23. IJAB QABUL

Fantasy Completed 227354

Sudah bertahun-tahun dia merindui untuk pulang semula ke pulau yang penuh dengan misteri itu. Pulau yang menemukan dirinya dengan pasangan hidupnya. Sehingga dia mempunyai seorang puteri seindah rupa, bidadari hatinya itu.

“Dato’..” Zayyad datang menghampiri geladak kapal. Dimana ada Fadhlan yang sedang berdiri disitu, mengadap destinasi mereka yang sudah mula kelihatan pada pandangan mata kasar mereka itu.

“Akhirnya dapat juga saya kembali ke pulau yang penuh dengan misteri ini, Pulau Lantera. Mungkin ini kali terakhir saya kembali  kesini. Saya bukannya muda lagi. Satu tanggungjawab saya dah selesai. Harap dia boleh lindungi puteri tunggal kami.” Berat nada bicara Fadhlan itu. Di dalam rasa gembira itu, masih  tercalit  rasa sedih. Kasih seorang ayah kepada puterinya. 

“Dato’ datang ke sini sebagai seorang wali. Bukannya sebagai orang biasa-biasa kali ini. Tinggallah disini beberapa hari. Nanti saya akan kembali ambil Dato’. Dato’ bolehlah luangkan masa dengan cik muda..” kata Zayyad.

“Tak mahulah saya. Lagi lama saya duduk disini, nanti lagi berat hati saya nak tinggalkan Lantera. Saya akan ikut dengan kamu untuk pulang saja nanti, setelah selesai acara akad nikah..” Balas Fadhlan. Berat dia nak tinggalkan Lantera, berat lagi hatinya nak melepaskan Falisha nanti, kalau dia terus berlama-lama di Lantera.

“Baiklah Dato’ saya ikut Dato’ saja. Kita pun dah semakin dekat dengan pulau ni.” Zayyad menunjuk ke arah pulau yang semakin jelas. Kemudian dia berpaling melihat kearah seorang lelaki yang sedang mengemudi kapal miliknya itu.

“kamu turun sekali ?” Tanya Fadhlan.

“Kali ni demi Dato’ saya turun. Selalunya saya tak turun. Sekadar hantar di jeti saja, seperti hantarkan cik muda sebelum ini..” jelas Zayyad. Fadhlan menganggukkan kepalanya, faham.

Fadhlan melihat ada beberapa orang yang sedang berdiri di atas jeti. Satu-persatu wajah yang ada diperhatikannya. Tak seorang pun dia kenali melainkan satu wajah yang dulunya nampak muda di dalam ingatannya kini telah berubah mengikut aliran umur.

“Assalamualaikum..” Fadhlan memberi salam, bila kapal yang dinaikinya semakin lama semakin menghampiri jeti.

“Waalaikumsalam, Fadhlan. Alhamdulillah akhirnya kita dapat juga berjumpa dalam keadaan nyata..” Ali Muaz melebarkan senyumannya. Tangannya menarik tangan Fadhlan membantu Fadhlan naik ke jeti.

“Ia betul tu, maafkan aku kalau aku agak terlewat dan membuatkan kau marah Ali.” Fadhlan naik ke jeti memeluk Ali Muaz.

“Jangan terasa, aku hanya mengingatkan. Apa yang telah dijanjikan harus ditunaikan. Yaseera tentu sekali nak anak dia kembali ke Lantera. Aku harap kau faham. Janganlah berkecil hati dengan apa yang aku buat sebelum ini.. Andai aku tersalah dan terkasar. Aku minta maaf.” Belakang tubuh Fadhlan ditepuk-tepuk oleh Ali Muaz.

“Aku faham, Yaseera dah beritahu aku semuanya sebelum dia pergi. Tapi itulah, tak mudah aku nak sampaikan perkara ini kepada Falisha. Aku harap kau boleh jaga dia sebaik-baiknya, seperti yang Yaseera amanahkan.” Ali Muaz mengelengkan kepala. Sekalian meleraikan pelukan mereka berdua.

“Orang yang paling tepat untuk kau beritahu semua itu adalah dia.” Ali Muaz berpaling dan menunjuk kepada Wazien.

“Wazien.?” Fadhlan menunjuk kepada pemuda yang berkulit cerah kemerahan dihadapannya.

“Ya pakcik, saya Wazien.” Wazien menyuakan tangannya dan bersalaman dengan Fadhlan.

“Segak bakal menantu aku, Ali Muaz. Lebih segak dari kau yang muda-muda dulu..” Usikkan Fadhlan membuatkan  pemuda yang sedang menuggu disitu berpaling melihat sesama mereka.

“Ya, aku tahu tu. Memang dia segak.” Ali Muaz berbicara, niat untuk mengendurkan suasana yang kelihatan tegang itu, agar anak muda yang ada tidak salah sangka.

“Terima kasih atas pujiannya pakcik, saya tak layak dipuji setinggi itu.. Saya hanya biasa-biasa saja. Tetap sama seperti yang lainnya.. Sebaik pujiannya hanya untuk diriNya..” Wazien menarik senyuman manisnya kepada Fadhlan.

“Alhamdulillah.. Satu lagi, panggil saja papa. Bukan lama pun papa disini. Papa akan balik selepas selesai akad nikah nanti.” Fadhan berpaling menunjuk kepada Zayyad. Wazien juga berpaling kepada arah yang sama, dia melihat Zayyad menganggukkan kepalanya beberapa kali.

“Jangan tengok Zayyad macam tu. Papa yang nak balik awal.”

“Baliklah kalau dah papa kata macam tu.. Wazien tak akan memaksa.” Balas Wazien. 

Ali Muaz mempelawa besannya untuk ke rumah utama dimana ada Falisha yang sedang disiapkan oleh gadis-gadis untuk acara akad nikah, kini orang yang di tunggu telah tiba. Bergeraklah mereka smua ke rumah utama.

Mata Fadhlan meliar melihat permandangan di hadapannya. Tenang damai seperti dahulu. Malah udara yang dihirupnya terasa segar dengan bauan aroma laut bercampur dengan bau panas tropika, cukup sempurna buatnya. Macam mana dia tak jatuh cinta untuk tinggal disini beberapa tahun dulu sampai terjatuh cinta dengan puteri larangan dari Pulau Lantera. Dalam tak sedar Fadhlan tersenyum sendiri.

“Papa!” jerit Falisha, turun dari rumah utama dan berlari kepada Fadhlan.

“Isha..” Falisha memeluk Fadhlan secara mendadak seperti kebiasaanya yang selalu dia lakukannya.

“Papa baru sampai dah di terkamnya.. Anak papa sihat?” Tanya Fadhlan. Falisha yang memeluk erat papanya mengangguk di bahu Fadhlan dengan mata yang masih tertutup rapat.

“Isha rindu papa. Rindu papa sangat-sangat..” Ucap Falisha. Butiran jernih mula kelihatan di hujung tubir mata, lalu menitis jatuh ke pipi Falisha. Bibir bawah diketap erat mula bergetar menahan rasa sebak yang Falisha sedang rasakan sekarang ini.

“Papa tahu. Papa pun rindukan Isha, sebab tu papa datang. Dah! Tak nak macam ni.” Fadhlan meleraikan pelukan mereka anak beranak.

“Selepas ni anak papa kena jaga diri faham. Tak boleh manja macam ni lagi. Lepas ni Isha akan pikul satu tanggungjawab besar, sayang. Menjadi seorang isteri, ibu dan Ratu Lantera.. Seorang ratu haruslah kuat. Bukan hanya kuat untuk diri dia sendiri tapi kuat untuk puak Lantera. Kalaulah mama masih ada ni, dia tengok Isha ada disini. Pakai pakaian untuk akad nikah ni, mesti dia sangat gembira. Orang yang paling gembira.” Fadhlan mengesat air mata yang mengalir di pipi Falisha. Falisha yang tak membuka mulutnya sekadar mengangguk seperti anak kecil.

‘Tak hairan kenapa dia begitu. Sebab dia dimanjakan oleh papa, ini bukanlah satu perjalan kehidupan yang mudah buat dia. Aku akan cuba untuk lakukan sebaik mungkin. Aku tak mungkin gantikan tempat papa. Tapi aku bersedia untuk kau jadikan aku tempat kau mengadu segalanya.’ Wazien menarik nafas yang terasa berat di dadanya.

“Marilah kita masuk ke dalam Fadhlan.” Ajak Ali Muaz. Fadhlan berpaling melihat kepada Ali Muaz.

“Yea, baiklah.” Balas Fadhlan. Fadhlan memberi laluan buat mereka dahulu untuk naik ke atas.

Falisha mengangkat alis matanya yang masih basah melihat kepada Wazien. Seketika pandangan mata mereka bertaut. Falisha terus melihat tanpa memutuskan tautan mata itu seperti sebelum ini. Wazien pula seperti mahu sampaikan sesuatu yang Falisha sendri tak dapat meneka apakah itu sebenarnya.

“Mari papa tengok anak papa. Cantik bukan kalau menutup aurat penuh macam ni. barulah ada ciri-ciri seorang ratu..” Fadhlan mengosok lembut selendang yang ada diatas kepala Falisha.

“Isha. Sebenarnya..”

“Tak apa perlahan-lahan. Papa suka tengok Isha seperti yang sekarang ni. Makin tenang tak macam dulu..”

“Dulu Isha jahat kan?” potong Falisha.

“Anak papa mana ada jahat, Cuma terlalu terikut-ikut dengan gaya hidup orang yang salah..”

“Pa..”

“Dah, kita tak perlu cakap tentang tu. Sekarang ni papa bawa anak gadis papa ni naik ke atas ya. Tak elok biar orang menunggu kita sayang.. Tak nak sedih-sedih macam ni. Senyumlah..”  Fadhlan menekan hujung bibir Falisha agar Falisha segera tersenyum. Falisha menjatuhkan kepalanya kebawah perlahan-lahan dengan senyuman yang terukir.

Kini semuanya sudah sedia untuk melakukan acara ijab dan qabul bagi menyatukan Wazien dan pasangannya Falisha Irdina. Dari satu hubungan yang di katakan ajnabi kepada hubungan yang halal.

“Sah!”

“Sah!”

“Sah!” 

“Alhamdulillah!” ucapan syukur di sahut dengan perasaan lega dan senyuman melekat di setiap wajah yang ada.

Bagi Falisha, dia seperti dipukau bila mendegar perkataan ‘sah’ yang dulunya dia sangat nantikan dari seseorang. Sehinggalah dia dikhianati, bagaikan luka lamanya terasa kembali. Mata dipejam rapat. Menghilangkan rasa sakit itu. Wazien berpaling melihat kepada Falisha yang sedang terpejam, jelas kelihatan anak mata Falisha yang sedang begerak-gerak disebalik kelopak mata yang tertutup itu.

Blaarrr!!! Krakkkrr!

Guruh berdentum kuat di luar, pada siang hari membuatkan mereka yang ada di rumah utama tersentak bangun. Hanya Falisha seorang saja yang masih terduduk di tempatnya. Melihat mereka yang lainnya sedang menjenguk ke luar jendela.

“Jaga Falisha!” Jerit Wazien. Menunjuk kepada Falisha yang masih bingung. Kain putih yang terlipat di lengan Wazien dibuka dan membentangkan menutup kepala Falisha.

“Wazien..” panggil Falisha disebalik kain putih yang baru ditutup oleh Wazien.

“Duduk disini. Dan jangan keluar dari kain ni.” pesan Wazien.

“Tapi kenapa?” Falisha ingin bangun mengikut langkah Wazien. Namun bahunya ditekan oleh seseorang, dia menongak melihat siapa gerangannya.

“Papa? Abang?” Falisha melihat Fadhlan yang ada disebelah kirinya dan Zayyad yang ada di sebelah kanannya. Muka Zayyan dan Fadhlan nampak tegang sekali.

Separuh dari isi rumah itu turun ke bawah mengikut langkah Wazien dan Ali Muaz keluar menuju ke pantai.

“Aku dengar angin bertiup membawa khabar gembira. Sampai hati melupakan aku, kenapa tak menjemput aku Ali?” sindir seorang wanita yang tersenyum manis kepada para puak Lantera.

“Kami tak mengalu-alukan kedatangan kau Maheem. Pulanglah kau ke tempat asal. Jangan sampai aku berkasar dengan kau Maheem.”

“Errhmm, kenapa? Aku dah tak layak jejakkan kaki aku di tempat ni? Sedihnya.” Maheem menunduk lalu mencengkam pasir pantai, kemudian dibiarkan pasir-pasir itu jatuh melepasi celah-celah jarinya.

“Ya kau tak layak Maheem.” Maheem berdiri semula, dengan kepala yang menyenget melihat kepada Ali Muaz.

“Aku cuba datang nak berkenalan dengan bakal Ratu? Salahkah Ratu Malam datang menyapa Ratu Lantera? Kalau halau aku pergi.. Takkah itu namanya biadap? Hemm” Tanya Maheem. Badannya terlengok-lengok ke kiri dan kanan saat bicara.

“Seorang ratu yang digelarkan penyihir hitam tak layak menjejakkan kakinya ke sini? Tak cukup kau dah butakan Ratu Lantera sebelum ini. Sekarang kau datang untuk apa? Apa yang kau dengarkan itu semuanya tidak benar.” Suara Ali Muaz semakin lama semakin kasar bunyinya dengan matanya yang sudah bertukar keemasan penuh.

“Jangan lah marah. Aku hanya berikan hadiah kepada setiap ratu. Mulanya masa aku datang tadi. Aku menghidu satu haruman yang sangat-sangat aku cari selama ini. Tapi! Tiba-tiba ia hilang. Itu buatkan aku bertambah penasaran. Sangat-sangat penasaran.. Dengan bau haruman tu..” Maheem menjilat bibir atasnya, kemudian menelan air liurnya. Sebelah tangan naik memegang batang lehernya mengikut alur air yang ditelannya tadi.

“Bau darah yang penuh nikmat!” jelas Maheem. Kepala yang mendongak tadi kini melihat kepada Ali Muaz yang sedang berdiri di hadapannya.

“Sudah-sudah lah itu Maheem. Tak cukupkah apa yang kau dah buat selama ni. Tak ada gunanya semua ni. Kami puak Lantera tidak akan campur tangan dengan puak lain.” Jelas Ali Muaz.

“Dari dulu Maheem aku hulurkan kedamaian di antara kita, tapi kau! Selalu menghina aku. Sepertinya aku ni puak yang hina. Salah kah aku untuk buat kesepakatan mengabungkan tiga puak kita menjadi satu.?” Tanya Maheem.

“Aku tahu niat kau Maheem. Kau bukannya hendak bersatu. Tapi kau mahukan semuanya. Sampai kau bersengkongkol dengan makhluk lain untuk menawan dan merampas semuanya. Kami bukannya begitu, puak kami selesa dengan kehidupan kami sekarang ini.” Bantah Ali Muaz.

Maheem menghela nafasnya kasar. Berkali-kali dia datang dan setiap kali itula juga cadangannya ditolak oleh Ali Muaz.

“Kalau kau mahukan kekayaan dari Lantera akan aku berikan, tapi bergabung dengan Berang aku tolak..” tegas Ali Muaz kepada Maheem.

“Kekayaan?” Tanya Maheem dengan suaranya yang separa berbisik itu. Menyatakan perkataan itu bagai mengembus angin yang keluar dari mulutnya.

“Kenapa hanya kekayaan? Aku mahukan semuanya.. Keturunan, kecantikan, kekuasaan, kekebalan, keabadian.. Semuanya..” bibir Maheem ditarik tersenyum panjang sampai ke telinganya.

“Ketamakkan takkan buat kau bahagia Maheem. Sebab kau telampau megejar semua itu. Kau terleka Maheem. Hati kau kosong!”

“Kau tahu kenapa hati aku kosong Ali! Sebab kau!” marah Maheem.

“Kau yang selalu berharap lebih dari aku, Maheem. Aku tak pernah setuju nak satukan puak kita walaupun aku tak disatukan dengan Yaseera.” Ali Muaz menggeleng kepalanya perlahan.

“Aku tetap akan cari jalan untuk menyatukan puak kita Ali. Lambat atau cepat, pasti ada seseorang yang akan jatuh hati kepada puak Berang. Dan bila masa itu sampai. Akulah yang paling gembira. Bukannya seperti yang kau kata kan itu Ali. Waktu itu. Aku akan menguasai semuanya. Aku cari puteri tunggal Yaseera. Jasad dan rohnya akan aku ikat dan biarkan puak kau melopong.” Maheem menunjuk tepat kepada Wazien. Sebuah senyuman sinis diberikan buat Wazien.

‘Aku akan bakar semangat kau wahai anak muda. Biar kau tahu. Akulah pencabar kau. Peringatan buat bakal ratu.. Bahawa akulah pemerintah sebenarnya. Dia bukanlah saingan aku’ Maheem melihat anak mata Wazien mula bertukar kepada lingkaran keemasan. Terasa apa yang baru disampaikan tadi sampai kepada anak muda itu.

“Jangan libatkan anak muda dalam hal ini Maheem. Kau berurusan dengan aku. Bukan dengan dia, aku yang perlu kau hadapi.” Ali Muaz berdiri dihadapan menghalangi Wazien.

Maheem ketawa. Ketawa yang mulanya perlahan kemudian bertukar menjadi panjang-panjang dah mengilai.

“Kau, kau takut?” Maheem menunjuk kepada Ali Muaz dengan tangannya. Sebelah lagi memegang perutnya.

Ali Muaz langsung tak memberi riaksi balas kepada Maheem.

“Tiada apa yang kau perlu ketawakan di sini Maheem!” terus terdiam Maheem yang sedang ketawa tadi. Mendengar tengkingan dari Ali Muaz. Bagaikan Harimau jantan yang mengaum menunjukkan taringnya kepada musuh.

“Pergi kau dari sini! Aku tak akan bertolak ansur dengan kau lagi Maheem. Berani kau masuk ke Lantera dan pecahkan perisai Lantera! Aku takkan berlembut dengan kau lagi, tak perduli kau berlainan jantina dengan aku ataupun tak..” Ali Muaz mula membuka langkahnya, kaki di pasak ke bumi. Jari-jari kaki mencengkam pasir pantai. Seraya itu tangannya pula digerakkan membuat bunga-bunga silat. Kini dia sedia untuk menyerang lawannya.

“Aku tahu, aku memang tak mampu melawan belang emas. Tapi aku..” Maheem membawa penumbuknya ke hadapan wajahnya. Mulutnya bergerak terkumat-kamit membaca sesuatu. Tapi belum sempat dia menghabiskan jampinya. Wazien menarik kain yang ada di bahu Bazli yang ada di sampingnya. Lalu kain itu dilibaskan kearah Maheem. Jatuh terlentang ke belakang Maheem di buatnya.

“Arggrrrhh! Sial kau!” marah Maheem bila terasa mukanya bagaikan terbakar akibat olahnya sendiri. Dia yang masih menunduk melihat tangannya yang sedang terbakar. Seperti terbakarnya sekeping kertas dimakan api.

“Aku bersumpah! Aku akan bunuh setiap keturunan kamu yang lahir nanti! Aku bersumpah!” Maheem menjerit kuat. Kemudian hilang bagaikan ditelan oleh lubang hitam. Hanya suaranya yang masih kedengaran menyapa gegendang telinga mereka semua.

“Wazien! Dimana kesabaran kamu! Sekarang kamu tengok apa yang dah terjadi..”

“Wazien cuba risaukan keadaan abah.. Wazien tak sangka pula yang dia akan..” Wazien menunduk melihat kain yang ada di tangannya.

“Di dalam setiap perkara, kesabaran dan kewarasan itu penting Wazien. Sumpahan Maheem.. Merupakan sumpahan penyihir hitam. Ratu Malam puak Berang.. Sekarang kita benar-benar membangkitkan kemarahan dia..” Keluh Ali Muaz. Dia tak sanggup untuk membawa puaknya untuk menghadapi pergaduhan antara puak-puak yang lain. Pastinya akan banyak terkorban nanti. Sudahlah puak Lantera tak seramai mana.

“Baliklah semua. Buat masa terdekat Maheem takkan datang untuk menganggu kita. Tapi semuanya haruslah berhati-hati. Pulanglah.” Ali Muaz memberi arahan. Pemuda yang ada di situ berpaling dah melangkah pergi..

“Wazien.. Sekarang Falisha sudah selamat menjadi isteri kamu. Bimbinglah dia dan persiapkan dirinya untuk menjadi Ratu Lantera.. Dia perlu tahu apa yang bakal menantinya nanti..” Ali Muaz memperingati Wazien.

Wazien ikut Ali Muaz naik ke rumah utama. Dia melihat Falisha masih duduk di tengah ruangan itu. Disebalik kain yang dia bentangkan tadi sambil dipegang oleh Zayyad dan Fadhlan pada bahunya.

‘Mujur kain itu sudah dijampi untuk menutup aura Falisha. Kalaulah tidak. Tentu Maheem tahu Falisha ada di sini. Tapi aku pula yang membuat seluruh keturunan aku dalam bahaya..’

Muncul dah siapa yang terjaga dari tidur yang menghidu aura falisha.. Terjawab juga siapa yang membuatkan ratu lantera sebelum ini menjadi buta.. Waadah.. Terima kasih kepada pembaca semua.. Muaahhh muahh muaahhh.. Sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Luv you all.. Take care.. <3<3<3<3<3 (^-^)...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience