kaki dan tangannya, tubuh pula menitiskan darah membasahi lantai ruangan itu.

“Kasih!”

Wazien mencabut keluar keris daripada sarung yang terselit pada pingangnya. Tali-tali yang mengikat Falisha dipotong oleh Wazien dengan segera. Di bantu oleh Bazli dan Faqih. Wazien tak putus memanggil isterinya. Tapi apabila Wazien mengalihkan wajah Falisha yang ditutup dengan rambut yang putih kebiruan itu. Dia tersentak melihat makhluk yang tak mempunyai rupa itu tiba-tiba memeluknya.

“Kau siapa?”

“Aku menantikan jasadmu. Pahlawan hebat!” suara itu kedengaran lantang menarik Wazien masuk kedalam dinding. 

Bazli dan Faqih berusaha menarik Wazien semula. Malah turut membenamkan keris milik mereka kedalam dinding yang sedang beralun alun-alun itu. Terpelanting Bazli dan Faqih bila dinding itu memantulkan kuasanya kepada mereka berdua separuh tubuh Wazien sudah tengelam di sebalik dinding itu. Semakin dia mengunakan kuasanya. Semakin kuat ketawa makhluk itu bagaikan sedang mengejek kepadanya.

“Pergilah! Cari Falisha dan bawa dia pergi..”

“Kami berdua takkan tinggalkan kau Wazien.!” Faqih mengeleng.

“Pergi, lepaskan aku.. Atau kita bertiga akan ditarik oleh dia. Yang penting selamatkan Falisha. Bawa dia keluar dari sini..” Wazien menarik tangannya dari terus dipegang oleh Faqih dan Bazli.

“Pergi! Selamatkan dia…” hilang Wazien di sebalik lapisan dinding yang beralun itu bagai sudah menelan dirinya. Terpancar satu sinaran yang terang dan berlakunya satu letupan. Terpelanting Bazli dan Faqih sehingga jatuh tertiarap ke lantai istana.

Bunyi yang kuat itu mengejutkan Falisha. Terasa kakinya sedang bergegar. Bagaikan ada gempa bumi di bawah istana itu sehingga mengoyangkan istana batu itu.

“Dia sudah mendapatkan apa yang dia mahu! Walaupun aku tewas ditangan kau! kau tak mampu menewaskan dia. Dia sudah berjaya! di bangkitkan. Bagunlah! Musnahkan semuanya! Balaslah dendam untuk ku!. Ibu kau membunuh semangatku dulu. Kini giliran aku pula melihat anaknya mati di hadapanku. Biar cepat kau menyusuri ibu kau ke alam yang disebelah sana..” kata Maheem lantang dengan tangannya menunjuk kepada Falisha.

“Apa yang kau katakan? Siapa yang kau seru pula kali ini?” tanya Falisha.

“Celak*! Dia hanya melenggahkan masa kita untuk menunggu Wazien kemari. Ini adalah perangkapnya. Kita hanyalah umpan yang digunakan olehnya, Falisha!” jelas Deena membisik dengan keras kepada Falisha.

Maheem masih tengelam dengan gelak tawanya. Dia puas! Sangat puas! Dapat membangkitkan satu kuasa yang tak mampu siapa tewaskan lagi. Satu makhluk paling kejam yang asalnya dari neraka sana. Sudah bertahun-tahun dia berusaha menghidupkannya untuk timbul ke dunia manusia. Kini dia benar-benar berjaya. Walaupun dia tahu dia gagal untuk menjadikan makhluk itu sebagai tungganganya. Dia tetap puas!

Maheem meraba wajahnya yang terasa semakin mengecut. Tangan-tangannya juga mula berkedut sehingga menampakkan bentuk tulangnya. Lebih hodoh dari tangan Quhb yang sedang nazak. Wajah Maheem mula menunjukkan usianya yang sebenar. Malah lebih buruk lagi sekarang ini. Bagaikan ajalnya sudah berada di depan mata. Dia duduk tersandar di dinding istananya yang sedang bergegar itu. 

“Kau tak mampu tewaskan Lahab. Kau kalah..” Maheem terdiam saat nadinya tidak lagi berdenyut.  Falisha menghampiri Maheem. Mata Maheem yang terbuka melihat kepada Falisha ditutup perlahan-lahan oleh Falisha.

“Seorang yang tamak dan berdendam. Sanggup serahkan jiwa dan raganya kepada makhluk yang terkutuk. Itu adalah balasan buatnya.” Deena bersuara.

“Kita sudah selesai dengan dia Falisha. Istana ni akan musnah. Musuh sebenar ada di luar sana, ayuh kita keluar..” sambung Deena..

Istana itu mula retak di sana sini.. Langit-langit yang dulunya kukuh mula runtuh menyembah lantainya sendiri. Falisha mengambil satu kain lebar untuk menutup tubuhnya kerana pakaianya yang sudah berlubang disana sini. Jelas kelihatan auratnya kepada sesiapa yang memandang.

Keluarlah Falisha dari istana. Di luar sana berdirinya Faqih dan Bazli yang turut sama baru keluar dari Istana itu.

Brrramm..

Dulunya istana tinggal itu masih berdiri megah dan utuh kini ranap dan rata. Tiada lagi dinding mahupun tiang yang masih kukuh berdiri di tapak itu. Hanya debu dari hasih runtuhan itu masih terbang berleluasa di ruangan udara yang terbuka luas itu.

“Mana Wazien?” tanya Falisha, dia mencari suaminya yang sangat dirindukannya itu.

“Wazien?” Bazli mengelengkan kepalanya.

“Marilah Falisha. Kita harus pergi dari sini” ajak Faqih pula.

“Pergi? Kenapa? Dimana Wazien!” Falisha membentak keras. Sehingga terjatuh kain yang menutup kepalanya. Terbang rambut putih kebiruan miliknya ditiup oleh angin. Angin yang sangat dikenalinya itu, sedang menarik-narik rambut panjangnya.

“Tunggu!” marah Falisha. Dia menarik kembali rambutnya semula.

“Mustahil Isha akan balik tanpa Wazien..”

Falisha tak sempat menghabiskan katanya bila pusaran angin yang tadinya menarik rambutnya menjadi besar bertukar menjadi puting beliung yang besar sehinggakan langit bertukar manjadi hitam dan kelam seperti malam. Pusaran angin itu berpusat kepada sesuatu. Bertubi-tubi dia menyerang kepada arah yang sama beberapa kali.

“Apa yang berlaku” tanya Falisha yang mengangkat sebelah tangannya melindungi wajahnya dari angin yang kuat itu. Kaki yang bertapak di tanah mula bergerak bagai turut ditarik oleh angin puting beliung itu.

Habis segala runtuhan istana tadi diangkat dan diterbangkan angin. Meratakan  kawasan itu menjadi tanah tandus.

“Kau bukan lawanku!” 

Suara kuat itu bergema ke seluruh kawasan tanah gersang. Sekelip mata dia memecahkan puting beliung itu sehingga terasa impaknya bagaikan letupan yang besar, berombak tanah gersang bila puting beliung itu di kalahkan olehnya.

“Aku akan hapuskan semuanya..!”

Falisha menjatuhkan tangannya dari terus menghalang wajahnya. Matanya membulat besar melihat itu adalah satu susuk tubuh kekasih hatinya. Wajah itu. Tubuh itu! Milik Wazien. Tapi yang berdiri di hadapan mereka bukannya Wazien. Melainkan itu adalah Lahab! Syaitan yang meminjam tubuh manusia harimau emas sebagai bonekanya. 

“Kanda!”

“Bukan! Itu bukan Wazien!” halang Bazli. Begitu juga dengan Faqih. 

Mereka bertiga hanya mampu melihat Lahab yang sedang mendepakan tangannya. Kulitnya kemerahan bagaikan terbakar dek api. Tumbuh sepasang tanduk yang berpintal pada dahinya. Bagaikan sudah hilang jati diri seorang harimau emas didalam tubuh itu bila Lahab berjaya menguasainya.

“Sekarang aku bebas!” 

Hi! Assalamualaikum.. Jumpa lagi kita.. Minggu baru.. Waney rasa mcm nam tamat dah ni.. Hahhaha.. Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq semua.. Muaahhh muahh muaahhh.. Love you all.. <3<3<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience