29. CINTA KASIH KANDA

Fantasy Completed 227350

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik yang tak pernah di jengahnya sepanjang dia berada di Lantera sebelum ini. Di dinding bilik itu penuh dengan tulisan Khat yang tergantung kemas. Ada yang sudah siap dibingkaikan. Ada juga masih belum selesai penulisannya tersandar pada dinding dan lantai bilik itu.

“Maaflah  bilik Kanda bersepah, maklumlah bilik bujang..” Wazien menayangkan sengihnya. Kemudian dia menyusun beberapa kelengkapan alat tulisnya ke tepi. Takut Falisha yang sedang berjalan masuk kedalam biliknya dengan mendongak keatas itu tersadung.

“Kanda yang buat semua ni? Maksud Kasih, Kanda yang lukis..?” Tanya Falisha menyentuh kain yang belum siap diwarnakan.

“Taklah.. Bukan Kanda. Bayu yang buat semua ni” perli Wazien.

Falisha menarik tangannya yang sedang meneliti kehalusan tulisan khad yang diukir pada satu papan kayu. Dia kemudiannya berpaling melihat kepada Wazien yang sedang tersengih.

“Kanda! Kasih ingat tadi sungguh ingat bayu yang buat semua ni. Kanda ni!” Falisha menarik mukanya masam.

“Kanda lah yang buat semua ni. Inikan bilik Kanda..”

“Buku-buku yang di rumah utama tu tulisan Kanda kan?” Tanya Falisha. Menarik tangan Wazien yang sedang mengemas dari tadi.

“Mana Kasih tahu?” 

“Kasih tengok tulisan di buku tu sama dengan yang ada disini. Tak sangka tangan Kanda ni berseni” Falisha mengangkat tangan Wazien dan meletakan di pipinya.

“Ni kenapa? Dah mengaku salah? Sebab tu puji-puji kanda?” sengaja Wazien megumpan Falisha. Wazien menarik kembali tangannya. Sehingga tersentak Falisha dibuatnya.

“Kanda marah? Kasih.. Kasih dan janji nak merawat mak. Buat apa Kasih simpan semua kuasa dalam diri Kasih sendiri tanpa gunakannya, kanda?”

“Kanda sebenarnya tak tahu lah..” Wazien berpaling membelakangkan Falisha. menunduk dan sambung mengemas kembali biliknya. Agar terdapat ruang untuk mereka duduk berdua.

“Kanda.. Kanda janganlah marahkan Kasih. Kasih janji! Janji tak akan keluar rumah lagi tanpa izin kanda. Kanda..” Falisha memeluk belakang Wazien.

Wazien melihat tangan Falisha yang melilit pingangnya. Kemudian dia berpaling ke sisi mengintai Falisha yang ada di belakangnya. Tangan Falisha cuba dirungkainya.

“Taknak! Taknak!.. Janganlah marahkan Kasih! Kasih sayangkan Kanda” Serak-serak kedengaran suara Falisha saat itu. Kepalanya mengeleng di belakang Wazien.

“Sayangkan Kanda yang macam mana?” Wazien memegang tangan Falisha yang ada di pinggangnya. Bibir sudah tertarik panjang melengkung keatas. Dada berdetak kuat menanti bicara seterusnya daripada Falish.

‘Adakah ini masanya. Dia akan nyatakan perasaannya.’

Sunyi saat itu seketika. Kemudian kedengaran esak tangisan Falisha tersedu-sedu ditangkap oleh hawa telinga Wazien, belakang bajunya turut terasa basah. Apa yang di nantikan tidak keluar dari bibir merah Falisha.

“Kasih” Wazien meleraikan juga tangan Falisha dan segera berpaling melihat Falisha yang sedang menagis. Basah kedua-dua pipi putih gebu milik Falisha.

“Ya Allah, Kasih kenapa ni?” Wazien menyeka air mata Falisha yang masih mengalir turun. Falisha tak membuka mulutnya untuk berbicara. Hanya tangannya menunjuk kepada dada Wazien, menyampaikan apa yang sedang dirasa olehnya. Nafas ditarik tersekat-sekat saat alis matanya yang basah diangkat melihat kepada Wazien.

‘Dia tunjukkan aku? Sebab usikkan aku tadi agaknya.’

“Apa yang Kanda maksudkan tadi tu. Sebenarnya kanda tak tahu sama ada, perlu ikat diri Kanda di rumah atau ikat Kasih di rumah.. Tak nak bagi Kasih keluar.” Ibu jari Wazien terus menyeka air mata Falisha. Niatnya untuk terus mengusik isterinya itu terbatal serta merta.

“Selepas Malam ni. Kanda tak akan keluar lagi.. Kanda akan mula mengajar Kasih bersilat pula selepas ni. Hanya langkah asas untuk mempertahankan diri. Maaf, kalau buat Kasih bosan tinggal di rumah seorang diri. Kanda..” belum sempat Wazien menghabiskan bicaranya Falisha memeluknya erat pingangnya kembali.

“Kasih sayangkan Kanda. Kasih..” Falisha menyembabkan wajahnya di dada Wazien. Dia sendiri tak tahu kenapa dia terlalu malu dengan Wazien.

“Terima kasih. Akhirnya Kanda dapat dengar juga ucapan keramat dari Kasih tu. Walaupun kasih masih tak lengkapkan ayat Kasih. Kerana cinta bukannya sekadar kata yang terucap di bibir, bukan juga sekadar rasa di kalbu. Cukup asal kita sama-sama faham dan mengerti. Yang pasti hati Kanda hanya setia untuk Kasih selamanya. Cinta ini untuk kita berdua..” Wazien menunduk mencium ubun-ubun Falisha. Terpejam mata Falisha merasakan ciuman itu singgah kepadanya. Falisha mendongakan kepalanya bila kepalanya terasa ringan. Melihat kepada wajah Wazien.

“Cinta Kasih hanya untuk Kanda” mata mereka saling bertaut. Hembusan nafas mereka berdua bercantum menjadi satu merapatkan jarak yang ada. Sehingga tiada lagi ruang bakal memisahkan mereka.

Tok! Tok! Tok!

“Abang..” Suara Awanis memanggil diluar sana.

Falisha memejamkan matanya rapat dengan wajahnya yang membahang. Wazien berdehem berkali-kali sebelum sedia membalas kepada Awanis.

“Ya. Kami datang..” balas Wazien. Wajah kemerahan Falisha diperhatikannya.

‘Hampir saja tadi, tapi ini bukan pertama kali. Gugup dan debaran itu terasa hebat sehingga menyesakkan dada! Mungkin sebab kata-kata Kasih tadi buatkan aku separah ini. Terima kasih Ya, Allah. Kabulkan diantara doa-doaku, hambamu yang hina ini’ Wazien menarik Falisha masuk kedalam pelukkannya.

“Hmm.. Kanda..” berusaha Falisha keluar dari pelukan Wazien yang hampir melemaskannya. Bergerak kepalanya di celah lengan kekar Wazien mencari udara.

“Sini atau sana?” Tanya Wazien melepaskan pelukannya. Wajah Falisha yang sedang kemerahan itu menarik perhatiannya. Geram dibuatnya.

“Apa?” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Bermalam disini atau sana malam ni? Kasih fikir apa?” Tanya Wazien menayang segihnya.

“Fikir? Mana fikir apa pun?” dada Wazien di tampar oleh Falisha.

“Atau Kasih nak sambung yang tadi? Yang tergendala tadi, sebab ganguan dari Awanis?” Tanya Wazien sambil mengelus pipi Falisha dengan belakang jari telunjuknya. Sengaja dia mengoda Falisha yang nampak kekok tapi tetap berusaha menyembunyikannya.

“Tak ada maknanya. Kan Awanis panggil tu.” Falisha berpaling dan menunjuk kearah pintu.

“Sungguh ni?” jari Wazien merubah posisinya kini meyentuh bibir bawah Falisha yang terasa lembut.

“Nak tahu satu rahsia?” perlahan dan shadu bicaranya. Terasa sangat dekat sehinga Falisha meremang seram saat nafas wazien terkena pada lehernya. 

“Ra..rah..siaa?” putus-putus suara Falisha saat berbicara. Air liur ditelan untuk mengawal rasa yang sedang bergolak di dada.

“Bibir ni sudah pernah disatukan dengan..” Wazien mengambil tangan Falisha dan mengangkatnya tinggi sehingga menyentuh bibir miliknya.

“Bibir Kanda” sambung Wazien. Kini mereka sama-sama sedang menyentuh bibir pasangan mereka. Terkaku Falisha seketika. Menghadam apa yang baru saja dikatakan oleh Wazien tadi.

“Tipulah, Kanda bermimpi agaknya.” Falisha mencubit lembut dagu Wazien yang berjambang.

“Mimpi? Untunglah kanda. Sebab Kasih tak sedar waktu tu..” Wazien ketawa kecil.

“Kanda jangan macam-macam. Jangan kata yang Kanda curi-curi cium Kasih waktu tidur pula.” Falisha membalas dengan rasa geram, kini dia bercekak pingang di hadapan Wazien.

“Buat apa kanda perlu curi-curi macam orang tu.” Puncak hidung Falisha dicuit oleh Wazien.

“Kalau Kanda nak, Kanda ambil sajalah hak Kanda..” Wazien menarik bibirnya tersenyum. Di kemudiannya menunduk dan melekatkan bibirnya kepada bibir Falisha. Namun, Falisha yang tersentak terus menolak bahu Wazien menjauh.

“Kanda.. Maaf, Kasih tak sengaja. Kasih..” Tambah serba salah Falisha dibuatnya. Tangan naik menutup menutup mulutnya.

“Kasih masih malu-malu kan.. Tak apalah, marilah kita keluar.” Wazien mengosok kepala Falisha dan berjalan melintasi Falisha.

Pintu bilik dibuka, mereka sama-sama melangkah keluar. Pulang ke rumah utama.

“Terima kasih pulihkan mak.” Ucap Wazien setelah lama mereka berdiam sejak dari tadi. Dia sendiri janggal berjalan tanpa bersuara bersama Falisha.

“Kanda.”

“Jangan risau Kasih. Tak ada apa-apa..” Wazien menyulam jari-jarinya kepada jari halus Falisha. Menyatukan tangan mereka bersama.

Malam berikutnya Wazien tak ke latihan silat seperti selalunya. Malam itu dia membawa Falisha keluar berjalan malam pergi ke satu tempat.

“Belang?” Falisha menunjuk kearah Harimau yang sedang berjalan bersama dengan kumpulannya.

“Biarkan dia Kasih.. Dia keluar memburu. Kita sebaiknya jangan ganggu mereka memburu.” Wazien meletakkan jari telunjuknya di bibir. Falisha menganguk faham.

Mereka berdua sampai di kawasan lapang yang berumput lebat. Saat kaki Falisha menginjak rumput itu, berterbangan kunang-kunang naik terbang ke udara. Terasa bagaikan sedang berada di awangan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Berputar-putar Falisha di kawasan rumput itu dengan gelakkan kecil darinya.

“Kanda!” Falisha sama-sama menarik lengan Wazien dan berlari menghalau kunang-kunang dari hinggap di rumput itu. Habis semuanya terbang keudara dek perbuatan dua suami isteri itu.

“Suka?” Tanya Wazien melihat Falisha yang sedang mendongak melihat ke atas. Falisha berpaling dan mengangguk kepada Wazien yang berdiri di kelilingi oleh kunang-kunang.

“Suka!” jawab Falisha sambil melompat kecil, ceria.

“Baguslah sekarang kita serius boleh?” tegang saja wajah Wazien saat itu mematikan senyuman Falisha.

“Serius untuk apa?” Tanya Falisha takut-takut.

“Kita akan bersilat berdua di sini. Kanda nak Kasih serius dan tumpukan perhatian, apa yang Kanda nak ajarkan ni nanti. Semua ni cuba langkah asas buat Kasih. Cukuplah sekadar  untuk Kasih pertahankan diri Kasih.” Jelas Wazien.

“Kanda..” Falisha kekok melihat peribadi Wazien yang berubah.

“Kasih nak belajar silat kan. Kasih kena lah ambik serius. Tak boleh main-main lagi macam sebelum ni..” tegas Wazien.

‘Kenapa? Sebab dia tak nak ajarkan aku silat, jadi dia berubah jadi tegas macam ni?’

“Kasih, kan Kanda cakap tadi Kasih kena tumpukan perhatian. Jangan berangan-angan lagi.. Boleh?” Tanya Wazien. Suaranya kembali mengendur bila melihat Falisha takut-takut kepadanya.

“Ya-ya..” cepat-cepat Falisha menyahut.

“Sekarang Kasih ikut cara gerakkan Kanda. Kita mulakan dengan asas gerakkan tumbuk pintal tali..”

“Tangan kanan ditumbuk lurus ke hadapan berpintal berkisar tapak menghadap kanan, balas tangan kiri ditumbuk lurus berpintal kemudian berkisar tapak menghadap hadapan semula..” terang Wazien dengan terperinci mengenai gerakkannya tadi. Sekali dengan menunjukkan gaya gerakkan silatnya. Wazien kembali berdiri bertentangan dengan Falisha yang sedang mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali.

“Boleh?” Tanya Wazien lagi.

“Boleh-boleh-boleh!” Balas Falisha.

“Mula-mula.. Tumbuk tangan kanan ke depan..” Falisha menumbuk angin di hadapannya.

“Lepas tu kilas eh.. Pintal..”

“Salah tu!”

“Arh!” Falisha pegun di posisinya.

“Tangan Kasih ni kena luruskan. Siku ni.. Kaki ni buka!” Wazien memegang lengan Falisha lurus menumbuk ke hadapan. Manakala kakinya disuakan diantara kaki Falisha dan dibawa naik ke atas agar dibuka. Sebaliknya kaki Wazien pula di kepit oleh Falisha.

“Kanda! Kanda ambil kesempatan ni!” Marah Falisha.

“Bukan ambik kesempatan. Sungguh lah. Kaki ni kena buka. Kalau tak macam mana Kasih pusing nanti dengan kaki yang tertutup rapat macam ni. Itulah Kanda tak nak ajarkan Kasih silat. Kasih ni…”Wazien mengeluh.

“Bercakap dengan mulut ya tok guru, bukan dengan sentuhan mengoda macam tu, anak murid dah salah faham ni. Nak kena saman sivil?” ugut Falisha. Kakinya menempis keluar kaki Wazien.

“Wah! Saman apa tadi? Berani nak saman suami sendiri. Sila la” Wazien meletakkan tangannya di peha Falisha dan malah memicit-micitnya lagi. 

Muka Falisha sudah membahang serba salah nak menempis atau pun tidak, takut berulang lagi perkara di rumah Ali Muaz tempoh hari.

“Lebih pada ni Kanda boleh buat. Nak tengok ?” Ugut Wazien. Menakutkan Falisha, kemudian tersenyum melihat Falisha yang membeku di hadapannya. Mengeleng pun tidak. Mengangguk pun tidak.

‘Rosak rancangan nak ajar dia bersilat kalau macam ni’

“Sekarang nak bersilat atau sambung main-main macam tadi.?” Tanya Wazien.

“Bukan Kasih yang main-main tapi..” Falisha menutup mulutnya bila mendapat renungan tajam dari Wazien.

“Kasih nak tukar tok guru. Tak nak dengan Kanda, Kasih nak belajar dengan abah” rungut Falisha sambil menunjuk kepada Wazien.

‘Aduh! kau isteri’ Keluh Wazien.

“Tak boleh! Kanda seorang saja yang boleh ajarkan Kasih. Nanti kalau abah yang ajarkan Kasih, susah abah nak menegur macam tadi. Aurat kasih tu. Sebab tu Kanda bawa Kasih berlatih silat jauh dari mata semua orang, biar tak ada siapa pun melihat kita berdua disini, dan aurat kasih terjaga.” Jelas Wazien.

‘Aurat? Jadi sebab itu dia susah payah bawa aku ke kawasan ni, kenapa lah kau lembab sangat ni Falisha.’

“Baik kita mulakan sekali lagi, Kasih akan lebih serius lepas ni..”  Falisha meganggukkan kepalanya memberikan keyakinan sekaligus menyatakan yang dia sudah sedia.

“Bagus. Lepas ni Kanda taknak dengar lagi Kasih merungut dengan cara Kanda mengajar, di mana-mana saja Kanda sentuh. Atas kemahuan Kanda.” Jelas Wazien. Membuat arah bulatan pada tubuh Falisha.

“Baik tok guru..” Falisha mengangguk pasrah.

“Salah!” Potong Wazien.

“Siapa yang benarkan Kasih panggil Kanda ni tok guru semua? Suami tu nilainya paling tinggi antara semua jenis peringkat buat isterinya.” Jelas Wazien lembut dengan senyuman di wajahnya.

“Baik Kanda..” Falisha membetulkan panggilannya semula. 

Bermulalah latihan silat Falisha bersama dengan Wazien di suatu tempat di Lantera. Setiap kali malam menjelma. Berulang-ulang sehinga Falisha yang dari awalnya tidak mengerti apa-apa tentang silat bertambah cekap. Dalam masa yang sama, itu mengeratkan lagi, hubungan mereka berdua sebagai pasangan suami isteri. Walaupun silat dikatakan sangat kasar dan tegas. Dari jauh dilihat pasangan itu bagaikan sedang bergerak dengan langkah yang sekata dan seirama. Bagaikan tarian yang dipadankan dengan irama melodinya, menghasilkan gerak tari silat yang cukup sempurna di kawasan padang berumput lebat itu.

“Cukuplah untuk malam ini” putus Wazien.

“Kenapa? Bukan masih terlalu awal untuk berhenti” Falisha.

“Apa kata, Kalau kita beradu berdua malam ni” Cadang Wazien.

“Tak boleh macam tu. Dah sah-sah kanda juga yang akan menang nantinya.” Tolak Falisha.

“Untuk adilkannya. Kanda takkan guna kekuatan dalaman Kanda.” Falisha tetap mengelengkan kepalanya kepada Wazien.

Seketika dia melihat Wazien terdiam dengan mata yang dipejamkan rapat.

“Kanda?” Falisha memanggil Wazien. 

Wazien membuka matanya dan melihat kepada Falisha yang ada di hadapannya.

“Ada berita duka..” suara Wazien kedengaran lirih sambil menyentuh lembut pipi Falisha.

“Berita duka? Berita duka mengenai apa?” Tanya Falisha.

“Papa. Kasih perlu pulang untuk melawat papa..”

“Kenapa dengan papa?” Wazien mengelengkan kepalanya.

“Marilah kita pulang ke rumah utama dahulu. Zayyad dalam perjalanan kesini untuk menjemput Kasih” Wazien menarik tangan Falisha agar berjalan bersamanya.

Sesampainya di rumah utama. Wazien melihat Falisha sedang menyimpan barangan peribadi miliknya didalam begnya, barangan yang selama ini tak pernah di sentuh ketika berada di Lantera.

“Kanda, sebelum Kasih pergi..” Falisha menghampiri Wazien yang sedang menantinya dari tadi.

“Ada apa Kasih?”

“Izinkan kasih tunaikan tanggugjawab Kasih. Yang selama ini, tak pernah Kasih tunaikan sebagai isteri kepada Kanda.” Falisha tidak mahu berdalih lagi kali ini.

“Kasih, kita masih ada banyak masa untuk itu..” Falisha mengelengkan kepalanya. tangannya mula membuka butang baju Wazien yang terkancing di dada. Wazien menangkap tangan Falisha yang berkeras dengan niatnya.

“Izinkan Kanda. Kanda ingin menyentuh kasih bukannya sebab kita terikat diatas perjanjian. Kanda tunaikan tanggungjawab ini atas rasa cinta yang terjalin diantara kita berdua. ” kini tangan wazien pula membuka kancing baju Falisha.

“Takdir telah tertulis segalanya, menjanjikan kita bersama. Jadikan ini selamanya cinta milik kita. Kasih cintakan Kanda seikhlas hati” Balas Falisha. Membuatkan mereka sama-sama menguntumkan senyuman.

Bersatulah mereka menjalinkan hubungan sah sebagai pasangan suami isteri. Sebelum Falisha bertolak untuk ke bandar bersama dengan Zayyad yang sedia menanti di Jeti. Membawa Ratu mereka dengan hati-hati. Agar tak terhidu oleh pihak yang iri hati terhadap bakal ratu Lantera. 

Assalamualaikum.. Hai.. Sorry terlewat hari ini.. Baru siap mengarang.. Mula stuck disana sini.. Selamat membaca.. Maaf andai terkurang disana sini.. Terima kasih semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience