9. PULAU LANTERA

Fantasy Completed 227394

Perjalanan dua beranak itu sunyi sepi. Falisha membalikkan tubuh membelakangkan Fadhlan yang sedang duduk bersandar di kerusi tempat duduknya di belakang bersama dengannya.

“Isha..” panggil Fadhlan.

“Hummm” jawap Falisha acuh tak acuh memandang kearah luar tingkap.

“Tak nak tanya papa apa-apa ke? Sebelum ni, beria sangat nak tanya itu ini..” kata Fadhlan mengesot sedikit tubuhnya mengiring kepada Falisha.

“Okay.. Sekarang dah boleh tanya?” Falisha berpaling ke belakang melihat kepada Fadhlan. Bila melihat Fadhlan menganggukkan kepadanya, cepat-cepat Falisha membalikkan tubuhnya. Kaki kanannya dilipat dan diangkat naik ke atas kerusi. Kini dia memandang tepat kepada Fadhlan bagaikan mahu beradu mata dengan papanya.

“Kenapa baru sekarang ni.. Papa nak Isha balik tempat lahir mama? Pulau pula tu.. Why papa?” Tanya Falisha bersungguh.

“Sebab dah sampai masanya sayang.” Fadhlan menepuk lembut pipi anak gadisnya. Falisha terus menarik wajahnya masam. Tak puas dengan jawapan Fadhlan.

“Mama yang sepatutnya bawa Isha pergi ke tempat kelahiran mama.. Tapi Isha pun tahu kan. Ajal mama sampai dulu. Mama pergi dengan adik Isha..” Fadhlan menarik nafas dalam dan mengehembus keluar dengan berat.

“Gelang ni?” Falisha mengalih topik bicara. Dia tak mahu terus melihat wajah sedih Fadhlan mengenangkan arwah mamanya dan adiknya yang telah pergi. Tangan Fadhlan yang masih melekat di pipinya disentuhnya.

‘Papa tak boleh terang banyak-banya sayang. Papa tak nak, kamu batalkan niat nak ke Pulau Lantera kalau Isha tahu apa maksud sebenarnya kepulanga Isha.’ Fadhlan menarik bibirnya tersenyum perlahan-lahan.

“Gelang ni, gelang tanda.. Tanda yang Isha anak mama. Pulang dan sampaikan hasrat terakhir mama..” Fadhlan menatap anak mata Falisha. Jelas terpancar rasa bingung di setiap lekuk wajahnya.

“Isha sampai Pulau Lantera tu nanti Isha cari Ali Muaz. Dia akan terangkan semuanya. Sekali dengan gelang yang ada di tanga Isha ni.” Fadhlan menyentuh gelang emas yang ada pada pegelangan tangan Falisha.

“Itu je? Betul? Papa tak ada helah apa-apa kan?” Tanya Falisha, matanya mengecil merenung kepada Fadhlan yang ada di hadapannya.

‘Anak bertuah ni! Kalau lah Isha tahu.’ Fadhlan gelak kecil dia membetulkan duduknya semua memandang ke hadapan semula.

“Mudah saja.. Hmmmm okay. Semalam Isha rasa macam ada banyak benda nak tanya. Bila dah tidur.. Bangun, Isha dah terlupa nak tanya semua benda tu kepada papa..” rungut Falisha.. Tangannya mengulung-gulung hujung rambutnya.

“Satu lagi Isha nak tanya.. Pa!” kata Falisha secara tiba-tiba. Sehinggakan Rehan yang sedang memandu berpaling sekilas secara spontan.

“Kenapa, perlu bawa beg besar pa? Nak jumpa orang saja kan.. Isha perlu tinggal lama ke disana?” Tanya Falisha. Baru dia teringatkan tentang beg pakaiannya yang disiapkan oleh Juani awal pagi tadi.

“Tinggal lah dua tiga hari disana, kenal dengan keluarga mama Isha. Beg Isha tu pun bukannya besar mana pun. Beg sedang saja tu kan..” Pujuk Fadhlan.

“Dua.. Tiga hari??” Falisha mengangkat tangannya sebelah kiri dua jari, sebelah kanan tiga jari. Seperti anak kecil sedang mengira jari yang sedang diangkat.

“Isha nak buat apa lama-lama disana pa? alah pa.. Isha dengan klinik lagi pa..” belum sempat Falisha menghabiskan ayatnya Fadhlan memotong rungutannya.

“Papa dah selesaikan semua.. Papa dah beritahu dengan doktor Asfar yang Isha ambik cuti sehingga Isha balik ke sini semula. Semuanya hal yang di sini Isha jangan risau. Biar papa yang akan uruskan..” terang Fadhlan. Falisha perlahan-lahan mengangguk.

‘Itu satu hal.. Yang satu hal lagi ni.. Aryan, aku tak sempat nak jumpa dengan dia. Macam mana aku nak terangkan dekat dia semua benda ni. Dah la call tak berangkat. Rasanya dia tidur lagi ni.’ Falisha mengeluh.

“Kalau dia betul-betul sayangkan Isha. Kenapa perlu Isha takut?. Isha tak percayakan dia?” Tanya Fadhlan yang berbaur ugutan buat Falisha.

“Isha percayakan dia. Kami saling menyayangi pa.. Macam papa dan mama..” tegas Falisha.

‘Papa dengan mama? Papa tak tahulah anak papa ni naif ke apa.. Asal ada orang kata sayang je ikut..’

“Baik. Kalau macam tu. Lepas saja Isha balik dari Pulau Lantera.. Papa akan restu hubungan Isha dengan budak lelaki tu, seikhlas mungkin. Terima dia.” Jelas Fadhlan, walaupun jauh di dalam sudut hatinya masih tercalit rasa tak selesa mengenai lelaki yang dipanggil Aryan oleh Falisha.

“Betul ni pa?! Papa jangan main-main..” jari telunjuk Falisha menunjuk kepada Fadhlan.

“You got my word, my dear. Pernah ke selama ni papa mungkir janji?” Falisha mengelengkan kepalanya.

“So?” Tanya Fadhlan.

“Okay, Isha percayakan papa. Tentulah Isha percayakan papa!” Falisha terus memeluk Fadhlan secara mendadak sampaikan Fadhlan terkejut dan terbatuk-batuk.

“Uhukk-uhuukk” Fadhlan menepuk dadanya. Falisha melepaskan pelukannya dan segera mengambil botol yang terisi air putih di dalamnya, lalu disuakan kepada Fadhlan.

“Papa ni, Isha baru peluk papa dah tesedak semua..” rungut Falisha. Dada Fadhlan ditepuk-tepuk oleh Falisha dengan lembut.

“Isha ni.. Hem!” Fadhlan berdehem membetulkan tekaknya yang terasa perit.

“Papa makin tua, Isha tu pula makin dewasa.. Kalau Isha dulu kecil-kecil buat macam ni tak lah papa terasa. Sekarang dah jadi anak gajah.” Fadhlan menenguk lagi air yang ada di dalam botol.

“Anak gajah! Papaaaa!” Falisha menarik muncungnya panjang. Dia yang tadinya mengadap Fadhlan segera berpaling ke arah tingkap semula. Rehan yang sedang memandu mula tergelak kecil.

“Papa mengusik anak papa saja, Isha terlampau sibuk kebelakangan ni kan. Dengan kehidupan peribadi Isha. Papa cuma rindukan anak papa. Falisha Irdina yang dulu. Manja, ceria dan selalu ada untuk luangkan masa dengan papa.. That all.” Kata-kata Fadhlan itu membuatkan Rehan berhenti ketawa.

“Isha…”

“It okay, papa faham.. You are getting older, need your own time and space..” potong Fadhlan.

“Dato’ kita dah sampai..” Kata Rehan. Mula memasuki kawasan nelayan yang ada di kawasan itu.

‘Kat mana papa bawa aku ni? Biar betul papa ni, nak hantar aku kemana lah ni’ Mata Falisha meliar melihat pandangan asing di hadapannya. 

Kereta yang di pandu oleh Rehan menyusuri jalan yang terdapat lalang di kiri dan kanannya. Sehingga kereta itu berhenti di sebuah pondok kecil yang usang.

“Papa tak main-main kan?” tanya Falisha takut dan melihat keluar.

“Kenapa? Main-main apa pula?” Rehan sudah keluar dari kereta dan membuka pintu untuk Fadhlan.

“Tempat apa ni papa? Isha takut lah” kata Falisha.

“Tak perlu nak takut. Turun saja. Papa ada ni.” Fadhlan mula risau melihat Falisha menayangkan mimik wajah yang mula kemerahan ingin menangis seperti anak kecil.

‘Allah, macam manalah aku nak lepas dia pergi. Belum apa-apa lagi dia dah macam ni.’ Hati Fadhlan mula gundah gulana.

“Rehan, buka pintu untuk Isha..” arahan diberikan kepada Rehan yang sedang berada di luar pintu kereta.

“Baik Dato’..” Sahut Rehan seraya berjalan ke arah pintu belakang sebelah Falisha dan membukanya.

“Cik muda silakan” pelawa Rehan sebaik pintu kereta di buka.

“Abang Rehan..” Falisha mengeleng perlahan, bibir merah delima Falisha menebal muncung kehadapan sejak tadi.

‘Alamak, macam mana ni? Takkan aku nak tarik dia keluar..’ 

Tangan Rehan naik ke atas memegang kepalanya sendiri. Dia buntu, apa yang harus dia lakukan sekarang. Tergaru-garu kepalanya sendiri kini.

“Assalamualaikum Dato’..” Sapa Zayyad. Tangan dihulur kepada Fadhlan.

“Waalaikumsalam Tuan Zayyad..” senyuman lebar diberikan kepada Zayyad. Tangan yang dihulurkan tadi disambut oleh Fadhlan.

“Dah sedia? Mananyaaa….” Zayyad tercari-cari insan penting iaitu Falisha.

“Mana Dato’..  Jangan cakap yang Dato’ tak bawa anak Dato’.. Semalam Dato’ dah janji dengan saya nak bawa Anak Dato’ kan..” Zayyad mula bimbang.

“Siapa tu abang Rehan?” Tanya Falisha yang ada didalam kereta.

“Siapa..? Itu.. Tuan Zayyad..” Jawap Rehan menunjuk sopan dengan tangannya ke arah Zayyad yang sedang berdiri dengan Fadhlan.

“Tuan apa? Zyan?” Tanya Falisha masih duduk di dalam kereta. 

Falisha berpaling dan mengintai dari dalam kereta. Melihat ke pada tingkap yang ada disebelahnya. Seorang lelaki sedang berdiri secara berdepan dengan Fadhlan. Lelaki yang berkulit hitam manis itu diperhatikannya. Fadhlan mengisyaratkan tunggu dengan sebelah tangannya diangkat paras dada lelaki yang bernama Zayyad itu.

‘Cermin mata hitam, jaket kulit pula tu… oh no! siapa dia? Mafia? Sejak bila pula papa berkawan dengan mafia ni? Papa ni orang baik-baik kan.. Takkanlah.. Entah-entah.. No! No!.. Kau merepek apa ni Isha’ Falisha menampar kedua-dua pipinya berulang kali.

“Cik muda.. Tuan Zayyad ni akan bawa cik muda ke Pulau Lantera..” terang Rehan. Masih setia menanti cik mudanya turun dari kereta.

“Orang macam tu?” Tanya Falisha dengan nada perlahan. Jari telunjuk menunjuk kepada Zayyad.

“Kenapa cik muda? Kenapa dengan Tuan Zayyad?” kini Rehan juga terikut dengan rentak Falisha. Berbicara dengan nada yang perlahan senada dengan Falisha. separuh badannya menunduk, mendekat ke pintu kereta.

“Dia siapa? Macam orang tak baik saja Isha tengok?” Tanya Falisha.

‘Dah nampak dah.. Rasanya nak mula dah drama pukul tujuh ni.. Harini bersiaran awal nampaknya..’ bicara hati Rehan.

“Isha, come meet Tuan Zayyad.. Dia yang akan hantarkan Isha sampai ke Pulau Lantera dengan selamat..” panggil Fadhlan.

‘Selamat? Papa!’ Falisha melangkah keluar dari kereta.

“Papa cakap apa? Selamat? Lelaki ni akan bawa Isha? Papa yakin ke? Sekarang ni Isha pula yang takut nak pergi dengan dia..?” Falisha menunjuk tepat kepada Zayyad.

“Cik muda. Saya bertanggungjawap untuk hantar cik muda sehingga kaki cik muda selamat menapak di Pulau Lantera. Sebagai gantinya nyawa saya yang menjadi taruhan. Kalau cik muda tidak sampai ke Pulau Lantera hari ini..” Zayyad berbicara dengan tenang.

“Apa ni pa? Nyawa-nyawa pula? Isha taknak lah ikut dia, Isha nak balik” Falisha memegang lengan Fadhlan. Kepalanya tergeleng-geleng.

“Kenapa? Dah menyerah? Secepat tu? Sedangkan Isha masih belum berangkat pergi lagi dah mengalah ni..” Sindir Fadhlan.

“Bukan lah papa, dia ni entah siapa-siapa. Kenapa tak papa saja yang hantarkan Isha.. Kenapa perlu dia? Kalau.. Kalau dia apa-apakan Isha macam mana?” Falisha memeluk lengan Fadhlan. Sebelah lagi tangannya menunjuk-nunjuk kepada Zayyad.

“Isha, kalau papa hantar. Siapa yang nak jaga Syarikat.. Jangan risau Tuan Zayyad ni orang baik.. Isha sendiri dengar kan, dia cakap apa tadi.. Nyawa dia jadi taruhan kalau Isha tak sampai dengan selamat di Pulau Lantera..” Fadhlan menunjuk kepada Zayyad. Seraya itu Zayyad menganggukkan kepalanya.

“Sudahlah. Tak payah kita nak panjang-panjangkan cerita. Rehan! Ambilkan bagasi cik muda.” Fadhlan berpaling sedikit memberi arahan buat Rehan.

“Baik Dato’..” Rehan berlari-lari anak ke depan dan kemudian ke belakang kereta, mengeluarkan bagasi Falisha dari bonet kereta.

“Silakan..” pelawa Zayyad. 

Zayyan menjadi kepala, mengiringi mereka bertiga berjalan menyusuri jeti menuju ke kapal peribadi miliknya. Sepanjang perjalanan, dia asyik mendengar Falisha sedang merungut itu ada ini kepada Fadhan. Sehinggakan sang suria yang sedang melimpahkan sinarnya turut menjadi rungutan Falisha. Manakala Fadhlan pula memujuk Falisha seperti anak kecil yang sedang berjalan masuk ke sekolah pada hari pertamanya.

‘Aku tak boleh bayang macam manalah nanti tuan puteri ni, nak tinggal di Pulau Lantera..’ kepala Zayyad mula mengeleng kecil. Pening dengan sikap manja Falisha.

Bertolak juga Falisha akhirnya. Falisha yang berdiri di dek kapal melambai ke arah Fadhlan yang berada di jeti.

“Dato’..” panggil Rehan. Bila kapal peribadi Zayyad dah semakin menjauh ke ufuk melintang sana.

“Saya takut.. Dia tak boleh terima semua ni Rehan. Takut dia tak boleh terima takdir yang telah ditetapkan ni Rehan. Pertunangan dia sebagai tukaran nyawa saya. Saya ni seorang papa yang tamak ke? Rehan” Tanya Fadhlan.. Sekilas dia  berpaling melihat Rehan yang ada di belakangnya. Kemudian dia berpaling melihat kapal yang semakin mengecil jauh di ufuk sana.

“Dato’ fikir terlampau jauh. Dato’ jangan risaukan cik muda. Insyaallah tahulah cik muda jaga diri cik muda, Dato’ lebih tahu kan macam mana perangai cik muda..” Rehan memberikan jawapan selamat. Sekadar untuk menghiburkan hati Fadhlan. Bibir Fadhlan mula mengembang dan kepalanya mengangguk perlahan.

Dua jam sudah perjalanan. Falisha mula bosan tinggal di dalam kabin kapal yang mempunyai kelengkapan lengkap seperti bilil hotel itu. Pemandangan laut luas diperhatikannya. Namun semua itu tak dapat menghilangkan rasa bosannya. Jam yang terikat di tangan sudah berkali kali dilihatnya. Waktu bagaikan sedang membeku bergerak dengan perlahan baginya.

“Bosan gila kot!” jerit Falisha di dalam kabin kapal itu sendirian. Selepas ke hulu ke hilir Falisha berjalan keluar dari kabin mencari lelaki yang bernama Zayyad.

‘Wah!wah!wah! Senangnya dia.. Boleh pula dia duduk berjemur di bawah terik matahari ni ya. Sedangkan aku? Terperap di dalam tu. Indahnya hidup.’

“Hello! Tuan.. Bila kita nak sampai ni? It's been two hours already!” 

Zayyad yang terbaring di atas kerusi santai kayu itu berpaling. Cermin matanya di angkat naik dan diletakkan di atas kepalanya. Sebelah tangan yang ada jam di angkat ke paras wajahnya.

“We are almost there cik muda. Pulau Lantera yang sangat Indah, berbaloi untuk pergi ke sana”

Balas Zayyan bersahaja dengan kepalanya mengangguk kecik kepada Falisha. tangannya meraba kepalanya semula, lalu cermin mata hitam yang ada diatas kepala diturunkan semua ke bawah seperti keadaan asalnya.

‘Almost there? Gila apa dia ni? Takkanlah sebegitu jauh.’ Falisha berjalan sambil mengentak-hentakkan kakinya dengan kuat masuk kedalam kabin kapal semula.

Tok!Tok!Tok!Tok!

Bunyi ketukan pintu itu menggangu lena Falisha.

“Siapa?!” laung Falisha dengan geram.

“Kita dah sampai cik muda” suara Zayyad ke dengaran melaung dari sebalik pintu.

‘Sampai? Sampai kemana?’ Falisha mengangkat kepalanya yang terbenam di bantal. Sebaik saja dia berpaling ke arah kirinya dia melihat dataran. Baru dia teringat semula yang dia sedang berada di atas kapal.

“Ya-ya” balas Falisha. cepat-cepat dia melompat turun dari katil. Menghampiri cermin yang menyajikan permandangan indah di hadapannya. Kapal yang sedang dinaikinya sedang menghampiri daratan yang ada tak jauh di sana.

Disebuah pondok yang berbumbung nipah yang tidak berdinding tak jauh dari pandai. Duduknya beberapa anak muda sedang mengait jala mereka yang sudah digantung tinggi di langit-langit bumbung nipah pondok itu. Cuban yang siap terisi tali nylon menyusup masuk diantara jaring jala dengan tangan yang cekap dan mahir mengait jala yang tergantung bagaikan tirai. 

“Wazien” 

Berpaling anak muda lelaki yang duduk di bahagian hadapan sekali. Melihat kepada sahabatnya Faqih.

“Aku tahu.. Aku nampak” Wazien berpaling semula melihat ke arah laut. Terdapat sebuah kapal putih sedang menghampiri jeti pulau. 

‘Akhirnya. Dia tiba..’

Wazien memegang dadanya kirinya. Semakin melihat kapal itu menghampiri jeti. Makin kuat debaran didadanya terasa.

“Aku pergi ke jeti dulu..” 

Wazien melangkah menyusuri pantai yang putih bersih menuju ke arah jeti. Matanya tak lepas memandang kepada kapal milik Zayyad. Kapal yang membawa jodoh takdirnya. 

“Mana boleh macam ni! Bukan kamu kata nak jaga saya sampai apa? Taruhkan nyawa?! Tapi bila dah sampai. Nak tinggalkan saya sendirian dekat pulau ni. NO!” lantang suara Falisha memarahi Zayyad di dek kapal.

“Memang saya janjikan nyawa saya sebagai taruhan. Tapi sekarang cik muda dah selamat sampai. Misi saya dah selesai..” Balas Zayyad.

“Apa macam ni! Saya nak call papa” rungut Falisha tak puas hati. Tanpa dia sedari Wazien sedang memerhatikan gelagatnya dari tadi.

Wazien memerhati saja gadis yang masih berdiri di atas dek kapal dengan sebelah tangan memegang palang besi kapal di hadapannya. Tangan gadis itu diperhatikannya.

‘Gelang tanda, jadi dialah orangnya’

Falisha petah membalas setiap kata yang di bicarakan oleh Zayyad. Sehingga dalam tak sedar dia tergelak kecil kepada gadis yang mengenakan dress labuh bermotif mawar merah berlatar hitam. Adakala bila angin meniup menampakkan kaki gadis itu sampai ke pehanya. 

“Ha tu! Orang yang sepatutnya menjemput cik muda dah sampai” Zayyad menunjuk kearah Wazien yang berdiri di jeti seorang diri.

“Dia? Dia siapa?” Tanya Falisha menunjuk kepada Wazien.

“Assalamulaikum..” Salam diberikan oleh Wazien. Langkah diatur mendekat sampai ke hujung jeti. Kemudian dia melompat ke dek kapal.

“Waalaikumsalam Wazien..” sahut Zayyad. Seraya mereka berdua bersalaman.

“Wazien? Bukan dia yang papa suruh cari! Papa bagitahu Isha, cari orang yang bernama Ali Muas..” sampuk Falisha.. Memeluk tubuh melihat kepada dua lelaki yang sedang menyapa mesra di hadapannya.

“Bukan Ali Muas. Tapi Ali Muaz..” Zayyad membetulkan nama yang disebut oleh Falisha. Siap dengan gaya sebutannya sehingga bibir yang mulanya muncung kemudian ditarik tersenyum dilakukan secara gerakan perlahan.

“Muas ke muaz.. Sama je bunyinya pakcik..” perli Falisha.

‘Sabar-sabar! Istifar banyak-banyak. Dia pakcik-pakcik kan aku. Rehan boleh pulak dia panggil abang. Padahal aku dengan Rehan tak jauh beza umurnya’ Zayyad menghembuskan nafasnya berkali-kali.

“Baik cik muda. Ini Wazien. Anak kepada Ali Muaz yang cik muda nak jumpa tu. Silakan cik muda..” lembut saja bicara Zayyad, menunjuk kearah Wazien dan ke arah pintu keluar dari kapalnya.

“Finally..” keluh Falisha. Membalikkan matanya ke atas, memandang kepada Zayyan.

“Falisha Irdina” Falisha memperkenalkan dirinya.

“Wazien..” balas Wazien dengan senyuman yang terhias di wajahnya.

“So? Tunggu apa lagi? Boleh kita pergi jumpa dengan ayah awak?” Wazien mengangguk.

“Tapi sebelum tu” Wazein menahan langkah Falisha.

“Apa pula, sekarang ni?” rungut Falisha dengan nada tak puas hati.

Wazien mengeluarkan kain pelikat yang berselimpang di tubuhnya. Kain pelikat itu di kibas-kibas beberapa kali kemudian dia berjalan menghampiri Falisha.

“Eh!” Falisha mengundur ke belakang.

“Jangan risau saya tak buat apa-apa” Wazien menghampiri Falisha. 

Bila mata mereka bertaut. Wazien terlebih dahulu memutuskan tautan itu. Berlainan dengan Falisha. Dia malah merenung Wazien dengan lebih teliti, dari mata yang separuh tertutup sedang memandang ke bawah dihiasi dengan bulu mata yang panjang dan melentik cantik. Sehingga dia tak sedar yang Wazien sudah siap mengikat kain pelikat tadi di pinggangnya. 

“Sekarang dah lebih baik. Silakan” pelawa Wazien. Mengundur ke belakang dan mengambil bagasi Falisha.

“Kenapa ikatkan kain ni di pinggang saya?” Tanya Falisha menunduk memegang kain pelikat bersimpul mati yang ada di pinggangnya.

“Kan lebih cantik macam ni. Dari kain Falisha asyik diterbangkan angin sehingga menampakkan kaki Falisha tu. Falisha perlu sayangkan diri Falisha dulu. Aurat perempuan lebih indah andai dilindungi dari ditayang.” Lembut saja bicara Wazien kepada Falisha. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Falisha.

“Terima kasih bawakan Falisha ke sini, Assalamualaikum.” Wazien berpaling dan bersalaman dengan Zayyad.

“Sama-sama. Waalaikumsalam.” Balas Zayyad. Dia melihat Wazien melangkah pergi melompat naik ke atas jeti. Kemudian dia berpaling pula melihat kepada Falisha yang kini bersampin kain pelikat milik Wazien. Gadis itu kaku berdiri seperti patung.

‘Ha! Baru kena buku dengan ruas kan. Tu lah makanannya..’ Hati Zayyad sedang berjoget gembira melihat tuan puterinya ditegur secara halus oleh Wazien.

Jumpa dah dia dengan Wazien.. Jodoh yang ditakdirkan, diatas perjanjian Yaseera dan Ali muaz.. Mcm mana.. Boleh ke? Isha terima.. Sambung esok na.. Tq.tq.tq semua yang dah singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari.. Sayang hampa semua.. Muaahhh muahh muaahhh.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience