47. PEMBAWAKKAN BAYI

Fantasy Completed 227394

Suara Falisha bernyanyi-nyanyi kedengaran sampai ke ruangan bawah rumah itu. Fadhlan yang sedang makan pun terjeguk-jenguk beberapa kali melihat ke arah tangga menuju keatas. Tapi pemilik suara itu tak juga turun-turun dari tadi. Fadhlan berpaling melihat kepada Juani yang baru muncul di lantai atas kini sedang mengatur langkahnya turun ke bawah.

“Kenapa tu Kak Ani?” terteleng kepala Fadhla menunjuk ke atas. Terbantut seleranya terus bangun dari kerusi.

“Tak ada apa tuan, cik muda nak keluar. Katanya nak singgah ke klinik..”jelas Juani.

“Ohh! Ke klinik. Nak ke klinik pun happy sampai nyanyi-nyayi bergema satu rumah ni ya.” Fadhlan menggaru lehernya. Tak faham dengan perangai anaknya yang seorang itu. Dulu bukan main nak berkepit dengan Wazien. Semalam melambai macam suka pula ditinggalkan. Wazien pula yang tak senyum-senyum sampai dia balik. Takkan dah tukar pula diaorang berdua ni?.

“Papa!” ceria Falisha menyapa Fadhlan.

“Isha. Cantik sangat ni, nak kemana?” tanya Fadhlan sekadar berbasa-basi, padahal dia sudah diberitahu oleh Juani tadi.

“Isha nak ke klinik..” balas Falisha dengan senyumannya yang lebar dan manis.

“Hmm.. Nak pergi dengan Zayyad kan. Nanti dah jumpa kawan-kawan tu janganlah lupa diri pula, Isha bukannya bujang lagi tau. Nama dan maruah suami tu Isha bawa kemana-kemana. Jangan lupa tu..” pesan Fadhlan. Bekerut dahi Falisha melihat kepada Fadhlan.

“Kenapa tengok papa macam tu? Salah ke, apa yang papa cakapkan ni?” tanya Fadhlan bercekak pingang di hadapan Falisha.

“Kenapa papa kata Isha nak jumpa kawan-kawan? Isha nak pergi klinik..”

“Lah klinik kan. Mesti nak pergi klinik tempat kerja Isha kah tu kan. Papa tahu sangat dah.” Balas Fadhlan dengan yakin.

“Tak, bukan nak ke klinik doktor Asfar lah pa.” Falisha menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Fadhlan.

“Lah, ni nak klinik mana pula?” tanya Fadhlan menerima salam dari Falisha, kemudian dia melihat Falisha berlalu pergi melintasinya. Fadhlan melihat kepada Juani yang sekadar mengangkat bahu kepadanya.

“Pa Isha dah lambat ni. Zayyad dah ada di luar tu..”

Bila Fadhlan mendengar kata yang terucap itu terasa seperti déjà vu, satu perasaan dan situasi yang sama pernah berlaku dulu. Berbezanya dulu, dia menghalang Falisha dari keluar untuk berjumpa dengan Aryan. Bagaikan terulang semula detik itu. Tapi kali ini bukan dengan Arya, kali ini Zayyad. Dia tak mahu semua itu berulang lagi.

“Falisha..” panggil Fadhlan. 

“Papa, Isha nak pergi check baby.. Bye pa” Falisha berlalu pergi selepas mengucup pipi Fadhlan.

“Apa check apa?” tanya Fadhlan, Falisha melambai dan tetap melangkah pergi.  Membiar Fadhlan berfikir sendiri. Fadhlan mula risau. Takut Falisha sakit dan cuba berselindung darinya.

“Kak Ani, dengar tak apa Isha kata tadi?” tanya Fadhlan.

“Hmm, ya dengar..” 

“Apa yang Isha cakapkan tadi?” tanya Fadhlan.

“Cik muda kata tadi. Dia nak pergi check baby..” Juani menarik senyumannya.

“Apa, baby? Aimi tu dah beranak ke?” Fadhlan semakin keliru.

“Tuan ni. Sudah lah makan tauhu, tambah kicap dan gula. Sudah tahu, bertanya pula.” Juani ketawa kecil.

“Eh? Macam salah saja bunyinya tu?” tanya Fadhlan.

“Itu pantun orang muda, janji bunyi hujungnya sama.. Tuan tak lama lagi nak jadi datuk..” balas Juani.

“Dato’? Kak Ani ni makin memeningkan saya.” Fadhlan menggelangkan kepalanya.

“Cik muda hamil. Tu cik muda ke klinik bukan ke klinik veterinal tapi ke klinik ibu dan anak..” Juani menutup mulutnya yang sedang ketawa dan berlalu pergi.

“Ya.. Budak ni!” Fadhlan berjalan  keluar dari rumahnya. Laju dia berjalan menuju ke pagar rumahnya. Tapi sudah terlambat. Tiada lagi bayangan milik kereta Zayyad di luar rumahnya pada saat itu.

“Boleh-boleh dia tak bagitahu. Sama je anak dengan menantu. Patutlah Wazien berat saja nak lepas Isha semalam. Bukan Isha. Tetapi anak dia sama..”

~

Wazien yang sedang membantu penduduk Lantera mendirikan rumah terbatuk-batuk. Dada bidangnya ditepuk-tepuk untuk menghilangkan rasa perit yang tiba-tiba menyerangnya itu.

“Kau tak apa-apa kah Wazien?” tanya Faqih. Turut menepuk belakang Wazien yang sedang terbatuk itu.

“Tak apa-apa. Habuk kayu agaknya ni. Itu yang tersedak sampai terbatuk ni” balas Wazien.

“Sungguh ke? Atau orang disana sedang rindukan kau ni, Wazien?” Usik Bazli. Dia yang sedang berada di atas puncak tangga yang tinggi itu mula turun ke bawah. Menghampiri Faqih dan Wazien.

“Sungguh lah. Kau diatas. Kau tak rasa. Kami yang dibawah ni yang terasa.” Bazli menarik senyumannya bila mendengar alasan dari Wazien. Faqih hanya mampu mengeleng.

“Wazien. Kalau hati tu tak tenang tinggal isteri di sana. Ulang-ulang lah kesana. Bukan masalah pun bukan.” Tegur Ali Muaz bila dia mendengar perbualan tiga pemuda di hadapannya itu.

“Abah, kerja masih banyak disini. Dia pula nak pulang kesana. Wazien tahu memang waktunya melawat papa. Tapi.. Wazien risau.” Dalam tak sedar Wazien yang tidak pernah merungut itu mengadu kepada Ali Muaz.

“Abah tahu. Macam ni sajalah. Lepas habis ni, selepas solat Asar. Wazien balik la ke bandar. Temankan Falisha. Dia berbadan dua, mengandungkan anak kamu. Mesti dia nk luangkan masa ni dengan kamu. Kerja-kerja di Lantera ni serah kan saja pada anak muda yang lain.” Cadang Ali Muaz.

“Tapi..”

“Siapa yang jadi imam apa semua tu. Tak apa. Abah ada. Pandai-pandailah abah uruskan..” Potong Ali Muaz.

“Abah dah pandai..”

“Abah belajar dari menantu abah. Suka potong cakap orang..” Ali Muaz ketawa di hadapan mereka bertiga. Membuatkan tiga pemuda itu saling berpandangan sesama sendiri.

“Dah-dah, tak payah pandang-pandang lagi. Abah dah buat keputusan. Wazien boleh saja balik ke sana. Nak ulang alik ke. Macam-mana, itu terpulang kepada Wazien. Urusan lantera serahkan saja kepada abah dan yang lain-lain..” Putus Ali Muaz tanpa sempat Wazien nak membuka mulutnya membalas kembali. 

“Bersiaplah apa yang patut, bersihkan diri. Tak lama lagi dah nak masuk waktu Asar ni..” Ali Muaz menyambung lagi, sambil berjalan pergi melihat rumah yang sedang didirikan oleh anak muda yang lain. Senyumannya mekar di sebalik wajah tuanya menegur anak muda yang sdang berusaha keras membina rangka rumah yang hampir siap itu.

~

“Adakah encik ni suaminya?” tanya jururawat yang menegur Zayyad. Dia yang sedang duduk di kerusi menunggu terus bangun berdiri. Kepalanya yang mengeleng membuatkan jururawat itu mematikan senyuman manis pada wajahnya.

“Saya.. Hmm penjaga. Eh! Bukan” Zayyad mengaru kepalanya.

“Abang, dia abang saya” Falisha yang baru balik dari bilik air menegur Zayyad yang kekok hendak perkenalkan dirinya.

“Ohh abang. Saya ingat suami tadi. Baru nak ajak untuk masuk sekali tadi.” balas jururawat muda itu.

“Abang saya ni.. Tak khawin lagi cikk.. Mahani..” Falisha merenung tanda nama di dada gadis yang mengenakan uniform putih itu.

“Panggil saja, saya hani..” Mahani senyum manis buat Falisha dan Zayyad.

“Sudahlah nama hani. Senyum saja pun sudah manis. Semanis honey.” Pujian itu sekadar diucap di dalam hati Zayyad. Tak berani dia nak memuji gadis kecil molek di hadapannya itu.

“Abang tunggu disini ya. Isha masuk kejap” Falisha menyedarkan Zayyad dari lamunannya.  Satu anggukkan di berikan oleh Zayyad kemudian diiringi dengan pintu bilik rawatan yang tertutup di hadapannya.

Selang beberapa minit Falisha keluar di sebalik pintu putih di hadapan Zayyad dengan wajah yang tersenyum melebar.

“Dah selesai? Semuanya okay?” tanya Zayyad. Walaupun dia tak tahu apa-apa dengan hal ibu mengandung ini. Dia sentiasa mendoakan Falisha dan bayinya berada di dalam kedaan yang baik-baik saja.

“Ya abang. Alhamdulillah.. Semuanya sihat.” Falisha menganggukkan kepalanya. Senyuman tak pernah lekang pada wajahnya yang bersinar-sinar itu.

“Abang.. Lepas ni temankan Isha. Isha nak beli baju. Baju Isha semuanya dah ketat. Tak tahulah Isha gemuk atau apa. Sudahlah sekarang ni, makan banyak sangat.”  Falisha duduk di kerusi menunggu bersama dengan Zayyad.

“Isha mana ada gemuk. Isha comel” balas Zayyad.

“Hmm.. ayat tu cuma nak sedapkan hati Isha je kan. Isha gemuk demi baby. It okay..” Falisha ketawa.

“Puan Falisha Irdina..” nama Falisha dipanggil.

“Isha duduk. Biar abang je yang pergi.” Zayyad bangun dan berjalan ke kaunter yang tertulis dispensary diatasnya.

Keluarlah Falisha dan Zayyad dari klinik ibu dan anak itu untuk menuju ke pusat beli belah. Kali ini Falisha bersungguh membeli pakaian untuk dirinya. Bukan hanya dia, pakaian Wazien, Fadhlan dan Zayyad sendiri di beli olehnya. Penuh tangan Zayyad memegang setiap beg barangan yang dibeli oleh Falisha.

“Balas dendam sungguh Isha ni” tegur Zayyad.

“Pandai pun abang. Sebelum ni abang merungut kan. Harini kita shopping betul-betul.” 

“Mati abang macam ni. Ni belum ada baby lagi, kalau ada baby abang rasa Wazien kena beli butik baby untuk anak dia la..” perli Zayyad.

“Hah! Nak ke dia, dia nak tinggalkan Lantera pun berat hati. Mana dia nak temankan Isha macam ni semua.” Falisha mengeluh. Tangannya semakin lama semakin laju menyelak helaian demi helaian tudung di hadapannya. Sampailah ke helaian yang paling hujung. Satu tangan datang dari belakang dan menyambar tudung itu sebelum sempat Falisha memegangnya.

“Saya nak yang ini..” kata suara itu.

Falisha berpaling melihat kepada suara itu.

“Nat, Natrah?” Natrah yang sedang meneliti tudung di tangannya berpaling melihat kepada wanita yang memanggil namanya.

“Isha?” Natrah melihat Falisha dari atas sampai kebawah. Penampilan Falisha yang berbeza, membuatkannya tak mengenali wanita itu, sahabatnya sendiri. kalaulah dia tahu. Dia tidak akan berada sama kedai dengan Falisha. Kemudian matanya tertumpu kepada perut Falisha yang menonjol sedikit kehadapan.

“Kau mengandung Isha? Anak siapa?” tanya Natrah dengan tangannya yang menunjuk ke perut Falisha.

“Itu anak Aryan? tolong beritahu yang itu bukan anak Aryan?” Natrah mengelengkan kepalanya. Baru dia nk melangkah ke hadapan Zayyad terlebih dahulu menghalangi jalannya.

“Awak ni siapa?” tanya Natrah.

“Abang tak apa. Dia kawan Isha.” Kata Falisha yang berada di belakang Zayyad bersuara.

Kawan? Kau masih menganggap aku kawan Isha? selepas apa yang aku dah buat terhadap kau. Aku malu nak jumpa dengan kau Isha. Aimi dan Tahira dah tak hiraukan aku lagi. Aryan pula.. Natrah menundukkan wajahnya ke bawah.

“Natrah” Panggil Falisha. Zayyad yang berada diantara mereka mengalihkan tubuhnya.

“Aku minta maaf Isha. Aku bod*h, aku terlalu tamak nak kejar dia. Aku dibutakan dengan rasa cinta..”

“Itu bukannya cinta Natrah.” Natrah yang menunduk itu mengangkat wajahnya. Terasa dirinya bagaikan sedang dihina dengan kata yang keluar dari bibir Falisha.

“Itu nafsu semata-mata Natrah, nafsu untuk memiliki Aryan. Ini bukannya anak Aryan, ini anak aku dengan suami aku. Aku sudah menikah dengan seorang lelaki yang amat mencintai aku.” balas Falisha.

“Dengan dia? Ini suami kau?” tanya Natrah menunjuk kepada Zayyad yang ada diantara mereka.

“Bukan. Suami aku tak ada di sini. Ini abang aku. Zayyad.” Falisha mengangkat tangannya menunjuk kepada Zayyad. Mesra dirinya seperti tiada apa yang berlaku diantara mereka berdua.

“Abang?” Natrah berpaling melihat lelaki hitam manis di hadapannya. Segak bergaya mengenakan pakaiannya yang rapi dan kemas.

“Natrah. Sekejap lagi aku nak makan dengan Aimi dan Tahira. Marilah ikut sekali” Falisha bersuara. Dia sudah tahu dengan perangai sahabatnya itu, dari tadi tak lepas melihat kepada Zayyad.

“Aku. taknaklah” Natrah berpaling dan mengeleng. Tudung yang ada di tangannya di serahkan semula kepada Falisha.Lalu berpaling pergi dari situ dan terus keluar meninggalkan kedai itu.

“Lah kenapa dia lari pulak tu abang?” Falisha menunjuk kepada Natrah yang tergesa-gesa pergi.

“Biarlah dia Isha. Adalah tu..”

Natrah berlari keluar bukan kerana Falisha mengajaknya makan bersama dengan dua lagi sahabatnya. Tapi dia terlihat Aryan melintas baru tadi di sebalik figura Zayyad.

“Mana dia pergi?” Natrah menghentak kakinya dengan perasaan geram. Aryan hilang tiba-tiba di tengah ruang legar itu.

“Isha!” 

Suara ceria dan gembira itu membuatkan Natrah berpaling melihat ke arah kedai tudung yang dia masuk tadi. Di situ Falisha sedang dipeluk oleh Tahira dan juga Aimi. Rasa cemburu mula menyelubunginya, tanpa sedar kedua-dua tangannya mengepal penumbuk, menahan rasa itu. Sudahlah Aryan hilang. Sekarang sahabatnya langsung tak mengendahkannya. Kerana apa? Kerana dia yang terlalu sibuk mengejar cinta yang tak berbalas dari Aryan itu.Sehingga niatnya nak membeli tudung buat mamanya di kedai tadi terus dilupakannya.

Sekarang ini bukannya ada sepasang mata yang sedang melihat kepada tiga sahabat yang sedang berjalan masuk kedalam sebuah restoran yang ada di pusat beli belah itu. Ada satu susuk tubuh yang sedang bersembunyi melihat dari sebalik dinding melihat kearah yang sama. Hatinya yang dulu hancur berkecai-kecai, kini bangkit semula. Dia menerima ketentuan yang telah ditetapkan buatnya. Menerima yang Falisha bukanlah jodohnya. Perlahan-lahan dia keluar mengatur langkahnya kearah meja makan yang diduduki oleh tiga sahabat itu.

“Hai!” sapa Aryan.

Berpaling mereka bertiga melihat kepada Aryan yang sedang berdiri tegak di hadapan mereka semua. Sebaris senyuman ditarik mengiasi wajah kacaknya.

“Mind, if I join your team?” sapa Aryan sekali lagi. Tiga wanita itu saling berpandangan sesama sendiri.

“Duduklah. Lagi ramai lagi meriah.” Falisha akhirnya bersuara.

“Isha!” Aimi menekan bait bicaranya. Falisha sekadar menepuk tangan Aimi yang ada di atas meja dengan lembut. Sebuah senyuman terhias pada wajahnya.

“Kalau dia duduk, aku balik!” Aimi mengugut. Tali beg tangannya diragut dengan kasar.

“Aimi. Jangan salah sangka. Bagilah aku luangkan masa aku dengan korang. Aku dah nak bertolak ke Jepun lepas ni. You know that right?” Aryan membatukan dirinya. Kerusi yang diambil dari meja sebelah kini berada di tengah-tengah ruangan. Zayyad yang berada di meja sebelah sekadar memerhatikan drama secara langsung di hadapannya bersama-sama beg barangan yang mengelilinginya.

“Aku tau kau marah. Bagilah aku peluang betulkan semuanya. Aku tahu aku salah.”

“Diam!”

“Bagilah..”

“Diam, aku cakap diamlah!” marah Aimi. Sakit telinganya mendengar suara rayuan Aryan. Aimi berpaling dengan wajahnya yang berkerut.

“It coming! The baby is coming..” balas Aimi separuh menjerit dan dalam masa yang sama menahan rasa perutnya yang sakit.

Keadaan di dalam restoran itu menjadi cemas. Air ketuban Aimi membasahi lantai tempat yang dia sedang berdiri. Kecoh para pekerja restoran itu datang menghulurkan bantuan kepada Aimi.

“Isha. Isha ikut naik dengan abang ke hospital.” Zayyad menghalang Falisha dari terus mengikut sahabatnya itu.

“Ha Isha! Aku ada. Aku temankan Aimi, kita jumpa di hospital nanti..” Balas Tahira yang sedang mengampu Aimi bersama dengan Aryan.

“Cepatlah. Aku nak beranak dah ni! korang boleh berchit-chat lagi..” Tegur Aimi yang tidak dapat menahan lagi rasa sakit itu. Rasa seperti bayinya akan keluar pada bila-bila masa saja lagi.

“Pergilah Tahira. Hati-hati memandu Aryan. Jangan risau. Aku bawakan barang-barang ni nanti..” balas Falisha. Aryan mengangguk begitu juga dengan Tahira. Berjalan mereka berdua keluar mengampu Aimi menuju ke kereta Aryan.

“Abang.. kita ke hospital?”

“Ya, kita ke hospital..” balas Zayyad mengutip barangan yang tertinggal oleh kaum-kaum hawa tadi.

Bertolaklah Falisha ke Hospital. Sebaik sampai dia melihat keluarga Aimi sudah pun berada di ruangan menunggu. 

“Puan Sri..” tengur Falisha. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan mummy kepada Aimi.

“Falisha! Allah. Bertambah cantik dengan bertudung sejak menjadi isteri orang ni..” Afeefa menyuakan tangannya bersalaman dengan Falisha.

“Biasa saja puan sri..” balas Falisha.

Uwwekkkk… uweekkk…

Suara tangisan bayi yang kedengaran nyaring itu membuatkan semua berpaling melihat kepada pintu yang tertutup rapat.

Krekk..

Keluarlah Rafiqi dari sebalik pintu yang kembali tertutup itu membuka pakaian  selapis plastik yang tersarung di tubuhnya.

“Alhamdulillah.. Mummy! Daddy! Semuanya dah selamat..” ucap Rafiqi dengan rasa gembira memeluk Daris, bapa mentuanya.

“Alhamdulillah..” Afeefa meraup wajahnya.

Ucapan tahniah menghujani pasangan yang baru menerima ahli baru dalam keluarga kecil mereka. Seorang puteri yang sangat comel dan cantik seperti mamanya

“Terima kasih Aryan, bawakan Aimi ke sini. Panic juga aku tadi. Terus datang sini, mujur sempat jugak tadi..” Rafiqi memeluk Aryan.

“Tak apa. Semua dah selamat kan. Dapat juga aku tengok anak buah aku sebelum pergi. Itu pun dah macam anak aku..” Aryan menunjuk ke arah katil bayi yang sedang dikerumuni oleh kaum wanita yang tak habis-habis memuji puteri kecil itu.

“Aimi. Aku nak balik dulu lah yea.. Nanti aku datang jenguk kau dan baby lagi ya..” Falisha meminta diri untuk pulang. Kasihan pula kepada Zayyad yang sudah seharian Zayyad menemaninya.

“Abang kau mana?” tanya Aimi.

“Dia pergi solat, nanti dia datang lah tu.”balas Falisha. Aimi menganggukkan kepalanya. Mengerti.

Falisha berjalan keluar dari bilik vvip yang menempatkan Aimi dan bayinya. Langkahnya diatur menuju kearah yang tertulis surau.

“Abang..” tegur Falisha bila melihat Zayyad baru keluar dari ruang solat.

“Ya, kenapa keluar ni? Dah nak balik?” tanya Zayyad.

“Ya lah abang. Kita balik lah. Semua dah okay tu. Bagi Aimi rehat pula” balas Falisha.

“Ha. Marilah kalau macam tu.” ajak Zayyad.

Berjalanlah mereka berdua sampai ke pakir kereta. Zayyad kemudiannya mengaru kepalanya. Beberapa kali sudah tangannya keluar masuk mencari sesuatu dari dalam koceknya.

“Abang, jangan cakap.. Yang abang tertinggal kunci kereta..” Falisha menunjuk jari telunjuknya kepada Zayyad.

“Beg Isha mana? Abang rasa abang letak dalam beg isha tadi..” Zayyad baru teringatkat hal itu. Dia yang memegang beg Falisha dari tadi. Kerana Falisha hanya berlenggang umpama dia berada di Lantera.

“Isha ada bawa beg ke? Alamak! Kenapa Isha tak boleh ingat ni?” Falisha meraup mukanya dan menutup mulutnya yang terbuka membulat.

“Abang nak masuk pergi ambil dulu. Isha ikut abang masuk sama ke dalam..” ajak Zayyad.

“Isha tunggu di sini sajalah. Abang pergilah ambik.” Falisha menunjuk ada kerusi batu kosong yang ada di hadapannya.

“Jangan kemana-kemana! Tunggu situ diam-diam!” keras Zayyad memberi amaran kepada Falisha. Rasa nak saja dia merantai kaki Falisha di kerusi batu itu. Sebelum dia pergi. Tapi mampukah dia.

“Isha” Aryan datang menyapa.

Angin tiba-tiba bertiup mengugurkan daun-daun yang kekuningan dan kering ke bawah. Falisha menarik senyumannya melebar melihat insan yang tiba-tiba muncul disebalik tubuh Aryan yang berdiri di hadapannya. Sehelai daun baru luruh jatuh betul-betul diatas kepala Falisha. Tanpa Falisha sangka Aryan mengalihkan daun itu dengan tangannya. Perkara itu diperhatikan oleh Wazien. Wajahnya yang manis tadi, terus hilang serinya. Walaupun dia tahu tiada apa yang berlaku diantara Falisha dan Aryan. Hatinya tak sependapat dengan akalnya. Rasa cemburu mula menguasainya. Dia semakin lama, semakin tak mengerti dengan perubahan emosinya yang cepat tersentuh kebelakangan ini. 

Terima kasih semua kepada pembaca setia PERJANJIAN TAKDIR.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience