10. DIA.

Fantasy Completed 227354

“Cik muda” panggil Zayyad. Tersengih-sengih dia memandang kepada Falisha.

‘sentap ke cik muda yang manja?’ kalaulah kata-kata itu boleh dia tuturkan secara lisan. Lama sudah dia luahkan. Tapi semua itu dipendam saja. Sekadar ketawa di dalam hati.

“Ya pakcik, dengarlah” Falisha mengatur langkahnya mengikut langkah Wazien. Kini dia dan Wazien sama-sama berada di atas jeti.

“Silakan..” sopan saja bicara Wazien mempelawa Falisha. 

Tanpa menoleh lagi ke arah kapal milik Zayyad. Falisha menyusuri jeti panjang menuju ke pantai. Kepalanya yang mendongak tadi kini menunduk melihat air laut di bawah sana. Jelas kelihatan ikan yang sedang berenang-renang bebas di dalam air laut.

‘Air laut dia! Jernihnya!’

“Cantik! Tak sangka tempat ni cantik” puji Falisha. Setiap apa yang ada didalam air jelas kelihatan pada mata kasarnya.

“Betul tu. Pulau ni cantik. Dan masih belum diteroka oleh orang luar..” balas Wazien yang sedang berjalan di hadapan tanpa dia berpaling melihat ke belakang.

“Apa? Belum pernah diteroka oleh orang luar? Maksudnya pulau ni tak menerima pelancong? Bertapa ruginya. Sebab tak berkongsi keindahan pulau ni dengan orang yang di luar sana..” kata Falisha.

“Kami lebih suka hidup begini. Takutnya ada tangan-tangan yang datang, suka mencampuri urusan kehidupan kami. Banyak yang datang hanya membawa niat yang tak baik kepada pulau kami..” balas Wazien. Kini dia sampai di hujung jeti. Sebaik saja kakinya mencecah pantai dia berpaling melihat kepada Falisha yang masih berjalan di atas jeti.

“Niat tak baik? Saya ni, orang luar. Bawa niat tak baik lah yea, macam tu?” Falisha berhenti melangkah bila ada di hujung jeti. Tangannya menunjuk ke arah dirinya sendiri.

“Saya tak cakap macam tu. Falisha yang berfikiran jauh. Falisha bukannya orang luar. Falisha seorang yang sangat dinantikan untuk pulang semula ke pulau ni.” 

‘Ahh! Apa-apa aja lah dia merepek ni. Aku ni datang sini pun tak pernah. Tiba-tiba nak pulang pula. Bila masa yang aku pergi?’

Falisha menjejakkan kaki kanannya ke atas pasir pantai yang putih bersih itu. Sebaik saja kakinya mendarat. Terasa angin yang meniup bertukar arah. Angin yang sepoi-sepoi tadi tiba-tiba bertiup kencang. Serta merta kepala Falisha mendadak merasa pusing. Sampaikan dia jatuh terduduk di atas pasir pantai.

“Kenapa? Angin?” Falisha memegang kepalanya. Seketika angin yang bertiup kencang itu hilang dan tak terasa lagi.

“Falisha tak apa-apa?” Tanya Wazien turut duduk meninggung di hadapan Falisha.

“Awak tak rasa angin tadi? Itu buat saya pening..”

“Perasaan Falisha saja tu. Mungkin Falisha terjatuh dari jeti..” Wazien menukar topik, bukannya dia tak merasakan apa yang berlaku tadi. Tapi dia lagi takut kalau Falisha tiba-tiba bertukar cemas. 

Falisha berpaling melihat ke arah laut. Kapal Zayyad sudah berada di tengah lautan semula. Wazein melihat anak mata Falisha yang sedang begerak-gerak melihat ke laut luas.

“Falisha..” panggil Wazien. Timbul perasaan risau melihat gadis itu sekadar diam.

‘Kenapa wajah dia pucat? Dia takut ke?’

“Saya nak balik..” lancar Falisha menuturkan bicaranya.

“Bukan Falisha kata nak jumpa dengan abah saya, Ali Muaz ?” Tanya Wazien.

“Ya! Itu tadi. Sekarang saya dah tukar fikiran.” Falisha menepuk pasir yang melekat pada pakaiannya. Kemudian dia bangun berdiri. Beg bagasi yang ada ditangan Wazien di rampas secara kasar oleh Falisha.

‘Macam mana aku nak panggil pakcik annoying tu balik? Aduh! Itulah kau ni Isha, sendiri cari pasal’ 

“Awak ada nombor pakcik tu.. I mean.. Hmm Zayyad.. Ya Zayyad?” Tanya Falisha, menunjuk ke arah laut di mana kapal Zayyad semakin menjauh. Wazien mengelengkan kepalanya.

‘Aku berbohong. Biarlah.. Memang aku tak ada nombor dia pun.. Sebab itu, bukan cara aku nak hubungi dia yang sedang ada di tengah-tengah laut sekarang ni’

“Apa kata Falisha, jumpa saja dengan abah saya dulu. Mungkin dia tahu caranya..” cadang Wazien.

“Hmm.. Yea lah.” Balas Falisha merungut, mahu tak mahu dia terpaksa juga selesaikan misinya. Iaitu berjumpa dengan lelaki yang bernama Ali Muaz. Wazien mengambil kembali bagasi Falisha dan membawanya pergi.

Berjalanlah Falisha mengekori langkah Wazien. Cahaya terik matahari membuatkannya Falisha mengangkat tangannya menutup wajahnya dari terkena cahaya terus dari terik matahari.

Seorang demi seorang menyapa mereka. Di sepanjang jalan. Dapat dia melihat cara mereka memandangnya. Setiap kali dia menatap wajah-wajah mereka untuk membalas senyuman. Penduduk disitu menjatuhkan wajah mereka ke bawah seakan-akan menghormatinya.

‘Eh kenapa ya? Aku ni pelik sangat ke? Atau! Kain pelikat ni buat aku nampak pelik dimata mereka?’

“Tunggu Zien..” Falisha mempercepatkan langkahnya melintas dan menghalang jalan Wazien. Tangan didepakan di hadapan lelaki itu.

“Kenapa mereka tengok saya.. Macam saya ni.. Orang pelik?” Tanya Falisha.

“Pelik? Tak ada yang pelik yang ada dengan Falisha. Panggil saya Wazien..”

“Mungkin sebab kain pelikat awak ni, agaknya..” Tangan Falisha cuba untuk membuka simpulan mati di pinggangnya.

“Kalau Falisha buka kain pelikat tu.. Barulah mereka akan melihat Falisha dengan tatapan yang pelik. Marilah rumah saya disana..” Wazien menunjuk ke arah rumahnya. Sebuah senyuman diberikan buat Falisha sebaik saja Wazien melintasi Falisha.

“Tunggu” laung Falisha.

Di rumah Wazien.

“Mak!”

“Mak!”

“Mak!”

Awanis berlari sambil memanggil emaknya yang ada di dalam rumah.. Anak tangga kayu dipanjatnya dengan tergesa-gesa.

“Apa ni Awanis. Tak elok kamu berperangai macam ni. Kamu tu perempuan tahu..” tegur Wadaah kepada anak perempuannya.

“Mak.. Dia dah sampai.. Orang kita dah tunggu akhirnya sampai juga..” kata Awanis dengan nada ceria.

“Kamu pasti?” Tanya Wadaah tangan Awanis digengam erat oleh Wadaah.

“Betul mak! Abang yang..”

“Assalamualaikum..” suara Wazien kedengaran memberi salam dari luar rumah.

“Waalaikumsalam”  sahut Wadaah. Mengatur langkah ke ruang tamu sambil memegang tangan Awanis. 

“Wazien..” panggil Wadaah.

“Ya mak.. Wazien balik ni..” Wazien menyahut dari luar.

“Ajak dia naik Wazien..” suara Wadaah lembut membalas.

“Naiklah, Falisha” Pelawa Wazien. Sebaik kakinya memanjat anak tangga ke atas.

Falisha menganggukkan kepalanya dan memanjat anak tangga kayu naik ke atas rumah tersebut.

“Hi..hi..hi..hi” Awanis ketawa kecil. Sebaik saja dia melihat Falisha ada di hadapannya. Membuatkan Falisha menuduk dengan wajahnya yang sudah bertukar merah.

“Awanis. Kenapa kamu ketawa?” Tanya Wadaah yang sedang berjalan menuju ke arah tetamunya. 

“Mak nak tahu.. Hmm.. Sebenarnya..” Awanis menunjuk kepada kain pelikat yang terikat pada pinggang Falisha.

“Awanis” Wazien menegur adiknya. Sambil kepalanya mengeleng.

“Kenapa?” tanya Wadaah dengan tangan yang meraba ke hadapan. Wazien menyambut tangan Wadaah lalu di bawa ibunya melangkah ke hadapan mendekat dengan Falisha.

“ Tak ada apa-apa mak. Ni kenalkan Falisha..” Wazien berhenti sebaik saja Wadaah berdiri dekat dengan Falisha.

“Falisha. Ini emak saya. Dia..”

“Buta..” Wadaah menyambung bicara Wazien.

“Saya Awanis..” celah Awanis.

“Maaf. Saya hmm.. Falisha Irdina..” Balas Falisha kekok.

“Boleh makcik sentuh wajah kamu nak? Maaf kalau permintaan makcik ni berat buat kamu..”

“Boleh..” Falisha mengambil tangan Wadaah dan mengangkatnya naik perlahan-lahan diletakkan di pipinya. Beberapa saat jari Wadaah meraba-raba wajah Falisha. Suasana ketika itu menjadi sepi seketika.

“Kamu. Cantik seperti ibumu..” Kata Wadaah dengan satu senyuman yang manis pada wajahnya.

“Mak cik kenal mama saya?” Tanya Falisha.

“Kenal sayang, ibu kamu Yaseera. Wanita tercantik di pulau ni.”puji Wadaah dengan ketawa kecil.

“Dulunya kami sahabat baik.” sambung Wadaah.

“Dulu mak saya dapat melihat seperti kita yang lain. Sebab itu dia tahu yang ibu Falisha cantik orangnya..” Wazien menyampuk. Falisha sekadar mengangguk.

“Abah mana mak?” Tanya Wazien.

“Abah kamu, dia dah ke hutan, cari kayu herba.. kenapa?” Tanya Wadaah.

“Falisha.. Dia.”

“Saya mencari Ali Muaz.. Untuk gelang ni.” Falisha mengangkat tangannya menunjuk kepada mereka semua.

“Gelang?” Wadaah meraba-raba. Pegelangan tangan Falisha ditangkapnya. Kemudian dia berpaling melihat kepada Wazein. Kini wajah Wazien pula diraba olehnya.

“Kenapa dengan gelang ni? Apa maksud Falisha dengan gelang tu Wazien?” Tanya Wadaah bimbang.

“Mak. Duduklah dulu..” Wazien membawa Wadaah duduk di kerusi yang ada di ruang tamu.

Falisha yang tak mengerti apa-apa sekadar melihat saja. Bibirnya bagaikan terkunci melihat wajah Wadaah yang tadinya ceria berubah keruh dan gelisah sebaik dia bertanyakan tentang gelang yang ada ditangannya.

“Wazien.. Tanya kan Falisha, kenapa dengan gelang itu?” Wadaah menepuk bahu Wazien beberapa kali dengan lembut.

“Maaf.. Apa.. Isha salah cakap? Mengenai gelang ni..? Papa beritahu dengan Isha untuk cari Ali Muaz, berkaitan dengan gelang ni..” kata Falisha dengan hati-hati.

“Untuk apa? Gelang tu tak boleh di kembalikan. Itu adalah tanda ikatan pertunangan Falisha dengan anak makcik.. Wazien” Wadaah menepuk pipi Wazien pula kali ini.

“Apa!” terjerit Falisha. Wazien yang sedang menunduk turut berpaling melihat kepada Falisha yang sedang mengelengkan kepalanya. Masing-masing terkejut melihat riaksi Falisha.

‘Tak mungkin! Apa semua ni? Tunang? Tunang dengan lelaki ni! Kenapa papa tak beritahu apa-apa pun! NO! aku tak nak!’ terus Falisha berpaling  dan keluar dari rumah kayu itu. Kakinya berlari-lari tanpa arah tuju dengan perasaan yang bingung.

Sementara di bandar.

“Aryan! Bagun lah anak bertuah! Mama nak keluar ni! Kamu juga yang kata kamu nak bagun awal harini.. Bukan main lagi nak mama kejutkan kamu, kalau kamu tak bagun.. Ni dah masuk lima kali mama masuk bilik kamu okay! Kamu still juga tidur.. Tolonglah! Lepas ni biar bibik aja yang kejutkan kamu..” bebel Shiraz kepada anak bujangnya yang masih berbungkus dengan selimut tebal di atas katil.

“Mama.. Bagilah Aryan tidur, sikit saja lagi.. Please. Mata ni tak boleh nak buka lagi” Aryan  mengangkat tangannya keluar dari balutan selimut, menayangkan jari telunjuk dan ibu jari yang dirapatkan.

“Ha ah! Alasan. Mama tak ada masa nak tunggu kamu. Hand phone kamu tu dah tak larat nak berbunyi. Tapi tuan dia. Tak bangun-bangun juga.” Shiraz mengoreskan jarinya pada permukaan skrin telefon bimbit milik Aryan.

“Hei bangun.. You have a lot of miss call and message from someone ni..” Shiraz mengoyang-goyangkan gumpalan kain selimut itu.

“It from… Isha?”

“ISHA” mendadak Aryan keluar dari selimut yang seperti kepompong yang membalut tubuhnya tadi. Terbang selimut itu bila nama Isha disebut oleh Shiraz.

“Hemm, tahu pun nak keluar..” perli Shiraz. Aryan mengambil telefon bimbitnya dari tangan Shiraz.

~Aryan, Isha perlu pergi ke satu tempat. Tunggu Isha balik yea.~ Falisha.

~Isha dah call banyak kali. Aryan still tidur ke? Isha dah kena pergi ni. Take care. Nanti Isha balik kita sambung bincang tentang perkahwinan kita ya~ Falisha.

Selainnya adalah pemberitahuan tentang panggilan yang terlepas dari Falisha.

‘Dia nak kemana? Kenapa tiba-tiba? Adakah dia cuba mengelak? Dia nak kemana? kenapa dia tak mention apa-apa dekat aku nama tempat tu..’ Aryan bingung.

“Mama dah nak pergi ni. Kenapa monyok pula ni?” Tanya Shiraz menarik naik dagu Aryan agar mendongak melihat kepadanya. Mata Aryan terkebil-kebil melihat kepada Shiraz.

“Kenapa ni?” Tanya Shiraz sekali lagi. Bila Aryan masih tetap diam membisu.

“Nothing lah ma. Mama da lambat kan. Aryan pun dah lambat ni..” Aryan melompat turun dari katil. Berjalan masuk kedalam bilik air.

“Ish budah ni. Itula, orang malam tidur kamu tu merayap. Entah kemana-mana saja. Dah balik rumah boleh keluar lagi. Entah pukul berapa balik pun tak tahu. Kan sekarang susah nak bagun pagi. Papa tanya mama.. Bila kami boleh pergi jumpa dengan keluarga Isha tu. Mama dengan papa akan ke Jepun selepas ni.. Mama plan nak selesaikan sebelum kami bertolak kesana..” Shiraz berdiri melihat ke cermin besar yang ada di bilik tidur Aryan.

“Bila mama nak pergi? Aryan tak tahu apa-apa pun ma.. Papa tak bagitahu apa-apa pun?” Pintu bilik air di buka semula. Aryan yang hendak mandi tadi kini membatalkan niatnya dan keluar dari bilik air sekadar mengenakan seluar pendek.

“Lagi dua minggu. Boleh la nak siap apa yang patut kan.” Balas Shiraz yang sedang mengenakan subang di cuping telinganya.

“Dua minggu ma?” Aryan tergelak kecil.

“Why? Is that any problem?”  

“No! Not at all..” Aryan memberi jaminan.. Dia kemudiannya mengeleng.

“Good than.. When? Bila kami boleh pergi?” Tanya Shiraz berpaling melihat Aryan yang duduk du hujung katil.

“Aryan akan pergi ke rumah Isha untuk tanya terus dengan papa Isha..” Aryan menarik bibirnya tersenyum sebaris kepada Shiraz.

“Bagus, kalau nak bertunang or whatever it is.. Mama dan papa patut kenal dengan ahli keluarga orang yang bakal menjadi sebahagian keluarga kita tu. Itu penting. Aryan satu-satunya anak mama dan papa. Satu-satunya keturunan kami. Faham kan maksud mama” Shiraz menarik bibir merahnya melebar. Aryan mengangguk tanpa bersuara. Selesai bicara Shiraz melangkah keluar dari bilik anak bujangnya. Aryan mendengar Shiraz yang baru keluar dari biliknya sedang memberi arahan kepada pembantu rumah yang ada di luar biliknya.

Aryan memandu keretanya menuju ke rumah kediaman keluarga Farisha. Sebaik sampai dia mula terangak-angak untuk turun. Dia mendail nombor telefon Falisha berulang-ulang kali namun tiada sambungan. Keluhan demi keluhan keluar mulut Aryan. Pagar tinggi dihadapannya dipandang lama.

‘Masuk sajalah Aryan. Kau tunggu sini pun tak ada juga jawapannya.’ Suara hati Aryan memujuk.

Turun jugak Aryan dari keretanya berjalan ke pintu kecil yang selalu Falisha gunakan untuk keluar setiap kali dia datangan untuk menjemput gadis itu. Loceng pintu rumah itu di tekannya. 

“Ya.. Cari siapa?” suara perempuan keluar dari alat yang melekat pada dinding konkrit tiang pada pagar rumah itu.

“Maaf.. Saya Aryan. Isha ada?” Tanya Aryan, sebaik memperkenalkan dirinya.

“Cik muda tak ada..” Jawab suara Juani yang kedengaran dari alat itu.

“Oh! erm.. Ayah Isha ada?” Aryan memberanikan diri bertanya.

“Tuan? Tuan pun tak ada. Lepas hantar cik muda. Tuan terus ke pejabat tak balik ke rumah..” Jawab Juani jujur.

“Hantar Isha? Hantar Isha ke mana ya?” Tanya Aryan bercakap dengan dinding pagar rumah itu.

“Hmm.. Cik muda balik ke kampung Puan..”

“Dekat mana tu?” cepat Aryan memintas.

“Yang tu saya tak tahu.. Pulau..” Juani yang ada di dalam rumah tergaru-garu kepalanya, cuba mengingati nama pulau tempat kelahiran Yaseera.

‘Adoi, sekarang juga nak lupa nama tempat tu. Sebelum ni aku ingat. Pulau.. Hmm.. Santubung. Eeh! Jauh sungguh bunyinya. Apa ya.. L..L..’

“Maaf Encik, sungguh saya tak dapat ingat nama pulau yang cik muda pergi tu.” Balas Juani.

“Hmmm.. tak apalah kalau macam tu, terima kasih ya” balas Aryan dengan rasa hampa. Dia terus berjalan ke keretanya dan memandu pergi dari kawasan perumahan itu.

“Siapa tu?” tanya Ghadi menyapa isterinya yang sedang melekat pada alat komunikasi yang disambungkan ke loceng pintu rumah Fadhlan.

“Ada orang ni.. Rasanya budak lelaki yang selalu datang jemput cik muda tu. Datang cari cik muda. Tanya saya cik muda ke mana” terang Juani.

“Dah tu? Bagitahu dia..?” Tanya Ghadi. Juani menggelengkan kepalanya.

“Tak, sebab tak ingat nama pulau tu.. apa ya?” Tanya Juani.

“Tak payah penat-penat nak melayan budak tu, bagitahu Isha kemana. Kalau bagitahu pun. Bukan dia tahu nak kesana.” Ghadi ketawa sambil kepalanya mengeleng.

“Nak kopi? Saya buatkan..” Tanya Juani.

“Hmm.. Boleh” balas Ghadi yang baru masuk selepas mengecat laman belakang rumah.

Kini bertambah sunyi rumah itu dulunya berempat, kini bertiga..

Aryan br nk mencari falisha, yang dah terlepas pergi ke pulau lantera.. Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari.. Insya Allah kita sambung esok ya.. Tq.tq.tq semua.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience