44. TEWAS

Fantasy Completed 227388

Pasir halus mula berterbangan saat ditiup angin. Hati siapa yang tak luluh melihat perubahan jauh bezanya dengan pemilik tubuh yang asalnya. Kini tubuh itu sudah  bertukar menjadi makhluk terkutuk dari neraka jahanam. Itulah sekutu Maheem yang selama ini terkurung di dalam istana tempat tinggal Maheem si ratu malam. Bagi siapa yang terbuka hijabnya dapat melihat dengan jelas auranya yang bermotifkan api yang sedang membara terbakar. Sampaikan bekas jejak kakinya saja turut terbakar tanah itu menjadi hitam dan hangus.

“Kanda..” lirih Falisha masih memanggil gelar nama itu. Dia yakin di sebalik rupa yang sudah bertukar itu, masih ada aura Wazien tersimpan didalamnya.

“Hati-hati..” antara bisikan Deena. Bazli dan Faqih juga mengucapkan ucapan yang sama kepadanya.

“Sekarang ni macam mana? Apa yang perlu kita buat sekarang ni?” tanya Falisha.

“Sekarang kita kena pergi sebelum dia datang kepada kita..” kata Bazli. Bukan niat nak lari dari medan perang dan berpaling tadah. Dia perlu membawa Falisha pergi dari situ segera.

“Ya betul tu. Itulah pesan Wazien. Selamatkan Falisha dan bawa pergi dari sini.” sokong Faqih pula.

Falisha menggelengkan kepalanya. Tidak setuju dengan mereka berdua. Matanya tak lepas memandang satu susuk tubuh yang mempunyai kulit kemerahan  disana bagaikan sedang melihat-lihat pada tubuh milik suaminya itu. Senyuman sinis tersuing pada wajah itu. Puas hati dengan tubuh yang ditawannya. Walaupun di dalamnya terasa membahang dengan alunan zikir tanpa henti dari manusia si pemilik tubuh tersebut.

“Kanda” sayup-sayup Lahab mendengar suara halus itu memanggil. Zikir yang beralun di dalam dirinya terhenti seketika. Dadanya terasa berdebar. Terketar-ketar gema suara alunan zikir mula beralun semula.

“Dia membuatkan kau tergugat? Tentu dia amat  berharga bukan?” Lahab menanyakan soalan yang berbaur sindiran dan ugutan itu buat Wazien.

Sunyi! Tiada balasan dari Wazien. Yang ada hanya alunan zikir memuji Tuhan Yang Maha Esa. Bingit telinganya mendengar alunan yang merdu itu terasa membuatkan hawa telinganya ingin pecah dan bernanah darah.

“Apa yang kau sedang buat dari tadi. Ini terlalu bising! Bingit! Tak bolehkah kau diam saja, manusia rendahan!” marah Lahab. Kedua-dua tangannya menekup telinganya, tetap itu tidak hilang suara alunan zikir yang ada di dalam tubuhnya. Merah mata Lahab menahan rasa nyilu naik ke atas kepalanya. Mata yang merah itu tercari-cari akan sesuatu, yang membolehkan untuk Wazien diam dan menghentikan alunan zikirnya.

“Kau mencabar aku manusia lemah! Aku akan buat kau berhenti..” Lahab berjalan kearah tiga manusia yang masih kekal dengan kedudukannya melihat kepadanya dari tadi.

“Aku yakin mereka pasti amat penting buat kau bukan! Manusia lemah bila dipengaruhi dengan emosi. Aku akan buat kau diam dan melemahkan roh kau didalam sana. Biar kau tak berdaya. Hidup di dunia sekadar menjadi boneka aku semata-mata..” 

Melihat Lahab menghampiri mereka, Bazli dan Faqih segera merubah kedudukan. Menghalang dan melindungi ratu mereka.

“Manusia memang bod*h! Rapuh dan lemah. Masih berani nak menentang aku! Kenapa? Penting sangatkan tubuh ini kepada kamu berdua..” Lahab mendepakan tangannya di hadapan Bazli dan Faqih yang sudah sedia dalam posisinya dengan keris digengam rapi pada tangan mereka berdua.

“Lepaskan tubuh itu. Kau tak layak menggunakan tubuh itu” Jerit Bazli. Lahab ketawa mendengar suara manusia yang berdiri di hadapannya.

“Melutut di hadapan aku dan sembahlah aku.!”

“Kami takkan sesekali menunduk kepada iblis laknat seperti kau!” Faqih membalas dengan lantang.

“Kuat Falisha! Jangan mudah terpedaya.” Deena membisik kepada Falisha. Risau Deena, jika Falisha tiba-tiba rebah melutut di hadapan makhluk durjana itu.

“Aku..” suara Falisha mula bergetar. Air matanya sudah mengalir ke pipi.

“Kanda..” 

Panjang leher Lahab melihat kepada Falisha yang ada di belakang Bazli dan Faqih.

“Aku mahukan dia!” Lahab menunjuk ke arah Falisha. Bazli dan Faqih saling berpandangan.

“Kalau mahukan dia. Kau harus lepasi kami dahulu..” tegas Bazli.

“Kamu berdua bukan lawanku. Sekelip mata aku akan tewaskan kamu berdua tanpa mengunakan kuasaku sedikit pun..” angkuh sekali Lahab mentertawakan Bazli dan Faqih. 

Dua sahabat itu langsung tidak gentar. Tetap mara melangkah ke hadapan meyerang Lahab dari segenap ruang yang terbuka. Ternyata benar. Tenaga mereka jauh berbeza sekali. Lahab langsung tak terkesan dengan serangan dari Bazli dan Faqih yang menyerangnya secara bertubi-tubi itu. Dia malah senyum sinis kepada mereka berdua yang mula letih, nafas diatur kembali agar rasa itu segera hilang. Tekad mereka berdua masih tetap kukuh. Berlawan sehingga ke akhir kudrat yang bersisa. Sampai satu saat, Lahab mengangkat tangannya lalu menangkap Bazli dab hentakkan kuat kena kepada dada Bazli membuatkan Bazli terpelanting ke belakang. Kini yang tinggal hanya Faqih.

“Kau masih tak nak mengalah?” sinis bunyi soalan dari Lahab. Faqih segera mengelengkan kepalanya.

“Jadi, nasib kau akan sama sepertinya!” Lahab menunjuk kepada Bazli yang terlentang mengadap wajahnya ke langit. Tiada sebarang pergerakkan menandakan Bazli akan bangun pada waktu itu.

“Biarlah! Sekurang-kurangnya aku bersungguh! Bukannya seperti kau. Roh yang sekadar menumpang jasad seperti kami. Lebih hina kedudukan kau. Dari neraka jahanam!” Faqih bersedia! andai ajalnya sudah sampai, tapi untuk mundur bukannlah pilihannya.

Muka yang sudah merah itu bertukar menjadi retak. Urat-urat wajah yang terlakar pada kulitnya itu bertukar menjadi garis bagaikan lava berapi yang sedang mengalir.  Jatuh kulit kemerahan itu menampakkan isinya yang terdiri daripada cairan api yang sedang mengelegak.

“Akan ku tamatkan riwayat mu!” marah Lahab. Walaupun dia tak mempunyai perasaan tapi dirinya tercabar dengan kata-kata Faqih tadi. Semakin marak api yang megelilinginya. Sepantas angin bertiup Lahab melompat dan menerkam Faqih.

Tersenyum Faqih saat tubuhnya rebah menahan impak tenaga yang cukup kuat yang menekan dirinya sehingga tenggelam jasadnya disebalik pasir-pasir kering tanah gersang. Darah mengalir pada setiap rongga wajahnya.

“Usaha kau hanya sia-sia..” Lahab menunduk melihat tubuhnya yang ditikam oleh Faqih dengan keris pusaka miliknya.

“Kau hanya melukakan jasad ini, tapi aku. Tak terluka sama sekali..” Lahab bangun dan berdiri tegak. Keris yang terpacak di perutnya ditarik keluar begitu sahaja. Mengalir darah merah membasahi pakaiannya. Lahab menghentak kuat kakinya tepat ke perut Faqih. Terus terbatuk darah Faqih dibuatnya. Tapi itu semua tak memutuskan Wazien untuk terus berzikir didalam tubuh yang dikawal oleh makhluk durjana itu.

Lahab berpaling melihat kepada Falisha. Wajah putih berbelang itu basah dengan air mata.

“Lihat lah dia! Kalaulah aku hancurkan dia sama seperti dua manusia itu. Bagaimana? Adakah kau berhenti memekakkan hawa terlinga aku!” Bentak Lahab menghayunkan langkahnya kasar menuju kepada Falisha.

Kraakkk… Blarr..

Guruh di langit yang cerah itu tiba-tiba berdentum kuat menghentikan langkah Lahab di tengah-tengah kawasan tanah gersang. Kilat mula sambar menyambar diatas sana. Silit berganti menikam bumi.

“Allahhu Akbar!” 

“Allahhu Akbar!” 

“Allahhu Akbar!” 

“Allahhu Akbar!” 

Lantang suara itu kedengaran. Falisha berpaling mencari arah suara itu. Semakin lama semakin kuat suara itu sedang melaungkan azan.

“Abah..” lega Falisha melihat Ali muaz tiba bersama beberapa orang di belakangnya. Masing-masing sedang melaungkan azan dari segenap sudut mengepung Lahab. Falisha mengangkat kembali kain untuk menutup kepalanya. kemudian menoleh semula melihat kepada Lahab yang sedang berjalan mengundur bila kilat memancar kearahnya.

“Falisha tak apa-apa?” tanya Ali Muaz. Berkerut wajahnya melihat ada garis hitam yang ikut menghiasi aura Falisha. Dalam masa yang sama dia risau akan menantunya itu takut dipengaruhi oleh sesuatu yang buruk.

“Isha tak apa-apa abah, tapi Wazien..” Falisha menunjuk kepada Lahab yang sedang dipanah halilintar yang turun daripada langit sana.

“Abah akan uruskan bersama dengan puak bintang. Berundurlah Falisha..” Ali Muaz mengarahkan Falisha agar berundur dari medan pertempuran itu.

“Ishaa…” belum sempat Falisha membalas kembali. Bahunya telah dipegang. Dia berpaling melihat ada dua manusia yang menutup wajahnya dengan niqab.

“Marilah.. Kita menanti disana sahaja.. Tenanglah biar mereka yang uruskan musuh durjana itu.. Beta adalah ratu bintang, Raidah..” Raidah memujuk Falisha untuk menjauh dari kawasan itu.

“Ratu Raidah.. Tapi sebelum itu..” Falisha menunjuk kepada Faqih dan Bazli.

“Adakah mereka telah meninggal?” tanya Raidah.

“Tidak pasti. Isha akan kesana..” tanpa menunggu Falisha melangkah pergi. Raidah memandang kepada pengiringnya. Kemudian dia mengangguk dan membuat keputusan untuk mengikut langkah Falisha.

Keris yang terpacak tertanam di dalam tanah, hanya kepalanya yang terukir bentuk seakan akan harimau itu jelas dipermukaan. Falisha menarik keris itu keluar dan membawa bersamanya. Keris milik suaminya, Wazien. Mereka berjalan sampai kepada jasad Faqih yang hampir tenggelam terkambus oleh debu pasir kering yang menghiasi tanah gersang. Falisha memeriksa nadi Faqih yang sedang berdenyut lemah.

“Isha membalas budi, jadi terimalah darah harimau putih.” 

Tangan di angkat tinggi di hadapan wajah Faqih yang menghadap langit itu. Keris itu kemudiannya di letakkan di atas tapak tangan. Dengan satu torehan, maka terlukalah telapak tangan Falisha. Darah yang mengalir mula menitis masuk kedalam rongga mulut Faqih yang terbuka. Keris diletakkan di atas dada Faqih berserta dengan tangan Falisha yang satu lagi untuk mengalirkan api birunya kepada Faqih. Tersentak Faqih menerima aliran api biru daripada Falisha. Raidah diam tidak berani menyampuk bersama dengan pengiringnya. Hanya memerhati saja gerak geri Falisha yang bersahaja. Perkara yang sama di lakukan kepada Bazli yang masih tak sedarkan diri. Tapak tangan Falisha yang terluka tadi kembali sembuh semula mengagumkan Raidah.

“Beta tak sangka! Beta dapat melihat keturunan harimau putih dihadapan Beta. Beta sungguh teruja..” Raidah menyatakannya tanpa sembunyi tentang rasa hatinya.

“Ratu Raidah..”

BAM!!!

Satu dentuman yang kuat berlaku secara tiba-tiba. Beberapa orang sudah terpelanting dari lingkaran yang mengepung Lahab tadi. Hanya tinggal beberapa orang yang masih berusaha megunakan kuasanya sampaikan dirinya mengeluarkan aura mereka sehingga memancar ke atas langit sana.

“Abah!” 

Sekali lagi bahu Falisha ditahan oleh Raidah. Sebaik Falisha melihat kepada ratu bintang itu, dia melihat Raidah yang sedang memandang ke arah suaminya dengan gelengan kepala.

“Kita perlu tolong mereka ratu..”

“Kita tidak mampu..” balas Raidah bernada perlahan. Dia sendiri pernah kalah dengan Maheem sehingga wajahnya cacat teruk. Jika dia berlawan dengan Lahab pasti dia tewas sebelum sempat dia memulakan langkahnya lagi.

“Kalau begitu. Ratu tunggu saja di sini! Biar saya yang pergi!” bentak Falisha. Tangan Raihan ditempis turun dari bahunya.

“Beta tahu apa yang kamu rasakan sekarang ini wahai ratu harimau putih. Tapi ini demi keselamatanmu wahai ratu” tak berani Raidah nak berkeras dengan Falisha yang mempunyai semangat berkobar-kobar itu.

“Tiada gunanya keselamatanku sang ratu bintang andai hatiku tak tenteram..” Falisha terus melangkah pergi.

“Sehebat itukah rasa cinta?” Raidah berpaling melihat kepada pengiringnya.

“Cinta akan membuatkan seseorang yang lemah menjadi kuat demi orang yang mereka sayang tuanku..” pengiring Raidah menunduk saat berkata itu kepada ratunya.

“Beta cemburu dengan hubungan mereka..” kata yang diucapkan hanya sebagai kiasan, bibir Raidah tersenyum kembang disebalik kain yang menutup wajahnya matanya ikut mengecil saat bibirnya ditarik.

“Hamba yakin raja juga mencintai ratu sedalam itu..” kata dari pengiringnya itu membuatkan Raidah tercari-cari raja yang menjadi pasangannya itu. Sepasang mata itu terlekat memerhatikan belakang tubuh suaminya yang sama-sama berjuang menentang musuh durjana. 

Azan masih terus berkumandang di arena itu. Terkumat kamit mulut beberapa orang yang sedang membaca petikan dari kalam suci dan menyasarkan kuasa mereka yang tak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Lahab terasa bagaikan ditikam bertubi-tubi oleh senjata batin yang digunakan oleh lawannya.

“Kamu semua tak dapat melukakan aku!” Lahab ketawa dalam keadaan tubuhnya yang sedang duduk melutut di hadapan manusia yang mengelilinginya.

“Yang terluka disini adalah dia. Bukannya aku!” jeritnya lantang sambil menepuk dadanya. Menunjuk kepada pemilik tubuh sebenar iaitu, Wazien.

“Kau tak boleh memperbodohkan kami..” Ali Muaz bersuara lantang.

“Abah..” Falisha kini berada di sisi Ali Muaz.

“Pergi Falisha! Pergi dari sini. Disini terlalu bahaya..” Ali Muaz memberi amaran kepada Falisha.

“Isha akan pergi. Selepas semua selesai..” Falisha melangkah dua tapak kehadapan.

“Tunggu jangan pergi.!” Ali muaz yang berganjak dari kedudukannya mula melumpuhkan lingkaran yang megelilingi Lahab.

“Ratuku.. Aku dapat merasakannya didalam tubuhmu! Kau adalah ratuku!” panggil Lahab.

“Falisha menjauh!. Jangan terpedaya dengan ucapannya!” jerit Ali Muaz. Kaki yang sedang menapak mula begerak lagi. Terkapai-kapai tangan Ali Muaz ingin menarik menantunya agar menjauh. Datang cahaya berapi membidas tangan Ali Muaz dan melemparkan tubuh itu jauh.

“Jangan kau sentuh ratu kuu!..” marah Lahab.

Ali Muaz bangun semula. Dia nekad tidak mahu kehilangan dua nyawa pewarisnya pada hari itu. Kakinya menapak kepada kedudukan asalnya. Sekilas dia berpaling melihat kepada Sarwan. Kini mereka hanya mampu memanjatkan doa kepada tuhan Sang Pencipta Sekalian Alam agar memberikan keajaiban pada saat itu.

“Lahab..” panggil Falisha.

“Ratuku.. Kini aku muncul dihadapanmu secara bersemuka denganmu. Aku kini sudah mempunyai jasad yang akan setia berada disampingmu..” Lahab menyuakan tangannya. Falisha merenung tangan Wazien yang kulitnya sedang merah terbakar.

“Kau sedang hancurkan dia! Sekarang aku akan hancurkan kau..” kata itu terbisik di hati Falisha.

“Hati-hati dengan apa yang kau lakukan. Jangan kau lupa dengan apa yang ada didalam kamu Isha! Bukan hanya ada aku. Tapi dia...” Deena memperingati Falisha. Dengupan jantung si kecil itu memenuhi ruangan fikiran Falisha.

“Lahab..” Falisha meletakan tangannya diatas tapak tangan Lahab.

“Kasih! Hentikan!” suara itu bergema menyapa Falisha. Wazien yang terkurung di dalam jasadnya sendiri itu sudah dapat meneka apa yang bakal dilakukan oleh Falisha.

Falisha ditarik masuk kedalam pelukan Lahab. Semakin rapat mereka bersentuhan semakin banyak Falisha menyerap kuasa Lahab. Bayu meraung-raung didalam tubuh Wazien. Dia yang tadinya langsung tak boleh mengunakan kuasanya kini sedang diserap keluar oleh sesuatu rasa yang dingin dan menyucuk-nyucuk menyiksakan dirinya. Terkeluar jelmaan Bayu dihadapan mata yang sedang mengikat Lahab secara batin. Kini yang tinggal di dalam tubuh Wazien hanyalah Lahab.

“Hentikan demi kanda..” suara itu bermain-main lagi di fikiran Falisha. Senyuman terukir manis melihat kepada Lahab yang menguasai Wazien.

“InsyaAllah.. Kalau diizinkan tuhan.. Itu akan datang lagi..” Falisha memeluk erat tubuh Wazien yang sedang berlutut itu.

“Tiiidaak! Ratuuku!” 

Lahab menjerit lantang, kemudian dia mengerang dan memberontak hebat. Falisha tetap memeluk tubuh Wazien. Tanduk yang tumbuh di dahi Wazien sudah terbakar dengan sendirinya. Berombak-ombak kulit wajah Wazien bila Lahab sedang mencari ruang agar tak ditarik keluar oleh Falisha.

“Akuu mahukan tubuhhh iniiii..!” meraung Lahab tetap ingin menetap didalam tubuh Wazien.

“Kau tak perlukan tubuh yang tidak mempunyai aura ini.. Aku tawarkan tubuhku buatmu!” bisik Falisha di telinga Lahab.

Mahu tak mahu Lahab menerima tawaran itu. Sememangnya tubuh Wazien tidak lagi mempunyai aura yang gah seperti tadi. Lahab tidak dapat merasakannya lagi aura itu. Berpindahlah Lahab masuk ke dalam badan Falisha. 

“Isha..” 

Deena memanggil Falisha. Bila Falisha menunduk dan memuntahkan darah yang banyak di atas tanah gersang. Darah itu hitam pekat dan berbau busuk dan hanyir. Wazien pula terus jatuh terkulai tak sedarkan diri. Luka penuh di setiap anggota tubuhnya.

“Falisha! Lepaskan dia!” Ali Muaz menjerit.

Falisha berusaha bangun. Menapak kakinya satu persatu untuk berdiri. Berat terasa dirinya sedang menanggung kuasa hitam yang sangat kuat.

“Aku berjaya menguasai tubuh yang lain..” Lahab ketawa melihat tubuh yang baru di masukinya.

“Bukannya satu jasad tapi dua jasad!” Lahab menyentuh perutnya.

Pucat wajah-wajah yang ada dihadapannya. Melihat kepada Lahab. Tapi berbeza bagi Lahab. Dia cukup puas hati.

“DEENA!!!” tiba-tiba suara jeritan itu keluar dari mulutnya sendiri.

“Tidak! Tidak! Tidak!” Lahab yang sedang cuba mengeleng tapi itu tidak berlaku. Melainkan rohnya yang sedang ditarik keluar oleh Falisha.

Keluarlah Lahab di dalam rupa yang tidak mempunyai bentuk yang tetap itu. Hanya seperti bebola api yang sedang bertebangan diudara. Tiada jasad yang boleh dikawalnya lagi. Berputar-putar tak tentu arah didalam benteng yang tak kelihatan itu. Tanpa membuang masa. Ali muaz mengangkat tangannya tinggi membelah angin di hadapannya. Perkara itu diikut oleh Sarwan dan beberapa orang yang lain. Terbelah Lahab yang tidak berjasad itu lenyap dan ghaib dari bumi bersama dengan lolongan panjang mengutuk perilaku manusia yang membunuh rohnya.

Maaf semua lambat.. Mood swing ke lain arini.. Terima khabar duka.. Dari seorang sahabat yang kini berada di icu.. Sama-sama kita doakan kesembuhan buatnya dan urusannya dipermudahkan buat seisi keluarganya yang sedang berduka.. Maaf sekali lagi atas kelewatan hari ini.. Smpai bawa kemlm.. Tq.tq.tq kepada semua pembaca yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari dan setia menanti waney dan PERJANJIAN TAKDIR muncul di NovelPlus.. ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience