20. MATA

Fantasy Completed 227354

Tidur Falisha dikejutkan dengan laungan suara azan subuh yang sayup-sayup bergema di Pulau Lantera. Derapan tapak kaki halus mula kedengaran di telinganya. Begitula selama ini dia tinggal di rumah utama sebelum ini. Rumah yang paling besar di Lantera. Namun tak lah semewah di bandar sana, tapi selesa dalam kesederhanaan.

‘Bangun, dan ikut mereka’

‘Kenapa aku perlu ikut mereka? Untuk apa?’ keluh Falisha. 

Tak pernah dia peduli dengan semua aktiviti yang berlaku di Lantera. Sekarang ni, perlukan dia masuk campur dengan urusan seharian mereka pula?

Kaki diturunkan ke lantai dan berjalan ke arah pintu biliknya. Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya dan mengintai ke luar. Beberapa kaum hawa sudah siap mengenakan telekung putih berjalan kearah pintu utama.

“Tunggu.. Nak kemana?” Falisha bersuara menahan langkah kaum hawa yang ada di hadapannya. Pintu biliknya dibuka lebih luas membolehkan Falisha melangkah keluar.

“Kami nak berjemaah, bersama dengan yang lain. Maaf kalau kami dah mengejutkan Falisha dari tidur. Tentu Falisha masih letih dalam perjalanan ke sini bukan.. Maafkan kami.” Seorang gadis membalas sopan kepada Falisha.

“Tak, bukan sebab kamu semua Isha bangun.” Falisha mengeleng. Falisha melihat wajah-wajah gadis yang ditugaskan menjaganya.

“kenapa cuma ada empat? Mana yang lain?” Tanya Falisha.

“Tak semua akan pergi solat berjemaah. Kami akan bergilir-gilir agar rumah ini tak di biarkan kosong. Agar keselamatan Falisha terjamin..”

“Tak perlu risaukan Isha, panggil yang lain. Kita akan berangkat bersama.” Falisha memberi kata putus. Mereka yang ada saling berpandangan.

“Ini bukannya sesuatu perkara yang wajar.. Kalau lah terjadi apa-apa, bagaimana?” Tanya salah seorang yang nampak risau, dia melihat kepada Falisha dan sahabatnya yang lain. Kepalanya mengeleng perlahan, tak setuju dengan cadangan Falisha.

“Janganlah risau. Tak akan ada, siapa pun tahu saya dikalangan kamu semua..” ujar Falisha dengan mata yang bersinar-sinar.

Satu perkara mustahil diucapkan oleh Falisha. Mana mungkin tak ada siapa yang mengetahu aura Falisha yanga kuat itu. mereka bagaikan hidung harimau yang dapat menghidu dari beberapa jauhnya. Begitulah penduduk Lantera. Mustahil untuk menyembunyikan segalanya di Lantera. Terutama sekali pemimpinnya. Namun para gadis yang ada, tetap juga mengikut arahan Falisha.

“Berikan telekung kamu” Falisha menunjukkan kepada gadis yang menolak cadangannya tadi.

“Nama saya.. Firuz..”

“Firuz” Falisha menarik senyumannya melebar. Melihat kepada gadis muda yang tersebut.

“Cepatlah bagikan telekung kamu. Jangan kerana kamu, kita semua terlambat untuk berjemaah nanti” mahu tak mahu, Firuz menanggalkan telekungnya. Falisha berjalan masuk kedalam biliknya dan mengambil telekung putih bersulam indah yang ada di tempat penyidai kayu dan keluar lalu memberikannya kepa Firuz.  

“Saya tak boleh buat begini, ini salah.” Tolak Firuz.

“Baiklah. Kamu tinggal saja disini. Yang lain ayuhlah.” Falisha memberi arahan.

“Tapiii..” 

“Mahu atau tidak?” Tanya Falisha.

“Mana boleh saya menolak Falisha. Keselamatan Falisha keutamaan saya.”

“Percayakan saya. Saya akan jaga kamu. Tak akan ada siapa yang akan salahkan kamu dan yang lain-lain” Falisha melihat gadis-gadis yang lain. Beberapa orang lagi, datang menyertai mereka setelah dipanggil. Kini telah genap lapan orang semuanya.

“Kami percayakan bakal ratu..” kata mereka.

‘Bakal ratu? Kenapa gelaran itu buat aku merasa lemas. Siapa yang tak nak menjadi Sang Ratu Lantera. Pulau yang mempunyai khazanah tak ternilai di setiap isinya. Kalau siapa yang gilakan kekayaan. Sebutir permata yang ada di dasar sungai saja mampu buatkan dia kaya raya. Ia taklah mudah!’

“Tak perlulah gelarkan saya begitu, saya belum cukup sempurna. Selesa lagi kalau kamu semua panggil Falisha seperti sebelum ni. Lebih mudah Isha..” mereka semua yang ada cuba diam membisu, tak membalas.

“Marilah, terlambat kita nanti.” Falisha menarik tangan gadis yang ada. Walaupun dia tak kenal dengan semua nama-nama gadis yang melayannya. Dia tidak kisah untuk rapat dengan mereka. Falisha turun ke bawah dan membersihkan dirinya sekaligus mengambil wuduk.

Kini telekungnya sudah bertukar dengan milik Firuz. Bau tubuh Firuz kini melekat pada dirinya. Sedikit sebanyak sudah menutup auranya. Sebelum turun untuk keluar rumah. Falisha  mengisharatkan agar mereka semua menutup wajah mereka dengan kain. Setiap seorang yang ada dipeluknya agar bau mereka sama rata. Setelah Falisha berpuas hati barulah di turun ke bawah dan keluar untuk solat bersama dengan penduduk yang lain.

Dari jauh Wazien melihat sekelompok para kaum hawa mendekati teratak yang di dirikan tanpa sebarang dinding hanyalah tiang-tiang kayu yang mengampu bumbungnya. Cukup sederhana namun luas. Cukup untuk menampung seluruh penduduk Lantera yang tak lah seramai mana itu.

“Aku rasa ada yang tak kena dengan mereka” Tegur Bazli kepada Wazien. Bila dia melihat Wazien sedang merenung tajam kerah kelompok itu.

“Biarkan..” balas Wazien, Jemaah wanita yang lainnya mula masuk dan menarik tirai dan memisahkan ruangan solat mereka.

“Assalamualaikum” Ali Muaz yang baru sampai dengan Awanis dan Wadaah memasuki ruangan solat.

“Waalaikumsalam” sahut yang lainnya.

“Tak perlu berlenggah, marilah dan terus saja, kita solat” Kata Ali Muaz memanggil anak muda yang masih belum masuk ke ruangan solat.

Awanis yang memimpin Wadaah masuk ke ruang solat wanita, melihat ada sebaris wanita yang berdiri untuk solat dengan menutup separuh wajah mereka. Hanya mata mereka yang mampu dilihat olehnya.

“Lucutkan niqabmu.. Wahai saudara sesama kaum hawa. Kita sudah terlindung dari pandangan anjabi. Bukankah kita akan bersolat sekarang ni?” Awanis menyentuh hidungnya sendiri menunjuk kepada wanita-wanita itu. Mereka mengangguk faham apa yang cuba disampaikan oleh Awanis.

Solat subuh berjemaah pun dimulakan. Selesai saja solat, kelapan-lapan wanita itu menutup semula wajah mereka. Tazkirah subuh berlangsung selepas selesainya solat. Seseorang datang menarik tirai. Menampakkan ruangan lelaki dan perempuan.

Wazien yang hendak memulakan tazkirah subuhnya melihat  kepada jemaah yang ada di hadapannya. Bila sampai saja kepada para wanita yang menutup wajah mereka dia mula rasa sangsi. Satu-persatu ditenungnya.

‘Siapa mereka?’ dia lebih tertarik untuk melihat sesorang lagi yang langsung tak mengangkat wajahnya dari tadi.

“Bismillah..” Sepasang mata yang menunduk tadi kini mengangkat kelopak matanya naik. Menikam tepat kepada anak mata Wazien.

‘Bau dia samar. Tapi sepasang mata tu tak boleh menipu, aku tahu kau siapa’

Sekali lagi Wazien menyebut nama tuhan yang maha pemurah, lagi mengasihani untuk memulakan takzirah subuhnya. Seketika tadi dia hampir terleka saat menerima panahan mata dari si dia. 

“Kita pulang segera.” Bisik Falisha. Bila melihat jemaah lain bangun untuk bersalaman. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu dia ada di situ.

“Tunggu, nak kemana? Kenapa perlu tergesa-gesa” Wadaah mengengam kuat tangan Falisha yang sedang bersalaman dengannya. Falisha berpaling melihat pengiringnya.

“Marilah singgah ke rumah makcik. Makcik nak berbual dengan kamu..” Tangan Wadaah naik menyentuh wajah Falisha yang masih ditutup dengan kain.

‘Dia tak boleh melihat aku dengan mata kasar. Tapi mata hati dia dapat melihat aku dengan jelas. Aku tertanya-tanya. Kenapa makcik boleh jadi macam ni?’ Falisha mengambil tangan yang menyentuh pipinya dan mencium belakang tangan itu. Bibir Falisha tersenyum di sebalik lapisan kain yang menutup wajahnya.

“Insyaallah..” lembut dan perlahan balas Falisha. Wadaah menarik dan memeluk Falisha.

Saat Falisha berpaling untuk meminta diri dia melihat Wazien yang ada di kejauhan sana sedang melihatnya.

‘Ah! Dia dah tahu!’ 

Falisha melepaskan satu keluhan. Tak sampai hati dia nak membuatkan Wadaah ternanti-nantikan balasan darinya. Wazien yang ada disana sedang berjalan ke arah mereka. Falisha yang sudah meminta dari tadi kini bergegas berjalan pergi bersama dengan pengiringnya yang lain.

‘Maaf Wazien. Berikan waktu untuk diri aku sendiri Wazien.’

“Mak.” Wazien bersalaman dengan Wadaah.

‘Kenapa dia. Mengelak.?’ Terasa sedikit rasa kecewa dihatinya bila melihat Falisha dan pengiringnya berjalan pergi.

Falisha merasa bosan bila semua orang yang lain sibuk dengan pekerjaan mereka. Sedangkan dia, di tinggalkan seorang diri dirumah utama itu. Falisha mengintai  melihat kepada dua lelaki yang setia menunggu di tangga naik ke atas rumahnya.

‘Tak ada peluang lagi lah nampak gayanya ni. Aku kalau termenung nanti mula lah, nak teringatkan si pendusta tu.. Nak keluar pun pintu dah ada penjaga.. Pintu.. Pintu? Kan ada tingkap!’

Falisha membuka tingkap ruang tengah yang menghubungkan ruang untuk menuju ke dapur. Kali ini dia perlu lebih berhati-hati lagi. Agar tak tertangkap oleh sesiapa. Terutamanya tunangnya sendiri, Wazien.

Pap! Falisha selamat mendarat di tanah. Namun dia tak segera bangun. Matanya meliar melihat situasi dan keadaan sekeliling dahulu. Bila rasa selamat barulah dia bangun dengan pantas menyorok disebalik pokok yang tak jauh dari situ.

“Selamat juga, sekarang nak pergi ke mana? Mata air biru? Sungai? Laut?.. Tak-tak! Laut tak boleh. Dia ada disana..” Falisha mengeluh. Tadi dia mengeluh sebab tak dibenarkan keluar. Sekarang dah keluar, dia pula buntu nak pergi ke mana. Dia mula mendongak melihat sekitar. Kemudian dia melihat ada sebuah tanjung.

“Sekurang-kurangnya boleh juga tengok laut dari atas sana. Mesti cantik kan.. jelajah tempat baru lagi..” Falisha melangkah masuk kedalam hutan mula mendaki bukit sampai naik ke atas tanjung sampai ke atas sana. Biarlah lelah sedikit kerana semuanya akan terbayar nanti dengan pemandangan yang indah dari atas sana. Falisha akhirnya sampai juga di atas puncak tanjung. Dia melihat ke bawah. Ombak di bawah sana memukul dinding tanjung dengan ganas. Kuat bunyi ombak itu membuatkannya tesenyum puas. Tangan di depakan untuk menarik nafas yang panjang dan dalam.

Sementara di pantai. Sekumpulan para pemuda yang baru pulang dari laut membawa hasil tangkapan mereka sibuk mengalihkan hasilnya untuk dibawa naik ke darat.

“Alhamdulillah, hari ini hasil tangkapan kita banyak.” Kata Faqih melompat turun dari bot nelayannya dan sedia menanti bekas hasil tanggapan mereka yang akan dihulurkan oleh Wazien.

“Alhamdulillah syukur. Rezeki kita lebih, hari ini..” balas Wazie yang berada di atas bot menghulurkan hasil tangkapan.

Selesai urusan menurunkan semua hasil tangkapan mereka. Kini untuk memberi pada kaum wanita untuk tugasan mereka menyediakan makanan buat seisi rumah.

“Abang..” Awanis berlari-lari dengan wajahnya yang cemas. Di belakangnya ada pengiring Falisha turut berlari bersama.

“Kenapa ni Awanis. Kenapa kamu berlari. Tak nampak kah kamu, ada ramai pemuda disini.” Tegur Wazien, ternaik suaranya tinggi kepada satu-satunya adik perempuan itu.

Awanis berpaling melihat para pemuda yang sedang melihat kepadanya. Termasuklah tunangnya Faqih juga ada di situ. Serta merta wajahnya berubah merah, tetapi kali ini dia terpaksa.

“Maaf, tapi abang. Kakak tak ada di rumah utama” sesak nafas Awanis menyampaikan khabar itu kepada Wazien.

“Apa? Mustahil.!”

“Ya Abang sungguh” Awanis menganggukkan kepalanya, dia menunjuk kepada gadis-gadis yang menjaga Falisha. Kesemua mereka menganggukkan kepala.

“Kamu pasti? Macam mana boleh kehilangan Falisha?” Tanya Wazien.

“Jangan salahkan mereka abang. Kami..”

“Sudah, abang akan pergi mencari dia..” Wazien cepat memotong, dia melihat kaum lelaki yang terdiri daripada nelayan itu mula menunjukkan wajah gelisah. Ada juga yang mula membisik-bisik.

“Ngaaummm..” 

Sang belang keluar mengaum-ngaum seperti merungutkan sesuatu, dengan mukannya yang terangkat-angkat keatas.

“Pulanglah dulu semuanya. Tak perlu risaukan apa-apa, Falisha takkan kemana-mana. Yang pastinya dia masih berada di pulau ni.. Pulanglah” arah Wazien. Riak-riak risau penduduk Lantera diperhatikan.

Ketika dia melihat wajah-wajah mereka yang ada. Dia terpandangkan sesuatu di atas tanjung sana.

‘Allah! Apa yang dia buat disana! Kecewa sampai naik ke atas sana? Untuk apa? Terjun dari sana? Itu tak akan selesaikan masalah’

“Faqih. Aku minta diri sekejap. Kau tolong kawal keadaan di sini..” anggukkan diterima dari Faqih. 

Wazien melangkah pergi. Dari langkah kaki yang perlahan kini dia atur kepada langkah kaki yang sedang berlari. Setiap alur menghala ke atas tanjung sana sudah di hafalnya. Sang belang yang ada dengannya sedang berlari di belakang. Larian dilajukan lagi sekali pandang tak ada bezanya dengan Sang Belang. Berkaki empat persis haiwan itu. Urat-urat hijau pada tangan dan tubuhnya mula bertukar menjadi belang hitam.

“Falisha!”

Falisha yang berdiri di hujung tanjung tersentak mendengar namanya diseru suara dalam yang serak dengan nafas yang kasar. Tubuh dipusingkan melihat ke belakang.

“Ka.. kauuu.. si..ssiiiaaapa?” terkejut Falisha dibuatnya, melihat satu makhluk dihadapannya. Sudahlah menyerupai Sang belang dengan belang hitam yang bersulam jalur-jalur keemasan pada dirinya. Jalur emas itu bersinar saat matahari terpancar kepadanya.

“Jangan bergerak lagi..” Wazien melangkah menghampiri Falisha. saat dia melangkah. Falisha pula mengundurkan langkahnya kebelakang.

“Kau jangan dekat! Kau siapa.. Jauh! Jauh!” Falisha memberi amaran. Terangak-agak juga, bila kakinya sudah betul-betul kehabisan langkah. Jatuh beberapa butir batu-batuan kecil ke bawah sana.

“Jangan buat kerja bodoh Falisha!” Wazien mara ke hadapan. Falisha yang cemas tak sedar dia sudah tergelincir.

“aaarrrghh!”

Falisha tak sangka dia akan terjatuh dari tebing tinggi itu. Matanya ditutup rapat. Di dalam hati sudah sedia mengucap menyebut nama Maha Pencipta. Andai lah itu adalah pengakhiran hidupnya di dunia ini. Walaupun belum cukup bekal amal yang dibawanya. Apa lagi yang mampu dia lakukan.

Busshhhh! Falisha jatuh kedalam air laut. Apabila matanya dibuka semula dia cemas dan mula berenang naik ke permukaan semula. Disebabkan terlampau cemas Falisha kehabisan nafas. Semakin lama semakin jauh dia jatuh ke dasar laut.

Wazien ikut terjun bersama dengan Falisha, sama-sama jatuh ke dalam air laut. Wazien berenang-renang mencari Falisha. Semakin dalam di menyelam ke dasar mencari Falisha. matanya melihat Falisha bagaikan sedang terbang di dalam air laut.

‘Bertahan Falisha!’ Wazien menyelam lagi dengan lebih pantas. Tangan Falisha dicapainya, dengan sedaya upayanya dia menarik Falisha naik ke permukaan semula.

Mereka berdua terdampar di pantai. Wazien menepuk pipi Falisha untuk mengejutkan Falisha bangun.

“Falisha bangun! Kamu jangan nak takutkan saya Falisha!” Wazien menunduk mendekatkan telinganya ke mulut kepada Falisha. Falisha langsung tak memberikan tindak balas. Pegelangan tangan Falisha disentuh untuk mencari denyutan nadinya. Lemah!

“Falisha!” 

Wazien meletakkan tangannya di bahagian tengah dada Falisha dan satu lagi tangannya diletakkan atas pada tangannya. Dengan kedudukan tangannya yang lurus, Wazien menekan dada Falisha.  Kemudian Wazien beralih mendongakkan kepala dan mengangkat dagu Falisha ke atas. Hidung Falisha dipicit, bantuan penafasan mulut ke mulut diberikan oleh Wazien. Diulang beberapa kali, langkah yang sama. Barulah Falisha tersedar dengan memuntahkan air yang ditelannya saat tenggelam tadi.

“Alhamdulillah” Wazien beralih kesebelah, memberikan ruang buat Falisha.

“Kenapa awak buat semua ni Falisha, awak nak bunuh diri kerana terlampau kecewa?”

“Saya.. Apa?” Falisha yang masih menunduk berpaling selepas mengelap bibirnya dengan belakang tangan.

“Kenapa kamu ada di atas tanjung sana, tahu tak bahaya?” Falisha mendongak melihat puncak tempat dia berdiri tadi.

‘Tak sangka aku betul-betul jatuh dari atas sana. Mujur tak jatuh ke atas batu. Kalau tidak, berkecai semuanya’

“Bukannya untuk membunuh diri! Kenapa Wazien kata Isha nak bunuh diri! Isha cuma terkejut melihat..” Falisha berpaling melihat kiri dan kanannya.

“Kenapa kamu ada di sini Wazien.?” Tanya Falisha dia baru tersedar akan semuanya itu.

“Wazien dari atas lagi, ada dengan Falisha. Tapi Falisha..”

“Apa!”

“Tadi itu? Siapa! Di atas sana tu!” Falisha menunjuk ke atas tanjung. Ada Sang Belang yang sedang menjenguk ke bawah.

“Sang belang?”

“Tadi itu saya Falisha.. Wujud Wazien yang sebenar. Kenapa? Isha takut dengan wujud Wazien yang sebenar? Sebab itu Isha terjun dari sana..” Tanya Wazien.

‘Dia! Apa wujud sebenar! Kenapa dia?’ Falisha masih tertanya-tanya didalam hatinya. Yang dia nampak tadi adalah haiwan persis seperti Sang Belang.

“Isha boleh jadi sebegitu?” polos tanya Falisha kepada Wazien.

“Maksud Isha?”

“Bertukar sepenuhnya menjadi macam Wazien tadi. Sama macam Sang Belang” Isha menunjuk keatas dimana Sang Belang berada.

“Tak pasti. Kerana Falisha bukkannya sepenuhnya dari Lantera. Wazien sendiri tak pasti tahap apa sebenarnya Falisha.” Jelas Wazien.

“Macam mana untuk tahu semua itu? Macam mana Isha boleh tahu yang Isha boleh buat semua itu? Ada caranya” Falisha yang sama-sama terduduk di atas pasir pantai berpaling mengadapkan tubuhnya kepada Wazie. Semangat dia untuk mengetahu jawapan dari Wazien.

“Falisha. Sebelum itu..” Wazien berpaling melihat kearah laut.

“Kenapa? Ada syarat apa yang perlu Isha buat? Untuk tahu semua tu?” Tanya Falisha.

“Bukan itu Falisha. Tapi pakaian kamu..” Wazien bicara saat memandang kearah laut.

“Kenapa dengan…” Falisha menunduk melihat tubuhnya. Merah mukanya kini bila pakaiannya yang basah menampakkan hampir segala-galanya pakaian dalamnya yang terselindung disebalik pakaian putih yang dipakainya. Nak ditutup dengan tangan pun terasa tak ada gunanya lagi.

“Duduk lah disini dulu sementara menunggunya kering.” Wazien bangun berdiri, dia sendiri terlampau cemas sampai terlupa akan semua itu. Nak dia berikan pakaiannya. Tapi pakaiannya juga turut basah.

“Awak nak ke mana, Wazien?” Tanya Falisha saat melihat Wazien melangkah pergi.

“Tak kemana. Wazien menunggu disini.” Wazien naik ke atas batu besar yang ada dipantai itu.

“Terima kasih, selamatkan Isha” balas Falisha memeluk lututnya erat. 

Pandangan mereka berdua kini sama. Masing-masing memandang ke arah laut yang terbentang luas, melihat burung yang terbang berkicau di atas sana. Wazien tersenyum, bukan kerana apa yang dipandangnya sebentar tadi. Tapi Falisha bukan terjun dari tanjung kerana terlampau kecewa dengan cintanya yang tak kesampaian. tak sanggka pula, dialah punca yang menyebabkan Falisha jatuh. Dalam hati Wazien mengucap syukur yang panjang. Mereka berdua terselamat dan masih bernafas saar ini..

2.32 baru siap mengarang PERJANJIAN TAKDIR.. Sorry tau kalau ada kekurangan dimana2.. Tqtqtq kepada yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Muaahhh muahh muaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience