7. JETI LAMA

Fantasy Completed 227394

Pagi itu Fadhlan keluar awal pagi dari rumahnya. Rehan yang baru sampai di rumah majikannya itu kelam-kabut dia menongkatkan motosikal miliknya di tempat yang selalunya dia pakir motosikalnya itu. Fadhlan sudah berdiri terpacak di hadapan pintu utama rumahnya melihat kepada Rehan.

“Maaf.. Maaf Dato’ saya lambat..” kata Rehan terbongkok-bongkok seperti orang dari Negara matahari terbit menunduk beberapa kali.

“Rehan, saya nak cepat ni. Bukan kamu yang lambat. Tapi saya yang awal pagi ni. Sudahlah. Cepat.” Kata Fadhlan.

“Baik Dato’..” balas Rehan lalu berlari-lari anak masuk kedalam rumah untuk mengambil kunci kereta.

“Rehan, Dato’ mana?” Tanya Juani.

“Mak cik.. Dato’ dah ada diluar tu. Kami dah nak pergi.” Balas Rehan.

“Dah nak pergi? Dato’ tak sempat makan lagi sarapan..” Kata Juani. Dia yang masih mengenakan apron di tubuhnya mengikut Rehan keluar ke pintu utama.

“Tuan, tak sarapan dulu?” Tanya Juani. Fadhlan berpaling melihat Juani berdiri di hadapan pintu rumahnya.

“Tak kak Ani, tapi pastikan Isha sarapan dulu sebelum dia keluar pergi kerja. Saya ada hal awal pagi ni.” Fadhlan melangkah turun anak tangga rumahnya sebaik saja kereta yang dipandu oleh Rehan masuk ke bawah anjung rumahnya.

Juani sekadar melihat saja kereta yang dipandu Rehan keluar dari halaman rumah. Sayu hatinya melihat hubungan ayah dan anak yang semakin lama semakin merenggang itu. Setiap hari ada saja yang tak kena dengan dua beranak itu. sampaikan dia sendiri tak mengerti di manalah salahnya. Juani masuk ke dalam rumah semula. Sambung menghidang sarapan pagi buat Falisha. Sebelum Falisha bertolak ke klinik.

“Rehan, saya nak jumpa dengan Zayyad.” Fadhlan bersuara setelah hampir separuh perjalanan mereka untuk sampai ke pejabat.

“Tuan Zayyad? Tempat biasa ke Dato’..?” Tanya Rehan yang sedang memandu, sempat dia mengintai cermin pandang belakang melihat kepada Fadhlan yang sedang menunduk kelihat ke bawah.

“Hmm.. Tempat biasa..” Balas Fadhlan.

“Baik Dato’..” sahut Rehan mengambil selekoh untuk keluar dari jalan utama menuju ke pusat bandar.

Kereta dipandu menuju ke sebuah jeti lama yang sudah tak di gunakan lagi. Disitu ada satu pondok usang dan ada sebiji kereta yang dipakir di sebelahnya.

“Kamu tunggu dalam kereta Rehan.. Tak apa saya akan turun sendiri.” Fadhlan memberi arahan kepada Rehan.

“Baik Dato’..” Rehan yang sedang membuka tali pinggang keselamatan untuk keluar membuka pintu buat Fadhlan mematikan niatnya.

Fadhlan keluar dari kereta. Mengatur langkahnya menuju ke jeti lama. Di hujung jeti berdirinya satu susuk tubuh seseorang yang sedang memandang ke laut yang luas di hadapannya. 

“Zayyad” Nama itu di panggil oleh Fadhlan sebaik saja dia berada dekat dengan lelaki yang berdiri menghadap kearah laut.

“Dato’..” tegur Zayyad berpaling melihat kepada Fadhlan.

“Lama sudah rasanya saya tak bau udara laut ni Zayyad.” Fadhlan menarik nafasnya dalam menghidu aroma laut yang dia rindukan.

“Kenapa? Dato’ teringin nak kelaut semula? Ke Pulau Lantera? berjumpa dengan sahabat lama? Atau.. Sepatutnya saya kata, bakal besan Dato’..” Zayyad menyatakan bicaranya dengan satu gelakkan kecil, niat untuk bergurau dengan Fadhlan.

“Kamu perli saya? Kamu tahukan kenapa saya panggil kamu sebenarnya Zayyad, mengenai anak saya.. Kamu dapat apa yang saya minta tu..?” Tanya Fadhlan.

“Dapat Dato’, seperti yang Dato’ nakkan.. Semua maklumat tentang budak lelaki tu.. Keluarga dia. Semuanya..” Zayyad menarik turun zip jaket kulitnya. Mengeluarkan satu sampul dari dalam jaketnya dan sampul itu diserahkan kepada Fadhlan.

“Upahnya seperti biasa ya, Zayyad. Akan ditransfer dalam akaun kamu nanti.” Balas Fadhlan mengambil sampul dari tangan Zayyad.

“It okay Dato’ saya percayakan Dato’.. Cumanya, saya tertanya-tanya bila Dato’ nak pulangkan cik muda kepada mereka semula. Sudah dua puluh enam tahun berlalu. Mereka disana menanti kedatangan cik muda. Cik muda sepatutnya tahu takdir dia Dato’..”

Suasana menjadi hening seketika tiada balasan dari Fadhlan. Hanya kedengaran bunyi ombak yang menghempas pantai dan juga bunyi kicauan burung yang memenuhi kebisuan diantara dua lelaki itu.

“Baru-baru ni saya ada ke Pulau Lantera. Sebelum Dato’ beri tugasan ni, saya bertemu dengan Ali Muaz dan juga..” Zayyad mengangkat wajahnya menerung wajah Fadhlan.

“Bakal menantu Dato’..” sambung Zayyad. Riaksi dari wajah Fadhlan diperhatikannya. Lelaki itu langsung tak terkejut mahupun melatah kepadanya. Lambat-lambat hujung bibir Fadhlan melengkung naik keatas, tersenyum kepada Zayyad.

“Bakal menantu.. Janji tetap janji Zayyad. Kalau kau jumpa lagi dengan mereka selepas ni, bagitahu mereka.. Apa yang mereka nantikan akan pulang segera. Saya tak mahu mengejutkan dia. Masa tu akan tiba.. Bagi saya sedikit masa..” Jelas Fadhlan.

“Saya tak tahu bila akan kembali lagi ke Pulau Lantera.. Tapi…” Fadhlan menepuk bahu Zayyad sampaikan lelaki itu berhenti berkata-kata.

“Terima kasih untuk ini. Kita sudah selesai..” Putus Fadhlan. Tak mahu membuang masa membincangkan hal yang sama dengan Zayyad.

“Dato’ tunggu.” Zayyad menahan agar Fadhlan tak terus melangkah pergi.

“Budak lelaki yang Dato’ minta saya siasat tu. Sebenarnya dia..”

“Dia ada kaitan dengan Lantera?” potong Fadhlan. Wajah yang tenang tadi mula menunjukkan riak risau.

“Tak” Zayyad menggelengkan kepalanya perlahan.

“Dia anak saudara Tan Sri Daris.. Anak kepada Dhaffa.. Dato’ kenal kan Dhaffa.. Opss! Biadap pula saya.. Tan Sri Dhaffa.. Anak lelaki tunggal yang akan mewarisi seluruh kekayaan milik keluarga berpengaruh besar itu Dato’.. Dato’ beruntung. Kini tinggal pilih sama ada dia ataupun pewaris Lantera.” Zayyad menundukkan sedikit kepalanya dan menghadiahkan satu senyuman melebar kepada Fadhlan.

“Kamu jangan nak mencabar saya Zayyad. Kata-kata kamu tadi bagaikan ingin mencurahkan minyak di dalam nyalaan api Zayyad. Kalau kau takut terbakar jangan sekali-kali kau memancing kemarahan puak Lantera. Buruk padahnya!” Fadhlan berlalu pergi. Kali ini dia benar-benar nekad ingin segera pergi. Biarpun Zayyad akan memanggilnya lagi. 

“Saya tak berani Dato’ kita sama-sama tahu dengan siapa kita berurusan.. Saya hanya ingin mengingatkan Dato’ tak lebih dari itu” Suara Zayyad kedengaran sayup-sayup diselangi dengan bunyi ombak sampai ke gegendang telinga Fadhlan. 

‘aku tahu urusan aku Zayyad! Tak perlulah nak masuk campur. Cukuplah aku dibayangi Ali Muaz setiap malam. Takkan aku nak khianati janji dia pula. Janji yang diikat dengan arwah Yaseera. Aku akan pulangkan Falisha. Selebihnya, terpulang kepada kamu semua’ Fadhlan berjalan masuk ke dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya oleh Rehan.

“Kita ke pejabat!” kata Fadhlan tegas, terbawa-bawa emosinya sampai kedalam kereta.

Rehan terangguk-angguk kepalanya membalas. Wajah tegang milik Fadhlan dipandang sekilas melalui cermin pandang belakang. Tanpa melenggahkan masa Rehat terus memandu keluar dari kawasan jeti lama itu.

Seperti yang dijanjikan Falisha bersiap untuk keluar berjumpa dengan Aryan selepas saja balik ke rumahnya. Kaki melangkah turun anak tangga ke bawah dengan riang.

“Cik muda?  cik muda nak keluar?” Tanya Juani.

“Huh!ck..”  Falisha mengeluh.

“Mak Ani, Isha nak keluar jumpa kawan. Papa tak balik lagi kan?” Tanya Falisha.

“Belum lagi. Tapi Tuan pesan dengan Mak Ani.. Tuan tak benarkan cik muda keluar hari ini..” Terang Juani.

“Sejak bila Mak Ani sibuk hal Isha ni? Isha nak ke mana, itu urusan Isha. Isha tahulah jaga diri Isha. Mak Ani jangan sibuk hal Isha boleh tak?. Isha dah besar.. Tau jaga diri Isha. Kenapa semua orang tak percaya Isha huh..? Isha lemas lah, kalau macam ni.. Mengongkong Isha. Isha bukannya budak kecil lagi.. Isha sayang kan dia Mak Ani! Kenapa semua orang tak paham. Dia tu orang baik. Bukan yang papa pikirkan tu. Isha tak perduli, Isha nak keluar!” Bentak Falisha.

“Cik muda, tapi ini arahan tuan.. Jangan lah macam ni. Nanti kalau tuan balik tengok cik muda tak ada.. Macam mana? Apa yang Mak Ani nak cakapkan kepada Tuan?” Tanya Juani, mula tak senang nak menandatangani Falisha yang tak mendengar apa yang cuba dia sampaikan.

“Isha ada hal penting lah Mak Ani. Isha keluar sekejap saja. Isha janji.. Hmm.. Isha balik sebelum papa balik. Janji! Janji!..” Kata Falisha sambil mengengam erat tangan Juani. Dalam masa yang sama dia melangkah setapak demi setapak kearah pintu utama.

“Cik muda.. Ya Allah!” 

“Isha..”

“Cik muda!”

Juani mengejar langkah Falisha sampai ke pintu utama. Sehinggakan dia tersasul memanggil nama Falisha dari nama gelarannya. Tangan melambai-lambai tetap berusaha memanggil Falisha.

“Kenapa ni? Kenapa terjerit-jerit macam ni..?” Tanya Ghadi yang datang dari halaman belakang.

“Abang kemana? Kenapa abang tak jaga pagar ni! Cik muda dah keluar.. Apa saya nak cakap bila Tuan balik nanti.?” Luah Juani dengan rasa kesal. Matanya tak lepas dari melihat kearah pagar yang tadinya terbuka kini sudah ditutup rapat semula.

“Kenapa kena jaga pagar pula? itukan pagar Auto. Buka sendiri, tutup pun sendiri.. lagipun abang dari belakang.. solat..” balas Ghadi.

“Tuan tak bagi cik muda ke luar harini.. Nanti Tuan balik, saya nak cakap apa dengan Tuan?” Tanya Juani berpaling mengadap suaminya.

Ghadi diam tak membalas. Hanya tangannya saja yang naik menggaru kepalanya. dia sendiri tak ada jawapan untuk membalas kembali kepada isterinya itu.

“Nanti Tuan balik mesti dia marah, nanti dia kata kita tak pandai jaga cik muda” keluh Juani.

“Hais. Habis tuh, nak buat macam mana? Nak kejar ke? Naik apa?” Tanya Ghadi walaupun bernada santai, di dalam hati turun risau. Adakah perlu dia mengejar cik mudanya?

“Tuan mesti kata kita ni tak boleh diharap, nak jaga cik muda seorang pun tak mampu..” Juani mula membebel sambil melangkah masuk kedalam rumah semula.

“Tak payah banyak bercakap, lebih baik masuk dan maklumkan kepada Tuan. Sekurang-kurangnya tuan dah tahu. Tak la balik nanti dia nak marah teruk-teruk kita berdua nanti.” Sampuk Ghadi menganggu bebelan Juani.

“Hah! Tahu pun takut!” ugut Juani. Mereka sama-sama masuk kedalam rumah sambil masing-masing menyuarakan rasa tak puas hati mereka sesama sendiri.

Kereta yang dipandu oleh Falisha tiba juga di tempat yang dijanjikan sebelum ini dengan Aryan. Kalini berbeza, bukan lagi di kelab mahupun di tempat selalu mereka keluar menghabiskan masa bersama. Tapi kalini Aryan memilih sebuah taman. Jauh di hujung sana kelihatan ada kelompok anak muda sedang melepak di pandang rumput yang luas menghabiskan waktu petang mereka bersama-sama dengan sahabat mereka

“Sorry sayang, lama tunggu!.. sorry!sorry! cari barang-barang ni tadi. Kalau tak ada ni, tak lengkap picnic kita petang ni” kata Aryan, mengangkat kedua-dua tangannya yang memegang plastik putih. 

“Picnic? Dah nak malam ni Aryan” Falisha mengelengkan kepalanya.

“kenapa? Biarlah malam.. Gelap nanti balik lah. Sekarang langit masih cerah kan..” kata Aryan.

“Okay, memang masih cerah.  Tapi Isha kena balik awal tau hari ni.” Balas Falisha, berpaling melihat Aryan. Wajah Aryan yang tersenyum manis tadi mula masam mendadak.

“Why? Baru sampai dah bagitahu nak balik, tak best lah macam ni. Teman lah Aryan lama sikit. Macam selalu.. Tak boleh?” Tanya Aryan mengelengkan kepalanya.

“Bukan tak boleh, tapi hari ini saya Isha balik awal. Boleh kan? Please..” Falisha memegang tangan Aryan.

“Hmm… okaylah, nak buat macam mana..” lemah saya nada yang dituturkan oleh Aryan. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang ada di taman itu.

“Duduk lah sayang.. Ada benda yang Aryan nak bagitahu ni..” panggil Aryan. Air yang ada di dalam beg plastik tadi diambil keluar dan dihulurkan satu kepada Falisha.

“Benda? Benda apa?” Tanya Falisha, tangannya mengambil air yang diberikan oleh Aryan.

“About our future, our wedding..” kata Aryan dengan wajah yang berseri-seri. Melihat kepada Falisha yang sedang duduk disampingnya.

“Ya..” Falisha mengemamkan bibirnya melihat kepada Aryan.

“Have you told your father about us?” Falisha cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.

“Hey.. Look at me, it’s it something wrong?” Tanya Aryan. Melihat riaksi Falisha begitu membuatkan dia resah.

“No!” Falisha menafikanya. Kepalanya mengeleng seraya berkata.

“So?  My parent’s nak tahu tarikh yang sesuai untuk diaorang datang masuk meminang secara officially. My parents say, kita patut ikut adat yang betul untuk memulakan satu hubungan.. Well.. Marriage bukan perkara yang main-main kan?” Tanya Aryan.

“Ya, betul.. Tapi Isha belum sempat beritahu Papa mengenai semua ni.” Balas Farisha dengan hati-hati. Taknak Aryan terasa hati dan kecewa dengan apa yang baru dia katakana tadi.

“Oh! Macam tu, so?” Tanya Aryan.

“Sooo… armmm.. Mmm” Falisha bergumam panjang. Air yang ada dalam pegangannya tangannya diperhatikan.

“Ada yang tak kena?” Tanya Aryan.

“No.. Tidakk.. Cuma… Isha rasa.. Macam cepat sangat.. Semua ni, Tak ke?” Tanya Falisha berpaling semula melihat kepada Aryan yang sedang melopong memandang ke arahnya.

“Apa? Cepat? Maksudnya apa ni?” Tanya Aryan buntu.

“Yea lah, macam yang Aryan kata tadi. Kahwin bukan perkara main-main kan..”

“Ya. I’m serius Isha” potong Aryan dengan wajah tegang dengan tiba-tiba.

“Tahu, Cuma takut papa terkejut. Tiba-tiba kita nak kahwin..”

“Okay..”Aryan mengangguk, memotong percakapan Falisha.

“That why.. My parents nak kenal dengan dengan family Isha, get each other closer.. kenal-kenal, then.. Kita tunang.. Get ready to be husband and wife..” terang Aryan. Menerangkan perancangannya kepada Falisha.

“Okay. Isha akan balik bincang dengan papa mengenai semua ni..” Falisha menarik senyumannya melihat kepada Aryan yang berwajah tegang menenung kepadanya.

“Nak Aryan jumpa Papa Isha ke? Kita boleh bincang sama-sama. Mungkin kalau kita jumpa berdua. Papa Isha akan lebih faham..” Cadang Aryan.

‘Jumpa papa? Nanti papa akan mengamuk lagi. Kalaulah Aryan tahu yang papa tu tak setuju. Macam mana?’

“Tak apa Aryan, bagi Isha saja yang terangkan kepada papa. Papa lately busy sikit.” Falisha melebarkan lagi senyumannya kepada Aryan. Mengisyaratkan kepada Aryan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

Aryan yang berwajah tegang itu mula ikut tersenyum melihat senyuman Falisha. tapi dalam hatinya mula risau dan gelisah.

‘Kenapa? Adakah Papa Isha tak merestui kami.? Kenapa Isha tak nak aku jumpa dengan papa dia? Perlukah aku berjumpa dengan papa dia di luar tanpa pengetahuan dia? Untuk memudahkan cara.. atau itu akan membuatkan semuanya bertambah kusut?’ Aryan melihat wajah Falisha yang sedang tersenyum manis dihadapannya.

‘Aryan harap semuanya baik-baik saya sayang..’

“I love you..” tangan Aryan mencapai tangan Falisha dan mengengamnya erat.

“I love you too..” Balas Falisha malu-malu dengan wajah yang kemerahan, menunduk ke bawah.

‘Aryan harap tak ada halangan yang akan memisahkan kita Isha. Walaupun ada halangan sekalipun. Aryan sedia untuk hadapinya bersama. Asalkan nanti kita dapat bersama.’ Tangan yang mengengam tangan Falisha di angkat naik dan dikucupnya dengan lembut.

Mereka berdua berbual-bual sambil menyaksikan anak-anak muda yang ada. Bila burung-burung mula riuh balik ke sarang masing-masing. Falisha dan Aryan pun turut berbuat perkara yang sama. Pulang ke rumah keluarga masing-masing dan berharap akan berjumpa lagi keesokkan harinya, sekaligus mendengar berita gembira daripada Falisha.

Alhamdulillah berjumpa lagi kita hari ni.. Macam mana okay? Harap keta semuanya sihat dan berada dlm keadaan yang baik hendaknya. Terima kasih sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq.. Kita sambung esok ya bab baru.. InshaAllah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience