26. DEENA DAN BAYU

Fantasy Completed 227394

Sayu mata melihat kepada Wazien yang sedang di titiskan pati bunga embun pagi gunung oleh Ali Muaz. Saat melihat titisan air itu jatuh dan masuk kedalam celahan bibir Wazien. Bercahaya keemasan wajah Wazien seperti asalnya. Masing-masing tersenyum melebar.

“Alhamdulillah..” Ali Muaz mengucapkan syukur. Kedua-dua tangannya di angkat tinggi menadah ke atas. Walaupun Wazien masib belum sedar, itu adalah satu tindak balas positif dari Wazien.

“Tapi, abah kenapa Wazien belum bangun lagi? Apa bunga itu, sekuntum tak cukup?” Tanya Falisha polos. Sambil menggelengkan kepalanya.

“Tak bukan macam tu. Biarkan Wazien berehat. Falisha pun kena berehat sama. Esok Falisha pergi ke mata air biru ya.. Lagi satu perkara. Boleh abah tahu, apa yang Falisha tawarkan sebagai tukaran kepada bunga embun pagi ini?” kini semua berpaling menumpukan perhatian mereka melihat kepada Falisha. 

Falisha yang berwajah pucat itu mengelengkan kepalanya melihat kepada Ali Muaz, Wadaah dan Awanis yang ada di dalam bilik itu.

“Mustahil.. Gekka tak pernah memberikan sesuatu tanpa kita membuat tukaran yang bernilai dengannya. Adakah Falisha sudah mengadai jiwa atau..”

“Tidak abah, sungguh bukan seperti itu. Abah janganlah risau. Boleh tak rahsiakan ini dari Wazien, yang Isha naik ke gunung beradat untuk petik bunga embun pagi dari Gekka. Boleh tak?” Tanya Falisha.

“Tolonglah..” rayu Falisha.

“Baiklah, asalkan Falisha bertahu abah. Apa tukarannya?” Tanya Ali Muaz. Falisha menunduk melihat ke lantai kayu bilik itu.

‘Bagitahulah mereka. Yang kau dah berikan darah kau kepada Gekka. Lambat laun mereka akan tahu juga kau tahu. Bila bunga-bunga di Lantera tiba-tiba semuanya berkembang dan hidup subur.’

“Isha.. Isha berikan darah Isha..” Falisha mengangkat tangannya yang terdapat bekas gigitan Gekka disitu.

Membulat tiga pasang mata yang ada disitu melihat kepada wajah pucat Falisha yang hanya bersahaja menyatakan hal itu. 

“Allah, Falisha.. Kenapa mudahnya Falisha memberikan darah Falisha kepada Gekka. Tahu tak darah Falisha akan membuatkan seseorang itu kecanduan. Sama seperti Maheem.” Ali Muaz menyatakan dengan nada kesal.

“Maheem? Siapa dia abah?” Tanya Falisha. Baginya Gekka itu bukanlah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya padanya. Auranya yang lemah tersembunyi di dalam dan menjalar ke seluruh Lantera.

“Tunggulah sampai Wazien sedar, biar dia yang terangkan siapa Maheem. Sekarang ni.. Rehatlah dulu..” Ali Muaz meminta diri untuk memberi ruang buat Falisha berehat.

Awanis menutup pintu bilik selaku orang terakhir yang keluar dari bilik abang dan kakaknya. Falisha berpaling melihat kepada Wazien. Tangan Wazien di sentuh dan diangkat diletakkan di pipinya.

“Bangunlah kanda.. Sedarlah dari lena mimpimu. Kanda bukalah mata tu, lihatlah kasih masih menunggu disini.” Falisha memejamkan matanya rapat sehingga jatuh mendadak air matanya kena pada tangan Wazien.

‘Sungguhkah aku dah jatuh cinta dengan dia. Allah! Sakitnya hati melihat dia terbaring macam ni. Aku rasa.. Takut! Sangat takut kehilangan dia. Izinkan aku merasai rasa cinta dari dia Ya Allah. Akukan setia bersama dengannya. Ku buka kan hati ku untuk menjadi miliknya selamanya. Mencintainya sehingga ke akhirnya.’

Keesokkannya Falisha dalam perjalanan pergi ke mata air biru, seperti yang disarankan oleh Ali Muaz sebelum ini. Kaki yang sedang melangkah untuk naik ke atas bukit terhenti di gigi sungai. Batang pokok yang tumbang di gigi air bagai menggamit kedatangan Falisha untuk melepaskan lelah sementara disitu.

“Firuz, pulanglah dahulu. Isha nak mengambil angin dahulu. Tak rasa macam nak ke mata air biru pula sekarang ni..” Falisha menunjukkan kepada batang pokok usang di gigi air.

“saya tetap akan menunggu Falisha. Silalah berehat dahulu..” Firuz menunduk sopan.

Kaki mulus Falisha meniti di atas batang pokok itu sampai kehujung sana yang berada di atas air sungai yang mengalir. Beberapa anak ikan berwarna merah dan putih melompat dipermukaan bagai sedang menghiburkan hati Ratu mereka yang sedang berduka. Falisha menunduk sehingga dadanya rapat ke batang pokok usang itu, tangannya dihulurkan ke permukaan air bermain-main dengan dua anak ikan itu. Di dasar sungai tu Falisha melihat batu-batu yang bersinar bergemerlapan di dalam air sungai dek kerana panahan sinar matahari.

“Disini rupanya si pencuri kecil itu ya? Kali ini apa pula yang ingin di curinya?” 

Falisha yang baru hendak mencapai batu-batu yang di permukaan sungai itu tersentak.

‘Pencuri! Siapa yang berani panggil aku ni pencuri!’ Falisha segera berpaling melihat kearah suara itu.

“KANDA!”  Falisha bangun dan melompat turun dari batang pokok itu dan terus  berlari memeluk Wazien. Peluk yang sangat kuat, bagaikan terasa bertahun lamanya. Tak melihat lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Rindu yang teramat sangat!.

Wazien menarik senyumannya melebar. Rambut Falisha yang putih kebiruan itu diusapnya perlahan. Dia tak tahu apa yang terjadi selama beberapa hari, dia tak sedarkan diri. Yang pasti suara Falisha sentiasa menyapa lembut gegendang telinganya, ditambah pula dengan tangisan dari Falisha yang tak henti-henti memanggil dirinya.

“Apa saja yang diambil di dalam air tu..” Tanya Wazien. Falisha meleraikan pelukkannya dan menjarakkan dirinya dengan wajah yang memerah.

“Kanda kata apa tadi, Kasih ni pencuri?” kening Falisha hampir bercantum menjadi satu merenung wajah Wazien yang sedang tergelak kecil melihat wajah marah Falisha.

“Kalau ada yang Kasih mahu curi, Kanda selaku tuan rumahnya. Akan memberi dengan rela hati, setiap khazanah yang ada di Lantera.. Termasuklah hati ni.” Wazien memegang dadanya sendiri sambil merenung Falisha yang ada di hadapannya.

“Kanda masih belum sihat ya?” Falisha mengangkat tangannya tinggi untuk menyentuh dahi Wazien.

“Tidak..” Wazien mengelengkan kepalanya, saat itu dia melihat pegelangan tangan Falisha yang sudah tersingkap sehingga ke paras siku.

“Kasih! Kenapa ni?” tangan Falisha ditangkap oleh kedua-dua belah tangan Wazien. Luka yang sudah bertukar biru keungguan diteliti oleh Wazien.

‘Allah! Kenapa lah aku tak terus ke mata air biru! Kalau tak dia takkan nampak bekas luka ni. Luka ni sudah membaik banyak dari sebelumnya. Dia sepatutnya takkan syak apa-apa, bukan?. Kalau dia syak. Alasan apa yang harus aku bagi?’

“Ini..” Anak mata Falisha berputar meliar dengan bibir bawahnya digigit sedang ligat mencari jawapan  buat pertanyaan Wazien.

“Ini bukannya gigitan manusia ni, Sang belang pun bukan.. Kasih?”

Makin gugup Falisha dibuatnya. Sebelah tangan naik mengaru kepalanya.

“Ini..Arrghh sakit” Falisha seraya menarik tangannya dan segera menutupnya dengan pakaiannya. Cepat-cepat Falisha berpaling dan ingin angkat kaki dari situ.

“Falisha Irdiana.. Kekasih hatiku. Segeralah berpaling dan jelaskan.” Intonasi suara Wazien saat itu berubah dari lembut kepada suara yang mempunyai ketegasan dalam bait bicaranya. Falisha masih berkeras membelakangkan Wazien.

“Baik. Kanda minta maaf kalau kanda terkasar tadi.” Wazien memegang kedua-dua bahu Falisha dan membawa Falisha berpaling melihat ke arahnya. Kemudian Wazien mengeluh melihat Falisha sedang memegang erat sebelah tangganya menutup lukanya yang ditegur tadi. Bahu Falisha di lepaskan dan kini dahu Falisha di angkat naik keatas. 

“Kejujuran itu penting Kasih. Salah ke pertanyaan itu?” Falisha mengangkat alis matanya melihat kepada Wazien. Sampaikan anak matanya terikut untuk mengikut gerakkan anak mata milik Wazien.

“Gekka..” satu nama disebut membuatkan anak mata Wazien bertukar warna keemasan.

“Kanda tolong. Ini bukan salah dia! Semuanya dah selesai.” Falisha menarik dada baju Wazien yang ingin melangkah ke gunung beradat.

“Selesai? Makhluk itu tak pernah selesai dengan sesiapa. Jangan cakap yang kasih petik bunga embun pagi untuk Kanda” bahu Falisha di pengang kembali oleh Wazien.

“Kasih” Falisha sedang menayangkan wajah tak bersalahnya kepada Wazien.

“Tak mengapa lah kalau begitu. Nampaknya kanda perlulah mencari abah dan tanya kan semuanya. Apa yang terjadi semasa kanda tak sedarkan diri. Kerana kasih..”

“Yea! Kasih petik bunga embun pagi tu, tapi sekarang ni Kasih tak berhutang apa apa dengan Gekka. Sungguh!” Falisha mengangkat tangannya seperti sedang berikrar di hadapan Wazien.

“Kenapa kasih buat semua tu. Kenapa?”

“Sebab kanda tak sedar-sedarlah kasih buat semua tu! Sebab apa lagi?!” tangan yang berikrar tadi naik menumbuk-numbuk dada Wazien sehingga wazien terbatuk-batuk.

“Ahh! Sorry-sorry.. Kanda ambil lah balik kuasa kanda ni, kasih tak mampu nak kawalnya” Falisha mengurut dada Wazien. Memang dia tak sengaja, tak sangka pukulan itu terkuat pula buat Wazien.

“Benda yang dah diberi. Mana boleh diambil lagi. Kasih tak belajar ya di bandar, perkara tu..?” tanya Wazien lalu memegang tangan Falisha yang ada di dadanya. Perlahan-lahan Falisha mengangkat kepalanya mendongak melihat kepada Wazien.

Saat mata mereka bertaut, bagaikan terasa ada satu melodi indah menyapa hawa telinga mereka berdua diiringi dengan detak jantung mereka yang sama-sama berdetak bagaikkan baru saja disambar petir. Laju persis gong yang dipalu berserta dengan gemanya. Pipi Falisha di usap lembut oleh Wazien.

“Kanda kenakan kasih?” Tanya Falisha mata yang bertaut tadi mula terkebil-kebil. Kemudian matanya membulat melihat bibir Wazien mengembang, menambahkan seri pada indera wajah yang sempurna itu.

‘Kenapa selalu aku akan tertawan dengan senyuman dia. Senyuman dia yang bersahaja itu terlalu manis buat aku. Mudahnya dia buat, aku jatuh cinta, dia... Buat hati aku bergetar kembali.’

“Tidak! Kanda tetap marahkan Kasih naik ke Gunung Beradat” walaupun dia sedang marah. Tapi dia tak boleh menipu dirinya. Dalam hatinya penuh dengan potret wajah Falisha Irdina, sehingga marahnya bagai hilang diterbangkan angin lalu. Risau masih bersarang dihati. Mana tak risau kalau Falisha naik ke atas sana dengan aura harimau putih dia begini. Pasti akan menarik perhatian makhluk yang lain.

“Sekarang ni. Kasih perlu kawal diri Kasih. Tak boleh terlalu terbuka macam ni. indentiti kasih harus ditutup rapat.. Kasih kena belajar kawal kuasa yang ada didalam diri Kasih. Sembunyikan haruman harimau putih dalam diri Kasih di ruang yang paling dalam” jelas Wazien.

“Okay-okay baik tuanku.. Kanda.. Sekarang kasih nak ke mata air biru boleh kan? Falisha berpaling melihat ke pada Firuz dan memanggilnya.

“Siapa yang benarkan Kasih pergi?” Wazien mengangkat tanganya kepada Firuz. Gadis itu berhenti melangkah, serba salah dibuatnya bila Falisha merenung melihat kepadanya.

“Tapi.. Kanda. Abah yang minta..” putus-putus bicara Falisha bila tangannya di tarik oleh Wazien. Walaupun dia cuba memberontak, ternyata tenaga Wazien masih utuh darinya.

Falisha menunduk melihat kepada tangannya yang masih mempunyai aura Wazien yang pernah diserap olehnya sebelum ini. Kemudian dia melihat belakang tubuh Wazien dan tangan mereka yang saling bertaut itu.

‘berapa banyak kuasa yang dia miliki sebenarnya. Tadi dia kata sakit saat aku tumbuk dada dia. Itupun dia kenakan aku?’

Wazien menarik Falisha pulang ke rumah utama. Firuz yang setia mengekori pasangan itu segera mengubah haluannya saat melihat Wazien dan Falisha melangkah naik ke atas rumah utama.

“Kanda kenapa kita balik sini? Kita nak buat apa di dalam bilik ni?” tanya Falisha takut-takut bila melihat Wazien yang berpaling dan menguncikan pintu bilik mereka.

“Salam perkenalan buat kita berdua.” Ucap Wazien sebaik berpaling.

“Hah! Apa.. Salam apa?” gugup Falisha saat itu.

“Apa yang Kanda nak buat di siang hari terang ni. Jangan..”

“Kenapa? Kita sudah tak banyak masa lagi Kasih..” Wazien membawa Falisha dan duduk di lantai.

“Kenapa kita kena duduk di lantai ni?”

“Lebih mudah dan selesa begini.” Jelas Wazien dan dia sama-sama duduk di hadapan Falisha dan melipatkan kakinya, duduk dengan selesa.

“Duduk seperti kanda.” Pinta Wazien. Terangguk-angguk Falisha dibuatnya. Dalam was-was dia duduk seperti yang dipinta oleh Wazien.

‘Salam pekenalan apa yang dia maksudkan ni? Dia buat aku takut lah! Jangan-jangan.. Tapi takkan lah sampai dilantai. Selesa? Mudah?! Siang-siang cerah benderang macam ni?’ Falisha berpaling melihat kearah tingkap biliknya yang terbuka luas.

“Tunggu.. Kasih tutup tingkap dulu..”

“Tak perlu.. Biarkan ia terbuka” Wazien menangkap tangan Falisha dan  menghalang Falisha dari bangun. Terganggu bacaannya saat Falisha ingin bangun tadi.

“Kita mula kan semua..”

“Mula? Mula apa?” Tanya Falisha. Wazien menarik nafas dalam kemudian melepaskannya.

“Kita mula tenangkan yang disini..” Wazien menyucuk jari telunjuknya pada dada Falisha. Falisha menunduk melihat jari milik Wazien. Kemudian cepat-cepat Falisha menutup dadanya dengan kedua-dua belah tangannya.

“Ambil kesempatan!”

“Sekarang dah tahu kenapa kita kena nikah baru Kanda boleh ajarkan Kasih? Kalau Kasih yang halal sekarang ni pun masih malu-malu. Apatah lagi Falisha Irdina yang sebelum ini.. Sebab itu kanda kata sebelum ini. Ianya tak lah mudah” jelas Wazien mengeleng kepalanya dengan senyuman manis yang selalu terukir pada wajahnya. Melihat Falisha yang sedang berpaling melarikan wajahnya yang merah terbakar itu.

“Boleh kita mulakan?” Tanya Wazien. Falisha mengangguk dan megalihkan pandanganya kehadapannya semula.

Falisha yang tadinya menunduk megangkat wajahnya melihat kepada Wazien yang sedang memejamkan matanya dan bernafas dengan lembut. Wajahnya mengeluarkan sinar-sinar keemasan. Sinar keemasan itu naik keatas membuatkan satu bentuk di belakang Wazien. Saat Wazien membuka matanya bentuk itu menjadi sempurna kepada harimau emas yang besar. Merenung kepada Falisha.

“Ini semangat kanda. Sekarang masa untuk Kasih pula.” Wazien menghulurkan tangannya kepada Falisha.

Tangan yang dihulurkan Wazien sekadar dipandang kosong dan tak disambut oleh Falisha.

“Tak nak, kalaulah terjadi seperti sebelum ini. Macam mana? Kasih tak nak” Falisha mengeleng laju. Tak sanggup dia melihat Wazien terbaring di atas katil sekali lagi.

“Itu biasa, tapi sekarang ni Kanda sudah pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada Kasih yang dah menyembuhkan Kanda. Percayalah kepada Kanda. Perkara itu takkan berlaku lagi.” Wazien menyuakan tangannya dekat kepada Falisha sekali lagi.

“Baik! Kalau terjadi lagi Kasih sendiri akan putuskan ikatan tu. Tolak Kanda jauh-jauh..” Falisha memberi amaran. Seraya tangannya diletakkan ke atas tangan Wazien, saat melihat Wazien mengangguk kepadanya.

Memancar sinar biru keemasan dari tangan Falisha. Sama terangnya seperti sinar keemasan milik Wazien. Sinar biru keemasan itu membentuk harimau putih yang mempunyai belang biru dan hitam pada tubuhnya duduk dengan kedua kaki hadapannya didirikan lurus disamping Falisha.

“Akhirnya kita bertemu juga..” Wazien melihat kedalam mata biru milik harimau putih itu. Tanpa membalas harimau putih itu memalingkan wajahnya kearah lain. Tak menghiraukan teguran Wazien tadi.

“Tuan dengan semangat sama je perangainya..” Hujung bibir Wazien tersenyum naik keatas. Falisha menarik tangannya yang berada didalam gengaman Wazien.

“Kanda bergurau sahaja” Wazien melepaskan tangan Falisha.

“Ini adalah bayu. Harimau belang emas, semangat yang ada di dalam kanda” Wazien berpaling lalu menunjuk kepada harimau belang emas yang berapi-api  disampingnya itu. Harimau besar itu menunduk kepada Falisha dengan anak mata yang membara melihat kepada Falisha.

“Ini..” Falisha berpaling melihat semangatnya dan kemudian dia mati kata.

“Tak bernama” Falisha dan harimau miliknya saling berpandangan.

“Aku Deena” dingin balas harimau putih itu.

“Hah! Ya, Deena” Falisha mengangguk-anggukkan kepalanya. Lalu tangannya mengelus lembut Deena.

“Aku tak tahu kau ada nama?” Falisha berbisik pada Deena.

“Bukan salah aku, kau yang tak pernah bertanya. Nama ni diberi oleh Yaseera. Sempena nama belakang kau” Deena menolak wajah Falisha menjauh dengan mengunakan kepalanya. Mereka berdua berpaling melihat kepada Wazien dan Bayu.

“Sudah selesai bergurau? Sekarang dengar apa yang Kanda nak sampaikan”

“Ianya mengenai Maheem.”

“Siapa Maheem?” Tanya Falisha.

“Itu bau aneh yang aku hidu beberapa hari lepas, orang yang menghancurkan benteng Lantera..” Deena menjilat pipi Falisha.

“Kenapa dengan dia? Apa yang dia nak?”

“Dia nakkan Kasih. Malam pernikahan kita dia datang mencari Kasih. Untuk mencabar bakal Ratu baru dan mungkin juga mengambil kasih dari sini. Dia adalah Ratu Malam, seorang penyihir hitam puak berang. Mulai saat ini dia adalah musuh kita dan juga musuh puak Lantera. Dia telah bersumpah ingin memusnahkan setiap keturunan kita yang lahir nanti. Ini semua kecuaian Kanda kerana membangkitkan kemarahan dia. Sekarang ni semuanya dalam bahaya, keturunan kita yang bakal lahir.. Kasih dan semuanya.” Jelas Wazien dengan berat hati.

“Kanda.. Sungguh kuat kah Maheem itu?” Tanya Falisha. 

“Maheem tu sebenarnya seorang wanita yang mengamalkan sihir. Dulunya dia hanyalah seorang harimau berang yang biasa. Malangnya dia di lahirkan tidak sempurna dan cacat. Mempunyai ketumbuhan di atas belakangnya sehingga wajahnya senget mengikut tulang belakangnya yang tidak lurus. Seperti kita yang lain. Dia dicaci dan dihina kerana rupa parasnya. Sampai dia memilih jalan yang salah. Mengabadikan dirinya kepada ilmu yang salah. Untuk memperolehi segala-galanya. Yang sebelum ini dia tak pernah miliki. Kemudian mengelar dirinya sebagai Ratu Malam si Penyihir Hitam. Setiap kali andai kata ada ratu yang akan muncul di dalam satu-satu puak. Dia akan muncul dan mencabar mereka semua dengan kuasanya, dan..”

“Macam tulah mak boleh menjadi buta?” Tanya Falisha. Wazien mengangguk lemah.

“Kerana mak bukannya sekuat ibu Kasih, Yaseera. Mudah dia kalahkan mak dengan satu serangan saja.” Jelas Wazien.

“Sekarang ni Kanda nak Kasih sedia, Kanda akan ajarkan Kasih semuanya yang Kanda tahu, Kasih dah sedia?” Falisha menganggukkan kepalanya.

“Sedia!”

“Tapi yang pertama. Kasih kena kawal dulu tenaga Kasih ni. Ini terlalu menarik perhatian semua makhluk yang ada.” Falisha berpaling melihat kepada Deena dan Bayu yang sedang menghampiri Deena yang tak mengendahkan kedatangannya.

Bayu nak berkawan dengan deena.. Tapi deena sombong pula.. Hihihihi.. Selepai bab arini.. Insya Allah kita sambung esok pula ya.. Tqtqttq.. Muaahhh muahh muaahhh.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience