34. GALERI

Fantasy Completed 227388

Dari hari ke hari Wazien mengikut Fadhlan ke pejabat bapa mentuanya itu. Dalam masa yang sama dia dan Zayyad melindungi lelaki itu dari ancaman musuh Lantera. Walaupun Wazien sudah menutup aroma aura Falisha yang ada pada Fadhlan dengan mengenakan cincin perak berbatu permata biru yang diambil dari mata air biru pada jarinya tengah Fadhlan. Fadhlan sungguh bebesar hati menerima pemberian itu daripada menantunya. Walaupun apa saja yang datang dari Lantera itu akan terasa amat menyenangkannya. Sedikit sebanyak akan mengingatkan pada arwah isterinya yang telah lama pergi, tambah pula Pulau Lantera adalah permulaan segala-galanya baginya.

“Lepas ni kita nak kemana? Balik ke? Bukan ke Wazien kata ada urusan tadi?” Tanya Fadhlan berpaling kepada Wazien yang duduk disampingnya.

“Ya papa, ada urusan. Papa nak ikut sekali atau papa nak balik dulu? Mana tahu papa nak rehat. Dah letih seharian di pejabat.” Balas Wazien.

“Papa okay saja. Yang tak okay tu, yang ada dirumah tu ha! Monyok je muka bila tengok papa pinjam suami dia.” Fadhlan ketawa bila teringatkan kembali Falisha akan menarik muka bila setiap kali dia mengajak Wazien untuk melakukan aktiviti bersama. Itupun mereka banyak ke pejabat saja, bukannya pergi kemana-mana.

“Dato’ jangan tak tahu, dia orang tu baru kahwin. Memanglah cik muda marah, kalau dato’ kerap meluangkan masa dengan suami dia. ” sampuk Zayyad yang sedang memandu di hadapan.

“Bukan selalu saya nak jumpa dengan Wazien ni. Alah sekali sekala kan. Nanti dia orang balik. Sunyi lah saya ni. Nak ajak Isha macam ni semuanya dia tak minat. Apa boleh buat. Sekarang saya da ada anak lelaki.. Saya bawa dia ke hulu hilir lah.” Fadhlan ketawa, senang hati.

“Faham dato’..” Zayyad ikut ketawa. 

“Wazien nak tinggal lama ke di bandar? Jangan terasa! Dengan pertanyaan papa. Papa ni, suka kamu ada di bandar dengan Isha. Papa takut tiba-tiba kamu balik. Itu saja.” Fadhlan berterus terang. Berbicara dengan hati-hati agar menantunya itu tak terasa. Takut pula kalau soalan itu membuatkan Wazien terasa, disalah erti bagaikan menghalaunya untuk pulang ke Lantera.

“Kalau ikutkan kami takkan lama disini. Papa pun tahukan tempat yang paling selamat untuk Isha adalah Lantera. Tapi Wazien berikan masa dia lepaskan rindunya kepada papa. Dalam masa yang sama, boleh Wazien uruskan urusan Wazien yang lain-lain. Alang-alang dah keluar dari Lantera.” Senyuman tak pernah lekang pada wajah putih merah, putera Lantera itu.

“Oh! Macam tu. Papa tak kisah. Yang penting keselamatan Isha terjamin, betul kan” kepala Fadhlan mula terangguk-angguk.

“Sekarang ni kita nak ke mana?” Fadhlan melihat arah laluan tujuan mereka. Bukannya menghala pulang ke rumahnya.

“Wazien ada urusan sedikit papa. Papa tak kisah? Atau Wazien dan Zayyad hantarkan papa balik dulu. Mana tahu papa nak balik rehat?” Tanya Wazien sekali lagi.

“Eh! Tak apa lah. Papa kuat lagi ni. Kalau nak ajak papa bersukan pun papa kuat lagi ni..” Fadhlan menepuk dadanya sendiri. Sungguh! Selepas dia mendapat api biru dan darah dari Falisha, terasa tubuhnya segar bugar seperti umurnya 20-an pula. Kulit yang berkedut pun semakin menegang dan muda semula.

“Papa jangan! Bukan apa. Kalau tahu dekat puteri papa ni. Mau dia bebel sampai ke esok” balas Wazien dengan ketawa mengiringi katanya. Fadhlan dan Zayyad pun ikut ketawa sama.

“Itu biasa. Papa suka degar dia bebel. Bebel sambil merungut macam budak kecil” kata Fadhlan mmengelengkan kepalanya. Dua pemuda itu mula diam. Wazien sekadar menarik senyumannya, Zayyad pula mengintai melihat kepada cermin pandang belakang.

Dua pemuda itu faham dengan apa yang sedang disampaikan oleh Fadhlan. Tentu lelaki itu sangat merindui anaknya yang baru pulang itu. Mereka akan terpisah kembali selepas ini. Kepulangan mereka  kali ini adalah disebabkan keadaan kesihatannya yang dikatakan berada di hujung tanduk, menanti maut datang menjemput. Kalaulah kemalangan itu tak berlaku. Pastinya anak menantunya itu takkan pulang untuk menjenguknya. Walaupun dia tahu itu adalah untuk kebaikan anaknya sendiri. Hati tuanya itu tetap terasa dan kesunyian.

“Papa, wazien berjanji dengan papa. Setiap satu purnama di saat bulan penuh. Wazien akan kembali membawa Isha untuk temani papa disini selama seminggu. Harap papa jangan bersedih, ya. Papa boleh tuntun janji ini kalau Isha tak pulang menjenguk papa.” Wazien berpaling melihat kepada Fadhlan yang ada di sampingnya.

“Kenapa saat bulan penuh?”

“Kerana saat bulan penuh kuasa Falisha berada di tahap yang tertinggi.” Fadhlan mengangguk faham apa yang diberitahu oleah Wazien.

“Kita dah sampai.” Zayyad mencelah saat dia memandu menghampiri bagunan berpagar itu.

Apa yang kita buat di galeri ni? Ini bukankah galeri isteri datuk Hamdan?. Mula timbul tanda tanya di fikiran Fadhlan. Namun dia cuba beriak biasa dan tenang. Tak mahu nampak kekok di hadapan dua pemuda yang ada dengannya itu. Bila Zayyad memakirkan kereta yang mereka naiki di parkir khas tertulis VVIP, membuatkan dirinya bertambah penasaran. Rasa di dada mula bergolak untuk bertanyakan tujuan mereka kemari. Namun disabarkan juga sampai ke akhirnya. Dia ikut dua pemuda itu keluar dari kereta. Seseorang sudah sedia menanti kedatangan mereka bertiga, seorang wanita berdiri di samping kotak pakir dari tadi.

“Tuan Zayyad.” Menunduk seorang wanita separuh baya menghormati Zayyad.

“Datin tak perlulah nak merendah diri dengan saya. Ah! Kenalkan ini tuan Wazien” Zayyad mempekenalkan Wazien yang ada di sisinya.

“Assalamualaikum tuan Wazien. Alhamdulillah pertama kali rasanya kita bertemu begini. Dapat juga saya melihat tuan kepada pemilik galeri ini di depan mata saya. Rupanya masih muda dan berbakat sekali tuan” tegur wanita itu sopan.

“Waalaikumsalam, terima kasih datin. Janganlah begitu. Bakat saya dianugerahkan oleh tuhan. Sepatutnya segala pujian harus diberikan kepadanya. Bukannya saya.” Wazien menunduk kembali kepada wanita itu.

“Ini pula.. Dato’..”

“Dato’..!” potong wanita itu sambil menunjuk jarinya telunjuknya kepada Fadhlan. Dia sungguh terkejut melihat penampilan Fadhlan yang tampak berbeza, lebih muda dari sebelum kemalangan.

“Datin..” Fadhlan menayangkan senyumannya. Kerana, begitulah semua orang saat pertama kali melihatnya selepas terjaga dari kemalangan.

“Dato’ Fadhlan bukan? Dato’ nampak berbeza” kata wanita itu masih dengan ekspresi wajah yang masih terkejut dari tadi.

“Ya, sayalah ni datin. Tak ada yang berbeza. Sama saja macam dulu.” Balas Fadhlan.

“Berbeza banyak ni Dato’ dah nak sama dengan anak muda berdua ni dah ha..” Wanita yang bergelar datin itu menunjuk kedada Wazien dan Zayyan.

“Mana ada, mereka ni memang orang muda. Saya dah tua.” Fadhlan ketawa. Mereka ikut sama ketawa bersama.

“Marilah kita masuk kedalam. Panjang pula kita berbual di luar ni.” Pelawa wanita itu. Seorang pekerja yang berada di pintu kaca membuka pintu galeri buat mereka berempat masuk kedalam.

“Tuan. Yang ini yang paling mendapat sambutan sekali. Seingat saya lah, ada yang meletakkan harga yang tinggi untuk lukisan tuan yang ini..” terang wanita itu yang menunjukkan satu lukisan besar yang dipamerkan pada dinding utama galeri itu.

“Datin Dilaili..” Fadhlan mencelah saat itu. Membuatkan Wazien dan Zayyad berpaling melihat kepadanya.

“Ya dato’ kenapa? ada apa-apa?” tanya Dilaili.

“Bukan, semuanya okay. Tapi satu yang saya nak tanya. Galeri ni, bukan galeri datin?” tanya Fadhlan tak tertahan lagi menanggung rasa penasaran itu.

“Ia. Cumanya saya ni, seorang yang diberikan kepercayaan penuh oleh seseorang untuk menguruskan segalanya tentang galeri ini. Sebenarnya galeri ini milik tuan Wazien. Bukan tu saja. Tuan Wazien ni juga adalah artisnya. Selama ni saya berurusan dengan tuan Zayyad, ni pertama kalinya selepas beberapa tahun. Dapat berjumpa secara berdepan dengan tuan Wazien sendiri tanpa di wakilkan oleh tuan Zayyan.” Terselah keceria pada wajah Dilaili.

“Lah! Papa tak tahu pulak tentang tu. Ini semua lukisan Wazien lah ya. Yang di pejabat papa tu pun, Wazien punya betul? Tak sangka papa terbeli hasil tangan menantu papa sendiri..” Fahlan ketawa ringan sambil mengelengkan kepalanya.

“Papa.. Bukan Wazien seorang saja artis galeri ni papa. Masih ada ramai dan berbakat. Wazien buat ni sekadar hobi. Zayyan yang uruskan semuanya pa..” balas Wazien.

“Menantu? Sungguh ke ni dato’. Jadi anak perempuan dato’ dah berkahwin dengan tuan Wazien?” Tanya Dilaili tak percaya. Siapa yang tak tahu tentang cerita tentang anak perempuan dato’ Fadhlan beberapa bulan sebelum ini. Tentang pembatalan majlis pernikahan anaknya dengan seorang anak ahli perniagaan yang lain. Kini keluarga itu sudah pergi ke negara matahari terbit.

“Ya. Ni menantu saya datin.” Fadhlan menepuk belakang badan Wazien dengan perasaan bangga memperkenal Wazien sebai menantunya kepada Dilaili.

“Dato’ dapat seorang menantu yang baik dan cukup merendah diri. Tahniah dato’..” Walaupun Dilaili tersenyum di hadapan mereka semua. Dia tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi dengan keluarga besan Fadhlan yang tak jadi itu. Adakah sekadar putus begitu saja. Atau macam mana.

Selesai melawat dan menguruskan beberapa urusan penting di galeri itu mereka mengundur diri untuk pulang. Kunjungan itu adalah satu persinggahan yang boleh di katakan cukup singkat dan padat dengan info tanpa bersantai dengan makan dan minum yang telah disediakan. Kerana Wazien menolak untuk menerima layanan istemewa dari Dilaili. Bukan kerananya sombong. Tapi dia sedang mengejar masa.

“Sekejap. Kita singgah sini dulu. Selepas ni kita akan balik terus ke rumah, boleh kan?” Zayyan bertanya. Mahu tak mahu di terpaksa juga singgah untuk mengisi minyak. Cahaya merah sudah beberapa kali menyalakan lampunya di paparan meter. Nanti tak pasal-pasal saja, mereka bertiga kena menolak kereta itu bersama.

“Boleh lah Zayyad. Saya nak singgah solat. Tadi tak sempat nak solat di office. Papa ingat kita nak balik rumah terus tadi. Wazien dan Zayyad dah solat kan?” tanya Fadhlan melihat kepada jam tangannya.

“Dah pa, kami dah solat di pejabat tadi. Tak tahu pula papa belum solat. Marilah Wazien temankan papa ke ruang solat” kata Wazien sama sama keluar dari kereta dan berjalan bersama Fadhlan. 

Sewaktu dia dan Fadhlan melintasi ruang legar yang kosong dimana ada beberapa orang lain sedang berulang alik menuju ke kaunter. Bahu Wazien di langgar oleh seseorang.

“Maaf! Tak segaja saya nak cepat tadi. Tak tahu dah terlanggar encik.” Sopan pemuda di hadapan Wazien menunduk meminta maaf kepadanya.

“Kamu..” pemuda itu mendongak melihat kepada Wazien. Kemudian dia tersentak sehingga berundur beberapa langkah ke belakang.

“Kamu ni Jiwari? Betul?” Tanya Wazien, dengan memasangkan wajah tegangnya merenung seorang anak muda yang berdiri di hadapannya.

“Maaf! Salah orang agaknya” Jiwari mula berdalih. Tak sangka dia akan berjumpa dengan putera Lantera di bandar metropolitan itu. 

“Mana mungkin aku lupa wajah seorang pembelot dari puak bintang.” Tegas Wazien dalam masa yang sama dia melihat Fadhlan yang sudah melintasi masuk kedalam surau untuk solat.

Bahaya! Kalau dia tahu aku ada dengan Fadhlan. Tentu perkara ni akan sampai di telinga Maheem. 

“Aku bukannya pembelot!” marah Jiwari. Tak puas hati dituduh sebegitu.

“Kalau kau bukan pembelot. Kenapa kau mengikut Maheem. Pulang semula kau kepada puak bintang dan berbakti kepada puak kau! Kenapa kau ambil jalan mudah untuk senangkan hidup kau, Wijari.” Suara yang lembut itu mula kedengaran keras menyapa gegendang telinga Jiwari.

“Aku? kau kenal aku?” Jiwari mula melangkah mengundur ke belakang. Sebelum sempat Wazien membuka mulutnya untuk membalas Jiwari sudah berpaling dan melarikan diri menuju ke belakang bagunan kedai serbaneka.

Wazien mula teragak-agak ingin mengejar ataupun tidak. Bila dia melihat Zayyad sedang melangkah kepada dia menunjuk kearah surau. Menyuruh Zayyad menjaga Fadhlan yang masih bersolat didalam sana. Kerana dia perlu mengejar Jiwari. Bila dia sampai saja di belakang bagunan itu. Jiwari sudah tiada, malah langsung tak dapat dikesan kemana dia pergi. Hilang begitu saja. 

“Jiwari, licik sungguh kau ni! Atas urusan apa kat ke bandar ni? Adakah Maheem menyuruh dia kemari!” Wazien menutup matanya rapat, mengatur nafasnya agar kembali tenang dan beristifar panjang. Apabila sudah tenang dia kembali semula ke ruang tadi mencari Zayyad dan Fadhlan.

“Kemana Wazien? Kenapa? Ada apa?” Tanya Zayyad.

“Jiwari. Lelaki tadi tu Jiwari. Mata-mata Maheem, dia dah ada di sini..” jelas Wazien. Tenang saja bicaranya seperti biasa. Tapi berbeza di hatinya.

“Maheem? Takkanlah dia tahu.. Kita menutup setiap jejak yang ada. Tak mungkin dia tahu” Zayyad mengelengkan kepalanya ke kiri dan kanan. Manakala Wazien berpaling melihat sekeliling. Mencari aura Jiwari jika masih bersisa. Tapi tak ada sebesar zarah pun ditinggalkan oleh Jiwari.

“Rasanya tak boleh lama kita diluar hari ini. Ini bahaya. Dia dah pergi, takut dia kembali lagi nanti. Kita pun tak pasti niat dia apa..” Ucap Wazien sebaik berpaling melihat kepada Zayyad semula.

“Kalau macam tu marilah.” Zayyad menunjuk kepada Fadhlan yang sedang mengenakan kasut di kakinya.

“Maaf lah Dato’ kena solat disini pula.” Zayyad menegur Fadhlan yang baru menyertai mereka.

“Eh! Tak apa. Asalkan solat kan. Dimana-mana pun sama, boleh saja. Jangan kerana saya berpangkat. Perlu berikan keutamaan kepada saya. Saya pun manusia biasa juga. Pangkat tu saya akan tinggal juga di dunia ni. Tak laku bila ada di hadapan Yang Maha Esa.” Tersenyum saat Fadhlan menuturkan kata-kata itu di hadapan dua lelaki itu. Dua pemuda itu ikut mengangguk setuju dengan kata-kata Fadhlan tadi.

Berjalan mereka bertiga di pakir susur keluar dari stesyen minyak. Sambil berjalan sambil berbual. Rancak saja seperti tiada apa-apa berlaku. Wazien sedia berwaspada memerhati setiap pegerakkan yang ada. Dalam masa yang sama dia juga mencari kelibat Jiwari. Hal itu hanya Zayyad seorang saja yang perasan, tapi tugasnya adalah untuk terus berborak dengan Fadhlan agar tak menyedari mata Wazien yang mula bertukar warna itu. Mata itu kembali kepada asal bila mereka masuk kedalam kereta. Zayyad bernafas lega bila melihat akan hal itu.

Tanpa melenggahkan masa lagi Zayyad memandu untuk pulang. Kini dia juga turut berhati-hati, memerhati setiap kenderaan yang ada di atas jalan raya. Tak mahu ada siapa pun mengekori mereka dan yang lebih buruk lagi, jika ada niat tak baik kepada mereka bertiga. Tapi yang mengejutkan sekarang ni bukanlah itu. 

Kecil saja mata Zayyad merenung kepada lelaki yang sedang berusaha menjelaskan sesuatu kepada seorang wanita di hadapan rumah Fadhlan. Kereta merah ni? Macam aku kenal saja! Jangan-jangan.

Pinnn!! Piinnn!!!

Sengaja Zayyad membunyikan hon kereta secara kasar mengejutkan Aryan yang hampir memegang Falisha, yang sedang memeluk tubuhnya dari tadi. Wajah Falisha masam mencuka menjeling kepada Aryan.

“Sabar Zayyad, jangan gaduh-gaduh.” Fadhlan menepuk belakang kerusi tempat duduk Aryan.

“Hei! Kau tunggu apa! Ubah kereta tau lah.. Tak nampak orang nak masuk ni!” Tempik Zayyad dari dalam kereta yang sudah dibuka tingkapnya sampai ke bawah. Tangannya dijulurkan ke luar menunjuk kepada kereta merah cili milik Aryan.

Aryan berjalan menghampiri keretanya. Matanya sempat mengintai kedalam kereta yang dipandu oleh Zayyad. Mulanya nak juga dia berkeras dengan Zayyad yang menegurnya kasar sebegitu. Melihat ada Fadhlan di dalam kereta itu, segera dia beralah.

“Siapa tu papa?” pertanyaan itu keluar dari mulut Wazien. Membuatkan Fadhlan mengeluh sebelum sempat dia menjawap kepada Wazien.

“Itulah Aryan, Isha pernah ceritakan tak Aryan kepada Wazien?” Tanya Fadhlan. 

“Pernah papa, jadi dia Aryan?” Fadhlan menganganggukan kepalanya.

Selesai memakirkan kereta. Wazein keluar dan terus berjalan ke arah pagar yang masih sedia terbuka meluas itu. Kemudian dia berhenti melangkah betul-betul di hadapan pagar. Melihat kepada isterinya.Tanpa perlu dipanggil Falisha melangkah menuju kepada suaminya. 

“Isha!”

“Kita belum selesai lagi Isha!” Laung Aryan. Mengejar langkah Falisha.

“Maaf, seperti yang saya kata kan tadi kita sudah selesai” Falisha berpaling semula kepada Aryan. Sungguh bukan niatnya nak menyakitkan hati lelaki itu. Tapi Aryan perlu tahu hakikatnya. Falihsa menyulamkan jari-jarinya ke jari Wazien. Satu senyuman manis diberikan kepada Wazien.

“Kenalkan ini suami saya.”

Kata-kata itu membuatkan Aryan terasa bagaikan ditembak pada jarak dekat, tepat di dadanya. Sakitnya itu hanya tuhan saja yang tahu. Wajahnya mula kelihatan kusam dan menghitam diselubungi oleh perasaan yang dia sendiri tak mengerti. Bertambah sakit bila pagar rumah Falisha mula tertutup saat itu. Mula membahagikan ruang diantara mereka. Seperti tertutupnya pintu hati Falisha kepada dirinya. Mulutnya terkunci tak mampu berkata-kata. Seolah peti suaranya itu rosak, dia hanya mampu melihat pasangan itu berjalan masuk kedalam di sebalik pagar yang mula ditutup.

‘Semudah itu kau mengantikan hati kau Isha! Tak adakah ruang, buat aku lagi’

Makin hari makin lewat.. Hihi.. Nk kena waneyzack ni.. Rasanya kn buat pukul 6pm lah lepas ni.. Huhu.. Ke macam mana.. Swlamat membaca semua... Muaahhh muahh muaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience