16. RESTU

Fantasy Completed 227350

Pagi-pagi lagi pintu bilik Falisha diketuk oleh Juani. Falisha membuka matanya, melihat langit-langit bilik tidurnya. Suara Juani sudah cukup membuatkannya tersenyum melebar. Nafas ditarik dengan perasaan lega. Falisha bangun dan turun dari katilnya.

“Mak Ani.. Suara mak Ani sungguh indah macam burung-burung yang berkicau di pulau Lantera..” ucap Falisha sambil tangannya memaut pada pintu biliknya.

‘Ya Allah. Apa yang tak kena dengan Isha ni? Balik dari Lantera berpuitis bagai? Apa yang di makan di sana?’

“Cik muda. Kawan cik muda dah ada di hadapan pagar rumah. Mak Ani takut Tuan marah..”

“Siapa? Lelaki atau perempuan?” pertanyaan Falisha memotong percakapan Juani.

“Lelaki.. Dia yang selalu datang ke sini cari cik muda.” 

“Aryan?” Tanya Falisha lagi. Cepat Juani menjatuhkan kepala kebawah.

“Dia tak call atau mesej Isha pun yang dia nak kesini. Kenapa dia datang awal-awal pagi macam ni. Isha ingat nak rehat di rumah je. Isha rindu katil Isha..” Falisha masuk kedalam biliknya dan menjatuhkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Gaya kupu-kupu dibuat di atas katilnya, tak kisah andai selimut dan bantalnya jatuh bertaburan ke lantai.

“Sepatutnya dia datang selepas papa pergi kerja. Lagipun Isha belum mandi..” Falisha mencapai telefon bimbitnya yang ada di atas meja sisi katil.

“Hmmm.. Pelik. Isha ada call dia sebelum ni, tapi dia tak angkat. Hari ni tup!tup! sampai depan rumah? Rindu agaknya tu..” bibir tersenyum melebar. Telefon bimbit yang ada di tangan segera mendail nombor milik Aryan. Panggilan terus di sambungkan beberapa saat selepas itu.

“Arya, buat apa di depan rumah Isha pagi-pagi ni?” Tanya Falisha manja. Juani sekadar melihat saja cik mudanya yang masih duduk di atas katil. Tersenyum manis selayaknya orang bercinta.

“Jumpa Isha?”

“Isha.. Masih belum mandi lagi. Aryan boleh tunggu ke? Aryan tak kerja?” Tanya Falisha. Dia bangun dan turun dari katil. Lengan Juani di tarik masuk ke dalam biliknya dan cepat-cepat dia menutup pintu biliknya itu.

“Mak Ani tolong carikan baju Isha. Isha nak keluar..” Falisha menutup telefon bimbitnya dengan tangan semasa bercakap dengan Juani.

“Ya Aryan. Tunggu sekejap ya Isha bersiap, nanti Isha turun. Jumpa sekejap lagi ya” balas Falisha. Panggilan teleffon diputuskan oleh Falisha. Telefon bimbit tadi dilemparkan begitu saja diatas katilnya.

“Cik muda, nak mak Ani keluarkan pakaian yang mana?” Tanya Juani.

“Mak Ani cari dress yang warna merah tu. Isha nak pakai dress tu nanti.”Falisha berjalan masuk ke dalam bilik air. 

“Dress merah yang mana? Ya Allah budak ni, dress dia yang warna merah ada dekat sedozen. Yang mana satu yang dia nak pakai ni.” Juani membebel sambil berjalan masuk kedalam bilik pakaian milik Falisha.

Bilik pakaian yang tersusun rapi dan kemas itu tak ubah seperti sebuah butik, setiap barangan dipamerkan dengan jelas. Semua koleksi barangan peribadi milik Falisha ada di dalam bilik itu dari beg tangan, pakaian, kasut, topi, dan cermin mata. Cukup lengkap semuanya. Juani menarik pintu almari gelonsor yang di dalam ruangan itu. Bersangkut rapi pelbagai jenis pakaian Falisha mengikut kod warnanya. Satu persatu pakaian Falisha yang berwarna merah di selak. Dalam-dalam banyak pakaian yang ada Juani menarik keluar tiga pasang pakaian dari almari itu.

“Mak Ani..”Panggil Falisha yang baru keluar dari bilik air.

“Ye-ye cik muda.” Juani membawa pakaian yang di pilihnya tadi kepada Falisha.

“Baju apa ni mak ani? Isha bukannya nak ke klinik” rungut Falisha.

“Mak Ani tak tahu nak pilih baju cik muda..”

“Isha nak dress.” Falisha masuk ke dalam bilik pakaiannya dan memilih pakaiannya sendiri. Satu dress off shoulder di pilih oleh Falisha. Pakaian itu digayakan dihadapannya. Falisha melihat pantulan dirinya pada cermin besar yang ada di dinding pintu gelonsor almari pakaiannya.

“Perfect!”

“Dah jumpa ke baju yang Isha nak?” Tanya Juani.

“Dah.” Balas Falisha. Juani menyimpan kembali, pakaian yang di ambilnya tadi. Kemudian dia keluar dan pergi ke katil untuk mengemaskan katil Falisha. Setelah siap katil dikemaskan. Falisha kebetulan keluar pada waktu yang sama.

“Isha nak keluar tau, mak ani.” Falisha berjalan ke katil untuk mencari telefon bimbitnya. Seingatnya dia melemparkan ke katil sebelum mandi tadi.

“Mak ani. Nampak tak telefon bimbit Isha.?” Katil yang sudah dikemas oleh Juani tadi di tunjuk oleh Falisha.

“Ada dia atas tu.” Juani menunjukkan ke arah almari berlaci yang ada dekat dengan dinding.

“Cik muda tak nak sarapan dulu dengan Tuan?” Tanya Juani.

“Hah! Nantilah. Aryan dah tunggu di bawah tu. Kesian dia tunggu lama” balas Falisha. Terus berlalu keluar dari biliknya dan menyusuri koridor lantai atas dan turun ke bawah dengan suasana hati yang sangat gembira. Sebelah tangannya menjinjit kasut tingginya.

Sebaik keluar dari pintu utama rumahnya. Kakinya cepat-cepat mengenakan kasut dan berlari-lari anak menuju ke arah pagar.

“Cik muda..” tegur Ghadi.

“Hai pak Adi.” Tegur Falisha ceria sambil melambaikan tangannya kepada Ghadi. langkah di atur terus menuju ke pintu kecil yang ada.

Diatas rumah itu Fadhlan mengeluh melihat Falisha yang sedang berlari keluar dan terus memeluk Aryan yang sedang menunggunya di luar sana.

“Aryan..”

“Sayang..”

Mereka saling berpelukan dengan erat sehingga berputar-putar mereka berdua beberapa pusingan. Aryan meletakkan kembali Falisha berdiri ke tanah semula. Matanya memerhati Falisha dari atas sampai ke bawah.

‘Dia sangat cantik, sangat sempurna di mata aku! Aku hampir terlalai seketika. Mana mungkin aku boleh lupakan dia’

“Where have you been Isha? Isha tahu tak yang Aryan separuh mati mencari Isha. Selalu Aryan ke office papa Isha. Datang ke rumah ni almost every day!” Aryan memegang bahu Falisha dengan kedua-dua belah tangannga. Bagai tak mahu dia melepaskan Isha lagi kali ini. Takut gadis itu tiba-tiba hilang lagi buat kali kedua.

“Aryan jumpa papa? Biar betul ni?” terkebil-kebil Falisha melihat kepada Aryan.

‘Dia jumpa papa? Kenapa papa tak pernah bertahu pun yang Aryan datang jumpa papa. Malah tak pernah sebut tentang Aryan sikit pun. Kenapa?’

“I have no choice, I have to.. Kalau tak macam mana Aryan nak tahu Isha di mana?”

“Papa ada cakapkan yang Isha kena mana? sepanjang dua minggu ni?” tanya Falisha.

“Ya, ada”

Mendengar jawapan Aryan, membuatkan jantungnya berdebar kencang.

“Isha balik ke kampung mama Isha kan? Tapi tu lah. Bila Aryan tanya lebih-lebih, papa Isha tak nak jawap pula. Kalau lah Aryan tahu di mana kampung tu. Dah lama Aryan pergi sana jemput Isha.” Sebelah tangan Aryan naik membelai lembut pipi putih Falisha.

“Tempat tu jauh. Takperlu lah Aryan sampai nak ke sana. Lagi pun, tempat tu tak sesuai dengan Aryan.” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Demi you Isha. Aryan sanggup pergi sejauh mana pun cari Isha. Please lepas ni tolong jangan buat lagi macam ni lagi..” lirih bicara Aryan merayu Falisha.

“Tak, Isha tak akan buat lagi.” Falisha menarik bibirnya tersenyum melebar. Aryan turut sama ikut melebarkan senyumannya.

“Aryan ada hal penting nak bincangkan dengan papa Isha. Boleh kita jumpa papa Isha sekarang?” Tanya Aryan. Aryan menunjuk ke arah kediaman Falisha.

“What? Why? Pekara apa yang penting sangat tu?”

“Tentang kita..”

“Kenapa dengan kita?” Tanya Falisha lagi.

“Aryan nak tamatkan hubungan kita menjadi suami isteri yang sah. Tak perlu nak macam ni lagi. Lepas ni kita akan bebas seperti Aimi dan Rafiqi. Aryan nak kita macam tu. Semuanya boleh lakukan bersama-sama. Tak perlu nak minta kebenaran orang lain. Isha tak nak ke macam tu..” Aryan mengengam kedua-dua tangan Falisha dan mencium belakang tangan Falisha dengan lembut.

“Nak” Falisha menganggukkan kepalanya seraya menarik senyumannya melebar.

“Betul ni?” Tanya Aryan. Falisha menganggukkan kepalanya dengan lebih laju lagi.

“Tapi.. Aryan tak takut dengan papa?” Tanya Falisha.

“Tak, kenapa perlu takut dengan papa Isha pula. Salah ke kita nak berkahwin. Salah ke?” Tanya Aryan. 

“Tak” Falisha mengelengkan kepalanya.

“So? Shall we?”  

Mahu tak mahu masuk juga Falisha ke dalam rumahnya semula bersama dengan Aryan. Pertama kali dia membawa Aryan masuk ke dalam rumah itu. Dapat dia melihat Aryan yang kagum dengan lansdkap rumahnya. 

‘Macam mana dengan papa. Satu masalah baru saja nak reda, datang pula yang baru. Tapi papa pernah berjanjikan sebelum ni. Andai kata aku balik, papa akan restukan hubungan kami. Aryan pula datang nak bincang masa depan kami. Nampaknya semuanya akan berjalan lancar saja.. tenang aja Isha. Semuanya akan baik-baik saja.’ Falisha tersenyum melebar. 

Sebaik masuk kedalam rumah, Falisha melihat Fadhlan sedang berjalan turun anak tangga menuju ke bawah. Tajam saja tatapan mata Fadhlan menikam mereka berdua.

“Jangan risau. We face it together. Okay.” Kata semangat di bisikkan pada telinga Falisha.

“I’m okay. Isha Cuma risaukan Aryan je.” Isha membalas semula bisikan Aryan.

“Papa, kenalkan ini Aryan.” Falisha menarik lengan Aryan agar datang berjalan menghampiri Fadhlan. Aryan menyuakan tangannya untuk berjabat tangan dengan Fadhlan.

“Papa dah kenal dia. We've met before, right?” lambat-lambat Fadhlan menyambut huluran tangan pemuda yang bernama Aryan itu.

“Ya betul tu uncle. Kita pernah berjumpa sebelum ini beberapa kali. Tapi hari ini kedatangan saya untuk berbincang dengan uncle sesuatu perkara yang sangat penting. Boleh uncle luangkan masa untuk saya.. Untuk kami” Aryan berpaling melihat kepada Falisha yang ada di sampingnya. Fadhlan juga ikut berpaling melihat kepada Falisha.

“Uncle tak boleh lama. Uncle ada meeting pagi ini” alasan diberikan oleh Fadhlan sekadar untuk menyedapkan hati tetamunya dan Falisha yang sedang menarik mukanya kepada Fadhlan.

“Terima kasih uncle. Ia takkan ambil masa yang lama.”Aryan menarik bibirnya tersenyum melebar kepada Fadhlan dan juga kepada Falisha.

Duduklah mereka bertiga di ruang tamu rumah itu. Sunyi saja ruang tamu itu. Saat Juani datang menghidangkan air kedengaran bunyi cawan yang diletakkan di atas meja saja memecah hening kebisuan diantara mereka.

“Uncle.”

“Cepatlah. Tadi kata tak akan ambil masa yang lama kan. Sepuluh minit dah berlalu. Tapi masih belum apa-apa” bicara Fadhlan menyindir pasangan yang ada di hadapannya.

“Seperti yang uncle tahu sebelum ini, saya dah pernah lamar anak uncle. Tujuan kedatangan saya hari ini nak minta restu dari uncle. Saya dah Isha sama-sama saling mencintai antara satu sama lain. Papa dan mama saya akan menyusul kemudian untuk hal ini pakcik.”

Fadhlan mengeluh, tak nak dia nampak biadap di hadapan dua anak muda tersebut. Tambah pula saat Aryan menyebut orang tuanya. Terasa bagaikan dirinya tersepit di tengah-tengah sekarang ini. Izinkan Falisha dengan pilihanya bererti dia berpaling tadah dari Lantera. Tapi dia dalam masa yang sama dia telah berjanji andaikata Isha pulang dia akan merestui hubungan mereka. 

‘Kenapa Isha? Kenapa kau menolak takdir kau Isha? Papa dah pulangkan kamu ke Lantera seperti yang dijanjikan, tapi kamu pulang semula kesini. Adakah ini tandanya kamu tak berjodohan dengan anak Ali Muaz. Sekarang ni, adakah penyatuan dua keluarga itu ditunda lagi?’

“Kalau boleh uncle, saya nak jadikan Isha sebagai isteri saya sebelum mama dan papa saya bertolak ke Jepun.” sambung Aryan lagi bila dia melihat Fadhlan diam seperti sedang berfikir akan perkara yang lain.

“Tan Sri nak ke Jepun?” Tanya Fadhlan. Aryan yang ada di hadapannya menganggukkan kepalanya.

“Bila dia nak ke Jepun?” Tanya Fadhlan lagi.

“Sepatutnya mereka dah kena pergi, tapi mereka tangguhkan sampai hujung bulan ni. Papa dan mama nak urusan kami diselesaikan dulu sebelum mereka bertolak ke Jepun.”

“Hujung bulan ni hanya lagi beberapa minggu saja lagi? Kamu bergurau apa anak muda” Fadhlan mengambil kopi yang ada di meja dihadapannya dan menghirupnya perlahan.

“Sungguh betul kata uncle tu. Jadi saya nak buatkan yang wajib dahulu untuk akad nikah kami.” Aryan memegang erat tangan Falisha.

Fadhlan tersenyum sinis. Cawan kopi di letakkan semula pada piringnya.

“Kamu ingat semudah itu. Isha satu-satunya anak perempuan yang uncle ada..”

“Tapi Isha setuju papa.”

Terasa bagaikan darah Fadhlan naik ke kepala mendengar Falisha memintas ucapannya. Merah muka Fadhlan melihat Falisha yang sedang tersenyum dan tanggannya menepuk-nepuk lembut tangan mereka berdua yang saling bertaut.

‘Dia dah dibutakan dengan CINTA!’

“Terpulang, papa takkan masuk campur lagi dalam urusan kamu berdua. Papa dah lambat. Papa kena pergi dulu” Fadhlan bangun dari tempat duduknya lalu berjalan pergi tanpa sempat pasangan itu bangun.

“Tak apa. Papa memang macam tu. Tadikan papa dah cakap papa ada meeting kan. Jangan risaulah” kata Falisha agar Aryan tak salah sangka. 

“Betul ke? Papa Isha nampak macam tak suka saja?” Tanya Aryan.

“Tak lah, mana ada.. Papa cuma sudah lambat..” Falisha melebarkan senyumannya.

Beberapa hari selepas itu keluarga Aryan datang ke rumah Falisha untuk meneruskan niat mereka menyunting Falisha. Sekaligus kenal dengan lebih dekat dengan keluarga bakal besannya. Fadhlan mahu tak mahu kena lah melayan tetamunya. Kata putus kini telah dibuat dah dipersetujui oleh kedua pihak untuk melakukan akad nikah pada masa terdekat. Fadhlan menghantar tetamunya pulang sampai ke hadapan pintu rumahnya. Sebaik dia melihat kereta keluarga Tan Sri Dhaffa keluar dari rumahnya. Dia melihat seorang lelaki berdiri di taman rumahnya.

“Zayyad” tegur Fadhlan.

“Tak ada apa yang boleh disembunyikan dari puak Lantera, dato’. Dato’ sendiri tahu tentang itu bukan?” Tanya Zayyad.

“Tahu. Aku sedia ambil semua hukumannya Zayyad. Aku dah tak ada cara nak halang dia.” Keluh Fadhlan.

“Berpakat dengan saya Dato’..” Zayyad menanggalkan cermin matanya.

“Maksudnya?” senyuman Zayyad naik tersuing ke atas. Fadhlan tak dapat mengangak apa yang sedang dirancangkan oleh Zayyad. Andai kata rancangan itu takkan mencederakan Falisha. Fadhlan sedia untuk bergabung dengan Zayyad.

Di tempat yang lainnya. Setelah beberapa hari berlalu.

Natrah menunggu kedatangan Aryan dari tadi. Dari satu gelas yang ada di atas mejanya kini bertukar menjadi dua gelas kosong di hadapannya. Tapi bayang Aryan langsung tak juga dia nampak. Puas dia melihat segala yang ada di dalam telefon bimbitnya berulang-ulang kali. Sehingga dia sendiri merasa bosan.

“Hai” satu suara serak menyapanya.

“Aryan.. Lamanya Natrah tunggu.” 

“Lama ke? Sorry Aryan dari rumah Isha.” Aryan duduk di kerusi yang ada dihadapan Natrah.

“Why?” Tanya Natrah dengan senyuman di wajahnya menyembunyikan rasa yang ada didalam hatinya.

“Natrah. Aryan dengan Isha akan berkahwin tak lama lagi.. Harap Natrah faham apa yang Aryan cuba sampaikan ni” balas Aryan.

‘Cis! Kenapalah kau balik awal sangat Isha. Aku baru nak masuk jarum. Kau dah balik’

“Hmm.. Itulah orang lelaki. Bila sunyi cari kita, bila dah ada Isha. Lupa habis kita ni, yang teman dia selama ni.” rajuk Natrah.

“Natrah. Sebab tu lah Aryan ajak untuk Natrah berjumpa ni. Nak jelaskan semuanya. Tak nak Natrah salah sangka. Sebelum Natrah berharap..”

“Kalau Nat dah menaruh harapan macam mana? Sanggup ke Aryan perbetulkan semuanya semula? Salah ke kalau Nat ni ada hati kepada Aryan? Salah?” Natrah menekan setiap bait bicaranya. 

“Natrah.. kita hanya sebatas kawan. Tak lebih dari itu. Natrah sendiri  juga yang kata bosan kan. So?” Aryan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Sekarang fahamlah apa yang dimaksudkan oleh Aimi. Sungguh kini dia termasuk ke dalam perangkap yang Natrah dah buat.

‘Bodoh lah kau Aryan!’ Aryan mengetap giginya memarahi dirinya sendiri.

“Natrah nak Isha tahu. Apa yang dah jadi selama dia tiada ni. Dia patut tahu perangai Aryan macam mana. Dia..”

“Jangan sesekali Natrah!” Aryan mencekam erat pegelangan tangan Natrah.

“Apa ni Aryan! Sakitlah!” Natrah menampar-nampar tangan Aryan yang memegang tangannya.

“Dengar sini Natrah. Kalau kau kata aku salah. Kau sebagai sahabat dia. Juga tetap salah. Aku tak nak kau ganggu Isha. Aku tak nak kau pandai-pandai nak sampaikan semua ni kepada Isha..”

“Kalau aku sampaikan juga, kau nak buat apa Aryan.?” Tanya Natrah.

“Aku tak fahamlah dengan kau Natrah, apa niat kau sebenarnya? Apa yang kau mahu?”

“Tak faham lagi apa yang aku mahukan? Aku nak kau Aryan. Susah sangat ke?” Aryan ketawa. Geli hati dengan apa yang baru dikatakan oleh Natrah tadi.

“Natrah..Natrah. Sebab tu kau buat semua ni? Let say, kalau aku tak dengan Isha. Kau ingat aku akan pilih kau ke Natrah.?” Aryan melepaskan pegangan tangannya. Kini dia memeluk tubuhnya sendiri memandang dengan angkuh kepada Natrah yang sedang mengurut pegelangan tangannya.

“Kau kejam Aryan..”

“Dalam hati aku cuma ada Isha. Aku tak kejam. Cuma aku terleka hampir masuk ke dalam perangkap perempuan macam kau Natrah..”

“Kau ingat kau akan bahagia hidup dengan Isha. Isha tak sama dengan kita. Hidup gaya bebas macam kita. Kau yakin lepas kahwin nanti Isha akan hidup seperti kita sekarang ni. Malam-malam ke kelab, Lepak? Kenapa dia tiba-tiba boleh hilang lepas kau lamar dia.. Kenapa? Kemana dia pergi? Kenapa tak ada siapa pun tanya? Tak kah tu pelik!” berang Natrah saat itu. Mati akal dibuatnya nak menghasut Aryan.

“Aku tahulah dia ke mana. Kau sahabat rapat dia. Takkan kau tak tahu kemana dia pergi. Atau kau belum lagi jumpa dengan Isha sejak dia balik? Takut atau kecewa sebab dia dah balik?” sindir Aryan. Puas hati Aryan dapat melihat Natrah yang tengelam dalam perasaan marahnya.

“Kau tak layak untuk Isha! Dengan perangai kau. Kau belum sedia nak jadi suami kepada sesiapa pun Aryan. Hidup rumah tangga tak semudah yang kau sanggkakan Aryan. Kau sakitkan hati aku sekarang ni. Aku harap kau akan dapat balasannya Aryan. Biar rasa macam mana sakitnya hati ni…”

“I don’t care. Yang penting sekarang ni. Kita dah selesai. Faham!”Aryan bangun dan meninggalkan Natrah seorang diri. Tak mahu lagi dia panjang-panjangkan masalah itu dengan Natrah yang semakin terbawa dek emosinya.

Buat hal betul isha ni.. Pening fadhlan nak melayan anak gadis dia yang seorang tu.. Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa baca PERJANJIAN TAKDIR.. Tq.tq.tq semua.. Muaahhh muahh muaahhh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience